Monday, August 24, 2009

eucralipse 7


Pelajar-pelajar yang lalu-lalang tak kuhiraukan. Mataku tetap tertancap di pintu utama dewan kuliah itu. Ellisa masih di sisiku. Memanjang-manjangkan leher dengan senyuman yang lebar. Masa aku ajak dia ke sini tadi, terbeliak biji mata Ellisa.

“Biar betul ni, Eury! Kau gurau? Ke kau ni demam?”

Tangan Ellisa yang dah melekap kat dahi, segera aku tepis. Juraian rambut di kepala, aku perbetulkan.

“Betul la! Ingat aku main-main ke?” Tegasku.

“Mana la tahu. Kau kan puteri raja paling skema kat Eucralipse... Sibuk nak jadi role model pada rakyat. Tup-tup sekarang nak ajak aku ponteng kelas pulak. Kelas Puan Oracle pulak tu! Bising orang tua tu nanti!”

“Ala... Lantak la! Malas la nak belajar. Malas dah nak jadi boneka ayahanda bonda aku lagi. Sekarang aku cuma nak buat apa yang aku nak buat...”

“Dan 'benda' yang kau nak buat tu... adalah ponteng kelas Puan Oracle dan jumpa... Rei?”

“Yap! Ada masalah ke?”

“Tak! Cuma rasa terkejut aje...”

“Egart!” Jeritan Ellisa membawa pergi lamunanku.

Ellisa terlompat-lompat sebaik sahaja Egart melepasi keluar dari pintu dewan kuliah. Tanpa menunggu lama, Egart terus mendapatkan Ellisa. Aku suka tengok Ellisa dan Egart. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka nampak sepadan...?

“Eury...” Bisikan di tepi telinga membuatkan aku hampir terlompat. Dan aku terkejut sekali lagi apabila melihat orang yang berada di tepi wajahku ini.

“Re... Rei...” Tergagap-gagap aku menyebut namanya. Seperti biasa Rei kelihatan tenang. Namun ada senyuman di matanya. Matanya yang berwarna... Ahh... Serasanya aku seperti pernah melihat anak mata secantik ini?

“Tunggu sapa? Esmet? Rasanya Esmet tak hadir ke kuliah hari ni!” Katanya dalam satu nada.

Tunggu Esmet buat apa? Kalau Esmet nak jumpa aku pun, aku tak sudi nak jumpa! Lain la pertemuan yang ayahanda dan bonda kami yang aturkan... Itu kes terpaksa... huhu!

“Atau... Awak tunggu... saya?

Binggo!

Aku hulur senyuman. Getar rasa ketika pertama kali aku bertemu dengannya, masih tetap aku rasakan kini. Mungkin disebabkan aura kehadirannya di sisiku. Aura… Ya, Rei punya auranya tersendiri. Aura yang hadir tatkala dia berada dekat denganku. Aura yang membuatkan aku jadi tak keruan tetapi membawa rasa riang dan membahagiakan setiap kali bersamanya. Dan aura itu juga membawa rasa hangat yang menyusup masuk terus ke dalam hati.

“Eury...” Panggilnya bila aku masih tetap membisu.

“Jom ikut saya!” Pelawaku dengan nada riang. Aku memang tak ada hati nak menghadiri apa-apa kuliah hari ni. Bangun tidur, terus ingat Rei... Maka, hari ni aku akan habiskan masa dengan Rei...

“Ke mana?” Soalnya pelik.

“Adalah... Rahsia!”

“Rahsia?”

Rei masih tetap tegak berdiri di tempatnya sedangkan aku sudah menapak dua tiga langkah di hadapannya.

“Ikut aje! Mesti awak suka punya la!”

Dek kerana melihat muka Rei yang masih kebingungan, aku terus menarik tangannya. Dan ketika tapak tangan kami bertemu itulah, buat pertama kalinya aku merasakan ada seperti satu renjatan yang 'mengejutkan' segenap urat sarafku. Segera aku melepaskan pautan tanganku.

“Woo... Awak rasa tak?” Soal Rei sambil membelek tapak tangannya. Jelas, dia juga merasakan apa yang aku rasakan. Dan seperti aku, dia turut bingung dengan 'kejutan' yang aku rasakan sebentar tadi.

Aku menganggukkan kepala.

“Awak tahu, hati saya kuat mengatakan yang ada 'sesuatu' antara kita walaupun saya sendiri tak pasti apakah ia...”

Anak matanya menikam terus ke dalam anak mataku.

“Adakah 'sesuatu' itu akan membuatkan awak ikut saya sekarang?” Gurauku. Sesuatu seperti apa yang Rei maksudkan?

“Ya!”

Kami jalan beriringan dengan senyuman lebar. Dan kami berpegangan tangan. Jari-jemari kami bertaut kemas. Namun kali ini bukan aku, tetapi Rei yang terlebih dahulu meraih jari-jariku.

Dejavu!

Itu rasa yang aku rasakan pada saat ini.

**************

Reizu khusyuk menghikayatkan sejarah kerajaan Eucralipse padaku. Bagaimana terbentuknya Eucralipse, bagaimana Eucralipse memperolehi setiap satu tanah jajahannya, bagaimana Eucralipse boleh menjadi kerajaan terkuat, bagaimana kerajaan Eucralipse hampir runtuh gara-gara pemberontakan para pembesar serta perang saudara, dan lain-lain. Semuanya tentang Eucralipse.

Perkara yang diceritakan oleh Reizu bukanlah sesuatu yang aneh kerana Puan Oracle selalu menceritakan benda yang sama di kamar belajar istana. Apa yang aneh ialah cara Reizu bercerita dan menerangkan setiap satu fakta kepadaku... Dia seolah-olah sudah tidak asing lagi dengan segala cerita-cerita itu. Malah dia dengan mudahnya dapat 'membawa' aku ke zaman lampau itu. Dengan mudahnya aku dapat menghafal segala apa yang keluar dari mulutnya. Aneh! Jika bersama Puan Oracle, walau berkali-kali dia bercerita, aku tetap tidak dapat menangkap buah butir yang diperkatakannya.

Yang menambahkan keanehan dalam diriku adalah getaran rasa di dada yang tidak pernah surut setiap kali kami bertentangan mata. Walau aku cuma menafikannya namun sejujurnya aku terpaksa mengakui juga tentang perkara itu. Kami punya pertalian. Aku tak pasti pertalian yang macam mana atau bagaimana. Apa yang aku tahu, dia terasa 'dekat' dengan diriku, hatiku... Walaupun kami baru beberapa kali bertemu. Walaupun aku masih tak tahu asal-usul, tempat tinggal dan segala-gala tentang dirinya. Satu-satunya yang aku tahu adalah namanya! Dan dia punya rantai yang hampir sama dengan Esmet. Rantai yang hampir sama bentuknya dengan rantai yang aku pakai sekarang.

Siapa Reizu sebenarnya?

Dan aku menjadi ralit sendirian memerhatikan anak mata ungu di sebalik topengnya. Serta bibirnya yang dari tadi tak henti-henti memutar dan membicarakan kisah Eucralipse. Tanpa sedar, aku seakan terbawa ke alam mimpiku bersama Putera Bertopeng. Diakah?

“Eury! Yuuhuu... Eury!” Tangan Rei tergawang-gawang di hadapanku.

Rei tersengih melihat diriku yang terpinga-pinga. Aku termalu sendiri bila menyedari realiti sebenar. Aku berangan lagi! Depan Rei pulak tu! Pipiku terasa panas.

“Aaa... Dah abis ke?” Soalku dengan gaya orang cuba sembunyi rasa malu. Seboleh-bolehnya tak nak pandang Rei.

“Dah abis lima bab. Awak nak saya bacakan lagi ke?” Soalnya dalam senyuman. Dan sepasang matanya turut tersenyum. Asalnya aku mengajaknya ke sini untuk membuatkan Rei kagum dengan kelengkapan yang ada di perpustakaan diraja ini. Tak sangka pulak Rei beria-ria nak membacakan buku-buku sejarah Eucralipse kepadaku.

Tapi... Lima bab? Biar betul? Kenapa aku rasa macam baru sebentar tadi aku melihat Rei membuka buku berkulit tebal itu? Pulak tu, aku boleh ’serap’ semua yang Rei terangkan kat aku! Sah aku ni kena sampuk dek aura si Reizu ni! Kalau dengan Puan Oracle tu, dari tahun lepas sampai tahun ni tak berganjak-ganjak dari bab yang sama. Sebabnya? Apa yang diterangkannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mungkin sebab Puan Oracle tak dapat mempesonakan aku seperti terpesonanya aku dengan hanya menatap wajah Rei yang tersenyum... Mungkin!

Rei petik dari betul-betul depan mukaku. Aku... berangan lagi... teruknya!

“Eury, awak ni berangan aje dari tadi. Agaknya apa yang saya terangkan tadi macam angin lalu je la, ek?” Soal Rei dalam nada merajuk.

Aku pantas mengelengkan kepala.

“Sebenarnya segala yang awak terangkan tersimpan kemas dalam ingatan saya. Walaupun awak hanya terangkan pada saya sekali. Pelikkan?!”

“Itu disebabkan awak puteri raja yang pandai!”

“Tak! Itu disebabkan awak adalah guru yang bagus!” Pujiku.

“Tingginya pujian. Bodek ke?” Sakat Rei. Pipi kiri dah jadi mangsa cubitan manjanya. Aku buat muka mengejek. Dia membalas. Kami tertawa akhirnya.

“Apa kata awak jadi guru peribadi saya aje. Berbanding dengan Puan Oracle, saya lagi suka awak. Cara awak tak la membosankan. Tau aje la, bab-bab sejarah ni memang membosankan.”

“Boleh ke? Orang istana tak marah?”

“Saya bukan orang istana ke?” Pintasku.

“Maksud saya, istana kan ada protokol tersendiri. Guru-guru yang diperkenankan oleh pihak istana aje boleh mengajar keturunan Eucris. Mana boleh sesuka hati aje pilih orang luar. Betul, kan?”

Aku senyum. Kagum dengan pengetahuannya.

“Awak ni pelik la! Macam mana awak boleh tahu banyak fasal Eucralipse? Okey, kalau fasal sejarah Eucralipse, mungkin awak akan kata awak baca dalam buku. Tapi mengenai peraturan istana, bahasa kuno Eucralipse... Padahal tak semua orang yang mempunyai akses terhadap bahan-bahan tu. Semuanya tersimpan kemas dalam perpustakaan rahsia istana. Jadi saya hairan macam mana awak boleh tahu benda-benda tu...”

Rei terdiam sebentar. Riak wajahnya masih jernih. Masih tenang. Bibirnya tak lepas-lepas dari menguntum senyuman. Terasa terbang roh aku saat ini... Tolng la jangan senyum lagi, Rei...

“Eury... Ada benda yang kita tahu melalui pembelajaran dan pengalaman. Dan ada sesetengah benda yang kita ketahui melalui tekaan. Saya teka aje tadi. Ikut logik akal. Tak sangka pulak betul!”

Namun riak Rei langsung tak menggambarkan ayat yang dituturkan sebentar tadi. Entah mengapa kau seperti dapat merasakan dia bukan sekadar meneka secara rawak.

“Memandangkan awak banyak tahu tentang Eucralipse, saya ada satu soalan untuk awak.”

“Katakan...”

“Siapa pewaris takhta Eucralipse?”

“Ayahanda awak la! Kemudian awak...” Dengan penuh keyakinan dia menjawab.

“Salah!” Aku dengan penuh yakin menidakkan jawapannya.

“Habis sapa?”

“Pakcik saya...”

“Pakcik?”

Hmm... Nampaknya tak ada la semua benda Rei tahu...

“Ya! Saya ada seorang pakcik. Abang kepada ayahanda saya.”

“Huh? Kenapa kewujudan 'pakcik' awak tu tak pernah direkodkan pun?”

“Saya sendiri tak pasti. Saya dilarang untuk bertanya. Kalau saya tak terdengar perbualan antara ayahanda dan bonda saya hari tu, mesti sampai bila-bila pun saya tak tahu akan kewujudan pakcik saya tu.”

Aku melemparkan pandangan sedih ke arah buku-buku di atas rak. Kesal dengan tindakan ayahanda dan bonda yang merahsiakan perihak pakcikku itu dari pengetahuanku dan yang lain-lain. Mengapa agaknya ya?

“Tentu ada sebabnya ayahanda dan bonda awak buat macam tu...” Pujuk Rei bila dilihatnya aku sudah tidak seceria tadi.

Hampir sahaja dia menyentuh pipiku demi memujuk hatiku yang sudah dilanda kesedihan.

“Dan aku tak nampak sebarang sebab yang kukuh untuk kamu berada di sini bersama Eury!”

Jerkahan dan berserta dentuman tapak kaki menghentam lantai perpustakaan diraja membuatkan kami terkesima di situ.

Thursday, August 20, 2009

Saat Cinta Bicara Part 1


“Squat! Masuk barisan… Masuk!!”

Arahan komander tahap menghilangkan kekenyalan gegendang telinga di tepi telinga membuatkan aku melompat turun dari katil. Tak fikir ape dah, terus aje berdiri tegak dengan tangan rapat di sisi. Menunggu arahan seterusnya dari cik-komander-bersuara-soprano dengan mata yang 80 % tertutup. Tunggu punya tunggu, tapi tetap tak ada command susulan kedengaran. Yang aku dengar hanyalah derai tawa tahap langsuir dapat darah orang beranak sulung.

Apa kes pulak ni?

Kepala terasa sedikit sakit dan berat bila bangun secara drastik tadi. Aku cuba imbas kembali apa yang berlaku sebelum aku tergelimpang macam ikan busuk tak laku kat atas katil aku ni... Okey… Bangun pagi. Mandi. Wat assignment. Check email. Huha huha kat bilik Fiqah. Makan tengah hari. Pergi padang kawad. Mandi. Dan melepet atas katil.... Jadi…

“Squat akan berbaris bertiga-tiga, bertiga… berbaris!” Jerit suara yang sama. Berdekah-dekah tawa mereka pecah.

Aku buka mata. Hampeh punya kawan!! Kaw-kaw korang kenakan aku! Patut la macam cacat aje bunyi arahan kawadnya tadi!

Aini, Fiza dah terguling-guling atas katil Fiza. Kak Odah pulak maintain gelak tiga harkat kat atas katil aku. Tangannya menekup mulut. Menahan gelombang kedua gelak yang mungkin pecah bila-bila masa sahaja.

“Memang semangat kawad betul la kawan kita nih! Hehe!”

Aini tekan perut. Muka dah merah-merah. Lawak sangat la tu! Aku capai bantal dan baling ke arah Aini dan Fiza. Miss pulak balingan aku. Aku capai pulak Big Brown Bear a.ka.a. BBB kat sudut katil. Tak kena jugak! Tergelimpang bear bulu coklat tu kat lantai. Menggelegak lagi tawa Aini dan Fiza.

“Ko macam tak tau. Jurulatih kawad kita, Encik Hassan tu kan minat dengan si Athia ni. Sikit-sikit, Athia… Sikit-sikit Athia… Athia, tolong check kedatangan. Athia, lenggang sikit tangan tu. Athia itu… Athia ini…” Sakat Aini.

“Ko jangan Thia… Silap-silap jadi isteri nombor tiga ko!” Fiza pulak menambah perasa.

Muka Encik Hassan terlayar di birai mata. Lelaki berusia lewat 40an bermisai lebat tu khabarnya dah beristeri dua. Tapi masih mencari gadis-gadis yang sudi mengisi kekosongan kuota yang dimilikinya. Aku bukan nak takbur. Tapi minta jauh la… Tak nak! Tak sudi! Tak hingin! Makan gulai hati ayam ulam jantung pisang babah dengan bunda aku nanti!

“Eh, betul ke Encik Hassan tu dah ada dua isteri?” Kak Odah yang memanjang blur bab-bab gossip artis tempatan apatah lagi unpublished-gossip kakitangan universiti pula menyoal. Akak ni memang jenis tak suka jaga tepi kain orang.

“Ya Allah, akak tak tahu lagi ke? Dia dah ada dua orang isteri. Anak baru ada 10 orang. Rasa-rasanya tak lama lagi bertambah la isteri dia. So far, Athia Huriya’ ni leading dalam list name yang dia wat!”

Aku tak tunggu lama lagi. Segera melompat atas katil Fiza. Nak menggomol dua-dua sahabat yang tak sayang mulut tu…

“Korang ni mulut ada insurans mulut…” Itu aje yang mampu keluar dari mulutku. Automatik jari-jemari tangan yang baru nak berubah jadi anak ketam, kaku melekap di tubuh Aini.

Semua yang ada dalam bilik terdiam. Seolah-olah ada malaikat yang lalu. Aku pandang diorang. Diorang pandang aku. Kami saling berpandangan dengan mata terbeliak.

“Aaaa… Do re mi fa so la ti do….” Aku cuba-try-test vocal aku balik. Mak aihh…! Suara aku…

Muka Aini, Fiza dan Kak Odah dah serupa muka orang nampak hantu.

“Athia, napa dengan suara ko?” Cemas Fiza menyoal.

Jangankan Fiza, aku yang empunya badan ni lagi la cemas!

“A’ah la, Thia… Dah macam suara itik serati aje…” Komen merudumkan harga diri dari Aini pulak.

Aku cembengkan mulut dan…

“Huwargh…! Tidakkk!!!!”

@~~~@~~~@~~~@~~~

Aku hembus hingus kat tisu. Air mata dah tiga empat baldi… err… cetong aje sebenarnya jatuh mengalir kat pipi. Tisu dah setengah kotak habis aku siat-siat dek kerana geram. Bersepah lantai bilik.

“Korang! Kenapa jadi macam ni? Aku tak nak suara ‘itik serati’ ni!” Ujarku dalam tangis. Kak Odah mengusap-ngusap belakang tubuhku. Fiza dan Aini masih kaget mendengar ‘suara baru’ku tu.

“Sudah la, Thia… Esok lusa baik la tu! Tak usah dok teriak la…” Aini memujuk dalam bahasa Melayu standard bercampur-gaul dengan bahasa utara. Maklumlah, anak jati Kedah. Ni pun dah kira okey, kita orang luar pun boleh tangkap apa dia cakap. Masa mula-mula dulu… Pergh! Memang pekat giler bahasa utara dia. Kami sepatah haram tak faham. La ni, aku pun dah boleh faham la sket-sket apa diorang khabaq! Ha… Tu dia! Broken dialek utara aku dah keluaq!

“Aku agak ko ni tak cukup air la! Lepas tu pergi pulak berkawad berjemur tengah padang. Bila air dalam badan terhidrat, hilang la suara ko tu!” Teori doctor-tak-lepas-matrikulasi sains hayat mana pulak la si Fiza ni pakai? Apapun, kata-katanya langsung tak berbekas di hati.

“Habis, bila nak ada balik suara aku ni? Macam mana aku nak bercakap dengan orang?” Ngongoiku.

“Laa… Cakap aje la! Bukan ko bisu pun!”

“Entah ko ni… Wat drama aje lebih!” Perli Aini.

“Dengan suara macam ni, mesti orang gelakkan aku! Korang pun gelakkan aku!”

Mereka bertiga kulum senyum. Masih terasa lucu mendengar suaraku. Tiba-tiba Aini petik jari betul-betul kat depan batang hidung aku. Tiga pasang mata tertancap padanya. Menunggu buah fikiran apa la yang dapat difikirkannya pada masa-masa kecemasan ni… err… walaupun biasanya cadangan Aini boleh masuk kategori ‘hampeh’!

“Aku ada idea! Baek punya idea...”

“Apa?” Rakus aku bertanya.

“Ko tak payah bercakap. Amik pen, amik kertas, tulis… Kan senang! Tak pun belajar bahasa isyarat! Huwargh… huwargh… huwargh!”

“Huwawa…” Aku sambung nangis se’round’ lagi. Memang idea kasi-garam-taruk-kat-luka betul la si Aini ni bagi…

Kak Odah makin kuat mengusap bahuku. Aini dan Fiza dah tak berani bagi apa-apa idea lagi dah pada aku bila tengok mata aku dah mula bengkak dek menangis.

“Sabar la, Thia… Tiap sesuatu yang jadi tu mesti ada hikmahnya. Percayalah, sesungguhnya Allah turunkan ujian kerana Dia menyayangi para hambaNya. Bersyukurlah Athia berada di kalangan hamba-hamba yang disayangiNya…” Buah butir bicara Kak Odah menginsafkan kami. Terdiam kami beberapa ketika.

Betullah tu… Allah menurunkan ujian kepada tiap-tiap hambaNya untuk menguji sejauh mana tahap keimanan hambaNya. Athia Huriya’, ko patut bangga sebab Allah pilih ko, uji ko... Itu tandanya Allah sayangkan ko… Tapi… Bila mengenangkan suara aku yang seksi mengalahkan klon-Ella dan tekak yang sakit, mulut aku bising balik. Macam mana aku nak cakap dengan orang? Mesti semua orang gelak bila dengar suara ‘unik’ aku nih… Macam mana kalau suara ni tak elok sampai bila-bila? Huwargh…!

Lagu SHE dari OST Bull Fighting menambahkan bengkak di hati. Ni sapa pulak memekak telefon ni? Tak tau ke orang tengah ada krisis suara?

Kak Odah hulur LG Chocolate warna putih padaku.

“Akak Athia telefon dari tadi. Tu sebab kami kejutkan Thia dari tidur!” Kata Kak Odah dengan wajah tenang. Nyata dia tidak berbohong. Nak bohong pun untuk apa, kan?

Skrin telefon aku pandang. Perkataan Puteri Limau Sunkist tertera di situ. Puteri Limau Sunkist tu nama timangan Angah aku kat rumah. Selalu sangat berangan nak jadi tuan puteri. Berbahasa dengannya pun nak kena guna bahasa istana; bersiram la, bersantap la… Naik geli koklea mendengar! Dek kerana geram, aku yang tak pernah dapat apa-apa mandat ni pun dengan tak bertauliahnya mengurniakan gelaran Puteri Limau Sunkist padanya. Kawan-kawan aku kat sini sampai nak putus usus ketawa bila dengar nama timangan Angah tu. Hehe… Diorang tak dengar lagi gelaran yang Angah bagi kat aku. Kalau diorang tahu, gerenti pecah terus usus sekali dengan punci kencing diorang...

Butang hijau aku tekan.

“Hello! Woit, Puteri Limau Benyek! Apasal lambat sangat angkat phone? Mandi dengan hantu air ke tadi?” Aku jauhkan sedikit handphone dari cuping telinga. Ni bercakap ke menjerit nih?

Hui, akak aku ni pun… Wat lawak pun biar la berpada-pada! Ada ke wat lawak fasal hantu… Dah la dah nak masuk tengah malam ni… Kampus aku nih pulak dulu bekas hutan tempat jin bertendang! Tak ke tegak bulu tengkuk bila mendengar.

“Sorry la! Orang…”

“Hello! Hello! Ni sapa ni? Mana Athia? Awak curi phone adik saya, ek?” Bertambah nyaring suara Angah di hujung talian.

“Ngah, ni Athia la ni… Suara orang tiba-tiba kena kidnap... Terpaksa pinjam suara Donald Duck kejap!”

“Tipu! Bohong!” Sanggah Angah.

“Sungguh la, ngah… Athia yang cakap ni…”

“Apa buktinya yang awak ni, Athia?” Angah terus-menerus menguji ‘kelayakan’ aku sebagai Athia Huriya’, adiknya.

“Seven hours after you got your licence, you been chasing by police officers coz your driving skills reminded him to Schumacher on F1 circuit! Enough? Ke nak suruh Thia buka cerita fasal Angah curi-curi pergi clubbing lepas abis SPM tu?”

“Opps! Percaya, percaya… Tolong jangan buka cerita clubbing tu lagi! Serik!” Aku tertawa kecil. Memang Angah tak berani clubbing lagi lepas kena fire dengan babah yang tiba-tiba bertukar jadi Ultraman Taro masa tu. Siap makan sepak babah dalam sedas dua. Yang aku tahu, Angah benar-benar insaf lepas tu. Yang pasti, memang Angah dah tak berani buat perangai macam budak ada masalah sosial lagi kalau berada di bawah pengawasan babah..

Budak bertiga yang dari tadi pasang telinga mula angkat bahu. Tak mengerti tang part mana yang lucunya sampai ak boleh ketawa.

“So, apa cerr? Apa dah jadi dengan suara, Thia?” Soal Angah. Ada gelak kecil di hujung ayatnya. Lucu sangat ke bunyi suara aku ni?

“Entah! Thia pun tak tahu. Lepas balik kawad petang tadi, Thia tertidur. Bangun aje dari tidur, terus jadi macam ni!” Aduku. Serta-merta kenangan sepuluh tahun lepas menerpa. Ya, aku pernah hilang suara suatu ketika dulu. Masa tu aku demam teruk gara-gara berhujan. Seminggu tak boleh bangun dari katil. Terbaring aje. Suara pun hilang. Tapi bunyi suara aku masa tu tak la seteruk bunyi suaraku pada ketika ini…

“Ala… Siannya! Tak pe, tak pe… Nanti Thia minum air asam jawa banyak-banyak, okey?” Pujuk Angah.

“Okey… So, napa Angah tepon ni? Macam ada hal penting aje…”

“Angah nak konvo la dua minggu lagi!” Teriaknya riang.

“Ye ke? Tahniah! Bestnya… Dah abis belajar! Lepas beban belajar…”

Angah gelak aje.

“Angah nak ajak Thia join Angah konvo. Babah, bunda, Along, Yana semua pergi. Tak best la kalau Thia tak ada. Thia cuti tak?”

“Berapa haribulan tu?”

Angah segera membacakan tarikh pengijazahannya. Aku sauk kalender akademik yang berpin di softboard.

“Nasib baik jatuh masa Thia cuti pertengahan semester…”

“Yeah! Best, best! Thia mesti datang tau. Angah dah siap tempah baju untuk Thia lagi… Satu famili akan pakai warna hijau kuning. Warna tema konvo Angah! Baru gempak sket!”

“Biar betul, Ngah?”

Aku mula membayangkan kami berenam memakai baju dari fabrik kain yang sama. Kain dari kayu yang sama. Aaa… Macam fesyen boria yang selalu ‘kelihatan’ pada musim-musim perayaan tu aje! Huhu… Tak pe la yang penting Angah gembira. Orang dah belikan baju tu pun dah kira bersyukur dah tu, Athia…

“Betul la. Nanti kita amik gambar ramai-ramai, okey? Ei, seronoknya! Tak sabar nak tunggu hari tu!”

Angah terus bercerita mengenai perjalanan majlis konvokesyen yang bakal berlangsung seperti yang pernah dilihatnya pada semester-semester lepas. Dan aku dengan sabarnya mendengar dan melayani bicaranya.

@~~~@~~~@~~~@~~~

Keadaan luar dewan sesak dan berbahang tanpa diketahui darjah celsiusnya. Baju kurungku dah terasa basah di bahagian belakang. Bisingnya tak usah cerita la… Membingitkan telinga! Mengalahkan pasar borong ikan. Dah tu macam-macam bau pulak yang menyelinap masuk ke dalam ruang rongga hidung. Yang wangi bau perfumes keluaran luar atau dalam negara tu memang best la untuk dihidu. Yang berbau peluh tak kira jantan-betina tu, hidung aku masih boleh bagi kompromi lagi. Muka aku pun boleh maintain ayu lagi. Tapi bila tiba tang bau busuk yang muncul tanpa bunyi tu take part, memang hidung aku minta ‘direhatkan’. Oit, sapa ‘bebaskan gas metana’ lepas tu wat muka selamba kodok aje ni, ha?

“Boleh la, dik… Tak kan nak biar anak-anak makcik ni tunggu kat luar? Kami datang dari jauh ni!” Rayu bunda.

Jauh la sangat bunda… Kalau orang dengar cara bunda merayu, mesti orang percaya kami ni datang dari hujung dunia sana. Padahal tak luak setakuk meter tank minyak pun… hehe… Ayat mesti power…

“Maaf la, datin… Memang tak boleh adjust lagi dah. Kapasiti dewan ni memang terhad. Dalam surat jemputan pun ada mentioned cuma dua orang dari ahli keluarga graduan aje yang dibenarkan masuk dewan. Jadi saya harap sangat datin, datuk, dan anak-anak faham akan situasi kami ni…” Rendah suara salah seorang urusetia majlis konvokesyen itu menerangkan keadaan sebenar. Dari mana dia tahu status babah dan bunda, aku sendiri tak pasti. Ada cop kat dahi babah dengan bunda ke?

“Ish, kata suruh meramaikan, memeriahkan majlis konvo, tapi tak bagi kita masuk. Cakap tak serupa bikin la ni! Tak kan nak suruh kita masuk, anak-anak tinggal kat luar? Perap kita kat dalam dewan aircond pun tak kan wat kita senang duduk! Anak-anak kat luar entah apa jadi kita tak tahu!” Bunda dah guna taktik lain pulak nak memujuk. Tapi aku agak ni lebih kepada strategi memarahi dan memujuk. Hehe… Muka perempuan yang aku anggarkan setahun dua aje tuanya dari aku tu, aku tengok dah merah padam. Mungkin ada kata-kata bunda yang berbekas di hatinya.

“Macam ni la, datin… Saya cuma boleh benarkan anak bongsu datin ni aje masuk. Yang dua lagi ni… memang saya tak dapat nak tolong. Dewan ni memang terhad, datin. Datin sendiri pun boleh tengok, betapa ramainya ibu bapa yang tak masuk lagi. Bukan kami sengaja nak wat dengki ke apa, tapi memang kami dah hadkan cuma dua orang aje dibenarkan masuk. Itu peraturannya. Harap datin dan keluarga faham dan boleh beri kerjasama…” Penuh diplomasi dia berkata.

Dayana, adik bongsu aku yang berusia 14 tahun menggenggam jari tangan kanan dan dibawanya ke bawah. Yes! Katanya tanpa suara. Menyedari aku memandang tingkahnya, dia menjelirkan lidah. Mengejek aku yang tak dapat turut serta masuk ke dalam dewan.

Aku yang dah malas nak tengok bunda dan perempuan tu bertegang urat dalam suasana separuh harmoni, terus sentuh tangan bunda. Bunda pandang aku. Ada pertanyaan terlahir dari riak wajahnya.

“Tak apa la, bunda… Athia duduk luar aje! Athia boleh tengok dari TV aje…” Mulut kumuncungkan ke beberapa buah TV yang disediakan oleh pihak pengurusan di bawah khemah, di tepi dewan.

Along dan Dayana terkekeh-kekeh mendengar suara aku yang masih macam Cik Donald Duck. Aku ketap gigi. Diorang ni tak sudah-sudah ejek aku. Sejak aku tiba di rumah kelmarin sampai la sekarang, masih tak jemu-jemu mengejek suara aku. Nasib baik sunburn aku dah ‘pulih’ sepenuhnya. Kalau tak, mau diejeknya aku cucu angkat kepada makcik Karruppiah selang empat buah rumah dari kami tu!

Jari ketam pantas menjalankan misinya. Sebentar kemudian Along dan Dayana mengaduh sakit. Ejek lagi, kan dah kena!

“Betul ke Athia Huriya’ tak kisah duduk di luar?” Babah yang dah lama simpan suara bertanya. Dan babah memang suka memanggil nama penuhku apabila dia mahukan kepastian atau perhatian daripadaku.

“Betul. Athia boleh tengok dari TV kat luar ni aje… Babah, bunda dan Yana masuk aje la!” Aku yakinkan babah. Hakikatnya aku sendiri tak pasti sama ada aku betah atau tidak aku nak menongok empat lima jam kat bawah khemah yang aku sedia maklum bahangnya bila tiba zon-zon petang ini.

“Along pulak macam mana?” Giliran babah bertanya keadaan Along pula. Along angkat bahu.

“Along lagi tak kisah! Pandai-pandai la Along lepak kat mana-mana nanti.” Jawab Along. Dan seperti tadi, dia kembali membelek gambar-gambar dalam kamera digitalnya. Nama Along, Abdul Syakur bin Dato’ Shaiful Bahri. Umur 27 tahun. Bujang trang-tang-tang. Single and available. Dulu wat degree lakonan dan seni layar ke ape-kenamenye-entah... Tapi zaman tu dia minat giler melukis komik. Bila komik yang dia lukis tak dapat-dapat publish kat mana-mana majalah komik, dia retired. Sekarang dia minat amik gambar pulak. Tak kisah la gambar apapun. Kalau boleh semua nak di’snap’nya. Dek minat, babah bagi modal, cari peluang dan terus bukakan kedai gambar untuk Along. So far, ada la untung sket.. Along pun dari jadi kutu rayau, dah ada nampak ciri-ciri businessman sket dalam diri dia. Dah ada transformasi sket…

“So, kalau gitu, babah, bunda dengan adik masuk dulu. Apa-apa, message atau call, okey?” Pesan babah.

“Okey!” Seakan berjanji, serentak kami menjawab.

Aku dan Along memerhatikan babah, bunda dan Dayana masuk ke dalam dewan dan hilang dari pandangan kami. Kami berpandangan sesama sendiri.

“Along nak jalan-jalan. Thia nak ikut ke?”

“Tak pe la! Thia duduk kat khemah aje…” Jawabku. Along kulum senyum bila dengar aku bersuara. Malas aku nak melayan ejekannya, aku terus berlalu dan duduk di kerusi plastik di bawah khemah. Betul-betul dekat dengan TV yang disediakan. Dan Along dalam sekelip mata hilang ditelan lautan manusia di situ.

Kebosanan mula menjelma dalam diri. Mana best tengok dari TV aje. Macam ni, baik tak payah datang. Handphone aku keluarkan. Jari pantas menekan butang-butang handphone.

‘Ngah, ape barang universiti ko ni? Dua orang aje boleh masuk dewan. Rayu punya rayu baru la dia bagi adik masuk. Thia dengan abang nak tak nak terpaksa la ‘bawa diri’…’ Aduku dalam bentuk pesanan ringkas. Send.

Selang beberapa saat, bunyi mesej masuk kedengaran.

Ye ke? Sorry la… Angah mana tahu. Angah pun tak dapat masuk dewan besar. Masuk masa nak amik scroll nanti aje. Sorry la… Dewan besar kami kecik…’ Balas Angah.

‘Tak pe. Enjoy your moments. Jangan lupa senyum depan kamera. Kem salam kat naib canselor, ek!’

Send.

Seketika kemudian Angah membalas. ‘OK…TQ…’

Handphone aku simpan kembali ke dalam tas tangan. Aku pandang sekeliling. Kemudian memandang skrin TV. Majlis konvokesyen dah bermula. Bacaan doa. Ucapan naib canselor, bla bla bla… Dan mata yang dah mula layu, aku buntangkan semula. Huish… Tak boleh jadi ni! Aku pandang sekeliling. Masing-masing punya gaya tersendiri menikmati hari yang bersejarah itu. Ada yang berbual, tidur, makan, melayani kerenah anak-anak… Yang betul-betul menonton majlis siaran langsung di kaca TV boleh dikira dengan jari tangan aje. Tiga empat buah kipas besar yang tak henti-henti berpusing langsung tak dapat meneutralkan suhu di bawah khemah itu. Bajuku mula basah dek peluh.

Seketika kemudian tumpuan aku dicuri oleh sejambangan bunga mawar merah dihiasi bear-bear kecil yang dibawa oleh seorang makcik. Cutenya! Tentu Angah suka kalau aku bagi benda ni kat dia. Salah seorang petugas di situ, aku hampiri. Pen dan buku nota kecil aku keluarkan dari tas tangan. Ni memang dah jadi habit aku. Mana-mana pergi mesti bawa pen dan buku nota kecil. Bila bosan boleh menconteng. Tapi kali ni, aku tak nak menconteng. Dan aku tak nak diejek lagi.

‘Tumpang tanya, kat mana tapak ekspo? Atau mana-mana tempat yang jual bunga.’

Aku cuit lengan baju lelaki itu. Dia yang leka memerhatikan keadaan sekeliling kelihatan terkejut namun tetap mengukir senyuman bila menyedari aku ada di sisinya. Buku kuhulurkan. Hampir bertaut keningnya, tetapi bukuku tetap disambut.

“Ooo, tapak ekspo… Aaa…” Dia garu kepala. Mungkin bingung bagaimana caranya untuk menerangkan kedudukan tapak ekspo dalam bentuk tulisan. Aku ambil kembali buku nota dari tapak tangannya.

‘Cakap aje. Saya boleh mendengar.’

Aku hulurkan kembali buku itu padanya. Wajahnya kelihatan lega sebaik sahaja membaca tulisanku. Lalu dia pun menerangkan padaku arah ke tapak ekspo. Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus berlalu pergi dari situ.

@~~~@~~~@~~~@~~~

Wow! Pertama kali menjejakkan kaki ke tapak ekspo di universiti Angah ni, aku betul-betul rasa kagum. Memang meriah sungguh la ekspo konvo kat sini. Kat tempat aku tu bukan tak meriah, tapi kurang la bab-bab live show dari artis-artis. Ye la, berapa sangat la artis yang sanggup naik ke utara nun nak wat live show kan... Berbanding kat sini, memang tak terbanding la. Deretan khemah yang terpacak membuatkan aku tak sabar-sabar nak ‘melawat’ dari satu booth ke satu booth. Cakap aje nak beli apa. Semua ada kat sini. Baju, kasut, kain pasang, cenderamata, bunga, bear, barangan kesihatan, laptop/pc, aksesori computer, dan lain-lain… Pendek kata, kalau anda bukan jenis yang pilih ‘jenama’, semua yang kita idamkan adalah dijual kat ekspo tu. Harga pun boleh runding. Kalau tak boleh, cari aje booth lain. Apa susah…

Dan seperti pengunjung-pengunjung yang lain, aku jelajah satu persatu booth-booth yang ada di situ. Masuk satu booth jual kasut dan sandal, mata aku terus tertarik pada sepasang kasut warna krim. Tanpa berlengah, aku turunkan kasut tu dari raknya. Aku cuba masukkan kaki kanan ke dalam kasut. Kakiku masuk tapi sempit. Agak-agak kalau jalan lebih sket gerenti melecet kaki. Seakan memahami kesulitan diriku, pakcik yang menjaga segera menghampiriku.

“Berkenan, dik? Kalau berkenan, amik… Harga jangan bimbang. Boleh runding.” Katanya dalam senyuman.

Buku nota aku buka. Mata pen aku larikan di atasnya.

‘Pakcik, kasut ni ada saiz besar sikit tak? Ada warna lain tak?’

Aku hulurkan buku nota padanya. Senyum pakcik tu automatik mati. Riak wajahnya turut berubah. Riak simpati terlukis di situ. Dalam pada itu, buku nota yang aku hulurkan tetap disambut. Aik, apasal tiba-tiba sentimental pulak pakcik ni? Makcik, yang aku agak isteri kepada pakcik-sentimental ni, bangun dari kerusi dan menghampiri kami. Mungkin dia cemas bila aku main passing-passing nota kat suami dia. Mungkin dia fikir aku tulis nota cinta buat suaminya. Siapa tahu?

“Kenapa, bang?” Soal makcik yang pakai tudung krim tu. Pakcik tunjukkan buku notaku pada isterinya.

“Tak ada. Budak ni bisu. Nak bercakap pun kena pakai pen dan kertas. Kesian…”

Aaa…? Bila masa pulak aku jadi bisu ni?

Makcik wat muka dua kali lima macam muka pakcik tu juga. Muka simpati. Syukur, sifat belas rakyat Malaysia terhadap OKU masih tebal. Tapi masalahnya, aku bukan OKU! Ayark…!

“Adik ni bisu ke?” Soal pakcik tu lantang. Makcik segera menyiku lengan suaminya. Aku tak menjawab. Sekadar tersenyum.

“Ish, abang ni! Ada ke tanya macam tu. Kecik la hati budak tu bila kecacatannya disebut-sebut!”

Pakcik tepuk dahi.

“Allah, Yah… Aku lupa! Kalau budak ni bisu, dah tentu dia pekak. Buat penat aje aku terjerit-jerit bertanya…” Rungut si pakcik.

“Untung budak tu tak mendengar. Kalau tak tentu kecik hatinya dikatakan bisu. Dah! Pergi amik kasut yang budak ni minta.” Arah makcik tu. Pakcik bergegas ke belakang. Mencari kasut yang kupinta. Makcik itu meminta pen dariku.

‘Tunggu kejap. Pakcik amik kasut.’ Tulisnya. Aku mengangguk. Senyum lagi.

“Ni dia! Warna lain tak ada!” Pakcik itu segera keluarkan sepasang kasut yang seperti sample di rak tetapi dalam saiz yang lebih besar. Aku amik kasut itu dan aku acukan ke kaki. Muat dan selesa. Aku senyum. Gembira dapat kasut baru untuk ke kuliah.

Bahuku dicuit. Aku segera menoleh. Makcik tersenyum sambil hulur buku nota.

‘Warna lain tak ada. Kasut yang ni boleh tak?’

Aku angguk kepala berkali-kali. Tas tangan aku selongkar. Purse kukeluarkan. Kening kuangkat. Bertanya harga.

‘Harga asal RM29.90. Dengan adik, pakcik kira RM18 aje. Boleh?’

Pakcik hulur buku nota padaku. Aku pantas mengangguk. Dua keping not RM10 aku keluarkan lalu kuhulurkan kepada pakcik. Pakcik segera berlalu mengambil duit baki. Makcik pula sibuk memasukkan kasutku ke dalam beg plastik.

“Ni bakinya!”

Duit itu pantas aku sambut. Selesai urusniaga, aku mengucapkan terima kasih dan terus beredar. Nak jenguk booth yang lain pulak.

“Murah aje abang kira harga kasut dengan budak tu.”

“Tak apa la… Kesian kat dia. Lagipun dia pelanggan pertama kita hari ni…”

Sayup-sayup kedengaran perbualan antara suami isteri itu. Aku senyum lagi. Seronok juga disalah anggap sebagai si bisu ni! Save duit aku!

Aku mula beralih ke booth yang menjual bear dan… Wah!! Banyaknya… Besar, kecik, sederhana. Mickey Mouse, Minnie Mouse, Spongebob, Patrick, bear katak, anak patung Mr. Bean, Mashi Maro dan lain-lain… Bear berbulu pendek, panjang, kasar, lembut… Ahhh! Aku nak yang ini! Dan yang ini… Ini juga! Kalau boleh aku nak semua…!

Ala…! Comelnya yang ni!
Aku peluk salah satu bear yang ada di situ. Rasa nak hentak-hentak kaki aje dek kerana teruja melihat anak patung yang bergantung bergayut di situ. Ketika aku leka menelek, membelek bear sebesar budak tiga tahun di rak tu la, aku baru terperasan ada sepasang mata yang asyik dok ralit memerhatikan aku dari celah-celah deretan bear tersebut. Mungkin dia berada di booth sebelah… Mungkin dia juga sepertiku, terkejut… Aku tak pasti…

Apa yang pasti, mata aku dah terasa di‘glue’ dengan sepasang anak mata di sebelah sana…


*** Sejak minggu lepas, bila eury umumkan dh ada publisher minat nk terbitkan ad+iz, eury dpt tgk mcm2 reaksi dr pembaca2… eury bc semua tp eury sengaja tak nk komen. Takut! Sampai terkucat idea nk wat cite baru… hehe… eury tak merajuk dari menulis, cuma tak berapa sihat. orang sekeliling eury pun sama. Bohong kalo eury kata eury tak terasa hati dgn apa yg diperkatakan sb eury bkn android+humanoid. tp eury amik dr +ve side la. Korang mare2, kutuk2 semua pun fsl minat giler dgn ad+iz. I2 tandanya eury bleh dikatakan berjaya la bw korg dlm mood ad+iz… 1 kejayaan tu! Eury tak nk ulas lebih2, nnt ada yg mare lg… Cuma sape yg knl eury, tau mcm mn eury, diorg akan tahu napa eury amik keputusan tu… eury bkn dewa. eury juga bkn materialistik. eury juga ada hidup dan nk hidup. Sampai bila nk hrp subsidi org? eury cuma eury yg teringin nk tgk sejauh mn hasil tulisan eury boleh pergi… kalo takat blog aje, eury redha. Kalo bleh pergi jauh, eury nk tgk sejauh mn sbb eury sdr eury tak sehebat penulis2 novel di luar sana. Kalo perbuatan eury ni slh maka eury dgn rendah diri memohon maaf…

*** Ada yg tnya cite ni akan dipublishkan ke tak? insyaAllah cite tak kan dipublishkan. Biar… nk tgk prestasi ad+iz mcm mn dulu. And bg kat e-novel penulis lain pulak. yg bg panduan kt eury itk dload ost tu TQ so much ek! really appreciate it!

*** Ada org ckp kt eury, peminat2 eury dh abis lari bila eury nk publishkan ad+iz… blog eury pun tgh ‘panas’ skrg & makin sket org lawat. Dia suggestkan kat eury spy bhenti menulis aje dan block blog kpd unregistered kipas-ssh-mati. Hehe… ye ke? Betul ke tak ada lagi yg sudi nk baca cite eury ni? Sungguh eury tak tau nk komen… cb angkat tgn sket sapa yg masih sokong eury!

Friday, August 14, 2009

Buat Kipas-Susah-Mati ad+iz


Minggu lepas dan minggu ni merupakan antara minggu yg sibuk bagi eury. Walaupun adik eury yg nk menerima scroll dr pro-canselornya tp dgn eury2 sekali terima ‘tempiasnya’. Alhamdullillah, sampai jugak eury ke UPM yang indah permai tu. Konvo UPM tetap meriah wpun kes H1N1 makin teruk. Ingatkan dapat la tengok ‘graduan bertopeng’ 4 the 1st time, tp rupanya boleh dikira berapa orang aje yg pakai topeng…hehe…

Balik dari UPM, eury demam. Macam yg korang semua dah tau la. Kepala pun automatic kosong dari segala macam idea dan mood menulis... Masa baring2, dok raba dahi sukat tahap kepanasan badan tu la eury dapat panggilan telefon. Isi perbualan antara eury dgn pompuan lemak merdu suaranya ni mungkin akan mendapat pelbagai reaksi dari korang esp kipas-susah-mati ad+iz. Blogger p2u dah selamat naikkan ad+iz ke company kaki novel…. Dan eury di’offer’ utk menerbitkan ad+iz dlm bentuk novel bercetak… Waaa…! Yeaahh…!

eury pasti ada yg gembira dan ada gak yg sedih. Yg gembira sebab dpt baca ‘selempuk’ ad+iz kurang setahun dari sekarang. Yg sedih sbb tak dpt lagi nak baca ad+iz kat blog nih... sbnrnya eury pun serba-salah bila fikir2... sbb xtvt menulis, menaip, meraban ni sbnrnya slh satu xtvt lps tension n hobi aje pd mulanya… Tp bila tgk ad+iz dpt sambutan, eury jadi teringin nk tgk ad+iz jadi novel plak. Maka, part 20 adalah n3 terakhir bg ad+iz… dan scr automatiknya prekuel ad+iz juga terpaksa ditangguhkan @ dihentikan sama sekali sbb takut clash dgn novel ad+iz... utk berita sedih ni, eury minta maaf sgt2… lps ni, eury terpaksa meneruskan ad+iz smpai la abis tanpa komen membina dari korang (sesuatu yg susah bg eury sbb bila idea kering eury biasanya akan bace balik komen2 korang smbil tersengih... hehe… pelik tp benar belaka…). Kalo tak ada aral, tahun depan korang bleh la tgk novel ad+iz kat toko2 buku berdekatan dgn rumah korang… Harap2 korang beli la! Huhu….

Korang jgn risau… eury ttp akan menulis cerpen & novel lagi. Novel The Curse tu, eury minta tangguh la sbb eury belum dpt lagi susur galur cite tu scr terperinci. Yg pasti, eury akan habiskan eucralipse (yg dh ber’joman’ cito e’..) dan mula novel baru iaitu Saat Cinta Bicara (SCB)… insyaAllah, 2-3 cerpen yg dok bersarang dlm kepala ni pun eury akan flush kuar ke blog nih!

Kipas-susah-mati, tolong terus ‘mengipas’! Kerana anda, blog nih hidup…! Kerana anda, eury athena terus ‘hidup’! hehe… wassalam…


*** Ada sape2 tau kat mn lubuk nk dload lagu instrumental @ ost esp dari cite2 korea tak? eury suka dgr la muzik mcm tu…

ad+iz Part 20


Ihsan mundar-mandir di perkarangan hotel. Kemudian dia berlari ke tempat parkir pula. Penat berlari ke sana-sini tidak dihiraukan. Apa yang penting adalah Adry. Namun, jangankan Adry, bayang Adry pun tak kelihatan di mana-mana. Mustahil cepat benar Adry dapat menghilangkan diri!

“Kat mana kau, Adry?” Gerutunya sendirian. Dalam hati, berkali-kali dia mengutuk tindakan Adry mengejar Farriel.

Ihsan meraup wajah, ubun-ubun dan akhirnya kedua-dua belah tangannya mengusap-ngusap pula belakang leher. Dia terduduk di tar jalan. Kaki yang lenguh minta direhatkan. Mujur kawasan parkir di perkarangan hotel sudah lengang dari manusia dan kenderaan.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Telefon bimbit pantas dikeluarkan dari kocek. Nombor Marina didail. Tak berjawab.

“Pick up the phone, Marina!”

@~@~@~@~

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Nenda Nerrisa segera turun dari kereta mewah buatan luar negara itu. Pemandu peribadi Nenda Nerrisa kelihatan terkejut dengan tingkah laku Nenda Nerrisa yang keluar dari kereta tanpa menunggu pintu dibukakan. Dua orang pengawal peribadi yang baru sahaja turun dari kereta, digamitnya.

“Aku nak korang jejak Aril dan Adrianna…” Arahnya dengan wajah serius. Menghilangkan diri dari majlis perkahwinan sendiri? Sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal fikirannya.

“Tapi kami nak cari di mana, puan?” Soal salah seorang dari pengawal peribadi tersebut. Rakan di sebelahnya pantas menyiku temannya. Demi terpandangkan wajah Nenda Nerrisa yang sudah merah padam, kedua-duanya pantas menundukkan kepala. Bersedia untuk dimarahi.

“Tak kan itu pun aku nak ajar? Guna semua sumber, kebolehan kamu atau apa sahaja teknologi yang ada! Cucu aku tu manusia. Bukan halimunan. Mesti tinggalkan jejak punya!”

“Kalau kami jumpa mereka…”

Nenda Nerrisa pantas memintas ayat pengawalnya.

“Aku cuma nak tahu kat mana mereka dan keadaan diorang macam mana! Hubungi aku sebaik sahaja korang dapat maklumat. Faham?!”

“Faham, puan!” Hampir serentak kedua-dua lelaki tersebut menjawab.

“Tunggu apa lagi??” Soal Nenda Nerrisa garang bila dilihatnya pengawal peribadinya masih termangu-mangu di hadapannya.

Bagai direnjat elektrik, pengawal peribadi Nenda Nerrisa pantas bergegas pergi memulakan tugasan yang diberikan.

@~@~@~@~

“Tergamak Aril dan Adry malukan kita macam ni! Awak tahu apa headlines akhbar-akhbar pagi nanti? Tengku Farriel Izumi Tengku Muhammad Faris dan isterinya ‘lari’ menghilangkan diri dari majlis perkahwinan… Sungguh memalukan! ”

Tengku Khalidah yang dah elok melingkar dalam comforter tebal, kembali duduk bersandar di kepala katil. Suami yang baru selesai membersihkan diri dipandang dengan mata kuyu. Niat hatinya untuk tidur sebelum subuh menjengah terbantut tatkala nama Farriel disebut-sebut. Tengku Faris masih tercegat di kaki katil dengan wajah masam dan bengis. Tengku Khalidah menjengah muka jam di sebelah lampu tidur. Jam 5 pagi… Huh! Tak boleh tunggu esok ke kalau iye pun nak marah?

“Tentu ada perkara penting sampai dia buat macam tu!” Bela Tengku Khalidah.

“Kalau iye pun ada perkara penting, tak kan tak boleh tunggu sampai majlis selesai?” Nada suara Tengku Faris naik setangga. Hatinya panas dengan tindakan drastik Farriel. Walaupun dia sedia maklum bahawa Farriel meninggalkan majlis demi Marina, namun dia tetap tidak dapat menerima tindakan Farriel tersebut memandangkan dia sekeluarga terpaksa menerima penghinaan yang maha besar dari para tetamu majlis. Dan ‘kehilangan’ Adrianna Mayesa menimbulkan tanda soal besar dalam benaknya. Ahh! Biarkan sahaja! Hilang terus lagi baik!

“Mungkin betul cakap abang Makmur. Kita tak patut setuju dengan permintaan mama malam tu. Perkahwinan antara Aril dan Adry adalah kesilapan besar. Saya lebih rela Aril kahwin dengan Murni!” Sambung Tengku Faris bila dilihatnya isterinya diam tanpa kata.

“Kahwin dengan Tengku Murni Hadirah anak Tengku Makmur tu? Baik tak payah kahwin! Saya lebih rela Aril membujang sampai ke tua dari kahwin dengan perempuan gedik tu! Ei, tak berkenan la saya dengan perangai dia! Manja tak bertempat!” Bantah Tengku Khalidah.

“Dah tu dengan Adrianna Mayesa, menantu awak tu okey sangat ke? Serba-serbi tak tahu! Mana layak jadi isteri CEO syarikat multinasional!” Selar Tengku Faris.

“Sekurang-kurangnya Adry tak mengada-ngada. Independence. Tak materialistik. Pandai ambil hati orang tua. Dan yang paling penting, tak menyakitkan mata dan hati saya ni!” Tengku Khalidah menepuk-nepuk dada kirinya tatkala mengucapkan ayatnya yang terakhir.

Tengku Faris mendengus tak puas hati. Marah mendengar bicara si pembela Adry. Badan direbahkan di sisi kanan katil. Gebar tebal ditarik separas pinggang.

“Saya nak dengar apa kata awak bila awak dah kenal siapa Adry sebenarnya…” Gumam Tengku Faris dengan mata terpejam.

“Apa dia, bang?” Pantas Tengku Khalidah menyoal. Suara suaminya yang antara dengar tak dengar membuatkan dia kurang jelas dengan apa yang diperkatakan.

“Tak ada apa-apa. Tidur la!”

@~@~@~@~

“Aku cintakan kau…!”

Kata-kata Farriel sebati bersama deruan ombak pagi itu. Indah, mengasyikkan dan lunak kedengaran di telingaku. Sungguh, aku tenang mendengar kata-katanya. Tapi, bila aku teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa jam lalu, ketika kami di bilik persalinan, aku jadi berang. Mudah dan murah sungguh nilai lafaz cinta dari dirinya.

“Aku cintakan kau…!” Lafaznya lagi. Dan sepasang matanya tetap setia menatap ke dalam anak mataku.

Sungguh… Kalau aku tak mendengar isi pertelingkahan antara Farriel dan Marina di hotel tadi, kalau aku tak menyaksikan sendiri bagaimana bersungguhnya Farriel memujuk Marina beberapa jam lalu, sudah pasti aku akan melonjak-lonjak kegembiraan mendengar sebaris ayatnya itu.

“Dengan aku, kau cakap ‘aku cintakan kau’… Dengan Marina tadi kau cakap ‘I love you’… Sapa yang kau cinta sebenarnya ni?” Soalku berang. Muka dah rasa panas akibat kemarahan. Bayu laut dah tak mampu m’neutral’kan amarahku lagi.

“Aku cintakan kau! Aku cintakan kau, AD! Bukan Marina. Bukan sesiapa!” Tegasnya bersungguh-sungguh. Aku pekup telinga. Enggan mendengar pembohongannya.

“Kau gila! Dah tak waras! Dah hilang ingatan! Agaknya kau dah lupa yang berdiri di hadapan kau sekarang adalah Adrianna Mayesa. Bukan Marina Irriani!” Jeritku sekuat hati.

Farriel menurunkan kedua-dua belah tanganku yang mendarat kemas di cuping telinga.

“Aku masih waras! Aku tak hilang ingatan sama sekali. Dan aku cukup sedar bahawa kau, Adrianna Mayesa yang ada kat depan aku sekarang! Aku cintakan kau, Adrianna Mayesa!”

Farriel yang cuba meraih bahuku, segera kutolak sekuat hati. Dia terduduk di pasir pantai. Istana pasir yang menjadi perbalahan kami sebentar tadi terbiar sepi. Tanpa menunggu sesaat pun, aku berdiri dan berlalu pergi dari situ.

Aku sudah cukup bersabar dengan kerenah Farriel selama ni. Hati aku sudah lunyai dek kehadiran Marina dalam hidup pura-pura kami ini. Aku sudah tidak mampu untuk menerima apa jua bentuk penipuan, lakonan atau permainan yang diciptakan dalam perkahwinan kontrak ini. Aku sudah letih. Terlalu letih! Satu-satunya yang boleh membuatkan aku kembali ‘hidup’ adalah dengan meninggalkan semua pembohongan ini. Jauh dari keluarga kerabat itu. Jauh dari Ihsan. Jauh dari Marina. Jauh dari Farriel. Jauh dari semua orang. Aku rindukan kehidupan aku yang dulu. Biar miskin, asalkan aku bahagia mencorakkan kehidupanku.

Farriel mengejarku dari belakang. dan sebelum sempat aku berbuat apa-apa, dia sudah memeluk erat pinggangku dari belakang. Aku terkaku di situ. Terpaku dengan tindakannya. Langsung buntu untuk cuba melepaskan diri dari pelukannya.

“Lepaskan aku, Iz…” Serak suaraku tatkala menyuarakan permintaan itu.

Aku terdengar esak di tepi telinga. Farriel… Menangis? Mengapa dia menangis? Kerana akukah?

“Aku tak kan lepaskan kau, AD! Aku cintakan kau. Susah sangat ke kau nak percaya?” Terputus-putus bicaranya masuk ke gegendang telingaku. Benarlah… Tengku Farriel Izumi menangis di bahuku.

“Aku dah letih, Iz… Dah terlalu letih nak teruskan kontrak yang kita tandatangani tujuh bulan lepas… Kalau kau fikir ini salah satu cara nak mempermainkan perasaan aku, nak mempertingkatkan ego kau, anggap sahaja kau dah berjaya! Sekarang bebaskan aku dari penjara ciptaan kau ni!” Ujarku dalam sendu. Ahh…! Air mata ni memang cepat sahaja beranak sungai di pipi.

Kepala Farriel bergerak ke kiri dan ke kanan beberapa kali di bahuku. Seakan menidakkan kata-kataku tadi.

“Aku tak kan lepaskan kau. Tidak sekarang. Tidak selama-lamanya!”

Aku mengeluh perlahan.

“Dengar sini, AD! Aku cintakan kau! Aku tak tahu macam mana atau apa cara yang harus aku buat untuk bagi kau percaya yang aku benar-benar cintakan kau. Coz I’m not good in words and in actions too… Cuma aku nak kau tahu yang aku tak pernah rasa sebegini. Rasa hangat, rasa bahagia, rasa tenang bila ada di sisi kau. Rasa sedih, rasa kehilangan, rasa terseksa bila kau hilang dari pandangan aku. Memang dulu aku dengan bangganya mengisytiharkan Marina sebagai kekasih aku. Tapi bila kau datang dalam hidup aku, bila kau jadi isteri aku, semua rasa dan perasaan aku pada Marina terasa macam palsu... Langsung tak ada kebenarannya sama sekali! Sebab Marina tak mampu buat aku rasa sedih dan gembira dalam sekelip mata. Tapi kau mampu! Malah kau dengan mudahnya mampu menggoyang dan meruntuhkan ego aku… Hanya kau, AD!”

Kosa kataku terasa berasa di peringkat paling minima. Hinggakan aku tak mampu untuk mengeluarkan walau sepatah kata. Aku terkelu seribu bahasa!

Farriel membalikkan tubuhku agar mengadapnya. Air mata yang berjuraian di pipiku, disekanya dengan cermat. Dan aku dengan jelasnya dapat melihat betapa dia juga menitiskan air mata jantannya ketika melafazkan kata-katanya sebentar tadi.

“Aku cintakan kau, Adrianna Mayesa… walaupun aku tiada tempat dalam hati kau, walaupun cinta kau milik lelaki lain, walaupun satu hari nanti kita terpisah jauh atau bercerai…”

Farriel berjeda di situ.

“… aku cuma mahu kau tahu yang aku mencintai kau… hanya engkau… kerana tiada insan lain yang mampu menandingi kau dalam hatiku ini…” Ujarnya lembut.

Air mataku kembali lebat. Kata-katanya kedengaran tulus dan ianya benar-benar meruntun hati dan perasaanku. Demi melihat esakku yang makin kuat, Farriel meraih aku dalam pelukannya yang hangat. Di situ aku menangis lagi. Akalku sudah bercelaru; tidak tahu menimbang benar atau tidaknya luahan rasa Farriel sebentar tadi. Aku sendiri sudah terlalu letih dan bingung untuk menentukan realiti atau fantasinya apa yang aku dengar tadi. Aku sudah tidak pasti dengan apa yang patut aku percaya!

Namun ada sesuatu yang aku benar-benar pasti... Aku cintakan Tengku Farriel Izumi! Dan aku sanggup mempertaruhkan segala apa yang ada padaku semata-mata untuk bersama-sama dengannya; walaupun seketika.

Dan sesuatu yang pasti pada saat itu, aku dan Farriel bertangis-tangisan dalam pelukan.

*** Masih berbungkus menaip... hehe


*** This will be the last n3 of ad+iz. Harap maklum… TQ~

Preview : Saat Cinta Bicara


Athia Huriya’
‘Selamat berkenalan, cinta….’
Athia tidak pernah kenal apa itu cinta.





Ibriz Mikhail
‘Dengan hanya sepasang mata, aku sudah hanyut dalam arus cintanya…’

Mikhail pula terkeliru antara cinta, kasih, sayang dan budi.






Kirana Ayuni
‘Dia lelaki idamanku. Aku harus memilikinya!’
Kirana sudah bertemu lelaki yang punya ciri-ciri idamannya.




Amsyar
‘Cintaku selamanya untukmu…’
Amsyar tidak pernah melafazkan cintanya.


Prinsip cinta Athia semudah ABC… Jika A mencintai B, dan B mencintai A, maka mereka layak dan patut untuk bersama. Usah endahkan C, si penyibuk atau D, si lelaki syok sendiri… Namun bila Athia sendiri menjadi A, dan lelaki yang dicintainya menjadi B, tegarkah dia mengabaikan perasaan si C dan si D? Wajarkah cinta si B menjadi miliknya sedangkan si C terlebih dahulu mencurah rasa? Dalam cinta bersegi-segi itu, Athia mula terkeliru dengan pendiriannya.

Monday, August 3, 2009

ad+iz Part 19


“Lepaskan aku!”

Telefon bimbitnya yang dari tadi menjerit minta diangkat, langsung tak dipedulikannya. Sampai flat bateri pun, dia tetap begitu. Tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang boleh mengganggunya di kala ini.

“Kau nak bawa aku pergi mana ni?” Tanyaku buat ke sekian kalinya. Dia diam. Ahh!! Bengang betul cakap dengan patung bernyawa nih!

Dengan tangan kiri, aku meraba, mencari handphone dalam poket baju. Harapan terakhir untuk membebaskan diri dari orang gila di sebelahku ini. Alamak! Tapak tangan dah melekap di dahi. Gaun pengantin mana ada kocek! Huish…! Ni dibuatnya kena tahan dengan polis, sah-sah aku kena cop sebagai PATI Indon... Jangankan handphone, satu dokumen peribadi pun tak ada nih! Main aci lari macam gitu aje masa nak kejar Farriel tadi.

“Woi, pekak! Lepaskan aku la!” Aku jerit lagi. Kali ni, aku guna tone suara yang tertinggi. Dia ni tak faham bahasa ke? Tak pergi sekolah? Subjek Bahasa Melayu gagal ek? Sekolah bertingkat-tingkat, bodohnya pun bertingkat-tingkat tahap dinosaur! Aku Tension!!!

Dek ke’high-pitch’ingan suaraku, tapak tangan kirinya spontan melekat di cuping telinga. Padan muka! Dan pergelangan tanganku dilepaskan. Kalau tak, dia lebih senang memandu sambil mencengkam pergelanganku. Samseng diraja betul! Pergelangan tangan aku belek. Huhu… Dah merah dah ni! Sikit lagi nak melecet…

“Kalau iye pun kau nak pujuk si Marina tu, tak payah la seret aku sekali! Aku tak ada kena-mengena dalam masalah korang, tau tak!”

Farriel cuma diam. Mata tertumpu searah ke depan. Senang betul kerja dia. Diam, diam dan diam… Aku kat sini yang dah nak dapat darah tinggi!

Okey! Aku tahu la dia tengah memandu, tak boleh kalih kiri kanan sesuka hati TAPI… Tak boleh ke at least dia jawab pertanyaan aku? Aku dah nak jadi kereta api arang batu yang keluarkan asap hitam tu dah ni! Letih dah aku menjerit, melalak, melolong marah dia, maki dia, tanya itu-ini, minta dia lepaskan aku dan tinggalkan aku kat mana-mana ke… Tapi dia buat ‘dunno’ aje. Geramnya!

Seriuosly, aku memang tak interested langsung nak jadi spectator terhadap pergaduhannya dengan Marina yang aku jangkakan bakal berlangsung sebentar nanti. Sebab aku rasa aku tak ada kena-mengena lansung dalam masalah diorang. Aku cuma mangsa keadaan! Marina dan Farriel pula tak ubah seperti haiwan pemangsa. Kalau tak Marina, si Farriel ni yang akan membaham, melapah, menyiat sekeping hatiku ini… Sadis sungguh nasib hidupku!

“Ei, sejak bila kau jadi bisu ni? Tadi elok aje kau bercekau dengan Marina! Tak kan dah hilang suara kot? Ke kau simpan suara sebab nak gaduh dengan dia kejap lagi?”

Farriel diam lagi.

Signboard di bahu jalan aku pandang. Susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan? Uih…! Biar betul? Rumah si Marina tu kat belah-belah utara ke? Bukan ke dia duduk area KL aje? Kampung Marina tak… Heish! Kampung dia bukan kat Selangor aje ke? Habis, apa ke halnya dia menuju ke utara? Entah-entah Marina tu dah lari ke sempadan tak? Ke diorang dah berpakat nak kahwin kat sana? Habis, apa hal pulak si Farriel ni seret aku sekali? Untuk jadi saksi? Kerja gila! Sungguh gila! Memang gila! Sah-sah dah tak waras akal dia ni! Dashboard kereta aku pandang. Alamak, tank minyak full lagi… Memang dia nak bawa aku ke Thailand gamaknya nih!

“Izumi! Ke mana kau nak bawa aku ni? Woi! Jawab la!”

Bahu dan dadanya sudah jadi ‘punch-bag’ku. Tapi dia tetap macam tu. Tak bergerak. Tak beriak. Tak beremosi. Ya Allah, kenapalah Kau jadikan Tengku Farriel Izumi ni android bernyawa?

“FARRIEL IZUMI!!!!”

@~@~@~@~

Majlis dah hampir sejam tertangguh. Para tetamu dah mula tak senang duduk di kerusi masing-masing. Masing-masing membuat spekulasi tanpa asas atas tertangguhnya majlis tersebut. Para wartawan dan pemberita sibuk mengumpul bahan untuk memuji, menghentam, menyindir atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat mereka.

Artis dan kumpulan muzik yang masih rancak menyanyi di pentas sudah tak dihiraukan oleh para tetamu lagi. Mereka datang ke sini bukan untuk menonton persembahan tersebut. Mereka datang untuk menyaksikan mempelai bergandingan di atas pelamin dan di sepanjang majlis berlangsung. Tanpa pengantin, apalah ertinya majlis perkahwinan ini?

“Ma, sampai bila kita nak tunggu ni?” Soal Tengku Radhiah lembut. Nenda Nerrisa di sebelah pandang sekilas ke arah anak bongsunya. Jatuh kasihannya pada Tengku Naqiu berusia empat tahun yang sudah lena dipangkuan ibunya. Anak menantu, cucu-cucunya, kaum kerabat serta rakan-rakan yang hadir dikerlingnya. Masing-masing sudah keletihan, sudah bosan menunggu namun tetap bertahan di tempat masing-masing demi menghormati dirinya dan juga majlis yang masih berlangsung.

Hana dan Akiha berjalan pantas ke arah Nenda Nerrisa. Tumpuan seisi meja terarah kepada mereka berdua.

“Kami tak jumpa mereka, nenda!” Kata Hana dalam mengah. Nenda Nerrisa, Tengku Radhiah dan Tengku Khalidah pamer wajah pelik.

“Kiha cuba telefon abang, tapi tak ada orang angkat. Sekarang asyik masuk voice mail aje pulak! Kak Adry tak bawa phone…” Sampuk Akiha. Dia masih tak jemu menekan-nekan keypad telefonnya. Seperti tadi, dia masih gagal menghubungi abangnya.

“Mustahil diorang ghaib! Sejak bila pulak Aril menuntut ilmu menghilangkan diri ni?!” Sinis nada Tengku Makmur menuturkan ayat-ayatnya. Tengku Muhainis dan Tengku Murni mengukir senyuman mengejek.

“Kamu dah cari di bilik hotel? Lobi? Ke, mana-mana? Dah tanya pekerja hotel?” Soal Nenda Nerrisa lagi.

“Dah, nenda! Memang tak ada!”

Nenda Nerrisa kalih pandang pada dua orang bodyguardnya. Masing-masing mengelengkan kepala. Tanda tidak tahu. Nenda Nerrisa menopang dagu di meja. Bingung memikirkan kehilangan cucu-cucunya.

“Ish… Mana pulak budak-budak ni pergi? Tak kan tak tahu yang majlis kita tak habis lagi…” Gerutu Nenda Nerrisa. Yang mendengar sekadar mengeleng-ngelengkan kepala. Tengku Faris mula bengang dengan situasi yang dihadapkan kepadanya.

Tengku Makmur tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Sengaja membakar api kemarahan Tengku Faris yang sudah panas punggung di hadapannya.

“Itulah, mama… Kahwinkan lagi si Aril tu dengan perempuan tak tahu asal-usulnya. Macam ni la jadinya. Cuba pilih si Murni ni, elok la sikit jadinya. Dah tentu-tentu keturunannya tengku. Cantik, terpelajar…”

“Ini bukan soal keturunan. Bukan soal cantik ke tidak. Bukan soal pandai atau tidak. Ini soal masa depan Aril. Mama tak kisah dengan siapa dia nak kahwin. Asalkan perempuan tu ikhlas mencintai Aril dan boleh membahagiakan Aril… Dengan anak kamu yang materialistik dan plastik ni, boleh kamu jamin yang Aril akan bahagia dengannya?”

Tengku Murni tarik muncung. Jauh hati mendengar kritikan nendanya. Tengku Makmur ketap gigi. Rasa terpukul dengan kata-kata ibunya.

“Sekurang-kurangnya si Murni ni tahu adab dan protokol. Tak ada la buat kerja gila sampai tinggalkan majlis sendiri! Si Aril tu pun satu. Perangai entah macam apa. Layak ke dia tu jadi CEO syarikat?”

“Abang jangan nak mengutuk anak saya sesuka hati pulak! Anak abang, si Ihsan tu bagus sangat ke? Dah bertahun duduk US, mengulang paper yang sama dua tiga kali, baru la lulus. Tahunya berpeleseran dan menghabiskan duit aje!”

Tengku Makmur tepuk meja seraya bangun dari kerusinya. Tengku Faris turut berbuat demikian. Mata masing-masing tajam merenung antara satu sama lain.

“Makmur! Faris! Sudah la tu! Duduk! Ini bukan masanya nak bertekak. Sekarang, kita perlu fikir macam mana nak selesaikan masalah kita ni. Hari dah makin larut malam. Tetamu-tetamu pun dah keletihan. Aril dan Rianna pulak hilang entah ke mana. Mama fikir baik kita tamatkan aje majlis ni.” Nenda bersuara lantang. Tengku Makmur dan Tengku Faris akur dengan arahan mama mereka.

“Apa alasan kita nak bagi pada tetamu? Pada press?” Soal Tengku Khalidah yang mula tertarik mendengar cadangan ibu mertuanya.

“Itulah yang kita kena sama-sama bincangkan. Ini soal maruah keluarga… Mama pun buntu fikir...”

“Ha! Apa kata…bla bla bla…”

“Mana boleh! Apa kata… bla bla bla…”

“Diorang percaya ke?”

“Tak pun kita…”

Tengku Faris bangun dari kerusinya. Malas nak join ahli keluarga yang tengah pecah kepala fikir alasan untuk cover tindakan gila anak dan menantunya. Niat di hati nak ke tandas. Meredakan sakit di hati dan tekanan di kepala. Namun, sebaik sahaja dia terpandangkan Yusman di meja berhampiran, dia menukar arah dan akhirnya berhenti di meja lelaki berusia 38 tahun itu. Yusman segera bangun dari kerusinya.

“Kamu tahu mana Farriel pergi?”

“Salah seorang pekerja kita nampak Tengku Farriel mengejar Marina, tengku!” Lapor Yusman.

Tengku Faris menggosok-gosok bawah dagunya dengan jarinya. Senyum segaris terukir di bibir.

“Memang kerja gila. Tapi berbaloi!”

“Tengku nak orang-orang kita cari dan ekori mereka?”

“Biarkan mereka…” Tengku Faris tersenyum lagi.

@~@~@~@~

Honda City biru metalik terus meluncur laju di atas jalan. Membelah kegelapan malam. Lagu-lagu di radio sekadar menjadi penyumbang suara supaya sunyi tidak merajai suasana. Celoteh penyampai radio langsung tak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Berserabut. Berselirat dengan segala macam masalah. Dia tak tahu yang mana satu patut didahulukan, diabaikan, atau dilupakan terus… Sungguh dia tak tahu!

‘I benci you, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! I malu! I beria-ria buat preparation untuk majlis pertunangan dan perkahwinan kita tapi you… You hancurkan segala-galanya dalam sekelip mata! I tak kan maafkan you, Tengku Farriel Izumi! Even you, on your bended knee, I will never forgive you I hate you!!!!’

Farriel pejam mata. Masih terbayang wajah sedih bercampur-baur dengan kebencian milik Marina. Dalam diam, Farriel mula menimbang-nimbang tindakannya, dosa pahalanya… Ya Allah, apa aku dah buat? Berdosanya aku kerana melukai insan-insan di sekelilingku…

AD sudah lena akibat keletihan di tempatnya. Dengan bekas air mata yang masih di pipi, dengan mascara yang comot di serata wajahnya, dengan layah, tudung dan tiara yang entah-macam-apa-rupanya-dah-entah, AD dah lena dibawa ke alam mimpi. Muka AD kelihatan tenang. Cuma sesekali dia bersuara, mengigau dalam tidurnya. Dan riak wajah AD kemudiannya akan berubah menjadi sedih.

‘Iz…’

‘Iz… jangan tinggalkan aku…’

Berdetak hatinya mendengar. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Akalnya gagal berfungsi ketika ini. Apa yang dilakukannya kini semata-mata kerana menurut kata hati. Yang mana yang salah, yang mana yang betul, dia sendiri sudah tidak pasti lagi… Sungguh, dia buntu saat ini…

‘Pernah ke kau dengar isi hati Adry? Or at least, baca tingkah-lakunya… Betul ke dia tak suka pada kau? Atau kau buat andaian sendiri? Jangan bertindak melulu. Dalam dunia ni, ada benda yang kita tak payah cakap tapi orang boleh tahu dan faham. Dan ada benda yang kita kena cakap supaya orang boleh tahu dan faham…’

Suara Qhuz bergema-gema di telinga. Berulang-tayang dalam kotak fikirannya.

‘Kau bercakap senang la, Qhuz… Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya… Aku tak sanggup nak lukakan hati orang… Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri… Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku… Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…’

Cermin tingkap diturunkan. Gadis itu tersenyum lalu dihulurkan tiket tol.

“Cik, kat mana saya boleh jumpa simpang susur keluar ke Kuala Lumpur?”

Setelah mengangguk tiga empat kali, pedal minyak ditekan lagi.

Apa nak jadi, jadi la… Aku dah tak peduli!

@~@~@~@~

Adly menjenguk ke dalam bilik. Mata ayahnya terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur dek keletihan. Dengan usia yang semakin meningkat, ditambah pula dengan penyakit jantung yang dihidapi, ayahnya mudah letih. Semenjak ayahnya menjalani pembedahan, keadaan ayahnya bertambah lemah. Bukan kerana pembedahan yang dijalankan oleh pakar jantung di hospital terkemuka itu gagal, tapi disebabkan kerinduan terhadap seseorang yang sudah tidak mampu dibendung lagi.

Diperhatikan keadaan sekeliling bilik. Mamanya tak kelihatan di mana-mana. Mungkin masih belum pulang dari majlis anjuran kelab yang dianggotai atau temujanji bersama pelanggan. Dalam hati, dia bersyukur. Memang dia kurang selesa bertemu atau berbual dengan ibu tirinya itu. Bukan kerana benci. Mungkin kerana hubungan mereka yang tak pernah rapat.

Perlahan-lahan dihampiri katil kayu berukiran cantik, lalu duduk di kerusi yang ada di situ. Wajah tua si ayah diperhatikan dengan perasaan belas. Diusap dan dikucupnya ubun-ubun si ayah. Ayahnya bergerak lalu mata yang tadinya terpejam mula celik.

“Adly…” Panggil ayahnya perlahan.

Adly tersenyum. Diraihnya jemari ayahnya, dan didekatkannya bibir ke wajah tua itu.

“Ya, ayah…” Jawabnya perlahan.

“Lambat kamu balik hari ni…” Katanya ayahnya setelah mengerling ke arah jam di meja.

“Kawan Adly masa sekolah dulu kahwin, yah… Jumpa ramai kawan-kawan kat majlis tu tadi, leka berbual sampai tak sedar dah tengah malam!”

Ayahnya cuma sekadar mengangguk. Adly memicit-micit lengan ayahnya tanpa dipinta. Nafas ayahnya turun naik perlahan. Sesekali dia kelihatan amat payah sekali untuk berbuat demikian. Rasa sayu menggamit hati Adly. Ayah bukan lagi tokoh perniagaan yang gagah ke sana-sini seperti lima enam tahun lalu.


“Kamu dah jumpa Rabitah?” Soal ayahnya. Setiap kali menyebut nama perempuan itu, matanya akan bersinar. Seperti membayangkan kenangan indah yang pernah dilalui bersama-sama perempuan tersebut.

“Belum lagi, yah!” Adly tunduk. Tak sanggup rasanya nak menatap sepasang anak mata yang sudah pudar sinarnya tatkala mendengar jawapan darinya. Sukar benar ingin dikhabarkan pada ayahnya bahawa pencariannya selama bertahun-tahun lamanya, belum lagi menampakkan hasil yang memberangsangkan. Masih samar-samar untuk mencari seseorang yang sudah lebih 20 tahun menghilangkan diri. Dia terdengar ayahnya mengeluh berat.

“Panjang sungguh rajuknya. Tebal lagi amarahnya pada ayah. Langsung dia tak tinggalkan jejaknya untuk ayah kesan. Di mana kau, Rabitah?” Antara dengar tak dengar ayahnya menuturkan kata-kata itu. Seperti merungut sendirian dalam nada sedih gayanya.

“Sabar la, ayah… Adly janji, Adly akan cari dia sampai dapat!”

“Kamu mesti cari dia sampai dapat Adly! Sebelum ayah mati, ayah teringin sangat nak jumpa dan minta maaf dengan dia. Ayah dah banyak berdosa dengan dia…” Air mata ayahnya mengalir lagi. Seperti selalu, setiap kali ayahnya terkenangkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukannya, hati tua ayahnya akan menjadi sayu.

“Ayah, ayah jangan putus harapan… Esok lusa tentu Adly akan dapat berjumpa dengan dia. Adly dah upah penyiasat professional untuk mencari dia. Kita dah berusaha, selebihnya kita berdoa aje…” Diusap-usapnya tubuh ayahnya. Meredakan kesedihan ayahnya.

“Ye lah… Siang malam ayah berdoa dapat dipertemukan dengan dia… Ini…”

Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari laci meja. Sekeping gambar lama dihulurkan pada Adly.

“Adly ingatkan semuanya dah habis terbakar…” Lambat-lambat Adly menuturkannya. Terkejut dengan kehadiran gambar tersebut.

“Satu-satunya gambar Rabitah yang berjaya ayah selamatkan. Mungkin pencarian kamu akan lebih mudah dengan adanya gambar ni…”

Adly menatap gambar tersebut. Gambar yang diambil lebih 25 tahun lepas. Walaupun sudah kabur dan hampir hilang warna gambar tersebut, namun jelas di matanya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua-dua insan di dalamnya.

“Cantik!” Puji Adly spontan. Ayahnya tersenyum. Matanya jauh memandang ke suatu arah. Seperti sedang membayangkan sesuatu.

“Ibu kamu memang cantik. Rasanya dialah wanita yang paling cantik yang pernah ayah lihat. Tapi ayah terpikat padanya bukan kerana kecantikan semata-mata. Ayah terpikat pada ketulusan hatinya mencintai ayah dan sikapnya yang sopan-santun. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya dalam hati ayah…”

Pintu bilik dikuak kasar dari luar. Muncul wajah Jasmine, ibu tiri Adly yang kepenatan. Ayahnya segera mengisyaratkan agar gambar Rabitah disembunyikan dari pandangan ibu tirinya itu. Adly akur.

“Hah! Adly, abang… Apa yang dibualkan tu? Berbisik-bisik nampaknya! Ada rahsia yang mama tak patut tahu ke, Adly?” Tegurnya lantang.

“Tak ada apa-apa, ma! Adly dengan ayah cuma berbual kosong aje…” Dalih Adly.

Jasmine yang tengah menanggalkan barang kemas di leher sekadar tersenyum sinis.

“Tak usah nak bohong la, Adly! Mama tahu kamu dengan ayah kamu tengah merancang nak singkirkan mama dari syarikat dan rumah ni, kan? Mama tahu. Mama sedar yang mama dan Farah cuma menumpang harta-benda ayah kamu. Sampai masanya, kami akan disingkirkan. Adat menumpang la, kan…” Suara Jasmine seperti jauh hati.

“Apa yang kamu merepek ni, Jas! Abang tak pernah terfikir pun fasal benda tu semua!” Bidasnya tegas.

“Jas tak merepek, bang! Memang betul pun Jas anak-beranak ni cuma menumpang. Sapalah kami di mata abang dan Adly. Jas cuma emak tiri pada Adly. Farah pulak sekadar adik tiri Adly. Kalau ditakdirkan abang ceraikan Jas, putus la pertalian antara kita.”

“Ma, jangan cakap macam tu… Adly dan ayah sayangkan mama dan Farah. Walau apapun yang terjadi, kita tetap bersaudara. Walaupun mama dan ayah tak berkahwin, mama tetap sepupu ayah. Adly dan Farah tetap punya pertalian darah. Adly dan ayah tak pernah terfikir pun nak diskriminasi mama dan Farah dalam apa jua perkara. Buktinya, ayah bagi sepenuh kepercayaan pada mama untuk kendalikan urusan syarikat, kan...” Terang Adly bersungguh-sungguh.

“Ye la… Kalau dah itu kata kamu, kata ayah kamu, mama bersyukur kerana diberi ruang dalam keluarga ni…”

Adly menarik nafas lega. Jauh di lubuk hatinya, dia berasa tenang apabila ibu tirinya dapat menerima kata-kata yang dilafazkan tadi.

@~@~@~@~

Marina menghempaskan tas tangannya ke sofa. Kemudian mundar-mandir di sekitar ruang tamu. Seketika kemudian dia duduk pula berteleku di sofa. Air matanya tak henti-henti mengalir. Sesekali dia mengesat air mata dengan belakang tapak tangan.

Seumur hidup, inilah pertama kali dia terasa didustai dan dikhianati. Sungguh dia tak menduga bahawa Farriel tergamak menipunya. Selama ini dia benar-benar mengagumi sikap Farriel yang begitu setia dan sabar dengan kerenahnya. Dek kerana ciri-ciri tersebutlah dia tekad untuk meninggalkan kesemua teman lelakinya. Dia sudah letih mencari yang terbaik. Dia hanya mahu Farriel sahaja kini. Namun apa yang berlaku memang di luar jangkaannya.

“Sampai hati you tipu I, Farriel…!”

Puas hatinya dapat melihat perempuan yang merampas Farriel darinya. Perempuan yang mencuri status isteri dari dirinya. Walaupun idea itu dibantah sekeras-kerasnya oleh Ihsan, namun akhirnya tunduk mengalah juga Ihsan dengan permintaannya.

“I tak rasa ini idea yang bagus, Marina!”

Langkah Marina pantas dihalang oleh Ihsan.

“Mengapa tidak? I cuma nak Farriel I semula. Perempuan tu rampas Farriel dari I!”

“Tapi tindakan you nak serang majlis perkahwinan diorang tu salah! You akan malukan diorang dan diri you sendiri!”

“I dah tak peduli semua tu! I nak tengok muka perempuan tu. Farriel tu milik I! Sapa dia nak rampas Farriel dari I? Hebat sangat ke dia tu?”


Dan kerana kedegilannya la mereka nekad menyerbu ke bilik persalinan Farriel dan Adry sehingga terjadinya acara kejar-mengejar itu. Apapun, dia puas... Farriel meninggalkan Adrianna dan mengejar dirinya. Itu bermakna Farriel mencintai dirinya dan bukannya Adrianna Mayesa.

Loceng di luar pintu apartmennya menjerit nyaring. Memikirkan kemungkinan Farriel yang datang memujuknya, membuatkan Marina bergegas berlari mendapatkan tombol pintu. Sempat dia memperkemaskan diri yang tadinya kelihatan tak terurus.

“Auntie?!” Jeritnya nyaring sebaik sahaja terpandangkan wajah Mary di luar rumah.

“Hi, sweetheart! Terkejut tengok auntie?” Ujar Mary dalam senyuman.

“Of course! Auntie tak inform pun fasal flight auntie…!” Mata Marina masih terbeliak dek kerana terkejut.

“Saja nak surprisekan nak buah auntie ni! You know what, I brought you a very big ‘present’. All the way from US!”

“Ye ke? Mana dia?” Soal Marina teruja. Mary beralih ke tepi. Memberi ruang untuk Marina melihat hadiah istimewanya.

“Ryan!! You buat apa kat sini?”

@~@~@~@~

Bau itu menusuk ke hidungku sehingga menyebabkan lenaku jaga. Bau apa? Bau masin. Bukan ikan masin. Beserta dengan bau itu, kedengaran bunyi deburan air. Eh, kat mana aku ni? Mataku buka luas-luas. Di hadapanku, terbentang luas pemandangan di tepi pantai. Walau dengan cahaya yang cukup terhad; cuma diterangi langit yang agak cerah, bulan, bintang serta lampu yag terdapat di laluan pejalan kaki; pemandangan di hadapanku ini sangat mempesonakan deria penglihatan.

Pemandangan yang indah dan menenangkan minda. Deburan pantai setiap dua hingga tiga saat. Bayu pantai yang menyapa lembut di tubuh. Aku sedut udara itu dalam-dalam. Aku pejam mata. Merakam rasa, bau dan bunyi itu dalam kotak memori. Serta-merta marahku terhadap Farriel yang ‘melarikan’ aku, lenyap. Rasa girang dengan apa yang disogokkan di hadapanku kini telah membawa pergi rasa marah, benci, dan segala rasa tadi. Tanpa sedar, aku mengukir senyuman.

“Iz… Cantik kan…” Mata yang terpejam aku buka seraya menoleh ke sisi. Tak ada? Mana dia pergi? Dia tinggalkan aku… sorang-sorang kat sini? Dengan pintu tak berkunci. Dengan tingkap yang diturunkan seluas-luasnya. Dia tak takut aku kena culik ke? Oh, lupa! Dia mana kisah apa jadi kat aku pun!

Jam tangan Farriel atas dashboard aku ambil. Pukul 4.30 pagi. Kat tepi pantai. Sorang-sorang. Angin dari Laut China Selatan yang bertiup menegakkan bulu romaku. Serta-merta datang rasa takutku. Teringat cerita-cerita seram yang pernah aku tonton dan dengar dari kawan-kawan.

Entah-entah si Farriel ni dah kena culik tak? Tak pun kena telan dek penunggu laut? Andaian buruk yang menjelma dalam kepala membuatkan aku tak senang duduk. Layah dan tiara aku tanggalkan dari kepala. Pintu segera ku buka.

“Iz! Izumi! Farriel Izumi! Kau kat mana?” Jeritku. Berpusing-pusing aku di sekitar kawasan itu. Tiada jawapan. Dirinya juga langsung tak kelihatan. Memikirkan harapanku tipis untuk bertemu Farriel sekali lagi membuatkan air mata mula merembes di pipi.

‘Iz, kau kat mana? Aku memang benci kau. Aku memang marah pada kau. Sebab kau bodoh! Sebab kau pilih Marina gedik tu berbanding aku. Sebab kau buta, langsung tak nampak cinta aku. Tapi… Aku tak nak kau mati kena telan dek penunggu laut. Aku lebih rela lepaskan kau pada Marina…’

“Iz! Iz, kau dengar tak aku panggil ni? Kalau dengar, jawab panggilan aku!”

Tiada jawapan. Hanya ombak pantai yang menyahut panggilanku. Aku terduduk di situ. Air mata kian lebat menuruni pipi. Dengan pandangan yang dikaburi dek air mata, tebarkan pandangan ke segenap sudut pandang. Masih berharap adanya keajaiban.

Nun di sana, aku terlihat kelibat sesuatu yang sedang terbongkok-bongkok di pasir pantai.

‘Entah-entah, itu penunggu laut yang makan Izumi aku. Nanti kau! Aku akan ajar kau cukup-cukup!’

Sebatang kayu yang ada di bawah sepohon pokok, aku capai. Dengan rasa takut bercampur berani, aku hampiri kelibat tersebut. Tangan dah sedia untuk menghayun kayu.

“Iz…?!” Kayu aku turunkan. Aku urut dada perlahan-lahan. Rasa lega segera bertamu di hati. Kayu aku campak ke tepi. Air mata aku kesat. Muka kuraup perlahan.

Farriel angkat muka. Badan yang membongkok, ditegakkannya. Kot sudah tersidai di dahan pokok. Di hadapannya, setimbun pasir pantai dan barang mainan kanak-kanak yang mungkin tertinggal di situ. Aku tertanya-tanya sendirian. Apa yang cuba dilakukannya ni?

Farriel lempar senyuman padaku. Wajahnya tidak setegang tadi lagi.

“Jom buat sand castle!”

Aku hanya mampu ternganga… Yang pelik-pelik betul si Tengku Farriel Izumi ni!

@~@~@~@~

“Mana boleh buat pintu gerbang kat situ! Pintu masuk ni pun kena ubah!” Aku capai penyodok. Nak meruntuhkan pintu gerbang istana pasir yang baru siap dibina oleh Farriel sebentar tadi.

“Apasal tak boleh pulak? Boleh aje! Ini istana pasir aku. Dan aku arkiteknya, okey!” Bidasnya tegas. Penyodok mainan itu dirampasnya dariku.

“Aik! Aku yang susah-payah kaut pasir dari sana, korek tingkap istana, siap hias istana ni lagi, tak kan kau aje yang dapat nama? Mana aci!” Bantahku. Lengan baju pengantin dah berlipat hingga ke siku, aku naikkan lagi selagi boleh.

“Aci tak meenachi! Mana ada bangunan letak nama buruh kat plat emas. Nama arkitek, orang yang sponsor dan yang rasmikan adalah!” Farriel memberi alasan. Pintu gerbangnya diperkemaskan ‘ukiran’nya dengan jari telunjuk kiri.

Aku siku Farriel sekuat hati. Terduduk dia seketika. Mengaduh sakit. Anak manja!

“Ahh! Aku tak kira! Kau kena ubah juga kedudukan pintu masuk nih! Tak sesuai. Mana boleh mengadap laut! Nanti asal angin tiup aje, pasir masuk dalam istana…” Protesku. Jari telunjuk aku sentuh ke binaan pintu gerbang istana. Menolak dengan jari untuk meruntuhkan binaan tersebut.

Farriel tepuk kuat tanganku. Cepat aku bawa tangan rapat ke dada. Sakit la, ngok!

“Lantak la pasir nak masuk ke, ikan nak terbang landing cantek atas menara istana ke… Ikut perkiraan aku sebagai ‘arkitek’ yang arif soal selok-belok pembinaan istana, pintu masuk wajar diletakkan kat sini. Biar senang orang nampak…”

“Aku tak setuju!”

“Peduli apa aku kalau kau tak setuju sekalipun!”

“Kau mesti la ambil kira cadangan aku sebab aku pun ada hak atas istana ni!”

“AD, cuba dengar cakap aku nih! Aku ni lelaki. Kau perempuan. Lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. So, kau kenalah dengar cakap aku!”

“Ahh! Ada aku kisah?! Yang salah tetap salah! Tukar!”

“Tak nak tukar!”

“Tukar!”

“Dengar cakap aku, AD!”

“Apa hal pulak aku kena dengar cakap kau?! Asyik dengar cakap kau aje. Mana aci! Diktator…”

Farriel letak tangan di kedua-dua belah bahuku. Sepantas kilat tangannya menarik tubuhku ke arahnya dan… Cupp! Bibirnya melekat di bibirku.

“Sebab aku cintakan kau!!!”

Followers