Saturday, June 27, 2009

ad+iz Part 12


“Nanti aku cium, baru ko tau…”

“Hmm… Cium! Macam ni…”

“Psstt… ! Adry…”

Lengan terasa di siku. Hilang dah muka Farriel dari anganku. Sibuk betul la minah sorang ni! Aku baru nak ulang tayang peristiwa hari-ini-dalam-sejarah kelmarin.

Aku toleh kiri. Kepala aku gerakkan. Kedua-dua belah kening ku angkat. Mengisyaratkan pertanyaan. Apahal?

“Ko dah start study untuk final exam? Paper En. Azfar ni ko dah study?”

Final exam? Dengar aje dah nak tercirit-birit rasanya. Erin, ko memang perosak day-dreaming aku!

“Ko ingat aku ni ‘hadap’ sangat ke dengan En. Azfar tu sampai nak study paper dia cepat-cepat? Final lagi sebulan la!” Perliku.

Erin mencemik. Wat la muka cipan tu selalu-selalu, nanti naik kedut kat muka mula la gaduh cari kedai facial, krim anti-penuaan la…

Erin, Erin… Minah ni muda 3 tahun dari aku. Tapi dia langsung tak hingin nak menghabiskan air liur memanggil aku ‘kakak’, ‘sis’ atau panggilan yang sewaktu dengannya. Aku pun tak harap sangat dia hormat aku sampai tahap macam tu. Rasa macam aku baya-baya dia aje. Rasa muda, jadi muda, memang muda… Eh, lain macam aje tagline tu… Katanya muka aku nampak macam budak-budak. Bila aku tunjuk IC, dikatakan pejabat pendaftaran salah cetak. Isk isk isk…

Tu belum lagi aku declare yang aku dah kawin dengan mamat Jepun celup tu. Masa aku cakap aku dah kawin, dia kata dia tak percaya. Dia cakap mati hidup semula pun dia tak percaya sebab aku tak ada gaya macam orang dah kawin. Agak-agaknya, gaya orang dah kawin tu macam mana, ek? Malas nak panjangkan cite, aku sua aje sijil nikah aku. 10 minit mulut dia ternganga. Nganga kecik tak pe, ni besar. Aku agak kalo tikus mondok masuk pun muat.

“Eh, En. Azfar tu tak la teruk sangat tau! Penerima anugerah lecturer paling hensem dan berkaliber tiga semester berturut-turut! Ko aje yang buta pancaindera…! Mana nak dapat laki yang ada pakej macam tu sekarang ni?”

Aku mencemik. Kalo dah suka tu, aku cakap apa pun akan di’tongsampah’kan. Baik aku diam… Jimat air liur, kurang dosa. Nota power point kat layar putih aku salin. Eh, dah berapa slide aku tertinggal ni? Farriel punya fasal la ni…

“Dah la hensem, baik, jujur…”

“Amanah, Cekap, Bersih…” Sampukku.

“Ha! Betul la tu! Pastu dia ada keje tetap, kereta pun besar, rumah besar…”

“Dia dah kawin, Erin!”

“Pembetulan! Dia duda. Isteri dia dah meninggal 2 tahun lepas.”

“Tapi dia ada anak. Anak dia pun dah besar…!”

“Ha! Itu bonusnya… Anak already-made! Kalo ko kawin dengan dia, cuci kaki aje ko masuk rumah…”

Kawin? Berapa banyak kali pulak aku nak kawin?

“Banyak ko punya cuci kaki… Silap-silap, ko yang kena ‘cuci’ dengan anak dia…”

Erin ‘panjang’kan muka.

“Ala… Budak baru masuk tadika. Bukan susah mana pun nak handle… Aku penah jaga 5 anak buah sekali gus. Senang aje!”

Kelas yang tadinya hingar dengan soal-jawab antara classmates aku dan En. Azfar tiba-tiba jadi senyap-sunyi.

“Adrianna! Erin! Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan saya atau classmates kamu?” Soal En. Azfar lantang. Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu ke arah kami. Aku siku Erin. Erin siku aku balik. Ala… Kena gulai la aku!

“Atau mungkin awak nak ulas apa kaitan teori kapitalisme oleh Karl Marx dan kaitannya dengan ekonomi dunia?”

Aku mengeleng beberapa kali. Berdoa bukan nama aku yang dipanggil.

“Adrianna! Try your luck…” Dush! Macam tengah jalan atas red carpet kat Grammy Award aje bila semua orang menoleh ke arahku. Aku sengih, tunjuk gigi putih yang tersusun berbaris.

Aku? Humargh ai…! Tak khatam lagi baca teori mamat berjambang berdahi luas tu… Asal buka buku aje mengantuk. Asal mengantuk aje aku tengah buka buku. Hehe! Isk… Tak kan nak goreng! Fakta tu…

“Aa… Karl Marx tu…”

“En. Azfar, time’s up! Budak untuk next class dah tak sabar nak masuk tu!” Tegur Mifzal dengan nada rendah. Cara berhemah menegur.

Mifzal kenyit mata ke arah kami. Mamat ni memang mesra alam dengan semua orang. Asalnya dia nak mengayat aku. Bila aku jual mahal, dia tukar arah pada Erin pulak. Nampak macam playboy, tapi dia okey giler.

En. Azfar menoleh ke arah sekumpulan pelajar yang dari tadi kelihatan dah ter’over-excited’ nak masuk ke dalam dewan kuliah. Yes! Selamat aku…!

“Okey, kelas tamat! Adrianna dan Erin, kamu ikut saya ke pejabat!”

Ala… Kena jugak ke? Confirm-confirm kena bebel nih! Nasib cuping telinga aku tebal.

@~@~@~@~

“Akak dengan abang ni kenapa? Pandang-pandang. Jeling-jeling. Senyum-senyum. Lepas tu pipi masing-masing blushing aje! Kena sampuk dengan hantu mana masa kuar malam hari tu?”

Tret-tet-tet… Macam peluru machine gun Hana menyoal. Sepotong pizza masuk dalam mulutnya.

“Mana ada!” Jawab aku dan Farriel serentak. Mata kami bertentangan lagi. Segera ku larikan mata ke bawah.

Mushroom soup yang berbaki, aku hirup perlahan. Sesekali bila mata aku dan Farriel bertembung, ada rasa hangat singgah di hati. Kami tak pernah sebut apa-apa fasal malam tu. Malam tu habis macam tu aje. Lepas berkejar satu padang, strolling pulak kat taman, main kat taman permainan kejap, kami balik. Tido. Dan masih jadi anjing dan kucing bila bangun keesokkan harinya. Cuma kami masing-masing dah semakin hilang taring dan kuku. That kiss, no one ever mention it. Not even once. Anggap macam tak pernah jadi aje. Walaupun aku ada banyak benda nak tanya kat dia, tapi kadang-kadang lebih baik diamkan diri dari bercakap.

“Kak, abang Aril… Makan la pizza ni! Asyik Hana aje makan. Gemuk la Hana macam ni!”

Aku mengeleng. Sepotong dah lepas masuk dalam perut tadi. Cukup. Kang muntah, sapa nak jawab?

“Hana makan la. Kita keluarkan ni kan memang semata-mata nak gembirakan hati Hana. Supaya Hana tak tarik muka 14 sebab asyik kena tinggal sorang-sorang kat rumah aje.” Pujuk Farriel. Hana sengih. Hana memang manja dengan Farriel. Aku rasa Akiha macam lebih independent berbanding Hana, walaupun dia anak last.

Ringtone lagu Happy Happy dari Ost My Girl riang melalak dari dalam tas tangan. Satu-satunya lagu yang boleh mendesak jariku untuk segera menekan butang menjawab. Sebab lagu ni boleh bagi degup jantungku cepat dua kali ganda dari biasa, emosi terganggu, lamunan direntap dan menimbulkan rasa cemas kalo tak dijawab dengan cepat. Kalo ringtone lain, aku wat bodoh aje sebab lagu mendayu-dayu tu wat aku bertambah syok nak dengar. Contohnya lagu Tercipta Untukku, Tanpa, Apologize… Lagu Afgan lagi aku malas nak mengangkat. Lemak berkrim sangat suara dia. Sudahnya jadi missed call. Kalo Farriel yang menelefon, alamatnya kena denda la aku gara-gara lambat angkat handphone.

Butang hijau aku tekan. Farriel dan Hana masih berbual sambil menghabiskan potongan terakhir pizza.

“Hello. Assalammualaikum…”

“Waalaikumsalam… Adrianna…” Jawab si pemanggil di hujung talian. Sapa ek? Sungguh aku tak cam suara si pemanggil.

“Ya, saya… Maaf, sapa ni?”

“Mama ni.” Mama mana pulak ni? Mama mia? Mama Bosan?

“Tengku Khalidah. Mama Aril…” Ooo… Baru ku tau.

“Adry dengan Hana ke tu?”

“Haah.”

“Kalo boleh, jangan sebut nama mama depan dia. Mama takut dia mengamuk pula bila tau mama call Adry fasal dia.”

“Okey… Ada apa tu, tengku?” Soalku perlahan. Farriel dan Hana langsung tak hiraukan aku. Suasana Pizza Hut yang bising seolah-olah menenggelamkan perbualan aku dan mama Farriel. So, tak ada masalah...

“Adry, panggil mama dengan panggilan mama. Adry kan dah jadi menantu mama…”

Aku terkesima mendengar permintaannya. Rasa janggal pula dengan penggilan sebegitu, apatah lagi dengan kemesraan yang cuba diwujudkan ini. Selama ni, Tengku Khalidah bersikap dingin dengan aku. Dia tak pernah marah atau tegur aku kalo aku wat salah. Tapi tu tak bermakna dia suka aku kan… Ye la, sapa la aku ni di mata keluarga kerabat tu. Sekadar meminjam ‘latar belakang’ Marina Irriani untuk dipadankan dengan namaku yang sebaris itu. Kalo baik latar belakangnya, maka baik la penerimaan keluarga Farriel.

“Ya, mama… Ada apa hal tu?” Tiba-tiba aje call. Selalu aku balik ke banglonya, tak ada pulak dia teringin nak bercakap dengan aku.

“Begini. Mama dapat tau, Hana sekarang tinggal di rumah Aril dan Adry. Jadi mama nak minta Adry tolong pujuk Hana supaya balik semula ke rumah.”

“Mmm… Adry akan cuba pujuk dia tapi Adry tak boleh janji la dia akan ikut cakap Adry.”

“Tak ape. Janji Adry cuba.” Pinta mama tegas.

“Baiklah.” Jawabku.

“Kalo macam tu, terima kasih. Mama ada keje ni. Kita sembang lain kali aje, okey… Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Butang merah aku tekan sebelum handphone ku simpan kembali dalam tas tangan.

“Sapa, kak? Skema aje bunyi ayat.”

Aku angkat bahu.

“Jom kita pergi shopping lagi!”

Hana menjerit mendengar pelawaanku. Farriel dah garu kepala. Apa tak nya, semua perbelanjaan hari ni ditaja khas oleh kad kreditnya. Mau botak kepala kalo mengikutkan selera si Hana ni bershopping.

@~@~@~@~

“Persekitaran luar perniagaan terdiri daripada persekitaran, persaingan, politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi, sosiobudaya masyarakat setempat, institusi kewangan dan keadaan global persekitaran antarabangsa. Persaingan bermaksud bla bla bla…”

“Woi, AD!”

Bacaanku terhenti. Wajah ku angkat dari buku. Aku toleh ke belakang. Ke arah muka bengang Farriel. Meja kerjanya yang tak sampai sedepa dari aku, bersepah dengan dokumen entah-ape-benda. Rambut lurusnya yang tadinya elok tersisir, dah serabut bagai dilanda dek Cik-Taufan-Cantik-Katrina.

“Ape?” Soalku kasar.

“Berapa banyak kali ko nak baca benda yang sama? Masuk ke tak masuk dalam otak ko tu bila ko baca benda tu berulang-ulang? I almost dozed off bila dengar those words berulang-ulang, tau tak!”

“Habis… Kata suruh belajar. Ni belajar la ni!” Sebelum teleng, kepala aku pusing ke depan semula. Belakang badan aku sandarkan ke sliding door. Kaki dah berlunjur di lantai balkoni kat master bedroom.

Ni la aku malas nak belajar. Nak-nak lagi depan Farriel. Ada aje nak dikomen, dikomplennya. Itu tak kena. Ini tak kena. Tension aku! Nasib Hana masih bermastautin kat rumah ni. Kalo tak, mati kena kerat 21 pun aku tak hingin masuk dan tido dalam bilik ni; walaupun bilik ni ada balkoni yang strategik tempatnya untuk nak menebeng.

Kepala ku dongak ke atas. Melihat langit malam. Cerah tanpa awan mendung. Mata mula mengira bintang yang berterabur.

“Kok iye nak belajar pun, biar la betul gayanya. Ni baca macam tu, bila nak ingatnya?”

“So, apa cadangan ko?”

“Cadangan ditutup!” Ejeknya.

“Bagus!” Mata jatuh pada perenggan di buku. Membaca semula apa yang tertera di situ.

Ktukk!! Kepala terasa diketuk.

“Woit! Ape main ketuk-ketuk kepala ni? Ingat tak bayar zakat ke?”

“Ko tak pernah belajar wat nota ringkas ke? Pernah dengar fasal peta minda? Kreatif la sket bila belajar tu, so tak ade la telinga aku ni sakit dengar ko ‘membaca’. Faham?”

Kepalaku diketuk lagi dengan pensel mekanikalnya. Kepala aku gosok perlahan.

“Bak kertas!” Tapak tangan aku tadahkan pada Farriel. Farriel agak terkejut.

“Wat pe?”

“Kata suruh wat nota ringkas.” Mata kujengilkan.

“Kertas ko mana?”

“Tinggal kat bilik!”

“Amik la…” Farriel dah wat muka bengang.

“Malas. Nanti Hana nampak, masak aku nak kelentong dia. Bak la kertas!”

Farriel campak buku sketch ke lantai. Betul-betul sebelah aku. Bagi baik-baik tak reti agaknya.

“Iz, ni sketch book. Bukan kertas.”

“Abis… Dalam sketch book tu tak ada kertas ke?”

“Kertas A4 biasa tak ada ke?”

“Kat almari. Amik sendiri!” Farriel mengarah jari ke rak buku di sudut bilik.

Alahai… Malasnya! Buku sketch Farriel aku buka juga akhirnya. Isk, betul kata Hana. Mamat ni memang pandai melukis la… Muka pertama, lakaran motor berkuasa tinggi. Muka kedua, lakaran kereta Ferrari. Muka ketiga, lakaran watak komik yang aku tak pasti apa namanya. Muka keempat, lakaran lelaki dan perempuan kat tengah padang tengah….

Sketch book dirampas. Farriel bangun dari kerusi. Terus menapak ke rak buku. Menyimpan sketch booknya. Se’bundle’ kertas putih A4 diambil dari rak dan dihulurkan padaku.

“Guna ni!”

Aku sambut pemberiannya. Angkat bahu dua tiga saat. Dan aku terus menulis di atas kertas. Dari ekor mata, aku lihat Farriel curi-curi pandang ke arahku dari meja kerjanya. Bila dilihatnya aku masih terkial-kial membuat ‘nota ringkas’, dia bangun dan duduk di lantai bilik. Buku dan kertas di tanganku dirampas.

“AD, wat nota bukan salin semula apa yang ada dalam buku. Tapi ko amik isi penting dan kaitan dengan apa yang ko belajar dalam bab sebelum atau seterusnya.”

Aku angguk kepala, tanda faham akan kata-katanya. Farriel membenamkan muka ke buku rujukanku. Membaca seketika sebelum melakar sesuatu di kertas. Kemudian kertas dengan rajah di atasnya itu dihulurkan padaku.

“Macam ni kan ringkas. Tapi ko kena make sure la ko tau huraian setiap elemen-elemen persekitaran luar dan dalam perniagaan tu. Nanti blank pulak menjawab soalan esei.”

“Ooo… Macam ni. Tau dah aku!”

Sehelai kertas aku ambil. Mula melakar peta minda untuk bahagian lain.

“Kalo ko nak lagi menarik, lukis gambar yang berkaitan dengan fakta ko nak tulis. So, bila ko ingat gambar aje, ko terus ingat fakta-fakta dia. Faham?”

Aku gerak kepala ke kiri dan kanan. Masih belum dapat tangkap saranan Farriel sebentar tadi.

“Macam ni. Contoh, ada empat jenis sistem ekonomi dunia, kan… Kita amik contoh sistem ekonomi terancang @ komunisme. Pengasas, Karl Marx. Ko lukis la muka dia. Kat rambut dengan jambang dia yang panjang tu, ko tulis la ciri-ciri sistem ni, pro & con dia ke… Bila dah macam ni, baru la ko rasa best nak belajar.”

Lakaran wajah di A4 yang ada iras-iras Karl Marx sudah lengkap ditulis dengan fakta mengenai komunisme, siap dan dialih ke tepi. Farriel mula melakar imej lain pula. Aku pulak tuliskan fakta-fakta yang berkenaan, walaupun kadang-kadang rasa ‘bersalah’ sebab kena tulis atas lukisan Farriel yang superb tu. Memang seronok belajar dengan cara macam ni. Yela… Orang kata ‘two heads are better than one’…

“Okey, I’m off!” Ujar Farriel. Pensel di tangan diletakkan ke lantai. Dia mula menggeliat. Membetulkan urat sendi yang berselirat.

Ha? Dah nak tido ke? Muka jam dinding yang bulat, aku pandang. 3 pagi dah? Seperti malam-malam sebelumnya, acara tido ni memang bukan acara favorite aku.

“Ko tido kat sofa, aku kat katil.” Perintah Farriel.

“Ei, tak gentleman langsung la ko ni, Iz…” Buku berterabur aku kemas.

“Gentleman tak gentleman. Aku gentleman dengan pompuan aku sayang aje.”

Bibir atas aku naikkan sehingga mengenai bawah hidung. Merasai kesengalan dari kata-kata si-android-Farriel Izumi.

“Ahh…! Tak ade, tak ade. Tak aci la guna kuasa veto macam tu! Kita ‘osom’ dulu. Sapa menang dapat katil. Kalah tido sofa.”

Farriel depa tangan. “Terserah…”

Aku gosok kedua-dua belah tapak tangan. Berharap nasib menyebelahiku malam ni. Dua malam berturut-turut aku dah tido kat sofa. Dua malam sebelumnya, aku ‘cop’ cepat-cepat katil. Tengok aku dah melingkar macam ular sawa batik atas katil, Farriel nak-tak-nak terpaksa bawa bantal dan badan-hangin-satu-macam ke sofa. Aku sengih dan berguling-guling atas katil, meraikan kemenangan merebut katil king size.

“Ooo…som!”

Batu. Batu. Seri.

“Ooo…som!”

Air. Air. Seri lagi.

“Ooo…som!”

Matahari.

“Oit, Iz… Mana bleh guna symbol matahari!”

“Aik, tu… Ko pun guna matahari. Apa kes?”

Tangan kanan aku tarik ke belakang badan semula. Begitu juga Farriel.

“Ooo…som!”

Batu. Batu. Seri lagi?

“Ala… Ape asyik sama aje ni?” Gerutuku. Farriel angkat bahu.

“Alaa… Dah la! Malas nak layan ko. Aku nak tido!” Kata Farriel. Cepat aje kakinya melangkah ke katil.

“Ei, tak adil la macam ni! Selagi tak ada ‘keadilan’, ko tak boleh tido.”

“Lantak la dengan keadilan ko tu. Aku nak tido. Good nite!”

Farriel tarik selimut dan pejam mata. Aku geleng kepala. Malam ni aku tak nak tido atas sofa. Apa nak jadi, jadi la… Dia sedap-sedap melingkar atas katil, aku merengkot atas sofa. Tak adil! Aku panjat katil.

“BANGUN!” Jeritku sambil melompat-lompat atas katil. Farriel yang elok-elok baring, tercampak ke bawah gara-gara keanjalan spring katil.

“Woi! Gile hape?”

Aku jelir lidah dan tunjuk ‘peace’. Terbelalak mata Farriel tengok perangai aku yang dah macam spesis ungka mengamuk jam tiga pagi ni. Lepas bertekak dalam setengah jam, last-last kami capai kata sepakat. Tak sapa yang boleh tido atas katil, mahupun sofa. Dua-dua tido atas lantai. Senang cerita.

“Iz…” Panggilku. Mata masih terkebil-kebil menala ke siling bilik.

“Hmm…” Jawabnya yang berbaring di sebelah kiri kaki katil.

“Sampai bila Hana nak duduk sini? Aku bukan tak suka dia. Tapi, hari-hari macam ni, masak la aku!” Keluhku. Hari-hari kena berebut katil, berebut bilik air, berebut cermin. Nak pakai baju pun dalam bilik air. Tak best la…

“Entah. Ko pujuk la dia. Biar dia balik rumah papa cepat.”

“Bukan aku tak pujuk. Masalahnya adik ko tu punya hati, limpa, jantung, paru-paru diperbuat dari batu.”

“Rileks la… Tak lama lagi balik la dia tu! Hana mana boleh berpisah dengan mama lama-lama.”

Ye la… Moga-moga betul la telahan si Farriel tu.

Diam. Selimut aku tarik paras dada.

“Good nite!”

“Nite!”

@~@~@~@~

Mata Farriel dan aku melekat pada skrin TV LCD 42 inci. Filem I’m Not Single. Ada hikmah juga Hana datang rumah ni. Dapat juga aku merasa tengok TV skrin rata ni. Dalam diam-diam, aku tergelak sendirian. Tak tengok cite Melayu konon. Sekali hari tu, aku bukak VCD cite Puteri Gunung Ledang. Dari mula cite sampai nak habis, tak bergerak-gerak dari tempat duduk. Lepas tu, terus kemaruk nak tengok cite Melayu. Kem salam je la kat Channel HBO Astro dengan vcd/ dvd berlambak kat rak tu.

Bila tengok cite I’m Not Single ni, aku teringat pulak kisah aku dengan Farriel; kami kawin pun atas sebab keluarga. Tapi ending filem ni, aku dah boleh agak; mesti happily ever after. Kalo tak, orang mengamuk, bakar panggung.Tapi ending cerita aku, aku masih tak tau lagi. Tak berani nak pasang angan-angan setinggi langit. Tak berapa berani juga nak hadapi kenyataan yang payau.

Bunyi kunyahan popcorn dari mulut Farriel membuatkan tumpuanku pada skrin terganggu. Bekas popcorn aku ambil darinya.

“You’re on diet!” Marahku. Baru aku nak seluk bekas popcorn tu, sepantas kilat Farriel merampas kembali ‘popcorn’nya itu.

“Hari ni hari Ahad. Orang bekerja pun cuti. So, diet off!” Selarnya seraya menjelir lidah.

Ei, aku potong lidah tu karang, padan muka! Diet off?

“Woi! Diet mana ada on-off? Kalo macam ni, bilanya ko nak kurus, ha hyppo?” Sengaja aku guna gelaran hyppo. Comel ape hypo…

Isnin sampai Sabtu dia ber’diet’. Tiba hari Ahad, di’bantai’nya melantak segala macam benda yang ada dalam peti ais. Kalo peti ais tu boleh dimakan, dengan peti-peti ais tu sekali dibahamnya agaknya! Say bye-bye pada target nak kurus dalam masa 6 bulan tu…

“Ala, AD… Rilek la! Aku bukannya gemuk lagi pun. Kan dah banyak kilo turun dah ni. Kasi la aku can nak enjoy sket!” Farriel masih menyumbat popcorn dalam mulut.

“Memang la. Tapi kalo ko buang tebiat macam ni setiap hari Ahad, alamatnya naik balik la badan ko tu!” Dah 10 kg turun bulan lepas. Tinggal 15 kg lagi nak capai berat ideal, sekali melaun ni wat perangai pulak.

“Syhhh… Orang tengah concentrate ni…” Farriel mengarah aku diam. Aku wat muka. Yelah, ikut aje la. Esok lusa, berat naik, target tak sampai, jangan berkompang memekak dekat telinga aku. Aku bagi backhand nanti! Jari-jemariku kembali berada di atas kepala.

“Atas kepala ko ada ape?” Soalnya dengan mulut penuh.

“Hah?”

“Atas kepala ko ada ape? Bapak kutu? Ke emas? Dari tadi busy aje tangan ko tu!”

“Ntah. Tapi gatal. Kelemumur kot…” Telahku. Mata masih pada muka Farid Kamil. Hensem lak mamat ni!

Farriel letak popcorn atas meja. Jari-jemari disapukan ke t-shirt.

“Meh aku tengok!” Aku berpaling memandangnya. Muka Farriel serius. Meroyan ke ape mamat nih?

“Meh aku tengokkan. Duduk depan ni.” Jari telunjuknya lurus ke depan. Mengarahkan aku duduk di hadapannya; di atas karpet.

“Watpe?”

“Cepat la. Arahan veto suami ni!”

Aku diam.

“AD, dalam kiraan 30 saat…” Katanya lagi.

Aku masih berkira-kira kewajaran arahannya itu. Ikut, tak ikut, ikut, tak ikut, ikut… Alamak, tak cukup jari nak kira. Isk, kena jugak ke patuh?

“AD…” Panggilnya lagi. Tapi kali ni aku cepat-cepat bangkit dan duduk di hadapannya. Dah semacam aje bunyi suara dia tu.

“Ko ni kalo aku suruh wat ape-ape mesti lambat 9 saat. Macam 9-seconds delay machine. Hehe…”

“I’m no machine or robot, okey!” Duduk aku perbetulkan.

Jari-jemari Farriel mula ‘berjalan’ di segenap kepala. Mencari sang kelemumur, punca kegatalan.

“Oui! Besarnya!” Jeritnya beberapa minit kemudian.

“Apa yang besar?” Soalku cemas.

“Moyang kutu.”

“Biar betul!”

“Dummy aje la. Kulit kepala ko kot ni…”

“Ooo…” Kembali menghayati cerita di TV. Popcorn aku capai. Satu-satu aku sumbat dalam mulut.

“Ko tau…” Aku mula buka cerita.

“Hmm?”

“Dulu, aku dengan Siti selalu wat pertandingan sapa punya rambut yang paling banyak kutu.”

“Siti tu sape?” Soal Farriel dalam khusyuk menjelajah kepalaku.

“Jiran aku. Yang aku cite ada ayah penyayang tu…”

“Ooo… Then, sapa menang?”

“Ojai!”

“La… Ojai tu datang dari mana pulak?”

“Ojai tu anak tokei kedai makan, tempat aku keje dulu.”

“I see… Ko mula keje start umur berapa?”

“10 tahun.”

“Tak sekolah?”

“Balik sekolah aku keje la. Sampai malam. Sebab tu aku pandai masak sekarang. Hehe…”

“Ye la tu!” Jawab Farriel, menyindir.

“Sedap la aku masak. Kalo tak, tak kan ko selera aje nak makan!”

“Okey, okey... Sedap! Mak ayah tiri ko tak amik kisah pada ko ke?”

“Tak! Aku bukan darah daging diorang pun. Peduli ape diorang dengan aku.”

“Diorang layan ko teruk. Tapi kenapa ko still nak duduk dengan diorang? Tolong sara hidup diorang semua…”

“Diorang aje la satu-satunya famili yang aku kenal. Walaupun diorang boleh masuk kategori kejam, tapi aku sayang diorang.”

“Ooo…”

Diam. Hanya Intan Ladyana dan Awal yang berbicara di TV. Scene berganti scene. Masa aku tengok Farid Kamil tengah lapkan rambut Lisa Surihani, aku la baru perasan yang tangan Farriel masih berada di atas kepala, dan sudah bertukar rentaknya. Kalo tadi tango, sekarang dah jadi slow-dance. Leka dia mengulit dan membelai-belai rambutku. Sehelai demi sehelai rambutku dilurutkannya. Memang mengasyikkan. Sampai aku rasa nak terlena.

“Aaa… Ada ke kelemumurnya?” Soalku perlahan dan teragak-agak.

“Aaa… Tak ade!”

Farriel bagai tersentap. Tangannya beralih dari kepalaku. Aku bangun. Duduk semula ke tempat asalku tadi; di hujung sebelah kanan sofa. Tapi bila tengok Farriel pandang aku lain macam aje, aku terus bangun.

“Aaa… Nak tengok Hana kejap!”

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik. Lain kali aje la tengok cite tu. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak. Burr…! Minta-minta Hana bagi aku tido bilik dia malam ni…


*** Kipas-susah-mati ad+iz, sori lambat entry part 12 nih… demam punya fasal. ni pun tak berapa okey lagi. Harap2 korang tak bosan la menunggu…

Monday, June 22, 2009

ad+iz Part 11


“Bukan Hana nak kurang ajar dengan papa dan mama. Tapi diorang tu terlalu control hidup anak-anak la. Sampai cita-cita pun diorang nak campur tangan. Agaknya, esok lusa bila Hana nak kawin pun silap-silap diorang yang pilihkan. Bosan la!”

Keluh Hana keesokkan harinya. Tangannya kini lincah menyapu blusher di pipiku. Touch-up terakhir di wajahku. Muka dah terasa berat dengan bedak foundation dan entah-apa-apa bedak lagi. Bulu mataku yang asalnya tak sampai setengah inci, dah jadi seinci, berkat bulu mata palsu. Kening dah elok terlorek. Kelopak mata dah colour pink. Bibir dah merah disapu lipstick warna blushing rose.

Aku pun tak tau macam mana ler aku boleh setuju dijadikan model tak berbayar pada Hana ni. Mungkin aku cuba ceriakan dia sebab dia monyok aje dari semalam. Bila aku setuju aje dengan usulnya untuk disolek, melompat-lompat dia kegembiraan.

“Hana nak further study bidang ape?” Soalku. Muka di cermin aku pandang. Tangan Hana memang ada kuasa magic dalam bab solekan. Muka plain aku dah berubah jadi lebih cantik berseri. Ceh, masuk bakul angkat sendiri pulak!

“Fashion. Make-up. Anything yang sewaktu dengannya.”

Hmm… Memang jelas ketara la kenapa Hana ‘pakar’ dalam bidang ni…

“Papa nak Hana ambil course ape?”

“Ambil architecture or engineering. Dulu abang nak amik degree in engineering, papa tak bagi. Disuruhnya abang amik business management in order to get the CEO position dari Abang Ihsan. Pastu sekarang paksa-paksa Hana pulak! Hana tak nak. Ei, Hana tak boleh masuk la dengan benda-benda macam tu!”

Aku diam. Mula dapat gambaran mengenai bapa mertuaku dan keluarga. Rupanya jadi orang kaya ni lain pulak dilema yang dihadapinya. Macam kami orang miskin ni setakat krisis tak makan, duit, hutang macam tu aje la.

“Oo, speaking of Tengku Ihsan, lupa nak bagitau akak. Beg tu Abang Ihsan bagi sebelum bertolak semalam.” Beg di sudut bilik ditunjukkannya. Aku ada minta apa-apa ke dari dia? Sampai satu beg dia bagi.

“Bertolak? Ke mana?” Soalku pelik.

Patut la Ihsan tak datang jumpa aku kat fakulti semalam. Selalunya dia la yang paling rajin melepak kat fakulti aku tu. Habis semua orang ditegurnya. Bila aku break aje kelas, kat aku la dia menempek. Mengekor aje ke mana aku dan Erin, classmate aku tu pergi. Sampai Erin sangka yang Ihsan la suami aku. Aku tak salahkan Erin sebab dia memang tak pernah jumpa Farriel. Bersenang-lenang betul anak Tengku sorang tu. Beza betul dengan ‘Izumi aku’ yang membanting tulang untuk Izumi Corporation. Izumi aku? Ngeh3x… Perasannya!

“Ke US. Dia nak bawa balik semua barang. Nampaknya kali ni Abang Ihsan nak menetap kat Malaysia terus.”

“Tiba-tiba aje?” Beg sebesar budak setahun tu aku tarik zipnya. Penuh dengan buku-buku. Semuanya tebal-tebal. Ada yang berbahasa Melayu ada juga yang berbahasa Inggeris. Yang pastinya semua buku tu berkaitan dengan course yang aku amik. Ihsan… Macam tau-tau aje buku-buku ni yang aku perlukan sebagai bahan rujukan.

“Entah la. Tapi lately, Abang Ihsan selalu tanya Hana macam mana nak tackle pompuan bertudung, yang Islamik dan jenis jual mahal. Hana terkejut juga. Akak pun tau kan, Abang Ihsan tu spesis buaya tembaga. Apa jenis pompuan pun, mesti datang melutut kat dia punya la! Tiba-tiba nak minta tips dan petua dari Hana pulak. Tapi kali ni Hana rasa dia dah jumpa dengan pompuan yang betul-betul dia suka. Dan pompuan ni wat Abang Ihsan ada tujuan dan arah hidup.”

Nak terlambak buku dari tangan mendengar penjelasan Hana. Sejak bila Ihsan tukar selera? Dari pompuan ala-ala Tara Reid kepada Wardina Saffiyah! Menakjubkan!

“Maksud Hana?”

“Abang Ihsan nak settle down. Dia nak bersara jadi playboy. Malah dia kata dia nak keje kat Izumi Corporation.”

“Well, bagus la tu! Bukan ke semua tu yang famili Hana nak?”

“Memang la. Tapi perubahan dia tu macam mendadak sangat. Empat bulan lepas, right before Abang Aril introduced Kak Adry sebagai isteri, kat tepi telinga Hana ni sendiri Abang Ihsan kata dia nak menetap kat US. Kat sana dia dah ada keje yang selesa. Dah beli rumah pun. Dia kata dia cepat bosan keje under company famili. Tak professional la, bias la… Then, suddenly nak settle down dekat Malaysia? Memang pelik bin ajaib la!”

“Biar aje la. Dia dah dewasa. Mesti apa yang dia wat tu berdasarkan akal yang rasional. Just support dia, cukup la…” Aku simpan balik buku-buku Ihsan dalam beg. Entah aku terbaca entahkan tidak. Almaklumlah, aku kan Ratu Bantal…

“I hope so! Hana dapat rasakan keputusan tu berkaitan dengan ‘anak dara pingitan’ yang dia nak tackle tu…”

Hana membetul-betul kedudukan rambutku yang dah terhias cantik. Seketika kemudian dia menjarak diri dari aku. Menilai hasil kerjanya sebentar tadi.

“Okey, cun!” Tangannya menyelongkar beg bagasi pula. Sehelai baju dikeluarkan.

“Akak tukar night dress warna peach ni, ek! Hana nak turun kejap la. Haus!”

Hana hilang di balik pintu. Night dress warna peach yang tak berlengan dan besar bukaan dadanya itu aku pandang. Macam kecik aje baju Hana ni. Muat ke kat aku? Demi mengambil hati Hana, aku pakai juga baju tu. Nak juga tengok, cun ke tak cun aku pakai baju seksi macam ni. Bila tiba tang nak menzip, aku terus stuck. Tangan tak sampai… Huhu…

“Hana! Uii…!” Jeritku lantang. Mana Hana ni? Aku turun. Terus menghala ke dapur bila terdengar bunyi mug berlaga dari situ. Sampai kat meja makan, aku berpaling ke belakang.

“Hana, tolong zipkan baju ni. Akak tak sampai la…” Pintaku.

'Hana' menghampiriku di meja makan. Zip dilarikan naik ke atas.

“Thank you, Hana! Akak tak rasa baju ni sesuai dengan akak la. Saiz akak dengan Hana mana sama. Terasa ‘huduh’ pulak bila akak pakai. War…”

Tubuhku dipeluk dari belakang. Erat. Satu ciuman mendarat di leher. Serta-merta rasa ‘hangat’ menerpa dalam diri, jiwa dan hati.

“No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really…” Suara garau itu singgah di cuping telinga.

Farriel? Aku kalih kepala ke arah tuan empunya suara.

“Izumi…? Erk…! Bi… bila sampai?”

Farriel membalikkan tubuhku. Mengadapnya. Jarak antara tubuh kami kurang seinci. Seandainya aku menggerakkan tubuh sedikit sahaja, pasti aku sudah terpeluk akan dirinya. Aku angkat muka. Memandang Farriel yang tajam merenung wajahku. Dan kemudian anak mataku jadi sasaran matanya. Seakan-akan cuba menyelami sehingga ke dasar hatiku. Dan tak ku sangka-sangka, Farriel merangkul tubuhku lagi sekali. Ayork…!

“Kak Adry, look what I have found! Ops…” Hana kaku di anak tangga. Terkebil-kebil melihat aksi kami yang agak romantis. Aku pantas menolak tubuh Farriel. Farriel tersentak. Baru sedar akan kehadiran Hana di rumahnya. Dia berdehem beberapa kali sebelum berlalu ke dapur. Menyambung semula ‘aktiviti’nya di dapur sebentar tadi.

“Sorry, Hana ter'interrupt' pulak…” Hana gigit bawah bibir.

“It’s okey…” Okey? Tengku Farriel Izumi peluk dan cium ko tadi… Bukan sepatutnya ko tak okey ke? Ei, tiba-tiba rasa seram sejuk pulak!

“Guess what? Hana jumpa kamera dalam bilik akak and Abang Aril! Jom, kita ambil gambar!” Kamera digital di tangan dikeluarkan dari sarungnya.

“Tak nak la! Akak malu la!”

“Ala… Sporting la sket, Kak Adry! Kita ajak abang sekali. Abang! Jom ambil gambar!” Laung Hana.

“Tak nak la!” Jerit Farriel dari dapur.

Aku angkat kening aje pada Hana.

“Sehati sejiwa betul!”

@~@~@~@~

Buku dan alat tulis aku angkut keluar. Pintu bilik Farriel aku rapatkan perlahan-lahan. Rasa-rasanya Hana dah tido. Dah tak ada bunyi pun dari biliknya. Tak selesa la duduk satu bilik dengan mamat sepet tu. Dah petang tadi dia… Aaa… Tak payah ingat la! Seram pulak bila ingat-ingatkan balik.

Semalam boleh la, Farriel kat JB lagi. Aku ada alasan nak tido sebilik dengan Hana. Borak punya borak tengok-tengok dah jam tiga pagi. Tapi hari ini Farriel dah balik. Apa ke rupanya seorang isteri tido dengan adik ipar, walhal suami ada untuk dilayan. Dilayan? Ei, tegak lagi bulu roma! Nak tak nak terpaksa la aku duduk sebilik dengan Farriel. Tapi bila Hana dah tido, ini pelang aku untuk balik ke bilik semula la. Kunci pintu bilik aku seluk dari kocek. Nyaris nak jatuh jantungku saat pintu bilik Hana terbuka. Ooo… Kantoi!

“Kak, watpe tu? Jalan terjengket-jengket macam pencuri aje…”

Aku senyum. Nak cover ape nih…?!

“Tak ada. Ingat nak wat assignment kat bilik ni. Malas nak wat kat bilik sana, abang Hana tu suka kaco akak. Tu yang akak nak berhijrah tu!”

Hana garu kepala. Dialih pandang pada pintu bilikku.

“Semalam Hana nak tido kat bilik ni, akak kata bilik ni dah jadi stor. Tak kan akak nak wat assignment kat dalam stor ni kot?”

“Ha? Iye-iye… Bilik ni dah jadi stor. Barang akak dari rumah lama tu banyak sangat. Tak sempat nak kemas lagi. Tu yang tak kasi Hana tido bilik ni.”

Ayork, jerat dah mengena diri sendiri la pulak! Kalo Hana masuk dan tengok bilik ni, mesti dia tau yang aku dan Farriel memang tak tido sebilik. Hana pandang aku dengan 1001 pertanyaan.

“Tak pe la, Hana. Akak masuk bilik balik ek, nak sambung wat keje!”

Nak tak nak, tombol pintu bilik Farriel aku pulas. Dalam bilik, Farriel hadiahkan senyuman mengejek.

“Nampaknya, ko jadi 'bantal peluk' aku la malam ni!”

Lidah aku jelirkan. Over my dead body!

@~@~@~@~

“Aarghh…!” Jeritku separuh lantang. Buku yang berlambak atas sofa aku tolak ke tepi. Otak dah tepu!

“Woi! Ko apahal? Training jadi Tarzan ke?”

Aku cemikkan muka. Ada ke samakan aku dengan tarzan yang pakai cawat tu…

“Tension la! Tak ada idea nak wat assignment. Mood nak ulangkaji pun dah ‘lari’! Ei, final exam dah dekat. Satu apa pun tak lekat kat kepala. Tensionnya!” Aduku. Rambut yang aku ikat dua, aku tarik.

Farriel letak pen di meja kerja. Letak punggung di'adjust' ke arahku. Perhatiannya kepadaku kini.

“Ko tu suka sangat makan otak udang. Pemalas pulak tu. Asal buka buku aje berdengkur. Aku makin kurus, ko pulak makin malas belajar. Tak jadi la deal kita macam ni!”

Eleh… Tau la berat badan dia dah turun sepuluh kilo. Berlagak! Dia kurus pun sebab aku kawal makan dia. Paksa dia exercise hari-hari walaupun kejap. Selalu ingatkan dia minum fat burner dan weight lost product yang bersusun atas kabinet dapur tu. Dan bantuan rawatan sedut lemak. Mana aci!

“Kan best kalo dapat jalan-jalan kat luar malam-malam macam ni… pergi tempat yang lapang… tempat yang tak ada orang… tempat yang cuma ada aku dan alam semulajadi…” Kataku pada diri sendiri.

Aku mula tenggelam dalam imaginasiku sendiri. Membayangkan aku berada di kawasan lapang seperti padang. Bebas berkejaran ke sana ke mari dengan bertemankan sang bulan dan bintang. Berbaring menala ke langit malam selama mana yang ku inginkan.

“Oit! Dah sampai mana? Zuhal?” Kepalaku terasa ditonyoh. Farriel yang entah bila bangun dari meja kerjanya, dah duduk di depanku. Sibuk!

“Sibuk la! Orang tengah berangan ni!”

“Peduli hape aku ‘orang tu' tengah berangan ke tidak!”

Aku wat muka bengang. Mamat Jepun celup ni memang android tak berperasaan. Rupa aje elok. Tapi tak ada feeling. Lupa nak install agaknya…

“Jom!” Tanganku ditarik, memaksa aku berdiri. Dahi ku kerutkan.

“Ke mana?”

“Jalan-jalan.” Jawabnya selamba.

“Ha? Tebiat ape nak kuar jalan kol 11 malam ni?”

“Jangan banyak bunyi la! Pergi pakai tudung… Baju tu pakai yang sopan sket! Tapi tak payah la formal sangat.”

Badanku dah didorongkannya ke depan hingga ke muka pintu.

“Aaa… Ko ni mamai ke ape?”

“30 saat, AD! Lambat… Aku denda! Aku tunggu kat bawah.”

“Hana?” Soalku dengan muka bingung.

“Biar aku bagitau!”

Nak tak nak aku menyusup masuk ke dalam bilikku. Almari baju kubuka. Jari-jemari aku larikan pada baju-baju yang kemas tergantung. Baju sopan… tapi tak formal. Sopan tapi tak formal. Track satu suit yang orang selalu bawa pergi jogging tu bleh? Ahh… Kira jadi aje la!

Farriel ketuk pintu. Terdengar suara Hana mengarahkan dia masuk. Pintu dibuka, kepala Farriel menjengah masuk. Hana yang tadinya terlentang mengadap majalah atas katil, duduk bersila.

“Hana, abang dengan Kak AD nak keluar kejap. Hana dok rumah, kunci pintu okey! Don’t worry, abang bawa kunci rumah.”

“Orait!” Simbol ‘okey’ diunjuknya dengan jari tangan.

@~@~@~@~

Hana pulas tombol pintu bilik. Kepala dijengah keluar. Senyap sunyi. Dia menapak ke bawah. Tak ade jugak. Aiks…! Kejap aje dah berkibut pergi? Butang handphone ditekan.

“Hello…” Suara di hujung talian menyapa. Lemah bunyinya.

“Hello! Nenda, Hana ni…” Suara teruja Hana membuatkan Nenda Nerrisa di hujung talian cepat-cepat bangkit dari pembaringan.

“Macam mana? Ada dapat apa-apa bukti?” Soal Nenda Nerrisa.

“Tak ada pun. Everything is fine la, nenda… Rumah kemas. Baju kotor tak bersepah. Kak Adry masak pun sedap. Lepas tu…”

“Ya Allah! Nenda bukan suruh kamu observe benda-benda gitu!” Pintas Nenda Nerrisa.

“Abis?” Muncung Hana maju ke depan.

“Nenda nak tau, Rianna dengan abang kamu tu okey ke tidak. Hubungan diorang macam mana, bergaduh ke, suam-suam kuku ke, dingin ke… Diorang tido sebilik tak?”

“Ooo… Diorang tido sebilik la nenda. Tapi macam ada something fishy gak la kat rumah ni. But, Hana tak tau apa dia… Abang baru aje balik dari JB petang tadi. Nenda lupa ke dia dengan papa out-station empat hari?”

“Allah! Nenda lupa la…” Nenda Nerrisa menepuk dahi.

“Tapi kan nenda, masa abang balik petang tadi, dia siap peluk dan kiss Kak Adry depan Hana lagi. Ui… Romantik giler! Masyuk sangat… Hana rasa macam nak kawin juga la! Dapat suami romantic macam tu mesti best!”

“Budak gatal! SPM baru habis, ada hati nak menikah!” Marah Nenda Nerrisa.

Muncung Hana ke depan lagi. Tak boleh dibawa bergurau betul la nenda ni!

“Habis, mana diorang ni? Tido?”

“Tido ape… Diorang keluar! Tinggal Hana sorang-sorang aje ni!”

“Malam-malam buta keluar? Ke mana?”

“Tak tau! Dekat-dekat sini aje kot. Abang tak bawa kete pun. Pakai pun sempoi aje tadi.”

“Ei, hari siang ada, tengah malam macam juga dia nak keluar…”

“Biar la, nenda… Diorang tengah lovey-dovey tu. Nak night strolling agaknya. Tak payah risau la!”

“Hmm… Yela! Agak-agaknya, boleh tak nenda dapat cicit dalam tahun ni?”

“Nenda! Muda lagi diorang tu!”

“Hmm… Yela! Kamu tu bila nak balik rumah? Tak payah mengajuk lama-lama la dengan papa kamu tu. Nanti nenda cuba bincang dengan dia. Kena gayanya, dapat la apa yang kamu hajatkan tu, okey?”

“Knowing him… make me thinks it’s imposibble, nenda!”

@~@~@~@~

“Woi, Iz! Ko cakap tak jauh… Dah dekat dua marhalah kita jalan dah ni! Ko ni nak ajak aku merentas desa ni ke ape sebenarnya?”

Farriel tetap diam. Kalo dia jawab pun, dia akan bagi jawapan yang sama macam 20 soalan aku tanya tadi.

“Rahsia. Just wait and see!” Itu aje la jawabnya.

Akhirnya ‘pengembaraan malam’ kami berakhir di tengah padang permainan yang terletak bersebelahan taman rekreasi. Patut la jauh. Rupanya kami berpusing satu taman perumahan untuk sampai ke sini. Farriel memandang sekeliling sambil tersenyum.

“Cantik, kan?” Katanya padaku.

Aku pandang sekeliling. Keadaan di padang permainan agak gelap. Cuma meminjam cahaya lampu yang ada di taman rekreasi serta bulan dan bintang yang berjuta bergantungan di langit.

“Cantik…”

“Ada macam tempat yang ko bayangkan tadi? Tempat yang lapang dan berangin… Tempat yang sesuai untuk lepas tension belajar ko. Okey tak?”

Aku tersenyum. Angguk kepala. For ‘this’ you got 10 marks, Izumi!

“Jom, tolong aku!”

Farriel bentangkan tikar yang dikepit di ketiak tadi. Kemudian barang-barang dalam bakul yang dipaksanya aku jinjing tadi, dikeluarkannya. Disusun atas tikar yang tak seberapa besarnya itu. Jus oren, air mineral, blueberry cheese cake, beberapa stok makan dari peti sejuk, cawan, dan sedikit jajan.

Aku pandang Farriel dengan rasa tak percaya.

“Iz, kita nak piknik kat sini ke ape?” Kepala yang dilitupi tudung, aku garu.

“Why not? Tak ada orang nak saman pun. Even tok kadhi!”

Hai la, Farriel Izumi… Romantik tahap dewa cinta juga rupanya. Baru aku tau tahap romantik orang berDNA Jepun+Melayu macam si Farriel ni.

“Come, sit here!”

@~@~@~@~

“AD… Ko malu tak nak jalan dengan aku?” Tanya Farriel masa kami elok duduk bersila atas tikar.
sekali-sekala, kami menengadah ke langit. Menikmati keindahan alam pada waktu malam.

“Tak! Okey aje… Napa?” Kek di tangan aku sumbat ke mulut.

“Aku rasa Marina macam malu aje nak jalan dengan aku. Kalo pergi mana-mana, dia mesti jalan depan aku. Pastu nak pergi tempat-tempat yang tak ramai orang je pulak tu!”

“Maybe dia rimas jalan tengah orang ramai kot. Dan dia jalan laju. Sebab tu ko tinggal kat belakang.”

“Ye ke? Aku macam tak rasa macam tu pun.” Sepotong lagi kek dicapai oleh Farriel.

“Terpulang pada penilaian ko. Ko lebih kenal sapa Marina tu dari aku. Kalo aku, aku terima orang yang aku cintai seadanya. Cakap orang lain, wat apa nak kira!”

“Eleh… Bercakap macam ada pengalaman. Ko penah bercinta ke?”

Aku terdiam.

“Ingat orang bercinta aje ke tau fasal cinta-cintun ni?” Krim blueberry yang berbaki di jari, aku calit ke pipinya.

“Weih! Ape nih?” Farriel meraba pipi yang melekit. Krim blueberry dalam bekas plastik dicoleknya. Nak balas dendam la tu… Tanpa berlengah, aku bangun. Dan kami berkejaran di tengah padang.

@~@~@~@~

“Weih… Aku surrender la! Pancit dah ni…” Ujar AD dalam mengah. Terbongkok-bongkok AD menahan lelah dikejar.

Farriel angkat kedua-dua belah tangan ke udara. Mengisytiharkan diri sebagai pemenang dalam acara sebentar tadi. Krim blueberry di jari telunjuk, dicalit juga ke dahi dan pipi AD. Muncung AD automatic panjang sedepa. Terkial-kial AD menyapu pipi dengan belakang tapak tangan.

“Meh… Aku tolong…” Farriel berdiri mengadap AD. Wajah AD didongakkan sedikit dengan jarinya yang runcing. Diteleknya wajah AD seketika sebelum menyapu krim blueberry di wajahnya dengan tisu.

“Thanks!” Kata AD.

Farriel pantas menahan bahu AD sebelum dia berpaling. Muka AD yang penuh tanda tanya ditatapnya lama. Wajah AD tampak berseri dan bercahaya di bawah sinaran bulan. Mata bundarnya seolah-olah malu-malu membalas pandangan matanya. Pipinya kemerah-merahan menahan malu apabila direnung. Dua ulas bibirnya yang merah bersinar bak mutiara. Farriel benar-benar teruja dengan apa yang dilihatnya.

“AD, tolong jangan wat muka macam tu…” Bisik Farriel tanpa sedar.

“Wat muka macam mana?” AD pamer wajah pelik. Ahh… Kenapa AD nampak lain malam ni?

“Jangan wat muka macam tu lagi nanti aku…”

“Ko nak wat ape?”

“Nanti aku cium, baru ko tau…” Ujar Farriel. Seakan-akan memberi amaran.

“Ci…um…?” Soal AD kebodoh-bodohan. Farriel terpaku lagi melihat riak wajah AD. Kenapa AD nampak berlainan malam ni? Nampak cantik dan… Ahh! Akal yang waras menegah Farriel dari berbuat sesuatu di luar jangkaan. Namun gelora di hati mendesaknya menzahirkan apa yang dirasakan. Perasaan halus dan hangat setiap kali berduaan dengan insan bergelar Adrianna Mayesa. Dalam peperangan antara akal dan hati, hati menjadi sang pemenang.

‘Untuk sekali ini… Untuk sekali ini sahaja…. Aku ingin mengikut gerak rasa hati… Mengabaikan logik akal fikiran… Hanya kali ini…’

“Hmm… Cium! Macam ni…”

Farriel maju setapak ke depan. Memegang kejap bahu AD, sebelum kedua-dua tangannya melurut jatuh dan mencapai jari-jemari AD. Jari-jemari mereka bertaut kemas. Sedingin ais tangan AD. Dan perlahan-lahan Farriel mengucup dahi AD. Lama bibirnya di situ sebelum dileretkan ke hidung AD yang mancung dan kemudiannya mendarat kemas pada dua ulas bibir mungil AD.

@~@~@~@~

Selesai mukaku dibersihkan oleh Farriel, bahuku dipegang kejap oleh Farriel. Aik, apahal pulak ni? Direnungnya aku. Lama. Mula-mula pandangan dia tajam. Macam nak telan orang hidup-hidup. Lama-kelamaan, pandangan dia jadi redup dan mengasyikkan. Cahaya bulan yang samar-samar membuatkan Farriel menjadi lelaki terkacak yang pernah aku temui. Aku teruja memandangnya.

“AD, tolong jangan wat muka macam tu…” Bisik Farriel kepadaku. Dahiku berkerut. Wat muka macam mana pulak ni? Ini la seadanya muka aku…

“Wat muka macam mana?” Soalku kembali. Mamat ni nampak pelik aje…

“Jangan wat muka macam tu lagi nanti aku…” Ayat Farriel terhenti di situ. Aku memang cukup tak suka orang cakap tak abis ni!

“Ko nak wat ape?” Soalku berani.

“Nanti aku cium, baru ko tau…” Farriel menyambung bicara. Aku tergamam.

“Ci…um…?” Soalku dalam keadaan cuak. Ibu…. Tolong anakmu ni!

“Hmm… Cium! Macam ni…”

Dan Farriel melangkah setapak lagi ke depan. Memegang kejap bahuku, sebelum kedua-dua tangannya melurut jatuh dan mencapai jari-jemariku pula. Jari-jemari kami bertaut kemas. Tubuhku terasa seram-sejuk. Dan dengan tak disangka-sangka, Farriel mengucup dahiku. Lama bibirnya di situ sebelum dileretkan ke hidungku pula. Rasa dingin dan seram-sejuk tadi hilang begitu sahaja. Diganti dengan rasa hangat yang menjalar ke segenap inci tubuhku.

Dan tatkala bibir kami bersatu buat pertama kalinya, ada satu keyakinan menjelma dalam diriku. Keyakinan yang melenyapkan segala keraguan, yang meleraikan segala kekusutan yang membelenggu dalam diri.

Ko penah bercinta?’

Soalan Farriel sebentar tadi kembali bergema dalam mindaku. Tidak seperti tadi, kali ini aku yakin dan sudah punya jawapannya.

‘Penah! Dengan ko. Hanya dengan ko, Farriel Izumi… Kerana hanya ko yang mampu menjadikan perasaanku seindah ini!’

Dan kami terus berkucupan di bawah langit malam itu.
** Farriel dan AD yang berembun, tapi saya pulak yang demam. Apa kes? Hehe...

Friday, June 19, 2009

ad+iz Part 10


Bunyi bising diikuti gegaran yang aku kurang pasti skala Richternya, mengejutkan aku dari tido. Tak kan gempa bumi kot? Tsunami? Mustahil! Rumah ni jauh giler dari laut. Aku angkat kepala dari buku setebal satu setengah inci. Muka jam aku jengah. 10.30 pagi. Hari Jumaat. Mujur tak ada kuliah. Kalo tak, alamat dengan air liur basi la aku ke kuliah. Uih, tergamak ke aku nak wat gitu? Tak kot…

Buku depan mata aku tutup dan alih ke tepi. Aku ni memang sah la dah kena sumpahan tido ala-ala Sleeping Beauty. Mana-mana buku berbentuk ilmiah, sogok aje la kat aku, mesti bertukar jadi bantal kepala buat aku. Macam sleeping pills yang doktor selalu bagi kat pesakit insomnia tu, macam tu la diibaratkan buku buat aku. Kalo buku sleeping pills aku, suara lecturers pulak macam lullaby yang sarat berilmu terus meng'glue' kelopak, sekali dengan bulu mata aku. Bahasa tinggi lagak dewa berkata-kata, mesej lecture yang tak terjangkau dek akal dan melepasi benua Asia, memang pakej lengkap bagi aku untuk terus ke syurga mimpi. Huh! Memang dahsyat sumpahan ni!

Masuk gegaran kedua, aku tak tunggu lama. Aku sambar tudung dan sweater yang elok tergantung di balik pintu almari. Sebelum aku jadi mangsa gempa bumi, ke tanah runtuh ke, baik aku larikan diri dulu. Tak nak mati katak kat sini. Aku ada hajat lagi yang belum dicapai.

Bukak aje pintu, dua tiga suara lelaki asing menyapa telinga. Kemudian kedengaran pulak bunyi mesin gerudi diikuti dengan gegaran konkrit rumah. Ooo, ni la dia ‘gempa bumi’ jadian tadi… Woit, nak runtuhkan rumah ni ke ape! Suara Farriel tak kedengaran di mana-mana. Aku tepuk dahi. Dah tentu-tentu dia kat pejabat. Habis, macam mana diorang ni boleh masuk? Menceroboh? Entah-entah pencuri tak? Nak tak nak, aku beranikan diri turun ke tingkat bawah.

Tiga orang lelaki kelihatan. Dua orang Cina. Seorang Melayu. Sibuk mengangkut barang-barang dari lori. Barang-barang yang biasa aku lihat dalam scene gymnasium kat TV; exercise bikes, ab shaper, air-walker, dumbbells, beberapa barang yang aku kurang pasti namanya. Rumah ni nak buka gim pulak ke? Bersepah-sepah ruang tamu dengan kotak dan plastik. Aku jenguk keluar. Ada pulak kereta Farriel kat luar. Tak keje ke? Namun, Farriel masih tak kelihatan di mana-mana.

“Awak semua ni sapa? Sapa bagi kebenaran masuk?” Soalku lantang. Lagak tuan rumah yang berkuasa.

Tangan-tangan yang tadinya sibuk membuat kerja, terus terhenti. Masing-masing pandang aku macam nampak Doraemon dalam costume Ultraman. Tau la aku main sambar aje baju ni. Tudung ni pun striking giler colour. TAPI… Tak payah la pandang aku macam tu. Kira okey la ni. Janji berbaju. Bukan nak masuk fashion show pun.

Farriel keluar dari bilik belakang, berdekatan dengan dapur. Diikuti seorang lelaki yang… Whoa! Body-builder mana pulak dicekupnya ni? Berkotak-kotak badan. Kagum! Farriel berhenti bercakap dengan Encik Body-builder sebaik sahaja nampak aku yang dah cekak pinggang dengan muka poyo.

“Hai, AD! Dah bangun?” Tegurnya. Tak pasti la ni tegur ikhlas ke perli. Aku senyum aje la. Depan orang ni…

“Kenalkan En. Nik, my personal trainer. Gym trainer.”

Encik Body-builder senyum, menghampiriku. Tangan kanan dihulurkan. Hendak bersalaman. Aku panjangkan lengan sweater. Melapik tangan. Bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim hukumnya haram, kata-kata ustazah masih terkesan di hati. Dulu mungkin aku lalai, tapi sekarang aku sudah mula berubah ke arah kebaikan, perlahan-lahan. Muka Encik Body-builder berubah. Mungkin pelik dengan tindakanku. Luar alam sangat ke perbuatan aku ni? Kami bersalaman.

“Saya Adry, isteri Farriel.” Aku perkenalkan diri. Senyum ku hulur padanya. Pandangan ku alih pada Farriel.

“Izumi, kita nak buka gim kat rumah ke?” Dengan nada perlahan dan menyindir, aku bertanya.

“Tak la. Aku nak tunaikan janji aku aje.”

“Janji ape?” Berkerut dahi dengar. Sungguh, aku lupa!

“Janji nak kuruskan badan.”

Mulut membentuk huruf ‘o’ besar. Farriel nak kuruskan badan? Boleh ke? Aku takut dia ‘hangat-hangat taik ayam’ je. Nanti tak sampai separuh jalan, dia dah give-up.

“Ye la ni? Macam tak caye aje!”

“Betul la. Ingat aku main-main ke?”

“Hahahaha….” Aku gelak. Lucu! Selebihnya, aku gelak mencabar.

“Sebenarnya En. Farriel ni boleh mencapai berat ideal dalam masa 6 bulan atau kurang dari tempoh tu; dengan senaman berterusan dan diet yang baik. Puan Adry pun boleh la take part especially dalam menjaga diet pemakanan En. Farriel dan bagi sokongan moral.” Sampuk En. Body-builder.

Aku? Jadi penjaga diet Farriel? Boleh ke? Adakah itu bermakna aku kena diet dengan dia? Oh, tidak! I love food very very much…

“Macam mana, AD? Jadi dietician aku, boleh?”

“No hal… Tapi nanti jangan nangis pulak. Aku garang…!”

“Ada aku takut??”

Aku jelir lidah. Farriel mencemik muka. Cute sangat la wat muka gitu! Sebijik macam beruang kutub! En. Body-builder wat muka blur. Mesti dia pelik. Awat la lagu suami isteri ni? Macam tak cukup hormon aje!

@~@~@~@~

“Diet seimbang adalah diet yang boleh membekalkan nutrient yang mencukupi mengikut umur, jantina keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan ketumbesaran dan memelihara kesihatan.”

Itu intro aku semalam. Masa Farriel lipat dahi sampai tiga garis timbul, bila mulutnya muncung sedepa, bila rambutnya yang lurus bagai nak tegak terpacak tengok makanan yang aku hidangkan untuknya. Masa tu tak ada satu bunyi pun keluar dari mulutnya. Dia diam dan makan. Tapi hari ni, dia mula memulakan sesi perdebatan ala Dewan Rakyat dengan aku…

Farriel merenung pinggan di hadapannya. Kemudian dipandangnya pula Adry yang duduk bertentangan dengannya, sebelum pandangannya jatuh pada pinggan lauk; ikan kerapu masak tiga rasa, sambal ayam, sayur kacang panjang dan hati masak kicap. Air liur yan hampir menceceh keluar, ditelannya kembali. Sayu pandangannya jatuh pada pinggannya yang cuma ada sesenduk nasi, ikan selar goreng seekor, sayur campur, daun entah-ape-benda yang pahit, buah betik, limau beberapa hiris. Berkerut muka Farriel. Ni ke makan tengah hari aku?? Bawah bibir dijuih ke depan.

“Minta sikit ikan dengan ayam tu!”

Aku wat bodoh, wat-wat tak dengar. Khusyuk menghabiskan makanan. Isi ikan kerapu yang masih bersisa segera aku masukkan ke dalam pinggan. Seketika kemudian lepas masuk ke mulut. Selesai ‘mengilatkan’ pinggan, aku menjilat jari pula. Sunnah Nabi.

Farriel mula naik bengang. Rasa-rasanya dah bengang sampai tahap nak naik tanduk rusa. Aku tersengih. Baru nak masuk dua hari berdiet tapi dibuatnya muka macam dah sebulan. Tengok muka, aku tau dah. Tak kan kemananya azam nak diet dia tu. Gim mini kat bilik belakang tu alamat jadi sarang labah-labah dengan habitat serangga-serangga yang sewaktu dengannya aje la…

“AD, makanan ape yang ko bagi aku ni? Ikan goreng dengan nasi AJE? Sayur dengan buah punya la banyak. Ko ingat aku ni keturunan herbivor berkaki empat ke ape?”

“Kata nak diet. Suruh aku jadi dietician ko. Sekarang ko banyak songel pulak. Nak kurus ke tak ni?”

“Memang la aku nak kurus, tapi tak kan la benda-benda macam ni aje aku boleh makan. Dah la pagi tadi ko bagi aku roti yang tak seberapa kepingnya, pastu buah dengan susu aje.”

“Ini aku dah ikut saranan pakar pemakanan dah ni. Kalo ikut hati aku, aku tak bagi ko makan langsung. Aku gerenti, bukan 6 bulan, dalam masa sebulan aje ko dah boleh kurus.”

Mak aih… Itu membunuh namanya. Baik ko suruh aku gali kubur sendiri aje, AD... Senang!

“Kalo makan macam ni, mana nak dapat tenaga? Setakat nasi sejemput! Ei, merepek betul benda-benda ni semua! Dah la!”

Farriel bangun dari meja makan. Langkah diatur ke anak tangga.

“Nak ke mana?” Soalku. Surrender dah ke?

“Keluar! Cari makanan yang manusia bertamadun macam aku boleh makan...”

“Okey. Jangan makan banyak-banyak sangat. Nanti cirit-birit pulak. Masa tu, jangan ko kata aku tak ingatkan ko pulak!”

Farriel dah tak dengar ape dah. Dalam kepala leka fikir makanan apa nak diisi dalam perut. Nasi putih campur dengan dua tiga jenis lauk, mesti. Pastu nak makan ape, ek? Roti canai? Nasi goreng kampung? Mi bandung? Char kueh tiaw? Ahh, makan je la semua. Abis cite!

@~@~@~@~

Malam tu, Farriel turun ke ruang tamu dengan muka pucat dan berkerut-kerut. Bau minyak angin menusuk ke hidung. Mandi minyak angin ke hape?

“Ko apa hal?” Tanyaku, garang. Mata masih di kaca televisyen.

“Sakit perut! Cirit-birit kot…” Adunya. Aku pandang mukanya. Muka yang agak-agaknya dah 8-10 kali ulang-alik ke toilet. Bila tengok muka dia yang berkerut-kerut tu, aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan. Malas cari gaduh.

“Aku cakap dah. Degil! Kan dah ‘ketulahan’ dengan aku. Walaupun ko yang ada darah kerabat, tapi aku yang ada daulat-tulah. Jangan tak tau!”

Farriel tak menjawab. Dia terduduk lemah di sebelahku. Muka berkerut-kerut tahan sakit. Tangan pulak melekap kat perut. Jatuh kesian aku padanya. Nafas ku tarik dalam. Kemudian ku hembus. Mula memikirkan cara untuk mengurangkan kesakitan Farriel. Housemate sakit ni, kena la tolong. Nanti dikata tak berperikemanusiaan pulak.

“Kita pergi klinik, ek?” Usulku dengan nada lembut.

“Nak pergi dengan ape? Ko bukan pandai drive… Test JPJ dah dua kali gagal!” Katanya lemah.

Hek eleh! Sempat pulak dia perli aku… Menyesal aku cite fasal kegagalan aku tiga tahun dulu kat dia. Tu la, mulut ni gatal sangat. Langsung tak ada brek atau signal. Laju aje pakai gear 5 bercerita. Kan dah kena kutuk. Sabar aje la!

“Iye la, Izumi oi… Jap lagi aku panggilkan driver teksi yang lulus JPJ datang. So, boleh la kita pergi klinik…Boleh gitu, En. Farriel Izumi…”

“Hmm…” Tu aje yang mampu Farriel jawab sebelum berkejar ke toilet belakang. Handphone aku ambil. Mencari nombor teksi.

@~@~@~@~

“AD…” Panggil Farriel dengan mata lelap. Mungkin ubat doktor dah mula menunjukkan kesannya.

“Hurm?”

“Thanks…”

Diam. Cuma bunyi aircond yang kedengaran.

“AD…” Aik, tak tido lagi?

“Iyee…”

“Esok aku nak makan… Ikan kerapu tiga rasa macam yang ko makan tadi… Tom yam campur… Ayam masak merah… Gulau ikan sembilang… Ikan patin… Ayam golek…”

Mak aih… Besarnya selera! Mengalahkan orang mengidam pulak. Sedar tak sedar dia cirit-birit ni? Farriel diam, tak bersuara lagi. penat duduk si sofa, aku duduk di sisinya.

Farriel yang dah lelap di katilnya, aku perhatikan. Doktor kata tak serius. Bagi ubat, bagi MC dua hari, insya-Allah esok lusa sembuh. Mujur la… Kalo tak rasa bersalah juga aku. Ye la, tak sangka pulak ‘kutukan’ aku betul-betul jadi. Kebetulan betul.

Selimut Farriel aku perbetulkan. Burr…! Sejuk sangat ni. Rasa macam duduk kat kutub utara pulak. Remote controller air-conditioner aku ambil. Suhu aku tinggikan. Selesai menggodek dan menentukan suhu yang sesuai, aku kembali duduk di tepi katil. Wajah Farriel ku perhatikan. Muka bujur. Mata sepet sket. Hidung mancung. Pipi tembam. Bibir nipis. Warna kulit cerah. Rambut lurus. Masih hensem walaupun overweight. Tapi kalo kurus macam dulu, lagi hensem. Sampai tak cukup bumi dikejar dek pompuan.

Bila Farriel mula berdengkur, aku tersenyum sendirian. Betul la... Orang kata, kalo nak tengok muka ‘sebenar’ seseorang tu macam mana, tengok rupa dia masa tidur. Segarang mana pun orang tu, bila tido, muka ‘sebenar’ dia akan ‘muncul’; lembut dan tenang. Entah berapa lama aku menatap wajah Farriel, aku tak pasti. Yang pastinya, tak lama kemudian aku mula memenuhi ‘hak’ mata bila kelopak mata terasa semakin berat untuk diangkat.

@~@~@~@~

Farriel buka mata. Niat hati nak berkalih badan ke kiri. Kemudian dia perasan lampu tido masih terpasang. Bila nak tekan suis, dia terus dia terpandang AD yang tido menangkup di tepi katilnya. Napa dia kat sini? Peristiwa beberapa jam tadi, seakan berputar di layar ingatan. Oohh….

Wajah AD menghiasi mata. Tenang wajahnya tido. Rambut, dahi, kening, mata, hidung, pipi… Segenap inci wajah AD diperhatikannya. Satu wajah yang tiba-tiba menerpa dalam ingatan, segera dinyahkan. Tangan yang serasa nak menjamah pipi AD, segera ditarik ke sisi. Matanya singgah pada bibir mungil AD, ada getaran rasa dirasakannya. Segera mata dialihkannya.

“AD… Tolong jangan kelirukan aku. Tolong jangan buat aku jatuh cinta pada ko… Tolong…”

Dipejamnya mata rapat-rapat.

Peraturan ke-6 : Bilik tidur pihak kedua adalah kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.

REJECT!

@~@~@~@~

Esoknya, penyakit cirit-birit Farriel sembuh sepenuhnya. Mujarab betul ubat doktor tu! Ingat nak la buat baik, masak apa aje makanan yang dia nak. Macam yang diracaunya malam tadi. Korang tau apa dia jawab?

“Tak nak la. Ko bagi aku sayur dengan buah cukup. Tengah hari nanti aku nak roti ke ape-ape makanan yang aku boleh makan ikut jadual pemakanan yang ko dah wat!”

Uiks… Serik betul dia! Tapi aku tak nak kejam sangat dengan dia. Tiba-tiba aje aku tarik ‘nikmat’ makanan dari dia hari tu, memang la mengamuk sakan mamat tu. So, aku buat strategi sendiri. Dia boleh makan makanan yang dia suka TAPI dengan syarat dalam kuantiti yang sedikit macam yang dietician syorkan. Sebagai personal dietician Farriel, keje terbaru aku adalah mengira kalori makanan yang dia makan, apa hidangan yang sesuai untuk dia, apa makanan yang boleh dan tak boleh dimakannya. Aku siap sediakan satu buku catatan lagi tu!

Dua hari Farriel MC dan dok kat rumah. Dua hari tu jugak la kuliah aku batal. Lecturer busy fasal penstrukturan semula fakulti-fakulti. Apa yang nak distrukturkan, aku pun tak faham. Tapi memang tragic dok rumah 24 jam dengan Farriel. Ada aje yang tak kena. Rumah berhabuk la, kedudukan perabot tak sesuai la, dapur tak kemas la, toilet berbau la... Sampai cara macam mana nak sidai baju pun dia tegur. Dahsyat! Tak sangka lelaki moden macam tu boleh membebel mengalahkan mak nenek.


“Baju mahal, baju yang kita pakai masa pergi keje, kuliah, majlis-majlis kena sidai terbalik dan letak bawah bumbung. So, tak la cepat pudar dan rosak. Kain-kain macam kain pelekat ke batik, kena sidai lurus-lurus supaya cepat kering. Pakaian dalam mesti disidai kat tempat tersorok, supaya orang tak nampak atau curi.”

Sungguh la Farriel ni cermat, teliti dan sangat praktikal orangnya. Benda macam tu pun dia perhatikan. Observant betul! Kalo aku, memang aku hentam aje sidai macam mana pun. Janji bawah cahaya matahari. Tak kira la luntur ke kedut ke. Kering aku angkat dan lipat. Titik. Susah juga nak ubah cara aku wat keje bila dia tegur suruh aku wat ikut cara dia. Yelah, benda-benda tu semua aku dah praktik sejak kecik. Dah biasa dengan cara sendiri. Bila dia tegur tu, panas juga la hati. Siap perang mulut lagi. Malas mengeringkan air liur, aku ikutkan aje la cakapnya. Tak larat la nak gaduh fasal bontot kuali yang hitam lepas masak sampai dua jam. Bazir tenaga aje!

@~@~@~@~

Mata bagai dipaku pada wajah Remy Ishak dalam drama Obsesi. Hensem giler! Rasa nak tarik-tarik aje rambut sendiri. Huhu! Dek kerana ke’hensem’an dia la aku sanggup bersengkang mata menunggu slot Samarinda yang ditayangkan melangkaui zon hibernasi aku. Selalunya pukul 10 malam aje mata aku dah minta untuk direhatkan. Kalo tak, alamatnya ter’sangap-sangap’ la aku dalam kelas. Tapi demi Remy dan cite Obsesi yang meng’obses’kan aku ni, aku sanggup ingkar ‘arahan’ mata. Buku-buku, A4 paper dan alat tulis yang berlambak atas meja sekadar jadi hiasan semata-mata.

Terdengar ada gerakan dari tingkat atas ke bawah, sila atas sofa aku perbetulkan. Tak perlu menoleh, aku sudah tau sapa. Dalam rumah ni ada dua orang aje. Aku. Farriel. Kalo tak aku, si Farriel. Kalo tak Farriel, aku la. Tapi kalo bukan dua-dua, itu kes misteri nusantara namanya. Unidentified object or subject.

Farriel yang baru turun dari bilik ‘bertapa’ duduk di hujung sofa. Kes bosan mengadap kerja-kerja pejabat la tu. Tak pun Marina tak online malam ni. Muka dah kurang dari nilai 1 sen dah tu…

“Cite ape ni?”

“Obsesi…” Jawabku malas. Kaco aje. Orang tengah syok-syok tengok Tengku Azuddin dok tekel future-wife dia ni…

“Bosan! Tukar cite lain la!” Desaknya.

“Pergi la tengok TV kat bilik ko! Kan ada Astro bagai! Kaco aje!”

“Ala… Bosan tengok sorang-sorang! AD, tukar la channel lain!” Kulit kepala aku garu. Sibuk la dia ni!

“Ko tak tengok lagi, dah kata bosan! Cuba tengok, fahamkan… Lepas tu baru menilai!” Rungutku.

“Cite Melayu semua stereotype la. Alik-alik itu cite dia. Cuba ikut macam cite Hollywood. Baru la best!” Farriel menamakan beberapa filem Hollywood yang digemarinya. Alahai, gangguan bunyi betul la!

“Ko pergi je la jadi warganegara sana. Senang cite!”

Farriel mencemik muka.

“Ko nak makan ke?” Ni soalan nak menghalau dia naik ke bilik balik ni. Biasanya Farriel tak kan turun ke bawah kalo tak lapar atau tak ada urusan. Dia lagi suka memerap kat bilik. Bergayut, berchatting dengan Marina. Tak pun wat keje pejabat ke, baca buku ke…

“Nope! I’m good.”

Tumpuannya sudah pada buku berlambak atas meja. Kertas bawah buku ditarik keluar.

“60% aje?” Dibacanya tulisan merah yang tertera di hujung kanan kertas. Aku kerling padanya. Cuba memastikan tentang perkara yang diperkatakan.

“Okey la tu! Sebelum ni lagi teruk!” Hujung lidah aku gigit. Alamak! Terlepas cakap…

“Sebelum ni dapat berapa?” Curious aje muka Farriel.

“40 lebih aje…” Perlahan aku menjawab.

Farriel ternganga. Kepala digelengkan.

“Letak kat muzium je la otak ko tu…” Perlinya.

“Ala… Monthly test aje tu! Rileks la…”

“Apasal teruk sangat? Susah ke? Baru first sem dah macam ni…”

“Ala… Aku tak pandai BI la. Lecturer situ semua cakap BI. Selit BM sket-sket aje. Pakai bahasa teknikal pulak tu. Mana nak faham.”

“In that case, aku akan ajar ko!”

Aku pusingkan kepala 45 darjah. Memandangnya dengan 1001 rasa pelik. Takjub. Kagum. Demam ke ape?

“Ko… nak… ajar aku?”

Farriel angguk kepala.

“Ko nak ajar aku ape?”

“BI la… Kata tak pandai BI. Kalo ko nak, aku boleh tunjuk-tunjukkan juga mana-mana subjek yang ko lemah tu. Free of charge. FOC.”

Aku garu pipi. Kena rasuk ke Farriel ni? Semacam aje baiknya.

“Ko ni gurau, kan? Ke ko mamai? Ke tengah high? Tiba-tiba aje wat baik-baik dengan aku. Tegak pulak bulu roma aku!”

Farriel julingkan mata ke atas.

“Tak ada udang sebalik batu or mi pun la… Ikhlas tolong nak ko. Sebab ko dah tolong aku masa aku cirit-birit hari tu. Lagipun, tak berbaloi la aku menghabiskan duit hantar ko masuk uni kalo ko dapat result hampeh macam ni! Baik aku wat belanja beli barang!”

Alasan logik… Pucuk dicita, ulam mendatang!

“Sure?” Soalku. Masih ada keraguan.

“Sure la!”

“Bila ko nak start ajar?”

“Sekarang pun boleh!”

“Okey...” Iye tak iye dia ni…?

“So, sekarang aku nak ko amik kotak Scrabble dalam almari.”

“Hah?”

Tadi kata nak mengajar. Sekarang nak ajak aku main Scrabble pulak? Pening, pening!

@~@~@~@~

Ni cara Farriel Izumi mengajar aku vocab baru English rupanya. Melalui permainan Scrabble. Setiap perkataan yang baru pada aku, aku kena catat dan cari maksud dalam kamus. Kalo rasa-rasa aku blur nak letak perkataan apa atas board, aku boleh rujuk kamus dan cari perkataan yang boleh aku bentuk dengan huruf yang aku ada.

“Apa ko buat kat lorong gelap tu?” Entah kenapa terlintas soalan tu kat kepala aku, masa aku tengah sibuk-sibuk mencari maksud perkataan ‘foil’ dalam Cambridge Dictionary version-entah-ke-berapa.

Farriel yang tengah mengeja ‘excise’ kat board Scrabble panggung kepala. Blur aje pandangannya.

“Lorong ape?”

“Ala… Yang ko kata masa malam tu!” Tak kan lupa kot? Malam star and moon gazing tu! Ke wat-wat lupa…

“Bila masa la pulak pergi tempat-tempat gitu?” Soalnya kembali. Lima keping petak huruf diambilnya. Kemudian disusun di atas khii kayu.

“Ko kata ko jumpa arwah Ann kat lorong gelap. So, sekarang aku tanya ko, apa ko wat kat situ?”

Aku jenguk papan scrabble. Perkataan ape nak letak ni?

“Apasal? Aku tak boleh pergi situ ke?”

“Bukan tak boleh. Cuma aku pelik aje. Anak orang kaya macam ko, lahir atas sudu emas, mana selera nak pergi tempat kotor, busuk macam tu. Tu yang aku curious tu!”

Perkataan ‘spoon’ aku eja. Menyambung dari huruf ‘s’ dari perkataan ‘excise’ milik Farriel.

“Ooo… Aku lari dari kenyataan aje…”

“Kenyataan ape?”

“Yang ko sibuk nak tau napa?” Berganjak satu tangga tone suara Farriel.

“Saje! Mana la tau kot-kot ko ni stok mat gian ke, drug-dealer ke, ape-ape, so aku boleh la wat ape-ape persediaan bila ko wat perangai.”

“Oit, aku tak de la teruk macam tu sangat, okey! Masih dalam kategori dewa lagi, ek!”

Aku angkat bahu.

“So, ape ko wat pergi situ…?”

Aku garu kepala. Suwei lak aih tangan… Huruf Q aku dapat. Cuba dapat huruf R ke S ke. Baru ler senang bentuk perkataan.

“Hari tu, aku baru tau kawan baik aku sebenarnya spy papa aku. Menyakitkan hati!”

“Okey la tu.”

“Okey, wak lu! Mati-mati aku anggap dia kawan baik aku dunia akhirat. Kira semua rahsia aku dengan dia ‘lepas’ senang-senang aje la kat papa aku! Macam hampeh aje perangai!”

Air suam dalam mug aku hirup.

“At least papa ko wat macam tu sebab dia sayang ko. Macam aku ni, sorang pun tak amik kisah aku wat ape. Aku kebulur ke tunggang-terbalik ke. Aku sendiri-sendiri aje tentukan jalan hidup aku. Duit belanja pun cari sendiri, tau!”

“Aku lagi suka jadi macam ko. Bebas buat apa yang aku suka. Tak dikongkong sampai aku sendiri tak tau apa yang aku suka, ape yang aku tak suka!”

“Napa papa ko wat macam tu?”

Farriel diam. Dilarikan wajah dari pandanganku. Tumpuannya pada buku nota kecilku yang terbuka, Kamus Cambridge dan Oxford yang dipinjamkannya.

“Dah la! Tutup cerita. Nite!”

Farriel terus berlalu. Aku memandangnya tanpa emosi. Aik? Merajuk? Aku pernah dengar orang kata, orang berbadan besar ni sensitive, kuat merajuk… Betul ke? Kalo ikut ‘ujian’ yang dijalankan ke atas Farriel, betul… Sendiri mau ingat ek…

@~@~@~@~

Pintu yang bertalu-talu diketuk aku buka. Besar anak mata melihat tetamu yang datang. Dua beg bagasi setinggi budak setahun di kaki menambahkan lagi tanda tanyaku.

“Hana? Mimpi ape datang malam-malam ni?”

Hana memelukku dengan wajah ceria. Tapi kenapa keceriaan Hana macam tak natural?

“Akak! Rindu la dengan akak! Abang mana?”

“Out-station. Ni apa kes tak semena-mena muncul depan pintu rumah akak ni?”

“Saja… nak tukar angin tido rumah akak.”

“Sampai dua beg? Gaya macam lari rumah aje!”

“Eh, akak jangan salah faham! Satu ni aje beg Hana. Yang lagi satu ni Abang Ihsan punya!”

Jap… Bagi aku fahamkan kejap. Hana datang sini, bawa beg sebab nak tumpang tido kat sini. Okey, yang tu faham. Yang beg Ihsan ni, apa ke hal pulak? Tak kan Ihsan pun nak datang tido kat sini… Kot?

Tuesday, June 16, 2009

ad+iz Part 9


Mana nih? Tanganku terus membongkar segenap isi bilik. Tak cukup dengan tu, abis perabot di ruang tamu pula jadi mangsa pemeriksaan ala-ala penguatkuasa kastam.

Isk… Mana aku taruk Si Kepam ni? Malam tadi ada aje masa aku tengok cite hantu Korea tu. Tak kan ghaib kot? Bukan bear kecik tu boleh jalan pun. Paling tak pun jatuh bawah sofa ke meja. Tapi masalahnya tak ada. Celah sofa pun tak ada.

“Ko apehal? Terbongkok-bongkok. Cari benda?”

Farriel turun pakai short paras bawah lutut dan t-shirt pink. Pink? Lantak ko la! Janji ko berbaju. Kalo tak berbaju, haru aku jadinya.

“Ko ada nampak tak bear aku warna putih? Semalam ada kat sini!” Bawah meja aku intai. Tak ada. Celah-celah almari pun tak ada. Tak kan ghaib kot? Si Kepam tu bukan ada ilmu ghaib pun!

“Last ko letak kat mana?”

“Rasanya atas meja ni…” Meja kaca tu aku pandang. Cuma suratkhabar hari ni aje yang ada di atasnya.

Farriel garu kepala. Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Macam dah wat benda salah. Tak ubah macam riak muka Bakhtiar, adik tiri aku yang dah pecahkan pinggan-mangkuk yang ada kat dapur. Jadi, berasas la syak aku padanya…

“Aku rasa, aku dah TERbuang bear ko tu.” Monotone aje ayat tu keluar dari mulut Farriel.

Aku segera berpaling mengadap Farriel. Tiba-tiba telinga aku jadi panas bila mendengar perkataan-perkataan yang meluncur dari mulutnya.

“Izumi, we’re not playing hide and seek… Bagi balik bear aku!”

“Betul la! Aku dah terbuang bear ko tu masa aku kemas-kemas sampah atas meja ni semalam.”

Suhu badan aku mula naik. Kepala pun ‘hang’ satu macam.

“Kat mana ko buang?” Soalku. Nada suara masih ku kawal.

Farriel menunding ke arah bakul sampah. Aku berlari ke bakul sampah. Kosong. Dahi ku tepuk. Pagi tadi aku dah siap-siap buang sampah dalam plastik hitam tu dalam tong sampah besar kat luar. Biar senang lori sampah nak kutip. Aku berlari pula keluar. Berharap ada keajaiban berlaku.

Farriel yang masih tercengang-cengang, ikut aje belakang aku. Bila tong sampah tu aku buka dan selongkar,mulutnya jadi macam bertih digoreng.

“Weih, AD! Ko ni apehal?

“AD, yang ko pegi selongkar sampah tu ape hal? Busuk ler!”

“AD!”

Aku terduduk di tepi pagar itu. Si Kepam tak ada. Yang ada cuma plastik hitam yang kosong. Si Kepam tak kelihatan di mana-mana. tidak di dalam, tidak juga di luar tong.

“Okey, aku minta maaf sebab buang bear ko tu. Tapi bear tu dah ‘teruk’ sangat… Ko pun satu. Pandai wat sampah aje. Aku ni jenis tak boleh tengok sampah… bla bla bla…”

Walaupun perkataan maaf terucap, namun nada suara Farriel langsung bukan dalam mood memohon maaf. Aku bangun. Melangkah longlai masuk ke rumah. Air mata mula bertakung.

“Dah la, banyak lagi bear cantik-cantik kat kedai. Beli aje lain. Esok aku bagi ko duit, okey? Case close, bleh?”

Aku terus menonong menuju ke bilik.

“AD!” Bahuku terasa ditarik. Farriel memintas dan berdiri di hadapanku. Kedua-dua belah tangannya sudah mendarat di atas bahuku. Tanpa pilihan, langkah ku matikan.

“I said, I’m sorry! Sorry, okey!”

Aku tetap kaku. Kepala ku tundukkan. Cuba menyembunyikan air mata yang bila-bila masa aje akan gugur.

“AD! Ko dengar tak ni?”

Farriel menggoncang tubuhku. Aku masih dalam keadaan tadi. Farriel tundukkan kepala. Mencari wajahku. Dan… Farriel berundur ke belakang, setapak demi setapak menjauhi diriku. Tangannya sudah longlai di sisi tubuh. Aku terus berlalu masuk ke bilik.

Farriel tersandar di dinding konkrit. Termangu-mangu dengan mata yang masih melekat di pintu bilik AD. AD… Crying? Kepala digelengkan. Otak enggan menerima input dari retina mata. She can’t be!

@~@~@~@~

Midvalley dah dijelajahinya. Berjaya Times Square tak ketinggalan. KLCC dah dibuatnya macam gelanggang futsal aje. Lot 10 pun dah diputarnya dua tiga kali. Semua kedai yang ada menjual bear dia ‘geledah’. Mencari wajah bear kepam si AD.

Kaki lenguh minta rehat, langsung tak dipedulikan. Bila teringat air mata jernih AD yang mengalir tak henti-henti malam tadi, hati Farriel jadi tak tentu arah. Dan semangatnya berkobar semula untuk terus mencari dan mencari.

“Kalo bear macam ni, ko rasa comel tak?” Bear Winnie The Pooh diangkatnya. Lalu disuakan pada Qhuz. Qhuz tergelak.

“Woi! Ko ingat aku ni ‘dua alam’ ke ape? Aku mana main bear-bear ni, weih! Malam sket, ek!” Qhuz menolak Winnie The Pooh ke arah Farriel semula. Bimbang disalah anggap oleh pengunjung-pengunjung kedai yang dah mula bagi pandangan ‘laser’ ala-ala Kal-el si Superman.

Farriel letak balik bear oren sebesar budak setahun. Ubun-ubun kepala dipicit-picitnya. Pening! Pening memikirkan kat mana nak cari bear kepam yang serupa dengan bear milik AD. Aku tak rasa bear tu hand-made. Kalo bukan hand-made, mesti ada kedai yang jual bear macam tu, kan… Masalahnya, di manakah kedai tersebut?? Ha, kan dah skema soalan aku bagi!

“Apa kes ni, Ril? Lunch hour ko ajak aku ke Midvalley. Tak cukup ‘ukur’ lantai konkrit kat situ, ko seret pulak aku ke Berjaya Times Square. Ni sekarang, KLCC, Lot 10. Lepas ni ke mana pulak? Pavilion? Alamanda?”

Qhuz pandang Farriel. Serabut sungguh. Lagi serabut dari masa menyiapkan tender. Padahal cari bear aje. Bukan cari supplier barang ke ape!

“Aku cari bear la. Warna putih. Tak! Tak berapa putih sangat la. Pastu bear ni besar lebih kurang tapak tangan aku ni aje. Rupa… Kalo sekali tengok macam kambing. Dua kali tengok macam monyet. Tiga kali tengok macam ‘ntah’…”

“Haha! Bear ape yang ada specification macam tu? Haha…!”

Farriel buat muka bengkek. Dalam pada tu, matanya liar memerhatikan kedai menjual bear dan anak patung yang ada di situ.

“Qhuz, kalo ko datang sini sebab nak gelakkan aku, baik tak payah. Simpan gelak ko tu dan balik rumah, okey!”

“Yo! Jangan la emo, kawan… Gurau aje la! Yelah-yelah, aku tolong… Tapi ko punya description tentang bear tu, tak membantu langsung! Cuba describe betul-betul. Kalo ada gambar lagi bagus!”

“Qhuz…!”

“Okey, okey! Mulut tutup, mata cari!”

Bila hari menginjak ke malam, Farriel mula putus asa.

“Apa ko dah buat dengan bear Adry tu?” Soal Qhuz. Serius. Masa tu mereka dah melepak kat kedai mamak. Pekena teh tarik setelah misi pencarian menemui kegagalan.

Farriel wat muka terkejut. Sejak bila Qhuz jadi ahli nujum?

“Mana ko tau?”

“Aku teka aje! Kira tepat la tekaan aku tu, ek?”

Farriel angguk kepala.

“Aku dah lama kenal ko, Ril… Kenal sangat dengan perangai ko. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi ko hangin-satu-badan, yang boleh wat ko sesejuk-iceberg, sepanas lahar volcano, pendek kata yang wat mood ko tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan yang bernama Adrianna Mayesa… Itupun selepas Ann ‘dipadam’ dari list.” Konfiden aje Qhuz wat spekulasi.

Farriel tarik nafas. Dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Dulu Ann. Sekarang AD. AD…

“Aku terbuang bear dia. Sumpah, aku tak ada niat nak buang! Entah mana pertimbangan aku masa tu. Selamba aje tangan aku mengarah bear tu masuk tempat sampah. Mengamuk la si AD tu.”

Qhuz geleng kepala. Letih tengok Farriel dan Adry beramuk sejak dari bangku sekolah. Dia tak pernah tau kenapa Farriel benci benar pada Adry. Bukan dia tidak bertanya. Cuma Farriel tak mahu menjawab. Farriel ni perahsia orangnya. Namun untuk kali ini, Farriel membuka mulut. Dan dari air muka Farriel, dia yakin Farriel tidak berbohong.

“Ko dengan Adry tu aku tengok memang dah padan sangat la tu. Sama-sama keras. Sama-sama ego. Sama-sama kaki melawan. Tapi ada keserasian… Cuba korang…”

Farriel angkat dua-dua belah tapak tangan. Minta Qhuz berhenti.

“Qhuz… Aku tak minta tazkirah ko pun. Please…”

Qhuz angkat bahu. Telan balik nasihat yang tak terluah tadi.

“Aku cuma nak cakap, kalo ko perlukan nasihat aku, anytime ko boleh datang pada aku. Ko tau kan, aku ni bekas pembimbing rakan sebaya terbaik zaman kita skool dulu...”

Farriel tersengih, tak percaya. Berlawanan sungguh dengan kenyataan!

“Pembimbing rakan sebaya, wak lu! Perosak rakan sebaya ada la! Ade ke ko suruh Apek 4-flat tu hisap dua kotak rokok sekali gus! Nasib tak gol budak tu! Kalo tak, menjawab la ko dengan bapak dia tokei keranda tu!”

Qhuz tersengih. Imbas balik kenangan masa Form 4. Muka Lee Hai Nan yang kecewa dengan result examnya, tergambar.

“Aku menolong dia ape! Menjimatkan masa dia nak menghabiskan rokok-rokok yang dibeli. Jimat minyak lighter lagi. Haha! Kan langkah bijak tu!”

Farriel tergelak mendengar hujah Qhuz. Tak boleh pakai punya kawan… Tapi dia serasi dengan Qhuz. Boleh terlebih terkurang aje dengan mamat ni. Wat apepun komited. Sebab tu dia syorkan pada Nenda Nerrisa agar Qhuz diambil bekerja di Izumi Corporation. Mujur Qhuz memang benar-benar layak. Jadi tak la susah nak menyakinkan Nenda Nerrisa.

“Ko rasa, aku kena wat ape ek nak selesaikan ‘masalah’ aku dengan AD ni?”

Qhuz petik jari. Farriel membetulkan duduknya. Bersedia mendengar cadangan Qhuz.

@~@~@~@~

Balik dari jumpa Qhuz, Farriel naik ke bilik. Bersihkan diri, solat Isya’. Lepas tu mundar-mandir dalam bilik macam bakal ayah yang tengah tunggu berita gembira dari labor room. Bezanya Farriel menunggu datangnya sebuah keberanian untuk meminta maaf dari AD, seperti yang dicadangkan dek Qhuz tadi. Biliknya AD gelap. Farriel jenguk pula ke tingkat bawah. Meninjau di mana AD. Susuk tubuh seseorang di halaman rumah, menangkap pandangan Farriel. AD, tengah duduk kat kerusi batu di tengah laman. Tengah bermandikan embun.

Perlahan-lahan, Farriel menghampiri AD. AD tetap kaku di situ. Tak berganjak mahupun melarikan diri. Namun Farriel tahu, AD sedar akan kehadirannya di situ. Farriel melabuhkan punggung, bersebelahan AD. Tapi masih ada ruang antara mereka, khas untuk ‘emergency’ incident. Kot-kot AD layang penumbuk ke…

Farriel di sisi aku kerling. Aku tak mahu dia berada di situ. Menyampah! Namun aku tak mampu nak menghalaunya. Ini rumahnya. Aku cuma menumpang di sini, sehingga kontrak kami tamat.

“AD… Aku nak minta maaf fasal bear ko tu!” Muqaddimah sesi meminta maafnya dimulakan dengan ayat itu.

“I didn’t mean…” Sambung Farriel.

“It’s okey. Bear murah dan buruk macam tu memang layak dok dengan sampah aje…” Ujarku perlahan.

“Tak! Bukan macam tu maksud aku…”

Farriel diam. Tak mampu nak teruskan ayat. Tak tau perkataan apa, atau bahasa apa yang patut dituturkan untuk membetulkan keadaan yang dah sedia kacau. Masih berfikir cara terbaik untuk meminta maaf.

Aku masih tetap berteleku di situ sambil memeluk kaki. Sesekali mendongakkan kepala ke langit. Menebar pandang pada dada langit. Mengira bintang yang berjuta. Merenung bulan yang tetap satu. Dan kenangan lalu terimbas serta-merta di layar pandang.

“Masa aku kecik dulu, aku selalu fikir. Kenapa aku tak ada ayah? Kawan-kawan aku yang lain semua ada ayah. Contohnya Siti. Dia ada ayah. Ayah dia baik, penyayang... Tiap-tiap kali nak pergi keje, ayah Siti akan cium Siti. Kadang-kadang ayah Siti belikan Siti mainan, coklat, anak patung, baju, macam-macam la…. Tapi aku… Aku tak pernah dapat semua tu. Tapi aku tak pernah komplen. Sebab aku tau, ibu susah nak cari duit. Ibu terpaksa ambil upah cuci pakaian di rumah orang kaya, jahit baju, kadang-kadang jual kuih untuk tampung kehidupan kami sekeluarga…” Di bawah sedar, aku menuturkan jalan cerita hidupku kepada Farriel.

Kata-kata AD berhenti di situ. Jari-jemarinya menyapu pipi. AD menangis… lagi sekali? Hati Farriel bagaikan meruntun bila melihat keadaan AD yang hiba. Bagai ada benda tajam menusuk hatinya. Bahagian dada kirinya ditumbuk perlahan. Ada masalah ke hati aku ni?

Air mata di pipi aku kesat. Menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan bicara.

“Aku tak pernah kenal sapa ayah kandung aku. Satu-satunya ayah yang aku kenal, Pakcik Bakar, ayah tiri aku yang suka berhutang dan menyusahkan ibu. Silap sket, naik la penampar. Cakap lebih aje sket, sepak terajang la jawabnya.”

Aku berjeda lagi. Bulan penuh aku renung.

“Aku pernah minta Pakcik Bakar belikan mainan untuk aku. Pakcik Bakar marah dan tampar aku. Aku menangis. Ibu bergaduh dengan Pakcik Bakar. Last-last, ibu pun kena pukul dengan Pakcik Bakar. Sejak tu, aku tak berani minta apa-apa lagi. Satu hari, ibu bawak balik satu bear putih. Ibu kata, bear tu tak la cantik, tak la mahal tapi itu aje yang mampu ibu beli. Aku suka sangat. Langsung tak pernah berenggang dengan bear tu. Aku namakan bear tu Si Kepam. Sebab badan bear tu makin lama makin kepam. Itulah benda pertama dan terakhir ibu pernah bagi pada aku. Masa umur aku 5 tahun, ibu meninggal. Cuma Si Kepam yang aku ada untuk mengadu nasib… Dan keluarga tiri aku…”

Farriel kalih pandang ke arah AD yang sudah diam. Mula mengerti mengapa bear kepam itu penting dalam hidup seorang AD yang keras hatinya.

“End of the story. R.I.P to Si Kepam…” Katanya. AD tersenyum kepadaku sebelum matanya mengalih pandang, kembali merenung bulan.

@~@~@~@~

“Kisah hidup aku sedih, kan? Ko mesti rasa kesian kat aku, kan?” Farriel yang turut merenung ke arah sang purnama, aku soal. Farriel berpaling ke arahku.

“Tak! Aku tak rasa kesian pun…” Nada suara si-Farriel-android kedengaran.

“Napa tak rasa kesian?” Terkejut!

“Sebab ada orang yang lebih malang dari ko!”

“Ye ke? Tak mungkin la…” Aku macam tak caye aje ada orang yang bernasib lebih malang dari aku. Mustahil ada…

“Nasib Ann lebih malang dari ko, AD!” Farriel membuang pandang. Tanpa arah. Sekadar memandang kosong.


“Ann tu sape?”

Soalanku tidak berjawab. Farriel masih merenung bisu ke arah bulan. Seperti mencari sesuatu di situ. Mengungkap kenangan hidup dalam bentuk cerita.

“Ann tak pernah kenal mak dan ayah kandungnya. Dia dijual kepada sepasang suami isteri sewaktu bayi lagi. Masa umur aku 13 tahun, aku jumpa Ann di lorong gelap. Dia lari dari rumah pelacuran. Ayah angkat Ann jual Ann pada ‘bapak ayam’ gara-gara berhutang.”

Farriel sambung ceritanya.

“Aku selamatkan Ann. Bawak Ann tinggal kat rumah aku. Mama papa tak pernah suka pada Ann. Tapi sebab hormat pada nenda, mereka terpaksa ambil Ann jadi anak angkat.”

Mata Farriel sayu memandang langit malam.

“Ann keluar dari traumanya lepas beberapa ketika. Dia mula bersekolah, mula berkawan dengan aku, Ihsan dan Murni. Ann berubah jadi gadis yang periang, lincah, lucu, sentiasa bersemangat, tak pernah putus asa. Semua orang suka pada Ann. Mama pun mula terima Ann jadi sebahagian dari keluarga kami.”

Diam. Tak semena-mena, Farriel mengukir senyuman lebar. Seperti ada yang melucukan.

“Nama Izumi tu… Cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik.” Ujarnya dalam senyum.

Barulah aku tahu mengapa Farriel marah benar bila aku memanggilnya Izumi. Rupanya ada kisah, ada kenangan, ada perasa di sebalik nama tersebut. Ada rasa gembira, sedih, atau apa-apa jua perasa yang dirasainya saat Ann memanggilnya Izumi.

Diam lagi. Sekadar membiarkan cengkerik berbicara buat seketika. Rentak penceritaan Farriel berubah. Tempo scene air mata pula sekarang.

“Masa umur 14 tahun, Ann selalu jatuh pengsan. Doktor sahkan Ann ada barah otak. Peringkat akhir. Darah beku yang kami tak pernah tau kewujudannya tu, rupanya dah lama menumpang di dalam kepala Ann. Ann tak pernah mengadu sakit. Dia sentiasa berpura-pura sihat. Dan dia tak pernah mengalah pada sakitnya. Ann berkeras nak jalani pembedahan walaupun harapannya sangat tipis. Akhirnya… Ann meninggal dalam pembedahan tu… beberapa hari sebelum hari lahirnya yang ke-14...”

Air mataku automatik mengalir. Menangisi nasib malang seorang Ann. Entah mengapa, cerita hidup Ann ni membuatkan aku insaf. Memang benar, nasib Ann lebih malang dariku. Sekurang-kurangnya aku kenal ibu kandungku, walaupun hayatnya tak panjang. Aku juga dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, ucapanku dalam hati. Mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

Farriel tetap tenang. Tidak menangis. Cuma berwajah suram.

“Baju tu?” Soalku dengan suara serak akibat menangis.

“Pemberian terakhir Ann sebelum meninggal.”

Aku angguk. Mula faham kenapa baju separuh lunyai tu begitu berharga di matanya.

“Ko sayangkan Ann?”

Farriel diam. Memandangku sekilas sebelum membuang pandang ke hadapan.

“Ann cinta pertama aku...”

Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku.

“Ann cinta pertama aku…”

@~@~@~@~

“Iz…” Panggilku perlahan.

‘Nama Izumi tu… Cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik.’

Ayat aku terhenti. Bibir bawah ku gigit. Alamak… Tersilap panggil.

“Sorry! Aku terpanggil… Rasanya, aku tak sepatutnya panggil ko Izumi lagi lepas dengar cite ko tadi…”

“Tak pe! Just called me Izumi. Rindu gak nak dengar orang panggil aku dengan nama tu!” Kata Farriel. Mata masih menala ke langit. Lagak seperti ahli astronomi tengah mengkaji bulan bintang.

Aku gosok batang hidung. Pulak? Tak pe ke? Tak mengingatkan ko pada Ann?

Hening kembali.

“Iz…” Cubaan kedua.

“Hurm…”

“Sorry sebab buang baju ko tu… Kalo aku tau, mesti aku tak buat macam tu.”

Wajah Farriel tak beriak. Cuma matanya memandang sayu ke arah sang bulan purnama. Langsung tak ada tanda-tanda nak membalas kata-kataku. Tapi aku tau, dia dengar apa yang aku perkatakan.

Diam. Masing-masing menala mata ke langit. Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Salakan anjing meimbulkan suasana seram. Namun aku tak terniat langsung nak melangkah masuk.

“AD…” Panggil Farriel.

“Hmm?”

“Sorry sebab buang bear yang ibu ko bagi…”

“Hmm…” Itu aje yang aku jawab. Memang ada rasa sedih, marah, kecewa tapi benda nak jadi… Apa nak buat… Kalo aku menangis air mata darah sekali pun, Si Kepam tak akan menapak balik dari pusat pelupusan sampah yang entah kat mana tu. Kalo aku maki-hamun si Farriel ni pun, wat menghabiskan pahala aku yang sedia sedikit banyaknya aje. Jadi, adalah lebih baik kami saling bermaafan. Aku pun dah buang baju yang Ann bagi kat dia. Kira fair la. 0 – 0.

“AD…”

“Hurm…”

“Sorry sebab sangka ko orang suruhan Marina. Tak fasal-fasal ko kena marah dengan aku hari tu!”

“Tak pe…”

Diam lagi.

“Iz….”

“Yap!”

“Sorry. Sebab salah faham tu, ko terpaksa kawin dengan aku…”

Farriel mengangguk-anggukkan kepala. Bahagian bawah dagu digaru-garunya. Lagak seperti menimbang-nimbangkan perkataan maaf dariku. Aku siku lengannya.

“Ko maafkan aku tak?” Soalku garang. Farriel senyum.

“Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Ko pun terpaksa kawin dengan aku jugak ape! So, kira seri la…”

Kami berbalas senyuman. Kedinginan suasana malam yang semakin merangkak ke dinihari ini, benar-benar ‘membantu’ kami untuk berbincang dengan cara manusia bertamadun. Bukan seperti orang jahiliyah yang singkat akal dan menurut nafsu amarah semata-mata.

“Friend?”

“Never’ll be!”

Kami ketawa kecil. Dan bulan menjadi saksi. Farriel dan aku merenung ke dada langit sehingga ke dinihari. Tanpa suara. Hanya sekadar memandang ke langit dan sesama sendiri. Dengan senyuman.


** Peringatan : Aktiviti star-gazing or moon-glazing yang Farriel dan AD buat ni tak sesuai ditiru oleh pasangan yang belum dapat lesen dari pejabat kadhi, okey! Hehe…

** Beloved readers, thanks sbb support cite2 sy. Mcm yg diminta, sy akan cuba ‘mengeluarkan’ cite ad+iz yg bersarang dlm kepala ni secepat mgkin (dgn bantuan lagu flower letter dr ost iljimae, terlanjur cinta pasha+rossa.. hehe!). Tapi fitrah mnsia, hukum alam sering membataskan masa utk sy trs mengadap laptop. Maka 10 jari sy susun. Apepun part yg paling seronok bg sy adalah komen anda (x kira puji @ kutuk). Terasa hilang seme letih dan tension.. Harap sabar menunggu! Yg nk email,
misseurydice@yahoo.com.
Readers, followers, kipas-susah-mati tak kira kat mn pun, yg nak amik PMR, SPM, STPM or-what-so-ever, study smart coz knowledge is the only gateway to success here and here-after. Gambatte!

Saturday, June 13, 2009

ad+iz Part 8


Suasana pendaftaran memang sibuk giler. Orang tak payah cite la. Berjuta-juta lemon. Macam semut banyaknya. Anak yang masuk uni sorang, yang menghantarnya kadang-kadang sampai sekerat bas. Tu fasal la ramai. Apepun, untung la jadi diorang. Ada family yang care, support usaha diorang untuk melanjutkan pelajaran. Macam aku, tercangak-cangak la sorang-sorang kat sini. Si Farriel tu cuma mengingatkan melalui mesej semalam. Dalam mesej ringkas tu, dia mengingatkan aku untuk mendaftar hari ni. Yuran pengajian semua dia dah uruskan dengan ‘orang dalam’. Tinggal lapor diri aje. Yang tak tahan tu, course ape aku nak amik pun dia dah siap pilihkan. Memang style dictator…

Entah mana nak pergi dan mula, aku pun tak tau. Bukan tak boleh bertanya pada warga ‘urusetia’ pendaftaran ni, Cuma pagi ni, hari ni, aku rasa berat mulut pulak. Mungkin penyakit ‘bisu’ si Farriel dah berjangkit kat aku. Maka, tercongok la aku kat sini sorang-sorang sambil peluk fail.

Handphone yan berbunyi aku keluarkan dari tas tangan. Jangan tak tau, aku sekarang dah jadi ladies. No more jeans, long sleeve t-shirt and sport shoes. Sekarang dah belajar pakai heels pun. Baju pun blouse and slack sekarang. Ni semua berkat tunjuk ajar si Hana la ni. Macam mana aku boleh terjebak, aku pun tak pasti. Mungkin naluri kewanitaan aku dah ada kot.

“Assalammualaikum… Hello!” Kalo Islam, jawab. Tak Islam abaikan aje la ucapan salam tu.

“Waalaikumsalam. Sejak bila awak jadi patung cendana kat situ, Adry? If you do, saya rasa awak la patung cendana yang paling cun dan Islamik sekali dalam dunia!” Suara Ihsan menyapa telingaku. Aik, mana pulak dia tau aku jadi patung tak berbayar ni?

“Ihsan?”

“Hmm… Black and yellow blouse, white slacks and heels, and tudung. Dari tadi saya tengok awak dok pegang tiang tu. Tiang tu belum nak runtuh lagi, tak payah la susah-susah nak pegang…”

“Ihsan, awak kat mana sebenarnya ni?” Naik meremang pulak bulu roma aku bila Ihsan boleh describe baju yang aku pakai, even apa yang aku tengah buat. Dia ni pasang spy ke apa? Entah-entah, dia ada letak micro camera kat mana-mana tak? Kat handphone aku, maybe?

“Sini… Right in front of your eyes!” Jawabnya dalam tawa. Mungkin lucu dengan reaksi aku yang mula panik. Aku perhatikan segenap manusia yang ada. Mencari muka Ihsan di mana-mana.

Nun di tengah-tengah kelompok manusia yang sibuk dengan urusan pendaftaran, dikelilingi gadis-gadis cantik bergaya ala-ala model, Ihsan melambai-lambai ke arahku. Aku ukir senyuman. Entah mengapa, bila melihat Ihsan di situ, aku rasa lega. Mungkin sebab antara ribuan manusia di sini, akhirnya aku dapat berjumpa dengan muka yang aku kenal. Entah la… Ihsan meninggalkan ‘peminat-peminat’nya.

“Wat ape kat sini?” Soalnya sebaik apabila tiba di hadapanku. Aku melihat gadis-gadis yang ditinggalkan Ihsan tadi. Terpamer riak kecewa di wajah masing-masing.

Aku tunjukkan fail berisi dokumen peribadi dan beberapa dokumen lain untuk mendaftar masuk.

“Nak mendaftar. Awak pulak watpe kat sini?”

“Saje, tolong-tolong member…” Ihsan menunjukkan ‘member’ yang dimaksudkan. Kumpulan gadis yang ‘ditinggalkan’ tadi melambai ke arahnya. Aku angkat kening aje. Playboy diraja…

“Saya tak tau pun awak sambung belajar kat sini. So, dah selesai mendaftar ke?” Bau perfume Ihsan yang entah apa jenamanya menjengah masuk ke hidungku. Aku menjarakkan sedikit kedudukan badan kami. Bimbang ‘cedera’ dipanah dengan jelingan mata peminat-peminat Ihsan yang leka memerhatikan kami di sebelah sana.

“Belum! Tak tau nak mula dari mana.” Kataku dengan muka bingung.

“Okey. Let me help you!” Belum sempat aku menjawab, lelaki yang lengkap berkemeja biru muda, neck tie warna sedondon dan slack hitam itu dah merampas segala dokumen yang ada di tanganku.

“Okey. First, you kena pergi ‘that’ counter. Check your name, course, then hand over your medical check up… bla bla bla…”

Aku tarik bibir ke atas. Tersenyum melihat wajah Ihsan yang merah akibat dibakar dek sang matahari, bersungguh-sungguh menerangkan proses pendaftaran yang perlu aku jalani.

“Awak dah jadi urusetia ‘tak bergaji’ kolej ni, ek?”

Sambil berjalan, Ihsan kenyit mata kirinya.

“I’m good at this, anyway…”

Papp…. Masa tu la aku berlanggar dengan sorang pompuan ala-ala peserta American Next Top Model tu. Tak habis sakit bahu aku berlaga dengan bahunya, telinga aku pulak sakit menadah sumpah-seranahnya. Ihsan pulak tak berkelip-kelip pandang pompuan tu. Hurm, lelaki ni… Pantang tengok pompuan lawa dan seksi!

“Woi, buta ke? Mata letak kat kepala lutut? You ni… bla bla bla…” Marah pompuan rambut ‘karat’ tu. Bahunya yang terdedah, diusap-usapnya. Langgar sket aje, mulut dia yang lebih-lebih! Lelaki di sebelah cuba menenangkannya.

“Maaf, cik… Saya tak sengaja!” Masa tu la, aku perasan yang pompuan kat depan aku ni bukan orang lain. Budak batch aku kat sekolah dulu. Farah Adilla… Farah menelek muka aku. Lelaki sebelah dia pun join sekaki. Laki ni sapa pulak, ek? Muka macam familiar…

“You ni, Adry kan? Sekolah Menengah Sri Bistari?”

Dia kenal! Nak tak nak terpaksa la angguk. Tak kan tipu. Kenyataan depan mata.

“No wonder you’re so clumsy. Dari dulu tak berubah-ubah. Belajar sini jugak ke? You tak pernah putus asa nak goda lelaki kaya kan… Macam zaman sekolah dulu...”

Aku diam sambil telan air liur. Telan sekali kata-kata Farah yang pedas mengalahkan sekilo lada api. Speaking of yourself, huh? Excuse me, aku ke ko yang nak goda lelaki kaya?

“Since today is your first day, aku maafkan ko… Next time, you’ll be sorry for yourself!”

Farah terus blah dari situ. Burr… Jumpa pulak minah garik tu kat uni ni…. Laki sebelah Farah tu masih pandang aku. Yang ko ni pulak, ape yang ko tak puas hati? Tak puas hati sebab aku langgar awek ko tadi? Rilek la, aku bukan langgar ko pun…

“Adrianna Mayesa?”

Aku pandang muka laki tu. Kali ni pandang dalam-dalam. Eh, aku kenal mamat ni! Abang TIRI pompuan garik tadi. Diulang, abang tiri si Farah. Tu fasal la perangai diorang berbeza giler. Macam Hitler dengan Mother Teresa. Lebih kurang la.

“Senior Adly? Headboy 2001 Sek. Men. Sri Bistari? Kan?”

Senior Adly senyum dan tunduk kepala sket… Pemalu dengan pompuan senior ni.

“Tak sangka jumpa Adry kat sini… Belajar sini jugak ke?”

“Gitu la nampaknya…” Jawabku sopan. Control, control…

“Yang ni, sape? Pakwe?” Ihsan mengalih pandang dari muka Farah yang dah macam cacing kepanasan tak jauh dari kami.

“Saya Ihsan. Sepupu Adry…”

Ihsan cover line… Fuh, nasib!

“Saya Muhammad Adly, senior Adry masa sekolah dulu.”

Mereka berjabat tangan.

“Tak sangka pulak Adry dah berubah. Dulu lagak macam tomboy sket. Nak tegur pun takut. Now, she’s more than better…” Ujar Senior Adly.

“Abang!! Cepat la!” Jerit Farah lantang. Kalo tak kerana Farah mengepit buku…. Aku dah kata si Farah ni Tarzan versi pompuan!

“Okey, I got to go. Nanti mengamuk pulak tuan puteri tu. Anyway, nice to meet you, Adry, Ihsan…”

Senior Adly berlalu. Menghampiri Farah yang dah menghentak-hentakkan kaki macam budak tiga tahun mintak aiskrim.

“Sapa tu?” Soal Ihsan kurang sabar.

“Senior Adly. Dia…”

“Bukan Adly. I mean, ‘that’ Farah…”

“Ooo… Minah garik tu ke?”

Ihsan depa tangan. Tak dapat menangkap kataku.

“Farah tu ex-classmate saya. Kalo nak tau, tu la ketua kelab ‘kipas-susah-mati’ Tengku Farriel Izumi. Siap kuarkan bulletin fasal Farriel lagi. Pengikut dia aje ada lebih seratus orang, termasuk ex-schoolmate kami. Jangan main-main! Dia tu dah tahap obses dengan sepupu awak tu, tau!”

Biasa la… Tipikal semua gadis. Nak lelaki yang hensem, kacak bergaya, tinggi, kurus, pandai, kaya, macho, gentleman, kalo romantik memang markah bonus la, leadership, showmanship, pendek kata semua ciri-ciri baik yang seorang lelaki patut ada la… Dan Tengku Farriel Izumi boleh dikatakan ada ciri-ciri idaman semua pompuan tu. Tu yang jadi buruan tu. Tapi kalo si Farah tu tengok Farriel versi sekarang, aku tak pasti la dia masih nak jadi ketua kelab kipas-susah-mati’ Tengku Farriel Izumi dia tu lagi atau tidak. Nak-nak lagi bila tau aku dah kawin dengan si Farriel.

“Kipas-susah-mati tu ape?” Nak tergelak aku dengar soalan Ihsan.

“Die-hard fans la… Ingat kan tau… Omputih celup betul!”

Ihsan wat muka cute-tak-bersalah.

“Ooo… Since you dah kawin dengan Farriel, maybe I ada chance la dengan Farah. Be my postman, bleh…”

Aku kecilkan mata. Anak mata ku tala ke atas. Seolah-olah tengah berfikir.

“Boleh, dengan syarat… Pengerasnya kena tebal la…”

Ihsan ketawa. Tengok muka, aku tau dia tak bersungguh benar dengan kata-katanya sebentar tadi.

@~@~@~@~

Hari Selasa. 7.15 pagi. Rumah senyap-sunyi. Kereta Honda City biru metalik dah tak kelihatan kat porch. Kertas kuning melekat kat board menghala ke dapur aku tanggalkan dan baca.

‘Kemas rumah. Dah macam dilanggar todak! Gosok semua baju atas ironing board.’

Sejak malam tu, malam aku bergaduh dengan Farriel fasal baju tu, Farriel langsung tak berbunyi dengan aku lagi. Dia automatik jadi bisu. Mute. Rumah pun jadi sunyi-sepi. Tak ade lagi jerit-pekik Farriel memarahi atau mengarahkan sesuatu padaku. Semua arahan diberikan dalam bentuk bertulis. Itupun kalo betul-betul dirasakan perlu.

Benda-benda yang dulunya bukan main payah dia nak co-operate and tolerate, dah tak jadi masalah lagi pada aku. Sepanjang tempoh cold war ni, Farriel dengan rela hati bagi kerjasama. Contohnya, bab mengeluarkan baju kotor dari dalam bilik. Selama ni, memang susah giler la nak suruh amik dan letak baju kotor dalam bakul. Aku bukan tak boleh nak amik sendiri masa dia berambus pergi keje. Tapi masalahnya…

Peraturan ke-6 : Bilik tidur pihak kedua adalah kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.

So, hari-hari terpaksa la aku membebel suruh dia keluarkan baju kotor dia dari master bedroom yang aku gelar lohong hitam tu. Anehnya, dalam tempoh perang dingin ni, boleh aje pulak dia keluarkan dan letak baju dalam bakul tepi washing machine. Tak payah nak diketuk pun.

Dia sekarang pun tak ada lagi bising suruh aku wat itu-ini. Kira most of the time aku free and available la nak wat ape-ape pun. Tapi bila dah banyak sangat masa senggang, aku jadi bingung nak wat ape. Aku dah tak keje kat butik lagi gara-gara menurut arahan Farriel. Katanya, dia takut ada kaum kerabat dia tau. Tapi aku curi-curi gak tolong mana-mana yang patut. Kesian kat Miss Karen. Bukan senang nak cari pekerja baru. Business butik dia sekarang pun tengah kencang. Tak menang tangan menyiapkan tempahan.

Nak ajak kawan keluar jalan-jalan atau bersembang? Sapa yang boleh diajak bersembang? Nak-nak lagi hari bekerja. Dah tentu-tentu diorang busy keje. Ada tak ada pun, si Hana. Tapi budak tengah tunggu result SPM tu pun ada social life dia sendiri. Tak kan nak berkepit dengan aku sepanjang masa. Ihsan? Tak kan nak kuar dengan dia semedang. Tu namanya mengundang skandal. Dah la hari tu aku sepanjang hari dengan Ihsan, menguruskan pendaftaran masuk uni.

“Napa amik business? Bukan ke awak minat fesyen, menjahit dan lain-lain…” Kemusykilan jelas terpamer di wajah Ihsan.

“Pemerintahan kuku besi. Biasa la…”

“Kejamnya!”

Farriel kata kalo setakat tau menjahit, suka design-design fesyen baju aje, tak kan boleh kaya. Kalo nak kaya kena berniaga. Sebab 9/10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Bila ada modal, ada ilmu perniagaan, baru la boleh berniaga. Bla bla bla… Malas mendengar Farriel dengan teori ekonomi dan falsafah peringkat sarjana Farriel, aku terus aje setuju.

Peraturan ke-12 : Menghormati dan menjaga hak dan harta-benda masing-masing.

Hmm… Gamaknya aku dah mengganggu-gugat harta-benda dan emosi Farriel. Plus, mencalarkan ego dia. Isk, tak kan ego dia terletak pada sehelai baju yang dah nak lunyai tu? Huhu… Aku dah langgar peraturan. Kena denda tak nanti ni, ek? Teringat kembali perbualan kami sewaktu memeteraikan peraturan kahwin kontrak kami ni.

“Sape-sape yang langgar peraturan, kena denda…”

“Ha! Bab ni yang aku suka dan tak suka ni!” Aku balas katanya. Perjanjian ni lebih kurang MoU, beb! Dua-dua pihak kena setuju. Baru la ada sense of understanding tu kan… Takut ada bias ke diskriminasi gender ke. Kena gak amik tau.

“Apa hal pulak?” Farriel wat muka tak puas hati.

“Aku sokong kalo kita denda orang yang langgar peraturan, so dia tak kan ulang kesalahan tu. Tapi aku terpaksa bantah la kalo denda dikenakan dalam bentuk duit. Aku bukan gabenor Bank Negara, bro…!”

“Kalo gitu... Sape yang salah, kena minta maaf dan pihak satu lagi boleh suruh pesalah wat ape aje untuk redeem kesalahan tu. Amacam?”

“That’s it la, Izumi! Aku setuju!”

Okey… Memang la aku tak berapa suka si Farriel Izumi tu sejak zaman kami sekolah lagi. Mungkin adalah setakuk dua nak mencapai tahap benci TAPI aku memang tak tahan la nak berdepan dengan situasi ni. Macam berlakon teater ‘pantomin’ aje! Ape aku cakap, semua dia anggap macam angin lalu. Langsung tak keluarkan bunyi. Silence treatment ni boleh ‘membunuh’ tau tak. Pada aku, rasa kena ignore lagi teruk dari rasa kena buli. At least masa kena buli aku tau dia sedar kewujudan aku kat rumah ni. Ni rasa macam dah jadi Casper dalam rumah batu ni pulak!

Hish… Rindu la nak dengar suara Izumi. Suara dia marah bila aku panggil dia Izumi. Suara dia tengking aku bila kopi yang diminta sampai lambat 9 saat. Suara dia membebel. Iz, please say something… Anything… Am I too desperate just to hear his voice? Am I?

@~@~@~@~

“Ko dengan Adry macam mana? Dah ada bunga-bunga cinta belum?” Qhuz bertanya dalam senyum.

“Banyak la ko punya bunga! Aku kawin kontrak aje la dengan dia.” Mata Farriel terus di skrin komputer. Mendaftar masuk Yahoo Mesengger. Mencari nama *princess_rina*. Tak aktif. Hampa.

“Hmm… Sapa kata orang kawin kontrak tak boleh jatuh cinta? Boleh aje, bro…”

Farriel diam. Malas melayan. Inbox email dibuka. Diperhatikannya satu-persatu. Mencari email dari Marina. Dah lebih dua minggu Marina menghilangkan diri. Tak kan tak hilang lagi rajuknya?
“Cite ko dengan Adry, aku dah boleh faham. So, cite ko dengan Marina, macam mana? Dia tu ada marriage traumatic ke ape?”

Farriel bersandar. Mengeluh. Pandangan dilemparkan tanpa arah.

“Entah. Masa first time aku propose dia dua tahun dulu, dia lari. Merajuk. Katanya awal sangat. Berbulan-bulan aku pujuk dia, baru la dia nak balik pada aku. Kali kedua pun sama. Ni dah masuk kali ketiga. Aku dah boleh agak reaksi dia, dan aku tak nak amik risiko lagi. Tu yang aku ‘pinjam’ bodyguard nenda. Siap call polis bantuan lagi gara-gara nak halang dia lari ke US.”

Qhuz gelak besar.

“Ko pun satu! Yang ko suruh bodyguard, polis kejar dia sampai airport apahal? Dah lagak dia macam banduan pulak. Kalo aku pun aku takut!”

“Aku dah tak boleh fikir lagi dah. Dan aku tak nak kehilangan dia lagi, Qhuz… Tiga kali kena reject. Malu siot!”

Qhuz geleng kepala.

“Maybe ada something or someone yang halang dia dari terima lamaran ko? Cuba ko fikir…”

“Maksud ko?” Farriel pandang Qhuz dengan wajah bingung. Qhuz senyum, berjalan ke cermin kaca di belakang Farriel. Melihat deretan kenderaan di jalan yang kelihatan kecil dari tingkat 19.

“Sebelum ko fikirkan benda ni dengan lebih dalam, tanya diri ko sendiri. Betul ke ko cintakan dia? The next question you should ask yourself, betul ke dia cintakan ko?”

Qhuz angkat dua-dua kening. Menepuk bahu Farriel sebelum berlalu ke biliknya. Farriel masih termangu-mangu dengan soalan yang ditinggalkan oleh Qhuz. Malas memikirkannya, Farriel kembali memeriksa ‘inbox’nya. Lebar senyum Farriel bila terpandangkan balasan email dari Marina.

‘Plz give me time. I’ll be back soon. Miss ya! Luv ya! Hug & kisses to you dear…’

@~@~@~@~

Bear kurang lebih besar tapak tangan, aku angkat tinggi. Selevel dengan anak mata. Dari celah-celah kaki dan tangan bear kusam tu, aku intai skrin TV LCD. Hah, tu dia…! Hantu tu duduk kat bawah katil la pulak! Huhu… Si heroin ni, punya la jujur gi tinjau pulak bawah katil. Konon-konon nak cari barang dia yang jatuh. Hui! Kalo aku, jangan harap la! Tunggu pagi nanti baru aku amik… Alahai, seramnya tengok cite hantu korea ni. Menyesal pulak aku pasang vcd ni. Kalo tau, aku tengok waktu siang. Tengah khusyuk ‘mencari’ hantu, bahu aku dicuit dari belakang.

“Makkk!!!” Spontan aku menjerit. Farriel tutup telinga. Tak tahan dengan suara aku yang dah naik beberapa desibel dari kebiasaan. Tangan aku mengurut dada. Cuba menenangkan jantung yang macam nak bercerai dari badan

“Woit! Tak reti bagi salam ke ape ke? Main aci redah aje!”

Farriel angkat tangan. Tanda kalah dengan tingkahlaku yang tak seswai dengan situasi.

“Sori, aku nak minta tolong sket…” Farriel buat muka kesian.

At last, aku dengar jugak suara Farriel lepas 5 hari mogok bersuara. Lerai kerinduan pada suaranya yang garau tapi merdu tu. Hmm… Garau tapi merdu? Macam tak kena aje. Lantak la… Yang penting, Farriel dah dapat balik ‘suara’ dia yang hilang tu. Gamaknya mood dia tengah baik ler tu. Senyum memanjang aje dari balik keje tadi.

“Tolong ape?” Soalku kasar.

“Wat kan supper. Lapar la!”

“Hmm…!” Aku segera angkat punggung.

Kalo ikut hati, aku nak gak membebel. Yelah, makan tengah-tengah malam macam ni. Mana boleh. Tak baik untuk kesihatan. Hari tu bukan main lagi janji nak kurus. In exchange of my sacrifice to study back. Sekarang, hampeh… Mentang-mentang la aku dah selamat jadi mahasiswi sekarang. Dan aku tak pernah ungkit suruh dia ber’diet’. So, dia wat-wat lupa aje pulak pada janji tu. Tapi bila mengenangkan itu ayat pertamanya selepas dia memecah tembok Berlin yang bisu dari minggu lepas, aku diam tak cakap ape.

Peti sejuk aku selongkar mengeluarkan bahan-bahan. Roti burger ada. Daging burger beli tiga hari lepas pun ada. So… Kita masak burger aje la.

Farriel duduk di sofa, menunggu ‘supper’nya dihidang. Remote controller dicapai. Ape tengok cite hantu malam-malam. Pastu terkucat sampai tinggal separuh nyawa dek terkejut. Tak kena gaya boleh gol terus. Ape la punya, AD!

Isk, tak ada cite best pun. Nak tengok sport, TV sini tak ada Astro. Tak macam TV dalam bilik. Nak tak nak, terpaksa la tengok aje ape yang ada. Bungkusan jajan bersepah atas meja menyemakkan matanya. Pengotor betul la si AD ni! Bakul sampah tak sampai 10 tapak pun tak nak dijengahnya. Rela pulak dia tengok bungkusan ni bersepah macam ni.

Dikautnya kesemua bungkusan di atas meja. Lalu dimasukkan dalam bakul sampah merah. Kulit kacang tanah di atas sofa dikutipnya. Selamat masuk dalam bakul sampah. Bear putih kepam si celah sofa diambilnya. Tanpa pertimbangan rasional yang panjang, dilempar masuk dalam plastik hitam bakul sampah. Kan senang… Sejuk mata memandang.

“Burger daging special siap!”

Followers