Monday, September 29, 2008

Cinta Kau dan Aku 3

Jam tangan kukerling. Pukul 7.30 pagi. Aku mengarahkan Maya, rakan setugasku pada pagi itu untuk menutup pintu pagar sekolah. Bila aje aku nampak kelibat Amir berlari menuju ke pintu pagar bersama beberapa orang pelajar yang lain, cepat-cepat aku bantu Maya menutup pintu pagar sekolah. Padan muka!

“Anis, bagi saya masuk! Takkan lewat satu minit pun nak berkira sangat kot!” ujarnya termengah-mengah.

“Ini peraturan Encik Amir. Saya diamanahkan menutup pintu pagar ini tepat pukul 7.30 pagi. Sesiapa yang lewat akan diambil namanya dan akan dihantar kepada guru disiplin.” Terangku sinis.

“Ala...Takkan tak boleh berkompromi. Saya dah tiga kali lambat. Saya dah kena last warning pun ari tu. Boleh la bagi saya masuk. Kali ini je. Saya janji tak lewat lagi.”

“Maaf. Saya tak boleh bertolak-ansur. Ini tak adil bagi pelajar-pelajar di belakang awak tu. Lain kali tolong pakai jam supaya awak tak terlewat lagi.”

“Ceh, baru jadi penolong ketua pengawas dah berlagak. Blah la woi…Gila kuasa punya orang! Setakat penolong ketua pengawas kat sekolah kampung je dah berlagak. Belum jadi menteri ke perdana menteri ke lagi! Ni la pompuan, bila dapat pegang jawatan, mula la gila kuasa! Kecoh la awak ni Anis!” Pintu pagar ditendang beberapa kali oleh Amir.

“Apa bising-bising ni?” Kami segera mengalihkan pandangan ke arah yang sama. Alamak...

*******************************************************************************

Sebatan sebanyak lima kali dan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu. Itulah denda yang dikenakan ke atas Amir kerana datang lewat dan mengganggu tugasku sebagai pengawas. Aku plak ditugaskan untuk mengawasinya membersihkan kawasan sekolah apabila loceng tamat sesi persekolahan berbunyi. Apalah nasib aku ni...Tak fasal-fasal kena balik lambat. Ni semua sebab budak Amir Faiesal tu... Geramnya!

“Woi! Apasal awak tak menyapu?”

Aku tengok Amir relaks aje duduk bawah pokok sambil memerhatikan aku menyapu. Aiks? Aku ke dia yang kena denda ni? Aku campak sebatang penyapu di hadapannya. Nak melompat dia dek terkejut. Tau terkejut...

“Dah awak sibuk-sibuk nak menyapu. Awak je lah yang sapu...”

“Dah awak relaks aje... Saya ni nak balik cepat. Sebab tu saya tolong awak sapu. Cepat sikit siap.”

“Malaslah saya... Keje menyapu ni keje orang pompuan. Lagipun saya tengok skill menyapu awak tu tak berapa bagus lagi. Kena banyak berlatih lagi tu!”

Aku mencampakkan penyapu di hadapan Amir lagi sekali. Kali ini penyapu yang aku pegang tadi. Dia kata aku tak pandai menyapu? Kita wat baik dengan dia, dia kutuk-kutuk kita plak... Tak pandai berterima kasih langsung.

“La... Marah ke? Saya cuma nak tolong awak aje. Tolong awak praktik menyapu. Baik belajar dari sekarang. Esok-esok depan mak mertua, tak la kekok!”

Aku tarik nafas dalam-dalam. Menyabarkan hati yang sedang hangat terbakar. Senyuman tak berapa ikhlas aku berikan pada Amir.

“Tak pe la. Terima kasih aje lah atas keprihatinan awak tu. Nanti saya praktik menyapu kat rumah. Awak tak payah risau la kalo saya tak pandai menyapu sebab saya bukan nak kawin dengan awak pun!”

“Eh, soal jodoh ni bukan kita boleh tentukan, Cik Anyss Sophyllya... Manalah tau kan, kot-kot masin mulut kawan-kawan kelas kita tu...”

“Suka hatilah kalo awak tak nak menyapu. Esok saya report pada cikgu disiplin. Saya akan minta dia lanjutkan tempoh hukuman awak dan tukar pengawas yang in charge!”

Amir bingkas bangun dan mencapai penyapu. Mengaut daun-daun kering di belakang surau dan mengumpulkan di satu tempat sebelum dibakar. Ha, tau pun takut. Aku baru ugut sikit je tu... Aku pun sambung menyapu balik. Bukan apa, aku nak balik cepat. Kat mata ni dah terbayang homework yang cikgu-cikgu ‘tersayang’ bagi tadi. Makin hampir dengan tarikh peperiksaan, makin banyak pulak beban tugas yang diberikan.

Pang! Masuk ni dah lebih lima ekor nyamuk mati kat tangan aku. Sekolah aku ni ternak nyamuk ke apa? Tangan dan kaki aku dah merah di‘kenduri’kan oleh nyamuk-nyamuk kat sini. Alamak! Jatuh plak ikatan rambut yang sengaja aku ikat ala-ala ‘siput sedut’ tadi. Panas tau menyapu kol 3 petang ni! Sedang aku asyik membetul-betulkan ikatan rambut, tiba-tiba aku rasa ada benda lembik jatuh atas bahu aku. Apa plak ni? Panjang, kurus dan lembik aje badan dia... Ular ke?

“Ooo....Mama! Ular!” Jeritku. Spontan tanganku membuang ular berwarna hijau tua tu ke tanah. Kemudian aku pukul dengan batang penyapu berkali-kali. Mati lah ko... Sapa suruh jatuh atas aku! Eh, tak gerak pun...Tak berdarah pun ular ni... Rupa dia pun lain macam aje...

“Kah...Kah...Kah... Lawak la awak ni Anis! Hehehe... Ular plastik dengan ular biasa pun awak tak dapat bezakan. Kah...Kah...Kah...” Berdekah-dekah si Amir ni ketawa menggelakkan aku. Sampai terduduk-duduk. Hampeh betullah!

“Awak ni tak ada keje ke? Asyik nak mengusik saya! Memang saya tak dapat bezakan antara ular plastik dengan ular betul sebab saya tak pernah jumpa ular seumur hidup saya! Puas hati awak?”

Bengang betul aku dengan budak mangkuk tingkat ni! Ingat dah insaf dah... Rupanya tak sampai seru lagi. Ceh! Batang penyapu aku capai kembali. Sambung menyapu balik. Sengaja aku seret batang penyapu besi ni kuat-kuat. Tanda protes. Jangan dia ingat aku ni senang dibuli. Hah...Apa plak ni? Aku nampak macam ada ‘makhluk’ aje lagi kat celah-celah daun kering ni. Hai, tadi ular, ni katak plak ke? Banyaknya ‘binatang peliharaan’ dia ni! Sekali jalan terkena, dua kali jalan aku dah tau la taktik ko... Katak tu segera aku amik.

“Wei, taktik kedua ko tak menjadi lah. Simpan je la katak mainan ko ni!”

Amir berhenti menyapu. Memandang aku dengan muka pelik. Eleh...Buat-buat pelik la plak. Pandai betul dia berlakon. Boleh menang anugerah.

“Katak? Mana ada...”

Aku terasa benda yang aku pegang ni bergerak. Bila aku tengok betul-betul, tengok matanya, tengok mulutnya, tengok badannya, barulah aku perasan yang aku pegang tu katak ORIGINAL...

“Mama....!!!!”

Aku menjerit sekuat hati. Yakss...! Katak yang lembik dan sejuk tu aku campak sejauh mungkin. Lontaran aku ditambah dengan lompatan katak tu terhasillah satu lompatan yang tinggi dan jauh. Hehe... Melompat lebih tinggi. Ala... Macam lagu Sheila On 7 tu. Betul, jauh giler perginya katak tu... Amir ketawa berdekah-dekah lagi... Dia ingat aku ni badut ke? Apa aku wat semua dia gelak. Sikit-sikit tak pe, ni sampai merah-merah muka dia.

“Amir, Azira kem salam kat awak!”

Tawa Amir terhenti. Dan pandangan kami bertaut tanpa ada rasa benci atau marah buat pertama kalinya.

*******************************************************************************

Sejak hari itu, aku mula menjalinkan persahabatan yang ‘aman’ dengan Amir. Bukan ape, letih lah bergaduh. Lagipun aku dah tak ada ‘modal’ dah nak kenakan dia. Dia pun sama. Bila kami dah berbaik, makin mudahlah keje aku sebagai ‘posmen tak bergaji’ bagi Azira. Naik berbuih gak la mulut aku menyampaikan salam si Azira tu. Amir cuma tersenyum je bila aku sampaikan salam Azira. Reaksi positif tu...

Barulah aku tau yang Amir ni anak cikgu BI. Patutlah pandai BI. Dia tak minat bab-bab mengira ni. Leceh katanya. Maka, aku lah jadi cikgu Math dia sebab kebetulan aku cekap sikit mengira. Sebagai balasannya, Amir tolong ajar subjek BI pada aku. Memandangkan peperiksaan makin hampir maka aku, Humaira’, Azira, Shafiq dan Amir bersetuju mengadakan study group setiap hari Jumaat selepas sekolah dan pada hujung minggu. Azira yang dulu tak berapa minat belajar, makin kuat belajar. Maklumlah, nak cari peluang berbual-bual dan menghabiskan masa dengan Amir. Ala...Taktik Azira aku tau dah...

“Wargh!!! Letihnya aku!”

Shafiq mengeliat ke kiri dan kanan. Keletuk! Humaira’ meraba-raba belakang kepalanya.

“Woi, Gorilla! Kena kepala aku la! Sakit tau... Yang ko mengeliat tak tengok kiri kanan ni apahal?”

“Mana aku perasan ada kepala ko kat situ?”

“Banyak la ko tak perasan! Mata ada empat pun tak nampak lagi ke? Kepala aku ni bayar zakat tau tiap-tiap tahun...”

“Ala... Cik Humaira’, intan payung... Sori lah.... Ala, busyuk masam...”

Pipi tembam Humaira’ dicubit-cubit dek Shafiq. Bukk! Hah, amik ko Gorilla. Tumbukan sulung Humaira’ untuk petang tu. Berkerut muka Shafiq menahan sakit. Mesti sakit giler kena tumbukan padu si Humaira’. Humaira’ tu pernah belajar silat dari atuk dia. Kami yang menyaksikan drama pendek senyum je meleret. Dah faham sangat. Walaupun kadang-kadang merimaskan tapi itulah yang menceriakan suasana study group kami.

“Anis sayang! Mari amik makanan ini!” Mama yang menjenguk dari pintu dapur ku pandang dengan senyuman. Tau-tau je mama yang kami ni memang dah kebuluran. Dah hampir dua jam wat latihan dan berdiskusi.

“Anis sayang... Anis, anak mama... Anis intan payung... Tak kuasa aku!” Ejek Shafiq. Aku mencemik. Ala, jeles la tu...Tau la dia tak dapat nak manja-mana dengan mak dia. Maklumlah anak sulung. Adik-adik plak berderet kat bawah dia. Pastu dok tergedik-gedik nak bermanja dengan mama orang. Haram tau...!

“Ye mama! Anis sayang datang ni!”

Sengaja aku jawab macam tu. Biar berbulu telinga Shafiq mendengarnya. Azira dan Humaira’ ku gamit sekali untuk membantuku membawa minuman petang ke halaman luar. Cekodok pisang dan cekodok labu. Hmmm....Bestnya! Tambah plak dengan air Milo buatan mama. Satu dalam seribu tau rasanya. Favourite aku tu... Oleh kerana kawan-kawan aku yang lain tak minum Milo so aku suruh mama wat Nescafe je untuk diorang. Aku tersenyum bila Shafiq dan Amir dah siap-siap kemaskan meja tempat kami belajar tadi. Ha...Macam ni lah...Tak payah disuruh dah wat...Kami yang perempuan-perempuan Melayu terakhir ni pun hidangkan lah minuman petang.

“Air apa Anis?” Soal Amir bila aku menuang air Nescafe ke dalam cawannya.

“Nescafe... Budak-budak ni memang suka minum Nescafe mama. Awak minum tak?”

Amir mengangguk tapi macam mahu tak mahu je. Pastu aku lihat muka dia macam berkerut-kerut. Macam risau sesuatu aje. Yang lain dah mula makan. Shafiq dan Humaira’ berlumba-lumba makan. Nak lumba sapa makan paling banyak dan laju kot. Macam Azira macam biasa control ayu.

“Napa tak makan Amir? Ni air awak.”

Azira menghulurkan secawan air pada Amir. Cekodok ‘khas’ untuk Amir pun dia dah siap-siap ‘save’kan dalam satu piring kecil. Takut tak merasa plak nanti. Maklumlah, si Shafiq dan Humaira’ tengah wat pertandingan makan cekodok. Amir menyambutnya dengan senyuman. Tak tido malam la Azira nampaknya...

“Sebenarnya saya tak boleh minum Nescafe...” kata Amir lambat-lambat.

“Oooo…Napa tak cakap awal-awal. It’s okey. Saya suruh mama buat air lain untuk awak!”

Aku segera berlari masuk ke dalam rumah. Aku menjerit memanggil mama. Tapi mama tak kelihatan di mana-mana. Mana plak pergi mama ni? Tadi ada aje dia kat dapur ni. Kat ruang tamu pun tak ada. Air apa aku nak wat untuk Amir ni ek? Wat air pun aku tak berapa reti. Setakat air suam tu tau la...Hehe...

“Anis!”

“Oo...Mak ko!”

Terkejut beruk aku. Entah bila si Amir ni mengekor aku masuk dalam dapur ni.

“Napa awak ikut masuk? Saya baru nak buatkan air untuk awak...”

“Awak tau ke wat keje dapur ni?”

“Uii...Saya pompuan. Mestilah pandai... Awak nak air ape? Air Milo bleh?”

“Boleh... Apa-apa aje kecuali Nescafe dan kopi.”

Takkan nak mengaku kelemahan diri kot. Malulah aku diketawakan dek si Amir ni nanti. Kalo Shafiq tau, lagilah teruk aku kena ejek. Tak boleh salahkan aku gak. Tiap-tiap kali aku nak tolong mama, mesti dia suruh aku ke depan. Berkecah dapur katanya kalo aku wat keje dapur. Aku terus capai tin Milo dan cawan. Wat air Milo je la. Senang. Berapa sudu nak letak ni ek? Satu, dua, tiga. Okey. Air panas penuh aku letak dalam mug. Pastu kacau.

“Nah! Dah siap air awak.”

Berkerut muka Amir. Kerut sikit-sikit tak pe gak. Ni berkerut banyak. Nampak la tiga garisan kat dahi dia. Pastu dia tersengih-sengih. Apasal plak ni?

“Saya dah agak dah. Anak orang kaya dan manja macam awak ni mesti tak penah wat keje dapur, kan? Tak apalah. Biar lah saya wat sendiri...”

Alamak kantoi... Malunya aku! Tuhan aje yang tahu. Lepas bertanya kedudukan benda-benda kat dapur, lincah aje tangan Amir wat air. Kejap je dah siap. Ni mesti dah biasa wat keje kat dapur ni. Amir tersenyum ke arahku sambil menunjukkan mug air Milo yang dibancuhnya. Aku tersengih-sengih macam kerang busyuk je... Nak tutup perasaan malu. Tue la, Anis... Lain kali jangan menipu. Dosa tau!

“Korang wat pe ni?” Tiba-tiba terpacul Azira di muka pintu dapur. Mukanya masam bila nampak kami tersenyum-senyum tanpa sebab yang munasabah di matanya.

“Anis tolong buatkan air Milo untuk saya. Dah siap dah pun. Jom kita sambung minum petang!”

Azira membontoti Amir menuju ke halaman rumah, namun sempat dia jeling ke arahku. Aiks...Dengan aku pun nak jeles juga ke? Aku kan match-maker korang...

0 comments:

Followers