Saturday, May 30, 2009

ad+iz Part 5


Kawasan rumah setinggan di tepi lombong tu sudah sunyi. Mungkin ramai yang sudah keluar untuk bekerja. Bunyi jeritan dan tempikan kuat dari dalam rumah membuatkan aku mempercepatkan langkah. Kemudian kedengaran pula bunyi kaca pecah. Tiba di muka pintu, aku bertembung dengan empat orang lelaki bertubuh sasa. Aku mula cuak. Sapa pulak ni? Masing-masing tersenyum sinis sebelum berlalu pergi. Aku menerpa masuk. Perabot rumah berselerakan. Emak dan Zalika terduduk di sudut rumah. Ada kesan darah mengalir di bibir emak.

“Apa dah jadi, mak? Zalika?”

Wajah Makcik Midah yang kupanggil emak dan Zalika pucat. Ada bekas air mata di pipi. Tanganku segera ditepis tatkala aku cuba membantu mereka. Zalika bingkas bangun. Berhadapan denganku.

“Ah Long tu datang nak kutip hutang! Akak ke mana minggu lepas? Bukan ke sepatutnya akak hantar duit pada kami? Kalo akak hantar duit, tak ada la kami kebulur kat rumah ni! Tak ada la ‘penyangak’ tu datang sampai ke rumah nak kutip hutang!” Jawab Zalika kasar. Sudah hilang traumanya digertak ‘Ah Long’ tadi.

“Akak tak ada duit minggu lepas… Gaji tak masuk lagi…”

Mata emak mencerlang mendengar kata-kataku. Dia bangun dan mencekak leherku dan ditolaknya ke dinding rumah. Berpinar sedikit pandanganku.

“Ko dengan ayah tiri ko tu sama aje tak gunanya! Dia berhutang sana-sini pastu hilang entah ke mana. Ko pulak tak sudah-sudah menyusahkan aku, dari kecik sampai besar! Semuanya bawak sial kat aku!” Jerkahnya.

“Agaknya akak lagi suka tengok kita kena pukul, kena sembelih dengan Ah Long tu, mak. Yelah tak payah nak tanggung makan pakai kita lagi. betul, kan?” Tuduh Zalika. Seperti sengaja mengapi-apikan kemarahan emak.

“Wat pe ko balik lagi ke rumah ni? Pergi la berambus! Mentang-mentang la aku ni mak tiri ko, ko layan aku macam sampah aje. Sedar la sikit, sapa yang bela ko lepas mak ko mati dulu? Sapa yang selamatkan ko bila ayah tiri ko tu nak rogol ko? Sapa? Aku! Bila dah besar, ko lupa semua jasa-jasa aku. Dasar anak tak mengenang budi!” Tengking Makcik Midah, emak tiriku.

Air mataku mula bertali arus. Aku anak yang menyusahkan. Betul ke? Seingat aku, selepas ibu meninggal, aku sendiri yang menguruskan kehidupanku. Aku bekerja untuk menyara makan pakaiku. Hatta yuran persekolahan pun aku bayar dengan hasil titik peluhku. Emak dan Pakcik Bakar, iaitu ayah tiriku tak pernah kisah denganku. Apa yang mereka tau, berseronok dan memanjakan anak-anak mereka dengan duit dan barangan mewah. Apa sahaja permintaan Zalika, Bakhtiar dan Azmi pasti akan ditunaikan. Sebaliknya pula jika aku yang meminta. Naik la sepak terajang ke badan. Ayah berhutang dengan Ah Long pun gara-gara sikap emak yang suka bermewah-mewahan dan sikap ayah yang suka berjudi. Dan sekarang, aku yang perlu membayar balik setiap sen yang dipinjam oleh ayah. Masih salah aku jugak ke?

“Saya datang nak bagi duit ni. Mak gunalah untuk bayar Ah Long tu…” Kataku lemah. Kesemua wang simpanan aku hulurkan padanya. Duit hasil upah menjadi ‘kekasih’ Farriel malam tadi dan duit gaji bekerja di butik. Sampul berisi duit pantas ‘dirampas’ dariku. Zalika mula mengendeng pada maknya. Mengintai isi sampul surat.

“Ingat, Adry! Ko mesti cari baki lagi RM 30 ribu dalam masa terdekat ni! Kalo tak, aku tak halalkan setiap sen yang aku belanjakan untuk ko. Barang-barang ibu ko, aku akan bakar.Faham?”

@~@~@~@~

“Ha? Kawin paksa? Malam tadi?” Tawa Qhuzhairi @ Qhuz pecah. Fitri yang mendengar, tumpang sekaki gelak.

“Aku serius ni. Jangan la gelak! Tak sensitif betul dengan masalah member!” Rungut Farriel.

“Kira bagus la tu! Nenek ko bagi ko kawin free aje dengan Marina tu. Ko kan memang dah kemaruk sangat nak kawin dengan minah ‘celup’ tu!” Ujar Fitri dalam tawa. Farriel menghirup kopi di meja. Mukanya masam. Mujur Starbucks tidak ramai pengunjung ketika itu. Kalo tak, tentu ramai tertoleh-toleh ke arah mereka yang agak ‘lepas’ laku.

“Masalahnya, aku bukan kawin dengan Marina…” Farriel menyambung kata.

“Abis, dengan sapa?” Soal Qhuz dan Fitri hampir serentak.

“Dengan AD…” Suara Farriel mengendur.

“Pompuan mana pulak tu?” Soal Fitri. Qhuz kerut dahi. Serasanya dia pernah mendengar nama tersebut.

“AD? AD budak ala-ala tomboy tu ke? Yang sama sekolah dengan kita dulu?” Teka Qhuz.

Farriel mengangguk lemah. Qhuz sambung gelak. Kali ni lebih kuat dari sebelumnya. Mujur Qhuz satu sekolah, malah satu geng dengannya dulu. Tak la jenuh dia menerangkan sapa AD tu lagi. Fitri tercengang-cengang. Masih tak faham napa Qhuz tergelak tak ingat dunia.

“Woi, apa ni? Korang-korang aje faham. Aku tak faham satu apa pun!” Fitri tak puas hati.

Qhuz mematikan gelaknya.

“Kalo ko nak tau, Fit… AD tu satu sekolah dengan kitorang dulu. Minah tu pelik sket! Kasar, garang, tapi tak pernah kenal erti putus asa. Yang peliknya, dia langsung tak ada kelayakan masuk sekolah kitorang. Tak tau macam mana dia lepas ujian kelayakan. Aku agak dia ada ‘kabel’ besar kat sekolah tu!” Terang Qhuz.

Fitri mengangguk tanda faham. Seketika kemudian, dahinya kembali berkerut.

“So, apa masalanya kalo dia kawin dengan si Aril ni?”

Qhuz ketawa sebelum menjawab…

“Masalahnya, si Aril dengan si AD memang tak boleh jumpa. Macam minyak dengan api. Panas aje sentiasa. Tak pun macam anjing dengan kucing!”

Fitri join Qhuz gelak. Farriel merengus kasar. Hantu punya kawan! Bukan nak tolong selesaikan masalah. Lagi serabutkan kepala aku ada la…

“So, Ril… Macam mana pulak AD boleh muncul dalam majlis tu?” Soal Fitri.

“AD datang hantar baju yang Marina tempah. Si Che Nan tu pulak, punya la ‘bijak’. Dia ingatkan itulah awek aku. Aku memang tengah bengang giler dengan si Marina tu! Aku upah la AD jadi ‘awek satu malam’ aku. Tak sangka pulak lain jadinya. Kawin kontrak la jawabnya…” Terang Farriel.

“Kesian budak tu…Tak fasal-fasal budak tu kena kawin dengan ko…”

“Aku, ko tak kesian? Tak fasal-fasal jadi laki orang!”

“Watpe nak kesian kat ko! Ko laki. Boleh kawin empat. Kalo cerai pun, saham ko tetap tinggi. Dia tu pompuan…” Tukas Fitri.

AD tu pompuan ke? Napa aku tak pernah address dia sebagai pompuan sejak zaman sekolah dulu sampai sekarang? Farriel pegang kepala. Berat, berat…

“So, mana isteri ko sekarang? Tak kan ko kurung dia kat umah kot? Bila ko nak bawak dia jumpa aku? Teringin gak nak tengok junior aku tu!” Soal Qhuz penuh minat.

“Entah! Pagi-pagi lagi dah lesap.”

“Aik! Tak sampai 24 jam kawin dah lesap? Dahsyat, dahsyat!” Perli Fitri.

“Amanah tu, Ril… Dia bawah tanggungjawab ko. Tak kira la korang kawin paksa atau rela. Cari la dia… Dia isteri ko!”

“Masalahnya, aku sendiri tak tau nak cari dia kat mana. Nombor telefondia tak bagi. Alamat lagi la…!”

“Aik! Waktu sign kontrak tak catat ke butir-butir diri semua? Aril, Aril… Tak tau la macam mana ko nak handle business nenda ko esok lusa…”

“Apa punya suami la ni… Fail!”

@~@~@~@~

“Hai Adry … Lambat datang hari ni. Dah nak petang baru tiba…” Tegur Kak Timah sebaik sahaja muka aku tersembul di hadapannya. Mujur butik kosong tanpa pelanggan. Dan mujur juga big boss tak ada. Kalo tak, free aje kena potong gaji.

“Eh, apasal ko pakai baju ni? Macam nak pergi bersenam aje? Dah tu, muka pucat aje? Ada problem ke? Tak nak kongsi dengan akak?”

Huhuhuhu…! Kalo la boleh kongsi. Aku kena kawin paksa semalam, kak! Hari ni pulak aku dapat tau yang kerjaya Farriel hampir dimusnahkan disebabkan ‘kekurangan’ aku. Dan aku tak pernah dihargai oleh satu-satunya keluarga yang aku ada… Kepala ni pulak sakit semacam aje.

“Taka de ape-ape la, kak! Small matter aje…” Jawabku perlahan.

“Adry! Rindu sangat dengan ko!” Jeritan Chot menghambat gegendang telinga.

Chot berlari mendapatkan aku. Dipeluknya aku erat. Eh, Chot ke ni? Bila pulak minah ni balik dari honeymoon ni? Apasal kaler muka dah bertukar ni?

“Ler… Tak kan ko dah tak kenal aku? Aku tau la aku dah hitam sket. Tapi kan ‘hitam itu menawan’! Ke ko marah aku sebab aku honeymoon lama sangat? Sorry la… Sebagai ‘upah’ ko tolong wat keje-keje aku, aku belikan hadiah special untuk ko!”

Sebungkus hadiah dihulurkan padaku. Masa tu la Chot terperasan ‘sesuatu’ yang bersinar di jari manisku. Cincin emas putih bertatah sebutir berlian. Pantas dicapainya tanganku.

“Cantiknya cincin! Cincin emas putih, kan? Yang kat tengah ni, bukan diamond ke? Sapa bagi? Cantik macam cincin tunang aje. Ko dah tunang, ek? Ke ko dah kawin?” Soalnya bertalu-talu. Kak Timah pantas menyerbuku. Begitu juga Imah, Nini dan Sabariah. Bergilir-gilir diorang menelek cincin kahwinku. Mulut masing-masing heboh dengan pelbagai soalan. Naik sesak nafasku. Tiba-tiba suara mereka jadi bergema-gema dan semakin jauh dari pendengaranku. Pandanganku pulak berubah jadi macam filem P. Ramlee; cuma dua kaler aje yang ada, hitam dan putih.

Dan aku tak ingat apa-apa lagi selepas itu. Gelap.

@~@~@~@~

“Kamu sendiri tak tau mana Rianna pergi? Kan ke kamu ni suami dia?” Nenda bangun dari sofa. Mundar-mandir di ruang tamu bersama tongkatnya. Farriel tak senang duduk. Dah rasa macam duduk atas bara api aje.

“Dia kata nak pergi balik rumah sewa. Nak amik kain baju. Tapi tak tau pulak lewat sampai macam ni. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kot!” Farriel mereka cerita. AD, mana la ko pergi? Menyusahkan aku nak menjawab soalan nenda aje.

“Tak kan keluar dengan kawan sampai lewat petang macam ni. Dah la dia tak bagitau kamu dulu. Cuba kamu telefon la dia. Kamu ada nombor telefon dia, kan?” Saran Tengku Khalidah.

Farriel garu kepala sambil memandang mamanya. Mama, masalahnya Aril tak ada nombor telefon si AD tu? Entah ada handphone entah kan tidak dia tu. Seingat aku, tak ada pulak dia tayang handphone kat aku semalam. Entah-entah, AD dah cabut lari dengan duit RM 10 ribu aku tu tak?

“Iye tak iye jugak! Cuba kamu telefon handphone Rianna… Mana la tau dia kot-kot dia ada masalah kat rumah sewa dia tu… Telefon, telefon…” Arah nenda.

“Aaaa….” Balik nanti, siap ko AD!

“Aaa… Actually si Adry tu lupa nak bawak handphone pagi tadi. Handphone dia ada kat dalam bilik, atas meja solek. Tu pun bateri dah low!”

Nenda geleng kepala. Kesal dengan sikap cucunya yang sambil lewa. Dalam pada itu, dia bimbang dengan keselamatan Adrianna, gadis yang berjaya meraih perhatian dan kasih sayangnya dalam masa satu malam. Puas dia bertanya pada pembantu-pembantu rumah. Kot-kot ada Adrianna meninggalkan pesanan sebelum keluar. Namun hampa. Tengku Khalidah pulak silang tangan di sofa. Bersikap tunggu dan lihat.

“Nenda dengan mama jangan la risau. Pandai la si Adry tu balik ke sini nanti. Dia dah besar. Dah boleh jadi mak orang pun.”

Nenda dan mama diam membisu.

“Bila Pak Long dan Mak Long balik JB, ma?” Soal Farriel memecah kesunyian.

“Tengah hari tadi.”

“Ihsan balik sekali?” Soalnya lagi. Sepupunya itu memang dah lama ‘dingin’ dengannya. Kalo bercakap pun sekadar perlu aje. Dia tak ada menyimpan dendam pada Ihsan. Kalo ada bergaduh pun, masa kecik-kecik dulu. Budak-budak, adapt la bergaduh dan berbaik semula tu. Tapi dia memang tak menyimpan dendam langsung pada Ihsan walaupun Ihsan saingan terdekatnya untuk merebut jawatan CEO.

“Fasal Ihsan tu, mama tak pasti. Lepas sarapan tadi, dia terus hilang entah ke mana. Budak tu mana penah lekat di rumah!”

Suasana sepi kembali. Farriel kerling jam di tangan. Pukul 6.56 petang. Mana pulak la minah ni pergi? Mintak-mintak la dia tak cabut lari. Apa aku nak jawab kat famili aku kalo AD hilang ghaib terus? Walhal baru sehari usia perkahwinan aku…

“Ish…! Nenda tak boleh tunggu lagi dah. Nenda nak report polis. Biar polis aje cari si Rianna tu!”

“Eh, jangan la, ma… Kejap lagi balik la dia tu!” Bantah Tengku Khalidah.

“Entah, nenda ni… Tak sampai 48 jam pun lagi dia hilang. Entah-entah dia tengah seronok dengan kawan-kawan dia. Kita aje risau tak tentu arah kat sini!” Tambah Farriel.

“Dunia sekarang ni dah tak selamat lagi. Hari-hari ada kes bunuh, kes ragut la, rogol la… Nenda takut sesuatu jadi pada Rianna. Kita mana tau!”

Dan ketika itu la…

“Assalamualaikum…”

Ihsan pulang menyelesaikan persoalan ‘di mana Adrianna’ yang ada dalam kepala kami. Namun kepulangan Ihsan dan Adrianna itu juga menimbulkan persoalan baru di fikiran kami. Macam mana Adrianna boleh bersama-sama Ihsan? The main thing is, kenapa Adrianna berada dalam pelukan Ihsan?

Farriel tercengang melihat Ihsan yang kemas mencempung tubuh Adrianna.

10 comments:

Nurul 'Atiya said...

best!
smbung cpat ye..

azzakiah said...

ala... tgh best2 ni..
ish...
cepat2 sambung taw..
x sabar sangat nak tunggu nih.. :D

Anonymous said...

baru ari ni berkesempatan nak baca...
sambung la cepat ek...

~lizarazu~

misz nana said...

Ngeee~
Ni apa kes main peluk plus cempung mencempung lak ni?
Huhuhu~

Anonymous said...

writer...cpt ah smbg.......

mimihamid said...

huih..besh2...
arap ihsan 2 xjd jht key??
ihsan tu mcm sweet jep..
heh..heh..heh..
keep it up..
best cter ni..
hope smbg cpt2

Hamba Allah said...

eh,cpt smbg.
wa.suspennyer
tasababa.

nbm5471 said...

cpt la sambung tak sabau nye...hek hek.... nape ramai adik2 kt sini?
eury musyuk... ngeh3x

in_wired88 said...

skandal tercipta..kwang2

Anonymous said...

sye dah bace novel nie...
best sesangat!!!! tahniah!!

Followers