Wednesday, July 1, 2009

ad+iz Part 13


Hana balik ke rumah mama dan papanya selepas seminggu di rumah kami. Tu pun lepas aku dan Farriel ‘clorox’ kepala dia. Hehe… Tak la, pujuk aje! Papa Farriel akhirnya setuju Hana amik course berkaitan dengan fashion and make-up. Tapi, Hana kena juga amik wat course architecture. Aku tak tau la apa akan jadi dengan rekaan bangunan yang bakal dihasilkannya kelak. Mungkin lebih colourful dan artistic?

Tengku Ihsan Nur Qayyum a.k.a Mr. Charity yang memang banyak wat keje amal (yang peliknya pada aku aje!) dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Izumi Corporation. Aku tak pasti apa jawatan yang diberikan padanya. Tapi yang pastinya bukan jadi kuli la. Dan satu lagi yang pasti, dia akan selalu datang ‘melawat’ aku di kampus bila ada kelapangan. Dibuatnya kampus aku tu macam toilet. Hari-hari mesti nak kena ‘lawat’, walaupun sekali.

Aku dah pun dapat cope life sebagai student uni dah terkejar sana-sini dengan kuliah, tutorial, test, assignment. Dengan result semester 1 yang cukup-cukup makan, dapat juga aku meneruskan pengajian. Sekarang dah masuk second semester pun.

Aku dan Tengku Farriel Izumi… Hmmm… Sedar tak sedar, dah enam bulan usia perkahwinan aku dan Farriel. Masih macam dulu tapi much more better than zaman sekolah dan masa mula-mula kawin dulu la. Semenjak dua menjak ni, hubungan kami dah bertambah baik. Walaupun tak boleh dikatakan berfungsi 100 peratus sebagai suami isteri dari segi peranannya, at least kami dah jadi kawan baik. Even dah boleh duduk rapat dan ketawa sama-sama. Sebenarnya, Farriel tu tak la teruk sangat macam yang aku sangkakan selama ni. Yang aku paling tak sangka tu, dia sanggup ajar aku memandu setiap hujung minggu. Berkat tunjuk ajar Farriel, sekarang aku dah dapat pun lesen. Caya la, Iz… Ni yang wat bertambah sayang ni! Tapi lesen aku masih ‘digantung’ oleh Farriel sebab dia takut aku jahanamkan Honda City dia yang dah cantik di’make-up’ tu. Lagipun aku tak berapa hafal jalan lagi. Kalo setakat area rumah okey la.

“Kuliah start kol berapa?” Soal Farriel dari tempat pemandu. Honda City biru metalik meluncur laju di atas jalan.

Aku kerling Farriel yang lengkap berkemeja biru air, neck tie biru tua dan berkot. Aku geleng kepala. Farriel ni kalo tak 80 kmj ke atas, memang tak sah. Mesti banyak saman speed trap dia ni!

“Ko tak payah la bawa laju-laju. Kuliah aku kol 9 la…” Tubuhku terhenyak sedikit ke kanan bila Farriel memotong sebuah treler. Sekarang aku pergi kuliah dah tak naik teksi lagi dah. Semua ni gara-gara aku nyaris nak kena rompak dan cabul dek pemandu teksi dua minggu lepas. Nasib baik aku pernah belajar Taewando. Aku praktikkan sket kat orang tua gayut tu. Insya-Allah la, lepas ni pakcik tu akan mandul sampai bila-bila.

“Abis, aku tak payah masuk pejabat?” Selar Farriel. Aku tersengih. Lupa pulak!

Mula-mula naik kereta yang Farriel bawa memang menakutkan. Tangan aku asyik duduk kat pintu aje. Senang, kalo emergency aku terus terjun keluar aje. Kaki pulak asyik wat gaya nak tekan brek. Apa taknya, peraturan had laju tu dia wat tak pandang aje. Membrek ikut suka. Nak membelok, nak tukar lane kiri kanan pun ikut teragak hati aje. Signal kat kereta dia wat jadi perhiasan aje. Mesti lampu signal dia lambat terbakar kan…

Dari tadi aku menelengkan kepala ke kiri; melihat bangunan-bangunan di pinggir jalan, pokok-pokok atau apa sahaja yang berada di bahu jalan. Aku mula bosan. Tiap-tiap hari dihidangkan dengan benda yang sama. Naik hafal apa yang akan ku temui. Dan pagi tu, aku wat sesuatu yang tak pernah aku wat sepanjang 6 bulan berkahwin dengan Farriel Izumi; menatapnya wajahnya dalam keadaan dia sedar. Rambutnya yang lurus, matanya yang agak sepet, hidung yang mancung, bibirnya yang nipis, kulitnya yang sawo matang…

“Hensem sangat ke aku ni sampai menganga mulut ko tu?” Soal Farriel sinis.

Kantoi! Ish! Macam mana dia tau aku pandang dia? Padahal dari tadi dia pandang ke depan aje. Ada psikik ke ape? Aku wat muka cemberot. Ape nak cover ni?

“Nampak ke?” Soalku.

“Nampak ape?” Soal Farriel kembali.

“Yela, ko kan rabun. Dah tu bawa kereta tak pakai spek. So, aku tanya. Nampak ke?”

“Nampak aje… Bukan kena tengok specimen atau amoeba…”

Eleh… Ni mesti kes tak nak pakai spek sebab takut hilang aura ke'hensem'an ni!

“Tak takut accident?”

“Oi… Mulut tu jangan la celupar sangat!”

Ops…! Aku tutup mulut dengan tapak tangan. Menyesal dengan kata-kataku tadi. Kereta diberhentikan.

“Okey, dah sampai!” Farriel senyum ke arahku. So sweet!

“Thanks!” Pintu kereta ku buka dan ku tutup semula.

“No sweat! Nanti petang aku jemput ko dalam kol 5.30 petang, okey? Ke lambat sangat?”

“Tak pe. Aku pun ada discussion lepas kelas. So, jumpa petang nanti!”

“Okey!”

Farriel angkat tangan sebelum berlalu pergi. Aku angkat tangan. Melambai ke arahnya. Entah dia perasan entahkan tida. Bawa kereta macam bawa kereta F1. Confuse aku…

@~@~@~@~

Porch rumah kosong. Kereta Farriel tiada di situ.

‘Ke mana dia ni? Tadi beria-ria sangat nak jemput.’

Dalam pada membebel dalam hati, pintu rumah kubuka jua dengan kunci pendua. Masuk aje rumah, aku terus hempas beg dan buku yang hampir ‘melumpuhkan’ lengan ke atas meja, sebelum menghenyak punggung di sofa. Selendang yang melingkari kepala dan leher turut ku buka. Panas! Mataku jatuh pada handphone yang elok terletak di atas meja. Handphone Farriel. Patut la tak berjawab. Rupanya dia tertinggal handphone kat rumah.

Aku jenguk skrin handphone. 89 missed calls. Mak aih…! Rasanya tak la sebanyak tu aku missed call tadi. Dan seperti mengerti ada orang untuk meyambut panggilan, handphone Farriel berbunyi sekali lagi. Nombor public phone. Dalam berkira-kira dan meneka-neka dari mana datang panggilan tersebut, panggilan tersebut berubah status menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, telefon rumah pula berdering minta diangkat.

“My God, Aril! Where have you been? I’ve been looking for you for the whole evening…!” Lantang kedengaran suara pompuan di hujung talian.

“Hello… Assalamualaikum…” Sapaku teragak-agak. Sapa agaknya?

“Hel… Hello… Sapa ni? Orang gaji Farriel ke?”

Ceh! Orang gaji? Amboi, sesedap rasa melabel status orang…

“Aaa…”

“Okey, who-ever you are… Please tell your boss, I mean Farriel, to pick me up at the airport right now. I dah berjanggut tunggu dia kat sini.”

“Yang minta dijemput ni sapa namanya?” Terus aku berlakon jadi bibik Indon kejap.

“Marina Irriani binti Joseph Abdullah.”

Hampir terlepas gagang dari tangan. Panggilan diputuskan. Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Nama ini tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidupku. Kerana nama ini turning point penting dalam hidupku. Nama yang menyatukan aku dengan Farriel. Dan nama ini juga akan memisahkan aku dengan Farriel.

@~@~@~@~

Farriel tercangak-cangak di balai ketibaan. Lehernya dipanjangkan. Mencari wajah orang yang dirinduinya. Sungguh, dia terkejut membaca email yang dihantar oleh Marina tengah hari tadi. Kebetulan, dia terlupa pula membawa handphone. Tak tentu arah dia menyudahkan kerja-kerjanya sebelum bergegas ke KLIA. Marina… Dan ketika itu la dia terlihat susuk tubuh gadis yang dicintainya itu di salah satu bangku di situ.

“Marina!” Jeritnya girang. Wajah Marina yang tadinya dilanda kebosanan, berubah menjadi riang sebaik sahaja terpandang akan Farriel. Luruh kemarahan Marina akibat kelewatan Farriel. Yang ada cuma rasa takjub melihat Farriel. Berkerut wajahnya melihat perubahan Farriel sebelum berjalan menghampirinya.

“Oh my God! Farriel… You look sooo… different! Bertambah handsome and macho!”

Mereka berdakapan.

“I miss you so much!” Luah Marina.

“Not as much as I do…!” Farriel pula meluah rasa. Pelukan dileraikan.

“So, you come back for good?” Soal Farriel. Mengharap akan jawapan positif dari Marina.

“Yes! And I am ready to be Tengku-Farriel-Izumi-future-wife!”

Farriel tersenyum senang mendengar pengakuan Marina. Beg bagasi Marina ditariknya.

“Come! I’ll send you home…”

“Home sweet home…”

Lengan Farriel dipaut mesra oleh Marina. Mereka berjalan beriringan ke tempat parkir.

@~@~@~@~

Bahu terasa digoyang. Semakin lama semakin kuat.

“AD… Bangun!” Suara Farriel sayup-sayup di cuping telingaku.

Mataku gosok beberapa kali sebelum kubuka. Anak mata segera kukecilkan bila cahaya terang lampu menerjah masuk. Bila anak mata sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan cahaya, barulah jelas susuk tubuh Farriel yang melutut di hadapanku. Aku bingkas bangun. Duduk berteleku sebentar. Kebingungan. Wajah keletihan Farriel ku pandang.

“Iz… Dah kol berapa ni?” Soalku separuh sedar, sebelum menguap besar.

“Kol 2 pagi. Pergi la masuk bilik. Tido!” Arahnya. Jawapan Farriel tidak mendapat reaksi dari tubuhku. Aku masih termangu-mangu di sofa. Dan menguap lagi sambil cuba menyusun rentetan peristiwa sehingga mendorong aku tido di sofa. Handphone Farriel… Marina Irriani…

“Tadi handphone ko tinggal.” Handphone yang tadinya elok terletak di meja, aku suakan padanya. Farriel kelihatan teragak-agak sebelum menyambutnya.

“Sori tak dapat jemput ko kat kampus tadi!”

Jadi, dia ingat? Ingatkan aku dah dilupakan terus. Entah mengapa ucapan maafnya kedengaran dingin di telingaku. Sedingin suasana malam. Mungkin kerana dia seperti tak bersungguh saat mengucapkannya?

“Marina dah balik... Aku jemput dia tadi.”

Aku pamer senyum. Entah bagaimana rupa senyumanku itu. Yang pasti, aku gagal memberikan senyuman ikhlas kepadanya.

“Dia sihat?”

“Hmm…”

“Kira korang dah berbaik semula la…”

“Hmm..”

“Dia tau ko dah kawin?”

Farriel diam. Agak terkejut mendengar soalanku, mungkin.

“Tak. Aku tak bagitau dia lagi.”

Aku senyum. Sinis. Berkatalah benar, walaupun kebenaran itu pahit…

“Lambat-laun dia akan tau juga. Lebih baik ko bagitau dia dulu sebelum dia dapat tau dari mulut orang lain.” Usulku.

“Aku tak sanggup nak rosakkan mood dia tadi. Dan aku tak nak dia sedih. Ko tau kan, tak ada satu pompuan pun dalam dunia ni gembira bila tengok pakwe dia kawin dengan orang lain.”

Dan tak ada satu isteri pun dalam dunia ni yang sanggup tengok atau dengar suaminya ada pompuan lain di belakangnya, sambungku dalam hati. Hai la hati… Tabah la… Jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas.

“Ooo… Kalo itu kata ko… Terpulang la!”

Aku bangun dari sofa. Sudah berkira-kira untuk masuk ke bilik.

“Sorry sebab susahkan ko selama ni. Sampai ko terpaksa kawin dengan aku. Tapi rasanya ‘penderitaan’ ko akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina cepat-cepat. So that ko boleh bebas dengan hidup ko macam dulu…”

Langkah terhenti. Automatik kepalaku berkalih ke arahnya. Sukar aku tentukan emosi dan riak wajah Farriel ketika ini. Apatah lagi dengan cahaya lampu yang samar-samar. Farriel segera melarikan pandangan dari menatap wajahku.

Kalo dulu, sebelum rasa cinta ini menyelinap masuk dalam hati, mungkin aku akan bersorak kegembiraan mendengar kata-kata Farriel. Namun kini, kata-kata tersebut cuma mengundang kesedihan di hatiku. Kesedihan yang menghiris hati. Yang menghancur lumat sekeping hati ini.

“Cuba bertahan unuk beberapa bulan lagi. Sebelum next year, aku akan pastikan hal kita selesai…” Farriel berlalu ke biliknya. Setitis air mataku jatuh. Dan akhirnya aku teresak-esak di situ.

Mulai hari itu dan hari-hari seterusnya, Farriel balik lewat ke rumah. Paling awal pun pukul 11 malam. Pulang jam 2 atau 3 pagi sudah menjadi kebiasaan. Seawal pukul 7 pagi dia akan keluar dari rumah. Mungkin keluar bersarapan dengan Marina. Aku tak bertanya ke mana dia pergi menghabiskan masanya. Kerana aku tiada hak untuk bertanya. Dan aku tak kuasa untuk bertanya kerana jawapan yang bakal kuterima tentunya terasa seperti mencurah garam ke hati yang luka. Pasti dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya.

Rutinnya untuk menghantar aku ke kampus sudah ditamatkan sebaik sahaja Marina selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Aku tidak merungut kerana aku tahu siapa kedudukan aku dalam hatinya. Kalo aku rajin menopang kelopak mata, menunggu kepulangannya sehingga hampir dinihari, maka dapatlah aku menatap wajahnya buat meleraikan rasa rindu yang bermukim di hati. Walaupun sekadar melihat wajahnya sekilas pandang.

Wajah Farriel kulihat bertambah ceria dan berseri. Tidak sugul seperti ketika ditinggalkan oleh Marina dulu. Menyaksikan kegembiraannya, aku menjadi girang kerana Farriel sudah mendapatkan apa yang diidamkannnya. Namun, jauh di sudut hatiku, aku berasa sayu. Suka atau tidak, aku harus mengakui bahawa aku sudah jatuh cinta terhadap suamiku sendiri. Walaupun aku sedaya-upaya menafikan rasa hati ini.

Ya… Memang itu bukan satu kesalahan. Dia suamiku. Dan aku isterinya. Apa yang menjadikannya satu kesalahan adalah perkahwinan kami adalah berdasarkan kontrak semata-mata. Dan aku tak sepatutnya menaruh apa-apa perasaan padanya memandangkan lambat-laun kami akan berpisah juga… Namun aku tetap berharap adanya keajaiban untuk kesudahan cerita hidupku ini.

@~@~@~@~

“I betul-betul terkejut tengok perubahan you, darling… Sapa sangka dalam masa 6 bulan, you boleh kurus macam ni! It’s really amazing! You ingat tak dulu, I suruh you diet, pergi gym tapi tak pernah work out. But now… I really speechless!”

Farriel tersenyum mendengar pujian dari Marina. All credits should be given to AD too… Kalo tak kerana usaha, bebelan, perlian, kata-kata sinis dan semangat yang diberikan, tak mungkin dia dapat bertahan untuk kurus sampai sekarang. AD…

Marina masih sibuk menelek dan mencuba satu-persatu pakaian yang ada di butik kegemarannya. Sesekali dia akan bertanyakan pendapat Farriel. Farriel sekadar tersenyum untuk mengambil hati Marina. Hakikatnya, dia sudah bosan menemani Marina yang sudah hampir empat jam bershopping. Entah kenapa dia mula membanding-bandingkan antara Marina dan AD. AD tak suka bershopping. Dia lebih suka berjalan, melihat dan membandingkan harga barangan di setiap kedai. AD sentiasa menawar harga barangan yang diingininya, sekalipun barangan tersebut sudah diberi potongan harga.

“Ala, tokei! You letak harga RM60. Sana kedai saya pergi offer banyak murah. You amik untung banyak sangat la. Kira cincai sudah la… RM30, boleh”

Tokei kedai baju tepuk dahi.

“Hai yaa… Amoi! RM30 ka? You mau kasi potong saya punya kepala ke? Tak balik modal la saya macam tu…”

“You sudah banyak untung apa? RM30. Kalo tak, saya pergi lain kedai!”

“RM55.”

“RM35.”

“RM50.”

“Ala… RM40 la!”

“Okey, last offer. RM45.”

“Saya beli!”

Farriel senyum sendirian. Kelakar betul AD masa tu. Boleh pulak dia tertekak dengan tokei kedai baju tu. Sampai naik malu aku dibuatnya. Ada ke dia main tawar-tawar harga kat shopping complex besar tu. Dia ingat Chow-Kit ke ape?

Sepasang tangan melingkar di bahunya.

“Jauh mengelamun, sayang! Teringatkan orang yang dah ada depan mata ni ke?” Bisik Marina menggoda di telinga Farriel. Farriel bingkas bangun. Meleraikan pautan tangan Marina.

“Dah abis shopping ke?” Soal Farriel.

Marina tunduk memandang beg-beg kertas berisi barang yang dibelinya. Mata dikecilkannya. Membuat muka cute.

“Kita round tempat lain kejap, okey? I tak jumpa lagi baju untuk ke party Linda…”

“Okey!” Jawab Farriel malas. Beg-beg kertas dijinjingnya. Marina memaut mesra dengan Farriel.

Boros betul si Marina ni! Tak macam AD. AD kalo bab duit ni, berkira sket. AD… Balik-balik AD yang diingatnya… Farriel tepuk dahi dengan tangannya kanannya.

“Are you okey, dear?” Soal Marina cemas.

“Yeah!” Farriel senyum ala kadar. Actually, I’m not…okey…

@~@~@~@~

Kelibat sepasang kekasih yang berjalan di kaki lima jalan, menarik perhatian Tengku Faris. Cermin tingkap kereta diturunkannya. Ingin melihat dengan lebih jelas. Si gadis erat merangkul tubuh pasangannya. Mereka tertawa kegirangan.

“Yusman!” Panggil Tengku Faris. Yusman yang berada di sebelah tempat pemandu, menoleh ke belakang.

“Ya, tengku…”

“Saya nak kamu siasat perempuan yang jalan bersama Farriel tadi.” Arahnya. Yusman memandang ke arah yang sama dengan Tengku Faris. Cuba menyimpan wajah tersebut dalam kotak memorinya.

“Baik, tengku!”

Cermin tingkap dinaikkannya sebelum menyambung arahan.

“Saya nak kamu siasat juga menantu saya, Adrianna Mayesa. I want to know everything about both of them.”

“Baik, tengku!”

@~@~@~@~

“Qhuz, ko penah jatuh cinta?”

Qhuz meletakkan akhbar di tangan atas meja. Memandang wajah Farriel dengan rasa berbaur.

“Serius bunyinya ni…”

“Apa tanda-tanda atau sindrom bila kita cintakan seseorang tu?”

Sindrom? Qhuz ketawa.

“Weih, Ril! Petang-petang macam ni tiba-tiba masuk romantic lane ni apahal? Makanan lunch tadi pun tak hadam lagi, ko tau tak! Jangan.. Nanti aku termuntah kat pejabat ko yang cantik ni karang, tak fasal aje…”

Gurau senda Qhuz dipandang sepi oleh Farriel. Hati dan fikirannya benar-benar bercelaru. Seingatnya, Marina la wanita yang dicintainya. Tapi mengapa AD juga yang diingatinya bila bersama Marina? Mengapa kebosanan sentiasa bermukim di hatinya ketika dia menghabiskan masa-masanya bersama Marina? Mengapa dia tak pernah berasa bosan dengan AD?

“Aku boleh jadi gila macam ni…” Luah Farriel perlahan.

“Weih, ko ni kenapa sebenarnya? Cuba terus-terang.”

“Aku tak tau. Ko tau kan, aku cintakan Marina. Bila dia tinggalkan dia, memang aku frust, moody giler…”

“Tapi tak se'frust' dan se'moody' bila ko dengan Adry…” Qhuz menyampuk. Farriel pandang Qhuz. Masih tanpa perasaan untuk bertelagah dengan Qhuz.

“Sekarang Marina dah balik. Dan kami cuba meluangkan sebanyak masa yang boleh. You know, to catch-up things that happen dalam masa 6 bulan ni. Tapi yang peliknya, aku macam dah tak interested dengan dia. Aku rasa masa-masa yang aku habiskan dengan dia lama sangat. Aku pun dah mula bosan dengan perangai dan cakap-cakap dia yang selalu meninggi diri tu. Aku macam dah tak nampak apa-apa yang menarik pada Marina lagi.” Tergawang-gawang tangan Farriel 'menghidupkan' ceritanya.

Qhuz senyum. Terus sabar menanti Farriel menyudahkan ceritanya.

“And the worst thing is, I keep thinking of AD. Apa-apa aje depan mata, mesti akan mengingatkan aku pada AD. Aku agak otak aku ni ada masalah la. Tak pun, aku ni dah giler!”

Meja di depan, diketuknya sekali. Tanda tak puas hati. Tanda ceritanya sudah berakhir.

“Aril, aku rasa ko ni sah-sah dah jatuh cinta dengan AD!”

“Aku ape? Jatuh cinta? Dengan AD? Giler!” Terbelalak mata Farriel mendengar pendapat Qhuz.

“Ye la. Wat ape pun, ingat kat dia. Asyik ingat, ingat, ingat kat dia aje. Apa lagi kalo bukan jatuh cinta namanya.”

“Tak mungkin la!”

“Kenapa tak?”

“Ko kenalkan AD tu macam mana. Kasar, garang, kadang-kadang macam kartun sket… tak pandai bergaya… tapi okey la, dia tak selekeh… pemalas tapi kalo disuruh dia boleh jadi rajin… tak cantik sangat, tapi kadang-kadang nampak comel juga… kuat melawan tapi kadang-kadang lucu dengan cara dia tu… Entah la!”

Qhuz senyum lagi.

“Tengok! Walaupun ada sifat dia yang ko tak suka, tapi ko tetap terima dia seadanya. Dan ko rasa senang, tenang, gembira bila ada dengan dia… Betul?”

Farriel mengangguk. Memang itu yang dirasakannya. Dengan Marina, dia tidak rasa sebegitu. Dia sentiasa ingin menjadi seseorang yang lebih baik dari seadanya dia. Seseorang yang boleh dibanggakan oleh Marina. Seseorang yang sesuai dengan Marina yang cantik, yang classy, yang stylish, yang high-taste. Bila bersama Marina, dia cuba menjadi seseorang yang bukan dirinya.

Tapi bila bersama AD, dia bebas menjadi dirinya yang sebenar. Dia boleh lepas-laku, dia boleh berpakaian sesempoi mana yang dia mahu, dia boleh makan di mana sahaja yang dia suka… Pendek kata, dia rilek bila bersama AD. Even dia tahan telinga mendengar kata-kata AD yang adakalanya ‘pedas’. Kalo dulu, nenda atau mama membebel sket aje, mula la dia berkelibut keluar dari rumah. Pelik…!

“Aril, mencintai tu bermaksud ko terima pasangan ko seadanya. Dan dia terima ko seadanya. Dia tak perlu berubah demi ko, dan ko tak perlu berubah demi dia.”

Kenangan bersama Marina terimbas di mindanya. Dulu sebelum kurus, Marina melayaninya secara acuh-tak-acuh. Nak keluar pun ke tempat-tempat yang orang tak ramai aje. Kadang-kadang dia merasakan yang Marina malu untuk berdamping dengannya. Apatah lagi nak memperkenalkan dirinya sebagai pakwe. Tapi sekarang, Marina seolah-olah bangga ‘menunjukkan’ dirinya kepada sesiapa sahaja. Marina lebih manja melayaninya berbanding dulu.

AD… Tak pernah berubah. Dari sebelum kawin hingga la lepas kawin, tetap sama layanannya. Dari dia gemuk hingga la dia muat baju saiz M. Tetap begitu layanannya. Kadang-kadang dingin. Kadang-kadang penuh emosi; marah, sinis, nakal, manja, kalut-kalut… Tanpa sedar, Farriel tersenyum sendirian.

“Jatuh cinta pada AD… That doesn’t sound bad. Berdasarkan apa yang ko cite, aku rasa AD tu pun bukannya teruk sangat. Even waktu sekolah dulu pun aku rasa dia tu budak baik. Kita aje yang rajin mengusik dia.”

Farriel diam. Masih menimbang-nimbang rasa hatinya.

“Abis Marina macam mana?” Soalnya lurus.

Qhuz angkat bahu

“Kalo rasa ter'larat', amik dia jadi isteri kedua. Tapi kalo aku la jadi ko, aku akan tinggalkan Marina.”

“Sebab?” Pantas Farriel menyoal-balas.

“Dia dah berkali-kali tinggalkan ko. Tak mustahil bila perkahwinan korang ada masalah nanti, dia akan tinggalkan ko macam tu aje!” Jelas Qhuz. Jari dipetik ketika mengucapkan ayat terakhirnya.

Farriel diam lagi. Fail yang dibawa masuk oleh Qhuz sebentar tadi, dibiarkan aje terbuka tanpa dibaca. Qhuz mengangkat suratkhabar. Menyambung semula pembacaannya yang tergendala.

“Ko rasa, mungkin ke kita jatuh cinta dengan seseorang hanya kerana dia ada persamaan dengan orang yang pernah kita cintai sebelum ni?”

Suratkhabar diturunkan semula.

“Itu aku tak pasti. Yang aku pasti, tak ada sorang pun dalam dunia ni yang boleh menyerupai orang lain 100 peratus. Setiap orang berbeza, bro!”

Farriel kembali bersandar di kerusinya. Menyukat, mengukur, menimbang, merasa, mentafsirkan apa yang ada dalam hati dan akalnya serta apa yang didengarinya sebentar tadi. Dan bila jawapan dah ditemuinya, dia bangun dan terus mencapai kunci kereta.

“Woi, ko nak pergi mana pulak tu?”

@~@~@~@~

Peugeot 308 vti kelabu berhenti betul-betul depan pintu pagar rumah. Entah kenapa, petang ni mudah benar aku menerima pelawaan Ihsan untuk dihantar pulang. Mungkin kerana hati aku yang tak tentu arah. Atau tak larat nak serabutkan lagi kepala yang sedia serabut gelagat budak-budak fakulti aku yang sentiasa sibuk dan kecoh dengan itu-ini.

“Awak nampak muram, tak ceria… Gloomy aje dua tiga hari ni.” Luah Ihsan. Dia sudah rilek bersandar di tempat pemandu. Memerhatikan diriku. Cuba membaca apa tersirat di fikiranku yang serabut.

Aku tersenyum. Menutup terus peluang Ihsan untuk terus ‘menyelongkar’ kotak fikiran, apatah lagi menyelami dasar hatiku.

“Marina dah balik Malaysia.” Luahku. Tanpa nada aku menuturkannya.

“Saya tau!” Ujar Ihsan bersahaja.

Aku terkejut. Wajah Ihsan aku pandang. Lama. Ada senyuman segaris di bibirnya. Bukan senyuman gembira. Bukan juga senyuman sinis atau mengejek. Senyuman sekadar untuk memaniskan muka.

“Macam mana awak tau?” Soalku.

“Kebetulan kami sama flight.”

“Ohh…” Keciknya dunia.

Seat belt aku tanggalkan. Sudah berkira-kira untuk keluar dari kereta mewah itu.

“Awak dengan Aril….” Suara Ihsan melumpuhkan niatku. Aku kembali memandang Ihsan. Kening ku angkat. Diam. Menanti Ihsan menyudahkan ayatnya.

“Awak dengan Aril… Korang tak ada terlibat dalam apa-apa perkara yang serius, kan?”

Melopong mulutku. Apa maksud pertanyaan Ihsan ni?

“Maksud awak?”

“Ye la… Since both of you cuma kawin kontrak, so ada ke apa-apa yang serius jadi antara korang? You know… Macam jatuh cinta ke… apa ke…”

Peristiwa yang berlaku di tengah padang kembali segar di ingatan. Mataku pejam rapat-rapat. Cuba mengusir kenangan tersebut. Senyum segaris ku ukirkan buatnya

“Terima kasih sebab sudi hantar saya.”

Pintu kereta pantas ku buka. Enggan bersoal-jawab dengan Ihsan lagi. Pintu pagar ku buka. Tiba-tiba tangan Ihsan ‘menangkap’ tanganku. Tergamam aku seketika.

“Adry… Keluar dari ‘perkahwinan’ awak. Tinggalkan keluarga Tengku Faris. Tinggalkan Aril!”

Dan aku segera merentap tanganku darinya.

“Ihsan… Saya hormat pada awak. Tolong jangan buat sesuatu yang menghilangkan rasa hormat saya pada awak!”

“Aril cuma gunakan awak untuk menjaga maruahnya dan keluarganya di mata saudara-mara kami. Dia tak cintakan awak. Dia cintakan Marina. Sekarang Marina dah balik… Dan saya rasa, dah tiba masanya awak berhenti dari jadi ‘pembersih’ maruah Aril.”

Aku diam. Menahan air mata yang mula bertakung di birai mata.

“Saya kenal benar dengan Aril. Dia setia pada cinta. Patuh pada janji-janjinya. Dia cintakan Marina. Dia dah berjanji untuk tunggu Marina dan kawin dengannya. Depan saya, Marina sendiri cakap yang dia tak kan lepaskan Aril lagi kali ni.”

Aku diam. Sedaya-upaya menutup pendengaranku agar tidak hatiku tak tercalar dek kata-kata Ihsan. Mungkinkah selama ini Farriel hanya mempermainkan diriku? Sengaja berbaik denganku sehingga aku jatuh cinta padanya, kemudian mentertawakanku atas kelemahan dan kebodohan diriku ini?

“Tengku Farriel Izumi tu sama aje macam papanya. Sanggup buat apa sahaja semata-mata nak capai apa yang dihajatkan. Awak cuma alat bagi mereka. Tinggalkan Aril sebelum dia buang awak macam sampah!”

Bahuku digoncang oleh Ihsan. Serta-merta empangan air mataku pecah. Ihsan mula panik melihat keadaanku.

“Say… Saya… tak boleh…” Ujarku dalam tangis. Pandanganku kabur dek air mata. Sukar untuk aku terangkan apa yang ku rasa sekarang.

“Adry… Jangan kata awak dah… Awak dah jatuh cinta pada Aril?” Soal Ihsan. Dia mengelengkan kepala beberapa kali. Cuba menidakkan telahannya itu.

“Saya… dah mula sayangkan Farriel…” Setakat itu sahaja yang mampu ku ucapkan. Ayat selebihnya sudah ditelan oleh esak tangisanku.

Di luar kawalanku, Ihsan mula mengesat pipiku yang dibasahi air mata dengan jari-jemarinya.

“Syhh…! It’s okey…” Ihsan cuba memujukku. Namun tangisanku ini sukar benar dihentikan. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Ihsan tadi.

“Syhh… Your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much… Lebih banyak dari apa yang boleh awak bayangkan…”

Dan aku terkesima di situ.

@~@~@~@~

Stereng kereta ditumbuk sekuat hati oleh Farriel. Melepaskan rasa berbaur dalam diri. Rasa marah, geram, cemburu… Dari jarak 500 meter, cukup jelas di pandangannya drama sebabak lakonan AD dan Ihsan. Hatinya terasa hangat membara.

Sebelum sempat tangan Ihsan melingkari tubuh AD, enjin kereta yang diparkir di bahu jalan, dihidupkannya. Menderum bunyinya. Pusingan U dibuat. Dan dia terus memandu meninggalkan taman perumahan itu dengan 1001 rasa. Memandu selaju mungkin. Tanpa arah.


*** Idea/Cdgn one of the readers nak bukukan cite ad+iz tu mcm best. Tp mslhnya ada ke publisher interested. Apa la sgt novel ad+iz ni… huhu…

*** Rsnya ad+iz akan abis sebelum part 20. tak tau pulak kot-kot ada idea melimpah-ruah lg.

*** Korang rasa lawak tak dgn nama2 watak dlm cite ni? sy ni jenis suka wat experiment nama. Nama Farriel Izumi mmg janggal didengar sbb nama tu gabungan nama melayu dan jepun. Mcm tu gak nama Adrianna Mayesa (tp nama ni ada maksud dalam bhs arab). Ada kwn komplen kata nama ni tak seswai dan tak sedap. Tp sy berkeras gak nak guna nama ni. Bila sebut ulang2, rs mcm msk lak nama nih! korang rs?

42 comments:

Anonymous said...

apsal jadik camnih?
huhuhuu...
apsal ihsan ngna marina
datang kaco diorg plk...
ceedihny....
seksany nak tggu cite
ni abes...
cepat la sambung...

~lizarazu~

tzaraz said...

eury..aku betul2 sedih baca n3 kali nie..
tapi aku sure sngt iz mmg akan pilih ad..
idea untuk nak bukukan cite nie mmg cun..pasti ada yg berminat!..
tapi klu camtu kira nanti aku akan keciwa lagi..sbb cite nie sure akan tergantung smpi lah diterbitkan...alahai..
apa pun..tahniah! cerita yg cukup boleh membuatkan aku angau masuk blog kau setiap hari!..

Anonymous said...

eury..lau bukukan kira ok gak tau.. tp cam tzaraz kater..kami pasti akn merindui farriel n ad..coz mesti take time kan nk publish kan 2..watever..best of luck 4u,tp jgn bg kami tgu lamer2 tau hehehehe:)) lau leh nk n3 lg huahuahua.. -alom-

keliwon said...

perghhh sayu!
baca middle part till end,
bergenang mata seyh
tak macho ah cani.. ahah!

gud job mis writer
hope for next n3 sooner

xyah lah novelkan ad+iz ni. plizz..
sakit jiwa nunggu eii
aku x kawin lg ni.. ahahah!

tp if nak novelkan yr next karya, dialu2kan..
sbb people know u can write well
after yr 1st story.. rite?

nursya said...

aloh sedeynyer...
wat kacau daun tul la si ihsan ngn marina nie....
huhuhu...

erm menarik gak klw dpt bukukan citer nie...
tp jgn la lama2 sgt...
nti kempunan ktorg nk tau kesudahannyer citer nie...
aper2 pn gud luck yek...

niSah said...

tuh la...
kaco btoi marina tuh..
si ihsan pon mai nyembok..
bile le ad ngan iz bole kecapi bahgia...
huhu~
pe2 pon cpt smbung ye:)

Anonymous said...

sedih siot...
dok tahan nangis jer... nasib kan office...
kalau kat umah sure dah banjir nie...

idea nak bukukan tue ok gak...
tapi abiskan dulu cerita nie..
kalau bleh, watla lain sikit...
baru nak bali.. kalau sama, tak best ar.. coz dah baca...he he

anyway...
cepat2 habiskan tak sabar dah nie!!!

Unknown said...

sedihla.. mmg ihsan nmpk betul2 suka kat ad tp aku rasa biarla perkahwinan antara izumi ngan ad berkekalan.

Bulanhijau said...

eury dear,
n3 kali ni mmg SEDIH gle.
nasib baek tak nangis je.

mmg skt pn kalo tau org yg kte syg, sygkan org laen..

"lebih baik menyayangi org yg menyayangi kte dr menyayangi org yg kte sayang"

Darthzcy said...

uuu syahdu gile..
Cepat menyambung wahai eury..
x menyabo dah ni nak tau pe yang jadi pas ni..

Anonymous said...

hoho eury~~
ala..mesti pasni both da salah paham...
masing2 nk tarek diri...
aaa...masalah2!!!
sebok r marina yg ptgkn diri tu....
xsuke2~~
ihsan pon satu ngn wife org pon nk wat2 adegan romantik....isk3

sabolah lah ad & iz~~ huhu
kamu akan bersatu juer satu ari nati~~huhu

nk bukukan??? saye da xsaba nk bace ending de ni~~ bukukan nx cite jela~~huhu
tapi apepon saye tetap sokong eury!!! huhu

Anonymous said...

xsabor nk tgu ni..huhu..
dh tangkap leleh dah ngan citer ni..hehehe..
sakit ati ar prangai marina ni hope epi ending ek....
-adil-

Anonymous said...

xnk marina ngn iz..
n xnk ihsan ngn ad..
sdih la bce n3..
xsbr nk tggu next n3..
hope iz n ad bsme..
sweet cter ni..
cgrate utk pnulis..

keSENGALan teserlah.. said...

eeeeeiii..
npe ka time2 bunge2 cinta si ihsan n marina dtg..
huhu..nta2 ihsan n marina nieh berpakat x..ngeeeeee..
hope ihsan not dat bad la..
uhuuuu...
sedey arh cmnieh...
izumi da slh phm,,
ad lak..
ngeeeeeee..
smbung2..

syah said...

de new n3...suke2
p n3 kali nih brjy wut ak touching..
sdeyy seyh..
asl la marina nih cbok je mncl??
org dh nk bhgia dh 2..
yg p mncul 2 knp??kaco la marina nih..
sian kt Ad..
izumi, cpt la luah kn prsn ko kt Ad..
xsbr nih..besh sgt ct nih..
smbg2...

ak rs besh je nme adrianna mayesa nih..xrs jggl ke ape ke =)

Anonymous said...

u know what..i like ur novel ni..klu u bukukan,bkn xde org minat utk publish,but u kena skemakn bahasa yg u guna..n u know la kn..bhs simple n slumber badak u ni la yg menyebabkn i seronok baca..

pe2 pon, i hope happy ending..
entry ni pun dh xthn sedihnyer,bile i bygkan i adalh AD..xsanggup nk hilang org yg kita syg..

cpt2 smbg tau..menderita i tunggu u nyer entry..dh la i nak final exm..cpt2 tau..

nadrysha said...

i pun pernah bc buku yg bhsnye simple mcmni,santai n releks je bc, dont wori mesti ade yg sudi nk terbit....coz blom dibukukan pn, u dah ade peminat sendiri ni kan plak bile u terbit novel....mesti mndapat sambutan....lagi pun, publisher pun nak kaut untung gak.....bahasa tu akn diperbaiki dr semasa ke semasa, but so far bhs ok,xde mslh.....
cceeeppppaaattttt jd kan novel....i mmg x sabar nak beli n wat collection....best...good job....

lilygreeny said...

Salam Manis Tanpa Gula dr Lily...
Eury... seriusly N3 kali ni mmg...
Meleleh Air mate... nyampah btol
ngn marina tu.... Ihsan tu mmg la
kaco si Iz & Ad.. tp xder saper yg
kawal perasaan Cinta,btol x ???
Lily akan beli kalo cite ni di
publish.... Tahniah sbb buat
Lily angau smpai xder tahap
dok masuk dlm Blog Eury ni!!!

Anonymous said...

saye rase komen saye mungkin xdela berharge sangat....

**idea membukukan tuh sounds interesting...saye rase boleh laku novel nih...

**kalo novel nih habis by or before 20th episode, should be fine cz kalo panjang sangat nanti jadi meleret n dull...

**name farriel izumi tuh kire ok laaa..tp saye suggest keep the name until a few last chapters of this novel. Maybe you bole buat farriel izumi tuh cadang nak tukar name cz he wants his name to sounds meaningful sepertimana name adrianna mayesa tuh ade maksudnye..actually, my cousin ade buat cmtuh cz his previous name sounds meaningless....

well,just some thought from your loyal reader..

Anonymous said...

salam....
em epsd kali ni sedih arr...
nak bukukan k gak tp hbskanlah dlu plez cz 6t kalu u dah bkukan pasti lmbt pnyr..

lgpun i mmg xsbr sngt nk tunggu next epsd...hr2 i msk je blog u cz nak tau dah smbung ke lum..

emmm kalu u bkukan cite ni pun i sure beli punyer......


(nia_ageera)

nbm5471 said...

nak bukukan ker citer ni? mmg bagus idea tu...tapi kene la tau kt mane nak hantar.

takot2 penulisan misseury ni akan di cetak rompak...sedangkan kaset,vcd,dvd boleh di cetak rompak....ini kan pulak penulisan.

mcm lagu isabella nyanyian search, dgr kata yg buat lirik tu seorang yg berasal dari perlis...tapi lirik tu dah dapat kt tangan bob lokman... tak tau la citer btul ke tak...klu citer tipu...sy pun tipu lar...hahahha. kalau betul mmg kesian la penulis lirik ni.

ape2 pun...nice story. keep it up

MaY_LiN said...

ala...
iz nipun..
jeles latu..
die wat xpe..
fair la tu...

Proud Sewist said...

owh sedih gila n3 kali neh
huhuhu
ok gak kalo bukukan!
tp mcm x syiok lah
kalo pendek aja cita neh
mcm dah agak yg iz akn pilih ad tuh
jd wat lah pembaca tertanya2 laggi
huhuhu
hurm ok aja nama dlm cita neh
bkn penting mn pn nama2 tuh
yg penting watak yg dipegang

azzakiah said...

aduhai nak nangis lak bace n3 ni.. sedeyh sangat.. :(
mereka dah kenal apa tu cinta cume lom ego mengatasi segalanye..
huhu..

sy sokong cakap tzaraz..
klu cite ni dibukukan alamatnye tergantung je la cite ni kat sini..
huhu...

name2 kat sini ok je..
pelik tapi unik(sy suke)..
sy jenis kalau bace se1 cite tu sy suke tgk name diorg..
ade kepuasan kat situ.. :)

cepat2 sambung taw..

Anonymous said...

Okeylah kalo nk bukukan 2.tp make sure abizkan dulu cite ni....
cpt2 sambung tw..........

Anonymous said...

alaaa...xsyok la ihsan n marina 2 ade....cpt la smbg

Anonymous said...

cik eury....
plis....jgn habiskan cerita ni...wat la panjang lagi...
i love your story....
kipas-susah-mati taw!
kalau nak bukukan....
stuju!

R'anS said...

terus terang aku mau jer lempang si marina dan ihsan... plsss.. aku nak iz gan ad.. huh plss...

R'anS said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bess nyeeee.
cepat smbung.!
setiap mase check blog nie.
love it

Anonymous said...

aiyakk geram sehh
cte besh
sure aku g bli
ape kate ko tak paya tuka name tuh
smart da
unik gtu lorh

Anonymous said...

ak ske ctr ko...
mmg msuk ngan mood ak...
all da names used mmg best..
unique but dat what will make people interested...
klu ko nk bukukn ctr nie, better make it fast kay!
coz ak xrase ak bley 2gu lame tuk bc ending dy...

Anonymous said...

aduh kenapa episod neh sedeh sgt ...
kenapa air mata aku menitis neh ?
aiyak ..

-harysha safia @ aryzaidi-

annabella said...

eee x suka la ngan mr charity n c marina tu....kcu daun je....x sbr nak tau apa jdi pas ni....huhu

Anonymous said...

ala..cian kt AD..cibok aje Marina tu dtg...
yg Iz tu plk x kn x leh agak yg mana kace yg mne permata....
sy rase klw nk bukukn citer nie kne hbskn citer dlm blog nie dlu...
coz dh hapy2 bace dlm online pstu kne tgu mase yg lama plk buku dia kuar nk thu citer dia..
x best ar cm nie...

Anonymous said...

ccepat sambung cepat sambung cepat sambung.... ehh si marina tuh tak kene H1N1 ker kan baru blek oversea.. hahahha... ko plak penukis dah sihat ekssss.... alhamdulillah.... cepat laaa sambung minngu depan dah start class dowh... kang dah tak dapat nak melawat slaloo blog ko nih... cepat eks;
-4leavesClover-

Anonymous said...

Eury aq geram gler dgn ko......
Asal cdey sgt n3 yang ni???
Sampai nanges aq...
Ko tak cian ke kt aq....??
(bez gak kalo ad dgn ikhsan tp nak dy dgn izumi)

Anonymous said...

hm....
name tu besh la...
n kalo ko bukukan cte ni aku mesti beli.....

Anonymous said...

sdihnye....
cptla smbung ye...
x sbr nak thu ksh dia ...

Anonymous said...

waiting for the next one~~~~
x sbr2 ni...

Mrs. Jojie said...

Sy baru terjumpa blog awak ni....sy suke jln ceritanya n nama watak2 tu pun sy suke...unik sgt...

sy setuju ngan yg lain2...utk next novel awak publish...sy dah syok n tak leh tggu lelama nak baca cite sampai habis...

Anonymous said...

wah.... kepad penulis...best yg amat.... tapi kalo compile jadi novel.... best punye lah... sangat2 best.. pasal nama tu ok je... sedap lak denagr

Followers