Sunday, May 10, 2009

3 Jam 30 Minit 39 Saat (cerpen)

“Adry!!!”

Suara Kak Timah meletup macam bom nuclear membuatkan jahitan tulang belut aku dah bertukar jadi tulang ikan jaws! Adoi! Haru betul la akak sorang ni... Kalo sehari tak menjerit tak sah. Dibuatnya macam latihan vokal pulak.

“Napa, kak?” Soalku perlahan. Dah petang-petang ni, bateri badan aku dah low…

“Puan Karen lupa bawak ni!” Suara high-pitch tu betul2-betul kat tepi telinga aku. Pekak la aku, kak oi!

Bila melihat tangan Kak Timah yang penuh dengan baju-baju lip lap-lip-lap glamer tak ingat dunia tu, jantung kat dada aku rasa nak jatuh. Hidung aku macam dapat bau-bau tak sedap yang akan terjadi sebentar nanti. Jangan la… Baru berangan nak balik awal. Dah seminggu keje sampai tengah malam gara-gara nak menyiapkan baju-baju yang ditempah. Si Chot tu pulak sedap-sedap aje pergi honeymoon kat Kallavuttu ke entah hape entah namanya tempatnya. Katanya seminggu, tapi ni dah masuk minggu ketiga. Dah sesat tak tau jalan balik agaknya.

“Baju fashion show! Miss Karen lupa bawak!”

Aku tepuk dahi. Ni semua la ni! Dari tak ada keje, dah jadi ada keje! Masak masak… Huh! Dari aku membebel baik aku cepat-cepat hantar baju ni. Cepat hantar, cepat aku dapat balik. Kenderaan penuh sesak atas jalan. Maklumlah, office hours baru aje abis… Susah la nak dapat teksi mcm ni! Dah tiga kali tahan. Tiga-tiga teksi ada penumpang. Dah macam orang-orangan aje kat tepi jalan ni. Terlambai-lambai dari tadi…

“Teksi!!!” Dek kerana terlampau tension, aku menjerit sekuat hati.

Skreet!!! Ha, amik ko! Sekali tiga teksi berhenti mengejut kat depan aku. Ceh, rasa macam Lindsay Lohan dalam filem ‘Just My Luck’ tu la pulak…

“KLIA, please!”

********

“Cik ni nama ape? Tinggal kat mana?”

Herot-berot mulut aku mendengar soalan dari mulut pakcik teksi ni. Gatal tak kena tempat. Malas aku nak melayan. Rumah kata pergi, kubur kata mari, mari, mari… Dari tadi asyik menoleh ke belakang. Bukan nak tengok kereta yang ade kat belakang. Tapi nak tengok aku... Agaknya kalo boleh tanggal biji mata tu, dah ditanggalkannya dan letak kat belakang. Sekali tersondol kereta depan, padan muka! Cepat la sampai… Malas nak melayan pakcik nih!

Jejak aje tayar teksi kat KLIA terus hidup nyawa aku. Bila pakcik tu brek aje, aku terus keluar dari kereta. Baju-baju yang dah dimasukkan oleh Kak Timah dalam beg aku angkut sekali. Malas aku nak melayan orang tua gigi jongang tu.

Tengah aku tercangak-cangak mencari mataku disajikan dengan drama sebabak antara seorang perempuan dengan seorang mamat. Pakwe dia kot.. Yang perempuan tu punyalah cun, badan ala-ala model tapi mamat tu pulak chubby, misai dan jambang penuh kat muka. Tu tak cite lagi bab baju yang dia pakai. T-shirt warna putih tu yang dah lusuh dan penuh dengan minyak hitam, berseluar jeans koyak sana-sini dan pakai selipar jepun je. Pergh! Tak padan langsung. Hah… Tu dia! Dia dah wat adegan tarik-tarik tangan dan luggage si awek tu pulak. Si awek tu wat muka marah. Yang mamat tu pulak wat muka bengang. Dua-dua muka tegang. Best ni, silap-silap ada adegan nangis-nangis dan sesi melutut merayu pulak nanti. Haha… Aku gelak dalam hati.

Suara lemak merdu announcer KLIA membuat aku menepuk dahi. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa tujuan aku ke mari. Mataku kembali meliar mencari susuk tubuh Miss Karen. Tak kan dah masuk balai berlepas kot? Tapi kalo ikut logiknya dah memang dia kena ada kat situ sekarang. Flight dia akan berlepas bila-bila masa aje kalo ikut pengumuman tadi.

Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang Miss Karen wat ni memang tak masuk akal langsung. Miss Karen yang aku kenal sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalo boleh apa aje yang dia wat mesti perfect. Aku yang dah kerja hampir 6 bulan dengan dia memang dah sedia faham perangai dia. High-expectation. Miss perfect. Cerewet. Tapi kali ni menimbulkan ‘misteri nusantara’ betul bila dia tak bawa baju-baju ni ke Thailand. Bukan ke dia ke sana sebab ada fashion show. Kalo dah baju-bajunya tinggal, apa yang nak diperagakan oleh model-model dia tu? Tak kan nak tayang body je kot?

Thanks to Allah sebab Dia mempermudahkan pencarianku. Nun di sana aku ternampak Miss Karen tengah sibuk menelek sesuatu di salah satu kedai di situ. Dan eh eh…! Dia dah menonong ke pintu balai berlepas. No no no…!

Tudung kepala aku perbetulkan. Ikatan tali kasut aku perkemaskan. Beg di tangan ku pegang erat. Persediaan untuk lari pecut. Satu, dua dan aku terus berlari. Garisan penamat aku adalah Miss Karen yang tengah tunggu turn untuk di’scan’ barang-barang yang dibawanya. Huhu… Sempat ke ni? Tawakal…

Dalam semput-semput berlari, aku terperasan mamat serabut yang dok bergaduh dengan awek dia tadi, turut sama dalam acara lari pecut kat floor KLIA ni. Di belakang mamat selekeh tu pulak ada dua orang lelaki lengkap dengan suit serba hitam, siap cermin mata hitam lagi dok mengejar dia. Gaya ala-ala Men In Black pun ada aku tengok. Lelaki-lelaki MIB tu pulak dikejar oleh lima orang anggota polis. Eh, sapa kejar sapa ni? Polis kejar MIB, MIB kejar mamat serabut, mamat serabut kejar awek dia. Gitu?

Kami menuju ke arah yang sama. Yang tak masuk akalnya fasal laki ni, dia boleh lari dan potong aku sedangkan aku lah leading acara lari pecut ni tadi. Ibarat treler sarat muatan dengan kelajuan 110 kmj. Logik ke? Tak boleh diterima akal langsung! Dan entah macam mana, badan dia yang bersaiz XXL tu boleh melanggar aku masa dia nak over take aku. Larianku tersasar ke deretan candies yang dipamerkan di luar deretan kedai. Dan…

“Aaahh..!” Jeritku dengan mata tertutup. Tak berani nak menjangka apa akan terjadi. Gedebuk! Aku jatuh berdebuk kat atas permukaan yang tak rata. Eh, bukan lantai sepatutnya rata ke?

“Cik, cik okey tak ni?”

Satu suara lelaki menyapa betul-betul kat sebelah telingaku. Aku buka mata. Terasa semua darah merah naik ke muka. Darah putih dalam badan entah lari pergi mana. Candies pulak berlambak atas lantai.

“Hei! Apa awak buat ni? Gatal!”

Lelaki tu nampak terkejut mendengar nada suaraku yang tinggi. Anak matanya dibesarkan.

“Cik, jangan nak sesuka hati nak melabel saya ye! Saya atau awak yang gatal? Awak yang tarik saya sampai saya terjatuh!”

“Apa pulak saya?” Bidasku.

“Cik, cuba tengok kedudukan kita sekarang ni! Awak yang tarik saya sampai saya jatuh tergolek… Even your legs are on top of me now. Pastu awak boleh kata saya gatal? Are you nuts? Or what?”

Aku mengenalpasti kedudukan kami. Alamak! Rasa macam nak jadi orang halimunan aje bila tengok kebenaran yang ada di depan mata. Entah bila la masanya aku ‘sauk’ lelaki ni sampai kami boleh jatuh bersama. Mungkin tindakan refleks aku tadi sebab nak terjatuh.

“Will you move your legs off of me?” Pinta lelaki itu garang.

Sekali lagi aku termalu sendirian. Bagai baru tersedar dari mimpi aku cepat-cepat angkat kaki dari terus menindih tubuhnya. Tengah aku kalut-kalut menyusun kata-kata manis bersulam maaf untuk lelaki itu, aku terasa bahuku dicuit seseorang.

“Cik adik, ingat teksi abang pakai air ke? Tambangnya mana? Lain la kalo cik adik ni sudi jadi isteri nombor tiga abang…. Boleh abang bagi diskaun!”

Abang? Uweks! Nak termuntah aku. Ish… Pakcik teksi ni tak blah lagi rupanya… Oh, aku lupa nak bayar tambang teksi… Patut la…

“Encik…aaa…. Pakcik… Ala… Korang tunggu la sini kejap… Tunggu tau!”

Aku terus angkat kaki dari situ sambil melaung-laungkan nama Miss Karen. Nasib baik dia tak masuk lagi. Stuck kat mesin scanner.

“Adry, thank you so much! I betul-betul lupa nak bawa baju-baju ni… Terima kasih sekali lagi…”

Terima kasih, terima kasih gak... Balik aje Miss Karen dari trip dia nanti aku nak minta claim duit teksi. Aku bukan tokei cop duit, weih!

“Takpe… Have a nice trip!”

Selepas menepuk bahuku beberapa kali Miss Karen terus berlalu pergi. Fuh! Selesai satu bala… Dua bala lagi menunggu. Aku berjalan balik pada pakcik teksi tadi. Lelaki yang aku langgar tadi pun masih tak berganjak dari tempatnya. Hmm…Bagus! Bertindak mengikut arahan.

“Pakcik, ini… Ini…”

Aku seluk kocek seluar dalam-dalam. Eh, mana wallet aku? Alamak! Tak kan TINGGAL?!! Pakcik tu terus menanti di tepi ku dengan sabar. Lelaki tu pulak memandang aku dengan penuh minat.

“Aa…”

“Ada ke tak ada ni?” Soal pakcik tu dengan penuh curiga.

“Ada… Tapi wallet saya tertinggal kat butik...”

Aku tersengih sambil wat muka poyo. Mintak-mintak ada la belas di hati pakcik ni.

“Abis tu macam mana ni? Pakcik nak balik pun tak ada duit. Minyak teksi yang ada setakat sekerat jalan lepas la…”

“Maaf pakcik. Apa kata pakcik hantar saya balik ke butik. Nanti sampai sana saya bayar…” Tapi kalo dah minyak dia cukup sampai sekerat jalan aje, sampai ke butik ke nanti?? Masalah masalah…

“Berapa tambang dia pakcik?” Soal lelaki itu tiba-tiba.

“RM 65.70.” Lelaki tu keluarkan wallet.

“Nah! Pakcik simpan aje la bakinya tu…”

Dua helai not RM50 bertukar tangan. Mesti orang kaya ni. Kalo tak, tak kan mudah sangat bagi duit. Eh, napa lelaki ni baik hati sangat? Aku kenal pun tidak dia ni… Entah-entah ada udang sebalik batu. Macam kata Kak Timah. Lelaki kat bandar ni mula-mula tabur budi baik, lepas tu ambik kesempatan ke atas kita sampai tergadai body. Sorry la… Aku tak mudah termakan budi!

“Eh, apasal encik bayarkan tambang saya?” Soalku bengang.

“La… Saya nak tolong orang dalam kesusahan, tak kan tak boleh kot!”

“Entah-entah encik ni ada muslihat nak kenakan saya, tak? Dengar kata orang kaya ni ada 1001 macam helah nak menipu...”

“Do I look like ‘that’ kind of person, miss? Kalo saya nak ‘beli’ awak, saya tak kan beli awak dengan RM100 la…Macam la saya ni sengkek sangat! Lagipun bukan berbaloi pun beli awak!” Gerutunya kegeraman.

Pakcik teksi tadi mengundurkan diri perlahan-lahan. Malas nak amik port. Lagipun untuk apa? Duit dia dah dapat.

“Hah! Tengok, betul kan sangkaan saya. Encik memang ada niat nak ‘beli’ saya duit!”

“Eh, napa awak ni prejudis sangat? Awak ingat semua orang kaya tu jahat dan semua orang miskin tu baik? Nonsense. Dah la! Saya malas nak bertekak dengan awak. Saya dah jelaskan kerugian kedai candies tadi. And for your information, you owe me an apologize and a thank!”

Lelaki itu berlalu pergi setelah menghadiahkan aku satu jelingan maut. Ada rasa kesal bermukim di hati. Bukan ke patutnya aku berterima kasih dengannya sebab tolong bayarkan tambang teksi dan kerugian kedai tu? Ni lain pulak jadinya. Adry, Adry… Mana manners ni?

Aku ni macam mana? Duit nak balik tak ada. Tak kan nak bertunggu-bertangga kat KLIA ni? IC, duit semua tinggal kat butik. Entah macam mana bleh timbul satu idea giler kat kepala otak aku ni. Dengan drastiknya aku segera berlari memintas langkah lelaki itu. Tangan aku depakan selurus-lurusnya di hadapannya.

“Now what?” Muka dia nampak bengang sebengang-bengangnya.

“Encik, alang-alang encik dah wat kebajikan dengan bayar tambang teksi saya dan kerugian kedai tadi, apa kata encik buat lagi satu kebajikan. Tolong pinjamkan duit untuk tambang balik saya pulak?”

Melopong mulut lelaki itu mendengarnya. Aku senyum dan angkat dua jari. Peace!

***********

“Ya Allah, Adry…! Akak betul-betul minta maaf sebab terpaksa susahkan Adry lagi. Masa akak lalu kat bilik Miss Karen, baru akak teringat pesanan Miss Karen sebelum dia pergi KLIA tadi. Si Sham dah balik. Adry tolong hantar, ek? Tolong akak, ek…”

Bila terpandangkan perut Kak Timah yang memboyot ke depan tu, nilai-nilai murni dalam diri aku mula timbul. Tak kan aku nak biarkan Kak Timah yang sarat mengandung tujuh bulan berkejar ke rumah Tengku tu. Terberanak pulak akak aku yang sorang ni nanti! Masa yang kami ada dah semakin suntuk. Kurang sejam sahaja dari masa yang dijanjikan. Nak tak nak terpaksa la aku menjejakkan kaki ke banglo bertaraf istana tu. Dengan misi menghantar baju-baju tempahan sebanyak tiga pasang. Sepasang night dress labuh, satu baju kebaya moden putih dan sepasang kurung moden. Harga setiap satu aku sendiri kurang pasti berapa ribu. Tengok kain jenis mahal. Tentu mahal.

Orang yang tempah baju ni pun satu, amik sendiri tak boleh ke? Masa tempah tau aje datang ke butik. Tup tup… Bila dah siap, suruh kami hantar pulak. Dah la penat berkejar pegi KLIA tadi tak abis lagi. Aku tak kira, balik Miss Karen nanti aku suruh dia bayar triple untuk gaji hari ni. Ni dah kira ‘over-over’ time ni! Omelku dalam hati. Dalam pada tu, pintu pagar dan pintu rumah dibuka. Itu pun setelah loceng aku tekan berkali-kali. Pekak agaknya orang rumah ni.

Sebelum orang gaji rumah besar tu sempat berkata apa-apa, seorang lelaki menerpa ke arahku.

“Akhirnya… Datang juga you… Masuk! Kita dah tak banyak masa!”

Kita? Masa? Baru aje aku nak buka mulut, tanganku segera ditarik masuk. Dan pintu ditutup. Oo…Ooo…

*********

“SAKIT lah…! Awak ni nak bunuh saya ke apa?” Lelaki lembut tu menjarakkan badannya dariku.

“Honey, tak ada orang mati sebab cabut kening la! You duduk aje la diam-diam!” Katanya dalam nada lembut. Auw… Auw…

“Dah sakit, tak kan nak diam aje. Saya ni bukan robot!”

“I tell you what, untuk jadi cantik you kena la tahan sakit sikit…Tak kan you tak nak ‘impress’kan your future-in-laws?”

Future what?

“Encik Lembut…”

“Nama I Che Nan la… Bukan Encik Lembut, okey?” Gerutunya. Tangannya mula beralih pada peti make-up yang bertingkat-tingkat macam rumah pangsa tu.

“Okey, Che Nan… Mula-mula saya nak tanya, napa saya kena make-up, grooming bagai ni? Saya ke sini cuma nak hantar baju aje…”

Mengilai Che Nan tergelak. Dua orang perempuan merangkap pembantu Che Nan pun bantai sekali gelak. Aku ada wat lawak ke? Dalam pada tu, tangan Che Nan ligat ‘menconteng’ wajahku.

“Dear, you ni nak wat lawak ke ape? Ke you ada temporary amnesia… Malam ni kan you ada sesi berkenalan dengan keluarga bakal tunang you!”

Aku kerut muka. Tunang? Bila masa pulak aku nak bertunang ni? Kawan lelaki aku tak ramai, steady boyfriend pun tak de, macam mana pulak aku nak bertunang. Tak masuk akal betul semua ni!

“Saya rasa ada salah faham kat sini. Saya tak kenal pun siapa bos awak. Saya cuma pekerja butik baju... Dan saya ke sini sebab nak hantar baju-baju tu aje…”

“Pekerja butik? Hmm… You memang pandai berlakon. Sebab tu la paparazzi Malaysia tak dapat kesan hubungan you and Ku. Whatever la…! I tau, you ni mesti tengah gabra sebab nak jumpa keluarga bakal mertua, kan! Tu yang cakap pun merepek-repek. It’s okey! I pernah jumpa lagi teruk dari you…”

“Tapi saya…”

“Okey, dah siap! Sekarang you boleh tengok cermin.”

Aku berkalih ke belakang untuk melihat cermin. Ya Allah, apa dah jadi dengan muka aku ni? Merah sana biru sini. Hmm… Memang lain giler muka aku. Tak pucat lesi dan serabai macam selalu. Cantik gak aku ni ek! Isk, betul ke aku ni? Entah-entah dia letak gambar sapa kat cermin ni…

“Betul ke saya ni?”

“Napa? Tak cantik ke Che Nan solek?”

Che Nan cekak pinggang. Mukanya yang sarat dengan make-up nampak merah. Baru aje dia nak buka mulut kami terdengar seperti bunyi orang bertengkar di luar bilik. Dalam keadaan cemas, pintu bilik dibuka.

“Ku…” Seru Che Nan manja pada lelaki yang menerpa masuk.

Hmm… Ni agaknya bos dia. Kelatnya muka! Lengan lelaki ‘terlebih lemak’ tu dikepitnya erat lalu dibawanya menghampiriku. Rasa-rasa macam kenal aje laki ni. Bukan ke ni laki marathon kat KLIA tadi?

“Siapa pompuan ni?” Soalnya kasar.

Tangan Che Nan yang melingkar di lengannya segera ditepis. Che Nan tarik muka merajuk. Bibirnya yang merah menyala tu dimuncungkan.

Cuma ada tiga orang perempuan aje kat dalam bilik ni termasuk aku. Tapi rasanya ‘pompuan’ yang dimaksudkan tu adalah AKU. Sebab mata dia asyik pandang aku. Pompuan dia panggil aku… Hek eleh, cantiknya bahasa!

“Your future fiancĂ©e la… Cantik sangat ke I solek sampai you dah tak kenal girlfriend you ni lagi…” jawab Che Nan dengan nada ala-ala merajuk manja.

Lelaki tu pandang aku atas bawah atas bawah. Bawah atas bawah atas. Eh, berapa lama nak pandang daa… Kemudian aku tengok mukanya berkerut-kerut. Huh, ‘huduh’nya muka! Fikir benda ape sampai fikir gitu sekali. Macam tengah fikir macam mana nak selesaikan masalah kekejaman Zionis kat Palestin aje gamaknya.

“Che Nan, aku nak cakap dengan pompuan ni kejap! BERDUA aje…” Ujarnya setelah selesai ‘menelaah’ aku.

Che Nan segera faham dengan arahan bosnya. Dua orang pembantunya digamit keluar. Mata lelaki itu terus mengawasi Che Nan dan para pembantunya keluar. Sebaik sahaja pintu bilik tu tertutup, barulah dia memandangku semula.

“You must be the ‘woman’ or should I say the brave and crazy ‘woman’… The one and only woman who dare to take this absurd, childish, idiot job! For your information, I don’t like role play. I prefer real play… As long as you can do whatever I say, I will pay you triple from the agreement that you had agreed before!”

Mulutku membentuk huruf ‘o’ besar. Melopong. Apa yang dia cakap ni? Wat-wat tak faham la… Biar padan muka dia! Tapi memang aku tak faham pun. Role play? Agreement? Dari muka dan warna kulitnya aku tau dia ni bukan Melayu tulen tapi tak kan tak boleh cakap Bahasa Melayu kot? Elok aje dia cakap BM dengan Che Nan tadi. Bukan tak boleh cakap BM, ni mesti kes nak berlagak la ni!

“Encik ni cakap BM tak boleh ke? BM SPM failed ke?” perliku.

“Napa? Awak tak faham ke?” Sindirnya pula.

“Tak!”

“Ridiculous! She could do better than this…!” She?

“Oit! Mencarut apa pulak lagi tu?” Saje mengenakannya.

“Okey, cik what-ever-your-name-is… Saya akan bayar awak tiga kali ganda atau lebih daripada apa yang pompuan giler tu dah bayar pada awak. Dengan syarat awak ikut aje semua arahan saya. Dan mainkan peranan awak sebaik mungkin. Kalo boleh saya tak nak ada kesilapan. Saya nak lakonan yang real!”

Pompuan giler mana pulak ni? Miss Karen ke yang dia maksudkan? Ish… Memang la Miss Karen tu giler… Giler perfect! Tapi itu kira giler macam orang sakit mental tu jugak ke? Lelaki ni kenal ke Miss Karen. Datang butik pun tak pernah rasanya. Macam mana dia bleh kenal pulak? Pelik…

“Peranan?” Soalku. Dagu aku gosok-gosok dengan jari telunjuk.

“Hmm… Wat-wat tak faham pulak! Jadi kekasih saya untuk malam ni SAHAJA. Ingat! Saya tak nak sorang pun curiga atau tau yang awak bukan kekasih saya. Saya tak nak awak malukan keluarga saya. Abis aje malam ni, kita boleh kembali macam sebelum ni; stranger a.k.a. orang asing yang saling tidak mengenali.”

“Encik ni giler la…” Ujarku spontan. Dah memang giler pun permintaannya.

“Pompuan tu lagi giler!” Bentaknya keras. Dia mula mundar-mandir si sekitar bilik tu. Betullah… Aku rasa lelaki ni tak giler tapi tiga suku @ setengah tiang. Ya ampun, napa aku harus terlibat dengan kegilaan orang ni?

“Encik, saya ni sebenarnya…”

“Saya bagi awak masa tiga minit! Awak fikir la sama ada awak nak teruskan atau tidak. Kalo awak setuju, RM10 000 saya akan transferkan ke akaun awak right-away. Baki lagi RM 20 000 saya akan transfer selepas kerja awak selesai.”

Aku kurang pasti dengan bentuk urusniaga yang cuba dijalankan dengan aku ni. Tapi yang pastinya kepala otak aku mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di kampung minggu lepas. Adry, mungkin inilah caranya! Cara terbaik untuk membalas jasa, cara untuk menyelamatkan nyawa!

“Macam mana?”

“Saya setuju!” Ujarku penuh yakin.

“Good!”

Dia meluru ke notebook yang sedia terpasang di sudut bilik. Menekan-nekan papan kekunci dan kemudian menanyakan nombor akaunku. Beberapa minit kemudian, dia menghulurkan notebook itu kepadaku. Jarinya menunjukkan sesuatu di skrin. Wow! Dalam sekelip mata akaun aku dah ada RM 10 021.72… Lumayan!

“Puas hati?”

Aku angguk kepala. Sapa tak suka bila dapat duit? Orang giler pun suka. “

“So… Kita jumpa kat bawah dalam masa…”

Dia merenung jam tangannya seketika.

“…10 minit lagi…See ya!”

**************

Aku masih berdiri di anak tangga. Mana malaun ni? Tadi kata nak tunggu kat sini. Tercangak-cangak kat sini macam orang tak betul aje. Pembantu-pembantu rumah dah pandang semacam aje kat aku. Dah la aku tak kenal sorang pun kat sini. Lelaki tu pun aku tak kenal gak. Tapi at least aku dah borak-borak dengan dia tadi. Che Nan dan pembantu-pembantu dia pun entah ke mana. Alah… Menyesal pulak aku setuju dengan idea giler lelaki tu. Kan elok kalo aku tolak. Dah tentu-tentu sekarang aku dah ada kat rumah makan maggi. Sempat lagi tak kalo aku nak tarik diri? Lelaki tu tak ada. Lagipun sorang pun tak tau ‘urusniaga’ yang kami jalankan. Tapi duit sepuluh ribu dah masuk dalam akaun. Problem betullah!

“Hai! Dah lama tunggu?” Lelaki lengkap ber’tuxedo’ tu di sisiku, aku pandang lama. Sapa?

“Aaa… Awak ni sapa pulak?”

“Ler… Bos awak la! Jom wat grand entrance…!”

Bos? Eh, ni lelaki tadi tu ke? Ye kot… Mata dia sama. Cuma lelaki ni dah tak selekeh macam tadi. Dia dah buang segala misai, janggut, jambang semua. Bila dah buang semua nampak macam… Boleh tahan juga muka dia ni! Aku tersengih sorang-sorang.

“Bagus! Saya nak awak senyum macam tu sepanjang majlis nanti. Ingat, semua persoalan biar saya yang jawab. Kalo saya bagi signal, baru awak boleh jawab.”

Lengannya dihulurkan. Minta dipaut. Aku akur. Berlapik. Tak ape. Dan kami terus melangkah masuk ke ruangan itu sebaik sahaja pintu dibuka oleh pembantu rumah. Seorang lelaki kemas berkot serba putih menghampiri kami. Bahu lelaki di sebelahku ditepuk beberapa kali.

“Aril, berani jugak ko datang! And this must be your…girl… Miss Prejudice?”

“Mr. Charity…?”

Napa aku asyik jumpa balik orang-orang kat KLIA tadi?

***************

Bunyi kutleri yang berlaga sesama sendiri seakan-akan irama yang mengiring irama sentimental yang bergema di segenap ruang makan. Masing-masing khusyuk menikmati hidangan setelah mengaminkan bacaan doa makan Imam Masjid Negeri. Sesekali kedengaran bunyi hilai tawa dari meja-meja berhampiran. Seronok la diorang. Diorang kenal antara satu sama lain. Dah kaum kerabat, mustahil tak kenal kan…! Aku aje macam kera sumbang kat sini. Tapi aku perasan ada sorang girl lebih kurang sebaya aku menangis tersedu-sedan kat meja No. 10. Sampai menimbun tisu atas meja dek hingusnya. Orang tuanya sibuk memujuknya.

“Napa Rianna? Makanan ni tak sedap ke?” soal Nenda Nerrisa yang duduk bertentangan denganku. Orang tua ni nenek pada ‘bos’. Pada perkiraan aku, umur dia dah nak masuk 70 tahun. Tapi masih cun dan kuat lagi. Caya la nenda!

“Bukan macam tu, nenda... Cuma saya dah kenyang!” Terpaksa bohong sunat. Walhal perut aku berkeroncong minta diisi sejak sajian makan malam dihidangkan.

Makanan yang dihidangkan bukan tak sedap. Semua makanan orang-orang kaya. Mana ada ulam petai, pucuk pegaga, ubi, ikan bilis yang biasa kami makan di kampung. Yang ada lobster, stik, salad, dan ntah apa-apa makanan pelik yang tak pernah aku lihat apatah lagi nak memakannya. Bukan tak teringin nak makan. Yelah, benda free depan mata. Cuma aku takut lakonan aku tak menjadi. Yang aku dapat makan cuma salad hiasan kat hidangan lobster tu aje. Itupun ‘bos’ dah siku aku sebab salad tu jatuh atas meja. Aku kuis sampai jatuh ke bawah. Nasib tak ada orang perasan. ‘Boyfriend’ aku ni pun satu! Bukan nak tengok aku kat sebelah ni. Entah pengsan ke, tertelan garfu ke… Sedap aje menyudu. Patut la badan semangat!

“Rianna mesti rasa kekok sebab tak kenal rapat lagi dengan kami, kan?”

“Betul, nenda. Saya tak sangka keluarga nenda ada makan besar malam ni. Ingat jumpa gitu-gitu aje!” Jawabku penuh sopan. Memang itu sebahagian dari lakonan aku. Tapi rasanya tak ada sebab aku nak kurang ajar dengan Nenda Nerrisa. Dia baik sangat dengan aku. Layan aku macam cucu sendiri. Sampai aku lupa yang dia bukan nenek aku…

“Bukan keluarga nenda. Keluarga kita…”

Aku telan air liur. Keluarga kita? Bila masa pulak aku jadi sebahagian dari keluarga ni melainkan aku… ‘bos’… Oh, tidak!

Mama dan papa ‘bos’ cuma menjeling aje. Agaknya diorang tak suka aku. Tak suka sudah! Aku pun malam ni aje jadi ‘awek’ anak ko… Mr. Charity yang berada di hujung meja utama pulak asyik pandang aku. Atas kepala dia semacam ada tanda soal sebesar KLIA dan soalan sebanyak penumpang Airbus.

“Nenda bersyukur sangat dapat jumpa dengan bakal isteri Aril sebelum tutup mata. Rianna pun tahu kan, Aril ni dah layak kawin dah. Nenda kalo boleh nak kamu kawin secepat mungkin. Yelah, nenda ni dah tak lama lagi…”

“Nenda, napa cakap macam tu? Nenda kan Aril punya wedding planner. Kalo boleh Aril nak nenda jadi pengapit pengantin Aril…”

Nenda Nerrisa ketawa kecil. Ahli meja utama turut pun ketawa. ‘Bos’ memang pandai wat lawak. Lawak bodoh!

“Nenda ni dah tua. Selalu sakit-sakit. Asyik kuar masuk hospital. Doktor pun dah muak tengok muka nenda yang berkedut ni.”

“Jangan risau, Aril akan kawin tahun ni. Kan Aril dah janji!”

Tiba-tiba Nenda Nerrisa bertepuk tangan.

“Bagus la gitu! Alang-alang semua dah ada ni, apa kata Aril kahwin malam ni aje!”

“Hah?” Ternganga mulut aku. Lalat bagi salam nak masuk pun aku tak sedar.

“Nenda, saya tak sedia lagi!” Sudu garpu lepas dari tangannya.

“Ma, Aril kan tak sedia lagi!” Bantah mama ‘bos’.

“Ma, Aril tak stabil lagi… For God sake, he’s only 25 years old!” Tukas papa ‘bos’ pula.

“Nenda, it’s too soon!”

Saudara-mara ‘bos’ yang lain turut membantah. Nenda Nerrisa bangun lalu menepuk meja.

“Enough!” jerit Nenda Nerrisa. Dia memegang dadanya. Nafasnya turun naik dengan kencang. Meja utama kembali diam. Nenda Nerrisa duduk semula.

“Nenda, marrying a girl almost at midnight is ridiculous!” ‘Bos’ bantah lagi.

“Itu bukan sesuatu yang tak masuk akal sekiranya Aril cintakan Rianna, kan? Korang dah 3 tahun bercinta. Dah rancang nak kahwin tahun ni. Jadi, apa salahnya kahwin malam ni aje? Sama aje ape!”

“Tapi kita tak ada preparation, ma…” Mama ‘bos’ bersuara tegas.

“Fasal hantaran, majlis resepsi dan yang lain-lain, kita tolak tepi. Kita buat yang wajib aje! Akad nikah… Rianna pun anak yatim piatu. Lagi senang la keje kita…”

Aku pejam mata. Nenda berkeras. Dia ada jawapan pada semua bantahan yang dibuat. Nampaknya ‘bos’ aku ni dah terjerat dengan permainannya sendiri. Yang tak best nya aku pun turut dijerat.

“Tapi nenda, cuba nenda fikir. Mana ada pejabat agama buka malam-malam ni. Syif kadi pun dah abis!”

Bagus! Teruskan ‘bos’! Jangan cepat mengalah. Ni soal hidup mati kita ni!

“Betul tu nenda… Lagipun keje kawin ni amik masa. Saya nak gak rasa dapat hantaran 15 ke 20 dulang. Sirih junjung tu bleh gak la wat gosok-gosok kat gigi. Bunga manggar untuk wat hiasan dalam bilik. Confirm, memang kita orang tak boleh kawin malam ni!”

“Kamu ni semua… berani bantah… cakap nenda…kamu…”

Nafas nenda turun naik secara abnormal. Tangannya dah kejap memegang dada. Nenda ni ada sakit ape? Asma? Jantung? Aparu-paru? Dan kami mula panik bila nenda rebah. Nasib sempat disambut oleh papa ‘bos’.

“Nen… nenda nak… Aril kawin… malam ni juga… ni permintaan terakhir nenda!”

************

Akhirnya mimpi buruk yang tak pernah aku bayangkan terjadi juga. Khayalan indah disunting oleh putera raja idaman hati cuma tinggal kenangan. Lakonan selama 3 jam 30 minit dan 39 saat, akhirnya berubah menjadi satu kenyataan yang menakutkan. Terikat dalam sebuah perkahwinan yang langsung tak pernah terlintas dalam benakku.

Wajahku disolek cantik oleh Che Nan. Tubuhku disalut pakaian pengantin putih gading. Sedondon dengan tudungnya. Bilik ‘pengantin’ku penuh dengan kerabat perempuan ‘bos’. Semua mata asyik tertumpu padaku. Maklumlah, ini merupakan kali pertama ‘bos’ bawa balik awek misterinya. Selama ni diorang dok fikir yang ‘bos’ bercinta dengan orang halimunan! Dek takut awek ‘bos’ cabut lari, tu la idea nikah express ni timbul dalam kepala nenda. Nenda nampak rileks berbanding tadi. Mati-mati aku ingat dia kena heart attack. Bila aku cakap aku setuju kawin dengan cucu dia, terus aje sakit dia hilang. Rupanya nenda lagi pandai berlakon! Dah terlajak kata, terpaksalah…

“Tengku Farriel Izumi bin Tengku Mohamad Faris, aku nikahkan engkau dengan Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM 80 tunai…”

Tengku Farriel Izumi? Huwargh huwargh huwargh…! Lawaknya nama. Izumi… Macam nama orang Jepun aje. Tapi… Kenapa aku macam pernah dengar aje nama tu ek?? Sapa? Sapa? Sapa? Isk… Tak boleh ingat!

“Aku terima nikahnya Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM 80 tunai.” Suara ‘bos’ jelas kedengaran. Menyambut akad yang dilafazkan oleh tok kadi.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!”

Sah! Tengku Farriel Izumi Tengku Mohamad Faris tu Farriel Izumi. Aril... Ala… Beruang sepet kutub utara. Dingin sedingin iceberg. Student lelaki yang paling sengal kat sekolah dulu. Budak yang tak pernah senang kehadiran aku kat sekolah tu. Ada aje rancangan nak mengenakan aku….Budak yang tak pernah betul moodnya… Mampus aku!

Farriel masuk ke bilik. Menundukkan badan dan menyarungkan cincin emas putih ke jari manisku. Demi terpandangkan mata-mata yang memerhati, aku paksa diri untuk menjayakan upacara membatalkan air sembanhyang itu. Dalam keadaan separuh rela, aku tunduk mencium tangannya. Kerlipan kamera digital menyilaukan mata.

“AD, kita jumpa lagi rupanya…!” Bisiknya setelah selesai mengucup ubun-ubunku. Dia ingat? Mata kami bertentangan. Pandangannya penuh makna. Sukar kutafsirkan maksud pandangan itu. Yang pastinya, ia bukan sesuatu yang baik.

Tiba-tiba duniaku gelap.

~End of Part 1 ad‘+’iz : Romance de Amour~

7 comments:

Anonymous said...

cite ok tp mcm tergantung.

wawa said...

cite ni ade part 2 kerr?? gantung la eury...

sasa said...

alahai.....td bke blog pnlisan 2 u.dah bce bab 2 tp still tergntung..nle nk abis cite ni............

Anonymous said...

best la awk....1st time baca dh suka..hehe...all the best..

Anonymous said...

citer akak best....all the best

Nur Sara Sufia said...

Hurmm.. mcm pnh aku bca plot mcm ni.. sebijik... hurmm...

Nur Sara Sufia said...

Hmm.. cam cimplak idea novel tu la.. mak andam apa nth.. xigt tjuk

Followers