Thursday, June 4, 2009

ad+iz Part 6


Semua yang berada dalam bilik terdiam. Sekadar memerhatikan tingkah Doktor Talhah dan pembantunya.

“Bagaimana keadaan dia, doktor?” Soal nenda sebaik sahaja Dr. Talhah selesai menjalankan tugasnya.

“Selain dari demam biasa, dia okey. Cuma tekanan darah agak tinggi berbanding normal. Mungkin disebabkan kurang rehat dan pemakanan yang tak teratur.” Terang Dr. Talhah.

“Alhamdulillah…” Nenda mengucap syukur.

“I told you, nenda. She’s okey. Doktor kat klinik tadi dah check. Dan sahkan pun Adry sihat…” Ujar Ihsan.

“Nenda cuma nak kepastian aje. Takut doktor tu check sambil lewa!” Nenda menegakkan pendiriannya.

“Jangan risau, puan. Puan Adrianna okey. Dia cuma perlukan rehat. Tapi puan, maaf kalo saya bertanya ye… Boleh saya tau kenapa dahi Puan Adrianna lebam?”

Nenda dan Tengku Khalidah berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka melempar pandang pada Farriel pula. Ihsan Cuma diam di sudut bilik.

“Aril rasa dia terlanggar pintu bilik air pagi tadi. You know Adrianna, kan? She’s a little bit clumsy and careless, sometimes…” Jawab Farriel. Tiada keyakinan dalam nada suaranya. Kerana jawapannya rekaan semata-mata.

“Ooo… Kalo begitu tak ape la. Saya balik dulu. Jangan lupa bagi dia makan vitamin dan ubat tepat pada waktunya.” Pesan Dr. Talhah sebelum beredar. Nenda dan Tengku Khalidah mengiringi Dr. Talhah dan pembantunya ke bawah.

Ihsan yang ingin berlalu, segera ditahan oleh Farriel. Mata mereka bertentangan.

“Macam mana AD boleh ada dengan ko?” Soal Farriel garang.

“Macam mana pulak ko jaga bini? Baru dua hari kawin dah lebam dan pengsan... It’s so not you!”

“She’s a little bit tense and exhausted, lately… Lebam kat dahi tu pun sebab dia yang cuai!” Farriel mencari alasan lagi.

Ihsan senyum meleret. Adry terbaring tidur di katil dipandangnya lama.

“Aku tak tau apa yang jadi antara korang berdua tapi…” Kata Ihsan terhenti seketika di situ. Dia berjalan mendekati Farriel. Ditepuknya bahu Farriel beberapa kali.

“… lepaskan Adry. She’s too naïve. Adry tak mungkin dapat menyamar jadi Marina Irriani, kekasih ko tu!”

Dan Ihsan berlalu meninggalkan bilik itu. Kaki Farriel bagai dipaku ke lantai.

@~@~@~@~

Hujung kaki terasa dikuis-kuis. Makin lama makin kuat. Apa benda pulak ni? Kepala terasa berat. Ubun-ubun kepala aku picit perlahan. Kakiku dikuis lagi. Aku tendang ‘benda’ tu. Sibuk aje kaco orang tido! Pergi main jauh-jauh!

“Adoi!” Terdengar jeritan dari hujung kaki. Rasa macam kenal aje suara tu. Bukan ke suara…. Biji mata aku buka luas-luas. Farriel yang duduk berlunjur di sofa, menggosok-gosok kakinya.

“Iye, tak iye ko sakit ni? Tulang besi ape kaki ko tu!” Omelnya.

Aku bingkas duduk. Memandang sekeliling. Cuba mengingati apa yang terjadi. Benda last yang aku ingat; pergi butik, jumpa Kak Timah, Chot, Imah, Nini, Sabariah. Pastu macam dengar suara cemas Ihsan. Doktor, jururawat… Eh, dari mana pulak doktor dan jururawat tu datang? Macam mana pulak aku boleh terbaring kat bilik ni? Aku garu kepala. Eh… Tudung aku mana?

“Ko pengsan kat butik petang tadi. Ko tak ingat ke?” Terang Farriel. Pengsan? Aku geleng kepala.

“Tengku Ihsan?” Terpacul nama itu dari mulutku. Aku cuma mahu kepastian sebab aku macam dengar suara dia dalam fikiran aku yang tengah ‘blur’ masa tu.

“Oh… Part Ihsan tu, ko ingat pulak?” Soalnya jengkel.

“Aku tak berapa ingat. Tapi… Dia ada ke masa aku pengsan?”

“Kawan ko kat butik tepon Ihsan bila ko pengsan. Pelik! Sejak bila pulak ko rapat dengan Ihsan? Yang paling penting, macam mana Ihsan boleh tau fasal Marina? Ko bocorkan rahsia, ek!” Kata Farriel penuh curiga.

“Bila masa pulak aku bocorkan rahsia? Ihsan memang dah tau tentang semuanya!” Jawabku.

“Dah tau…? Semuanya? Macam mana?” Soal Farriel bertalu-talu dengan nada pelik.

“Okey… Biar aku terangkan. Ihsan nampak ko kejar Marina kat KLIA. Kebetulan flight dia baru tiba dari New York. Masa ko tengah busy kejar Marina tu la ko langgar aku. Aku pulak terlanggar si Ihsan. Kat situ la kami kenal. Dan secara tak langsung Ihsan tau yang aku bukan awek ko. Ada faham?” Terangku. Ada rasa geram dalam hati.

Farriel tanggalkan cermin mata. Batang hidung digosok-gosoknya. Seperti sedang berfikir. Mungkin tengah menyusun jalan cerita yang berlaku antara kami bertiga. Lama dia terdiam sebelum bersuara kembali.

“Aku tak nak ko rapat dengan Ihsan lagi. Bercakap dengan dia pun jangan! Ko tu mulut tempayan! Nanti entah apa-apa lagi yang ko cite kat dia!” Farriel memberi amaran keras. Muka dia serius aje. Yek yek… Tak takut pun! Eleh, dia sendiri yang tak pandai simpan rahsia, nak salah aku pulak…

Satu kotak sederhana besar dicampakkan ke katil. Betul-betul landing kat sebelah aku.

“Apa ni?” Soalku bodoh.

“Peti sejuk!” Jawabnya selamba.

Yaiks…! Tak kan peti sejuk sebesar ni? Aku belek kotak hitam tu.

“Handphone la. Tak kan lepas kena dukung dengan Ihsan, ko dah tak kenal rupa handphone lagi?” Selar Farriel.

Kelat muka aku. Masa bila pulak aku kena dukung dengan Ihsan ni? Apa kes sindir-menyindir aje keje ni? Tak kan terlebih hormon estrogen kot!

“Lepas ni, kalo ko rasa-rasa macam nak pengsan lagi ke, nak tergolek ‘dog’ ke, cepat-cepat tepon aku! Jangan nak mengada-ngada pengsan depan Ihsan lagi! Unless, ko memang suka si Ihsan tu dukung ko ler…”

Farriel bangun dari sofa. Mengatur langkah ke pintu bilik. Aik, emosi pulak mamat sepet ni! Entah bila Ihsan dukung aku entah. Pandai-pandai aje wat cite. Kotak handphone depan mata, aku selongkar isinya. Bestnya, dapat handphone tu!

@~@~@~@~

“Nenda!”

Belakang nenda Nerrisa aku peluk. Nenda yang tengah sibuk menelek orkid di taman mini terkejut. Namun pelukanku tetap dibalasnya dengan senyuman. Dibawanya tubuhku duduk di kerusi di tepi taman.

“Napa Rianna keluar rumah? Panas kat luar ni! Demam Rianna baru aje nak kebah.”

“Ala, nenda… Demam Adry dah elok la! Adry bosan duduk dalam rumah. Lagipun, dah dua hari Adry berkurung. Asyik makan, minum, tido. Makan, minum, tido. Lama-lama gemuk la, Adry!”

Nenda ketawa. Tubuhku dibelai-belainya. Sayang benar dia denganku. Tengok macam hari tu, sanggup dia bertunggu-bertangga kat bilik aku semata-mata nak temankan aku makan. Kemudian dibelikan pulak aku buku cerita dan majalah. Takut aku bosan katanya. Nenda buat aku tak kekok untuk tinggal dalam ‘istana’ Tengku Faris @ bapak mertua aku ni.

“Badan keding macam Rianna ni mana la boleh gemuk. Lain la badan nenda ni. Macam dipam-pam kalo asyik melepak aje atas katil tu!”

Aku ketawa senang. Rianna… Suka benar nenda memanggil aku dengan nama tu. Tak tau kenapa dia tak nak panggil aku Adry. Tak pun panggil AD, macam si Farriel tu wat.

Aku cuit cookies dalam piring. Ngap! Terus masuk mulut. Hmm… Sedap!

Tiba-tiba nenda menggenggam jariku. Erat. Tercengang aku kejap. Napa ni?

“Terima kasih, Rianna… Terima kasih banyak-banyak!” Katanya sayu. Mata tua nenda aku pandang. Ada air mata yang mula bertakung di birai matanya. Nenda nak nangis ke?

“Ish, napa nenda cakap macam tu? Terima kasih untuk apa?”

“Sebab sudi kawin dengan Aril. Nenda sangat hargai pengorbanan Rianna.”

“Ha? Tak ada ape-ape la, nenda. Small matter aje tu. Lagipun, Adry kan memang ‘cinta’kan Farriel.” Sengaja aku tekankan perkataan cinta tu. Berlakon biar real.

Nenda merenung jauh.

“Aril tu nampak aje macam tu. Tapi hakikatnya hidup dia penuh dengan kesedihan…” Nenda mula bercerita. Aku diam mendengar.

“Mama dan papa mertua kamu tu selalu sangat outstation luar negara. Kejar harta dunia. Abaikan tanggungjawab pada anak-anak, terutamanya Aril. Pada nenda la Aril menumpang kasih. Bila dah besar macam ni, perangai anak-anak sendiri pun mereka tak faham. Taunya mengatur hidup budak-budak tu. Kamu sendiri nampak kan macam mana hubungan mereka anak-beranak?”

Walaupun tak berapa jelas dengan apa yang diperkatakan oleh nenda, aku tetap menganggukkan kepala. Patut la Farriel macam ‘dingin’ aje dengan mama dia. Dengan papa dia pun ala-kadar aje bercakap. Itu pun terhad pada hal-hal berkaitan keje.

“Bila Ann pergi, lagi la bertambah sunyi hidup si Aril tu. Nenda tak pernah tengok Aril senyum apatah ketawa semenjak hari tu. Sampai la kelmarin…”

“Macam mana dia boleh ketawa kelmarin?” Soalku kurang sabar. Mimpi apa mamat artik tu sampai tiba-tiba berubah sikap. Ann tu sape pulak?

“Rianna muntah kat baju Ihsan masa Ihsan cuba suapkan Rianna makan. Itu yang dia rasa lawak sangat tu. Rianna tak ingat, ek?”

Aku pantas geleng kepala. Tapi aku ingat Ihsan ada datang menjenguk aku. Farriel kata Ihsan dukung aku balik ke rumah. Nenda kata aku muntah kat Ihsan. Aik, napa aku tak ingat satu ape pun? Dahsyat jugak penangan demam aku kali ni. Siap amnesia lagi. Huhu… Elok gak tak ingat. Kalo tak, mesti tebal muka 3 inci bila jumpa Ihsan lagi nanti.

“Nenda harap sangat kehadiran Rianna ni akan menceriakan kembali hidup Aril. Dia dah puas menderita. Biar la hidup bahagia lepas ni. Rianna, janji dengan nenda. Janji yang kamu akan bahagiakan Aril…”

Mata nenda penuh dengan sinar pengharapan. Aku jadi serba-salah untuk menjawab. Kalo la nenda tau yang aku ni kawin kontrak aje dengan Farriel… Perkahwinan kami akan berakhir sebaik sahaja Marina kembali ke sisi Farriel atau sekiranya aku sudah mempunyai pilihan hati. Mana-mana yang terdahulu antara dua perkara itu.

Laungan Akiha mengajak aku dan nenda makan mematikan perbualan kami. Aku mengucap syukur kerana dapat lari dari situasi ‘tersepit’ itu. Nenda segera ku papah sehingga ke meja makan. Lawak jenaka Akiha dan Hana menghiasi perbualan kami sepanjang makan tengah hari berlangsung.

@~@~@~@~

Kereta Honda City warna biru metalik meluncur laju. Aku tengok meter. 80 kmj. Kalo agak-agak jalan lengang aje sket, ditekannya minyak sampai 120 kmj. Selagi boleh menyelit, dia akan menyelit. Wei, si Farriel Izumi ni memang nak suruh aku mati cepat ke apa? Aku belum tempah tanah kubur lagi la…

“Izumi!” Jeritku bila kereta yang kami naiki hampir dilanggar lori yang entah dari mana datangnya. Mujur Farriel cepat-cepat mengelak.

“Kan aku kata jangan pangil aku dengan nama tu!” Bentaknya kasar.

“Tu nama ko jugak ape…” Sapa suruh bapak ko letak nama tu. Aku panggil aje la. Seronok gak dapat ‘usik’ dia ni.

“Aku memang tak suka ko panggil aku dengan nama tu. Aku dah warning kat ko masa sekolah dulu, kan?”

“Bla bla bla… Okey, what-ever! Macam la special sangat nama tu! By the way, bila ko nak bayar baki upah aku jadi ‘awek’ ko tu? Lagi RM 20 ribu… Upah aku jadi isteri ko, ko jangan buat-buat lupa pulak!”

“Hahaha… Ko ni tak ada keje lain. Duit, duit, duit. Ko lahir atas duit ke dulu?” Kata Farriel jengkel.

“Aku tuntut hak aku aje… Mana ada benda dalam dunia free. Nak masuk toilet pun kena bayar 30 sen tau. Ada sesetengah toilet, kena bayar sampai RM5 tau!” Aku wat muncung itik.

Dia yang janji ape. Triple dari upah yang kononnya si Marina tawarkan pada aku. Dan RM 2 ribu ‘bersih’ sebulan. Upah jadi isteri kontrak mamat senget sebelah aku ni. Masyuk! RM20 ribu + RM10 ribu (5 bulan duit gaji aku) = RM30 ribu. Dengan duit sebanyak tu, dapat la aku bayar hutang ayah tiri aku dengan Ah Long. Tak payah sakit-sakit kepala lagi fikir. Beres!

Perjalanan kami berakhir di sebuah banglo dua tingkat berkembar. Ia terletak di bahagian paling hujung dalam deretannya. Tanpa menunggu Farriel, aku terus keluar dari kereta. Meninjau keadaan sekeliling rumah. Tengok dari luar aje aku dah jatuh suka. Dindingnya dicat warna kuning jagung dan putih. Ada garaj yang boleh muat 2 biji kereta. Ada laman sederhana luas di tepi. Hmm… Leh tanam bunga macam nenda buat. Letak kerusi batu kat tengah. Kalo kaya sket, boleh wat landskap air terjun ke kolam ikan ke… Petang-petang boleh la minum petang sambil amik angin. Huish, tingginya angan-angan! Tapi memang betul la… Betul-betul macam rumah yang aku idam-idamkan. KECUALI part yang aku kena tinggal dengan Farriel hyppo ni la… yaiks!

Cermin kereta diturunkan. Farriel julur kepala dari dalam kereta.

“Hah, apa lagi?” Sergah Farriel.

“Ape?” Soalku terpinga-pinga. Lupa lak ada mamat ni!

“Bukak ler pintu pagarnya…”

Hujung bibir atas sengaja aku naikkan sehingga mencecah bahagian bawah hidung. Ape punya laki la… Kejenya tak ada lain, membuli aku. Masa kat rumah mama papa dia lagi dia dah tunjuk belang. Tak boleh tengok aku senang. Kejap-kejap…

“AD dearie, buatkan kopi kurang gula satu!”

Padahal kat meja depan mata dah ada kopi seteko. Tak nak, katanya manis. Nanti bertambah gemuk. Ceh, tak nak minum air manis konon. Tapi kalo kat meja makan tu, lagaknya dah macam orang Somalia tak pe pulak. Aku yang tengah syok tengok TV dengan nenda tu, nak tak nak terpaksa la menapak ke dapur. Kalo tak fikir nenda dan mak ayah dia yang ada sama, nak aje aku mandikan Farriel tu dengan sebaldi air kopi. Biar dia rasa. Tapi bila aku sukat tahap kesabaran, untung la masih ada yang berbaki.

Satu lagi taktik dia nak membuli…

“Sayang, briefcase tinggal kat bilik. Tolong amik!”

Hui… Dalam pada nak muntah dengar dia panggil sayang, aku gagahkan jugak panjat tangga sampai tingkat tiga rumah. Kok ada lif lain la cite! Patut-patutnya dia yang kena exercise turun-naik tangga. Biar lemak-lemak dalam badan dia tu susut. Ni tak, aku gak yang bertambah slim…

Tapi yang paling sadis…

“AD, pinggan dengan sudu ni berminyak la. Pergi amik yang lain!”

Belum sesudu nasi masuk dalam mulut. Air pun tak sempat teguk lagi. Dengan perut yang berirama heavy metal, aku seret jugak la kaki ke dapur. Nasib rumah orang. Kalo rumah aku, aku bagi dia makan atas pinggan kertas. Nak tambah sadis, aku bagi daun pisang aje wat alas. Biar dia rasa. Manja tak bertempat. Kalo dah depan mama papa dan nenda dia wat aku macam tahanan juvana, bila dah dok rumah sendiri ni, aku tak tau la apa bentuk ‘seksaan’ dia akan wat dekat aku.

Dalam pada mengomel tu, pintu pagar tetap aku buka. Yelah, aku ni keje makan gaji. Kena la patuh. Pintu rumah dibuka oleh Farriel. Pergh! Macam tongkang pecah. Tak ubah macam kapal Jack Sparrow lepas kena serang dengan sotong kurita bersaiz giant tu. Almari, rak kasut, kotak-kotak, beg baju berlambak sana-sini. Habuk tak usah cite la. Lagi tebal dari tapak kasut aku ni!

“Wei, ko cakap ko dah kemas rumah ni! Ko tipu nenda, ek?”

Farriel angkat bahu dengan wajah selamba.

“White lies! Aku tak nak sia-siakan duit gaji yang aku bagi kat ko tu!” Jawapan yang dia bagi… Marvelous! Ei, geramnya aku tengok muka dia! Rasa nak ‘uli-uli’ aje muka dia yang cerah tu.

Farriel menghilangkan diri di tingkat atas. Tak lama kemudian dia turun dengan memakai t-shirt yang kusam berwarna biru bersama jeans yang dah koyak bahagian lututnya.

“Tunggu apa lagi? Pergi la tukar baju! Kemas mana yang patut.”

Bila dilihatnya aku masih kebingungan, Farriel menyambung arahannya.

“Dalam masa 30 saat, AD! Kalo ko tak siap jugak, aku potong gaji ko! RM 10 for every second.” Katanya bersungguh-sungguh.

Mendengar katanya, tangga pantas aku daki. Aku angkut sekali beg pakaian. Menukar pakaian secepat mungkin. Ape punya arahan daa… Mengalahkan trainee kat akademi polis. Yang tak tahan tu, siap bagi masa lagi. kalo lama tak pe jugak. Ni setakat 30 saat. Okey, siap! Tangga rumah aku turuni.

“Lambat 9 saat. Potong RM 90…” Ujar Farriel sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

Aku hanya mampu mengeluh. Ko ingat aku robot ke hape? Tak ape… Kenakan la aku selagi boleh… Sampai masanya, giliran ko akan tiba pulak!

@~@~@~@~

Farriel celik kat mata. Jam di sisi pantas dicapainya. 7.30 pagi? Alamak… Dah lambat! Mampus… Terbabas Subuh aku! Bertuah punya AD. Bukannya nak tolong ketuk pintu, kejut aku... Nama aje jiran sebelah bilik.


Pintu bilik dibuka. Cuba mengesan di mana kedudukan AD. Bila didengarnya bunyi bising di dapur, dia membuat kesimpulan bahawa AD sedang memasak. Perutnya terasa lapar serta-merta. Tuala mandi dicapai. Siap mandi ala kadar, pakaian dalam almari di selongkarnya. Mencari kemeja yang paling tak berkedut. Setelah puas dengan penampilannya di cermin, baru la dia turun.

Suasana rumah senyap sunyi. AD tak kelihatan di mana-mana. Dah berambus pulak ke? Lantak ler… Tudung saji atas meja dibuka. Masa untuk makan.

Apa nih???

Sudu, garpu, pinggan, gelas, semua elok susunannya. Masalahnya pinggan dan gelas yang ada, semuanya kosong. Tak ada isi. Ke, lutsinar makanan yang dihidangkan dek AD ni? Nota di atas meja dicapai oleh Farriel.

‘To Izumi dear, Orang diet tak boleh makan banyak-banyak. Makan banyak angin tak pe… Sebab angin free dan tak menggemukkan! J ~AD~’

Kertas kecil tu direnyukkan.

“AAA….DDD…..!!!!!!!!!”

Aku yang baru nak melangkah masuk ke dalam teksi, tersengih-sengih macam kerang busuk sebaik sahaja terdengar jeritan Farriel. Huwargh, huwargh, huwargh... Padan muka ko! Ada ubi ada batas, kalo boleh hari-hari aku nak balas…

19 comments:

Anonymous said...

lawak tul, sambung lg ye

Anonymous said...

ngee~
besh3!!
smbung lg ye..cpt2 tw..
keh3~~

Anonymous said...

besttttttttttt....... superbbbbb.......

Anonymous said...

agak2 sampai part berapa ya?
best.....sambung lagi ye...hehe...

keSENGALan teserlah.. said...

hahah..
lawak tol..
cian si izumi uh..
kobar2 nk mkn,,
skali angin je ade..,
ekeke..
smbung2..

azzakiah said...

hahahaha..
comel sungguh mereka berdua ni...
hahahaa..
lawak je.. :D

cepat2 sambung taw..

ⓛⓘⓣⓣⓛⓔ ⓢⓠⓤⓐⓡⓔ said...

hahhahaha...
bila nk oart jatuh cintan nie,.
tgu awak smbg cpt2...

Anonymous said...

cepat la smbung.
wat la part AD ngan ihsan byk2.
cam sweet je.

misz nana said...

Kihkihkih..

nbm5471 said...

tak habis2 yaiks... kah kah...
alamak macam perli jer citer nih...
terasa pakcik....!!!

nbm5471 said...

"No One Like You"

And reach out will it not be soft and kind
At rest from life
from patience and from pain
At rest from bliss
we know not when we find
How can I have enough of life and love

In your eyes are my secrets
that I've never shown you
In my heart I feel
I've always known you
In your arms there's a comfort
that I never knew
You're what I've been waiting for
there's no one like you

Sure as the sunrise
pure as a prayer
You fashioned hope
right out of thin air
Every dream I abandoned
seems it could come true
I believe in miracles
there's no one like you

Innocent as a newborn
in a world so frightening
It's as if my world's
been struck by lightning
Every dream I abandoned,
seems it could come true
I believe in miracles,
there's no one like you

Unknown said...

hehehehehe... yaiks,
hehehehe terasa den...
menarik cepat la smbg k...

Anonymous said...

best2!!!
sambung ar cpt2.....
x sabar nk bce nie....
huhuhu

white_silkenz said...

miss eurydice...i,ve just fallen in luv wif dis story....cepat2 smbng yer...

Bulanhijau said...

huhuhuhu~
so funny
smbg2

Anonymous said...

sangat comel n menarik..
i can't wait 4 next part..
keep it up girlz

has-9 said...

baek punyer!!

nursya said...

sempoi ar AD..
cayok!cayok!
hahahaha

faiicie said...

comeyyyyyyyyyy...
ermmmm...
tak sbr nak abis kan cite nie...

Followers