Wednesday, May 27, 2009

ad+iz Part 4


Tepat 6.20 pagi, aku terjaga dari tido. Itupun sebab jam di sisi katil berbunyi. Entah sapa yang kunci jam tu, aku sendiri tak pasti. Yang pastinya, Farriel tak ada dalam bilik tu. Aku lap air liur yang meleleh di tepi mulut. Bila masa aku terlelap? Benda last yang aku ingat, aku dengan Farriel tengah ‘berdebat’ fasal isi-isi perjanjian perkahwinan kami.

Tangan dan kaki aku luruskan. Hampir sejam tido menongkat dagu di sofa membuatkan kaki dan tanganku ‘semut-semut’. Menyerigai aku tahan sakit. Aku pandang ke bawah. Masih lengkap berbaju pengantin. Badan yang melekit membuatkan aku rasa tak selesa. Aku selongkar almari baju. Hehe… Wat aje macam rumah sendiri! Nampak tuala, terus aku sambar. Baju yang kupakai semasa datang ke sini semalam, aku ambil. Shower time! Lepas pastikan pintu bilik air tak boleh dibuka dari luar dan tak ada kamera tersembunyi, baru la aku confident nak mandi.

Siap mandi, aku jenguk kepala ke luar. Masih tiada orang. Fuh! Selamat… Sampai di katil, aku nampak baju, seluar track bottom, tudung dan sepasang telekung atas katil. Sejadah mengadap kiblat pun dah siap terbentang atas lantai. Hmm… Mungkin Kak Nani! Tanpa berlengah, aku masuk bilik air balik. Tukar baju.

Selesai solat Subuh, aku berteleku sebentar atas sejadah. ‘Bercakap’ dengan Penciptaku. Usai berdoa, aku turun ke tingkat bawah. Tiada sesiapa kelihatan. Satu-satunya ruang yang ‘hidup’ adalah bahagian dapur.

“Assalamualaikum…”

Seisi dapur menoleh ke arahku. Salamku disambut oleh empat orang pembantu di situ. Kak Nani menghampiriku.

“Awalnya puan bangun. Ada apa-apa yang puan nak?” Soalnya.

“Ape akak ni? Ber’puan-puan’ pulak. Panggil Adry dah la. Akak dengan yang lain-lain ni nak masak ape? Adry tolong, ek!”

Aku terus duduk di meja. Pisau bawang kucapai.

“Eh, jangan la. Nanti kalo puan besar tau mesti dia marah.” Ujarnya takut-takut. Puan besar tu kira nenda la kot.

“Tak pe. Kalo ‘puan besar’ tu marah, nanti saya slow talk dengan dia. Ha.. Lupa nak cakap, terima kasih ye kak sebab bagi pinjam baju dan telekung…”

Kak Nani nampak seperti terpinga-pinga. Biasa la… Orang baik dan lembut macam dia ni memang bukan jenis yang suka mengharapkan balasan.

“Eh, apa pulak berterima kasih dengan akak… Bukan akak…”

Ha! Tengok… Masih nak nafikan.

“Tak usah nak malu-malu la, kak. Jom, saya tolong akak-akak ni semua masak!”

Walaupun berkali-kali aku dihalau supaya keluar dari dapur, tapi aku tetap berkeras untuk membantu. Kalo aku duduk memerap dalam bilik pun, bukan aku dapat apa-apa. Lebih baik duduk dapur. Dapat jugak ‘cuit-cuit’ makanan yang ada. Lapar!

@~@~@~@~

Tepat jam 8 pagi, barulah seisi keluarga Nenda Nerrisa turun ke meja makan. Agaknya kalo tak fikir perut lapar, masing-masing lebih suka mengular atas katil. Astagfirullahalazim… Mengumpat orang pulak pagi-pagi buta ni!

Nenda Nerrisa, Tengku Faris dan Tengku Khalidah iaitu mama papa Farriel, Farriel, Tengku Makmur dan Tengku Muhainis iaitu pak long dan mak long Farriel, Tengku Ihsan a.k.a Mr. Charity, Tengku Murni Hadirah a.k.a tuan puteri cengeng yang menangis sepanjang malam tadi a.k.a adik Tengku Ihsan, dan Tengku Yuhana Ayumi iaitu adik bongsu Farriel, mula mengambil tempat masing-masing. Aku lebih senang membantu Kak Nani dan yang lain-lain menghidangkan makanan. Macam kekok aje nak join diorang.

“Rianna, napa kamu pulak buat keje diorang... Mari kita makan sama-sama! Hana, kamu anjak ke tepi. Bagi Rianna duduk sebelah Aril…” Arah nenda.

Aku cuma boleh mengangguk. Sempat aku pandang mata-mata yang mengerlingku. Hana tersenyum ke arahku. Tanpa banyak bicara, dia patuh dengan arahan nenda, mengosongkan kerusi di sebelah Farriel.

Farriel tarik kerusi untukku. Alahai, romantik la pulak laki aku pagi nih!

“Behave yourself!” Sempat dia berpesan masa aku nak letak punggung.

Huh! Romantik ada makna rupanya. Aku maintain senyum.

“Macam mana tido malam tadi, Rianna? Okey?” Soal nenda.

Isk… Nenda ni, aku dah cakap suruh panggil Adry aje semalam. Tapi dia nak gak panggil aku Rianna. Tak tergeliat ke lidah dia nak sebut nama aku tu? Aku pulak tak biasa kena panggil dengan nama tu!

“Macam mana apa, nenda?” Soalku dalam pada menyambut mangkuk berisi mihun yang dihulurkan oleh nenda.

Hana dan nenda berdehem-dehem sesama sendiri. Siap gelak-gelak lagi. Tak kan tekak kering serentak kot? Air oren se’jug’ atas meja tu minum la. Pembantu rumah yang tengah hidangkan sarapan tersenyum-senyum. Apahal?

“Tak ada apa-apa la... Bengkak mata kamu. Mata Aril pun bengkak. Korang tak tido ke semalam?” Ujar nenda bila tawanya tinggal sisa.

“Mana boleh tido, nenda! Busy…” Jawab Farriel pantas. Farriel tersengih gatal memandangku. Jap…! Dia jawab apa tadi? Ghau! Darah naik ke pipiku.

“Ta… Tak, nenda! Bukan macam tu. Tak busy pun… Aaa…”

Nenda dan Hana mengulum senyum. Mr. Charity a.k.a Ihsan. Join gelak. Tapi gelak dia ni lain macam sket la…

“Sikit sangat kamu makan, Aril? On diet ke?” Nenda mengalih tajuk bicara.

“Ha’ah, nenda… Malam tadi ada ‘orang’ tu kutuk badan Aril... Katanya Aril gemuk sangat. Terpaksa la buang sket lemak-lemak berlebihan kat badan ni…” Menyindir aku la tu! Padahal dia dulu yang minta merepek-repek kat aku… Suruh sambung belajar konon!

Nenda tersenyum. Dia mula beralih pada kedua-dua anak lelakinya, Tengku Makmur dan Tengku Faris. Bertanyakan hal-hal mengenai syarikat. Hana pula sibuk bertanyakan Ihsan berkenaan fesyen terbaru di New York. Khabarnya Ihsan baru pulang dari sana; melancong dengan kawan-kawan. Tengku Murni lebih senang melayan perasaan.

Kaki Farriel aku tendang kuat. Farriel mengaduh. Kepala dikalih padaku.

‘Apa hal?’ Soalnya tanpa mengeluarkan suara. Cuma mulut yang berkumat-kamit.

‘Kok iye nak berlakon pun, tak payah la OVER!’

‘Rileks la… Couple bahagia, kan?’

‘Over-acting!’

“Kata Nani, kamu yang masak mihun ni. Betul ke, Rianna?” Soal nenda. Perhatiannya kembali padaku.

“Iye, nenda! Saya main ‘lebur’kan aje dalam kuali. Napa? Tak sedap ke, nenda?” Aku sudu mihu ke mulut. Dah secukup rasa dah ni. Tak kena ke dengan tekak nenda?

“Sedap sangat... Kalah tukang masak rumah ni. Tak sangka kamu pandai masak. Dengarnya kamu ni pramugari. Ada juga masa kamu nak praktis masak ye…!” Balas nenda lembut. Mihun dikaut lagi ke dalam pinggan. Ini kali kedua dia menambah.

“Oo… Betul la tu! Saya memang suka masak. Dalam kapal terbang pun saya yang masak…” Jawabku riang. Senyum tak lekang-lekang di bibir. Senyum berbayar nih…

Farriel siku tangan. Mujur sudu tak tersua ke hidung.

‘Apa?’

Farriel ketap gigi.

“Adry ni memang suka bergurau, nenda! Kadang-kadang dia cakap dulu, baru fikir.” Kata Farriel dalam nada seloroh. Bahuku ditepuknya kuat. Nenda senyum. Matanya beralih pada Ihsan pula.

“Ihsan, kamu bila lagi nak kawin? Umur pun dah nak masuk 28 tahun. Dah terlebih layak kawin dah!”

“Apa kelas kawin awal, nenda? Hidup ni sekali aje, kena la enjoy puas-puas!” Sambut Ihsan.

“Enjoy aje la keje kamu. Ni… Sampai bila kamu nak duduk US tu? Ke kamu nak sambung PhD pulak kat US tu? Bertahun-tahun dok sana, perangai kamu pun dah macam orang sana. Tengok, warna rambut pun dah ‘berkarat’!”

Ihsan tersengih sambil garu kepala.

“Biar la, ma… Dia nak keje kat sana dulu. Nak cari pengalaman…” Tengku Makmur ‘backing’ anak dia.

“Cari pengalaman keje tak pe. Mama takut dia cari pengalaman lain aje…!”

Masing-masing diam. Malas nak berbalah dengan nenda. Sebelum masing-masing selesai makan, nenda menyesakkan ruang rongga aku sekali lagi.

“Khalidah, Muhainis, panggil semua ahli keluarga kita. Mama nak bincang fasal kenduri kawin si Aril ni. Dah la kawin koboi, tak kan tak nak wat kenduri pulak. Nanti orang kata kita lupa adat pulak. Rianna, Aril, kamu sediakan nama jemputan. Rianna, jangan lupa jemput keluarga dan kawan-kawan kamu. Nenda teringin nak kenal mereka.”

“Baik, mama!”

“Baik, nenda!”

@~@~@~@~

“Hai!” Sapa Ihsan sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.

Keretanya dah diberhentikan di bahu jalan. Berdekatan dengan tempat aku berdiri. Aku wat tak pandang. Mata tak lepas dari memandang jalan raya. Aik, tak kan tak de sebuah teksi pun lalu kat sini? Bas tak payah harap la. Mana ada orang nak naik bas kat kawasan perumahan mewah macam ni.

“You nak pergi mana? Jogging?” Sindirnya dalam tawa. Tau la aku pakai track bottom. Tak payah la perli. Ni satu aje baju yang ada. Nama kata dah kawin ekspres. Mana la ada preparation apa-apa. Tu pun nasib Kak Nani bagi pinjam baju ni. Kalo tak, aku pakai aje baju semalam, alamatnya pengsan la ko dan yang lain-lain tadi.

“Okey! Sorry! Saya minta maaf. Saya tak mengusik awak lagi!”

Aku wat tak dengar. Mana teksi ni? Mogok ke driver teksi hari ni? Ke abis rosak ke semua teksi kat kawasan ni?

“Adrianna, saya minta maaf. Boleh tak awak maafkan saya?” Rayu Ihsan. Bila tengok muka 1 sen Ihsan, aku jadi tak sanggup nak wat perang dingin.

“Boleh… Tapi dengan satu syarat. Saya tak nak awak buat macam malam tadi lagi…”

“Wat ape?” Pintasnya sebelum aku meneruskan kata.

“Yang kat belakang pasu tu!”

“Ooo… Yang tu! Okey… Okey! So, awak nak pergi mana ni? Jom saya hantarkan. Kawasan rumah nenda ni memang susah nak dapat teksi.”

“Boleh ke?”

“Boleh sangat-sangat! Saya bukan ada keje pun. Jom la…”

Pintu di sebelah pemandu kubuka. Sebenarnya, aku malu nak berhadapan dengan Ihsan lagi. Nak-nak lagi lepas kejadian malam tadi. Dan kejadian di KLIA. Sampai sekarang aku masih gagal mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kejadian itu. Dan aku takut gak kalo ‘rahsia’ aku dengan Farriel pecah. Tapi dah nak sejam aku terpacak kat hujung simpang rumah nenda ni, terpaksa jugak la aku terima pelawaan Ihsan. Tambahan pulak aku ada urusan yang perlu diselesaikan.

“Nak pergi mana?”

Setelah kutujukkan arah, masing-masing diam. Aku tak berani cite ape-ape. Takut terlepas cakap. Tapi, Ihsan ni kan Mr. Charity. Secara tak langsung dia dah tau sikit-sikit tentang ‘rahsia’ kami. Cuma tak ada hitam putih dari aku dan Farriel aje.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, boleh tak awak rahsiakan apa yang awak dah tau?”

“Fasal awak berlakon jadi awek Aril atau tentang kawin kontrak korang?” Soalnya bersahaja. Mata masih tetap memandang jalan raya.

“Semuanya. Saya tak nak benda ni kecoh!”

“Huh! Memang dah kecoh dah pun. Awak tau tak yang awak jadi topik utama dalam majlis malam tadi…”

“Ye ke? Napa jadi gitu pulak?” Soalku. Teruja nak tau apa yang dibualkan oleh keluarga kerabat itu.

“Okey. Firstly, awak perlu tau Tengku Farriel Izumi yang awak kahwini malam tadi adalah calon utama untuk jawatan CEO Izumi Corporation selepas Tengku Faris bersara kelak. He’s perfect! Dia ada education bagus, perangai pun okey, plus dia cucu kesayangan nenda. Tapi, perkahwinan awak dan Aril semalam dah wat sedara-mara kami, merangkap Board of Director (BOD) Izumi Corporation hilang keyakinan terhadap kredibiliti Aril…”

“Apasal pulak?” Segera ku pintas ayat Ihsan.

“You pernah dengar tak orang kata; terdapat seorang wanita di belakang kejayaan setiap lelaki. Dalam kes ni, kejayaan Aril menerajui Izumi Corporation sedikit sebanyak bergantung pada awak. BOD langsung tak yakin awak boleh membawa apa-apa kebaikan pada company bila tengok awak punya…”

“…Pendidikan? Personaliti? Gaya penampilan? Background?” Pintasku lagi.

“Mmm… Lebih kurang la! Awak jangan amik hati pulak. Bagi mereka, kalo pilih isteri pun Aril dah failed, macam mana nak deal dengan clients esok-lusa…”

Aku pejam mata seketika. Timbul pertanyaan lain dalam benakku.

“Napa Aril perlu jadi CEO? Napa bukan orang lain?”

“CEO mesti dilantik di kalangan keluarga kami sebab kami pemegang saham terbesar dalam company, selepas companies kami merge. Saham nenda, pakcik makcik saya, sepupu-sepupu, Aril dan saya mewakili 60 peratus saham syarikat. CEO biasanya disandang ikut seniority.”

“Okey… Kalo gitu, napa papa awak tak jadi CEO? Dan napa awak tak jadi calon utama CEO? Bukan ke awak cucu pertama nenda?”

Ihsan tersengih. Sedaya upaya dia cuba mengelak dari pandangan mataku. Aik, ada nak sorok sesuatu ke?

“Papa saya ada syarikat lain dan ada problem sket dengan nenda kot. So, dia passed down jawatan tu pada pak ngah. Saya pulak dah hilang ‘kelayakan’ untuk pegang jawatan tu…”

“Napa pulak jadi gitu?”

“Rahsia!” Ihsan senyum menggoda ke arahku. Isk, kalo tak kuat iman boleh cair ni! Playboy diraja betul…

“Dan kenapa hubungan dengan Aril macam ‘tegang’ aje?”

“Aaa… Awak ni peka jugak, ek? Dalam satu malam awak boleh tau. Even some of our relatives tak perasan ‘benda’ ni.”

“Well, tengok kaki la!” Aku bukan buta hati masalahnya. Tengok gaya pun dah tau.

“Hahaha…! Funny… Well, saya dan Aril bersaing dalam banyak perkara. And most of the times, he get whatever he wants. Termasuk la ‘benda’ yang saya paling nak dalam dunia ni!”

“Benda apa?”

“Macam mana nak cakap, ek? Actually, the ‘thing’ is a person. And that person was a ‘she’… It’s an old story! Tak payah sebut lagi la…”

“Ooo… Ni kes berebut sorang pompuan la ni ek?”

“Lebih kurang la…”

“Then, apa lagi yang saya patut tau?” Soalku.

“Saya kenal Marina Irriani tu!”

“What?! Tapi Aril kata dia tak pernah bawak Marina jumpa dengan famili.” Penipu punya Farriel!

“Well, kami tak kenal secara rasmi. Saya pernah terserempak dengan diorang masa diorang dating. Sebab tu la dengan confidentnya saya kata awak bukan awek Aril. Lagipun saya ada kat KLIA semalam kan… So, saya tau la Aril kejar sapa dan awak kejar sapa.”

“Ooo…” Punyalah nak sorok, walhal dia dah tau cite sebenar. Lega sket rasa. Sekurang-kurangnya, tak payah la aku berbohong kalo berdepan dengan Ihsan ni.

“Bila dah tau kebenarannya, adakah awak akan bocorkan rahsia kami pada nenda dan yang lain-lain?” Mulut aku tak mampu nak gelak biarpun soalan yang aku ajukan tu skema ala-ala zaman sekolah dulu. Takut nak dengar jawapan Ihsan.

“Saya mungkin busybody, tapi saya bukan peruntuh rumahtangga orang. Not yet, so far. Okey, kita dah sampai!”

Punyalah rancak berborak, sampai tak sedar dah sampai ke tempat yang dituju. Wajah Ihsan yang ‘kerchak’ a.k.a kacak aku pandang. Ihsan tersenyum. Alahai… Aku tak tau la berapa banyak pompuan dah masuk hospital gara-gara senyuman Ihsan ni. Manis tahap kencing manis!

“Thanks… Susahkan awak aje. Anyway, thanks and sorry fasal kejadian kat KLIA tu! I was rude and out-of-manner. Tentang duit tu, nanti saya bayar.”

“It’s okey. Tak payah bayar. Kita pun dah jadi famili.”

Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi. Pintu kereta ku tutup. Belum sempat melangkah, Ihsan memanggil namaku. Cermin tingkap diturunkan.

“Nice chat with you. Kalo you ada problem ke or what-so-ever, feel free to call me. I will be glad to serve you in anyway you want…”

Aku tersentak dengan kata-katanya. Aku ni tak la pandai sangat BI. Tapi kalo ikut pemahaman aku, dia ni macam try nak berbaik-baik dengan aku. Dan ayat last dia tu… Is he trying to flirt with me? Nooo… Dengan berat hati, kad nama yang dihulurkan aku sambut. Ape-ape je la…

7 comments:

tzaraz said...

nanti bila arriel dah slim mesti lagi ensem dari ihsan, kan!..haha
Nak lagiiiii...please..

azzakiah said...

cepat2 sambung...
best sangat..

Anonymous said...

penantitu mmg satu penyiksaan...
cepat la sambung...
plzzzzzz

~lizarazu~

Anonymous said...

eh..silap eja plak..
penantian mmg satu penyiksaan...
hehehe

~lizarazu~

Anonymous said...

CEPAT LAH SAMBUNG.....
BEST SANGAT....

bulan bintang capricorn said...

aha
cite makin best
n da makin x saba nk bc

tlg smbg dlm kadar segera ok.!!

cite nieh best
hehe

rotan karat said...

bestnyer....
boleh tak tido malam nak tunggu next n3
huhuhu
ya Allah.... berikan lah eury ni idea yang best
huhuhu
tak sabo...

Followers