Wednesday, June 10, 2009

eucralipse 3

Aku tundukkan kepala. Aik... Cantik gak lantai istana ni ek! Warna biru. Macam warna air laut. Tenang aje rasanya bila pandang. Napa aku tak pernah perasan pun ek?

"Puan Arena bagitau ayahanda yang Eury masih belum dapat guna dan kawal kuasa Eury lagi. Betul ke?”

Aku angguk kepala. Ruang kamar diraja yang lebih besar dari padang bola sepak aku rasa macam semakin sempit. Terlalu sempit. Rasa bosan mula menerjah. Aku memang tak suka isu ni dibangkitkan. Bonda aku pandang. Bonda wat muka slumber land aje... Tak nak tolong la tu! Benci!

"Eury dah nak masuk 16 tahun tak lama lagi. Eury dah patut kuasai kuasa kamu tu... Kalo Eury malas macam ni, macam mana rakyat nak hormat Eury?”

"Mungkin Eury tak mewarisi apa yang sepatutnya Eury warisi. Macam bakat melukis. Kalo ayah pelukis tak semestinya anaknya pun pandai melukis.”

"Jangan bagi alasan tak munasabah, Eury!”

"Eury, kamu dilahirkan untuk jadi pemerintah di Eucralipse. Jangan menidakkan hakikat yang kamu sendiri sedia tahu...”

Bonda pula bersuara. Aku tau semua tu. Tapi aku cuma seorang gadis berusia 16 tahun. Apalah yang aku tau. Setakat bermain dan belajar. Lagipun asalnya bukan aku pewaris takhta Eucralipse.

"Saya tak berminat dengan takhta, kuasa, perang dan benda-benda yang mengarut tu....!”

"Eury!

Tempik ayahanda lantang. Kembang yang dari tadi ku pegang terlepas dari peganganku. Mencicit Kembang berlari meninggalkan kamar itu. Jari-jemariku pantas mengurut-ngurut dada. Menenangkan debaran di dada yang menggila.

"Kamu dah dilatih untuk berperangai seperti bakal pemerintah! Jadi, sila jaga tutur kata kamu.”

"Apa maksud ayahanda? Oleh kerana Eury akan jadi bakal raja maka Eury tak boleh cakap apa yang Eury rasa? Tak boleh nak bermanja-manja dengan ayahanda dan bonda macam dulu?”

"Eury, jaga kelakuan kamu! Kamu tahukan, tak pernah dalam sejarah pemerintahan di Eucralipse takhta kerajaan diserahkan kepada puteri raja. Jadi kamu mesti jadi setanding dengan pemerintah kerajaan yang diperintah oleh putera raja. Kalo kamu terus jadi puteri yang manja, macam mana kamu nak dapat kesetiaan dan kepercayaan rakyat?”

"Eury bosan tau tak, bonda! Eury rindu dengan mama dan papa yang dulu. Eury benci semua ni! Kalo diberi pilihan Eury tak ingin jadi raja!”

Dengan kata-kata itu aku pantas berlari meninggalkan kamar yang ku kira sempit dan menyesakkan dadaku. Deraian air mata di pipi segera ku kesat. Aku benci jadi Puteri Eury Raja Esqandar!

************

“Itu la Eury... Puteri tunggal Raja Esqandar dan Permaisuri Eurika. Yang tengah tu pulak kawannya, anak salah seorang pembesar istana, Ellisa.”

Kerk mengikut arah tundingan jari Egart. Nun di sana kelihatan dua orang gadis yang begitu asyik berkejaran di tengah-tengah padang Akademi Eucralipse. Sedikit pun dia tidak menghiraukan cahaya matahari yang panas terik itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada gadis yang berbaju putih gading. Dengan ketinggian lebih kurang lima kaki empat inci, dress separas lutut yang dipakainya kelihatan benar-benar menarik. Rambutnya lurus dan panjang melepasi bahu. Menarik? Kerk pantas menggelengkan kepalanya beberapa kali. Mengingati semula misi sebenarnya.

Kerk mengalihkan pandangan ke sekitar padang. Di satu sudut padang kelihatan lima orang pengawal istana yang tidak lepas-lepas memerhatikan gerak-geri Eury. Hmm... Tiada yang istimewa tentangnya. Cuma seorang gadis hingusan yang baru belajar erti hidup. Tapi pengawal-pengawal yang ‘escort’ dia boleh tahan. The best guard in Eucralipse, of course! Serangan hendap ke atas Eury dan kemudian serang Eucralipse di saat tentera Eucralipse leka dengan kemakmuran negara mereka. Ahh... Misi ini akan tamat lebih cepat dari yang aku jangkakan!

“Dia budak biasa aje, Egart! Tak ada apa yang istime...”

Setakat itu sahaja kata-kata yang dapat Kerk luahkan apabila Eury yang dimaksudkan Egart berpaling memandang ke arahku. Kerk segera menarik Egart ke ‘tempat persembunyian’ tadi, di sebalik rimbunan pokok. Dari celah-celah dedaunan pokok, Kerk melihat Eury tertawa riang apabila digeletek oleh rakannya, Ellisa. Dia kemudiannya menjerit nyaring apabila tubuhnya basah disirami air paip yang sepatutnya menyirami rumput-rumput di padang.

Kerk terpaku melihatnya. Eury benar-benar memukau pandangannya. Tanpa disedari Kerk tersenyum sendirian melihat telatah Eury.

“Kerk!” Panggilan Egart serentak dengan tepukan di bahu. Kerk kembali ke dunia nyata. Ya, aku mesti berfikiran waras sekarang, desis hatinya. Kami masih di peringkat pra-peperangan. Peperangan untuk mendapatkan hak bagi orang yang berhak. Dan aku sebagai anak perlu membantu ayahandaku.

“Egart, tolong aku dapatkan jadual aktiviti harian Eury... Aku rasa aku ada cara yang ’terhormat’ untuk mendapatkan Eury!”

“Tapi ayahanda ko...”

“Dia tak kan tau kalo ko tak bagitau. Lagipun aku tak nampak sebab yang munasabah kenapa aku tak boleh terlibat dalam misi mudah ni!”

Egart menganggukan kepala tanda mengerti. Pandangan ku lemparkan ke tengah padang semula. Eury dan Ellisa masih ketawa keriangan. Hanya mereka sahaja yang mengerti. Aku benci melihat senyuman Eury. Aku sungguh benci!

*************

“Tuan puteri...”

Formal giler! Sapa plak ni? Aku pusingkan badan 180 darjah. Egart? Ellisa yang tadinya berada beberapa tapak dariku segera menghimpit ke sisiku.

“Rasanya tuan puteri cari buku ni tadi...”

Buku yang dihulurkan aku sambut. Mendadak senyuman terukir di bibirku. Buku karya Ortelaus berkenaan Kerajaan Aryuthya. Yes! Buku ni la yang aku cari untuk siapkan denda Puan Oracle...

“Terima kasih, Egart! Memang saya cari buku ni dari tadi.”

“Puteri kenal saya?” Egart kelihatan terpegun apabila mendengar aku menyebut namanya. Ellisa di sebelah mula keluh-kesah. Ko sepatutnya ’ayat’ Ellisa, Egart!

“Mestilah kenal. Oh ya! Awak kenalkan kawan saya, Ellisa... Dia peminat nombor satu awak.”

Ellisa menjengilkan biji matanya. Menakutkan!

“Ooo... Hai Ellisa!”

“H...Ha... Hai Egart...!”

Tergagap-gagap pulak minah ni! Bila Egart hulur tangan untuk bersalaman, cepat aje dia menyambar tangan kanan Egart. Ceh! Ganas betul...

“Mesti awak dah habis baca buku ni, kan? Awak dah minum? Mungkin awak boleh ceritakan pada saya tentang sejarah Kerajaan Aryuthya ni masa kita minum nanti...”

“Itu sudah pasti boleh, Puteri.”

“Kalo gitu jom kita pegi kafe. And one more thing, Egart... Panggil saya Eury aje!”

“Baik, put...Ops! Baik Eury!”

Aku bagi isyarat mata pada Ellisa. Ellisa angkat kening. Lampi betul la minah ni! Dalam kepala aku dah rancang plan ’baik’ punya untuk budak berdua ni. Tinggalkan diorang berdua kat kafe nanti. Huwargh huwargh huwargh... Baik punya plan!

************
Berjalan-jalan ke dalam hutan ditemani Ellisa pada setiap petang merupakan aktiviti yang paling aku gemari. Ops... Dengan di’escort’ lima orang bodyguard dari jauh. Sejak kecik aku mana penah jalan sorang-sorang. Ada aje yang mengekor. Nasib baik dalam bilik tido dan bilik air diorang tak ikut sekali. Kalo tak, memang makan penampar diorang tu!

Di kelilingi pokok-pokok yang menghijau berbentuk seakan-akan kon begitu mendamaikan minda. Mendengar burung berkicauan membuatkanku tenang. Terasa hilang separuh dari bebanan jiwa saat ni. Apatah lagi hutan di pinggir jajahan Eucralipse ini jauh dari istana. Entah mengapa keadaan di istana semakin lama semakin menyesakkan nafasku. Seolah-olah sudah habis semua oksigen disedut. Semakin hampir tarikh ulangtahunku, semakin berat tekanan yang dikenakan ke atasku.

“Eury, dari tadi ko diam aje. Selalunya ko la yang paling gembira bila kita ke sini.” Tegur Ellisa ketika kami hampir sampai ke hutan.

Aku melebarkan bukaan bibir. Senyum seadanya. Yang pastinya senyumanku ketika ini tidak menggambarkan rasa hatiku. Saban hari kena marah dengan ayahanda dan bonda, boleh ke aku gembira?

“Tak de ape-ape. Aku letih sket la hari ni. Dua hari tak tido gara-gara siapkan denda Puan Oracle.”

Ellisa menepuk bahuku. Belum sempat dia membalas kata-kataku, telinga kami menangkap bunyi dari arah hutan. Terdengar gerakan pantas namun cukup perlahan dari semak-samun yang tebal. Tak semena-mena lima orang bodyguardku segera mengelilingi kami.

“Puteri, Ellisa... Sila bertenang. Rasanya ada musuh mengekori kita. Patik dah hantar isyarat pertolongan ke istana tapi mungkin makan masa untuk pasukan keselamatan tiba. Untuk sementara ni, sila ikut mereka untuk bersembunyi.” Bisik Cory, ketua bodyguardku. Dengan isyarat mata, dua orang pengawal segera memimpin kami untuk keluar dari hutan.

“Hiyaarhh...!”

Bunyi jeritan dan pedang di belakang kami memang mengejutkan mula menakutkan aku dan Ellisa. Sebelum ni kami tidak pernah diserang hendap begini. Apatah lagi kini kami berhampiran dengan sempadan jajahan Eucralipse dan beribu-ribu batu jauhnya dari istana. Tiada kawalan keselamatan yang ketat di sini memandangkan ayahanda telah memerintahkan agar kawasan ini ditinggalkan.

“Aku takut!” Wajah Ellisa yang pucat aku pandang. Jemarinya segera ku genggam. Aku setidak-tidaknya perlu berlagak berani walhal aku sendiri pun cuak.

Langkah kaki kami semakin pantas. Berharap kami dapat keluar dari hutan ini dan bersembunyi di kawasan kampung berhampiran sementara menunggu pertolongan tiba. Sempat aku menoleh ke belakang. Lebih 20 orang penyerang yang lengkap berpakaian hitam dan menutup sebahagian besar wajah mereka sedang berlawan dengan pengawalku. Aku tahu, kemampuan pengawalku dan penyerang itu setaraf tapi dengan bilangan mereka yang berganda, mampukah pengawalku bertahan?

Dan seperti aku jangkakan, Cory dan yang lain dipukul teruk sehingga pengsan. Seketika kemudian Ellisa pula dipukul di bahagian tengkuk sehingga pengsan. Cuma tinggal aku. Aku hampir-hampir menangis kerana ketakutan. Mereka mengelilingiku dengan wajah bengis. Seperti pemangsa yang akan meratah mangsanya.. Dengan tangan menggeletar, aku mula membuka langkah untuk berlawan dengan mereka. Peratus untuk aku menang adalah tipis melainkan wujudnya keajaiban di saat ini.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul. Entah dari mana dia muncul aku sendiri tak pasti... Yang pastinya dia mempunyai teknik berlawan yang sangat hebat dan mahir menggunakan senjata dan kesempatan yang ada. Tidak lama kemudian semua penyerang tersebut berjaya ditewaskannya. Hebat! Hmm... Aku tak pernah lihat lelaki ini sebelum ni. Rasa takut berlalu pergi. Yang ada kini cuma rasa ingin tahu yang meluap-luap. Siapa dia??

Lelaki itu menghampiriku. Membongkokkan badan tanda hormat sebelum berpaling untuk meninggalkan kawasan itu.

“Tunggu!” Jeritku. Lelaki itu berpaling. Wajahnya ku tatap. Lama kami berpandangan. Ahh... Kenapa ko bertopeng? Macam mana aku nak tengok muka ko?

“Terima kasih sebab membantu kami. Macam mana kami nak balas jasa awak? Boleh buka topeng awak?”

“Jasa saya sudah dibalas sekiranya saya dibenarkan untuk terus mengenakan topeng ini, tuan puteri...”

Dan dia terus berlalu sepantas angin. Dia cakap ape? Bahasa apa? Napa aku tak faham?

“Sapa dia? Apa yang dia cakap tadi?” soalku pada salah seorang pengawalku. Dia yang baru sedar dari pengsan kelihatan terpinga-pinga melihat aku dan lelaki tu.

“Maaf, puteri. Patik tak tahu siapa lelaki tu. Dan kalo tak silap patik, dia bercakap dalam bahasa kuno Eucralipse tadi.”

Bahasa kuno Eucralipse? Pelik!

4 comments:

Sofea Aya :) said...

erm...
best!sapa lah lelaki bertopeng tu..??
smbg2...

Anonymous said...

wahhh...
makin mnarik plak cite ni...
cepat la sambung..
mesti laki yg bertopeng tu
kerk kn?
huhuhu..
cepat la sambung...

~lizarazu~

Anonymous said...

ini 1st time saye bace fiksyen macam nih..satu bentuk kelainan di situ...nice try,n i kinda like it...keep it up ye!

hasz said...

cepat la smbg!!!!!

Followers