Monday, May 18, 2009

ad+iz Part 2


“Aahhh….! Ni semua keje giler! Awak giler! Lepas tu awak libatkan saya pulak!” Jeritku.

Tekak yang sakit aku tak amik peduli. Janji dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati. Ingat aku anak kambing ke? Sesuka ati aje nak kawin-kawinkan aku!

“Ini bukan plan asal saya, okey!”

Farriel mundar-mandir dalam bilik ‘pengantin’. Pengantin? Tepat jam 12 tengah malam tadi aku dinikahkan dengan Tengku Farriel Izumi. Giler! Aku tak puas jadi bujang lagi la! Aku henyak punggung ke sofa.

“Awak pun giler gak! Gila duit!” Tuduhnya. Jari telunjuk diluruskan ke arahku.

“Saya setuju nak berlakon jadi awek awak aje. Bukan jadi bini!” Bentakku.

“I told you, I prefer real play than role play. Dah alang-alang jadi macam ni, teruskan aje la!”

Teruskan wak lu! Tak nak aku terikat dengan laki tak ‘cukup’ akal ni. Satu-satunya jalan penyelesaiannya yang aku nampak adalah cerai. Gosh! Cerai? Umur tak sampai 23 tahun dah nak jadi janda? TAK NAK!!!

“Awak pun satu. Sapa suruh jadi burung belatuk? Ikut aje cakap nenda. Ha, gini la jadinya!”

Aku pulak yang salah?

“Apa pulak saya? Mana saya tau nenda awak tu berlakon aje…”

“Was it part of ‘her’ plan?” Balik-balik kaitkan aku dengan pompuan yang entah sapa tu. Kononnya aku diupah oleh pompuan tu untuk jadi awek dia malam ni. Entah apa-apa entah!

Katil ditabur kelopak ros merah ku pandang. Kalo tak sebab kawin paksa, dah tentu-tentu sekarang aku dan suami ‘terchenta’ku tengah syok baring atas katil bertilam empuk tu. Aku cepat-cepat melarikan pandangan ketika mataku bertembung dengan Farriel. Ke segenap pelosok bilik yang dihias indah dalam masa sejam. Mudahnya menjadi orang kaya. Apa nak, semua dapat.

“She will suffer for ‘this’… ” Rungut Farriel antara dengar dan tidak.

Tok tok tok! Masing-masing panjangkan leher ke pintu yang dibuka setelah Farriel mengizinkannya. Muncul wajah Kak Nani, pembantu rumah dalam lingkungan 30an.

“Ku… Ada tamu nak jumpa!” Sopan dan lembut tutur kata Kak Nani.

“Sapa?” Berkerut-kerut dahi Farriel. Sapa nak jumpa pukul 3 pagi ni?

“Maaf, Ku… Gadis tu tak nak bagitau nama. Katanya dia datang atas arahan seseorang!”

Farriel mendengus lalu membontoti Kak Nani.

“Jangan tido! We have much to discuss. You and I…” Pesannya garang sebelum berlalu. Aku sungging bibir ke atas. Yek yek… Tak takut!

@~@~@~@~

Hmm… Tetamu dah ramai yang balik. Pekerja-pekerja banglo pulak sibuk mengemas. Famili Farriel pun rasa-rasanya dah masuk tido kot… Apa kata… kalo… aku cabut lari dari rumah ni! Balik rumah, tido, bangun pagi, pergi keje macam biasa. Wat macam tak ada apa-apa berlaku! Brilliant!

Aku buka pintu perlahan-lahan. Clear! Benda pertama yang aku cari, tangga… Sampai tingkat bawah, aku terdengar suara orang berbual. Mula-mula nak ‘bo’ layan aje. Tapi bila dengar nama aku disebut-sebut, aku mula pasang telinga.

“Adrianna Mayesa ni sapa sebenarnya, ma? Angin tak ada, hujan tak ada, tiba-tiba mama kawinkan Aril dengan dia. Kite langsung tak tau asal-usul dia. Mama percaya ke dia tu anak yatim piatu? Entah-entah dia tu…”

Tongkat di tangan dihentak beberapa kali ke karpet tebal. Wajah Nenda Nerrisa serius. Tengku Makmur, Pak Long Farriel tunduk mengira jari. Hmm… Garang gak Nenda Nerrisa ni.

“Kan dia tu kekasih Aril… Dah Aril kata dia yatim piatu, yatim piatu la. Tak kan kamu tak percaya pada Aril?”

“Selama ni, Aril langsung tak pernah cite fasal kekasih dia ni… Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kadang-kadang langsung tak jawab. Macam ada yang tak kena…”

Nenda tarik nafas panjang. Pandangan dilempar jauh ke halaman rumah. Seperti mengingati sesuatu.

“Aril yang mama kenal memang macam tu la sikapnya. Pendiam. Terlalu berahsia. Nak-nak lagi bab hati perasaan ni… Kamu sama macam Faris. Langsung tak nak kenal hati budi Aril!”

Ish… Tak payah dengar lagi la… Dosa curi-curi dengar ni. Lagipun, aku kan ada misi penting yang nak diselesaikan. Langkah ku atur ke dapur. Enam orang pembantu rumah tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk. Ada gak yang tengah melantak. Menghabiskan lebihan makanan tadi.

Isk, agak-agak lepas tak ‘halangan’ pertama ni ek? Alah, kalo diorang tanya, cakap aje la nak amik angin kat luar rumah. Abis cite! Bismillahirrahmanirrahim…

“Miss Prejudice…” Satu suara menerpa di telinga kiri. Serentak itu aku ditarik ke satu sudut agak tersorok antara ruang tamu dan dapur.

“Apa main tarik-tarik ni?” Soalku cemas. Mr. Charity mengarahkan aku diam tatkala pihak catering melintasi kami. Mujur kedudukan kami terlindung dek pasu besar.

“Awak nak pegi mana dengan baju pengantin ni? Tak kan nak lari baju ni kot? Nak curi? Nak jual?”

Kepala aku gerak ke kiri dan kanan. Ko dengan badak sepet tu, sama aje sengalnya…

“Mr. Charity, rasanya saya tak perlu nak terangkan apa-apa pada awak. Saya tak kenal awak pun. Kita pun baru dua kali jumpa. Okey? Bye!”

Aku berlalu melepasinya. Namun lenganku ditarik kembali ke sisinya.

“Saya tau awak bukan girlfriend Aril!”

Melopong mulutku mendengarnya. Lelaki tu tersenyum manis. Masalah… Masalah… Masalah sudah datang!

6 comments:

sepatu biru said...

cepat2 sambung ye cite ni..
best sangat.. :D

bulan bintang capricorn said...

cite nieh superb best..cpt smbg ok..x saba nk bc..hehehe

nurul said...

cepatla sambung...xsabo nak baca nie!!!!!!!!!!!!!!!

angel@september said...

best!!!sambung2...byk ke episode cter ni? hehe..:D

shakierah said...

huhu..xsambung lagi ke..bila nk smbg niee....byk lg ke?

Anonymous said...

nie novel ke cerpen.. gaya mcm novel je... anyway.. bez ar cite nie....

Followers