Friday, August 14, 2009

ad+iz Part 20


Ihsan mundar-mandir di perkarangan hotel. Kemudian dia berlari ke tempat parkir pula. Penat berlari ke sana-sini tidak dihiraukan. Apa yang penting adalah Adry. Namun, jangankan Adry, bayang Adry pun tak kelihatan di mana-mana. Mustahil cepat benar Adry dapat menghilangkan diri!

“Kat mana kau, Adry?” Gerutunya sendirian. Dalam hati, berkali-kali dia mengutuk tindakan Adry mengejar Farriel.

Ihsan meraup wajah, ubun-ubun dan akhirnya kedua-dua belah tangannya mengusap-ngusap pula belakang leher. Dia terduduk di tar jalan. Kaki yang lenguh minta direhatkan. Mujur kawasan parkir di perkarangan hotel sudah lengang dari manusia dan kenderaan.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Telefon bimbit pantas dikeluarkan dari kocek. Nombor Marina didail. Tak berjawab.

“Pick up the phone, Marina!”

@~@~@~@~

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Nenda Nerrisa segera turun dari kereta mewah buatan luar negara itu. Pemandu peribadi Nenda Nerrisa kelihatan terkejut dengan tingkah laku Nenda Nerrisa yang keluar dari kereta tanpa menunggu pintu dibukakan. Dua orang pengawal peribadi yang baru sahaja turun dari kereta, digamitnya.

“Aku nak korang jejak Aril dan Adrianna…” Arahnya dengan wajah serius. Menghilangkan diri dari majlis perkahwinan sendiri? Sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal fikirannya.

“Tapi kami nak cari di mana, puan?” Soal salah seorang dari pengawal peribadi tersebut. Rakan di sebelahnya pantas menyiku temannya. Demi terpandangkan wajah Nenda Nerrisa yang sudah merah padam, kedua-duanya pantas menundukkan kepala. Bersedia untuk dimarahi.

“Tak kan itu pun aku nak ajar? Guna semua sumber, kebolehan kamu atau apa sahaja teknologi yang ada! Cucu aku tu manusia. Bukan halimunan. Mesti tinggalkan jejak punya!”

“Kalau kami jumpa mereka…”

Nenda Nerrisa pantas memintas ayat pengawalnya.

“Aku cuma nak tahu kat mana mereka dan keadaan diorang macam mana! Hubungi aku sebaik sahaja korang dapat maklumat. Faham?!”

“Faham, puan!” Hampir serentak kedua-dua lelaki tersebut menjawab.

“Tunggu apa lagi??” Soal Nenda Nerrisa garang bila dilihatnya pengawal peribadinya masih termangu-mangu di hadapannya.

Bagai direnjat elektrik, pengawal peribadi Nenda Nerrisa pantas bergegas pergi memulakan tugasan yang diberikan.

@~@~@~@~

“Tergamak Aril dan Adry malukan kita macam ni! Awak tahu apa headlines akhbar-akhbar pagi nanti? Tengku Farriel Izumi Tengku Muhammad Faris dan isterinya ‘lari’ menghilangkan diri dari majlis perkahwinan… Sungguh memalukan! ”

Tengku Khalidah yang dah elok melingkar dalam comforter tebal, kembali duduk bersandar di kepala katil. Suami yang baru selesai membersihkan diri dipandang dengan mata kuyu. Niat hatinya untuk tidur sebelum subuh menjengah terbantut tatkala nama Farriel disebut-sebut. Tengku Faris masih tercegat di kaki katil dengan wajah masam dan bengis. Tengku Khalidah menjengah muka jam di sebelah lampu tidur. Jam 5 pagi… Huh! Tak boleh tunggu esok ke kalau iye pun nak marah?

“Tentu ada perkara penting sampai dia buat macam tu!” Bela Tengku Khalidah.

“Kalau iye pun ada perkara penting, tak kan tak boleh tunggu sampai majlis selesai?” Nada suara Tengku Faris naik setangga. Hatinya panas dengan tindakan drastik Farriel. Walaupun dia sedia maklum bahawa Farriel meninggalkan majlis demi Marina, namun dia tetap tidak dapat menerima tindakan Farriel tersebut memandangkan dia sekeluarga terpaksa menerima penghinaan yang maha besar dari para tetamu majlis. Dan ‘kehilangan’ Adrianna Mayesa menimbulkan tanda soal besar dalam benaknya. Ahh! Biarkan sahaja! Hilang terus lagi baik!

“Mungkin betul cakap abang Makmur. Kita tak patut setuju dengan permintaan mama malam tu. Perkahwinan antara Aril dan Adry adalah kesilapan besar. Saya lebih rela Aril kahwin dengan Murni!” Sambung Tengku Faris bila dilihatnya isterinya diam tanpa kata.

“Kahwin dengan Tengku Murni Hadirah anak Tengku Makmur tu? Baik tak payah kahwin! Saya lebih rela Aril membujang sampai ke tua dari kahwin dengan perempuan gedik tu! Ei, tak berkenan la saya dengan perangai dia! Manja tak bertempat!” Bantah Tengku Khalidah.

“Dah tu dengan Adrianna Mayesa, menantu awak tu okey sangat ke? Serba-serbi tak tahu! Mana layak jadi isteri CEO syarikat multinasional!” Selar Tengku Faris.

“Sekurang-kurangnya Adry tak mengada-ngada. Independence. Tak materialistik. Pandai ambil hati orang tua. Dan yang paling penting, tak menyakitkan mata dan hati saya ni!” Tengku Khalidah menepuk-nepuk dada kirinya tatkala mengucapkan ayatnya yang terakhir.

Tengku Faris mendengus tak puas hati. Marah mendengar bicara si pembela Adry. Badan direbahkan di sisi kanan katil. Gebar tebal ditarik separas pinggang.

“Saya nak dengar apa kata awak bila awak dah kenal siapa Adry sebenarnya…” Gumam Tengku Faris dengan mata terpejam.

“Apa dia, bang?” Pantas Tengku Khalidah menyoal. Suara suaminya yang antara dengar tak dengar membuatkan dia kurang jelas dengan apa yang diperkatakan.

“Tak ada apa-apa. Tidur la!”

@~@~@~@~

“Aku cintakan kau…!”

Kata-kata Farriel sebati bersama deruan ombak pagi itu. Indah, mengasyikkan dan lunak kedengaran di telingaku. Sungguh, aku tenang mendengar kata-katanya. Tapi, bila aku teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa jam lalu, ketika kami di bilik persalinan, aku jadi berang. Mudah dan murah sungguh nilai lafaz cinta dari dirinya.

“Aku cintakan kau…!” Lafaznya lagi. Dan sepasang matanya tetap setia menatap ke dalam anak mataku.

Sungguh… Kalau aku tak mendengar isi pertelingkahan antara Farriel dan Marina di hotel tadi, kalau aku tak menyaksikan sendiri bagaimana bersungguhnya Farriel memujuk Marina beberapa jam lalu, sudah pasti aku akan melonjak-lonjak kegembiraan mendengar sebaris ayatnya itu.

“Dengan aku, kau cakap ‘aku cintakan kau’… Dengan Marina tadi kau cakap ‘I love you’… Sapa yang kau cinta sebenarnya ni?” Soalku berang. Muka dah rasa panas akibat kemarahan. Bayu laut dah tak mampu m’neutral’kan amarahku lagi.

“Aku cintakan kau! Aku cintakan kau, AD! Bukan Marina. Bukan sesiapa!” Tegasnya bersungguh-sungguh. Aku pekup telinga. Enggan mendengar pembohongannya.

“Kau gila! Dah tak waras! Dah hilang ingatan! Agaknya kau dah lupa yang berdiri di hadapan kau sekarang adalah Adrianna Mayesa. Bukan Marina Irriani!” Jeritku sekuat hati.

Farriel menurunkan kedua-dua belah tanganku yang mendarat kemas di cuping telinga.

“Aku masih waras! Aku tak hilang ingatan sama sekali. Dan aku cukup sedar bahawa kau, Adrianna Mayesa yang ada kat depan aku sekarang! Aku cintakan kau, Adrianna Mayesa!”

Farriel yang cuba meraih bahuku, segera kutolak sekuat hati. Dia terduduk di pasir pantai. Istana pasir yang menjadi perbalahan kami sebentar tadi terbiar sepi. Tanpa menunggu sesaat pun, aku berdiri dan berlalu pergi dari situ.

Aku sudah cukup bersabar dengan kerenah Farriel selama ni. Hati aku sudah lunyai dek kehadiran Marina dalam hidup pura-pura kami ini. Aku sudah tidak mampu untuk menerima apa jua bentuk penipuan, lakonan atau permainan yang diciptakan dalam perkahwinan kontrak ini. Aku sudah letih. Terlalu letih! Satu-satunya yang boleh membuatkan aku kembali ‘hidup’ adalah dengan meninggalkan semua pembohongan ini. Jauh dari keluarga kerabat itu. Jauh dari Ihsan. Jauh dari Marina. Jauh dari Farriel. Jauh dari semua orang. Aku rindukan kehidupan aku yang dulu. Biar miskin, asalkan aku bahagia mencorakkan kehidupanku.

Farriel mengejarku dari belakang. dan sebelum sempat aku berbuat apa-apa, dia sudah memeluk erat pinggangku dari belakang. Aku terkaku di situ. Terpaku dengan tindakannya. Langsung buntu untuk cuba melepaskan diri dari pelukannya.

“Lepaskan aku, Iz…” Serak suaraku tatkala menyuarakan permintaan itu.

Aku terdengar esak di tepi telinga. Farriel… Menangis? Mengapa dia menangis? Kerana akukah?

“Aku tak kan lepaskan kau, AD! Aku cintakan kau. Susah sangat ke kau nak percaya?” Terputus-putus bicaranya masuk ke gegendang telingaku. Benarlah… Tengku Farriel Izumi menangis di bahuku.

“Aku dah letih, Iz… Dah terlalu letih nak teruskan kontrak yang kita tandatangani tujuh bulan lepas… Kalau kau fikir ini salah satu cara nak mempermainkan perasaan aku, nak mempertingkatkan ego kau, anggap sahaja kau dah berjaya! Sekarang bebaskan aku dari penjara ciptaan kau ni!” Ujarku dalam sendu. Ahh…! Air mata ni memang cepat sahaja beranak sungai di pipi.

Kepala Farriel bergerak ke kiri dan ke kanan beberapa kali di bahuku. Seakan menidakkan kata-kataku tadi.

“Aku tak kan lepaskan kau. Tidak sekarang. Tidak selama-lamanya!”

Aku mengeluh perlahan.

“Dengar sini, AD! Aku cintakan kau! Aku tak tahu macam mana atau apa cara yang harus aku buat untuk bagi kau percaya yang aku benar-benar cintakan kau. Coz I’m not good in words and in actions too… Cuma aku nak kau tahu yang aku tak pernah rasa sebegini. Rasa hangat, rasa bahagia, rasa tenang bila ada di sisi kau. Rasa sedih, rasa kehilangan, rasa terseksa bila kau hilang dari pandangan aku. Memang dulu aku dengan bangganya mengisytiharkan Marina sebagai kekasih aku. Tapi bila kau datang dalam hidup aku, bila kau jadi isteri aku, semua rasa dan perasaan aku pada Marina terasa macam palsu... Langsung tak ada kebenarannya sama sekali! Sebab Marina tak mampu buat aku rasa sedih dan gembira dalam sekelip mata. Tapi kau mampu! Malah kau dengan mudahnya mampu menggoyang dan meruntuhkan ego aku… Hanya kau, AD!”

Kosa kataku terasa berasa di peringkat paling minima. Hinggakan aku tak mampu untuk mengeluarkan walau sepatah kata. Aku terkelu seribu bahasa!

Farriel membalikkan tubuhku agar mengadapnya. Air mata yang berjuraian di pipiku, disekanya dengan cermat. Dan aku dengan jelasnya dapat melihat betapa dia juga menitiskan air mata jantannya ketika melafazkan kata-katanya sebentar tadi.

“Aku cintakan kau, Adrianna Mayesa… walaupun aku tiada tempat dalam hati kau, walaupun cinta kau milik lelaki lain, walaupun satu hari nanti kita terpisah jauh atau bercerai…”

Farriel berjeda di situ.

“… aku cuma mahu kau tahu yang aku mencintai kau… hanya engkau… kerana tiada insan lain yang mampu menandingi kau dalam hatiku ini…” Ujarnya lembut.

Air mataku kembali lebat. Kata-katanya kedengaran tulus dan ianya benar-benar meruntun hati dan perasaanku. Demi melihat esakku yang makin kuat, Farriel meraih aku dalam pelukannya yang hangat. Di situ aku menangis lagi. Akalku sudah bercelaru; tidak tahu menimbang benar atau tidaknya luahan rasa Farriel sebentar tadi. Aku sendiri sudah terlalu letih dan bingung untuk menentukan realiti atau fantasinya apa yang aku dengar tadi. Aku sudah tidak pasti dengan apa yang patut aku percaya!

Namun ada sesuatu yang aku benar-benar pasti... Aku cintakan Tengku Farriel Izumi! Dan aku sanggup mempertaruhkan segala apa yang ada padaku semata-mata untuk bersama-sama dengannya; walaupun seketika.

Dan sesuatu yang pasti pada saat itu, aku dan Farriel bertangis-tangisan dalam pelukan.

*** Masih berbungkus menaip... hehe


*** This will be the last n3 of ad+iz. Harap maklum… TQ~

21 comments:

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

bes nye n3 nie..
hope nnti ad and iz bahagia la ek...
pe mksd tgku faris ttg ad tu???
harap2 novel ni cpt la kua..
xsbar nk tggu...

~insansukabacacerpen~ said...

lorrr.. knapa last n3 plak??? mna smbungannya eury...plss... nk smbungannya lg..

Wendy said...

sedihnyer...
kenapa nak publish..huhuhu
tak payahlah...huhuhuhu

setiap hari buka blog ni nak bace kisah selanjutnya..
sekali tengok tahun depan nak baca sambungan lagi..uwaaaaaaaa

lama tuuuuuuuuuu..
tak suka! tak suka! tak suka!

didi_DAk.tgb said...

hurm..agak2..ble da publish gne tjok ape arh??
nt nk cri snang..
bes glewr..
thumbs up to u!!
publish cepaaat!!!!

ikhlas said...

whats????...da last n3???...
HA.HA.HA.HA...
haiy0o0... bek xya bce kt cni tros jer li n0vel nye....

DianaTakyuddin said...

xnk r ni last n3!!!
nk lg!!!wuah3!!

Hamba Allah said...

eh,mane cukup..
nak lagi,nak lagi, nak lagi!

ha-ra said...

la...
pesal la ad xblas...
kasi penyeksaan btol la...

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeee..ske bangat..
ad,,luah kan la plak..iz da luahkan..

what??lasty n3??nk publish keR??waaaaa..
kalo nk publish,,jgn lmbt2 taw..hehe..
ske bangat cite nieh nk wat buku..ley wat koleksi...
ngeeeee...
da publish inform ek..
ske2...

mekaseh tok n3 nieh..hope cpt sehat..huhu...

qyqa said...

eury...
bes gler...
weh x sabar nak tgu publish...
still here!!!

Ezza Hamdan said...

laaa..
kadang2 geram jugak, semua novel yang best semua nak dipublish..
rasa teruja untuk baca tiap2 n3 macam hilang cam tu jerk..
all this time, kita bersabar nak tunggu n3 bru..

i know that all writer wish that their work di publish..
but i just just prefer e-novel more..its different than reading novel..

but, its the writer's choice right??
just wish you all the best..

jgn euraclips pun dipublish sudah...

MaY_LiN said...

hihihi..
tamo la dorang gaduh2 lg..

xo_Ox said...

i've read all ur cerpen..
i luv most of dem..
u'll b a great writer somday, i'll bet dat.. ;)

ad+iz is my fevret 1..ihhih
d novelkn or d cerpenkn as long as de story still great..hihiih

hopely de novel will coming very3 soon.. ;p

i'm waiting..

azzakiah said...

siyes cakap rasa sedih sangat sbb ad+iz dah x post kat sini pas ni...
huhu... tapi x pe lah,tunggu je la novel ad+iz dgn penuh kesabaran yg tinggi...
tahniah, best sangat!

Anonymous said...

saya pun nak beli novel ni bila da publish..guna tajuk ape yer??

.cik aida. said...

ala....
last ke???
nk lg.....nk lg...:(

hanna said...

ala.. nape leh lupe da xda n3 lg..
tiap2 ari msuk blog ni.. huhu.

aitqah saffiyah said...

alahai.. sampai sini je.. hem.. bila nak publish ek novel nih?

anyway.. mmg best citer nih..

Anonymous said...

best sangat2... nanti dah keluar novel.... g tau ar... nak beli... nak sambng bc lah... tapi iecewa gak lah sebab x dpt sambung baca yg lain.... waaaaaaa....
btw, good luck and all da best in ur life... in ur writing..

meetmehalfway said...

besh nye cite ney....romantic n shoo sweet..
wish cite ney publish...thumb up!!

Alisa Hassan said...

Uwahh!!! Best cerita nie~ kenapa tak buat drama terus?!! mesti gempak punya~ =D

Followers