Friday, June 19, 2009

ad+iz Part 10


Bunyi bising diikuti gegaran yang aku kurang pasti skala Richternya, mengejutkan aku dari tido. Tak kan gempa bumi kot? Tsunami? Mustahil! Rumah ni jauh giler dari laut. Aku angkat kepala dari buku setebal satu setengah inci. Muka jam aku jengah. 10.30 pagi. Hari Jumaat. Mujur tak ada kuliah. Kalo tak, alamat dengan air liur basi la aku ke kuliah. Uih, tergamak ke aku nak wat gitu? Tak kot…

Buku depan mata aku tutup dan alih ke tepi. Aku ni memang sah la dah kena sumpahan tido ala-ala Sleeping Beauty. Mana-mana buku berbentuk ilmiah, sogok aje la kat aku, mesti bertukar jadi bantal kepala buat aku. Macam sleeping pills yang doktor selalu bagi kat pesakit insomnia tu, macam tu la diibaratkan buku buat aku. Kalo buku sleeping pills aku, suara lecturers pulak macam lullaby yang sarat berilmu terus meng'glue' kelopak, sekali dengan bulu mata aku. Bahasa tinggi lagak dewa berkata-kata, mesej lecture yang tak terjangkau dek akal dan melepasi benua Asia, memang pakej lengkap bagi aku untuk terus ke syurga mimpi. Huh! Memang dahsyat sumpahan ni!

Masuk gegaran kedua, aku tak tunggu lama. Aku sambar tudung dan sweater yang elok tergantung di balik pintu almari. Sebelum aku jadi mangsa gempa bumi, ke tanah runtuh ke, baik aku larikan diri dulu. Tak nak mati katak kat sini. Aku ada hajat lagi yang belum dicapai.

Bukak aje pintu, dua tiga suara lelaki asing menyapa telinga. Kemudian kedengaran pulak bunyi mesin gerudi diikuti dengan gegaran konkrit rumah. Ooo, ni la dia ‘gempa bumi’ jadian tadi… Woit, nak runtuhkan rumah ni ke ape! Suara Farriel tak kedengaran di mana-mana. Aku tepuk dahi. Dah tentu-tentu dia kat pejabat. Habis, macam mana diorang ni boleh masuk? Menceroboh? Entah-entah pencuri tak? Nak tak nak, aku beranikan diri turun ke tingkat bawah.

Tiga orang lelaki kelihatan. Dua orang Cina. Seorang Melayu. Sibuk mengangkut barang-barang dari lori. Barang-barang yang biasa aku lihat dalam scene gymnasium kat TV; exercise bikes, ab shaper, air-walker, dumbbells, beberapa barang yang aku kurang pasti namanya. Rumah ni nak buka gim pulak ke? Bersepah-sepah ruang tamu dengan kotak dan plastik. Aku jenguk keluar. Ada pulak kereta Farriel kat luar. Tak keje ke? Namun, Farriel masih tak kelihatan di mana-mana.

“Awak semua ni sapa? Sapa bagi kebenaran masuk?” Soalku lantang. Lagak tuan rumah yang berkuasa.

Tangan-tangan yang tadinya sibuk membuat kerja, terus terhenti. Masing-masing pandang aku macam nampak Doraemon dalam costume Ultraman. Tau la aku main sambar aje baju ni. Tudung ni pun striking giler colour. TAPI… Tak payah la pandang aku macam tu. Kira okey la ni. Janji berbaju. Bukan nak masuk fashion show pun.

Farriel keluar dari bilik belakang, berdekatan dengan dapur. Diikuti seorang lelaki yang… Whoa! Body-builder mana pulak dicekupnya ni? Berkotak-kotak badan. Kagum! Farriel berhenti bercakap dengan Encik Body-builder sebaik sahaja nampak aku yang dah cekak pinggang dengan muka poyo.

“Hai, AD! Dah bangun?” Tegurnya. Tak pasti la ni tegur ikhlas ke perli. Aku senyum aje la. Depan orang ni…

“Kenalkan En. Nik, my personal trainer. Gym trainer.”

Encik Body-builder senyum, menghampiriku. Tangan kanan dihulurkan. Hendak bersalaman. Aku panjangkan lengan sweater. Melapik tangan. Bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim hukumnya haram, kata-kata ustazah masih terkesan di hati. Dulu mungkin aku lalai, tapi sekarang aku sudah mula berubah ke arah kebaikan, perlahan-lahan. Muka Encik Body-builder berubah. Mungkin pelik dengan tindakanku. Luar alam sangat ke perbuatan aku ni? Kami bersalaman.

“Saya Adry, isteri Farriel.” Aku perkenalkan diri. Senyum ku hulur padanya. Pandangan ku alih pada Farriel.

“Izumi, kita nak buka gim kat rumah ke?” Dengan nada perlahan dan menyindir, aku bertanya.

“Tak la. Aku nak tunaikan janji aku aje.”

“Janji ape?” Berkerut dahi dengar. Sungguh, aku lupa!

“Janji nak kuruskan badan.”

Mulut membentuk huruf ‘o’ besar. Farriel nak kuruskan badan? Boleh ke? Aku takut dia ‘hangat-hangat taik ayam’ je. Nanti tak sampai separuh jalan, dia dah give-up.

“Ye la ni? Macam tak caye aje!”

“Betul la. Ingat aku main-main ke?”

“Hahahaha….” Aku gelak. Lucu! Selebihnya, aku gelak mencabar.

“Sebenarnya En. Farriel ni boleh mencapai berat ideal dalam masa 6 bulan atau kurang dari tempoh tu; dengan senaman berterusan dan diet yang baik. Puan Adry pun boleh la take part especially dalam menjaga diet pemakanan En. Farriel dan bagi sokongan moral.” Sampuk En. Body-builder.

Aku? Jadi penjaga diet Farriel? Boleh ke? Adakah itu bermakna aku kena diet dengan dia? Oh, tidak! I love food very very much…

“Macam mana, AD? Jadi dietician aku, boleh?”

“No hal… Tapi nanti jangan nangis pulak. Aku garang…!”

“Ada aku takut??”

Aku jelir lidah. Farriel mencemik muka. Cute sangat la wat muka gitu! Sebijik macam beruang kutub! En. Body-builder wat muka blur. Mesti dia pelik. Awat la lagu suami isteri ni? Macam tak cukup hormon aje!

@~@~@~@~

“Diet seimbang adalah diet yang boleh membekalkan nutrient yang mencukupi mengikut umur, jantina keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan ketumbesaran dan memelihara kesihatan.”

Itu intro aku semalam. Masa Farriel lipat dahi sampai tiga garis timbul, bila mulutnya muncung sedepa, bila rambutnya yang lurus bagai nak tegak terpacak tengok makanan yang aku hidangkan untuknya. Masa tu tak ada satu bunyi pun keluar dari mulutnya. Dia diam dan makan. Tapi hari ni, dia mula memulakan sesi perdebatan ala Dewan Rakyat dengan aku…

Farriel merenung pinggan di hadapannya. Kemudian dipandangnya pula Adry yang duduk bertentangan dengannya, sebelum pandangannya jatuh pada pinggan lauk; ikan kerapu masak tiga rasa, sambal ayam, sayur kacang panjang dan hati masak kicap. Air liur yan hampir menceceh keluar, ditelannya kembali. Sayu pandangannya jatuh pada pinggannya yang cuma ada sesenduk nasi, ikan selar goreng seekor, sayur campur, daun entah-ape-benda yang pahit, buah betik, limau beberapa hiris. Berkerut muka Farriel. Ni ke makan tengah hari aku?? Bawah bibir dijuih ke depan.

“Minta sikit ikan dengan ayam tu!”

Aku wat bodoh, wat-wat tak dengar. Khusyuk menghabiskan makanan. Isi ikan kerapu yang masih bersisa segera aku masukkan ke dalam pinggan. Seketika kemudian lepas masuk ke mulut. Selesai ‘mengilatkan’ pinggan, aku menjilat jari pula. Sunnah Nabi.

Farriel mula naik bengang. Rasa-rasanya dah bengang sampai tahap nak naik tanduk rusa. Aku tersengih. Baru nak masuk dua hari berdiet tapi dibuatnya muka macam dah sebulan. Tengok muka, aku tau dah. Tak kan kemananya azam nak diet dia tu. Gim mini kat bilik belakang tu alamat jadi sarang labah-labah dengan habitat serangga-serangga yang sewaktu dengannya aje la…

“AD, makanan ape yang ko bagi aku ni? Ikan goreng dengan nasi AJE? Sayur dengan buah punya la banyak. Ko ingat aku ni keturunan herbivor berkaki empat ke ape?”

“Kata nak diet. Suruh aku jadi dietician ko. Sekarang ko banyak songel pulak. Nak kurus ke tak ni?”

“Memang la aku nak kurus, tapi tak kan la benda-benda macam ni aje aku boleh makan. Dah la pagi tadi ko bagi aku roti yang tak seberapa kepingnya, pastu buah dengan susu aje.”

“Ini aku dah ikut saranan pakar pemakanan dah ni. Kalo ikut hati aku, aku tak bagi ko makan langsung. Aku gerenti, bukan 6 bulan, dalam masa sebulan aje ko dah boleh kurus.”

Mak aih… Itu membunuh namanya. Baik ko suruh aku gali kubur sendiri aje, AD... Senang!

“Kalo makan macam ni, mana nak dapat tenaga? Setakat nasi sejemput! Ei, merepek betul benda-benda ni semua! Dah la!”

Farriel bangun dari meja makan. Langkah diatur ke anak tangga.

“Nak ke mana?” Soalku. Surrender dah ke?

“Keluar! Cari makanan yang manusia bertamadun macam aku boleh makan...”

“Okey. Jangan makan banyak-banyak sangat. Nanti cirit-birit pulak. Masa tu, jangan ko kata aku tak ingatkan ko pulak!”

Farriel dah tak dengar ape dah. Dalam kepala leka fikir makanan apa nak diisi dalam perut. Nasi putih campur dengan dua tiga jenis lauk, mesti. Pastu nak makan ape, ek? Roti canai? Nasi goreng kampung? Mi bandung? Char kueh tiaw? Ahh, makan je la semua. Abis cite!

@~@~@~@~

Malam tu, Farriel turun ke ruang tamu dengan muka pucat dan berkerut-kerut. Bau minyak angin menusuk ke hidung. Mandi minyak angin ke hape?

“Ko apa hal?” Tanyaku, garang. Mata masih di kaca televisyen.

“Sakit perut! Cirit-birit kot…” Adunya. Aku pandang mukanya. Muka yang agak-agaknya dah 8-10 kali ulang-alik ke toilet. Bila tengok muka dia yang berkerut-kerut tu, aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan. Malas cari gaduh.

“Aku cakap dah. Degil! Kan dah ‘ketulahan’ dengan aku. Walaupun ko yang ada darah kerabat, tapi aku yang ada daulat-tulah. Jangan tak tau!”

Farriel tak menjawab. Dia terduduk lemah di sebelahku. Muka berkerut-kerut tahan sakit. Tangan pulak melekap kat perut. Jatuh kesian aku padanya. Nafas ku tarik dalam. Kemudian ku hembus. Mula memikirkan cara untuk mengurangkan kesakitan Farriel. Housemate sakit ni, kena la tolong. Nanti dikata tak berperikemanusiaan pulak.

“Kita pergi klinik, ek?” Usulku dengan nada lembut.

“Nak pergi dengan ape? Ko bukan pandai drive… Test JPJ dah dua kali gagal!” Katanya lemah.

Hek eleh! Sempat pulak dia perli aku… Menyesal aku cite fasal kegagalan aku tiga tahun dulu kat dia. Tu la, mulut ni gatal sangat. Langsung tak ada brek atau signal. Laju aje pakai gear 5 bercerita. Kan dah kena kutuk. Sabar aje la!

“Iye la, Izumi oi… Jap lagi aku panggilkan driver teksi yang lulus JPJ datang. So, boleh la kita pergi klinik…Boleh gitu, En. Farriel Izumi…”

“Hmm…” Tu aje yang mampu Farriel jawab sebelum berkejar ke toilet belakang. Handphone aku ambil. Mencari nombor teksi.

@~@~@~@~

“AD…” Panggil Farriel dengan mata lelap. Mungkin ubat doktor dah mula menunjukkan kesannya.

“Hurm?”

“Thanks…”

Diam. Cuma bunyi aircond yang kedengaran.

“AD…” Aik, tak tido lagi?

“Iyee…”

“Esok aku nak makan… Ikan kerapu tiga rasa macam yang ko makan tadi… Tom yam campur… Ayam masak merah… Gulau ikan sembilang… Ikan patin… Ayam golek…”

Mak aih… Besarnya selera! Mengalahkan orang mengidam pulak. Sedar tak sedar dia cirit-birit ni? Farriel diam, tak bersuara lagi. penat duduk si sofa, aku duduk di sisinya.

Farriel yang dah lelap di katilnya, aku perhatikan. Doktor kata tak serius. Bagi ubat, bagi MC dua hari, insya-Allah esok lusa sembuh. Mujur la… Kalo tak rasa bersalah juga aku. Ye la, tak sangka pulak ‘kutukan’ aku betul-betul jadi. Kebetulan betul.

Selimut Farriel aku perbetulkan. Burr…! Sejuk sangat ni. Rasa macam duduk kat kutub utara pulak. Remote controller air-conditioner aku ambil. Suhu aku tinggikan. Selesai menggodek dan menentukan suhu yang sesuai, aku kembali duduk di tepi katil. Wajah Farriel ku perhatikan. Muka bujur. Mata sepet sket. Hidung mancung. Pipi tembam. Bibir nipis. Warna kulit cerah. Rambut lurus. Masih hensem walaupun overweight. Tapi kalo kurus macam dulu, lagi hensem. Sampai tak cukup bumi dikejar dek pompuan.

Bila Farriel mula berdengkur, aku tersenyum sendirian. Betul la... Orang kata, kalo nak tengok muka ‘sebenar’ seseorang tu macam mana, tengok rupa dia masa tidur. Segarang mana pun orang tu, bila tido, muka ‘sebenar’ dia akan ‘muncul’; lembut dan tenang. Entah berapa lama aku menatap wajah Farriel, aku tak pasti. Yang pastinya, tak lama kemudian aku mula memenuhi ‘hak’ mata bila kelopak mata terasa semakin berat untuk diangkat.

@~@~@~@~

Farriel buka mata. Niat hati nak berkalih badan ke kiri. Kemudian dia perasan lampu tido masih terpasang. Bila nak tekan suis, dia terus dia terpandang AD yang tido menangkup di tepi katilnya. Napa dia kat sini? Peristiwa beberapa jam tadi, seakan berputar di layar ingatan. Oohh….

Wajah AD menghiasi mata. Tenang wajahnya tido. Rambut, dahi, kening, mata, hidung, pipi… Segenap inci wajah AD diperhatikannya. Satu wajah yang tiba-tiba menerpa dalam ingatan, segera dinyahkan. Tangan yang serasa nak menjamah pipi AD, segera ditarik ke sisi. Matanya singgah pada bibir mungil AD, ada getaran rasa dirasakannya. Segera mata dialihkannya.

“AD… Tolong jangan kelirukan aku. Tolong jangan buat aku jatuh cinta pada ko… Tolong…”

Dipejamnya mata rapat-rapat.

Peraturan ke-6 : Bilik tidur pihak kedua adalah kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.

REJECT!

@~@~@~@~

Esoknya, penyakit cirit-birit Farriel sembuh sepenuhnya. Mujarab betul ubat doktor tu! Ingat nak la buat baik, masak apa aje makanan yang dia nak. Macam yang diracaunya malam tadi. Korang tau apa dia jawab?

“Tak nak la. Ko bagi aku sayur dengan buah cukup. Tengah hari nanti aku nak roti ke ape-ape makanan yang aku boleh makan ikut jadual pemakanan yang ko dah wat!”

Uiks… Serik betul dia! Tapi aku tak nak kejam sangat dengan dia. Tiba-tiba aje aku tarik ‘nikmat’ makanan dari dia hari tu, memang la mengamuk sakan mamat tu. So, aku buat strategi sendiri. Dia boleh makan makanan yang dia suka TAPI dengan syarat dalam kuantiti yang sedikit macam yang dietician syorkan. Sebagai personal dietician Farriel, keje terbaru aku adalah mengira kalori makanan yang dia makan, apa hidangan yang sesuai untuk dia, apa makanan yang boleh dan tak boleh dimakannya. Aku siap sediakan satu buku catatan lagi tu!

Dua hari Farriel MC dan dok kat rumah. Dua hari tu jugak la kuliah aku batal. Lecturer busy fasal penstrukturan semula fakulti-fakulti. Apa yang nak distrukturkan, aku pun tak faham. Tapi memang tragic dok rumah 24 jam dengan Farriel. Ada aje yang tak kena. Rumah berhabuk la, kedudukan perabot tak sesuai la, dapur tak kemas la, toilet berbau la... Sampai cara macam mana nak sidai baju pun dia tegur. Dahsyat! Tak sangka lelaki moden macam tu boleh membebel mengalahkan mak nenek.


“Baju mahal, baju yang kita pakai masa pergi keje, kuliah, majlis-majlis kena sidai terbalik dan letak bawah bumbung. So, tak la cepat pudar dan rosak. Kain-kain macam kain pelekat ke batik, kena sidai lurus-lurus supaya cepat kering. Pakaian dalam mesti disidai kat tempat tersorok, supaya orang tak nampak atau curi.”

Sungguh la Farriel ni cermat, teliti dan sangat praktikal orangnya. Benda macam tu pun dia perhatikan. Observant betul! Kalo aku, memang aku hentam aje sidai macam mana pun. Janji bawah cahaya matahari. Tak kira la luntur ke kedut ke. Kering aku angkat dan lipat. Titik. Susah juga nak ubah cara aku wat keje bila dia tegur suruh aku wat ikut cara dia. Yelah, benda-benda tu semua aku dah praktik sejak kecik. Dah biasa dengan cara sendiri. Bila dia tegur tu, panas juga la hati. Siap perang mulut lagi. Malas mengeringkan air liur, aku ikutkan aje la cakapnya. Tak larat la nak gaduh fasal bontot kuali yang hitam lepas masak sampai dua jam. Bazir tenaga aje!

@~@~@~@~

Mata bagai dipaku pada wajah Remy Ishak dalam drama Obsesi. Hensem giler! Rasa nak tarik-tarik aje rambut sendiri. Huhu! Dek kerana ke’hensem’an dia la aku sanggup bersengkang mata menunggu slot Samarinda yang ditayangkan melangkaui zon hibernasi aku. Selalunya pukul 10 malam aje mata aku dah minta untuk direhatkan. Kalo tak, alamatnya ter’sangap-sangap’ la aku dalam kelas. Tapi demi Remy dan cite Obsesi yang meng’obses’kan aku ni, aku sanggup ingkar ‘arahan’ mata. Buku-buku, A4 paper dan alat tulis yang berlambak atas meja sekadar jadi hiasan semata-mata.

Terdengar ada gerakan dari tingkat atas ke bawah, sila atas sofa aku perbetulkan. Tak perlu menoleh, aku sudah tau sapa. Dalam rumah ni ada dua orang aje. Aku. Farriel. Kalo tak aku, si Farriel. Kalo tak Farriel, aku la. Tapi kalo bukan dua-dua, itu kes misteri nusantara namanya. Unidentified object or subject.

Farriel yang baru turun dari bilik ‘bertapa’ duduk di hujung sofa. Kes bosan mengadap kerja-kerja pejabat la tu. Tak pun Marina tak online malam ni. Muka dah kurang dari nilai 1 sen dah tu…

“Cite ape ni?”

“Obsesi…” Jawabku malas. Kaco aje. Orang tengah syok-syok tengok Tengku Azuddin dok tekel future-wife dia ni…

“Bosan! Tukar cite lain la!” Desaknya.

“Pergi la tengok TV kat bilik ko! Kan ada Astro bagai! Kaco aje!”

“Ala… Bosan tengok sorang-sorang! AD, tukar la channel lain!” Kulit kepala aku garu. Sibuk la dia ni!

“Ko tak tengok lagi, dah kata bosan! Cuba tengok, fahamkan… Lepas tu baru menilai!” Rungutku.

“Cite Melayu semua stereotype la. Alik-alik itu cite dia. Cuba ikut macam cite Hollywood. Baru la best!” Farriel menamakan beberapa filem Hollywood yang digemarinya. Alahai, gangguan bunyi betul la!

“Ko pergi je la jadi warganegara sana. Senang cite!”

Farriel mencemik muka.

“Ko nak makan ke?” Ni soalan nak menghalau dia naik ke bilik balik ni. Biasanya Farriel tak kan turun ke bawah kalo tak lapar atau tak ada urusan. Dia lagi suka memerap kat bilik. Bergayut, berchatting dengan Marina. Tak pun wat keje pejabat ke, baca buku ke…

“Nope! I’m good.”

Tumpuannya sudah pada buku berlambak atas meja. Kertas bawah buku ditarik keluar.

“60% aje?” Dibacanya tulisan merah yang tertera di hujung kanan kertas. Aku kerling padanya. Cuba memastikan tentang perkara yang diperkatakan.

“Okey la tu! Sebelum ni lagi teruk!” Hujung lidah aku gigit. Alamak! Terlepas cakap…

“Sebelum ni dapat berapa?” Curious aje muka Farriel.

“40 lebih aje…” Perlahan aku menjawab.

Farriel ternganga. Kepala digelengkan.

“Letak kat muzium je la otak ko tu…” Perlinya.

“Ala… Monthly test aje tu! Rileks la…”

“Apasal teruk sangat? Susah ke? Baru first sem dah macam ni…”

“Ala… Aku tak pandai BI la. Lecturer situ semua cakap BI. Selit BM sket-sket aje. Pakai bahasa teknikal pulak tu. Mana nak faham.”

“In that case, aku akan ajar ko!”

Aku pusingkan kepala 45 darjah. Memandangnya dengan 1001 rasa pelik. Takjub. Kagum. Demam ke ape?

“Ko… nak… ajar aku?”

Farriel angguk kepala.

“Ko nak ajar aku ape?”

“BI la… Kata tak pandai BI. Kalo ko nak, aku boleh tunjuk-tunjukkan juga mana-mana subjek yang ko lemah tu. Free of charge. FOC.”

Aku garu pipi. Kena rasuk ke Farriel ni? Semacam aje baiknya.

“Ko ni gurau, kan? Ke ko mamai? Ke tengah high? Tiba-tiba aje wat baik-baik dengan aku. Tegak pulak bulu roma aku!”

Farriel julingkan mata ke atas.

“Tak ada udang sebalik batu or mi pun la… Ikhlas tolong nak ko. Sebab ko dah tolong aku masa aku cirit-birit hari tu. Lagipun, tak berbaloi la aku menghabiskan duit hantar ko masuk uni kalo ko dapat result hampeh macam ni! Baik aku wat belanja beli barang!”

Alasan logik… Pucuk dicita, ulam mendatang!

“Sure?” Soalku. Masih ada keraguan.

“Sure la!”

“Bila ko nak start ajar?”

“Sekarang pun boleh!”

“Okey...” Iye tak iye dia ni…?

“So, sekarang aku nak ko amik kotak Scrabble dalam almari.”

“Hah?”

Tadi kata nak mengajar. Sekarang nak ajak aku main Scrabble pulak? Pening, pening!

@~@~@~@~

Ni cara Farriel Izumi mengajar aku vocab baru English rupanya. Melalui permainan Scrabble. Setiap perkataan yang baru pada aku, aku kena catat dan cari maksud dalam kamus. Kalo rasa-rasa aku blur nak letak perkataan apa atas board, aku boleh rujuk kamus dan cari perkataan yang boleh aku bentuk dengan huruf yang aku ada.

“Apa ko buat kat lorong gelap tu?” Entah kenapa terlintas soalan tu kat kepala aku, masa aku tengah sibuk-sibuk mencari maksud perkataan ‘foil’ dalam Cambridge Dictionary version-entah-ke-berapa.

Farriel yang tengah mengeja ‘excise’ kat board Scrabble panggung kepala. Blur aje pandangannya.

“Lorong ape?”

“Ala… Yang ko kata masa malam tu!” Tak kan lupa kot? Malam star and moon gazing tu! Ke wat-wat lupa…

“Bila masa la pulak pergi tempat-tempat gitu?” Soalnya kembali. Lima keping petak huruf diambilnya. Kemudian disusun di atas khii kayu.

“Ko kata ko jumpa arwah Ann kat lorong gelap. So, sekarang aku tanya ko, apa ko wat kat situ?”

Aku jenguk papan scrabble. Perkataan ape nak letak ni?

“Apasal? Aku tak boleh pergi situ ke?”

“Bukan tak boleh. Cuma aku pelik aje. Anak orang kaya macam ko, lahir atas sudu emas, mana selera nak pergi tempat kotor, busuk macam tu. Tu yang aku curious tu!”

Perkataan ‘spoon’ aku eja. Menyambung dari huruf ‘s’ dari perkataan ‘excise’ milik Farriel.

“Ooo… Aku lari dari kenyataan aje…”

“Kenyataan ape?”

“Yang ko sibuk nak tau napa?” Berganjak satu tangga tone suara Farriel.

“Saje! Mana la tau kot-kot ko ni stok mat gian ke, drug-dealer ke, ape-ape, so aku boleh la wat ape-ape persediaan bila ko wat perangai.”

“Oit, aku tak de la teruk macam tu sangat, okey! Masih dalam kategori dewa lagi, ek!”

Aku angkat bahu.

“So, ape ko wat pergi situ…?”

Aku garu kepala. Suwei lak aih tangan… Huruf Q aku dapat. Cuba dapat huruf R ke S ke. Baru ler senang bentuk perkataan.

“Hari tu, aku baru tau kawan baik aku sebenarnya spy papa aku. Menyakitkan hati!”

“Okey la tu.”

“Okey, wak lu! Mati-mati aku anggap dia kawan baik aku dunia akhirat. Kira semua rahsia aku dengan dia ‘lepas’ senang-senang aje la kat papa aku! Macam hampeh aje perangai!”

Air suam dalam mug aku hirup.

“At least papa ko wat macam tu sebab dia sayang ko. Macam aku ni, sorang pun tak amik kisah aku wat ape. Aku kebulur ke tunggang-terbalik ke. Aku sendiri-sendiri aje tentukan jalan hidup aku. Duit belanja pun cari sendiri, tau!”

“Aku lagi suka jadi macam ko. Bebas buat apa yang aku suka. Tak dikongkong sampai aku sendiri tak tau apa yang aku suka, ape yang aku tak suka!”

“Napa papa ko wat macam tu?”

Farriel diam. Dilarikan wajah dari pandanganku. Tumpuannya pada buku nota kecilku yang terbuka, Kamus Cambridge dan Oxford yang dipinjamkannya.

“Dah la! Tutup cerita. Nite!”

Farriel terus berlalu. Aku memandangnya tanpa emosi. Aik? Merajuk? Aku pernah dengar orang kata, orang berbadan besar ni sensitive, kuat merajuk… Betul ke? Kalo ikut ‘ujian’ yang dijalankan ke atas Farriel, betul… Sendiri mau ingat ek…

@~@~@~@~

Pintu yang bertalu-talu diketuk aku buka. Besar anak mata melihat tetamu yang datang. Dua beg bagasi setinggi budak setahun di kaki menambahkan lagi tanda tanyaku.

“Hana? Mimpi ape datang malam-malam ni?”

Hana memelukku dengan wajah ceria. Tapi kenapa keceriaan Hana macam tak natural?

“Akak! Rindu la dengan akak! Abang mana?”

“Out-station. Ni apa kes tak semena-mena muncul depan pintu rumah akak ni?”

“Saja… nak tukar angin tido rumah akak.”

“Sampai dua beg? Gaya macam lari rumah aje!”

“Eh, akak jangan salah faham! Satu ni aje beg Hana. Yang lagi satu ni Abang Ihsan punya!”

Jap… Bagi aku fahamkan kejap. Hana datang sini, bawa beg sebab nak tumpang tido kat sini. Okey, yang tu faham. Yang beg Ihsan ni, apa ke hal pulak? Tak kan Ihsan pun nak datang tido kat sini… Kot?

18 comments:

Anonymous said...

nak lg...sure da cite panas pasni...hana n ihsan wat idup diorang lbh meriah..hahaha...smbg ar cpt2...

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
sweet je ad ngn izumi nieh..ske2..
ihsan n hana dtg..?
huhu..kang ihsan mesty nek daun..
xmo arh..nk ad ngn izumi gak..
izumi,,cpt2 blk..
nk lgi..

Anonymous said...

besh besh . sibok je eh ihsan tu datang ..
pa per pun besh sangat ..
cepat sambung ..
i'm waiting for it ..
ari ari bukak blog neh ..
hehe :P

-ary zaidi -

nbm5471 said...

alahai...ciput jer dpt tumpang populariti... mr nik....haha. ok la tu dari takda...

AD klu iz x suka kt ko...aku nak ngorat ko bleh...senang citer nak ngorat PENULIS citer nih...hahah

remy ishak kunun.....

Anonymous said...

alaa dah confuse sape watak utama; izumi or ihsan?
err ?

Anonymous said...

bez nye bgoz btol ihsan dtg.......
biar tergugat sikit izumi....
baru blh kjar cnte ad....

Anonymous said...

asl lak ade beg ihsan...ihsan ni, xde kje len..nk menyibuk je..huhu
best2..smbg lg..:D

misz nana said...

Aiyarkk..
Ihsan dtg laa..

Anonymous said...

bestnyer.semakin menarik..
tak sabo nak tunggu sambungannyer..

Anonymous said...

tah2..
hana kn jd spy nenek izumi..
lps 2 ihsan x da keja lpak jgk kat umh diorg so bley la kalo nak tackle ad..
smakin mnarik nie..
samb2..

Anonymous said...

tah2..
hana kn jd spy nenek izumi..
lps 2 ihsan x da keja lpak jgk kat umh diorg so bley la kalo nak tackle ad..
smakin mnarik nie..
samb2..

azzakiah said...

hahaha..
ad ngan izumi da cam baik sikit dr dulu..
comel la diorg ni..
best sangat..

cepat2 sambung taw.. :D

Bulanhijau said...

izumi dah tangkap cintan ngan ad..
hahahahah

ap ihsan wat kat situ??

Anonymous said...

pe kes ilsan nk nyibok g c2 gak??
hana je da la...
eiiiiiiiii...
kasi gram btol!!

ShAydA said...

kaco daun la ihsan tu ..baru izumi nak feeling2 dgn ad

lilygreeny said...

hehehehe mkin best cite ni
dgn kedatangan Hana n Ihsan..
yaiks... nape si Ad ni
selera lebih kurang mcm sy???
kipas susah mati beb ngn si
REMY ISHAK... huhuhhuhu
penulis... Keep it up k???
suke giler cite ni...

Anonymous said...

besh2...
walopun tau ihsan dtg nak kaco
tapi bia la..
bg si iz rasa tergugat sket..
haha...mesti lagi mreiah cite ni...
sambung la cepat²...

~lizarazu~

atie85 said...

layan remy ishak...layan nur kasih...masyukkk....keep writing bebeh....chaiyok3

Followers