Tuesday, June 16, 2009

ad+iz Part 9


Mana nih? Tanganku terus membongkar segenap isi bilik. Tak cukup dengan tu, abis perabot di ruang tamu pula jadi mangsa pemeriksaan ala-ala penguatkuasa kastam.

Isk… Mana aku taruk Si Kepam ni? Malam tadi ada aje masa aku tengok cite hantu Korea tu. Tak kan ghaib kot? Bukan bear kecik tu boleh jalan pun. Paling tak pun jatuh bawah sofa ke meja. Tapi masalahnya tak ada. Celah sofa pun tak ada.

“Ko apehal? Terbongkok-bongkok. Cari benda?”

Farriel turun pakai short paras bawah lutut dan t-shirt pink. Pink? Lantak ko la! Janji ko berbaju. Kalo tak berbaju, haru aku jadinya.

“Ko ada nampak tak bear aku warna putih? Semalam ada kat sini!” Bawah meja aku intai. Tak ada. Celah-celah almari pun tak ada. Tak kan ghaib kot? Si Kepam tu bukan ada ilmu ghaib pun!

“Last ko letak kat mana?”

“Rasanya atas meja ni…” Meja kaca tu aku pandang. Cuma suratkhabar hari ni aje yang ada di atasnya.

Farriel garu kepala. Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Macam dah wat benda salah. Tak ubah macam riak muka Bakhtiar, adik tiri aku yang dah pecahkan pinggan-mangkuk yang ada kat dapur. Jadi, berasas la syak aku padanya…

“Aku rasa, aku dah TERbuang bear ko tu.” Monotone aje ayat tu keluar dari mulut Farriel.

Aku segera berpaling mengadap Farriel. Tiba-tiba telinga aku jadi panas bila mendengar perkataan-perkataan yang meluncur dari mulutnya.

“Izumi, we’re not playing hide and seek… Bagi balik bear aku!”

“Betul la! Aku dah terbuang bear ko tu masa aku kemas-kemas sampah atas meja ni semalam.”

Suhu badan aku mula naik. Kepala pun ‘hang’ satu macam.

“Kat mana ko buang?” Soalku. Nada suara masih ku kawal.

Farriel menunding ke arah bakul sampah. Aku berlari ke bakul sampah. Kosong. Dahi ku tepuk. Pagi tadi aku dah siap-siap buang sampah dalam plastik hitam tu dalam tong sampah besar kat luar. Biar senang lori sampah nak kutip. Aku berlari pula keluar. Berharap ada keajaiban berlaku.

Farriel yang masih tercengang-cengang, ikut aje belakang aku. Bila tong sampah tu aku buka dan selongkar,mulutnya jadi macam bertih digoreng.

“Weih, AD! Ko ni apehal?

“AD, yang ko pegi selongkar sampah tu ape hal? Busuk ler!”

“AD!”

Aku terduduk di tepi pagar itu. Si Kepam tak ada. Yang ada cuma plastik hitam yang kosong. Si Kepam tak kelihatan di mana-mana. tidak di dalam, tidak juga di luar tong.

“Okey, aku minta maaf sebab buang bear ko tu. Tapi bear tu dah ‘teruk’ sangat… Ko pun satu. Pandai wat sampah aje. Aku ni jenis tak boleh tengok sampah… bla bla bla…”

Walaupun perkataan maaf terucap, namun nada suara Farriel langsung bukan dalam mood memohon maaf. Aku bangun. Melangkah longlai masuk ke rumah. Air mata mula bertakung.

“Dah la, banyak lagi bear cantik-cantik kat kedai. Beli aje lain. Esok aku bagi ko duit, okey? Case close, bleh?”

Aku terus menonong menuju ke bilik.

“AD!” Bahuku terasa ditarik. Farriel memintas dan berdiri di hadapanku. Kedua-dua belah tangannya sudah mendarat di atas bahuku. Tanpa pilihan, langkah ku matikan.

“I said, I’m sorry! Sorry, okey!”

Aku tetap kaku. Kepala ku tundukkan. Cuba menyembunyikan air mata yang bila-bila masa aje akan gugur.

“AD! Ko dengar tak ni?”

Farriel menggoncang tubuhku. Aku masih dalam keadaan tadi. Farriel tundukkan kepala. Mencari wajahku. Dan… Farriel berundur ke belakang, setapak demi setapak menjauhi diriku. Tangannya sudah longlai di sisi tubuh. Aku terus berlalu masuk ke bilik.

Farriel tersandar di dinding konkrit. Termangu-mangu dengan mata yang masih melekat di pintu bilik AD. AD… Crying? Kepala digelengkan. Otak enggan menerima input dari retina mata. She can’t be!

@~@~@~@~

Midvalley dah dijelajahinya. Berjaya Times Square tak ketinggalan. KLCC dah dibuatnya macam gelanggang futsal aje. Lot 10 pun dah diputarnya dua tiga kali. Semua kedai yang ada menjual bear dia ‘geledah’. Mencari wajah bear kepam si AD.

Kaki lenguh minta rehat, langsung tak dipedulikan. Bila teringat air mata jernih AD yang mengalir tak henti-henti malam tadi, hati Farriel jadi tak tentu arah. Dan semangatnya berkobar semula untuk terus mencari dan mencari.

“Kalo bear macam ni, ko rasa comel tak?” Bear Winnie The Pooh diangkatnya. Lalu disuakan pada Qhuz. Qhuz tergelak.

“Woi! Ko ingat aku ni ‘dua alam’ ke ape? Aku mana main bear-bear ni, weih! Malam sket, ek!” Qhuz menolak Winnie The Pooh ke arah Farriel semula. Bimbang disalah anggap oleh pengunjung-pengunjung kedai yang dah mula bagi pandangan ‘laser’ ala-ala Kal-el si Superman.

Farriel letak balik bear oren sebesar budak setahun. Ubun-ubun kepala dipicit-picitnya. Pening! Pening memikirkan kat mana nak cari bear kepam yang serupa dengan bear milik AD. Aku tak rasa bear tu hand-made. Kalo bukan hand-made, mesti ada kedai yang jual bear macam tu, kan… Masalahnya, di manakah kedai tersebut?? Ha, kan dah skema soalan aku bagi!

“Apa kes ni, Ril? Lunch hour ko ajak aku ke Midvalley. Tak cukup ‘ukur’ lantai konkrit kat situ, ko seret pulak aku ke Berjaya Times Square. Ni sekarang, KLCC, Lot 10. Lepas ni ke mana pulak? Pavilion? Alamanda?”

Qhuz pandang Farriel. Serabut sungguh. Lagi serabut dari masa menyiapkan tender. Padahal cari bear aje. Bukan cari supplier barang ke ape!

“Aku cari bear la. Warna putih. Tak! Tak berapa putih sangat la. Pastu bear ni besar lebih kurang tapak tangan aku ni aje. Rupa… Kalo sekali tengok macam kambing. Dua kali tengok macam monyet. Tiga kali tengok macam ‘ntah’…”

“Haha! Bear ape yang ada specification macam tu? Haha…!”

Farriel buat muka bengkek. Dalam pada tu, matanya liar memerhatikan kedai menjual bear dan anak patung yang ada di situ.

“Qhuz, kalo ko datang sini sebab nak gelakkan aku, baik tak payah. Simpan gelak ko tu dan balik rumah, okey!”

“Yo! Jangan la emo, kawan… Gurau aje la! Yelah-yelah, aku tolong… Tapi ko punya description tentang bear tu, tak membantu langsung! Cuba describe betul-betul. Kalo ada gambar lagi bagus!”

“Qhuz…!”

“Okey, okey! Mulut tutup, mata cari!”

Bila hari menginjak ke malam, Farriel mula putus asa.

“Apa ko dah buat dengan bear Adry tu?” Soal Qhuz. Serius. Masa tu mereka dah melepak kat kedai mamak. Pekena teh tarik setelah misi pencarian menemui kegagalan.

Farriel wat muka terkejut. Sejak bila Qhuz jadi ahli nujum?

“Mana ko tau?”

“Aku teka aje! Kira tepat la tekaan aku tu, ek?”

Farriel angguk kepala.

“Aku dah lama kenal ko, Ril… Kenal sangat dengan perangai ko. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi ko hangin-satu-badan, yang boleh wat ko sesejuk-iceberg, sepanas lahar volcano, pendek kata yang wat mood ko tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan yang bernama Adrianna Mayesa… Itupun selepas Ann ‘dipadam’ dari list.” Konfiden aje Qhuz wat spekulasi.

Farriel tarik nafas. Dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Dulu Ann. Sekarang AD. AD…

“Aku terbuang bear dia. Sumpah, aku tak ada niat nak buang! Entah mana pertimbangan aku masa tu. Selamba aje tangan aku mengarah bear tu masuk tempat sampah. Mengamuk la si AD tu.”

Qhuz geleng kepala. Letih tengok Farriel dan Adry beramuk sejak dari bangku sekolah. Dia tak pernah tau kenapa Farriel benci benar pada Adry. Bukan dia tidak bertanya. Cuma Farriel tak mahu menjawab. Farriel ni perahsia orangnya. Namun untuk kali ini, Farriel membuka mulut. Dan dari air muka Farriel, dia yakin Farriel tidak berbohong.

“Ko dengan Adry tu aku tengok memang dah padan sangat la tu. Sama-sama keras. Sama-sama ego. Sama-sama kaki melawan. Tapi ada keserasian… Cuba korang…”

Farriel angkat dua-dua belah tapak tangan. Minta Qhuz berhenti.

“Qhuz… Aku tak minta tazkirah ko pun. Please…”

Qhuz angkat bahu. Telan balik nasihat yang tak terluah tadi.

“Aku cuma nak cakap, kalo ko perlukan nasihat aku, anytime ko boleh datang pada aku. Ko tau kan, aku ni bekas pembimbing rakan sebaya terbaik zaman kita skool dulu...”

Farriel tersengih, tak percaya. Berlawanan sungguh dengan kenyataan!

“Pembimbing rakan sebaya, wak lu! Perosak rakan sebaya ada la! Ade ke ko suruh Apek 4-flat tu hisap dua kotak rokok sekali gus! Nasib tak gol budak tu! Kalo tak, menjawab la ko dengan bapak dia tokei keranda tu!”

Qhuz tersengih. Imbas balik kenangan masa Form 4. Muka Lee Hai Nan yang kecewa dengan result examnya, tergambar.

“Aku menolong dia ape! Menjimatkan masa dia nak menghabiskan rokok-rokok yang dibeli. Jimat minyak lighter lagi. Haha! Kan langkah bijak tu!”

Farriel tergelak mendengar hujah Qhuz. Tak boleh pakai punya kawan… Tapi dia serasi dengan Qhuz. Boleh terlebih terkurang aje dengan mamat ni. Wat apepun komited. Sebab tu dia syorkan pada Nenda Nerrisa agar Qhuz diambil bekerja di Izumi Corporation. Mujur Qhuz memang benar-benar layak. Jadi tak la susah nak menyakinkan Nenda Nerrisa.

“Ko rasa, aku kena wat ape ek nak selesaikan ‘masalah’ aku dengan AD ni?”

Qhuz petik jari. Farriel membetulkan duduknya. Bersedia mendengar cadangan Qhuz.

@~@~@~@~

Balik dari jumpa Qhuz, Farriel naik ke bilik. Bersihkan diri, solat Isya’. Lepas tu mundar-mandir dalam bilik macam bakal ayah yang tengah tunggu berita gembira dari labor room. Bezanya Farriel menunggu datangnya sebuah keberanian untuk meminta maaf dari AD, seperti yang dicadangkan dek Qhuz tadi. Biliknya AD gelap. Farriel jenguk pula ke tingkat bawah. Meninjau di mana AD. Susuk tubuh seseorang di halaman rumah, menangkap pandangan Farriel. AD, tengah duduk kat kerusi batu di tengah laman. Tengah bermandikan embun.

Perlahan-lahan, Farriel menghampiri AD. AD tetap kaku di situ. Tak berganjak mahupun melarikan diri. Namun Farriel tahu, AD sedar akan kehadirannya di situ. Farriel melabuhkan punggung, bersebelahan AD. Tapi masih ada ruang antara mereka, khas untuk ‘emergency’ incident. Kot-kot AD layang penumbuk ke…

Farriel di sisi aku kerling. Aku tak mahu dia berada di situ. Menyampah! Namun aku tak mampu nak menghalaunya. Ini rumahnya. Aku cuma menumpang di sini, sehingga kontrak kami tamat.

“AD… Aku nak minta maaf fasal bear ko tu!” Muqaddimah sesi meminta maafnya dimulakan dengan ayat itu.

“I didn’t mean…” Sambung Farriel.

“It’s okey. Bear murah dan buruk macam tu memang layak dok dengan sampah aje…” Ujarku perlahan.

“Tak! Bukan macam tu maksud aku…”

Farriel diam. Tak mampu nak teruskan ayat. Tak tau perkataan apa, atau bahasa apa yang patut dituturkan untuk membetulkan keadaan yang dah sedia kacau. Masih berfikir cara terbaik untuk meminta maaf.

Aku masih tetap berteleku di situ sambil memeluk kaki. Sesekali mendongakkan kepala ke langit. Menebar pandang pada dada langit. Mengira bintang yang berjuta. Merenung bulan yang tetap satu. Dan kenangan lalu terimbas serta-merta di layar pandang.

“Masa aku kecik dulu, aku selalu fikir. Kenapa aku tak ada ayah? Kawan-kawan aku yang lain semua ada ayah. Contohnya Siti. Dia ada ayah. Ayah dia baik, penyayang... Tiap-tiap kali nak pergi keje, ayah Siti akan cium Siti. Kadang-kadang ayah Siti belikan Siti mainan, coklat, anak patung, baju, macam-macam la…. Tapi aku… Aku tak pernah dapat semua tu. Tapi aku tak pernah komplen. Sebab aku tau, ibu susah nak cari duit. Ibu terpaksa ambil upah cuci pakaian di rumah orang kaya, jahit baju, kadang-kadang jual kuih untuk tampung kehidupan kami sekeluarga…” Di bawah sedar, aku menuturkan jalan cerita hidupku kepada Farriel.

Kata-kata AD berhenti di situ. Jari-jemarinya menyapu pipi. AD menangis… lagi sekali? Hati Farriel bagaikan meruntun bila melihat keadaan AD yang hiba. Bagai ada benda tajam menusuk hatinya. Bahagian dada kirinya ditumbuk perlahan. Ada masalah ke hati aku ni?

Air mata di pipi aku kesat. Menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan bicara.

“Aku tak pernah kenal sapa ayah kandung aku. Satu-satunya ayah yang aku kenal, Pakcik Bakar, ayah tiri aku yang suka berhutang dan menyusahkan ibu. Silap sket, naik la penampar. Cakap lebih aje sket, sepak terajang la jawabnya.”

Aku berjeda lagi. Bulan penuh aku renung.

“Aku pernah minta Pakcik Bakar belikan mainan untuk aku. Pakcik Bakar marah dan tampar aku. Aku menangis. Ibu bergaduh dengan Pakcik Bakar. Last-last, ibu pun kena pukul dengan Pakcik Bakar. Sejak tu, aku tak berani minta apa-apa lagi. Satu hari, ibu bawak balik satu bear putih. Ibu kata, bear tu tak la cantik, tak la mahal tapi itu aje yang mampu ibu beli. Aku suka sangat. Langsung tak pernah berenggang dengan bear tu. Aku namakan bear tu Si Kepam. Sebab badan bear tu makin lama makin kepam. Itulah benda pertama dan terakhir ibu pernah bagi pada aku. Masa umur aku 5 tahun, ibu meninggal. Cuma Si Kepam yang aku ada untuk mengadu nasib… Dan keluarga tiri aku…”

Farriel kalih pandang ke arah AD yang sudah diam. Mula mengerti mengapa bear kepam itu penting dalam hidup seorang AD yang keras hatinya.

“End of the story. R.I.P to Si Kepam…” Katanya. AD tersenyum kepadaku sebelum matanya mengalih pandang, kembali merenung bulan.

@~@~@~@~

“Kisah hidup aku sedih, kan? Ko mesti rasa kesian kat aku, kan?” Farriel yang turut merenung ke arah sang purnama, aku soal. Farriel berpaling ke arahku.

“Tak! Aku tak rasa kesian pun…” Nada suara si-Farriel-android kedengaran.

“Napa tak rasa kesian?” Terkejut!

“Sebab ada orang yang lebih malang dari ko!”

“Ye ke? Tak mungkin la…” Aku macam tak caye aje ada orang yang bernasib lebih malang dari aku. Mustahil ada…

“Nasib Ann lebih malang dari ko, AD!” Farriel membuang pandang. Tanpa arah. Sekadar memandang kosong.


“Ann tu sape?”

Soalanku tidak berjawab. Farriel masih merenung bisu ke arah bulan. Seperti mencari sesuatu di situ. Mengungkap kenangan hidup dalam bentuk cerita.

“Ann tak pernah kenal mak dan ayah kandungnya. Dia dijual kepada sepasang suami isteri sewaktu bayi lagi. Masa umur aku 13 tahun, aku jumpa Ann di lorong gelap. Dia lari dari rumah pelacuran. Ayah angkat Ann jual Ann pada ‘bapak ayam’ gara-gara berhutang.”

Farriel sambung ceritanya.

“Aku selamatkan Ann. Bawak Ann tinggal kat rumah aku. Mama papa tak pernah suka pada Ann. Tapi sebab hormat pada nenda, mereka terpaksa ambil Ann jadi anak angkat.”

Mata Farriel sayu memandang langit malam.

“Ann keluar dari traumanya lepas beberapa ketika. Dia mula bersekolah, mula berkawan dengan aku, Ihsan dan Murni. Ann berubah jadi gadis yang periang, lincah, lucu, sentiasa bersemangat, tak pernah putus asa. Semua orang suka pada Ann. Mama pun mula terima Ann jadi sebahagian dari keluarga kami.”

Diam. Tak semena-mena, Farriel mengukir senyuman lebar. Seperti ada yang melucukan.

“Nama Izumi tu… Cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik.” Ujarnya dalam senyum.

Barulah aku tahu mengapa Farriel marah benar bila aku memanggilnya Izumi. Rupanya ada kisah, ada kenangan, ada perasa di sebalik nama tersebut. Ada rasa gembira, sedih, atau apa-apa jua perasa yang dirasainya saat Ann memanggilnya Izumi.

Diam lagi. Sekadar membiarkan cengkerik berbicara buat seketika. Rentak penceritaan Farriel berubah. Tempo scene air mata pula sekarang.

“Masa umur 14 tahun, Ann selalu jatuh pengsan. Doktor sahkan Ann ada barah otak. Peringkat akhir. Darah beku yang kami tak pernah tau kewujudannya tu, rupanya dah lama menumpang di dalam kepala Ann. Ann tak pernah mengadu sakit. Dia sentiasa berpura-pura sihat. Dan dia tak pernah mengalah pada sakitnya. Ann berkeras nak jalani pembedahan walaupun harapannya sangat tipis. Akhirnya… Ann meninggal dalam pembedahan tu… beberapa hari sebelum hari lahirnya yang ke-14...”

Air mataku automatik mengalir. Menangisi nasib malang seorang Ann. Entah mengapa, cerita hidup Ann ni membuatkan aku insaf. Memang benar, nasib Ann lebih malang dariku. Sekurang-kurangnya aku kenal ibu kandungku, walaupun hayatnya tak panjang. Aku juga dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, ucapanku dalam hati. Mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

Farriel tetap tenang. Tidak menangis. Cuma berwajah suram.

“Baju tu?” Soalku dengan suara serak akibat menangis.

“Pemberian terakhir Ann sebelum meninggal.”

Aku angguk. Mula faham kenapa baju separuh lunyai tu begitu berharga di matanya.

“Ko sayangkan Ann?”

Farriel diam. Memandangku sekilas sebelum membuang pandang ke hadapan.

“Ann cinta pertama aku...”

Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku.

“Ann cinta pertama aku…”

@~@~@~@~

“Iz…” Panggilku perlahan.

‘Nama Izumi tu… Cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik.’

Ayat aku terhenti. Bibir bawah ku gigit. Alamak… Tersilap panggil.

“Sorry! Aku terpanggil… Rasanya, aku tak sepatutnya panggil ko Izumi lagi lepas dengar cite ko tadi…”

“Tak pe! Just called me Izumi. Rindu gak nak dengar orang panggil aku dengan nama tu!” Kata Farriel. Mata masih menala ke langit. Lagak seperti ahli astronomi tengah mengkaji bulan bintang.

Aku gosok batang hidung. Pulak? Tak pe ke? Tak mengingatkan ko pada Ann?

Hening kembali.

“Iz…” Cubaan kedua.

“Hurm…”

“Sorry sebab buang baju ko tu… Kalo aku tau, mesti aku tak buat macam tu.”

Wajah Farriel tak beriak. Cuma matanya memandang sayu ke arah sang bulan purnama. Langsung tak ada tanda-tanda nak membalas kata-kataku. Tapi aku tau, dia dengar apa yang aku perkatakan.

Diam. Masing-masing menala mata ke langit. Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Salakan anjing meimbulkan suasana seram. Namun aku tak terniat langsung nak melangkah masuk.

“AD…” Panggil Farriel.

“Hmm?”

“Sorry sebab buang bear yang ibu ko bagi…”

“Hmm…” Itu aje yang aku jawab. Memang ada rasa sedih, marah, kecewa tapi benda nak jadi… Apa nak buat… Kalo aku menangis air mata darah sekali pun, Si Kepam tak akan menapak balik dari pusat pelupusan sampah yang entah kat mana tu. Kalo aku maki-hamun si Farriel ni pun, wat menghabiskan pahala aku yang sedia sedikit banyaknya aje. Jadi, adalah lebih baik kami saling bermaafan. Aku pun dah buang baju yang Ann bagi kat dia. Kira fair la. 0 – 0.

“AD…”

“Hurm…”

“Sorry sebab sangka ko orang suruhan Marina. Tak fasal-fasal ko kena marah dengan aku hari tu!”

“Tak pe…”

Diam lagi.

“Iz….”

“Yap!”

“Sorry. Sebab salah faham tu, ko terpaksa kawin dengan aku…”

Farriel mengangguk-anggukkan kepala. Bahagian bawah dagu digaru-garunya. Lagak seperti menimbang-nimbangkan perkataan maaf dariku. Aku siku lengannya.

“Ko maafkan aku tak?” Soalku garang. Farriel senyum.

“Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Ko pun terpaksa kawin dengan aku jugak ape! So, kira seri la…”

Kami berbalas senyuman. Kedinginan suasana malam yang semakin merangkak ke dinihari ini, benar-benar ‘membantu’ kami untuk berbincang dengan cara manusia bertamadun. Bukan seperti orang jahiliyah yang singkat akal dan menurut nafsu amarah semata-mata.

“Friend?”

“Never’ll be!”

Kami ketawa kecil. Dan bulan menjadi saksi. Farriel dan aku merenung ke dada langit sehingga ke dinihari. Tanpa suara. Hanya sekadar memandang ke langit dan sesama sendiri. Dengan senyuman.


** Peringatan : Aktiviti star-gazing or moon-glazing yang Farriel dan AD buat ni tak sesuai ditiru oleh pasangan yang belum dapat lesen dari pejabat kadhi, okey! Hehe…

** Beloved readers, thanks sbb support cite2 sy. Mcm yg diminta, sy akan cuba ‘mengeluarkan’ cite ad+iz yg bersarang dlm kepala ni secepat mgkin (dgn bantuan lagu flower letter dr ost iljimae, terlanjur cinta pasha+rossa.. hehe!). Tapi fitrah mnsia, hukum alam sering membataskan masa utk sy trs mengadap laptop. Maka 10 jari sy susun. Apepun part yg paling seronok bg sy adalah komen anda (x kira puji @ kutuk). Terasa hilang seme letih dan tension.. Harap sabar menunggu! Yg nk email,
misseurydice@yahoo.com.
Readers, followers, kipas-susah-mati tak kira kat mn pun, yg nak amik PMR, SPM, STPM or-what-so-ever, study smart coz knowledge is the only gateway to success here and here-after. Gambatte!

24 comments:

Proud Sewist said...

heheh best cita neh
awk pandai menulis
suka lah dgn suma cita awk
semoga dpt keluarkan cita yg lagi best
hahahaha
btw cpt2 lah upload
hari2 sy bukak blog neh

keSENGALan teserlah.. said...

oouhh..
da terungkai da spe ann n bju tuh..huhu..
fair n square..
hope ader cinta dlm aty izumi dan ad..
dorang nmpk sweet bangat,,,
smbung2,,

Bulanhijau said...

erm..
lepas ni, smbg lg2 ek
mntak2 ad la sparks dlm hbgn diorang ni..

ShAydA said...

best ...sweet je diorg

R'anS said...

huh betu!! betu!! nak dia org ada spark dlm hubungan diaorang

atie85 said...

yea yea dorg da baik....gud job eury...well slow2 wat citer..jgn la rush sgt..(tp jgn ler cam siput)..hik3...pape pn wish u all the besh!!! chaiyok2!!!

Hamba Allah said...

wa~~~
bestla cite ni sweet aje.
cpt smbg.
hee~
gambatte!

qyqa said...

huhu...memang tiap2 hari dok buka,ternantikan n3 baru....bes lor...pandai olah cerita

qyqa said...

huhu...memang tiap2 hari dok buka,ternantikan n3 baru....bes lor...pandai olah cerita

Anonymous said...

dah habis ker citer nih?hopefully x la yer...

Anonymous said...

bez r citer nie..
cpt la smbg..
hehehehehe

azzakiah said...

best la cite ni...
x sabar2 nak tunggu next n3..
cepat2 sambung taw!!

Anonymous said...

syok cite ni..rindu plak nak balik malaysia jumpa tunang saya..huuu

plum blossom said...

to writer,
cerita ni mmg best,
kdg2 tu juz on9 sebab nak baca karya ko jer...
keep ur good work kyeh...
can't wait 4 ur next eh!
opps before i forget,
aku suka lah scence star and moon gazing tu...it's so sweet dear!
ko mmg pandai lah dlm buat kan readers rasa terbuai dgn cerita2 ko..! omedeto!
p/s: aku pun suka gak lagi flower letter yg ost iljimae tu..hehehehe
doakan kau dpt banyak inspirasi eh!

Anonymous said...

besh2....
ingatkan ann and ad tu org yang sma..
salah upeny...
izumi ngan ad mmg nmpk sweet..
ble la agkny dpt bace sambungan cite ni ek?...
hehehe...ekceli nak soh sambung cite ni cepat2...
hehehe...

~lizarazu~

Anonymous said...

cerita kamu seronok sgt2...
btw cpt2 upload kk.;)

Anonymous said...

memang best..saya selalu ikut citer ni..teruskan berkarya..

Anonymous said...

giler bez bunga2 cinta nak berkembang

Anonymous said...

ska sgt ad iz nieh ..
gaya bahasa yang bersahaja tetapi menghiburkan ..
cepat cepat la sambung ..
i'm waiting for it ..

- ary zaidi -

misz nana said...

“Ann cinta pertama aku...”

Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku.


Waisehh.. dah terkesan kat hati tuu..
Ohohohh~

Anonymous said...

sy suka mana penuh AD n Farreil~
sedap la nama diorg!

nursya said...

wah aril ngn AD dh jd geng ar...
x sbr nk tggu n3 br...
hehehehe

DianaTakyuddin said...

so sweet!!! suker sgt bce cite nie...:)

Anonymous said...

skarang da jd 5 bnda yg bole wat aq mnangis.. 1) bila aq tinggi suara ngn mak bapak. 2) psal kawan. 3)pasal binatang. 4) novel anarkis.. last but not list AD+IZ. DAMN!

Followers