Tuesday, June 9, 2009

ad+iz Part 7


“Hahaha… Baru padan muka dia!”

Hana gelak besar mendengar cite minggu lepas yang aku import dari rumah. Gelak aku pun berterabur. Tak larat tak kutip lagi dah bila membayangkan wajah kebulur Farriel. Pengunjung Midvalley kami dah tak amik pusing. Biar la… Datang sini nak bergembira. Nak release tension. Deretan kedai terus kami jelajahi. Tangan aku dan Hana sudah penuh dengan barang yang dibeli. Kebanyakannya pakaian dan barang yang dirasakan sesuai untuk aku. Tak sempat nak buka mulut, dia dah bawa ke kaunter. Hulur sekeping kad, cashier leret kad, barang terus masuk dalam beg plastik. Memang indah jadi orang kaya.

“Since bila abang jadi….” Aku penuhkan mulut dengan angin. Kembang pipi di kiri dan kanan.

“You mean jadi ‘chubby’ gitu?” Hana gelak tengok aksi aku mengejek Farriel.

“Yap!”

Kasut pink tumit 3 inci aku pandang dengan wajah ngeri. Eeuuww… Ada ke orang nak pakai kasut tinggi macam tu? A good way to torture your feet… First time aku pakai kasut setinggi tu, malam pernikahan antara aku dan Farriel. Seksanya? Tuhan aje la yang tau. Terpelecok tak payah cite la. Itu dah semestinya. Nasib baik tak menyembah bumi aje.

Tangan Hana aku tarik keluar dari kedai kasut. Sebelum dia berkenan, baik aku jauhkan pandangan dia dari kasut-kasut mahal tahap belanja makan aku tiga empat hari tu. Tak fasal-fasal dia suruh aku try pakai nanti.

“Well, since he’s in and out of hospitals. Akak tau kan abang pernah sakit?”

“Yeah…” Ape tak taunya. Siap pengsan-pengsan kat sekolah lagi. Sampai riuh satu sekolah. Otai tegar sekolah pengsan masa show amal. Tu tak kira kejadian kat padang dan lain-lain lagi.

“So, has he fully recovered?” Kedai accessories aku attack. Hana ikut aje. Sama dia menelek cermin kaca di situ. Gelang kristal menarik perhatian.

“So far, yes… But he’s got new diseases la pulak!”

“Penyakit ape la pulak tu?” Risau pulak aku mendengar kenyataan Hana. Mana tau, kot-kot dia ada penyakit anjing giler. Tak ke parah aku nanti?

“Obesity plus loveholic dengan akak… Hahaha…!” Jawabnya.

Aku join gelak. Budak tu loveholic dengan Marina. Tak berkenaan dengan aku pun; hidup atau mati.

“Ada-ada aje la Hana ni! Nak beli ke?” Tanyaku bila dia mengacukan seutas ke pergelangan tangannya.

“Not for me...” Jawabnya tanpa memandang.

“Untuk Akiha?” Wajah gadis manis berusia 16 tahun tu terlayar depan mata. Baru semalam dia pulang semula ke asrama.

“Dia mana boleh pakai benda macam ni. Allergic. Kulit dia high taste. Boleh pakai emas aje…” Hana acu seutas ke pergelangan tanganku pula.

Dapat sambar seutas, Hana menyeret aku ke kedai seterusnya pulak. Kedai baju… lagi! Aku yang pakai sport shoes pun rasa dah tak larat nak jejak lantai, Hana yang pakai heels… Aku tak pasti la pulak. Dah biasa kot!

Tiba-tiba Hana berhenti melangkah. Tanpa signal, aku terbabas melanggar belakang badannya. Hana pandang aku. Lama. Macam mengenalpasti sesuatu.

“You know what… Bila tengok akak ni, Hana macam teringat sesuatu…”

“Hmm… Ye ke?”

“No… I mean, akak mengingatkan Hana pada something and someone!”

Pulak dah…

“Yeah?”

Hana diam seketika. Memerah otak. Beberapa saat kemudian, dia memetik jari.

“Hmm… Macam Kak Ann. Tengok akak, terus teringat kat dia. Sempoi, kelakar, nakal, and cute. Boleh kata semua sama la…”

That’s it! Ann lagi… Who is this Ann anyway? Mystery girl? Awek Farriel jugak ke? Ape, hyppo tu player ke ape? Nenda Nerrisa pun ada gak dok sebut-sebut nama pompuan ni ari tu. Eh, aku emo tiba-tiba ni pehal pulak… Biar la si Farriel tu nak jadi stokis pompuan skali pun. Tak de kena-mengena dengan aku!

“Rupa kami, tak sama?” Soalku. Sekadar menyakat.

“Tang tu, tak pasti sangat la sebab Hana kecik lagi masa tu. Lagipun, Hana tak dok Malaysia. Sekali-sekala aje balik. Ikut mama and papa dok kat Amerika. Tapi, Hana ingat sangat yang abang banyak lukis gambar sorang pompuan ni. Hana jumpa masa selongkar bilik dia. Hehe… Jahat, kan? But… I think, that girl look like you la…!”

Aku turunkan bahagian bawah mulut. Farriel Izumi lukis gambar aku? Ridiculous! Unreasonable! Tak mungkin! Pandang muka aku pun dia tak hingin. Ni kan pulak nak ingat dan abadikan aku dalam lukisannya. Dan aku rasa sangsi gak mamat tak de emo tu boleh melukis. Coz I can’t imagine and I don’t think he can dedicate into something… Hahaha… No offense!

“Tapi bila fikir-fikir, macam tak logik la pulak…” Hana wat muka confuse.

“Napa pulak?” Pening dah aku dengan Hana ni…

“Seingat Hana, pompuan dalam lukisan tu rupa mecam akak, tapi I don’t think pompuan tu adalah akak. First, you all met three years ago. Gambar tu Hana jumpa five years ago… How could that be possible, kan?”

Aku angguk. Tak ada sape tau aku dan Farriel pernah satu sekolah. Diorang kan ingat aku ni Marina Irriani, gadis pramugari yang ditemui semasa menuntut di luar negara. Cuma Akiha yang pernah terdengar perbualan antara Farriel dan Marina pada suatu malam. Antara tidur dan jaga, dia terdengar nama Rina disebut. Sebab tu dia macam confuse aje bila nenda memperkenalkan aku sebagai Rianna. Macam-macam…

“Secondly… Kalo tak silap la, pompuan dalam gambar tu ada parut, somewhere kat muka dia. But, you don’t! Hmm… Bukan kot!”

Hana masih kerah otak supaya mengingat. Aku dah tak minat nak dengar. Dah tentu-tentu si Farriel tu tak kan melukis muka aku. Sape aku? Ada ke orang nak lukis gambar musuh sendiri? Lagipun muka budak pompuan tu ada parut. Aku… Alhamdulillah la tak ada parut walaupun teruk aku kena dera dengan mak dan ayah tiri aku dulu.

Bunyi nyaring dari handphone mencuri tumpuan kami. Hana segera mengeluarkan handphone dari begnya. Skrin handphone dipandang dengan rasa pelik.

“Abang Aril? Apa hal pulak ni?”

Bahu ku angkat tinggi.

“Angkat la…” Cadangku. Hana mengangguk. Butang hijau diikuti loudspeaker ditekannya.

“Hello! Abang…!”

“Hana, Kak AD ada dengan Hana ke?” Suara Farriel kedengaran mesra.

“Ha’ah! Beli barang sket. Kan Hana dah mesej, cakap nak ‘pinjam’ dia kejap. Lupa, ek? Tak kan tak boleh pisah kejap kot?” Perli Hana. Dijelingnya aku. Aku wat bodoh. Blouse berderet depan mata, aku telek satu-persatu. Cantik gak yang ni…

“Ops, sori! Lupe la…”

“Haha… Tanda-tanda umur dah senja la tu!” Mengekek tawa aku dan Hana.

“Oit, mulut ada insurans tak tu?! AD sayang, I know you’re listening... Don’t you know how to pick up your phone, darling? Kalo tak tau, I will give you ‘special’ lesson just on how to pick up the phone. Tak kesian ke kat I? Nak tercabut jari hubby you ni menelefon tau!”

Sayang? Hubby? Aku tahan muntah. Meleret senyum Hana.

“Wow! Special lesson?! Abang tak pernah pun bagi special lesson kat Hana. Hana baca manual handphone aje tau dulu...”

“Hana lain. Kak AD lain. Dia tu slow-learner!”

Oui… Sedapnya mulut mengata. Bukan menyirap, dah meng’oren’ darah aku mendengar dah ni...

“Okey la… Jangan pinjam my wife lama-lama sangat, sis… Home is not home at all without her. ‘Miss’ you so much, AD! Bye…!”

Talian diputuskan.

“Sweetnye… Tak sangka pulak abang Hana yang batang kayu tu romantik! I think he really miss you! Terpaksa la Hana ‘pulang’kan akak cepat-cepat!”

Ha… Yela tu! Dia bukan ‘miss’ aku macam yang Hana fikirkan. Dia cuma rindu nak jerit-jerit dan arahkan aku wat itu ini aje. Dalam pada tu, telefon bimbit aku seluk dari dalam poket. Nak tengok kebenaran kata Farriel. Mak aih! 39 missed calls. 3 mesej menanti untuk dibaca.

‘AD, where the **** is my shirt? I suruh you jahit aje baju tu!’

‘AD, pick up the phone! You ni pekak ke pitun? Lain kali set tone 5 la! Tak dengar jugak, pasang vibrate!’

‘AD, sabar aku ada batas, ok… Answer your damn phone!’

Huwargh huwargh huwargh… Ingatkan android tanpa perasaan tadi. Rupanya android version baru. Ada rasa marah. Entah ape-ape entah. Baju t-shirt punya la banyak. Standard la kan, anak orang kaya… Melainkan dia ni kategori ‘taik hidung masin’ la…

Tapi, yang aku pelik bebenar, dia nak gak pakai t-shirt hijau ala-ala coklat macam warna daun nak mati tu. Boleh kata every night. Kalo cantik tak pe la jugak. Ni tak, dah bertahi lalat pun. Dah nak lunyai! Aku agak kalo letak kat luar, segala sejenis kulat boleh wat habitat.

Dek kerana tension tengok keadaan baju yang begitu menyedihkan tu, aku sedekah baju tu kat tong sampah. Yelah, nak jahit macam mana, kan? Dah teruk sangat keadaannya. Nak wat kain buruk pun, warga dapur tak nak terima. Nasib ko la, Izumi… Duit tinggi bukit, baju kat kedai pun berlambak-lambak. Get a new one!

“Hai!”

Kepala segera ku putar ke arah suara tersebut. Elok aje Ihsan bersandar kat dinding luar kedai. Dengan senyuman tahap peluntur iman, Ihsan memang mengganggu-gugat ketenteraman pengunjung-pengunjung wanita kat situ.

“Apa you buat kat sini?” Soalku pelik.

@~@~@~@~

“Sorry, kak Adry! Hana ada janji dengan kawan jap lagi. But… Jangan risau, Hana dah cari ‘driver’ untuk hantar akak balik. Bye!”

Dengan kata-kata itu, Hana pantas berlalu pergi. Meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga ala-ala rusa masuk kampung. Ihsan masih tetap tersenyum.

“Makan Mushroom Fried Chicken Rice in Claypot, jom!” Ajaknya.

Setengah jam kemudian, kami dah mengadap nasi goreng cendawan dalam claypot. Aku masih kaku mengadap claypot yang berkepul-kepul asapnya. Ihsan dah mula menyudu. Merah padam mukanya menahan panas.

“Napa tak makan? Tak lapar? Tak sedap?”

Aku geleng kepala. Dengan Hana tadi dah banyak benda aku sumbat dalam perut. Sushi la, nasi ayam la, corn la, and entah apa-apa lagi… Sekarang perut pun dah naik sebu.

“Awak ni tak keje ke? Bukan awak keje kat US ke?”

“Dah berhenti…” Sesudu lagi masuk ke mulut. Lapar benar mamat nih!

“Abis, sekarang wat pe?”

“Duduk. Merewang. Bercuti. Cuci mata. Enjoy!”

“Mmm… Gaya orang tak ada tujuan hidup aje!”

“Weih… Mulut bisanya!”

“Betul la tu! Tak wat ape-ape. Pleasure semata-mata. Mengabiskan reta mak bapak aje. Saya paling benci laki macam tu!” Selarku.

Ihsan berhenti menyudu. Matanya tepat pada wajahku. Ada riak bengang di wajahnya. Ada aku kisah?

“Oh, ye ke? You pandai cakap orang. You, apa tujuan hidup you? Kawin dengan orang kaya, kaut harta dia sampai dia jatuh miskin. Gitu?” Tuduhnya.

“Chop, chop…! Bukan saya yang nak kawin dengan Farriel Izumi tu, ek! The next thing you should know, saya ni bukan pompuan materialistic!”

“Yela tu… So, lepas ni ape? Lahirkan the next heir of Izumi Corporation?”

“Ha? Dah tentu tidak!”

Ihsan ketawa melihat wajahku yang kelat dan blushing. Baru beberapa hari kenal Ihsan. Mamat ni memang suka ketawa dan tersenyum. Muka pun Nampak manis aje. Napa si Izumi tu tak suka ketawa, ek? Okey, kalo tak ketawa pun, at least senyum. Tentu kacak macam rupa Ihsan sekarang. Isk, ape aku fikir ni? Aku ketuk kepala sendiri.

“You okey tak ni?”

Jam ku kerling. 9 malam. “Okey. Jom balik!”

@~@~@~@~

Sampai aje rumah, Farriel dah tunggu kat ruang tamu. Bersedia untuk menjalankan proses soal-siasat. Beg-beg kertas aku campak ke sofa, sebelum mencampakkan diri sendiri ke sofa hitam tu. Letih giler!

“Sapa tu?” Muncung mulut dihala ke arah jalan. Menunjuk kereta Ihsan yang dah berlalu pergi.

“Ihsan.” Jawabku malas.

“Ihsan? Kata kuar dengan Hana?” Soalnya pelik.

“Memang la. Tapi Hana ada hal tadi. So, dia suruh Ihsan hantarkan…”

“Okey. Whatever! Mana baju aku?”

Alik-alik tanya fasal baju tu.

“Aku dah buang!”

“You… What?” Kedua-dua keningnya seperti ingin bertaut.

“Aku dah buang baju tu!” Jawabku dengan konfiden.

Soal Farriel dengan mata merah menyala. “You’re joking, kan?”

“Nope!”

Farriel merah padam. Dia mula mundar-mandir. Tangannya pulak mengusap-usap belakang leher. Kemudian ubun-ubun kepala pulak. Matanya dah macam mata burung helang nak makan mangsanya.

“Sapa yang bagi kebenaran ko buang baju tu? Ko ni bodoh ke pekak? Aku suruh ko jahit bahagian yang koyak aje. Bukan buang!” Tempiknya. Betul-betul kat depan muka aku. Terkejut aku dibuatnya.

“Baju tu dah nak hancur! Agaknya sebelum aku jahit, baju tu dah lunyai. Pakai aje la baju lain! Ko bukannya miskin baju pun!”

“Ko memang tak faham! Langsung tak faham! You know what? Ko adalah pompuan yang paling bodoh dan menjengkelkan yang pernah aku jumpa!!!”

Pandangan ‘maut’ tu diberikan lagi padaku, sebelum dia naik ke atas. Pandangan yang sama. Pandangan yang pernah diberikan kepadaku masa sekolah dulu.

@~@~@~@~

Enam orang pelajar lelaki tiba entah dari mana. Gaya pakaian dan jalan, dah macam crook tepi jalan. Selebet. Neck tie entah ke mana. Kemeja putih tak tight-in.

“Adly… My friend!” Tegur salah seorang dari mereka. Head boy, Senior Adly tetap tenang. Fasilitator yang lain tidak mengendahkan mereka. Sibuk membuat persiapan untuk acara riadah sebentar nanti.

“Qhuz… And the gang… Tolong jangan kaco junior-junior ni. Diorang ada program ni.”

“Bagi la kami mesra-mesra dengan diorang. Diorang junior kami jugak ape. Dah tiga hari diorang dengan korang. Kita orang pun ada wat ‘special program’ untuk diorang ape?” Kata senior yang satu lagi.

Pelajar junior yang duduk ala-ala berkelah tepi pantai, mula bergosip sesama sendiri. Berdengung tengah padang. Matahari yang masih memancarkan kehangatan petang bukan lagi menjadi isu. Masing-masing sudah terbiasa ‘dipanggang’ sejak mengikut minggu orientasi.

“Sape diorang ni?” Bisik Jue di sebelahku.

“Ko ingat aku kenal…” Jawabku tanpa suara. Jue mengeleng. Tanda tak faham. Aku angkat bahu.

Group yang aku sendiri gelar Enam Jahanam masih ‘berdebat’ di tepi padang. Tiba-tiba salah seorang senior bermuka cengil dalam group tu memandang kami. Macam nak telan orang aje gayanya.

“Woi, junior! Tundukkan kepala korang! Jangan angkat kepala selagi aku tak suruh! Faham?!”

“FAHAM!” Jerit kami. Kami melakukan seperti yang disuruh. Nak tak nak, kepala terpaksa ditundukkan. Mengira setiap helai rumput di padang.

“Sapa nama ko?” Entah bila ‘dia’ berada di situ. Tau-tau aje dah mencangkung mengadapku.

“Woi, nama ko sapa? Bisu ke ape?” Bingit telinga aku ditempik.

Aku tak ada suara la, bodoh! Dah korang dera kami melalak tengah padang siang malam pagi petang… Pen dan kertas aku keluarkan dari poket fail. Cuba menulis nama. Kertas ditarik. Cuma dua huruf dapat ditulis – AD.

“AD? Tu aje nama ko?” Suara garaunya terus mengasak telingaku.

Aku mengangguk dalam keadaan tunduk. Nak jawab, tak de suara.

“Woi! Aku tanya ni. Jawab la. Jangan kurang ajar boleh tak?”

Buta ape? Dah macam burung belatuk aku mengangguk tadi. Dengan rasa marah, kepala aku dongakkan ke atas. Setentang dengannya. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengan insan yang hanya mahu dikenali tanpa gelaran tengku dipangkal namanya. Farriel Izumi. Sebaris nama itu masuk dalam kotak memoriku. Dan hatiku.

Dia hanya memandangku. Tanpa suara. Tanpa reaksi. Cuma memandang dengan mata terbelalak dan mulut ternganga. Aku tak pasti mengapa. Yang pastinya, wajahnya seperti ternampak hantu. Pandangannya aku klasifikasikan sebagai pandangan ‘maut’ tahap ICU.

“Aril!”

“Aril, napa dengan ko ni?”

Dia tetap kaku di situ. Dan matanya masih melolot padaku, sebelum dia dibawa pergi oleh rakannya. Kami terus berpandangan sehinggalah jasad kami hilang dari pandangan masing-masing. Pandangan yang membuatkan aku tak lena tidur malam; memikirkan mesej tersirat pandangannya itu.

Farriel Izumi…

11 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaa...
cm ad uh ann je..
huhu..
ade ape la pd bju izumi tuh ek...
memories ann??
huhu..
smbung2..

F3yA said...

wah!
hebat!
mesti muka AD
sama dengan muka pompuan yang Aril lukis tue kan?
cepat2 sambung!

[ LiTTL3 sQuAr3 ] said...

tol2..
agaknyer baju tu ada memori sendiri kot..

sepatu biru said...

cepat2 sambung..
best..

Anonymous said...

waaa..cepat2 smbg~~
xsaba da neh...
mesti si izumi ni da suke ad dr dulu tapi ego jek~~
lalalala~
cepat2~~ xsaba~~huhu

pn fAzrin in d h0use said...

xsbr gak nk tau... :)

lilygreeny said...

yupp.. rasenye...
si Iz ni suke kt AD...
cume die ego... pasal
t-shirt die tu mesti ader
kisah misteri disebaliknye kan??

Anonymous said...

setuju ngan keSENGALan teserlah..
mesti ad tu ann kn..
ikhsan tu suka kat adry ke?
cepat la sambung...
cepat la sambung...
cepat la sambung...

~lizarazu~

lemon said...

who is ann?
weird story but interesting!
keep up the good work..

Anonymous said...

cpt lah smbng 'ad+iz part 8' da dua ari tunggu

hasz said...

x tahan!
best giler citer lu!
lu tanak buet novel pas2 jual ka?
pastikan ak org pertama yg beli okeh!

Followers