Monday, July 13, 2009

ad+iz Part 15


“Makan!”

“Tak nak!”

“MAKAN!!”

“TAK NAK!”

“MAKAN! MAKAN! MAKAN!”

“TAK NAK! TAK NAK! TAK NAK!”

Farriel yang duduk di birai katil wat muka give-up. Dengan muka masam, mangkuk bubur diletakkan kembali di atas meja di tepi katilku.

“Sakit-sakit pun keras kepala!” Farriel merengus.

Aku pandang Farriel dengan rasa sebal. Entah ape mimpi mamat ni malam tadi. Tiba-tiba aje ‘mencemar duli’ masuk bilik aku pepagi buta menghantar breakfast. Tadi dah dipaksanya aku telan panadol. Puas bertekak, last-last, dia suruh aku makan panadol soluble yang dah larut dalam air aje. Nasib… Uhh! I hate pills! Masa demam kat rumah papa Farriel hari tu, nenda yang in charge bagi aku makan ubat. Dek kerana hormat dan segan, terpaksa la aku makan. Kalo orang lain, memang aku bagi sejuta alasan untuk tak telan pil putih tu.

“Bubur yang ko wat tak sedap. Tawar!” Komenku. Muncung di mulut automatic ke depan. Nape tiba-tiba macam nak manja-manja dengan si Farriel ni? Spastic? Ke kepala aku ni dah mereng sebab demam?

“Okey aje aku rasa tadi! Lidah ko cacat kot! Tak pun deria rasa ko dah mati!” Perli Farriel. Dia yang dah lengkap berpakaian sut ke pejabat, melipat lengan baju hingga ke paras siku.

Bibirku tersungging ke atas. Lidah sendiri cacat, kutuk lidah orang pulak!

“Lagipun, mana ada orang sakit dapat makan sedap-sedap. Cuba tengok kat hospital tu, tawar aje makanan yang disediakan… bla bla bla…”

Membebel pulak dia pagi-pagi ‘celik’ ni…

“Ko iye aku sakit pun, tak payah la masak bubur yang ‘20 peratus lagi nak jadi nasi’ tu! Kata pandai masak. Pengakap konon… Hampeh! Aku agak, budak-budak yang makan mesti sak…” Kata-kataku mati di situ bila Farriel letak jari telunjuknya atas bibirku. Mata kami bertentangan. Tajam renungannya. Dia marah aku kutuk dia ke??

Dan jantungku rasa macam nak terjun ke perut bila Farriel mula merapatkan jarak tubuh kami. Perfume yang dipakainya menusuk ke hidung. Entah kenapa, berdebar-debar pulak rasa jantung. Kalo dulu, aku cukup benci dengan bau minyak wanginya yang aku tak tahu apa jenamanya. Tapi sekarang, hidung aku dah mula dapat terima kehadiran ‘bau’ itu. Baunya yang agak kuat tapi mengasyikkan dan penuh kelakian. Err… Over sangat ke cara aku describe bau minyak wangi tu?? Pokoknya, minyak wangi ni memang sesuai dengan si pemakainya. Keras tapi sebenarnya lembut. Ape aku cakap nih?!!

Supp! Mulutku disumbat dengan sesuatu. Terkucat aku. Termometer! Farriel hulur senyum segaris. Matanya berkata ‘padan muka!’. Lepas beberapa saat, alat pengukat suhu itu dkeluarkan dari mulutku. Bacaan suhu diambil.

“Hmm… 37.8 darjah celcius. Memandangkan ko masih dalam kategori tak sihat, maka aku tak kan amik hati dengan kata-kata ko tadi. Aku akan anggap macam angin lalu aje!”

Uweks! Aku dah rasa terlebih dari sihat dah ni… Nak ajak main kejar-kejar polis-pencuri pun boleh!

Farriel bangun. Lengan baju diperbetulkan. Briefcase di tepi katilku diambil. Sudah bersedia untuk ke pejabat. Setapak dua dia melangkah ke pintu bilik, dia berhenti. Menoleh ke arahku.

“AD, ko tak suka makan ubat... Ko tak suka makan masakan aku... So, next time, try not to get sick again, okey!” Sedatar aje tone suaranya. Farriel melangkah keluar. Beberapa minit kemudian, aku terdengar kereta Fariel menderu pergi.

… try not to get sick again…

Bukan aku yang saje-saje nak jatuh sakit… Lagipun, aku jatuh sakit sebab ko…

Selimut kutarik sehingga menutupi keseluruhan tubuh. Tido lagi baik!

@~@~@~@~

“Amboi! Adry… Sejak jadi mahasiswa ni, akak nampak ko bertambah-tambah cantik. Pandai bergaya dah pun. Buang dah kasut sport. Jeans, t-shirt hilang dah. Tudung pun ikut fesyen sekarang…” Kata Kak Timah. Ibu anak tiga ni memang suka mengusik aku. Marah aku pun rajin juga. Tapi aku berhutang budi kat Kak Timah. Kalo dia tak rekomenkan aku, memang aku tak dapat keje kat butik Miss Karen ni. Malah dia siap offer diri bagi tunjuk-ajar kat aku selok-belok keje kat sini.

“Betul la! Untung ko dapat kawin dengan orang kaya. Tak sangka, diam-diam ko bercinta dengan anak Tengku! Pandai ko siap rahsia, ek…” Si Chot pulak mencelah.

Imah, Nini, Sabariah yang mulut penuh dengan makanan, setia jadi burung belatuk. Mengangguk aje dengan apa yang dikatakan dek Kak Timah dan Chot. Sengaja aku pilih untuk datang masa lunch break. Tak adalah dijeling dek Miss Karen. Bebas sket nak borak dengan diorang. Sekali mengajak dan menyerahkan kad jemputan ke majlis resepsi perkahwinanku di hotel.

“Tak adalah. Saya masih Adry yang dulu. Ni semua, harta dunia aje. Bila-bila boleh kena tarik dengan Allah.” Balasku dengan rasa rendah diri. Pakaian dan barang-barang yang aku pakai semuanya Farriel yang sponsor. Baju-baju dan barang yang aku ada, semua dah masuk ‘muzium’. Tak sesuai dipakai, tak kena dengan gaya hidup watak yang aku lakonkan, kata Farriel. Aku turutkan aje walaupun hati sedikit memberontak.

“Laki ko tak datang sekali ke?” Imah buka mulut.

“Yelah… Laki ko tak datang sekali ke? Aku teringin juga nak tengok muka laki ko tu!” Nini pulak menyampuk. Peha ayam digigitnya rakus. Yang lain-lain pun nampak khusyuk dan tawaddu’ aje mengadap ketulan ayam. Lapar benar gamaknya. Bila nampak aku bawa se'bucket' ayam KFC tadi, melompat menjerit diorang kesukaan. Mungkin dah bosan makan nasi bungkus kedai mamak kat seberang jalan agaknya.

“Dia sibuk. Kalo tunggu dia, entah bila la saya dapat lepas datang ke sini!” Jawabku perlahan. Sibuk. Entah-entah sibuk dengan Marina dia tu.

Sabarina siku Nini.

“Apa la ko ni, Nini… Laki si Adry ni kan businessman. Setiap saat tu duit ko tau tak. Dia bukan macam kita. Ada masa lepak-lepak macam ni.” Selarnya.

“Yela, yela…”

“Sudah! Depan rezeki tak baik beramuk. Lari rezeki nanti!” Teguran Kak Timah meleraikan ‘perang mulut’ mereka. Aku senyum. Rindu dengan suasana sebegini. Bergaduh, bergurau, berbual-bual kosong…

“Oh, ya Adry…!” Pandangan aku lempar pada Chot yang bersuara.

“Hari tu, adik ko si Zalika datang sini. Cari ko.” Adu Chot.

“Ye ke?” Terkejut aku mendengar kata-kata Chot. Serasanya, aku tak pernah bagi alamat butik ni pada sesiapa di kalangan keluargaku. Takut diorang wat kaco.

“Aku cakap la ko dah berhenti keje. Terkejut siamang dia. Dia minta aku nombor telefon atau alamat rumah ko. Malas aku nak bagi!” Sambung Chot lagi.

“Napa?”

“Ko tau aje la mulut adik tiri ko tu. Pedih aje telinga aku dengar. Kalo adik aku, dah lama aku sental mulut dia dengan cili api. Tak tahu langsung nak hormat orang. Geram aku!” Chot mengetap gigi kemarahan.

“Elok la ko tak bagi tu, Chot! Lain kali, kalo dia datang sini lagi cari Adry, katakan aje ko tak tau macam mana nak contact si Adry ni! Tu tak ada keje lain nak menyusahkan Adry la tu! Meluat betul aku dengan perangai keluarga tiri ko tu, Adry…” Luah Kak Timah.

Aku diam. Tak menyokong, tak juga membantah kata-kata Kak Timah. Memang ada kebenarannya. Sampai bila aku nak sara keluarga tiri aku tu. Zalika, Bakhtiar… Dua-dua dah besar. Dah tak minat nak belajar. So, boleh la cari duit sendiri, sara mak bapak. Tak kan nak harap aku tanggung makan minum diorang lagi. Makcik Midah pun satu. Apa yang anak-anak dia wat, semuanya nampak betul aje kat mata. Cuba aku. Semuanya salah. Hai… Kenapa la agaknya Zalika cari aku? Pakcik Bakar main judi lagi ke? Kali ni dengan Ah Long mana pulak dia pinjam duit? Baru bulan lepas aku ‘settle’kan hutang Pakcik Bakar.

“Hello! Ada orang tak?” Jeritan datang dari ruang depan butik membuatkan kami terdiam. Imah tampar bahu Chot.

“Ko tak letak tanda ‘rehat’ ke kat pintu depan?” Soalnya marah.

“Letak la!” Balas Chot.

“Abis, pompuan tu main redah masuk aje apasal? Tak tau ke kita tengah break!” Rungut Imah.

“Tu dah confirm-confirm jenis tak reti membaca! Nak makan pun tak senang. Halau karang, macam tolak rezeki pulak. Ei!” Bebel Sabarina. Nak tak nak, dibawanya tangan ke sinki. Imah dan Nini yang dah selesai makan turut ke sinki, membasuh tangan sebelum ke depan. Melayani tetamu tak diundang.

“I nak tengok fesyen baju pengantin yang paling the latest yang butik you ni ada! Berapa pun harganya, I don’t care!” Perintah pelanggan wanita itu jelas kedengaran sehingga ke bilik pantri. Memang jenis pelanggan yang aku tak suka.

“Dah la tu! Dah lima butik kita masuk. I letih la. Lapar! You tak lapar ke? Kenyang makan baju-baju ni semua?” Kedengaran suara pasangannya pula.

“Farriel sayang… I nak kelihatan cantik masa majlis perkahwinan kita nanti. So, I perlu cari baju yang paling cantik dan sesuai untuk I dari sekarang. Kalo tak ada, I nak cari kat US pulak!” Kata pompuan tu.

“Suka hati you la!”

Farriel? Farriel Izumi ke? Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, kepala aku jengukkan ke ruang depan, di ruang pameran. Kelihatan seorang pompuan sedang mengacukan pakaian pengantin ke badannya. Di sisinya, kelihatan seorang lelaki yang aku memang hafal susuk tubuhnya walaupun ketika itu dia membelakangkanku. Farriel dan Marina… Diorang... Diorang nak kawin dalam masa terdekat ni ke? Tubir mata terasa basah serta-merta.

“Adry…” Bahuku tepuk perlahan. Aku berpaling. Muka Kak Timah yang blur aku pandang kosong.

“Kenapa ni” Soalnya. Pelik.

“Saya minta diri dulu, kak!” Tas tangan aku ambil. Kak Timah dan Chot pantas aku salami. Tak sanggup rasanya untuk terus berada di bawah bumbung yang sama dengan Marina dan Farriel.

“Aik, kata nak lepak sini sampai petang!” Ada pelik dalam kata-kata Chot.

“Aaa… Lain kali la. Saya baru teringat yang saya ada keje sket nak dibuat. Pintu belakang tak kunci kan, kak?”

“Tak!” Jawab Kak Timah dengan dua kening hampir bertaut.

Dan aku terus keluar dari butik itu. Berjalan menyusuri satu-persatu bangunan kedai yang ada di situ. Berjalan dan terus berjalan walaupun hujan rintik-rintik sudah bertukar menjadi semakin lebat. Aku sendiri tak tahu nak ke mana. Tapi aku tahu aku perlu berada jauh dari butik Miss Karen. Kerana di situ, aku terasa seolah-olah tubuhku lemah tak bermaya. Seperti seluruh kudrat tenagaku sudah disedut keluar. Esoknya, badan aku terasa seram sejuk dan pitam kat kampus.

@~@~@~@~

Marina setia menanti panggilannya disambut oleh orang di hujung talian.

“Hello!”

“Hello! Auntie Mary! Marina ni!” Sapanya girang. Lamaran Farriel benar-benar membuatkan harinya ceria kebelakangan ini.

“Ooo… Marina! Ingat juga kamu pada auntie. Ingatkan kamu dah lupa. So, how are you? How’s Malaysia? Good?” Suara Auntie Mary begitu jelas di telinga Marina walhal dia berada di US.

“I’m fine. Malaysia still peace and beautiful as usual. Auntie, I got good news for you!” Jerit Marina girang. Marina rapat dengan ‘Auntie Mary’nya berbanding dengan adik-beradik arwah ibunya yang lain.

“What? Tell me! Tell me!” Pinta Auntie Mary teruja.

“Somebody proposed me! And I’m getting married in a few months!”

“Oh my God! Betul ke ni? Dengan sapa?”

“Farriel!”

“That… Farriel… I thought you’re not serious with him since he’s fat, naïve…” Soal Auntie Mary lambat-lambat.

“But not now. I think I love his style now. More confident and gentleman! Tak la malu nak ke majlis ke mana-mana lagi. Kenapa? Auntie macam tak suka aje…” Marina sudah mula terasa hati dengan reaksi ‘auntie’nya.

“Auntie bukan tak suka. But we are talking about marrying someone for the rest of your life. Kamu kena pilih betul-betul!” Nasihat Auntie Mary,

“Wait! Which part make you upset, auntie? Part I getting married ke part I nak kawin dengan Farriel?” Soal Marina bengang.

“Both!”

“Why?”

“First, you’re not ready for marriage. You hate commitment, remember? Second, Farriel as your future-husband? Are you serious?” Auntie Mary tertawa kecil di hujung talian.

“Okey! Sekarang I dah ready nak bagi komitmen pada perkahwinan, auntie. Yeah, I know perkahwinan mama papa tak bahagia tapi itu tak bermakna yang I pun akan gagal dalam perkahwinan, kan? Lagipun, I pilih Farriel. Farriel is the most perfect guy I ever met!” Terang Marina bersungguh-sungguh.

“Auntie gembira kalo kamu dah mula berfikiran positif terhadap perkahwinan. But still, I don’t think Farriel suits you, darling…”

“Why not, auntie?”

“Coz both of you have a different social life, different principle about life… I don’t know! Both of you are just different! Auntie tak rasa kamu boleh adapt dengan Farriel’s ways of life, and so do Farriel… Farriel bukan macam Adam, bukan macam Saiful, bukan macam Matt atau Ryan…” Luah Auntie Mary.

“Are saying that you won’t…”

“No, Marina! Itu Cuma pendapat auntie aje. Apepun, auntie tetap akan sokong apa sahaja tindakan kamu. Termasuk la tindakan kamu menerima lamaran Farriel!”

“Great! I love you so much auntie! So, auntie akan tolong I wat preparation?”

“Of course, darling!”

“Thank you, auntie! I betul-betul perlukan bantuan auntie. Coz I never have experience… Of course I don’t have any experience! This is my first and last wedding!” Teriak Marina gembira.

“By the way, Ryan datang sini dua tiga hari lepas. Dia cari kamu!”

“Ooo…” Mood Marina berubah mendengar nama itu.

“Jumpa la dia. Tak pun, call dia… Rasanya dia ada banyak perkara nak cakap pada kamu.”

“But don’t have any! Cakap fasal Ryan wat Marina hilang mood la. Okey la, auntie… Lain kali Marina call lagi. Bye!”

“Bye, darling! Take care…”

Talian diputuskan. Gagang telefon dicampak ke sofa. Marina membuang pandang ke luar. Melepasi balkoni apartmennya. Ryan… Nama itu kembali segar di ingatannya.



*** TQ utk kipas-susah-mati yang tak henti-henti mengipas sehingga novel ad+iz jadi HOT… yang tak henti-henti bg support & komen membina, yg tak penah miss lawat blog ni hari2…

*** Jom support novel ad+iz kat penulisan2u… ;)

23 comments:

Anonymous said...

adoi...

xsuka conflicts...

xsuka...waaa...

Mimi Nurisya said...

waaa....cian ad...
sampai demam2...
tp xmo la iz kawen ngan marina...
xmo2....

tzaraz said...

ryan..ooo..hope marina at last
x jadik kawin ngan iz...
(sapa ryan...n3 lagi plez)..hehe

nad said...

adoi hai....
still byk conflict, ni yg x saba nak tau next part...
cepat ckit n3 part 16..

Che Sue said...

jgan la marina jadi kawen ngan iz...sian pada adry

conflicts dah nak mula dah....

nursya said...

x suka marina...
ooo bila si iz tu hensom br nk ar..
klw x main tolak tepi je iz tu...
iz nk pn x cian ker kat Ad???
huhuhu..
sedey..sedey...

nk lg...

Tun Teja said...

Alamak... Dah habis? Kacaulah.

Memang mengada-ngada Marina tu. Betul2 mementingkan rupa, menyampah!!!

Rasanya konflik akan pecah kepada beberapa bahagian ni. AD dengan IZ dan Marina sudah tentu. Keluarga tiri, mungkin Ihsan. Ini andaian saja.

Wah! Berapa lama harusku tunggu untuk enteri seterusnya?

Penantian satu siksaan.

bulan bintang capricorn said...

juz think yg ad ngan iz mmg d takdirkan bsama..pls dun make them apart..

bulan bintang capricorn said...

\q

keSENGALan teserlah.. said...

wawaaa...
ad ngn iz la..
hope marina kembali ke ryan uh..
huhhu..
smbung2..

Anonymous said...

nak ad+iz ag!!!!!!!!!
ak jwb exam terngiang2 cter ni!!!

Anonymous said...

pendek nye tapi best ..

-aryzaidi-

MaY_LiN said...

cian ad..
nape iz ni..
picit2 dak iz ni nnti

Anonymous said...

cita kali ni pendek ckit...
tp lega gak r sbb dh lama tunggu ni..

plez!!!!
bg la diorg bhgia..
biar diorg gaduh pun x pe~~

azzakiah said...

ala.. sian ad...
np iz x nampak cinta kat mata ad??
huhu.
sedihnye la..

cpt2 smbung..
best la...

Anonymous said...

kesian adry
izumi ni hati batu ke apa? dua-dua perempuan dia nak
lempang kang

Anonymous said...

huhu....
nape mesti ad yg jmpa iz camtu..
bila family iz nk jmpa dia wat prangai..
mesti masak kne marah ngn nenda dia..
pdn muka iz...
huhu....cian kat ad...

~lizarazu~

Anonymous said...

thnx sbb upload smbng.. xsaba sgt nk tggu kesdhn cter nie.. very excited.. hope no more conflict.. hehe xsuka conflict.. per2 pn love this citer.. cpt2 smbng lg..

Anonymous said...

alaaa...x best la marina ngan iz...

Anonymous said...

ermmm...cepat2 la smbung, x sbar2 nak tau crita slanjutnya..hehhe...

~deilzayin88~

Sha said...

aaa sian ad..
xnk la iz kwin ngn marina..
marina jz gler arte je..huhu
bl deorg nk luah prsn msg2 nih?
xsbrnye nk tgu saat 2..
msty besh kn...

smbg agi =)

DLatum said...

best citer ni..

tahniah!seronok baca...

Anonymous said...

besttttt........
npela ad ngn iz tu pyh bnor nk declre thier love ish2

Followers