Sunday, September 27, 2009

eucralipse 9


Esmet meneguk rakus air dari gelasnya. Pujuk rayu dan belaian manja pelayan perempuan di kiri dan kanannya langsung tak dihiraukan. Malah dia menepis makanan yang cuba disuapkan oleh pelayan tersebut. Ditolaknya kedua-duanya ke tepi. Esmet bangun. Memandang tajam satu persatu wajah kawannya; Dayes dan Hemes.

“Berani betul si Rei tu rapat dengan Eury! Berani betul dia nak melawan aku!!” Gelas di tanga dicampakkan ke suatu sudut. Pecah.

“Esmet, aku rasa kau perlu lakukan sesuatu. Dalam kejadian siang tadi, nampak sangat Eury menyebelahi Rei berbanding kau, tunangnya...”

Esmet tajam memandang Dayes.

“Ya, betul kata Dayes! Lebih baik kau bertindak sebelum terlewat. Jangan sampai Eury dan Eucralipse jatuh ke tangan budak hingusan tu, sudah la...!” Kata Hemes menambahkan bengkak di hati Esmet.

“Kau ingat aku sebodoh itu? Aku lebih bijak dari itu. Tahu la Eury nasib dirinya malam ni. Aku yakin Raja Esqandar tak kan biarkan anaknya mencalarkan maruahnya!”

Dayes dan Hemes mengangguk sesama sendiri.

“Jadi, apa rancangan kau?” Soal Hemes pada Esmet. Esmet senyum.

“Apapun yang kau rancangkan, kau harus mengambil kira kekuatan Rei. Waktu dia bertarung dengan Egart tempoh hari, aku lihat dia tak kurang hebatnya!”

“Hemes... Dayes... Semua orang ada kelemahan. Dan kita akan cari kelemahan Rei tu... Itu tugas kamu berdua untuk menyiasat semua tentang Rei. Faham?”

Hemes dan Dayes mengangguk lagi.

“Malam ni, aku tak nak fikir apa-apa. Aku cuma mahu berseronok. Ada kau nampak Sephyl di mana-mana?” Mata Esmet liar menyelongkar segenap isi ruang. Mencari gadis bernama Sephyl.

“Aku tak rasa dia ada di sini malam ni!” Jawab Dayes.

“Kau tahukan hanya Sephyl yang pandai melayan aku...”

Dayes dan Hemes yang sudah mengerti maksud kata-kata Esmet, segera mengarahkan pengawal Esmet untuk mencari Sephyl.

“Jangan pulang selagi tak jumpa!” Pesan mereka pada pengawal tersebut.

Mereka kembali menikmati minuman sambil menikmati rentak muzik dan keindahan malam yang semakin larut.

“Rasa-rasanya Eury sedang menerima hukuman sekarang...” Ujar Esmet antara dengar dan tidak.

Esmet tersenyum sebelum 'membebaskan' tawanya. Membayangkan wajah Eury yang sedang dikenakan hukuman.

“Itulah kelebihan menjadi menantu pilihan!”

Tawa Esmet kedengaran lagi. Kali ini disertai oleh Dayes dan Hemes.

**************
Ayahanda selesa duduk di takhtanya. Bonda di sebelah kiri, hanya sekadar pemerhati. Seperti biasa. Mujur tiada pembesar dipanggil mengadap di balai pengadapan tengah-tengah malam ini.

“Boleh anakanda Eury terangkan kepada Ayahanda dan Bonda apa yang jadi siang tadi?”

Aku hela nafas. Ayahanda dah tahu ke? Sapa yang bermulut murai menyampaikan?

“Tak ada...”

“Jangan bohong, Eury...! Kami diberitahu Esmet...”

“Esmet? Balik-balik Esmet! Percaya sangat semua kata-kata Esmet tu!” Lantang aku menyuarakan rasa tak puas hati.

“Eury! Jaga adab kamu! Kamu sedang bercakap dengan raja Eucralipse ni kan!” Tegur Bonda lantang.

Aku terasa kerdil serta-merta. Melilau mencari 'ayahku' di kamar empat segi itu. Tiada! Yang bergelar ayahku sudah mati sejak majlis pertabalan raja bertahun-tahun yang lalu. Yang ada cuma Raja Esqandar, pemerintah Eucralipse. Dan aku, Eury, bakal penggantinya... tanpa rela...

“Para pembesar, rakyat jelata, musuh-musuh... Semuanya sedang memerhatikan kita... Kamu, ayahanda, bonda dan semua kerabat diraja. Menilai kelayakan kita. Mencari kelemahan kita. Mengumpul dan menjaja kebaikan keburukan kita. Menjadi pemerintah bukan suatu pilihan. Tetapi suatu kewajiban. Satu tanggungjawab yang diwarisi mengikut aliran darah keturunan. Banyak manapun kamu membenci kehidupan sebegini, walau banyak manapun ayahanda benci melihat kamu memaksa diri kamu untuk memenuhi segala kelayakan menjadi bakal pemerintah, ini sudah jadi sebahagian dari takdir hidup kita... Berhenti melawan takdir. Belajar terima apa yang sudah disuratkan untuk kita...”

Kebenaran itu pahit. Tapi itu memang kenyataan. Maka, aku sudah habis modal untuk melawan kata-kata Ayahanda. Aku benci situasi sebegini!

“Menurut Esmet, ada pelajar baru yang membelasahnya di perpustakaan diraja gara-gara dia bersama dengan kamu. Siapa pelajar tu? Kamu kenal dia dan asal-usulnya?” Soalan dan pernyataan Ayahanda menaikkan semula suhu amarahku. Jelas, Esmet memutarbelitkan fakta. Memang bijak. Sebagaimana bijaknya Esmet menyembunyikan warna sebenar dirinya dari pengetahuan Ayahanda dan Bonda aku serta dari pengetahuan Raja Eries dan Permaisuri Xera.

“Ayahanda pelik, macam mana budak tu boleh masuk perpustakaan diraja sedangkan hanya orang tertentu dibenarkan masuk.” Tambah Ayahanda lagi.

“Nama dia Reizu. Dan dia masuk bersama-sama Eury! Dan apa yang diceritakan oleh Esmet itu tak benar sama sekali!!”

Ayahanda dan Bonda terkejut.

“Jadi, kamu kenal dia? Bagaimana?” Soal Bonda.

“Dia pernah bantu Eury ketika diserang...”

“Diserang?! Sapa yang menyerang? Di mana?”

Aku gigit hujung bibir. Dah terlepas cakap...

“Di mana Eury? Ini hal serius. Melibatkan hal keselamatan dan pertahanan Eucralipse! Di mana?”

“Di pinggir hutan. Berdekatan sempadan Eucralipse dan Dark City.” Terpaksa juga aku menjawab.

Wajah Ayahanda dan Bonda sudah merah. Marah.

“Itu kawasan larangan! Bonda dah berkali-kali mengingatkan kamu supaya tidak ke situ. Kamu tahukan, itu kawasan buangan para banduan. Kenapa kamu tak henti-henti melanggar perintah kami, Eury?!” Aku pejam mata. Menahan bunyi suara lantang Bonda yang menerjah ke telinga.

Diam.

“Siapa penyerangnya? Di mana pengawal kamu ketika itu?” Ayahanda mengambil giliran menyoal.

“Rexo dan orang-orangnya. Pengawal Eury dah tewas. Dan Rei datang membantu.” Jelasku.

“Seorang diri?”

Aku mengangguk.

“Hebat!” Riak kagum terpancar di wajah Ayahanda.

“Budak Rei tu harus berhenti dari Akademi!”

“Tapi mengapa? Ini ke cara membalas budi orang yang telah menyelamatkan nyawa bakal pemerintah Eucralipse? Lagipun dia punya kebolehan, pengetahuan dan potensi untuk menjadi pahlawan yang hebat!” Bantahku.

Ayahanda tersenyum. Sinis.

”Eury, dia cuma rakyat biasa. Tak mungkin dia dapat menandingi kehebatan golongan diraja! Ayahanda tak mahu dengar cerita dia bergaduh dengan Esmet lagi. Kita mesti jaga hati Esmet. Dia tunang kamu, tetamu terhormat di Eucralipse... Oleh itu, dia harus diberhentikan dari Akademi!”

Macam la Esmet sorang aje ada hati!

“Jangan memperkecilkan Rei! Eury tahu tahap kebolehan Rei. Dan dia lebih hebat dari Esmet!”

Suasana tegang. Namun tiada sesiapa yang bersuara buat seketika.

“Apapun, kita berbalik pada hal tadi. Ayahanda nak tahu mengapa Rei pukul Esmet?”

Aku tergelak. Sumbang kerana tiada yang lucu.

“Sebenarnya, Esmet yang membelasah Rei bila nampak kami belajar bersama. Malah Esmet cuba membunuhkan Rei. Ini buktinya!”

Aku angkat tapak tangan. Ingin menunjukkan luka dek pedang yang dihayunkan Esmet. Ayahanda dan Bonda menunjukkan minat untuk melihat bukti 'keganasan' Esmet. Namun tapak tanganku yang cantik dan lembut tanpa kesan darah dan parut setelah diubati oleh Rei membuatkan Ayahanda dan Bonda meragui ceritaku.

“Eury... Bonda tahu kamu langsung tak berminat atau suka dengan Esmet. Tapi dia jodoh kamu. Dia yang memiliki pasangan kepada rantai kamu. Jodoh kamu sudah ditetapkan sebelum kelahiran kamu lagi. Itu hakikatnya. Maka kamu harus belajar mencintai Esmet. Belajar menghormati Esmet. Suka atau tidak, dia tunang kamu.”

Dengar nama dia pun aku dah meluat!

“Bagaimana dengan Esmet? Mengapa dia tak belajar menghormati Eury dan kawan-kawan Eury? Ayahanda dan Bonda patut siasat kegiatan Esmet di luar. Esmet bukan datang ke Eucralipse untuk mengenali Eury semata-mata. Naluri Eury mengatakan yang Esmet punya agenda tersendiri. Menakluk Eucralipse, mungkin!”

Tawa Ayahanda berdekah-dekah.

“Perlu apa Esmet menakluk Eucralipse? Bukankah Eucralipse akan menjadi miliknya juga setelah dia berkahwin dengan kamu... Imaginasi kamu terlalu tinggi, Eury!”

“Makanya Ayahanda dan Bonda perlu siasat untuk mengetahui imaginasi Eury berasas atau tidak!”

Ayahanda dan bonda hanya mengelengkan kepala. Sungguh aku buntu untuk meyakinkan mereka tentang apapun berkenaan keburukan Esmet.

“Sudah la... Ayahanda dan Bonda nak balik berehat. Semuanya sudah jelas. Kamu perlu belajar menyayangi Esmet. Dan Rei perlu berhenti dari Akademi Eucralipse!”

“Rei akan terus belajar di Akademi!” Bantahku.

“Rei kekal belajar di Akademi TAPI kamu perlu layan Esmet dengan baik!” Tawar Ayahanda.

Aku angkat kening. Berfikir.

“Setuju!”

Ayahanda dan Bonda tersenyum senang. Ahh...! Aku berbaik dengan Esmet? Mustahil!

“Satu lagi... Budak Rei tu... Bawa dia berjumpa Ayahanda. Mungkin kami patut 'berkenalan'...” Kata Ayahanda sebelum keluar dari kamar itu.

Aku senyum girang seraya mengangguk. Sepanjang berada dalam kamar ini, hanya sebaris ayat Ayahanda itu yang masuk akal bagiku.

**************
Kerk bermeditasi di atas batu besar itu. Memusat dan mengumpulkankan tumpuan serta tenaga dalaman. Itu rutin hariannya setiap malam. Dia tidak mahu hilang fokus. Dia mahu sentiasa bersedia tatkala diarahkan untuk menyerang Eucralipse kelak.

Telinga terasa geli. Terasa seperti ada sesuatu yang halus 'berjalan-jalan' di telinga. Dengan mata yang masih terpejam, dia menangkap tangan tersebut sebelum membawa empunya tangan ke hadapan.

Q-ra meringankan badan. Mengikut rentak 'permainan' Kerk sebelum jatuh melutut ke tanah. Rambut panjangnya diperbetulkan ikatannya kembali. Dia berdiri mengadap Kerk sambil tersenyum menggoda. Kerk buka mata. Berdiri dan terjun ke tanah.

“Kau gagal sekali lagi!” Ejek Kerk.

“Tapi aku tak pernah putus asa. Suatu hari nanti, aku pasti akan membuatkan kau terkejut.”

Kerk sekadar memandang Q-ra yang tersenyum manis. Di sini, di daerah yang dipenuhi dengan dendam dan amarah ini, Q-ra anak kepada Menelaus, merupakan satu-satunya 'puteri cantik' yang menjadi kegilaan lelaki seusia Kerk. Rata-rata lelaki tersebut mencemburui Kerk kerana Kerk murid kesayangan Menelaus. Lantaran itu, Kerk punya banyak masa untuk bersama Q-ra.
“Mana ayah kau?” Tanpa perasaan Kerk bertanya.

“Tak pernahkah kau teringin untuk menghabiskan masa bersama aku? Kau tahukan, betapa ramainya lelaki di luar sana yang menggilai aku. Dan kau harus tahu, aku hanya berminat dengan kau!” Q-ra menuturkan ayat itu dengan cara yang paling menggoda. Sengaja dia melarikan jemarinya yang runcing ke tubuh sasa Kerk. Kerk masih tetap begitu. Tegak. Tenang. Tanpa perasaan.

“Aku bukan mereka. Kau sendiri tahu yang aku tak berminat dengan kau! Selain melihat Eucralipse hancur, aku tak punya keinginan lain!”

Kerk membuat beberapa gerakan yang diajarkan oleh Menelaus. Q-ra berpeluk tubuh.

“Selepas Eucralipse musnah, adakah kau akan ada keinginan terhadapku?”

“Aku tak pasti. Mungkin ya! Mungkin tidak!”

Q-ra merapatkan tubuhnya ke tubuh Kerk. Sengaja dia menggeselkan bahagian dadanya ke tubuh Kerk. Cuba menggoda lagi.

“Untuk kebarangkalian yang sedikit itu, aku sanggup membantu kau untuk menakluk Eucralipse... walaupun ayahku melarang aku turut serta dalam misi itu... Kerana aku hidup untuk kau! ”

Q-ra meninggalkan Kerk di situ. Kerk sekadar memerhati susuk tubuh Q-ra yang semakin hilang ditelan kegelapan.

“Kerana aku hidup untuk kau!”

Kerk menarik pedang dari sarungnya.

“Hiiyarkk!”

Bumm! Sebatang pokok tumbang di sisi.

Saturday, September 26, 2009

Saat Cinta Bicara Part 3


“Minta maaf pada gadis ni!” Arah lelaki itu.

Lelaki crook itu merentap tangannya dari pegangan ‘penyelamat’ku. Air mukanya masam ibarat dicampakkan selori limau paling masam di dunia. Terbit juga riak kelat seperti baru sahaj termakan peria yang pahit rasanya. Aku memang tak berkenan betul dengan tingkahnya; agresif semacam seperti tengah ‘high’ je. Penampilannya lagi la…Dengan telinga bertindik, rambut terpacak macam budak punk, jeans dan jaket kulit, bangle ‘berduri-duri’… Memang tak masuk dalam senarai orang yang boleh dijadikan kawanku.

“Kau ni sapa pulak? Apa kena-mengena kau dengan si bisu ni?” Garang lelaki crook itu menyoal. Gayanya seperti mahu membelasah sapa sahaja yang bercanggah pendapat dengannya. ‘Penyelamat’ku tetap tenang menghadapi situasi itu.

“Sapa pun saya, itu tak penting. Yang penting, saya tak suka awak guna kekerasan terhadap orang yang kurang upaya. Apapun kekurangan dia atau kelebihan awak, masing-masing wajar saling menghormati! Ini Malaysia. Negara merdeka. Negara demokrasi. Negara yang mendukung kesaksamaan hak rakyatnya walau siapapun dia asalkan tercatat warganegara Malaysia pada kad pengenalannya. Tapi tak tahu la kot-kot awak ni bukan warganegara Malaysia…” Tenang dan laju sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Dan senyuman yang dilemparkan di akhir ayatnya seperti mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai pemenang dalam ‘debat jalanan’ ini.

Lelaki crook itu mengetap gigi kuningnya dangan wajah masam. Memandang kami silih berganti sebelum pandangan jatuh pada wajah wanita tua yang muncul di celah-celah orang ramai. Riak wajahnya berubah menjadi tak keruan.

“Kau berdua bernasib baik. Oleh sebab adik aku grad hari ni, mak aku pun ada, jadi aku malas nak putuskan urat leher bertekak dengan kau. Lain kali, bila aku bawa geng aku, kita sambung!” Katanya sebelum berlalu mendapatkan wanita tua itu. Dia memimpin wanita tua itu ke suatu arah.

Bahuku terasa dicuit lembut.

“Awak… okey?” Sepatah-sepatah dia bertanyakan tentang keadaanku. Nyaris aku nak tergelak dengan gelagatnya yang cuba berkomunikasi denganku menggunakan bahasa isyarat.

Aku mengangguk. Aku menghulurkan wang kepada gadis penjual bunga. Dan dia menghulurkan jambangan bunga kepadaku. Aku menganggukkan kepala lagi. tanda terima kasih sebelum berpaling ke arah lelaki tersebut.

Melihat dirinya sekali lagi secara berdepan, menimbulkan sesuatu di dalam hati. Takut? Gugup? Gembira? Berbunga-bunga? Nonsense! Aku bukan drama queen sampai every moment nak bikin wayang.

Lelaki berketinggian hampir 6 kaki (ye ke? lupa nak bawak tape pengukur), berdada agak bidang, tidak terlalu gemuk atau kurus, berambut agak kerinting, dahi sederhana luasnya, kening lebat, mata berpandangan tajam memikat, hidung sederhana mancung, bibir sederhana dan sempurna bentuknya, berkulit cerah… Lelaki yang pada perkiraanku, sederhana dalam serba-serbi. Tak terlalu kacak dan sempurna. Tidak juga jelik rupanya. Sedang-sedang sahaja. Dan lelaki itu masih memandangku. Namun pandangannya kini bukan dengan riak terkejut, bukan juga berwajah terkejut seperti pertemuan pertama kami tadi. Riak wajahnya kini tenang. Bersahaja. Sukar ditafsirkan. Mungkin dia bersimpati dengan keadaanku yang ‘bisu’.

Enggan meneruskan ‘lakonan’ ini, aku membuka mulut. Untuk menerangkan keadaan sebenar. Namun bunyi handphone yang nyaring berserta menyebabkan tumpuan aku beralih. Along! Pesanan ringkas di skrin handphone aku baca.

‘Dpn dwn. Skrg!’

Aku segera berpaling ke arah bertentangan. Ke arah dewan besar.

“Dah nak pergi?” Soal lelaki itu. Aku pandang wajahnya sekilas. Mengangguk.

“See ya!” Katanya lagi. Ada riak kesal. Kesal untuk apa agaknya ya?

Dengan segaris senyuman, aku meninggalkannya di situ.

@~~~@~~~@~~~@~~~

“Athia…!” Jerit Angah sebaik sahaja aku muncul di celah-celah orang ramai yang berkerumun di luar dewan. Aku mengambil masa lebih lima minit untuk sampai ke tempat keluargaku berdiri walaupun jarak kami berdiri tak sampai 5 meter.

“Tahniah!” Jeritku sebaik sahaja menyertai mereka di situ.

Dengan bangganya aku mempersembahkan jambangan bunga mawar merah itu pada Angah. Angah tersenyum lebar menyambut bunga dariku. Aku memeluk Angah erat sebelum menghadiahkannya ciuman di pipi. Dalam beberapa saat barulah aku terperasan sesuatu. Angah langsung tidak membalas pelukanku seperti selalu.pelukan aku ungkaikan. Tangan Angah berada di udara bersama dua jambangan bunga.

“Sorry! I can’t ruin these flowers!” Katanya sambil tersengih lebar menampakkan giginya yang putih bersih.

“Ala! Sapa lagi cepat bagi bunga kat Angah ni?” Jambangan bunga ros merah ‘mewah’ tu aku pandang dengan rasa tak puas hati. Ingatkan boleh la aku jadi orang pertama bagi bunga kat Angah.

Dari ekor mata, aku terperasan akan sesuatu. Dan tanpa menunggu lama, aku mengalih pandangan ke arahnya. Ada seorang lelaki asing yang baru sahaja ‘join’ keluarga kami. Dan dia memerhatikanku sedari tadi lagi. Semenjak aku tiba di sini dan memeluk Angah.

Dengan anggaran ketinggian 5 kaki 7 inci atau mungkin lebih lebih beberapa sentimeter dari itu, kunjungannya yang kerap ke gim terbukti melalui susuk tubuhnya yang tegap dan sasa, berkulit sawo matang, rambut agak kerinting yang dipotong pendek, wajah kacak seperti hero filem Malaya, senyuman menawan yang mungkin boleh menyebabkan gadis-gadis datang menyembah untuk kasihnya, bergaya kasual namun ciri-ciri sebagai ahli korporatnya tetap menyerlah, lelaki itu memang mempunyai personality yang menarik. Macam mana aku boleh tak perasan tadi? Agaknya mata aku dah ‘kero’ kot!

Aku cuba mencari dan menyelongkar kotak ingatan. Mencari akan kehadiran lelaki ini; kalau-kalau aku pernah melihat dia di mana-mana. Nyata, aku tak pernah tengok lelaki ini. Jika tidak, mustahil aku boleh lupa lesung pipit yang jelas kelihatan di kedua-dua belah pipinya setiap kali dia mengukir senyuman. Ya, aku tak pernah melihat dia sebelum ini! Dan dia tersenyum ke arahku?

Lelaki itu masih memerhatikanku sehinggalah Angah menggoyang-goyangkan jambangan bunga di tangan kanannya di hadapan muka lelaki itu.

“Zharif…! Pandang macam nak telan aje gayanya!” Tegur Angah. Muka Zharif merah sebaik sahaja sedar akan ketidakwajarannya memerhatikanku sebegitu. Bila menyedari seisi keluargaku turut memerhatikan tingkahnya, mukanya bertambah merah setakuk lagi.

“Sorry! I terkejut bila dia tiba-tiba datang tadi. I ingat sapa tadi!” Katanya cuba memberi alasan terhadap perbuatannya. Angah cuma tersenyum. Dengan bersusah-payah, Angah memaut tangan Zharif dan membawanya berhadapan denganku. Ahli keluargaku yang lain sibuk bergambar dengan kamera Along.

“Zharif, ni adik I, Athia Huriya’ Dato’ Shaiful Bahri yang I selalu ceritakan tu… Dia ni masih study kat UUM. InsyaAllah, will be graduated next year, after her practical…” Angah memulakan sesi berkenalan antara aku dengan lelaki itu.

Zharif memandangku dengan pandangan yang lunak.

“Athia, ni ‘kawan’ Angah… Kami dah lama kenal. Actually, Zharif ni senior Angah dulu. Lepas tu jadi adik angkat… bla bla bla…” …tak lama lagi jadi abang ipar Thia… Aku menyambung sendiri ayat akhir Angah. Cliché la scene ni. dah berlambak dalam drama dan filem. Kalau tak sebijik sebutat pun, sipi-sipi tetap ada. Tengok gaya Angah dan Zharif pun aku dah boleh agak. Bunda dan babah tersenyum manis. Gembira dapat calon menantu kot!

Zharif menghulurkan tangan. Ingin bersalaman denganku. Aku agak keberatan untuk menyambut. Aku bukan la minah stok masjid tapi aku faham la basic agama tentang aurat. Tetapi memandangkan banyak mata-mata yang memerhati, aku sambut juga huluran tangannya itu. Genggaman tangannya erat. Ah, sudah! Ni cari bala namanya ni! Sebelum Angah menyedari, aku sentap tangan kananku dari genggaman Zharif.

“Thia! Angah! Cepat la ambil gambar!” Jerit Along.

Aku dan Angah berlari mendapatkan Along dan yang lain-lain. Mengabadikan kenangan kami sekeluarga dalam kamera digital Along. Ada sahaja idea Along berkenaan pose-pose untuk kami gayakan. Zharif turut dipelawa untuk bergambar bersama.

“Athia, senyum la sket!” Bisik Zharif di telingaku. Aku pantas menjarakkan diri dari Zharif.

Eh, bukan ke tadi mamat ni berdiri sebelah Angah?

“Athia amik kos ape?”

“Athia bila habis belajar?” Amnesia betul mamat ni! Kan tadi Angah dah introduce… Confused!

“Athia…” … itu….

“Athia…” … ini…

Naik letih aku menjawab soalan-soalan dari Zharif. Walaupun aku lebih banyak tersenyum dari menjawab, tetap aku merasa mengah mendengar suaranya. Memang Zharif ni jenis lelaki yang ‘over’ peramah. Dengan Along, dengan Dayana, dengan bunda, dengan babah, semua dia boleh ‘masuk’… Tapi bila dengan aku, aku rasa lain macam aje gaya layanannya… Satu aje aku respect tentang Zharif. Dia tak gelakkan suara aku yang sedap mengalahkan itik ni!

Aku terfikir-fikir sendiri. Aku ni perasan sendiri, atau dia memang lelaki yang mudah mesra dengan semua orang… err… especially perempuan? Masak kau, Ngah…

Lepas hampir dua jam bergambar, kami bersiap sedia untuk pulang. Saat kereta babah meninggalkan bumi UiTM, aku seperti ternampak-nampak kelibat lelaki yang membantuku tadi di car park. Realiti atau khayalan? Aku tak mahu ambil peduli.

Yang nyata, CPU otak dah delete tentang dirinya saat kereta babah melewati pintu gerbang universiti. Takut overload kot!

@~~~@~~~@~~~@~~~

Malam tu aku tak tahu nak buat apa. Nak selak buku, rasa macam minah poyo aje nak study kat rumah. Last-last aku capai majalah hiburan. Topup cerita-cerita terbaru artis. Muak membaca gossip, skandal yang entah apa-apa entah, aku sebak aje setiap helaian majalah. Tengok gambar wat cukup syarat aje.

Pintu bilik terkuak. Namun aku malas nak meninjau siapa dari balik majalah. Siapapun di situ, tetap tak dapat menandingi muka sweet si Orlando Bloom nih!

“Thia!”

Tilam spring bilik dah bergoyang terhenyak menampung berat badan Angah. Terus aje Angah berbaring di sebelahku. Sekuntum ros merah di tangannya. Bunga yang Zharif bagi tadi la ni… Susah betul nak faham perangai orang tengah angau bercinta ni!

“Sudah-sudah la tu! Tau la tengah angau! Tapi tak payah la jadikan bunga tu mangsa!” Bunga aku bagi setakat jadi hiasan kat bilik dia aje. Yang Zharif bagi siap letak dalam pasu. Takut layu la tu! Lepas ni mesti dia awet kat celah buku plak. Lepas tu tampal kat diari. Bawah tu tulis ‘dear diary, ni bunga yang pakwe aku bagi, sweet sangat!’ Cliché! Entah apa-apa orang bercinta ni punya kerja. Tu tak masuk madah pujangga tahap puitis lagi. Nak tergelak pun ada jugak! Tu kerja couple sama-sama jiwang la tu. Tapi Angah… Aku tak pasti pulak meter kejiwangannya. Doa sangat tak terbaca diari atau terdengar dia bergayut dengan ayat jiwang dengan pakwe dia. Takut termuntah!

“Ala… ini kes jeles la ni, ek?”

Jeles? Tak kuasa! Jiwang-jiwang, cintan-cintun, aku tak ada nafsu nak layan lagi! Lain tahun la, ek…

“Tak ada mananya Thia jeles! Thia mana layan benda gitu-gitu!”

“Bila tiba masanya, Thia akan layan jugak…”

Whatever!

“So, Ngah… Napa baru sekarang? Sebelum ni Angah tak pernah cerita pun Angah bercinta. Tak pernah dengar Angah gayut jiwang-jiwang. Tak nampak Angah keluar dating. Even dalam bilik Angah pun tak ada gambar Angah dengan si Zharif tu!”

Balik tadi aku sempat spotcheck bilik Angah sekali lagi. Memang tak ada langsung gambar Angah dengan pakwenya itu. Couple ‘warak’ kot diorang tu. Jenis tak ambil gambar berdua-duaan. Tapi muka Zharif memang tak ada langsung kat bilik Angah. Walaupun gambar ramai-ramai. Couple mystery betul!

Angah tersengih-sengih. Mata masih terpaku ke siling. Angau tak bertahap dah ke?

“Saja! Saja tak nak heboh-heboh. Takut tak jadi!” Ceh! Ni mesti dah overload baca majalah hiburan ni. Bagi alasan pun ikut macam artis yang tengah dilanda gossip bercouple aje…

“Lagipun Angah takut Thia ambil boyfriend Angah! Mati kejur tak kahwin la Angah sudahnya!”

“Tak rock la ambil boyfriend Angah! Ape barang? Macam la laki dalam dunia ni dah habis pupus…” Aku tonyoh sikit kepala Angah. Kasi wayar-wayar otaknya bersambung semula. Ingat aku ni spesis adik perampas ke? Angah gosok-gosok kepalanya.

“Mana la tau kan… Kita kan memang dari dulu nak ciri-ciri lelaki yang sama.” Balas Angah. Aku letak majalah ke tepi. Menala ke siling putih. Mengimbas kembali perbualan kami berkenaan ‘jejaka idaman’ kami. Dan yang nyata kami menyenaraikan dan mengharapkan semua ciri-ciri positif dimiliki pada si jejaka. Walhal, mana mungkin ada lelaki sesempurna itu. Aku mula meng‘extract’ perwatakan Zharif yang aku jumpa siang tadi. Napa aku rasa dia macam bukan lelaki yang Angah nak? Bukan ke Angah tak suka lelaki merokok? Zharif… Aku yakin benar dia merokok walaupun dia sembur satu badan dengan perfumes.

Aku bangun dan bersila atas katil. Mengadap Angah.

“Angah, whatever happen, Thia tak kan ambil sesuatu yang bukan milik Thia. I love you more than I love myself. Untuk Angah, Thia sanggup berkorban apa sahaja. Coz you’re the one and only sis…”

Angah bangun lantas memeluk tubuhku. Beberapa ketika kemudian, dia meregangkan pelukan sebelum menepuk dahiku.

“Angah gurau aje la! Yang emo tak tentu fasal apahal? Tengok Angah dah termenangis!” Angah kesat hujung matanya. Begitu juga denganku.

Kami berpandangan. Tersenyum dan berpelukan lagi.

“Angah sayang Thia!”

“Thia pun sayang Angah!”

Rentak lagu Zui Jin Hai Hao Ma SHE meleraikan pelukan kami. Kuat betul pengaruh cite Hooping Dulcinea tu. Sampai ringtone aku pun 'terjajah'.

“Ha! Pakwe tepon la tu!”

“Thia mana ada pakwe!” Sanggahku keras. Dalam pada itu, handphone di meja berhampiran, aku sambar. Nyaris aku nak gosok kelopak mata. Biar betul? Aku cuba berlagak biasa. Tak nak melatah di depan Angah. Karang lagi bingit aku diusiknya.

Handphone di tangan dirampas dek Angah.

“Amsyar?” Dia ketawa ‘kemenangan’. Aku rampas kembali LG Chocolateku.

“Kita orang kawan aje la… Lagipun dia tu sepupu si Fiza…”

“Alaa… Jelak la dengar alasan Thia! Angah langsung tak percaya sebesar hama pun yang Am tu anggap Thia kawan aje…” Sakat Angah.

“Whatever! Suka hati Angah nak percaya ke tidak. Apa yang pasti, Thia dengan dia memang kawan BIASA. Full stop!” Tegasku. Call dah jadi missed call. Hai la Amsyar… dalam 24 jam, napa sekarang juga ko nak call aku?

“Tak percaya! Angah tak percaya!” Ejek Angah.

Aku diam. Cari idea nak ‘keluar’ dari situasi itu.

“Ngah! Ko dengar tak?” Aku letak tangan di tepi cuping telinga. Konon-konon nak mendapatkan pendengaran yang lebih baik la.

“Dengar apa?” Angah turut pasang telinga. Mula termakan umpanku. Aku tepuk bahu Angah.

“Handphone ko bunyi la, Ngah!”

“Yeke? Tak dengar pun!”

“Sound-trouble, mana nak dengar! Pergi la angkat! Kang buatnya pakwe terchenta call, merajuk pulak dia… Pergilah…”

Angah sekejap-sekejap pandang aku. Sekejap-kejap dipandangnya pintu bilikku yang tertutup rapat.

“Angah nak pergi check la!”

Bergegas dia meninggalkan bilikku. Aku kunci pintu bilik. Tersandar di balik pintu. Menarik nafas dalam-dalam. Selamat! Nyaring bunyi handphone mengejutkanku. Suspen nak tengok nama si pemanggil di skrin.

Amsyar Aminuddin…

*** Terlebih makan kuih raya...ekeke...

Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Assalammualaikum...

Eury nak ucapkan selamat hari raya untuk semua kipas-susah-mati dan sesiapa sahaja yang membaca di blog eury ni. dikesempatan ni juga eury nak minta maaf kepada semua kalo ada mana-mana yang terkasar bahasa, terasa hati dengan perbuatan dan kata-kata eury; tak kira la dalam cerpen/novel atau pun yang lain-lain. eury pun insan biasa. tak lepas dari kesilapan...

eury doakan aidilfitri kali ini membawa seribu satu kegembiraan, keberkatan kepada korang semua. Di samping itu. marilah mengambil kesempatan ini untuk bermaafan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita sesama umat Islam.

eury tak pandai nak berkata-kata. so eury 'amik sket' la pesanan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam khutbah rayanya beberapa tahun lepas... sama-sama kita amik iktibar...


Idul Fitri merupakan suatu anugerah istimewa dari Allah kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa, ini bersesuaian dengan Islam sebagai agama fitrah, di mana 1 Syawal, umat Islam akan kembali kepada fitrah seolah-olah diri mereka bersih seumpama bayi yang baru dilahirkan kerana menunaikan ibadat puasa Ramadhan dan ditambah dengan ibadat-ibadat sunat yang lain seperti solat tarawih, bertadarus al-Quran, berqiamullail, bersedekah, berdoa dan sebagainya dengan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah s.w.t., maka ini semua akan dapat melebur dan membersihkan diri dari dosa-dosa yang lalu.

Di samping itu, tidak ada yang lebih menggembirakan kita semua apabila puasa yang kita laksanakan diterima oleh Allah s.w.t., maka pada hari ini kita tambahkan lagi kegembiraan tersebut dengan ucapan pujian dan kesyukuran kepada Allah dengan solat sunat Hari Raya, bersedekah, mengeratkan hubungan silaturahim melalui amalan ziarah dan sebagainya. Inilah pengisian penting di hari raya dan inilah juga yang dimaksudkan dengan kegembiraan bagi orang-orang yang berpuasa. Ditambah lagi kegembiraan dengan janji pahala dari Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang menghidupkan hari Raya dengan amalan sunat dan menghindari dari melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa.


Selain itu, etika berhari raya seperti yang dianjurkan dalam Islam hendaklah dipatuhi, diantaranya :

Sentiasa menghidupkan amalan bertakbir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah pada malam dan pagi hari raya.
Mengamalkan budaya ziarah menziarahi bagi mengerat hubungan silaturahim dan bermaf-maafan antara satu sama lain.
Menggalakkan amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan bagi mengembirakan mereka.
Memakai pakaian yang baru, cantik dan bersih.
Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.

Dalam keseronokan kita meraikan hari raya, satu aspek yang tidak kurang pentingnya untuk dihayati ialah menyambutnya dengan cara yang sederhana terutamanya dalam keghairahan kita membuat persiapan perbelanjaan yang melibatkan kos penyediaan kuih muih, mengadakan perbelanjaan yang lebih selepas 1 Syawal dan sebagainya. Walaupun kita disunatkan berhias dan bergembira pada hari raya tetapi ia bukan bermakna kita boleh berlebih-lebihan melampaui batasan kemampuan diri, sebaliknya kita perlu bersederhana dan berbelanja mengikut kadar kemampuan masing-masing. Janganlah kita terlalu mengikut kehendak hawa nafsu dengan sikap ingin menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah, sehingga kita sanggup berhutang, yang akhirnya kita dibebani hutang dan tidak mampu untuk membayarnya. Perbuatan ini sebenarnya dibenci oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya ;

Maksudnya : “ Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya ”. ( Surah al-Isra’ : 26 – 27

Akhirnya, bersempena pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita bersihkan jiwa dengan kembali kepada fitrah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Selain itu, kita juga hendaklah mengawasi diri dan keluarga kita dari perkara-perkara yang melalaikan kerana ianya boleh mencacatkan suasana menyambut hari raya berdasarkan tuntutan Islam serta sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah s.w.t.

wallahuallam...

insyaallah eury akan sambung novel lepas raya. ingat nak wat malam ni tapi blackout la pulak... so, memang tak boleh la sebab laptop eury masih perlukan letrik untuk bernyawa... adeh...sedih plak dgr takbir raya ni....salam aidilfitri sekali lagi... wassalam...

Friday, September 11, 2009

Bidadari Hati ~ The Unfinished Love Song


Melepasi pagar besi yang terbuka secara automatik itu, mataku cepat menangkap susuk tubuh Pak Hamid, driver Datin Zahirah. Setelah bertegur-sapa, bertanya khabar, aku terus masuk ke dalam banglo mewah itu. Tahap kedinginan penghawa dingin rumah benar-benar melegakan kulit tubuhku yang dah beberapa jam di‘panas’kan oleh terik sang mentari di luar. Muse masih berlagu di telinga dengan Time Is Running Out. Anak tangga ke tingkat atas segera kuburu.

Aku berpampasan dengan seseorang di tangga. Dia menuruni tangga. Aku pula mendaki anak-anak tangga untuk ke bilik Mira. Dan tatkala aku mengabaikan kehadirannya…

Bukk!!

Baru dua anak tangga kudaki, bahuku dilanggar kuat dari arah hadapan. Punyalah luas tangga kat rumah ni, kenapa la si mangkuk ni nak turun ikut side aku?? Aku, dengan MP3 aku sekali jatuh tergelimpang kat lantai jubin tu. Buku-buku yang aku pegang tadi pun dah bertaburan sana-sini. ‘Melaun’ tu tegak berdiri di sisiku. Tiada ucapan maaf darinya. Aku tunduk. Mengutip semula ‘harta’ku yang bertaburan.

“Ala…! Rabun tahap kronik ke buta? Orang besar bagak macam ni pun nak langgar ke… Pergi optical centre la, check!” Rungutku dengan nada kuat. Sedikit pun tiada rasa bersalah berkata demikian. Kerana dari cara pemakaiannya, aku seakan boleh mengagak gerangan manusia yang ada di hadapanku ini. Tak Pa’e, si Zach kawan si Iskandar yang tua beberapa tahun dariku itu. tak mungkin Iskandar sebab dia lebih senang memakai seluar pendek ketika berada di rumah.

Dah lebih dua bulan aku bekerja di rumah ni. Orang-orang dalam rumah ni pun dah naik ‘kamceng’ dengan aku. Malah jadual harian mereka pun sudah kuhafal benar. Pagi-pagi Sabtu yang berbahagia ni, sapa sangat la yang ada di rumah. Dato’ Latif dah tentu dok mengukur luas padang golf dengan business associatesnya. Datin Zahirah dengan kerja amalnya yang tak pernah habis atau paling tidak ‘melepak’ dengan kawan-kawan. Yang ada kat rumah, yang pastinya orang gaji rumah, Mira, anak bongsu Datin Zahirah, serta Iskandar yang dah bertekad nak ‘menggempa-bumi’kan banglo ni dengan member-member jammingnya di bilik ‘khas’ di hujung tingkat dua.

So, dengan muka yang dibuat-buat comel, aku mendongak memandang si pesalah a.k.a orang yang langgar aku sampai berdebuk jatuh atas lantai cantik Datin Zahirah ni. Bersedia untuk memerli orang itu dan memulakan perbualan ceria kami pada pagi itu.

Anak mataku menangkap imej seorang lelaki. Dengan ketinggian 5 kaki 8 inci, rambut lurus yang agak panjang dan tak terurus, mata kuyu, muka ‘malas dan mengantuk’ ala-ala Doug Robb Hoobastank versi Melayu, t-shirt hitam yang penuh corak dan tulisan entah apa-apa, dan jeans fesyen koyak-rabak sana-sini, lelaki itu tunduk memandangku dengan wajah pelik. Ape? Dia ingat aku ni endangered species ke hape?

Tapi… Yang dia ni sapa? Tak pernah tengok pun! Member baru Iskandar ke?

“Instead of giving ‘that’ silly advice, you yourself should go to nearest optical centre! Also, don’t forget to train your tongue to say ‘I’m sorry’… It’s the magic words you know, especially in this kind of situation!” Dengan muka angkuh dia berkata begitu.

Aku juih bibir ke depan. Weih! Mamat baru bangun tidur ni sedar ke tak sedar nih? Dia yang langgar aku, sedap-sedap aje dia maki aku dengan bahasa penjajah tu! Sengal ubi keledek betul! Dah la badan bau lori sampah majlis perbandaran, sekali-sekali dengan perkataan dari mulut dia pun bau macam longkang…

“Kalau betul mata awak terang lagi jelas, kalau betul awak jenis orang beretika penuh adab, kenapa awak tak mengelak dari bertembung dengan saya tadi?” Tempelakku. Muka lelaki itu mula merah.

“Suka hati saya la nak jalan kat mana sekali pun! Awak tu, lain kali bila berjalan pandang depan. Bukannya menunduk. Faham?!” Ooo… boleh cakap bahasa Melayu rupanya. Ingatkan omputeh berkulit sawo matang tadi.

First impression; aku meluat tengok lelaki berlagak tak tentu arah ni! Is, kat mana kau kutip kawan kau yang sorang ni? Entah dari lubang cacing mana dia datang, tup-tup nak tunjuk lagak kat rumah orang!

“Peduli apa awak kalau saya nak jalan tunduk ke, merangkak ke… jalan dengan tangan ke… Awak… Saya… Kita ni sama-sama datang rumah orang. So, tak payah berlagak bagus la… Sedar-sedar la diri tu sikit!” Aku menujah-nujah dadanya. Cuba menyedarkan dirinya dan diriku sendiri berkenaan ‘kedudukan’ kami di rumah itu.

“Woi, Johan! Kata nak tengok kita orang jamming!” Suara jeritan Isakndar ‘berperang’ dengan bunyi gitar dan drum yang tengah di‘sound-check’ yang membingitkan deria pendengaran, sekaligus mematikan perbalahan kami.

“Kejap! Aku jumpa spesis pelik la kat bawah ni!” Giliran lelaki tak siap ni pulak menjerit.

Aku dikatakannya spesis pelik? Dia yang macam spesis ungka cabuk, dia tak sedar…

“Spesis pelik?” Ada nada hairan dalam suara Iskandar.

Kepala Iskandar dah tercengul dari tingkat atas. Bila dilihatnya aku la yang dimaksudkan ‘spesis pelik’ tu, Is terus ketawa.

“Ooo… Itu Ann la! Tutor si Mira… Hai Ann!” Iskandar mengangat tangan sambil tersengih. Dengan muka pahit-pahit payau tengah dalam anger management, aku senyum dan membalas sapaan Iskandar.

“Budak kelam-kabut tak ada budi-bahasa ni jadi tutor? Biar betul?” Perli lelaki yang dipanggil Johan oleh Iskandar tadi. Muka aku dah tak tahu dah tukar kaler apa. Yang pasti, kaler yang boleh menunjukkan rasa marah dan geram la! Berani dia mempersoalkan kelayakan aku untuk mengajar sedangkan Datin Zahirah sendiri dah approve aku dalam siri ujian kelayakan yang dia buat.

“Ala… Kira okey la tu! Mira tu nak ambil UPSR aje tahun depan. Rilek la!”

Iskandar menuruni anak tangga. Berdiri di antara aku dan Johan. Silih berganti dia memandang kami. Mata Johan masih menjilat wajahku. Macam ada benda aje dia tak puas hati dengan aku.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Entah sampai saat ke berapa, kami bertiga masih diam tanpa suara. Aku pandang anak mata Johan yang dah macam nak keluar api. Johan membalas pandanganku. Tajam. Sorry, aku tak nak kalah dalam ‘perang mata’ ni! Iskandar pulak pandang aku dan Johan silih berganti. Tak tahu macam mana nak damaikan kami berdua.

“Bang Jo! Aik, napa semua tegak je ni?! Kak Ann! Napa ni? Main robot-robot, ek?” Mira turun menyoal dengan muka polos. Baju Johan ditarik-tariknya minta perhatian. In case kalo korang tak tau la kan, dalam permainan ‘robot-robot’ ni pemain boleh ‘dibekukan’ dari melakukan sebarang aktiviti oleh pemain dari pasukan lawan sehinggalah ahli pasukannya yang lain datang menyelamatkannya.

Aku mula tak senang hati bila mendengar Mira menyoal dan beraksi mesra mamat berperangai ungka tak mandi ni. Mamat ni ada kena-mengena dengan famili ni ke? Tak kan la kot? Snobbish semacam aje. Langsung tak sama macam famili Datin Zahirah yang mesra satu alam semesta tu. Muka pun lain giler! Rupa mamat ni macam ada kacuk Cina aje aku tengok.

“Mira, bagitau ‘cikgu’ Mira ni… Lain kali berjalan guna mata. Mata lawa-lawa jangan letak kat kepala lutut!” Perli mulut ‘busuk’ mengalahkan makan sepapan petai hidup tu.

Arghh…! Mamat mata kecik yang serabai dan sengal!

“Is, Ann rasa kawan-kawan Is semua tip-top. Apsal yang ni peragai macam hampeh? Langgar bahu sket pun dah berkudis hati. Mira, sapa mamat busuk tahap ungka ni?” Balasku sinis.

“Awak gelar saya ape?” Terjengil mata Johan. Tangannya yang dah bersedia nak mengoyakkan mulutku segera ditahan oleh Iskandar.

“Ungka! Ungka serabai yang busuk!” Ulangku lantang. Iskandar tahan gelak dari pecah.

“Ungka? Haha!” Mira tergelak besar. Perutnya ditekan-tekan.

Iskandar menepuk-nepuk bahu Johan dan segera menariknya ke dapur.

“Aaa… Dah! Dah! Dah…! Ko kata ko haus tadi kan? Jom aku amikkan air sejuk!” Kata Is. Langsung tak bagi peluang pada Johan untuk berkata atau berbuat apa-apa.

“Ko… Sesuka hati ati nak gelar orang…!” Amarannya aku pandang sepi sebaik sahaja dia hilang dari pandangan.

“Sapa tu, Mira? Kerek semacam!”

“Tu la abang Mira. Baru sampai dari Australia malam tadi.”

HA?! M.U.S.T.A.H.I.L… Muka dia tak iras sesiapa pun dalam rumah ni? Sedangkan muka Iskandar dan Mira macam salinan fotostat aje dari muka Datin Zahirah dan suaminya.

“Lainkan muka Abang Jo? Mama kata dia tu ‘kenan’ dengan muka orang Cina.” Rasanya setakat tu aje la penerangan Mira yang sempat aku tangkap. Yang lain keluar masuk kat telinga macma angin lalu aje.

Abang? Ala…mak…! Rasa nak pitam kat sini juga!

@~~@~~@~~@~~

“Saya minta maaf! Saya tak ada niat pun nak kutuk awak macam tu. Sebenarnya, saya tak tahu sapa awak masa tu…” Rayuku dengan nada mendayu-dayu. Kaki yang dah naik lenguh melutut, aku perkemaskan.

Johan yang dah smart dan wangi lepas mandi entah berapa gelen air, masih tetap begitu. Selesa duduk di sofa buatan luar negara. Lebih senang menatap dan menyebak majalah hiburan berbanding memberi tumpuan kepadaku. Entah-entah dia tak sedar pun aku wujud kat sini tak? Dasar ungka tak sekolah! Tapi… ada ke ungka hensem macam ni? Muka ala-ala Doug Robb lagi… Aku ketuk kepala yang dah jauh berangan ke langit. Mengembalikannya ke dunia realiti.

“Saya sanggup buat apa aje asalkan awak tak bagitau datin fasal kejadian pagi tadi. Saya memang betul-betul perlukan keje ni...” Sambungku. Kalau aku tak keje, tentu susah aku nak cari duit pendahuluan untuk masuk ke universiti atau mana-mana kolej lepas result STPM keluar nanti. Aku tak nak bebankan mak. Along lagi la banyak tanggungan.

“How bad do you need this job?” Soalnya mendatar. Seketika, matanya melirik pandang ke arahku.

“So badly! Apapun ‘hukuman’nya saya terima asalkan awak sanggup rahsiakan kejadian pagi tadi dan saya tetap dibenarkan bekerja di sini.” Aku buat macam ni pun, sebab aku tak nak dikatakan tak tau hormatkan keluarga majikan. Lagipun, mengikut firasat aku, aku akan sentiasa bertemu dengan mamat ni selagi aku bekerja di sini. Kalo dua-dua muka masam sentiasa, tentu tak syok!

Dua perempuan berpakaian ala-ala minah rock melangkah masuk tanpa salam. Cuma memakai baby-t dan jeans fesyen warna luntur bercorak. Mata sengaja dicelak tebal untuk nampak garang. Rambut…err… Aku tak tahu la fesyen apa diorang buat. Yang pasti warna rambut diorang dah tak warna hitam. Meluru sahaja ke arah Johan dan duduk di sisinya. Lynn dan Jessie, kawan kepada Iskandar dan geng-geng jammingnya yang lain. Tak tahu pulak diorang ni kenal Johan juga.

“What’s up, Jo?” Lynn bertanya dengan mulut yang masih mengunyah chewing gums, sebaik sahaja ternampak aku melutut di situ.

“She’s asking for my forgiveness.”

“Ha? Apa dia dah buat?” Dengan muka tak percaya Lynn bertanya.

“Harrass…”

“Harrassing?” Melengking suara Lynn menuturkan perkataan itu. Terjengil matanya memandangku. Aku kecut perut.

“I mean she harassed me with her words! She called me ‘ungka’, you know!”

Lynn tergelak kuat versi pompuan mengada-ngada. Jessie sekadar menjeling dan senyum segaris.

“Auww… hehe… Then, apa lagi? Buli la dia balik!”

“Well, mula-mula I fikir nak forgive and forget. Tapi bila dia dah datang menyerah macam ni, rasa rugi pulak kalo tak amik peluang, kan! Lynn, kita memang sehati sejiwa!”

Mereka ber‘duet’ mengeluarkan tawa. High-5 Johan dan Lynn bertemu dan menghasilkan bunyi yang menyakitkan jiwa ragaku.

Johan memandangku.

“You’ll be my and my friends’ slave for one week. Lepas tu semuanya akan 0-0 antara kita. Okey?”

Aku nak kata apa lagi. Dia bertanya macam la aku boleh membantah. Dia bos kat sini.

“Okey…” Kataku lemah.

@~~@~~@~~@~~

Dah tiga hari berlalu sejak Johan, selaku hakim tak bertauliah, menjatuhkan hukuman buli ke atasku. Dah tiga hari juga la aku dikerah buat benda yang langsung tak masuk dalam job description aku sebagai tutor si Amira anak Datin Zahirah tu. Dek kerana sayangkan kerja bergaji lumayan ni, dek kerana aku yang memerlukan wang untuk keperluan hidup, dek kerana aku sudah mula serasi dan sayangkan Amira yang nakal tu, aku langsaikan juga la segala arahan yang diberikan oleh Johan dan kawan-kawannya. Sebenarnya Johan dan Lynn aje yang lebih-lebih ‘buli’ aku. Yang lain tak berapa nak amik port. Iskandar memang secara terang-terangan tak setuju dengan perbuatan Johan tapi dia tak buat apa-apa pun untuk bergelar ‘penyelamat’ aku. Johan pulak awal-awal lagi dah berpakat dengan Mira untuk merahsiakan pembulian aku ini dari pengetahuan Datin Zahirah. Budak 11 tahun tu tak banyak bunyi lagi bila dia diberi ‘cuti’ dari belajar denganku selama seminggu.

Hari pertama, aku dikerah membasuh semua pakaian Johan yang dibawa balik dari Australia. Kalo sket tak pe la juga. Ni sampai dua beg besar gedabak. Tak masuk beg besar tahap ‘anak-anak’nya lagi. Naik lenguh kaki tangan dan pinggang menunggu tepi mesin basuh, menyidai satu persatu pakaiannya. Nasib baik tak disuruhnya aku basuh sekali seluar ‘kecik’nya. Kalo tak, aku memang dah set dalam kepala dah; aku akan sidai seluar ‘kecik’ dia tu kat luar tembok pagar rumah. Siap banner tulis nama dia kat situ. Biar dia malu nak keluar rumah. Padan muka! Tapi plan tinggal plan aje la…

Hari kedua, dia suruh aku kemas satu banglo mewah tu. Dari tangga ke lantai, ke siling rumah, ke segala perhiasan yang ada dalam almari. Pendek kata, dia tak nak secalit habuk pun melekat kat mana-mana. Goyang kaki bibik Indon tu satu hari bila semua kerja-kerjanya dah diambilalih olehku. Taubat! Lepas ni tak nak cakap lepas lagi… huhu…

Hari ketiga, Johan bawa aku keluar pulak. Kali ni diangkutnya sekali Lynn. Dari pemahaman aku dan gaya Lynn melayani Johan, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa Lynn ni dah lama syok dan dok tackle Johan. Tapi Johan ni suka ‘playing hard to catch’ la pulak. Kadang-kadang aku rasa Johan pun ada hati dekat Lynn, kadang-kadang aku rasa Johan anggap Lynn macam kawan biasa aje. Entah, aku pun tak tahu nak komen...

Menurutkan nafsu shopping Lynn sampai naik haus tapak sandal aku, sampai melecet kaki aku, sampai lenguh satu badan mengandar beg-beg plastik yang diberikan oleh cashier dari setiap satu kedai yang dimasuki. Johan pulak tak kata apa. Hulur aje kad kredit kat cashier, sekaligus menambah bilangan kredit mak bapaknya. Anak teladan sungguh!

Entah apa yang merasuknya, tiba-tiba Johan menahan aku di muka pintu sebelum aku sempat untuk melangkah balik.

“Nah!” Dua keping not biru hijau itu disuakan padaku sebelum aku pulang.

“Untuk ape?” Soalku kasar.

“Untuk ko beli sandal baru. Beli plaster kaki. Upah angkut barang Lynn!” Jawabnya bersahaja. Sekelumit pun tak ada perasaan belas. Hati batu betul! Duitnya aku ambil dengan kasar sebelum aku menapak balik ke rumah. Aku ambil duit dia bukan aku materialistik atau aku mengharapkan balasan atas keringat yang aku habiskan pada hari tu, tapi sebab aku geram sangat tengok muka Johan yang berlagak tak ingat dunia tu! Ingat semua benda boleh beli dengan duit ke?

Dan Johan aku perhatikan memang dingin walau dengan sesiapa sekalipun. Lebih banyak mendengar dari bercakap. Menyimpan segala rahsia hatinya dalam diri. Dengan aku lagi la dia berat mulut. Memang kira bertuah la kalo tiba-tiba dia bercakap lebih dari lima patah perkataan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang dia mengabaikan terus kehadiran aku di situ. Dan aku tak pernah berpeluang untuk membuat konklusi sendiri tentang perwatakan Johan kerana Johan tak pernah setia dengan watak yang dimainkannya. Dia boleh jadi kawan yang mesra, anak yang patuh, tuan rumah yang bengis, lelaki yang pendiam, kekasih yang ‘dekat tapi jauh’ dalam masa yang sama… Sungguh aku tak faham dengan dia. Ketidakfahaman aku terhadap dirinya menimbulkan satu keinginan untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat dan mendalam.

Cukup seminggu, dendaku tamat sepenuhnya. Johan tak lagi mengarahkan membuat itu-ini. Aku kembali kepada rutin asalku; menjadi tutor Mira. Dia dengan mudahnya menjadikan aku halimunan ketika aku berada di rumahnya. Cuma sesekali, aku dapat ‘menangkap’ renungan matanya padaku tatkala aku melintasinya.

@~~@~~@~~@~~

Belum sempat aku pulas tombol pintu, pintu kayu bervarnis cantik tu dah terbuka. Wajah Johan tersembul di muka pintu. Lengkap berbaju Melayu berwarna kuning air. Siap songkok dan samping lagi. Macam nak pergi nikah aje gayanya. Terpegun aku seketika. Antara cute, hensem, kacak, macho, aku buntu memikirkan perkataan apa yang boleh menerangkan tentang dirinya pada saat itu… Tak sangka mamat rock dan kaki jamming macam dia pakai baju Melayu. Rock alim nih! Sebiji macam lelaki Melayu terakhir. Ngeh ngeh ngeh…

Entah macam mana, kami boleh ter‘menari’ pulak kat depan pintu tu.

“Okey, stop!” Arahnya dengan nada yang tak lepas dari nada serius. Aku berhenti dari ber‘tango’.

“Step back!” Perintah Johan dengan nada pemerintah berkuku besi.

“Hah?” Aku yang blur membuka luas mulut. Pelik dengan permintaannya. Arahan tahap poyo apa pulak dia buat ni?

“You heard me… Step back! Undur ke belakang dan berdiri kat situ!” Tanpa rasa bersalah dia mengeluarkan perintah. Telunjuknya pula lurus menunjukkan tempat di mana aku harus berdiri; di tepi tanaman hiasan mamanya.

Dengan rasa sebal menggunung di dada, aku berundur beberapa tapak ke belakang. Berdiri di sebelah pokok hijau yang entah apa namanya itu dengan bibir muncung ke depan. Badan sekeping macam papan lapis, tapi berlagak besar macam badak sumbu. Padahal pintu masuk rumah tu punya la besar gajah.

Tanpa mempedulikan aku lagi, Johan mengenakan seliparnya dan berlalu pergi. Aku mencemik ke arah belakang badannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

“Mamat poyo, sombong, berlagak macho! Entah pompuan tak bertuah mana la yang dapat laki macam tu! Sengal aje…” Kutukku dalam nada terendah yang ada pada kotak suara.

Sekali lagi aku hampir terlanggar seseorang di muka pintu. Kali ni dengan adiknya, Iskandar pula.

“Ops…!” Iskandar angkat tangan macam orang bersalah diacukan pistol oleh ‘pak polisi’. Aku berhenti dari terus melangkah. Iskandar angkat kening. Mengisyaratkan sesuatu. Aku kurang mengerti. Lalu aku gerakkan muka, bertanyanya dalam bahasa isyarat tubuh.

“Undur ke belakang sikit!”

Ni arahan sejagat keluarga Dato’ Latif ke? Seperti abangnya, Iskandar juga menuturkan perintah yang sama. Bezanya, Iskandar menuturkannya dalam senyuman dan nada yang boleh diterima pakai oleh manusia pada hari Jumaat pukul 1 petang yang panas terik ni!

“Is dah ada wudhu’…” Sambung Iskandar bila dilihatnya aku masih tidak berganjak dari situ.

Oo… Dah siap-siap berwudhu’ rupanya. Patutlah… Tanpa banyak soal, aku menuruti perintahnya.

“TQ…!” Ucapnya sebelum berlalu mendapatkan Johan yang dah siap bertenggek atas motor.

Seketika kemudian, motorsikal mereka menderum keluar dari perkarangan banglo. Namun pandangan mata Johan yang tajam tertinggal dalam kotak memoriku. Dan perlahan-lahan memasuki hatiku lalu meninggalkan rasa hangat di situ.

Johan… Lelaki itu boleh meng‘hangat’kan dan men‘dingin’kan sekeping hatiku dalam masa yang singkat.

@~~@~~@~~@~~

Aku letak kembali majalah hiburan remaja ke tempatnya. Langsung tak ada mood nak membaca. Aku perhatikan Mira dengan buku-bukunya. Rasa mengantuk cepat aje menyerang kelopak mata bila tiada sebarang aktiviti yang dilakukan. Aku bangun dari kerusi.

“Mira haus tak? Nak air?” Soalku sambil meregangkan tubuh yang lenguh akibat terlalu lama duduk.

“Boleh gak!” Jawab Mira pantas. Seketika kemudian, dia kembali meneruskan kerja kira-kiranya yang tergendala.

Melintasi bilik jamming Iskandar dan kawan-kawannya, tanpa sedar, aku melangkah ke bilik yang dah diubahsuai oleh Datin Zahirah gara-gara nak ‘menambat’ kaki anaknya di rumah. Sunyi tanpa ada bunyi yang menyakitkan gegendang telinga. Aku menjengah ke dalam. Cuma ada Johan di situ bersama gitarnya. Jemarinya memetik gitar akustik itu. Mulutnya mengeluarkan bunyi namun tiada sebarang perkataan tertentu yang dapat ditangkap oleh telingaku.

Petikan gitar Johan terhenti. Dia segera angkat muka bila terasa dirinya diperhatikan. Dan aku sudah terlambat untuk menyorok. Johan sudah dapat menangkap kelibatku.

“Sekodeng ke?” Tegurnya dengan wajah masam.

“Sorry! Saya tak ada maksud nak ganggu awak… Aaa…” Kepala aku blur nak fikir alasan untuk menjustifikasi tindakanku ini. Aku menundukkan kepala dan berpaling untuk turun ke tingkat bawah.

“Ann!”

Aku tersentak. Dia panggil nama aku? For the first time… Tanpa nada dan gaya nak ajak aku ber‘amuk’.

“Come… Sit here!” Dia menepuk lantai pentas di sisinya. Terlopong mulut aku mendengar permintaannya. Akalku melarang dari mengikut permintaan Johan. Mungkin kerana akalku bimbang akan ‘kesihatan’ jantungku yang pastinya akan berdegup dua kali ganda lebih pantas dari biasa ketika berada dekat dengan Johan. Hatiku pula mendesak aku untuk duduk di sebelahnya demi mengenali sekeping hatinya yang dingin. Lalu keinginan hati mengarahkan kakiku menghampirinya. Aku duduk di sebelahnya akhirnya.

Kami diam. Dia masih leka bermain dengan nada muzik yang terlahir dari gitar. Seperti sedang mencari ilham mencipta lagu.

“Mana yang lain?” Aku yang dah tak berapa selesa membisu, mula melontarkan soalan.

“Entah!” Ringkas jawapannya.

Jemari Johan terus memetik string gitarnya secara rawak.

“Pelik… Kalau nak main gitar kena guna benda tu ke?”

Menyedari aku merujuk pada benda sebesar duit syiling 20 sen di tangannya, Johan berhenti dari memetik gitar. Benda tu diunjukkan kepadaku supaya jelas di pandangan mata.

“Maksud awak pick gitar ni?”

Aku mengangguk. Oo…Pick ke nama dia… Baru tau…

“Tak juga! Actually, gitar boleh dimainkan dengan atau tanpa pick.”

Aku garu kepala. Aku memang tak ada langsung ilmu tentang gitar dalam kepala.

“Macam mana tu?” Laju aku menyoalnya kembali.

“Finger picking atau picking. Masing-masing ada pros and cons. Fingers picking allow you to create much more varied textures in sound from the strings. Plucking the string with the side of your finger, the pad of your finger, your thumb, or your nail will all give you rich variations, as will each and every part of your finger. Tapi kalo guna gitar elektrik, susah sket la nak guna jari sebab strings dia dekat-dekat.”

Aku diam mendengar dan mengangguk beberapa kali walaupun aku tak berapa faham dengan penerangannya.

“Picking allows you to pluck selected strings that may be separated from each other. For example, you can pick only the 2nd and 5th strings at one time. A pick means that if you want to hit only the 2nd and 5th string, you will have to mute the rest and you will get a percussive sound from the other strings. By using pick, you can blend picking with strumming. You can use your pick to pick out individual notes, and mix that with chords strummed intermittently.”

Aku angguk lagi. Padahal entah berapa peratus aje yang aku faham.

“So, terpulang la nak pilih picking atau fingers picking.” Sambung Johan.

“Awak selesa dengan yang mana?” Tanyaku.

“Hmm… I can do both; hybrid picking. Tapi saya lagi suka guna pick. Sebab bunyinya harmoni. Tak complicated. Sesuai untuk saya yang malas berlatih ni.” Johan tergelak di hujung katanya. Kami berpandangan seketika sebelum berbalas senyuman.

Dan kami terus berbual. Dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Dari pick ke gitar, dari perkara di Malaysia ke pengalamannya di Australia dan terus bercerita dan bercerita. Dari benda sekecil-kecil hama ke perkara sebesar-besar dunia. Ternyata dia bukanlah sombong cuma lambat untuk mesra dengan orang yang baru dikenali. Hari itu juga aku mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Mira. Johan bukanlah anak sulung Dato’ Latif dan Datin Zahirah. Johan sebenarnya adalah sepupu kepada Mira dan Iskandar. Dia dibela oleh Datin Zahirah semenjak ibu bapa Johan, iaitu kakak dan abang ipar Datin Zahirah meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka. Johan yang ketika itu berusia lima tahun, terselamat dari menjadi korban api namun mengalami trauma untuk beberapa ketika memandangkan dia melihat sendiri bagaimana ibu bapanya mati terbakar. Petang itu juga, entah mengapa Johan jadi ringan mulut bercerita tentang kisahnya dikhianati oleh orang yang dicintai suatu ketika dahulu.

Dan kami terus berbual dan berbual sehingga melepasi waktu bekerjaku. Untuk pertama kalinya aku pulang lewat malam dari rumah Datin Zahirah. Ditemani oleh Johan yang sudah mulai mesra denganku. Hari itu menjadi pembuka kepada perhubungan kami. Pintu hatinya terbuka luas untukku. Dia seolah-olah memberi kebenaran kepadaku untuk memasuki dan menyelami isi hatinya. Apa… Bermimpikah aku?

@~~@~~@~~@~~

Mira dah tidur terlangkup dengan buku Sainsnya. Tak sampai hati pulak aku nak kejut. Lagipun pun aku dah ajar apa yang sepatutnya aku ajar untuk hari itu. Pandang kiri, pandang kanan. Oleh sebab tak ada benda yang boleh aku buat dalam bilik Mira ni, aku ambik keputusan untuk turun ke bawah. Borak-borak dengan Mak Jah, orang gaji rumah Datin Zahirah, best juga ni. Paling tidak, dapat mendengar cerita dan pengalamannya sewaktu muda.

Melangkah keluar dari bilik Mira, telinga aku terus dapat menangkap bunyi bising dari bilik jamming. Mula-mula aku kaku berdiri kerana tertarik untuk mendengar intro lagu Bencinta Faizal Tahir yang dimainkan.

Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu…

Tapi bila sang penyanyi mula menyanyikan bait-bait lirik lagu, satu pertanyaan timbul dalam benak.

Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengarku

Suara siapa sebenarnya ni? Kalau suara Iskandar, aku kenal benar. Bukan begini suaranya. Suara Iskandar garau dan lantang. Adakalanya aku merasakan yang Iskandar menjerit dalam menyampaikan lagunya. Bukan menyanyi.

Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku…
Untuk kamu…

Tapi suara yang ni, agak mellow, lantang dan lebih sedap didengar. Tak mungkin Iskandar punya dua suara? Dan suaranya berubah-ubah dalam masa yang singkat? Mustahil benar!

Keinginan untuk tahu mendorong kaki melangkah ke bilik itu. Tanda ‘No Entry’ di pintu sedikit pun tidak kuhiraukan. Dari daun pintu yang sedia terbuka, aku intai ke dalam. Pa’e masih setia mengetuk drumnya. Zach tengah syok layan kepala dengan gitar elektrik warna putih merahnya. Kepala aku condongkan ke kiri, mencari Iskandar. Iskandar berada di sudut paling kiri bilik. Khusyuk memetik gitarnya. Dia langsung tak membuka mulut untuk menyanyi. Malah tiada microphone di hadapannya. Jadi siapa yang menyanyi?

Aku scan sekali lagi bilik itu. Pa’e, Zach, Is… Opp! Jap-jap… Terlepas pandang pulak mamat muka macam Doug Robb tu. Johan yang berdiri di sebalik speaker gedabak itu, aku pandang lama. Kedua-dua tangan Johan ‘sibuk’ dengan gitarnya. Jemari tangan kiri di fret, iaitu di batang leher gitar manakala tangan kanannya pula memetik tali-tali gitar dengan pick atau plektrum. Dan satu persatu bait lirik Bencinta bergema lagi.

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Gosh!

Mulut yang melopong segera aku tekup dengan tapak tangan. Rupanya itu suara Johan! Sapa sangka Johan second vocalist kumpulan mereka. Kiranya, suara yang kudengar tempoh hari, bukan suara Iskandar. Sebaliknya suara Johan. Sangkaku, Johan cuma sekadar bermain gitar. Tak sangka dia boleh menyanyi. Patut la suara nyanyian yang aku dengar tak konsisten. Kejap sedap, kejap sumbang. Rupanya mereka ada dua penyanyi…

Dan hari itu aku menyedari sesuatu; sebenanya suara Johan tak la seteruk seperti yang aku katakan tempoh hari. Dah banyak improvement dari ketika dia mula-mula menyanyi dulu. Jika aku tak pernah ambil tahu tentang penyanyi asal lagu ini, sudah pasti aku akan mengatakan bahawa Johan la penyanyi sebenarnya. Kerana dia punya gaya penyampaiannya yang tersendiri. Langsung tak dibayangi oleh Faizal Tahir. Dalam diam, aku mula mengagumi bakat dan suaranya.

Dan ketika itu, aku mula sedar mengapa Johan marah benar saat aku mengutuk suara orang yang menyanyikan lagu Stop and Stare, The Reason, If I Were You, Here Without You tempoh hari.

“Ei! Suara macam katak ada hati nak nyanyi! Nanti hujan, aku juga yang susah nak balik rumah! Buat rosak lagu aje!” Rungutku ketika nak membasahkan tekak di dapur. Dengan tak disangka-sangka, Johan ‘keluar’ dari sebalik peti sejuk yang terbuka. Aku buat muka selamba. Walhal perut dah kecut dek ketakutan.

Pintu peti sejuk dihempaskannya sekuat hati. Botol mineral di tangan dihempaskan ke meja.

“Suara katak awak kata?”

“Ha’ah! Suara katak. Awak ada masalah dengan komen saya ke?”

“Ada! Kalau awak rasa suara awak bagus, sedap giler, jom la sumbang suara! Jamming dengan kita orang! Tengok suara sapa yang lagi sumbang! Ada berani?” Cabar Johan dengan wajah bengis. Huduh!

“Sorry la! Bukan saya tak minat menyanyi cuma takut awak terus tergamam tak bergerak aje nanti!”

“Kalau takut, cakap aje takut. Senang! Habis cerita!”

Saat aku menyedari bahawasanya aku tak sepatutnya berada di situ, mata Johan sudah pun melekat di wajahku. Gerakan kakiku seolah-olah dirantai oleh pandangannya yang tajam. Berkilo-kilo rasanya berat kakiku.

Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

“Tak pernah tengok orang jamming ke?” Teguran di belakangku membuatkan aku hampir terlompat dek kerana terkejut. Aku kalih ke belakang. Lynn lempar senyuman dengan bibirnya yang berlipstick tebal. Jessie di belakang Lynn malas nak ambil port. Terus aje dia melangkah masuk ke bilik jamming.

“Teringin nak tengok?”

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

“Aaa…” Aku garu kepala. Masih ragu-ragu untuk memberi jawapan kerana separuh dari jasadku sudah pun berada di dalam sana. Separuh lagi ingin melarikan diri sejauh mungkin dari tempat itu.

“I’ll take that as ‘no’ for the first question and ‘yes’ for the second question. Come! Masuk! Tengok Johan menyanyi. Dua tiga minggu ni dia agak bersungguh-sunguh berlatih. Katanya, ada orang kutuk suara dia macam katak!”

Terasa Lynn menyindir diriku ketika ini. Pipi mula terasa tebal bila merasakan berpuluh-puluh jari telunjuk menunding ke arahku saat itu kerana memang aku lah orangnya yang berkata demikian.

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Tanpa mengendahkan bahasa tubuhku yang menolak pelawaan Lynn tadi, Lynn menarik kuat dan mendorong aku masuk ke bilik tersebut. Lalu didudukkan aku di kerusi betul-betul berhadapan dengan Johan yang masih menjiwai nyanyiannya.

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Lynn dan Jessie aku lihat begitu seronok dengan lagu yang berkumandang. Mereka turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama Johan. Johan pula tak lepas-lepas dari memandang ke arahku. Tajam. Tajam dan dingin. Atau dia sebenarnya memandang Lynn yang duduk di sebelahku ini?

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergiTapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Jelingan maut tahap awek-cemburu-buta dari mata Lynn yang dah extra triple besarnya hasil bantuan eyeliner entah jenama apa, sangat-sangat la menakutkan aku. Lagi takut dari tengok filem hantu Korea kat panggung wayang. Silap-silap boleh buat aku mengigau tidur malam nanti… Huhu… Aku nak keluar dari sini. Tapi… Kaki aku ni macam dah kematu semacam nak berdiri apatah lagi nak berjalan.

Benci pada mu

Okey… Itu memang aku sedia maklum kesahihannya. Johan memang benci aku tahap gila baban. Asal jumpa aku, ada aje la idea dia nak mengenakan aku. Orang buta mata hati boleh baca mesej ‘ketidaksukaan’ dari tingkah-laku Johan terhadapku. Walhal baru dua minggu lepas aku berbual mesra dengannya. Johan memang susah untuk dijangka. Sekejap mesra. Sekejap dingin.

Cinta pada mu

Aaa… Yang ni memang tak betul 1 000% la! Memang obviously tak betul! Sudah terang, tak payah disuluh-suluh lagi… wat mengabiskan bateri AA aje nanti!

Tamat Bencinta, mereka berempat bersorak kegembiraan. Bertepuk tangan dan berpelukan sesama sendiri. Lynn dan Jessie mendapatkan mereka berempat. Mengucapkan tahniah serta berbual-bual tentang sesuatu yang aku tak berapa nak faham buah butirnya. Menyedari kehadiran aku tak diperlukan di situ, maka aku dengan sukarelanya bangkit dari tempatku.

Niatku untuk beredar lumpuh seketika tatkala kedua-dua belah tangan Lynn mendakap kemas Johan. Memang tadi Lynn turut mendakap Iskandar, Pa’e dan Zach tapi dakapannya pada Johan ni lain macam aje aku tengok. Macam penuh dengan rasa cinta yang membuak-buak yang sengaja dizahirkan di hadapanku. Ada mesej yang cuba disampaikan dari perlakuannya.

Johan milik aku!

Ya, itu yang cuba disampaikan oleh Lynn. Kini aku mengerti mengapa tiba-tiba Lynn berubah menjadi ‘baik’ denganku tadi. Rupa-rupanya… Dan Johan langsung tidak membantah perbuatan Lynn itu. Sekadar membiarkan dia diperlakukan sebegitu dengan mata yang tak lepas-lepas dari merenungku. Sukakah dia diperlakukan begitu? Yang nyata, aku tidak tahu riak wajah apa yang harus aku pamerkan saat ini. Riak bersahaja? Mana mungkin aku sebegitu tenang sedangkan jantung di dadaku serasa mahu pecah. Riak cemburu? Apa hakku?

Aku bergegas keluar dari situ dengan tangan kanan melekap kemas di dada kiri. Di situ, ada rasa sakit yang menyucuk-nyucuk tangkai hati.

@~~@~~@~~@~~

“Kamu dah nekad ke, Ann?”

Aku tunduk lalu mengangguk. Keputusanku sudah bulat. Nasib menyebelahiku. Surat tawaran dan hasrat ibu untuk berpindah datang serentak. Pucuk dicita, ulam mendatang. Pepatah itu sahaja yang terlintas di fikiranku kini.

Datin Zahirah mengeluh berat. Wajahnya redup seredup-redupnya sebaik sahaja aku menyatakan hasrat hatiku sebentar tadi. Aku seakan terlihat air mata bertakung di birai matanya tatkala dia melempar pandang ke luar tingkap ruang tamu.

“Kalau itu keputusan kamu, makcik tak boleh buat apa-apa apatah lagi melarang kamu. Senang-senang, datang la ke rumah ni... Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Ann…”

“Keluarga saya akan berpindah ke Johor!” Jujur aku menerangkan keadaan sebenar.

“Ohh…!” Ada nada kesal di situ.

“Pasti kami akan rindukan Ann nanti…” Aku tunduk kembali. Menyembunyikan air mata.

Datin Zahirah memelukku erat. Ditepuk-tepuknya bahuku beberapa kali.

“Terima kasih sebab sudi mengajar dan meluangkan masa untuk Mira. Bukan senang nak cari tutor yang sanggup bersabar dengan kerenah Mira…” Ujar Datin Zahirah seraya meleraikan pelukan di tubuhku. Dan dia terus berlalu dengan air mata yang masih basah di pipi.

Aku melempar pandang ke sekeliling rumah. Menyimpan kemas setiap momen indah di sini dalam peti memori. Ada rasa sedih bertamu di hati. Petang itu, hanya Your Call nyanyian Secondhand Serenade di telinga yang mengiringi pemergianku.

@~~@~~@~~@~~

Abang dan ibu masih bertelagah dalam menentukan kedudukan perabot di ruang rumah di luar bilikku. Surat tawaran ke IPTA di tepi meja aku pandang sepi.

“Kak Ann jangan lupakan Mira tau! Ingat, mesti emel atau tepon Mira hari-hari!”

Aku tersenyum sendirian bila pesanan Mira masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku langsung tak berani untuk mengatakan secara pasti yang aku akan mengotakan segala permintaannya. Aku rebahkan tubuh di atas tilam tanpa cadar itu. Bilik yang masih bersepah minta dikemaskan, tidak kuhiraukan. Mata kutala ke siling putih. Tergambar setiap satu kenangan yang kubawa dari sana.

Pengalaman mendewasakan seseorang… Setiap satu peristiwa yang terjadi dalam hidup akan mematangkanku…

Ya! Itu sesuatu yang aku sedari dan akui sejak dari dulu. Namun apa yang terjadi beberapa bulan kebelakangan ini… adalah sesuatu yang paling indah dan pahit yang perlu aku lupakan… walaupun aku tak pasti sama ada boleh atau tidak aku melupakannya…

Kotak baldu sebesar kotak cincin aku keluarkan dari dalam beg.

“Apa ni?”

Kotak yang dihulurkan oleh Mira, tetap kusambut. Namun dengan kerutan di dahi. Tak kan Mira nak bagi aku cincin kot?

“Hadiah untuk Kak Ann!”

“Huh? Buat susah-susah aje!”

“Tak susah la!”

Mira segera menahan aku dari membuka kotak baldu tersebut.

“Buka nanti-nanti aje, okey!” Pintanya. Aku akur lalu memberi pelukan terakhir buatnya.

Kotak baldu itu aku buka perlahan-lahan. Ha?? Aku sedikit terkejut dengan isi kotak tersebut. Mungkin sedikit kecewa kerana sangkaku cincin yang berada di situ. Tapi… Kenapa bagi benda ni pada aku?

Dan aku mula sedar sesuatu. Itu bukan pemberian Mira. Aku pasti benar akan kenyataan yang satu ini!

@~~@~~@~~@~~

Jiha menarik kedua-dua belah tanganku yang menutupi wajah.

“Ann, tak payah la sampai macam tu sekali! Rileks la…” Jerit Jiha kuat. Melawan bunyi bising di situ.

Aku naikkan semula kedua-dua belah tapak tangan. Menutupi bahagian muka kecuali mata. Kali ini, rambut yang melepasi bahu aku bawa di sisi wajah untuk menyembunyikan muka dari pandangan sesiapapun yang memandang. Mata menala semula empat orang anak muda di atas pentas. Semuanya nampak samar-samar sahaja dengan lampu yang sengaja dimalapkan.

“Entah ko ni, Ann! Wat selamba aje sudah la.” Atie pulak menambah. Kepalanya meliang-liuk mengikut rentak muzik yang bergema dari atas pentas. Sebentar tadi, dia turut terjerit-jerit bersama para peminat yang lain tatkala kumpulan BIDADARA melangkah masuk buat pertama kalinya.

“Kalo diorang tau aku tak ada pas masuk, mati la aku…!” Kataku lantang.

“Hussh…!” Serentak Jiha dan Atie berpaling ke arahku dengan telunjuk di bibir mulut masing-masing.

“Tak payah la cakap kuat-kuat! Ko nak wat announcement ke hape?” Terjengil mata Atie menuturkannya.

“Sori la, Ann! Aku dah janji dengan mak ko yang aku akan jaga ko baik-baik. Kalo aku tak heret ko ke sini, tentu aku tak dapat tengok live show ni dengan aman gara-gara risaukan ko tinggal sorang-sorang kat rumah!” Terang Atie. Matanya redup seperti menagih simpatiku.

Aku mengeluh tanpa sedar. Yang nyata, aku tak boleh menyalahkan Atie seratus peratus. Atie hanya mahu melaksanakan perkara yang telah diamanahkan oleh ibuku. Dalam masa yang sama, dia enggan melepaskan peluang untuk melihat live show kumpulan BIDADARA yang tengah hot macam pisang panas ni. Nak-nak lagi lepas dia separuh nyawa berusaha untuk mendapatkan dua pas masuk ke live show mereka ni. Disebabkan Jiha bergabung tenaga bersama-samanya, maka agak mustahil bagi Atie untuk ‘menafikan’ hak Jiha terhadap salah satu pas masuk yang diperolehinya itu. Lantaran itu, dia nekad ‘menyeludup’ aku yang langsung tak amik port tentang BIDADARA, masuk ke tempat ni.

“This song goes to you, Bidadari Hati!” Kata sang penyanyi sebelum mengalih microphone kepada rakannya di sebelah kanan.

“Group ni ada dua vocalist!” Terang Jiha tanpa kutanya.

Irama muzik bergema lagi. Namun tiada sebarang lirik dinyanyikan. Ni instrumental ke hape?

“Weih, apasal lagu ni tak ada lirik?” Selamba aje aku bertanya.

“Lagu ni cuma berlirik kat bahagian chorus aje!” Jawab Jiha.

“Kenapa pulak jadi macam tu?” Soalku lagi.

“Adoi! Leceh betul la bawa die-hard fan ‘celup’ ni! Balik nanti ko ‘hadap’ la kaset BIDADARA. Nanti ko tau la sebabnya!” Rungut Jiha. Dan dia enggan melayani soalan-soalan dariku lagi.

Di tengah lagu, vokalis kedua BIDADARA mula munyumbangkan suara.

Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Harus bagaimana usahaku
‘Tuk kau yakini cintaku
Hadirkanlah dirimu
Hangatkanlah jiwaku
Bidadari hatiku…

Suara itu!

Seorang perempuan seusia dengan kami, menghampiriku. Mula-mula aku buat tak tahu aje. Maklumlah tengah syok melayan lagu BIDADARA yang ‘masyuk’ kat cuping telinga aku ni. Tapi bila dia dah cuit bahuku, nak tak nak, aku kalih juga badan mengadapnya.

“Boleh saya tengok pas masuk awak?” Tanyanya serius. Mukanya cerah dan cantik tapi masam mencuka. Aku pandang gadis tu atas bawah. Tak macam badan security guard pun. Maybe somebody yang in-charge live show ni? Tapi dalam ramai-ramai orang, apasal dia nak check pas masuk aku je? Ni, si Jiha dengan Atie, dia tak check pun! Kuat betul instinct perempuan ni. Macam tau-tau aje aku ‘menyeludup’ masuk ke tempat ni.

“Aaa…” Aku buat-buat meraba kocek seluar jeans. Cuba mencari sesuatu yang sememangnya tiada di situ. Jiha dan Atie mula panik sebaik sahaja dapat mengetahui situasi aku itu. Keajaiban, hadirlah…!

“Tadi ada. Dah tercicir kat mana-mana kot, cik!” Jawabku dengan suara terketar-ketar.

Mata perempuan tu memandang tajam ke wajahku. Langsung tak senyum.

“Ikut saya!”

Aku hanya mampu memandang sayu ke arah Jiha, Atie dan kemudiannya ke arah perempuan itu, minta belas supaya dilepaskan dari dibawa ke pihak pengurusan.

Sungguh! Inilah kali pertama dan terakhir aku akan tengok live show sebegini!

@~~@~~@~~@~~

Aku dipaksa untuk duduk di salah sebuah kerusi dalam bilik persalinan itu. Perempuan kerek tadi entah ke mana. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Aku keseorangan di situ. Tapi entah apa yang merantai kakiku ke lantai sehingga membuatkan aku hanya mampu duduk di situ.

Di luar, para peminat bagai diserang histeria sebaik sahaja vokalis BIDADARA mengumumkan untuk menamatkan persembahan mereka. Derap-derap kaki beserta suara-suara lelaki yang semakin hampir membuatkan dadaku berdebar-debar. Bukan kerana takut. Bukan kerana panik. Tetapi kerana sesuatu yang lain… Sesuatu yang tak dapat dijelaskan secara lisan…

“Terbaik la, guys! Ni la kepuasan sebenar-benarnya!” Kata salah seorang dari mereka sebaik sahaja berada di bilik persalinan itu. Mereka leka berbual sesama sendiri. Berkongsi kegembiraan dan keterujaan dengan persembahan mereka tadi serta reaksi peminat-peminat. Langsung tak sedar kehadiran aku di situ sehinggalah perempuan kerek tadi masuk semula.

“Congrats, guys! Aku memang tak nak spoil korang punya moments tapi there’s something of someone that we need to settle up!” Masing-masing menuruti ekor mata perempuan kerek itu.

Berpasang-pasang mata memandangku. Secara automatik aku berdiri. Kaku. Beku. Suasana hening seketika. Cuma berpandangan mata.

“Mula-mula aku tangkap dia sebab dia tak ada pas masuk show ni. Tapi bila aku amati betul-betul, I think she’s got something from one of us! Betul tak Ann?” Sambung perempuan itu lagi. Ceh, siap sebut nama aku kuat-kuat lagi! Kerek betul perempuan kerek ni!

Dalam takut dan berani, aku teliti satu-persatu raut wajah mereka yang berada di hadapanku. Serasanya, wajah-wajah ini biasa kulihat dahulu. Pa’e… Iskandar… Zach… Ya, tak salah lagi!

“Isn’t that your pick, Jo?” Zach dah maju setapak ke depan untuk melihat dengan jelas.

Jo? Johan?

“Ha’ah la! Macam mana boleh jadi pick necklace si Ann pulak ni?” Pa’e pulak melangkah menghampiriku. Iskandar dan minah kerek tadi tu sekadar berpandangan sesama sendiri.

Dan lelaki yang dari tadi tersorok wajahnya dari pandanganku, berjalan melepasi rakan-rakannya yang lain sekaligus membuka ruang untuk aku melihat wajahnya. Dia melangkah perlahan-lahan ke arahku tanpa sedikitpun mengalih pandangannya dari seraut wajahku. Setiap langkah yang diambil menggetarkan dinding hatiku.

“Ann…” Panggilnya sebaik sahaja tiba di hadapanku.

“Johan…” Masih tidak percaya dengan apa yang kulihat.

“Akhirnya…” Ujar Johan sambil mengukir senyuman. Riak wajahnya yang tadinya tegang perlahan-lahan berubah menjadi tenang.

Kami berpandangan beberapa ketika. Mereka yang lain mula mengabaikan kehadiran aku dan Johan di bilik itu. Seakan memberi sedikit privasi kepada kami.

“A few months ago… Saya keliru. Saya khilaf. Then, I make a big mistake. Lynn and I… Saya… Kami…” Dia kehilangan kata-katanya di situ. Aku tetap menatap wajahnya. Menunggu penjelasan daripadanya. Selama mana pun masa yang harus diambil oleh Johan, aku akan tetap menunggu. Kerana aku mahukan kepastian. Sebuah kepastian. Kerana aku bosan dengan tanda soal-tanda soal yang berlegar di kepalaku. Aku mahu tahu mengapa dia bersikap dingin denganku sebaik sahaja melihat aku berbual mesra dengan Iskandar pada suatu petang, ketika aku masih bekerja di rumah Datin Zahirah.

“Saya salah faham dengan hubungan awak dan Is. Saya cuba lukakan hati awak dengan berpura-pura mencintai Lynn. Hakikatnya, saya tak pernah sukakan Lynn. Tak pernah dan tak akan…” Johan tunduk seraya memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

Aku mengangguk. Mula faham dengan tentang apa yang terjadi beberapa bulan lepas.

“Saya dengan Is pun… Kami tak ada apa-apa…”

“Saya tau! Saya yang salah faham! Saya minta maaf…” Pintas Johan. Matanya kembali memandang anak mataku hingga jauh ke dasarnya. Menghangatkan kembali sekeping hati yang selama ini dingin tanpa dirinya.

“Saya dah maafkan!”

“Bila?”

“Dua saat yang lepas!”

Kami berbalas senyuman. Mula menikmati keindahan sebuah pertemuan yang tak dirancang ini.

“That pick…” Kata Johan sambil menunjukkan pick necklace yang tergantung di leherku.

“Saya pakai sejak saya buka kotak tu…” Jelasku.

Johan tersenyum senang hati. Mungkin dengan memakai pick necklace pemberiannya, aku sudah menunjukkan secara simbolik bahawa aku juga mempunyai perasaan sepertinya. Perasaan mencintai dan ingin dicintai.

“Tapi kenapa pick?” Giliran aku pula bertanya.

“Simple. Sebab awak suka giler kat love-shaped tortoise shell pick saya tu. Dan untuk mengingatkan awak masa-masa yang kita bersama. Lagipun, pick dengan gitar saya ni satu set!” Ringkas tapi dalam maksud penerangannya. Mana mungkin aku melupakan masa-masa kami bersama. Dan kebanyakan masa itu, dia bersama gitarnya. Berlatih dan terus berlatih sehingga dia mampu ke tahap ini.

“Awak pegang pick, saya pegang gitarnya. Kan sepasang?” Johan menunjukkan gitarnya yang turut mempunyai corak seakan-akan pick kulit kura-kura yang aku pakai. Gitar yang dikatakannya ditempah khas bersama picknya sekali. Pelik-pelik betul gaya orang kaya ni menghabiskan duit. Hehe…

“Lagu Bidadari Hati tu...”

“Saya cipta!” Akui Johan.

“Tapi lagu tu tak lengkap… Maksud saya tak abis!” Kataku. Johan mengangguk.

“… sebab awak pergi dari hidup saya hari tu. A writer cannot write without inspiration…” Lunak pandangan mata Johan saat menuturkan ayat-ayatnya itu.

Aku sumber inspirasi Johan? Badan dah rasa melayang di udara. Mamat ni memang pandai main dengan kata-kata.

“Sori sebab ‘curi-curi’ masuk kat live show awak ni!” Ujarku lagi. Johan tersenyum dengan sepasang matanya.

“Sedangkan hati saya pun saya benarkan awak curi, apa la sangat setakat curi masuk tengok live show kami ni!” Seloroh Johan.

Aku tertunduk. Dah tak mampu nak tampung rasa bahagia yang dah melimpah-ruah dalam hati dan terzahir di pandangan mata.

“BIDADARA! BIDADARA! We want our BIDADARA!”

Di luar sana, para peminat masih melaungkan sebaris nama band kesayangan mereka. Masih mengharap akan kedatangan BIDADARA untuk mewarnai kehidupan mereka. Di sini, di bilik persalinan ini, aku sudah hampir pasti memiliki bidadaraku sendiri. Bidadara yang akan menemaniku pada hari-hari mendatang sehinggalah nafas kami terhenti.

“Sudi tak awak jadi bidadari hati saya?” Lembut Johan menyoal. Jemariku digenggamnya.

Anak mata Johan terus-menerus menikam ke dalam anak mataku. Darah menyerbu ke muka. Aku tunduk memandang lantai. Malu! Apatah lagi tindak-tanduk kami yang masih berada dalam ruang lingkup pandangan anggota BIDADARA yang lain. Johan melepaskan genggaman jemarinya. Menaikkan daguku dengan hujung jarinya, memaksa aku untuk memandang ke arahnya semula.

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. “Sejak dulu lagi…”

Johan tersenyum. Senang hati mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Serentak dengan itu, dia menggenggam kedua-dua belah tangannya.

“Yes! Yes!!” Jeritnya.

Penonton wayang tak bertiket, bertepuk tangan dari sudut bilik sebelah sana. Dan aku sudah gagal menyembunyikan kegembiraanku kini yang sudah terpancar di wajah.

“Guys! Aku rasa aku dah dapat idea untuk baki lirik lagu Bidadari Hati!” Jerit Johan riang.

Mendengar jeritan Johan, Pa’e menarik nafas lega.

“Thank God! Kau tau tak, lagu kau tu la satu-satunya lagu yang cuma ada lirik kat bahagian chorus aje!”

Aku dan Johan berbalas senyuman dan akhirnya tertawa bahagia.

Ini kisah aku dan Johan. Ini kisah pick dan gitar. Johan dengan gitarnya. Aku dengan pick gitar Johan. Gitar dan pick. Bukankah pick dicipta untuk melengkapi gitar?

~Bidadari Hati end~

Thursday, September 3, 2009

eucralipse 8


Jeritan dari pintu masuk perpustakaan diraja membuatkan aku dan Rei memandangkan ke arah yang sama. Esmet dengan bangganya melangkah masuk. Berlagak seolah-olah dia adalah yang paling berkuasa di situ. Di belakang Esmet, tiga sekawan merangkap pengikut setianya iaitu Esmet, Dayes, dan Hemes. Masing-masing buat muka samseng-tak-jadi. Huh, meluat sungguh aku tengok!

Pengawal Esmet dan pengawal istanaku masing-masing berdiri di muka pintu. Bersedia untuk memberi bantuan dan perlindungan sekiranya diperlukan.

“Eury sayang, kau sepatutnya mendampingi aku... Bukannya budak lelaki bertopeng yang kita tak tahu asal-usulnya ni! Kau tak malu ke diejek, diumpat gara-gara sikap kau yang tak ber'taste' dalam memilih kawan ni?” Esmet yang dah bertenggek di meja, mengangkat daguku dengan hujung jarinya agar kedudukan mata kami selaras. Mata Esmet penuh dengan kebencian.

Aku lempar senyum sinis.

“Tak payah nak cakap soal maruah, hak atau malu kat sini la, Esmet! Kau sendiri bertukar-tukar teman wanita. Kawan-kawan kau pun bukannya aku tak kenal. Kurang beberapa kes aje nak diklassifikasikan sebagai penjenayah. Lebih baik kau kisahkan tentang hal-hal berkaitan dengan diri kau berbanding hal-hal berkaitan dengan aku. Okey?”

Esmet mendengus marah.

“Kau milik aku, Eury!”

“Aku tak pernah jadi milik kau, Esmet!” Bantahku lantang.

“Kau tunang aku! Itu bermakna kau milik aku! Jangan pernah lupa hakikat tu!” Tempelaknya.

Aku tepuk meja seraya berdiri.

“Aku tak pernah lupa! Aku selalu ingat yang aku ada tunang yang berlagak, ego, kaki perempuan, kaki pesta, selalu salah guna kuasa... Mana mungkin aku melupakan kewujudan kau sebagai tunangku, Putera Esmet!” Teriakku.

Esmet ketawa dan aku kurang pasti mengapa dia ketawa. Berdekah-dekah ketawanya. Mungkin dia dah gila!

“Sebab budak tak guna ni, kau sanggup melawan aku?” Soalnya seperti tidak percaya.

“Dia ada nama. Nama dia Rei. Dan dia bukan budak tak guna. Aku pernah terhutang nyawa padanya!”

Esmet mengepal penumbuk. Rupa-rupanya kata-kataku menyemarakkan lagi amarahnya pada aku. Aku sudah bersedia menerima apa sahaja tindakan fizikal yang mungkin akan dilakukan oleh Esmet. Namun tekaanku meleset. Esmet mendapatkan Rei. Dicekaknya leher baju Rei dan dalam sekelip mata Rei dah jatuh menyembam ke lantai akibat dicampak oleh Esmet.

“Budak tak guna, kau sedar tak yang kau tak setaraf dengan kami? Kau ingat dengan menabur budi, kau boleh memiliki apa yang selama ini menjadi hak aku? Eury hak aku. Selamanya dia akan jadi hak aku. Faham?” Jerkah Esmet.

Kemudian Esmet mengangkat dan mencampakkan Rei keluar, ke kawasan lapang di luar perpustakaan diraja. Kawan-kawan Esmet segera berlari ke arah Esmet dan Rei. Bersedia untuk membantu Esmet yang sudah membelasah Rei.

“Jangan! Budak ni aku punya! Biar aku aje 'habiskan' dia!” Tegas Esmet. Kawan-kawannya akur lantas berundur dan kembali menjadi pemerhati.

Esmet terus membelasah Rei. Rei sedikit pun tidak melawan sedangkan aku tahu Rei mampu menanding kekuatan Esmet. Aku menekup mulut. Air mata mula bergenang di birai mata. Entah kenapa aku kaku. Langsung tak berdaya untuk berbuat apa-apa bagi menghentikan perbuatan Esmet.

“Jangan! Jangan pukul dia!”

Namun tiada siapa yang mengendahkan jeritanku. Para pelajar Akademi yang kebetulan berada di situ dan menyaksikan kejadian itu, segera meninggalkan kawasan tersebut. Enggan masuk campur. Dan bila Esmet mengeluarkan pedang dari sarungnya milik pengwalnya, aku tahu aku perlu berbuat sesuatu. Dalam keadaan genting sebegitu, cuma satu yang ada dalam fikiranku. Dalam apa jua keadaan, aku akan melindungi Rei yang sudah terbaring lemah di atas lantai.

Sebaik sahaja Esmet menghayunkan pedangnya, aku pantas berlari ke arahnya. Menangkap dan menggenggam pedang itu dengan tangan kananku. Semua yang melihat tergamam melihat tindakan drastikku. Aku rampas pedang itu dari Esmet dan kubuang jauh dari situ. Setitik, dua titik darahku jatuh di atas lantai. Dan akhirnya darahku tak henti-henti mengalir membasahi lantai. Hujung bibir kugigit, cuba menahan rasa sakit dan pedih. Namun aku masih mampu berlagak tenang di hadapan semua yang hadir.

“Nampak tak darah yang mengalir dari tubuhku, Esmet? Bukankah warnanya sama seperti darah yang ada dalam tubuh Rei dan juga tubuh kau! Jadi, kita sama sahaja!” Ujarku.

Esmet terdiam mendengar kataku. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Rasa tidak puas hati dan marah tidak pernah padam dari wajahnya.

“Jom pergi!” Arah Esmet kepada pengikutnya.

Esmet dan kawan-kawannya beredar dari situ.

“Eury!”

Dan aku rebah di sisi Rei.

**************
Rei mengangkat tubuhku menuju ke hutan di belakang kawasan Akademi. Dia mendudukkan aku di bawah pokok. Hari semakin gelap. Cory, ketua pengawalku, telah kuarahkan supaya menungguku di Akademi. Cory patuh walaupun tidak setuju dengan arahanku. Rei pantas meluru ke arah semak berhampiran. Terbongkok-bongkok mencari sesuatu.

“Rei... Kita buat apa kat sini?” Soalku lemah. Tangan kiri menampung berat kepala. Entah kenapa, kepalaku terasa pening. Darah di tapak tanganku masih mengalir walaupun selepas diikat ketat dengan cebisan kain baju Rei sebentar tadi.

“Cari daun dlov! Daun yang yang boleh menghentikan darah dengan cepat.”

Rei semakin jauh masuk ke dalam hutan. Kepalaku pula semakin berat dan segalanya nampak kabur pada pandangan mataku. Dan akhirnya... gelap...

Mata kubuka perlahan-lahan. Mata ungu itu 'tersenyum' ke arahku dari atas. Dan bibirnya bergerak-gerak. Mengucapkan sesuatu kepadaku.

“Putera Bertopeng...”

“Puteri Sayap Cinta, bukankah dah tiba masanya untuk awak bangun dari tidur? Awak tahu kan yang saya bosan tanpa awak...” Ujar Putera Bertopeng dalam senyumnya. Menyedari kepalaku masih elok terletak di ribanya, aku bangun dan duduk di sisinya. Tangan Putera Bertopeng melingkari tubuhku. Aku rasa tenang diperlakukan sebegitu.

“Siapa awak sebenarnya?” Sudah terlalu lama aku menyimpan soalan itu. Setiap kali aku bertemu dengannya di alam mimpi, itulah satu-satunya soalan

“Saya cinta awak untuk hayat ini... Kita kenal sejaki kecil. Tak kan awak dah lupakan saya...” Ujar Putera Bertopeng dalam nada merajuk.

“Boleh tak awak buka topeng awak tu?”

“Kenapa?”

“Saya nak tengok wajah awak. Saya nak ingat rupa awak sebab saya selalu lupa wajah awak setiap kali saya bangun dari tidur. ”

“Tak apa kalau awak lupa. Kan kita boleh bertemu dalam mimpi awak lain kali.”

Aku mendengus mendengar jawapannya.

“Apa sebenarnya yang awak rahsiakan dari saya? Betul ke kita kenal sejak kecil?”

“Hei, saya tahu la saya selalu buat awak marah! Tapi tak kan awak tergamak nak lupakan saya! Saya kecewa dengan awak. Benar-benar kecewa...” Putera Bertopeng sudah naik marah. Dia bingkas bangun. Bebola matanya menikam anak mataku. Dan dia berlalu pergi.

“Putera Bertopeng! Putera Bertopeng! Jangan tinggalkan saya! Tolong la...”

Bahuku digoncang kuat.

“Eury! Eury...!”

Aku buka mata. Wajah seseorang kelihatan. Kabur. Dan perlahan-lahan semakin jelas di pandangan. Rei. Aku perhatikan pula keadaan sekeliling. Rumput. Tanah lapang. Pokok-pokok. Hutan. Satu-persatu peristiwa yang berlaku siang tadi terlayar di minda. Aku pengsan rupanya.

“Awak okey? Tangan awak sakit lagi?” Soal Rei bertalu-talu.

Aku mengelengkan kepala. Menidakkan pertanyaannya, sekaligus memaksa roh dan jasadku bersatu untuk kembali ke alam nyata.

“Awak pengsan. Mungkin sebab awak takut tengok darah mengalir. Atau mungkin awak hilang banyak darah...”

“Saya dah okey sekarang...!” Tegasku. Cuba menghentikan kerisauan Rei. Dan sebenarnya memang aku sudah pulih. Langsung tak berasa sakit di mana-mana. Cuma rasa keliru. Putera Bertopeng... Dan seperti selalu, wajahnya akan kabur dan terus kabur dari ingatanku selepas bangun dari tidur. Siapa dia? Apa kaitan dia dengan aku? Jika benar dia seseorang yang penting dalam hidupku, kenapa aku tidak boleh mengingati wajahnya? Satu-satunya yang jelas dalam ingatan adalah nama dan warna matanya yang bersinar itu. Mengapa?

“Eury... Saya risau dengan keadaan awak ni! Betul ke awak okey?”

“Ya! Saya okey. Sangat okey!” Jawabku. Wajah Rei aku pandang. Wajah Rei kelihatan serba tak kena. Seperti serba-salah.

“Aaa... Kalau awak dah okey, boleh tak awak... aa... bangun... kaki saya dah lenguh la...” Teragak-agak dia membuat permintaan itu.

Aku pandang kiri. Aku pandang kanan. Dan kemudian aku pandang atas. Mengenalpasti kedudukan aku. Kalau ikut keadaan sekarang, aku... err... tengah terbaring... di riba Rei... Patut la aku boleh bau wangian dan bau Rei. Rupanya dia begitu hampir denganku. Tapi... Bukankah Putera Bertopeng yang meriba aku tadi? Ooo... Lupa! Itu hanya mimpi.

Dengan wajah yang panas dan merah, tanpa menunggu walau sesaat pun, aku bangun dan duduk di sebelahnya. Rei memukul-mukul pehanya dengan wajah yang berkerut-kerut.

“Maaf. Saya tak sengaja. Lama ke saya pengsan tadi?”

Rei memandangku dengan wajah yang tenang.

“Tak lama. Awak sedar lepas beberapa minit. Saya bagi awak minum air dan awak tertidur... Saya dan pengawal awak tak sampai hati nak kejutkan awak.”

“Ooo... Yeke?” Jari-jemari aku larikan ke ubun-ubun. Memicit bahagian itu. Kenapa aku langsung tak ingat?

“Mana diorang?”

“Pengawal awak?”

“Hmm...”

“Tu!” Rei menunding ke satu arah. Cory dan pengawal-pengawal peribadiku yang lain berdiri tak jauh dari kami. Aku mengeluh. Melihat dari suasana sekeliling, aku mengagak yang aku sudah terlewat untuk pulang ke istana. Mungkin sudah melepasi waktu makan malam pun.

Rei mengambil tangan kananku. Cebisan kain yang membaluti lukaku dibukanya. Aku sekadar memerhatikan. Daun hijau yang diletakkan di atas lukaku sebentar tadi, dialihkan. Tiada apa yang kelihatan. Hanya tapak tanganku. Tiada kesan darah. Malah tiada parut. Seolah-olah tanganku tak pernah luka pun. Menakjubkan!

“Dlov adalah daun yang paling bagus untuk mengubati luka dan kecederaan. Tapi itu tak bermakna kita tak perlukan ubat-ubatan dan pakar perubatan. Kemampuan Dlov masih belum dikaji secara terperinci.” Terang Rei. Aku cuma mampu melopong. Rei memang tak pernah gagal membuatkanku kagum.

“Awak ni memang bijak. Serba boleh pulak tu. Semua benda saya tahu. Pasti awak akan jadi orang yang hebat suatu hari nanti.” Pujiku. Tapi aku memang benar-benar memaksudkannya.

“Hebat tu tidak la... Saya masih belajar. Dan kebetulan apa yang saya tahu tu, awak tak tahu. Jadi, awak tak boleh kata saya pandai...”

Aku tersenyum. Rei yang merendah diri di hadapanku ini sangat berbaloi untuk dikenali.

“Apa-apapun, terima kasih! Kalau tak, terpaksa la saya hidup dengan parut kat tangan untuk seumur hidup saya.” Gurauku. Rei senyum segaris. Perlahan-lahan wajahnya berubah riak.

“Esmet... Macam mana dengan dia?”

Aku mengeluh berat. Tak nampak jalan penyelesaian.

“Saya akan minta ayahanda dan bonda putuskan pertunangan kami tanpa menyebut apa yang jadi hari ni. Saya tak nak awak terlibat pulak dalam hal ni...”

“Boleh ke? Tak jadi perang antara planet ke kalau awak putuskan pertunangan tu?” Dalam keadaan ragu-ragu Rei menyoal.

“Mungkin! Tapi saya tak nampak apa-apa sebab kenapa pertunangan saya dan Esmet perlu diteruskan. Saya tak cintakan saya. Dan saya percaya dia pun tak cintakan saya. Benda yang ada dalam kepala dia hanyalah kuasa, takhta dan perempuan. Saya cuma alat untuk dia dapat semua itu.”

“Apa jua keputusan awak, saya harap awak fikir semasak-masaknya. Kerana hal ni melibatkan hidup awak, ayahanda dan bonda awak, Eucralipse dan kesejahteraan antara planet. Awak faham, kan?”

Mendengar nasihat Rei, aku jadi terharu. Macam mana lelaki yang baru aku kenali beberapa hari ini boleh memberi nasihat yang berguna dan begitu mendalam maksudnya padaku, sedangkan mereka yang berada di istana hanya pandai mengeluarkan arahan dan mengikut perintah. Pengertian Rei membuatkan aku berharap dialah tunanganku. Bukan Esmet yang ego dan pentingkan diri itu.

Cory memberikan isyarat kepadaku.

“Maaf, saya kena pulang ke istana. Dah terlalu lewat ni. Nanti ayahanda dan bonda tentu bimbang.”

Rei membantu aku untuk berdiri. Kami bertatapan sebentar.

“Tak apa. Saya pun nak balik berehat. Jangan lupa makan dan rehat.” Pesannya sebelum aku beredar. Kami berbalas lambaian sebelum aku mengikut Cory dan orang-orangnya.

“Peristiwa petang tadi, saya nak kamu rahsiakan dari sesiapapun!” Aku mengeluarkan perintah itu dalam perjalanan pulang.

“Baik, tuan puteri!”

**************
Sampai di istana, semuanya kelihatan seperti biasa dan dalam keadaan terkawal. Bonda dan ayahanda tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin menghadiri majlis, dalam bilik perbincangan atau... entah la... Aku tak pasti benar tentang jadualnya untuk hari ini. Apa-apapun, aku rasa lega kerana tak perlu bersoal jawab berkenaan kelewatan aku pulang ke istana pada hari ini.

Aku menyanyi kecil ketika berjalan menuju ke bilik. Meraikan 'pelepasan'ku dari mengadap dan menjawab soalan dari ayahanda dan bonda yang membosankan itu. Aku menyanyi dan menyanyi keriangan sehinggalah...

“Eury...!”

Panggilan dari ayahanda bergema di segenap ruang istana.

Followers