Saturday, May 30, 2009

ad+iz Part 5

Kawasan rumah setinggan di tepi lombong tu sudah sunyi. Mungkin ramai yang sudah keluar untuk bekerja. Bunyi jeritan dan tempikan kuat dari dalam rumah membuatkan aku mempercepatkan langkah. Kemudian kedengaran pula bunyi kaca pecah. Tiba di muka pintu, aku bertembung dengan empat orang lelaki bertubuh sasa. Aku mula cuak. Sapa pulak ni? Masing-masing tersenyum sinis sebelum berlalu pergi. Aku menerpa masuk. Perabot rumah berselerakan. Emak dan Zalika terduduk di sudut rumah. Ada kesan darah mengalir di bibir emak.

“Apa dah jadi, mak? Zalika?”

Wajah Makcik Midah yang kupanggil emak dan Zalika pucat. Ada bekas air mata di pipi. Tanganku segera ditepis tatkala aku cuba membantu mereka. Zalika bingkas bangun. Berhadapan denganku.

“Ah Long tu datang nak kutip hutang! Akak ke mana minggu lepas? Bukan ke sepatutnya akak hantar duit pada kami? Kalo akak hantar duit, tak ada la kami kebulur kat rumah ni! Tak ada la ‘penyangak’ tu datang sampai ke rumah nak kutip hutang!” Jawab Zalika kasar. Sudah hilang traumanya digertak ‘Ah Long’ tadi.

“Akak tak ada duit minggu lepas… Gaji tak masuk lagi…”

Mata emak mencerlang mendengar kata-kataku. Dia bangun dan mencekak leherku dan ditolaknya ke dinding rumah. Berpinar sedikit pandanganku.

“Ko dengan ayah tiri ko tu sama aje tak gunanya! Dia berhutang sana-sini pastu hilang entah ke mana. Ko pulak tak sudah-sudah menyusahkan aku, dari kecik sampai besar! Semuanya bawak sial kat aku!” Jerkahnya.

“Agaknya akak lagi suka tengok kita kena pukul, kena sembelih dengan Ah Long tu, mak. Yelah tak payah nak tanggung makan pakai kita lagi. betul, kan?” Tuduh Zalika. Seperti sengaja mengapi-apikan kemarahan emak.

“Wat pe ko balik lagi ke rumah ni? Pergi la berambus! Mentang-mentang la aku ni mak tiri ko, ko layan aku macam sampah aje. Sedar la sikit, sapa yang bela ko lepas mak ko mati dulu? Sapa yang selamatkan ko bila ayah tiri ko tu nak rogol ko? Sapa? Aku! Bila dah besar, ko lupa semua jasa-jasa aku. Dasar anak tak mengenang budi!” Tengking Makcik Midah, emak tiriku.

Air mataku mula bertali arus. Aku anak yang menyusahkan. Betul ke? Seingat aku, selepas ibu meninggal, aku sendiri yang menguruskan kehidupanku. Aku bekerja untuk menyara makan pakaiku. Hatta yuran persekolahan pun aku bayar dengan hasil titik peluhku. Emak dan Pakcik Bakar, iaitu ayah tiriku tak pernah kisah denganku. Apa yang mereka tau, berseronok dan memanjakan anak-anak mereka dengan duit dan barangan mewah. Apa sahaja permintaan Zalika, Bakhtiar dan Azmi pasti akan ditunaikan. Sebaliknya pula jika aku yang meminta. Naik la sepak terajang ke badan. Ayah berhutang dengan Ah Long pun gara-gara sikap emak yang suka bermewah-mewahan dan sikap ayah yang suka berjudi. Dan sekarang, aku yang perlu membayar balik setiap sen yang dipinjam oleh ayah. Masih salah aku jugak ke?

“Saya datang nak bagi duit ni. Mak gunalah untuk bayar Ah Long tu…” Kataku lemah. Kesemua wang simpanan aku hulurkan padanya. Duit hasil upah menjadi ‘kekasih’ Farriel malam tadi dan duit gaji bekerja di butik. Sampul berisi duit pantas ‘dirampas’ dariku. Zalika mula mengendeng pada maknya. Mengintai isi sampul surat.

“Ingat, Adry! Ko mesti cari baki lagi RM 30 ribu dalam masa terdekat ni! Kalo tak, aku tak halalkan setiap sen yang aku belanjakan untuk ko. Barang-barang ibu ko, aku akan bakar.Faham?”

@~@~@~@~

“Ha? Kawin paksa? Malam tadi?” Tawa Qhuzhairi @ Qhuz pecah. Fitri yang mendengar, tumpang sekaki gelak.

“Aku serius ni. Jangan la gelak! Tak sensitif betul dengan masalah member!” Rungut Farriel.

“Kira bagus la tu! Nenek ko bagi ko kawin free aje dengan Marina tu. Ko kan memang dah kemaruk sangat nak kawin dengan minah ‘celup’ tu!” Ujar Fitri dalam tawa. Farriel menghirup kopi di meja. Mukanya masam. Mujur Starbucks tidak ramai pengunjung ketika itu. Kalo tak, tentu ramai tertoleh-toleh ke arah mereka yang agak ‘lepas’ laku.

“Masalahnya, aku bukan kawin dengan Marina…” Farriel menyambung kata.

“Abis, dengan sapa?” Soal Qhuz dan Fitri hampir serentak.

“Dengan AD…” Suara Farriel mengendur.

“Pompuan mana pulak tu?” Soal Fitri. Qhuz kerut dahi. Serasanya dia pernah mendengar nama tersebut.

“AD? AD budak ala-ala tomboy tu ke? Yang sama sekolah dengan kita dulu?” Teka Qhuz.

Farriel mengangguk lemah. Qhuz sambung gelak. Kali ni lebih kuat dari sebelumnya. Mujur Qhuz satu sekolah, malah satu geng dengannya dulu. Tak la jenuh dia menerangkan sapa AD tu lagi. Fitri tercengang-cengang. Masih tak faham napa Qhuz tergelak tak ingat dunia.

“Woi, apa ni? Korang-korang aje faham. Aku tak faham satu apa pun!” Fitri tak puas hati.

Qhuz mematikan gelaknya.

“Kalo ko nak tau, Fit… AD tu satu sekolah dengan kitorang dulu. Minah tu pelik sket! Kasar, garang, tapi tak pernah kenal erti putus asa. Yang peliknya, dia langsung tak ada kelayakan masuk sekolah kitorang. Tak tau macam mana dia lepas ujian kelayakan. Aku agak dia ada ‘kabel’ besar kat sekolah tu!” Terang Qhuz.

Fitri mengangguk tanda faham. Seketika kemudian, dahinya kembali berkerut.

“So, apa masalanya kalo dia kawin dengan si Aril ni?”

Qhuz ketawa sebelum menjawab…

“Masalahnya, si Aril dengan si AD memang tak boleh jumpa. Macam minyak dengan api. Panas aje sentiasa. Tak pun macam anjing dengan kucing!”

Fitri join Qhuz gelak. Farriel merengus kasar. Hantu punya kawan! Bukan nak tolong selesaikan masalah. Lagi serabutkan kepala aku ada la…

“So, Ril… Macam mana pulak AD boleh muncul dalam majlis tu?” Soal Fitri.

“AD datang hantar baju yang Marina tempah. Si Che Nan tu pulak, punya la ‘bijak’. Dia ingatkan itulah awek aku. Aku memang tengah bengang giler dengan si Marina tu! Aku upah la AD jadi ‘awek satu malam’ aku. Tak sangka pulak lain jadinya. Kawin kontrak la jawabnya…” Terang Farriel.

“Kesian budak tu…Tak fasal-fasal budak tu kena kawin dengan ko…”

“Aku, ko tak kesian? Tak fasal-fasal jadi laki orang!”

“Watpe nak kesian kat ko! Ko laki. Boleh kawin empat. Kalo cerai pun, saham ko tetap tinggi. Dia tu pompuan…” Tukas Fitri.

AD tu pompuan ke? Napa aku tak pernah address dia sebagai pompuan sejak zaman sekolah dulu sampai sekarang? Farriel pegang kepala. Berat, berat…

“So, mana isteri ko sekarang? Tak kan ko kurung dia kat umah kot? Bila ko nak bawak dia jumpa aku? Teringin gak nak tengok junior aku tu!” Soal Qhuz penuh minat.

“Entah! Pagi-pagi lagi dah lesap.”

“Aik! Tak sampai 24 jam kawin dah lesap? Dahsyat, dahsyat!” Perli Fitri.

“Amanah tu, Ril… Dia bawah tanggungjawab ko. Tak kira la korang kawin paksa atau rela. Cari la dia… Dia isteri ko!”

“Masalahnya, aku sendiri tak tau nak cari dia kat mana. Nombor telefondia tak bagi. Alamat lagi la…!”

“Aik! Waktu sign kontrak tak catat ke butir-butir diri semua? Aril, Aril… Tak tau la macam mana ko nak handle business nenda ko esok lusa…”

“Apa punya suami la ni… Fail!”

@~@~@~@~

“Hai Adry … Lambat datang hari ni. Dah nak petang baru tiba…” Tegur Kak Timah sebaik sahaja muka aku tersembul di hadapannya. Mujur butik kosong tanpa pelanggan. Dan mujur juga big boss tak ada. Kalo tak, free aje kena potong gaji.

“Eh, apasal ko pakai baju ni? Macam nak pergi bersenam aje? Dah tu, muka pucat aje? Ada problem ke? Tak nak kongsi dengan akak?”

Huhuhuhu…! Kalo la boleh kongsi. Aku kena kawin paksa semalam, kak! Hari ni pulak aku dapat tau yang kerjaya Farriel hampir dimusnahkan disebabkan ‘kekurangan’ aku. Dan aku tak pernah dihargai oleh satu-satunya keluarga yang aku ada… Kepala ni pulak sakit semacam aje.

“Taka de ape-ape la, kak! Small matter aje…” Jawabku perlahan.

“Adry! Rindu sangat dengan ko!” Jeritan Chot menghambat gegendang telinga.

Chot berlari mendapatkan aku. Dipeluknya aku erat. Eh, Chot ke ni? Bila pulak minah ni balik dari honeymoon ni? Apasal kaler muka dah bertukar ni?

“Ler… Tak kan ko dah tak kenal aku? Aku tau la aku dah hitam sket. Tapi kan ‘hitam itu menawan’! Ke ko marah aku sebab aku honeymoon lama sangat? Sorry la… Sebagai ‘upah’ ko tolong wat keje-keje aku, aku belikan hadiah special untuk ko!”

Sebungkus hadiah dihulurkan padaku. Masa tu la Chot terperasan ‘sesuatu’ yang bersinar di jari manisku. Cincin emas putih bertatah sebutir berlian. Pantas dicapainya tanganku.

“Cantiknya cincin! Cincin emas putih, kan? Yang kat tengah ni, bukan diamond ke? Sapa bagi? Cantik macam cincin tunang aje. Ko dah tunang, ek? Ke ko dah kawin?” Soalnya bertalu-talu. Kak Timah pantas menyerbuku. Begitu juga Imah, Nini dan Sabariah. Bergilir-gilir diorang menelek cincin kahwinku. Mulut masing-masing heboh dengan pelbagai soalan. Naik sesak nafasku. Tiba-tiba suara mereka jadi bergema-gema dan semakin jauh dari pendengaranku. Pandanganku pulak berubah jadi macam filem P. Ramlee; cuma dua kaler aje yang ada, hitam dan putih.

Dan aku tak ingat apa-apa lagi selepas itu. Gelap.

@~@~@~@~

“Kamu sendiri tak tau mana Rianna pergi? Kan ke kamu ni suami dia?” Nenda bangun dari sofa. Mundar-mandir di ruang tamu bersama tongkatnya. Farriel tak senang duduk. Dah rasa macam duduk atas bara api aje.

“Dia kata nak pergi balik rumah sewa. Nak amik kain baju. Tapi tak tau pulak lewat sampai macam ni. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kot!” Farriel mereka cerita. AD, mana la ko pergi? Menyusahkan aku nak menjawab soalan nenda aje.

“Tak kan keluar dengan kawan sampai lewat petang macam ni. Dah la dia tak bagitau kamu dulu. Cuba kamu telefon la dia. Kamu ada nombor telefon dia, kan?” Saran Tengku Khalidah.

Farriel garu kepala sambil memandang mamanya. Mama, masalahnya Aril tak ada nombor telefon si AD tu? Entah ada handphone entah kan tidak dia tu. Seingat aku, tak ada pulak dia tayang handphone kat aku semalam. Entah-entah, AD dah cabut lari dengan duit RM 10 ribu aku tu tak?

“Iye tak iye jugak! Cuba kamu telefon handphone Rianna… Mana la tau dia kot-kot dia ada masalah kat rumah sewa dia tu… Telefon, telefon…” Arah nenda.

“Aaaa….” Balik nanti, siap ko AD!

“Aaa… Actually si Adry tu lupa nak bawak handphone pagi tadi. Handphone dia ada kat dalam bilik, atas meja solek. Tu pun bateri dah low!”

Nenda geleng kepala. Kesal dengan sikap cucunya yang sambil lewa. Dalam pada itu, dia bimbang dengan keselamatan Adrianna, gadis yang berjaya meraih perhatian dan kasih sayangnya dalam masa satu malam. Puas dia bertanya pada pembantu-pembantu rumah. Kot-kot ada Adrianna meninggalkan pesanan sebelum keluar. Namun hampa. Tengku Khalidah pulak silang tangan di sofa. Bersikap tunggu dan lihat.

“Nenda dengan mama jangan la risau. Pandai la si Adry tu balik ke sini nanti. Dia dah besar. Dah boleh jadi mak orang pun.”

Nenda dan mama diam membisu.

“Bila Pak Long dan Mak Long balik JB, ma?” Soal Farriel memecah kesunyian.

“Tengah hari tadi.”

“Ihsan balik sekali?” Soalnya lagi. Sepupunya itu memang dah lama ‘dingin’ dengannya. Kalo bercakap pun sekadar perlu aje. Dia tak ada menyimpan dendam pada Ihsan. Kalo ada bergaduh pun, masa kecik-kecik dulu. Budak-budak, adapt la bergaduh dan berbaik semula tu. Tapi dia memang tak menyimpan dendam langsung pada Ihsan walaupun Ihsan saingan terdekatnya untuk merebut jawatan CEO.

“Fasal Ihsan tu, mama tak pasti. Lepas sarapan tadi, dia terus hilang entah ke mana. Budak tu mana penah lekat di rumah!”

Suasana sepi kembali. Farriel kerling jam di tangan. Pukul 6.56 petang. Mana pulak la minah ni pergi? Mintak-mintak la dia tak cabut lari. Apa aku nak jawab kat famili aku kalo AD hilang ghaib terus? Walhal baru sehari usia perkahwinan aku…

“Ish…! Nenda tak boleh tunggu lagi dah. Nenda nak report polis. Biar polis aje cari si Rianna tu!”

“Eh, jangan la, ma… Kejap lagi balik la dia tu!” Bantah Tengku Khalidah.

“Entah, nenda ni… Tak sampai 48 jam pun lagi dia hilang. Entah-entah dia tengah seronok dengan kawan-kawan dia. Kita aje risau tak tentu arah kat sini!” Tambah Farriel.

“Dunia sekarang ni dah tak selamat lagi. Hari-hari ada kes bunuh, kes ragut la, rogol la… Nenda takut sesuatu jadi pada Rianna. Kita mana tau!”

Dan ketika itu la…

“Assalamualaikum…”

Ihsan pulang menyelesaikan persoalan ‘di mana Adrianna’ yang ada dalam kepala kami. Namun kepulangan Ihsan dan Adrianna itu juga menimbulkan persoalan baru di fikiran kami. Macam mana Adrianna boleh bersama-sama Ihsan? The main thing is, kenapa Adrianna berada dalam pelukan Ihsan?

Farriel tercengang melihat Ihsan yang kemas mencempung tubuh Adrianna.

Wednesday, May 27, 2009

ad+iz Part 4

Tepat 6.20 pagi, aku terjaga dari tido. Itupun sebab jam di sisi katil berbunyi. Entah sapa yang kunci jam tu, aku sendiri tak pasti. Yang pastinya, Farriel tak ada dalam bilik tu. Aku lap air liur yang meleleh di tepi mulut. Bila masa aku terlelap? Benda last yang aku ingat, aku dengan Farriel tengah ‘berdebat’ fasal isi-isi perjanjian perkahwinan kami.

Tangan dan kaki aku luruskan. Hampir sejam tido menongkat dagu di sofa membuatkan kaki dan tanganku ‘semut-semut’. Menyerigai aku tahan sakit. Aku pandang ke bawah. Masih lengkap berbaju pengantin. Badan yang melekit membuatkan aku rasa tak selesa. Aku selongkar almari baju. Hehe… Wat aje macam rumah sendiri! Nampak tuala, terus aku sambar. Baju yang kupakai semasa datang ke sini semalam, aku ambil. Shower time! Lepas pastikan pintu bilik air tak boleh dibuka dari luar dan tak ada kamera tersembunyi, baru la aku confident nak mandi.

Siap mandi, aku jenguk kepala ke luar. Masih tiada orang. Fuh! Selamat… Sampai di katil, aku nampak baju, seluar track bottom, tudung dan sepasang telekung atas katil. Sejadah mengadap kiblat pun dah siap terbentang atas lantai. Hmm… Mungkin Kak Nani! Tanpa berlengah, aku masuk bilik air balik. Tukar baju.

Selesai solat Subuh, aku berteleku sebentar atas sejadah. ‘Bercakap’ dengan Penciptaku. Usai berdoa, aku turun ke tingkat bawah. Tiada sesiapa kelihatan. Satu-satunya ruang yang ‘hidup’ adalah bahagian dapur.

“Assalamualaikum…”

Seisi dapur menoleh ke arahku. Salamku disambut oleh empat orang pembantu di situ. Kak Nani menghampiriku.

“Awalnya puan bangun. Ada apa-apa yang puan nak?” Soalnya.

“Ape akak ni? Ber’puan-puan’ pulak. Panggil Adry dah la. Akak dengan yang lain-lain ni nak masak ape? Adry tolong, ek!”

Aku terus duduk di meja. Pisau bawang kucapai.

“Eh, jangan la. Nanti kalo puan besar tau mesti dia marah.” Ujarnya takut-takut. Puan besar tu kira nenda la kot.

“Tak pe. Kalo ‘puan besar’ tu marah, nanti saya slow talk dengan dia. Ha.. Lupa nak cakap, terima kasih ye kak sebab bagi pinjam baju dan telekung…”

Kak Nani nampak seperti terpinga-pinga. Biasa la… Orang baik dan lembut macam dia ni memang bukan jenis yang suka mengharapkan balasan.

“Eh, apa pulak berterima kasih dengan akak… Bukan akak…”

Ha! Tengok… Masih nak nafikan.

“Tak usah nak malu-malu la, kak. Jom, saya tolong akak-akak ni semua masak!”

Walaupun berkali-kali aku dihalau supaya keluar dari dapur, tapi aku tetap berkeras untuk membantu. Kalo aku duduk memerap dalam bilik pun, bukan aku dapat apa-apa. Lebih baik duduk dapur. Dapat jugak ‘cuit-cuit’ makanan yang ada. Lapar!

@~@~@~@~

Tepat jam 8 pagi, barulah seisi keluarga Nenda Nerrisa turun ke meja makan. Agaknya kalo tak fikir perut lapar, masing-masing lebih suka mengular atas katil. Astagfirullahalazim… Mengumpat orang pulak pagi-pagi buta ni!

Nenda Nerrisa, Tengku Faris dan Tengku Khalidah iaitu mama papa Farriel, Farriel, Tengku Makmur dan Tengku Muhainis iaitu pak long dan mak long Farriel, Tengku Ihsan a.k.a Mr. Charity, Tengku Murni Hadirah a.k.a tuan puteri cengeng yang menangis sepanjang malam tadi a.k.a adik Tengku Ihsan, dan Tengku Yuhana Ayumi iaitu adik bongsu Farriel, mula mengambil tempat masing-masing. Aku lebih senang membantu Kak Nani dan yang lain-lain menghidangkan makanan. Macam kekok aje nak join diorang.

“Rianna, napa kamu pulak buat keje diorang... Mari kita makan sama-sama! Hana, kamu anjak ke tepi. Bagi Rianna duduk sebelah Aril…” Arah nenda.

Aku cuma boleh mengangguk. Sempat aku pandang mata-mata yang mengerlingku. Hana tersenyum ke arahku. Tanpa banyak bicara, dia patuh dengan arahan nenda, mengosongkan kerusi di sebelah Farriel.

Farriel tarik kerusi untukku. Alahai, romantik la pulak laki aku pagi nih!

“Behave yourself!” Sempat dia berpesan masa aku nak letak punggung.

Huh! Romantik ada makna rupanya. Aku maintain senyum.

“Macam mana tido malam tadi, Rianna? Okey?” Soal nenda.

Isk… Nenda ni, aku dah cakap suruh panggil Adry aje semalam. Tapi dia nak gak panggil aku Rianna. Tak tergeliat ke lidah dia nak sebut nama aku tu? Aku pulak tak biasa kena panggil dengan nama tu!

“Macam mana apa, nenda?” Soalku dalam pada menyambut mangkuk berisi mihun yang dihulurkan oleh nenda.

Hana dan nenda berdehem-dehem sesama sendiri. Siap gelak-gelak lagi. Tak kan tekak kering serentak kot? Air oren se’jug’ atas meja tu minum la. Pembantu rumah yang tengah hidangkan sarapan tersenyum-senyum. Apahal?

“Tak ada apa-apa la... Bengkak mata kamu. Mata Aril pun bengkak. Korang tak tido ke semalam?” Ujar nenda bila tawanya tinggal sisa.

“Mana boleh tido, nenda! Busy…” Jawab Farriel pantas. Farriel tersengih gatal memandangku. Jap…! Dia jawab apa tadi? Ghau! Darah naik ke pipiku.

“Ta… Tak, nenda! Bukan macam tu. Tak busy pun… Aaa…”

Nenda dan Hana mengulum senyum. Mr. Charity a.k.a Ihsan. Join gelak. Tapi gelak dia ni lain macam sket la…

“Sikit sangat kamu makan, Aril? On diet ke?” Nenda mengalih tajuk bicara.

“Ha’ah, nenda… Malam tadi ada ‘orang’ tu kutuk badan Aril... Katanya Aril gemuk sangat. Terpaksa la buang sket lemak-lemak berlebihan kat badan ni…” Menyindir aku la tu! Padahal dia dulu yang minta merepek-repek kat aku… Suruh sambung belajar konon!

Nenda tersenyum. Dia mula beralih pada kedua-dua anak lelakinya, Tengku Makmur dan Tengku Faris. Bertanyakan hal-hal mengenai syarikat. Hana pula sibuk bertanyakan Ihsan berkenaan fesyen terbaru di New York. Khabarnya Ihsan baru pulang dari sana; melancong dengan kawan-kawan. Tengku Murni lebih senang melayan perasaan.

Kaki Farriel aku tendang kuat. Farriel mengaduh. Kepala dikalih padaku.

‘Apa hal?’ Soalnya tanpa mengeluarkan suara. Cuma mulut yang berkumat-kamit.

‘Kok iye nak berlakon pun, tak payah la OVER!’

‘Rileks la… Couple bahagia, kan?’

‘Over-acting!’

“Kata Nani, kamu yang masak mihun ni. Betul ke, Rianna?” Soal nenda. Perhatiannya kembali padaku.

“Iye, nenda! Saya main ‘lebur’kan aje dalam kuali. Napa? Tak sedap ke, nenda?” Aku sudu mihu ke mulut. Dah secukup rasa dah ni. Tak kena ke dengan tekak nenda?

“Sedap sangat... Kalah tukang masak rumah ni. Tak sangka kamu pandai masak. Dengarnya kamu ni pramugari. Ada juga masa kamu nak praktis masak ye…!” Balas nenda lembut. Mihun dikaut lagi ke dalam pinggan. Ini kali kedua dia menambah.

“Oo… Betul la tu! Saya memang suka masak. Dalam kapal terbang pun saya yang masak…” Jawabku riang. Senyum tak lekang-lekang di bibir. Senyum berbayar nih…

Farriel siku tangan. Mujur sudu tak tersua ke hidung.

‘Apa?’

Farriel ketap gigi.

“Adry ni memang suka bergurau, nenda! Kadang-kadang dia cakap dulu, baru fikir.” Kata Farriel dalam nada seloroh. Bahuku ditepuknya kuat. Nenda senyum. Matanya beralih pada Ihsan pula.

“Ihsan, kamu bila lagi nak kawin? Umur pun dah nak masuk 28 tahun. Dah terlebih layak kawin dah!”

“Apa kelas kawin awal, nenda? Hidup ni sekali aje, kena la enjoy puas-puas!” Sambut Ihsan.

“Enjoy aje la keje kamu. Ni… Sampai bila kamu nak duduk US tu? Ke kamu nak sambung PhD pulak kat US tu? Bertahun-tahun dok sana, perangai kamu pun dah macam orang sana. Tengok, warna rambut pun dah ‘berkarat’!”

Ihsan tersengih sambil garu kepala.

“Biar la, ma… Dia nak keje kat sana dulu. Nak cari pengalaman…” Tengku Makmur ‘backing’ anak dia.

“Cari pengalaman keje tak pe. Mama takut dia cari pengalaman lain aje…!”

Masing-masing diam. Malas nak berbalah dengan nenda. Sebelum masing-masing selesai makan, nenda menyesakkan ruang rongga aku sekali lagi.

“Khalidah, Muhainis, panggil semua ahli keluarga kita. Mama nak bincang fasal kenduri kawin si Aril ni. Dah la kawin koboi, tak kan tak nak wat kenduri pulak. Nanti orang kata kita lupa adat pulak. Rianna, Aril, kamu sediakan nama jemputan. Rianna, jangan lupa jemput keluarga dan kawan-kawan kamu. Nenda teringin nak kenal mereka.”

“Baik, mama!”

“Baik, nenda!”

@~@~@~@~

“Hai!” Sapa Ihsan sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.

Keretanya dah diberhentikan di bahu jalan. Berdekatan dengan tempat aku berdiri. Aku wat tak pandang. Mata tak lepas dari memandang jalan raya. Aik, tak kan tak de sebuah teksi pun lalu kat sini? Bas tak payah harap la. Mana ada orang nak naik bas kat kawasan perumahan mewah macam ni.

“You nak pergi mana? Jogging?” Sindirnya dalam tawa. Tau la aku pakai track bottom. Tak payah la perli. Ni satu aje baju yang ada. Nama kata dah kawin ekspres. Mana la ada preparation apa-apa. Tu pun nasib Kak Nani bagi pinjam baju ni. Kalo tak, aku pakai aje baju semalam, alamatnya pengsan la ko dan yang lain-lain tadi.

“Okey! Sorry! Saya minta maaf. Saya tak mengusik awak lagi!”

Aku wat tak dengar. Mana teksi ni? Mogok ke driver teksi hari ni? Ke abis rosak ke semua teksi kat kawasan ni?

“Adrianna, saya minta maaf. Boleh tak awak maafkan saya?” Rayu Ihsan. Bila tengok muka 1 sen Ihsan, aku jadi tak sanggup nak wat perang dingin.

“Boleh… Tapi dengan satu syarat. Saya tak nak awak buat macam malam tadi lagi…”

“Wat ape?” Pintasnya sebelum aku meneruskan kata.

“Yang kat belakang pasu tu!”

“Ooo… Yang tu! Okey… Okey! So, awak nak pergi mana ni? Jom saya hantarkan. Kawasan rumah nenda ni memang susah nak dapat teksi.”

“Boleh ke?”

“Boleh sangat-sangat! Saya bukan ada keje pun. Jom la…”

Pintu di sebelah pemandu kubuka. Sebenarnya, aku malu nak berhadapan dengan Ihsan lagi. Nak-nak lagi lepas kejadian malam tadi. Dan kejadian di KLIA. Sampai sekarang aku masih gagal mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kejadian itu. Dan aku takut gak kalo ‘rahsia’ aku dengan Farriel pecah. Tapi dah nak sejam aku terpacak kat hujung simpang rumah nenda ni, terpaksa jugak la aku terima pelawaan Ihsan. Tambahan pulak aku ada urusan yang perlu diselesaikan.

“Nak pergi mana?”

Setelah kutujukkan arah, masing-masing diam. Aku tak berani cite ape-ape. Takut terlepas cakap. Tapi, Ihsan ni kan Mr. Charity. Secara tak langsung dia dah tau sikit-sikit tentang ‘rahsia’ kami. Cuma tak ada hitam putih dari aku dan Farriel aje.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, boleh tak awak rahsiakan apa yang awak dah tau?”

“Fasal awak berlakon jadi awek Aril atau tentang kawin kontrak korang?” Soalnya bersahaja. Mata masih tetap memandang jalan raya.

“Semuanya. Saya tak nak benda ni kecoh!”

“Huh! Memang dah kecoh dah pun. Awak tau tak yang awak jadi topik utama dalam majlis malam tadi…”

“Ye ke? Napa jadi gitu pulak?” Soalku. Teruja nak tau apa yang dibualkan oleh keluarga kerabat itu.

“Okey. Firstly, awak perlu tau Tengku Farriel Izumi yang awak kahwini malam tadi adalah calon utama untuk jawatan CEO Izumi Corporation selepas Tengku Faris bersara kelak. He’s perfect! Dia ada education bagus, perangai pun okey, plus dia cucu kesayangan nenda. Tapi, perkahwinan awak dan Aril semalam dah wat sedara-mara kami, merangkap Board of Director (BOD) Izumi Corporation hilang keyakinan terhadap kredibiliti Aril…”

“Apasal pulak?” Segera ku pintas ayat Ihsan.

“You pernah dengar tak orang kata; terdapat seorang wanita di belakang kejayaan setiap lelaki. Dalam kes ni, kejayaan Aril menerajui Izumi Corporation sedikit sebanyak bergantung pada awak. BOD langsung tak yakin awak boleh membawa apa-apa kebaikan pada company bila tengok awak punya…”

“…Pendidikan? Personaliti? Gaya penampilan? Background?” Pintasku lagi.

“Mmm… Lebih kurang la! Awak jangan amik hati pulak. Bagi mereka, kalo pilih isteri pun Aril dah failed, macam mana nak deal dengan clients esok-lusa…”

Aku pejam mata seketika. Timbul pertanyaan lain dalam benakku.

“Napa Aril perlu jadi CEO? Napa bukan orang lain?”

“CEO mesti dilantik di kalangan keluarga kami sebab kami pemegang saham terbesar dalam company, selepas companies kami merge. Saham nenda, pakcik makcik saya, sepupu-sepupu, Aril dan saya mewakili 60 peratus saham syarikat. CEO biasanya disandang ikut seniority.”

“Okey… Kalo gitu, napa papa awak tak jadi CEO? Dan napa awak tak jadi calon utama CEO? Bukan ke awak cucu pertama nenda?”

Ihsan tersengih. Sedaya upaya dia cuba mengelak dari pandangan mataku. Aik, ada nak sorok sesuatu ke?

“Papa saya ada syarikat lain dan ada problem sket dengan nenda kot. So, dia passed down jawatan tu pada pak ngah. Saya pulak dah hilang ‘kelayakan’ untuk pegang jawatan tu…”

“Napa pulak jadi gitu?”

“Rahsia!” Ihsan senyum menggoda ke arahku. Isk, kalo tak kuat iman boleh cair ni! Playboy diraja betul…

“Dan kenapa hubungan dengan Aril macam ‘tegang’ aje?”

“Aaa… Awak ni peka jugak, ek? Dalam satu malam awak boleh tau. Even some of our relatives tak perasan ‘benda’ ni.”

“Well, tengok kaki la!” Aku bukan buta hati masalahnya. Tengok gaya pun dah tau.

“Hahaha…! Funny… Well, saya dan Aril bersaing dalam banyak perkara. And most of the times, he get whatever he wants. Termasuk la ‘benda’ yang saya paling nak dalam dunia ni!”

“Benda apa?”

“Macam mana nak cakap, ek? Actually, the ‘thing’ is a person. And that person was a ‘she’… It’s an old story! Tak payah sebut lagi la…”

“Ooo… Ni kes berebut sorang pompuan la ni ek?”

“Lebih kurang la…”

“Then, apa lagi yang saya patut tau?” Soalku.

“Saya kenal Marina Irriani tu!”

“What?! Tapi Aril kata dia tak pernah bawak Marina jumpa dengan famili.” Penipu punya Farriel!

“Well, kami tak kenal secara rasmi. Saya pernah terserempak dengan diorang masa diorang dating. Sebab tu la dengan confidentnya saya kata awak bukan awek Aril. Lagipun saya ada kat KLIA semalam kan… So, saya tau la Aril kejar sapa dan awak kejar sapa.”

“Ooo…” Punyalah nak sorok, walhal dia dah tau cite sebenar. Lega sket rasa. Sekurang-kurangnya, tak payah la aku berbohong kalo berdepan dengan Ihsan ni.

“Bila dah tau kebenarannya, adakah awak akan bocorkan rahsia kami pada nenda dan yang lain-lain?” Mulut aku tak mampu nak gelak biarpun soalan yang aku ajukan tu skema ala-ala zaman sekolah dulu. Takut nak dengar jawapan Ihsan.

“Saya mungkin busybody, tapi saya bukan peruntuh rumahtangga orang. Not yet, so far. Okey, kita dah sampai!”

Punyalah rancak berborak, sampai tak sedar dah sampai ke tempat yang dituju. Wajah Ihsan yang ‘kerchak’ a.k.a kacak aku pandang. Ihsan tersenyum. Alahai… Aku tak tau la berapa banyak pompuan dah masuk hospital gara-gara senyuman Ihsan ni. Manis tahap kencing manis!

“Thanks… Susahkan awak aje. Anyway, thanks and sorry fasal kejadian kat KLIA tu! I was rude and out-of-manner. Tentang duit tu, nanti saya bayar.”

“It’s okey. Tak payah bayar. Kita pun dah jadi famili.”

Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi. Pintu kereta ku tutup. Belum sempat melangkah, Ihsan memanggil namaku. Cermin tingkap diturunkan.

“Nice chat with you. Kalo you ada problem ke or what-so-ever, feel free to call me. I will be glad to serve you in anyway you want…”

Aku tersentak dengan kata-katanya. Aku ni tak la pandai sangat BI. Tapi kalo ikut pemahaman aku, dia ni macam try nak berbaik-baik dengan aku. Dan ayat last dia tu… Is he trying to flirt with me? Nooo… Dengan berat hati, kad nama yang dihulurkan aku sambut. Ape-ape je la…

Sunday, May 24, 2009

ad+iz Part 3

AD… Dah lama giler tak jumpa dengan dia. Kali terakhir kami jumpa, masa last day kat sekolah. Satu hari yang aku sendiri tak nak simpan dalam kotak memori. Hari ‘bodoh’ aku. Hmm… Sapa sangka, lepas 8 tahun, kami jumpa lagi. Tapi kali ni lain pula peranan yang kami pegang. Bukan senior dan junior lagi. Tapi suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Aku langsung tak pernah terfikir nak berkongsi apapun dengannya. Nak-nak lagi lepas apa yang jadi masa kat sekolah dulu. Ironinya sekarang, kami terpaksa berkongsi hidup pula.

Demi Allah, masa mula-mula jumpa, aku langsung tak kenal AD. Tudung kepala yang dipakainya benar-benar mengubah penampilan AD. Tak macam zaman sekolah dulu. Tomboy. Rambutnya dipotong pendek. Perlakuan dan bicaranya pun kasar. Masa lafaz akad nikah, time sebut nama pengantin perempuan tu, masa tu la aku baru sedar yang Adrianna Mayesa tu adalah AD. Nama pelik macam AD tu, sapa pun akan ingat. Nak-nak lagi, dia ‘musuh’ aku dulu.

Dalam berfikir-fikir tu, Farriel sampai juga ke halaman rumah. Di situ, berdiri seorang gadis cantik yang tampak ayu berkebaya. Pukul 3 pagi berkebaya? Salute!

“Saya Lisa, kawan Marina. I am supposed to be your ‘girlfriend’.” Dia memperkenalkan diri.

Hmm… Kalo yang ni, aku percaya la boleh jadi ‘balachi’ si Marina tu. AD memang out of list. Langsung tak ada ciri-ciri nak jadi menantu kerabat; walaupun bau-bau bacang aje. Jap! Abis tu, AD tu sapa? Macam mana dia boleh… Oh my God! Maknanya, AD memang tak tahu menahu fasal rancangan bodoh Marina ni. She’s innocent!

“Mana Marina?”

Lisa mula gelisah bila Farriel menyoalnya seperti seorang pesalah.

“I tak tau. Last dia called dan jumpa I pagi semalam. Dia menangis. Dia cakap dia perlu pergi ke satu tempat untuk tenangkan diri. Then, dia suruh I ‘ganti’ tempat dia, jumpa parents you. And she paid me for some amount of money…”

“Yeah. I know that ‘part’… Agreement, money, bla bla bla…”

Farriel lepaskan keluhan. Tenangkan diri? Perlu ke nak tenangkan diri? Patutnya dia terlompat-lompat gembira. Selepas tiga tahun bercinta, pakwe ajak kawin, berkenalan dengan bakal mak ayah mertua, bukankah dia patut gembira? Ini dibuatnya macam game police sentry; kejar dan tangkap. Yang menambahkan bengkak di hati, dia boleh suruh orang lain gantikan tempat dia. Hilang akal ape?

“Tengku Farriel, I cari you kat Hotel Kris Mas… I tak tau pulak majlis you all tukar tempat. So, what am I suppose to do now? Meet your parents now?”

Ish, jangan la sangat! Dah tidur agaknya orang tua tu. Pompuan ni tak tahu tengok jam apa?

Lisa nampak teruja dengan ‘watak’ yang diberikan. Farriel melemparkan pandangan ke segenap halaman. Mujur halaman rumahnya yang sebesar ¾ padang bola sepak dah lengang. Cuma tinggal dua tiga orang pekerja rumah aje. Caterer, orang pasang khemah, saudara-mara, sepupu-sepapat semuanya dah balik. Yang tinggal pun dah masuk rumah. Tengah syok tido atas katil agaknya. Jadi agak mudah untuk dia berbicara dengan Lisa.

“Actually, last minute kami tukar tempat. Apapun, ‘khidmat’ awak dah tak diperlukan lagi!”

Lisa terkejut mendengar kata-kata Farriel.

“Excuse me? Napa? Sebab I datang lewat? Kalo itu, I minta maaf la. Tak de sesiapa bagitau I. I cuma berpandukan maklumat yang Marina bagi aje!”

Farriel mengurut-ngurut pelipis mata. Rasa mengantuk mula mengasak mata.

“Bukan macam tu! Ada orang dah amik tempat you tu. In fact, gadis tu dah jadi isteri I pun tiga jam lepas!”

“What?”

Bagai nak terjojol biji mata Lisa. Ala… Tak payah la rasa terkejut sampai macam tu sangat. Aku yang kena kawin mengejut. Bukan ko… Sakit kepala fikir. Kawin. Tak pernah terfikir pun nak kawin dalam masa terdekat ni. Memang la rancang nak kawin tahun ni. Tapi dengan Marina. Bukan AD! Ya Allah, apa yang Kau cuba tunjukkan pada hambaMu ni?

Ahh…! Marina... Kenapa ko buat aku macam ni? Naik sasau aku dibuatnya.

“So, macam mana sekarang?” Soal Lisa. Ada riak terkilan di wajahnya.

Laa… Apsal slow sangat CPU kepala dia proses maklumat?

“Kira cancel la job awak tu. Balik rumah and enjoy the money! Kalo Marina tanya, awak cakap aje awak dah buat seperti yang disuruh. End of story. Okey, good night…”

Lisa masih terpinga-pinga di tengah laman. Farriel atur langkah ke dalam rumah. Lepas satu, satu. Lepas ni entah apa pulak lagi, getus hatinya. Saat itulah dia terdengar suara Ihsan dan AD di sebalik pasu besar dari China.

@~@~@~@~

“Saya tau awak bukan girlfriend Aril…!”

Mulut yang ternganga cepat-cepat aku tekup. Senyuman Mr. Charity dah berubah bentuk. Sinis dan penuh misteri. Sapa Mr. Charity ni ek? Adik-beradik Farriel ke? Kalo tengok muka, ada rupa sket. Masa makan tadi pun dia duduk kat meja utama. Mesti someone yang rapat dengan Farriel ni.

Kedua-dua belah tangan Mr. Charity dah melekap ke dinding. Mengepung tubuhku supaya tidak lolos darinya. Ah, sudah! Rileks, Adry… Dia wat gimik je tu… Saja nak gurau-gurau. Biasa la, sedara-mara kan… Kalo tunjuk muka takut, lagi galak dia mengusik nanti. Cool, bebeh!

“Perlu ke saya wat any declaration depan awak, Mr. Charity? Like I said before, I don’t know you. I don’t even know your name!” Sindirku dalam keadaan separuh berani.

“Ooo… Sorry! I ingat you dah kenal I. Hi, I’m Tengku Ihsan Nur Qayyum… Awak boleh panggil saya Ihsan. Saya abang sepupu Aril...”

Patut la busybody semacam… Aku hampir terlepas pandang kenyitan nakal dari matanya. Maklumlah, pencahayaan kat sini memang teruk.

“Back to the topic, awak cuma berlakon sebagai girlfriend Aril, kan? Entah-entah kawin tadi pun, kawin kontrak…” Serkap jarangnya memang bertempat. Aku cuba berlagak tenang.

“Napa awak cakap macam tu? Saya punyalah cinta kat sepupu awak tu… Sampai sanggup kawin mengejut tau!”

Dia senyum lagi. Aku segera kalih muka ke kiri, mengelak bila mukanya dirapatkan ke mukaku. Eii… Nak cakap, cakap aje la! Perlu ke sampai nak bersentuh pipi?

“Sebab awak bukan girl yang dia kejar kat KLIA tadi. Nasib baik flight saya delay. Kalo tak, mesti saya pun tertipu macam orang lain!”

Aku tepuk dahi. Dah tentu dia tau. Dia Mr. Charity! Dia nampak aku kejar Miss Karen sampai terlanggar dia. Dan Farriel… Farriel pulak kejar awek dia yang cun tu… Nak goreng apa lagi ni?

“Sayang, kat sini rupanya awak… Puas I cari kat bilik!”

Ahh… Itu dia! Suara ‘penyelamat’! Buat pertama kalinya aku bersyukur Farriel ada di hadapanku. Aku meloloskan diri dari Ihsan dan mengambil tempat di belakang badan Farriel. Tangan Farriel melingkar di bahuku. Merapatkan tubuhku ke tubuhnya. Aku wat-wat batuk. Kot-kot la dia teringat yang aku ni berlakon aje jadi isteri dia. Bukan betul-betul. Haram dia nak dengar. Ish… Kuatnya bau minyak wangi. Naik sesak pulak nafas aku bau…

Farriel dan Ihsan. Masing-masing diam, cuma beradu mata. Macam ada ‘cite’ aje antara diorang ni…

“Ihsan, kot iye ko nak ber’ramah-mesra’ dengan isteri aku pun, tengok-tengok la masa. Lain kali, okey?” Senada aje bunyi suara Farriel.

Ihsan angkat dua-dua belah tangan. Tanda surrender. Matanya tepat memandangku. Pandangan ‘tak sabar nak korek rahsia awak’ betul-betul merimaskan aku. Senyuman diberikan. Bukan pada Farriel. Tapi pada aku.

“Okey, dear… Lain kali kite sambung chit-chat kite. Have a ‘gud nite’!”

Mata dikenyitkan sebelum berlalu pergi. Farriel angkat tangan dari bahuku. Aku pantas menjarakkan diri.

“Bini orang pun dia nak ‘ayat’!” Rungutnya. Anak matanya terus mengekori Ihsan sehingga Ihsan berlalu ke tingkat atas.

Matanya kembali singgah ke wajahku. Masam.

“NAIK BILIK!”

Woi… Tempias la!

@~@~@~@~

4.30 pagi.

Seingat aku, inilah malam yang paling panjang dalam hidup aku. Suasana banglo dah senyap sunyi. Kalo ada syiling jatuh, gerenti aku boleh dengar punya. Cuma suara Farriel yang kedengaran sekarang. Membebel gara-gara tindakan aku yang nak cabut lari tadi.

Kelopak mata aku tongkat dengan jari telunjuk. Badan aku pun dah mintak nyawa dah dek keletihan. Pagi siapkan tempahan baju yang berlambak. Maklumlah, tak lama lagi cuti sekolah. Cuti sekolah bermakna ramai orang wat kenduri kawin. Bukan pengantin aje nak bergaya. Mak ayah pengantin, adik-beradik pengantin, makcik pakcik, datuk nenek, anak buah, anak sedara, kawan-kawan, jiran sekampung pengantin pun nak gak melaram masa kenduri kawin tu. Kalo aku tokei butik, memang la aku suka. Orang datang bawak duit. Tapi aku ni kuli aje. Memang la aku suka menjahit, sulam-sulam ni semua. Bakat yang tak pernah aku terfikir aku miliki. Tapi bila dah berlambak-lambak, tengok aje pun dah tak lalu.

Letih-letih menjahit, aku kena pulak berkejar ke KLIA. Menghantar baju fashion show. Pastu, berkejar pulak ke banglo mewah ni. Cite baru pulak mula. Aku disangka awek si Farriel gemok ni! Last-last kena kawin paksa-rela dengan dia pulak. Huwargh…! Kalo kurus, hensem, mulut tak menyakitkan hati tak pe la gak. Ini tak!

Senior Farriel ni memang dari dulu tak sebulu dengan aku. Dia macam ada simpan dendam kat aku. Dia benci tengok aku. Masa sekolah dulu pun macam-macam dia cuba buat kat aku. Dengan harapan, aku dibuang sekolah. Mujur nasib baik selalu menyebelahi aku. Yang peliknya, aku tak pernah wat apa-apapun kat dia. Tapi, apsal dia benci sangat dengan aku??

Aku ingat, bila dah abis sekolah, abis la penderitaan aku dengan dia. Tak tau pulak lepas 8 tahun aku boleh jumpa dia balik dan sambung balik penderitaan aku ni…. Apalah malang sangat nasib aku ni…

Sekarang ni pun dia tengah mendera aku. Tak dibaginya aku tido. Aku ni dah mengantuk tahap cipan dah ni! Kalo disorong bantal, gerenti lelap punyalah mata aku ni. Lupa semua benda. Tapi, bila teringat ada Farriel, rasa tak selera pulak nak tido. Jadi takut pulak. Tak pernah seumur hidup aku berdua-duaan dengan lelaki. Dalam bilik pengantin pulak tu. Ei, selisih malaikat 44!

“Ko tak kisah kan kalo aku cakap kasar dengan ko? Kite bukan tak biasa bercakap dulu, kan…” Soalnya bersahaja. Kata ganti nama diri yang digunakan dah bertukar. Bukan ‘saya-awak’ lagi.

Aku angkat bahu. Haah… Memang kite biasa bercakap pun. Tapi tak tau la cara kite bercakap tu boleh diklasifikasikan bercakap atau bertekak. Paling habis baik pun, dalam nada menyindir.

“Aku nak kite adakan perjanjian.”

Perjanjian lagi? Seumur hidup aku ni, aku memang kena terikat dalam perjanjian aje ke? Jadi fobia pulak dengar perkataan perjanjian ni!

“Suka hati ko la…”

Tak larat aku nak melayan. Apa dia cakap, aku angguk aje. Ala… Cliché la syarat-syarat perjanjian ni! Adat la kan orang kawin kontrak ni. Balik-balik itu-itu aje syarat yang dikenakan. Semuanya sama macam dalam novel dan cite yang aku tengok. Semuanya memang aku boleh jangka. Tapi satu syarat ni memang pelik sket.

“Aku nak ko improve kan gaya penampilan, cara percakapan ko dan pengetahun ko!”

“Woi! Apa, ko ingat aku ni buruk sangat ke? Bebal sangat ke?” Buntang biji mata aku balik. Underestimate orang sesuka hati. Macam bagus aje dia ni!

“Bukan! Masalahnya, gaya ko langsung tak menyakinkan aku, apatah lagi diorang. Marina Irriani, seorang pramugari. Dia penah keje dan tinggal kat US selama 5 tahun. Ko tengok gaya ko. Langsung tak macam dia. So, untuk jadi dia, ko kena la improve diri ko…”

“Ko kata ko tak cite banyak fasal Marina Irriani ni kat famili ko. So, ada ape masalah? Tak payah la kalut tak tentu fasal!”

Farriel meraup wajahnya untuk kesekian kalinya.

“Lebih baik kita prepare for the worst things, kan… Lagipun, ramai orang dalam famili aku ni nak tengok aku ‘jatuh’.”

“Yaa… Yaa… Yaa… Ape-ape je la. So, aku kena buat ape?” Tudung kepala aku garu kasar.

“Nanti aku fikir macam mana nak improve that ‘part’. One more thing, aku nak ko belajar balik.”

“Huh?” Aku buat muka beruk.

“Ko belajar sampai mana? SPM?STPM aje, kan?”

“STPM. Mana ko tau?”

“Huh… Tengok gaya aje pun tau!”

Ei… Nasib dia jauh dari aku. Kalo tak, lepas gak sedas dua penumbuk.

“Aku nak ko sambung belajar. Paling kurang ada ijazah.”

“HELLO… Ko sibuk-sibuk suruh aku wat itu-ini ni, macam la aku nak jadi bini ko untuk SEUMUR hidup! Kontrak perkahwinan ni tamat bila Marina ko tu balik pada ko, kan… Aku rasa tak payah la kot… Malas la nak belajar. Otak dah berabuk!”

“Nop! Ko kena sambung belajar jugak. FULL STOP. No more objection!” Katanya seraya mengoyang-goyangkan jari telunjuk.

“Okey! Kalo macam tu, aku ada syarat untuk ko jugak!”

“Ape?”

“Ko kena kuruskan badan ko. Aku nak badan ko saiz M aje. Bukan XXL, okey?”

Dia ingat dia sorang aje boleh letak syarat merepek? Jadi isteri kontrak dengan belajar, ada kene-mengena ke?

“Apa kena mengena dengan badan aku pulak ni…” Tingkah Farriel. Tak puas hati la tu!

“Tak setuju tak pe!”

“Badan kurus ke gemuk ke ape kena-mengena dengan ko?”

“Tak setuju tak pe! Aku pun tak nak sambung belajar!” Sengaja aku lagukan kata-kata tu. Biar dia naik geram.

“Ko ingat orang gemuk ni tak de orang suka ke? Berderet nak kat aku tau tak?”

“Tak setuju tak pe! Aku pun tak nak ubah gaya.”

“Tak setuju tak pe! Aku pun tak nak improve knowledge aku.”

“Okey! Okey! Okey! Aku akan kuruskan badan…” Akhirnya Farriel mengalah jugak.

“YES!!! Deal!”

Thursday, May 21, 2009

Sepi

Bisikku pada bulan
Kembalikan…
Temanku…
Kekasihku…
Syurgaku…

Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku...

Bulan,
Jangan biar siang…
Biar alam ini kelam…
Biar ia sepi…
Sepertiku…

* Petikan sajak dalam filem ‘Sepi’

Monday, May 18, 2009

Mari Bergelak Ketawa!

Laju

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan. Dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.

Maka polis trafik pun berfikir, “Tak bole jadi ni…lambat dari kura-kura…sangat bahaya bagi pemandu yang lain.”

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapatinya terdapat 5 orang wanita – 2 wanita di depan dan 3 duduk di belakang. mata kesemuanya terbeliak dan menggigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya, “Apa kesalahan saya tuan? Saya tidak melebihi had laju. Kenapa ditahan?”

“Makcik, makcik bukan melebihi had laju tapi memandu lambat daripada had laju. Ini boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta lain.” Jelas polis trafik.

“Lambat dari had laju?” Wanita itu berasa hairan.

“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan anda… [JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum menyindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukannya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan tersebut.

“Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan. Adakah kesemua penumpang di kereta makcik sihat? Nampaknya akcik-makcik yang lain macam menggigil ketakutan dan muka pucat.” Tanya polis trafik itu.

“Oh… Jangan bimbang. Mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. kerana kami baru saja menuruni [JALAN BUKIT BINTANG 309].”

Sapa lagi pandai?

Presiden Bush, Collin Powel, seorang tua dan seorang budak sekolah sedang menaiki sebuah kapal terbang peribadi. Tetiba enjin kapal terbang tu tak berfungsi dan pilot itu menjerit, “Kapal terbang nak terhempas! Kita cuma ada 4 payung terjun. Tak cukup untuk kita yang lima orang ni. Oleh sebab aku ni pilot berjasa, aku akan amik satu paying terjun.” Pilot t uterus melompat keluar dari kapal terbang dengan paying terjun.

Collin Powel terus amik satu lagi ayung terjun sambil berkata, “Aku ni bakal presiden Amerika. Rakyat nak aku selamat jadi aku kena chow dulu! Bub bye geng…!” Dia pun melompat keluar.

Kemudian Presiden Bush datang amik satu lagi paying terjun sambil berkata, “Aku adalah pemerintah dunia yang jujur dan mulia. Aku yang cipta keamanan di dunia ni dengan menggunakan kebijaksanaan aku. Orang bijak kena terus hidup.” Lalu dia pun terus terjun keluar.

Tinggal la orang tua dan budak tu. Orang tua tu berkata, “Ko amik la paying terjun tu. Aku ni dah tua, dah nak mati dah pun.”

Budak tu tersenyum. “Sebenarnya masih ada dua lagi paying terjun. Si Bijak Bush tadi tu terjun dengan beg sekolah saya.”

Cakap orang perempuan

Orang kata, perempuan ni satu kaum yang susah difahami. Cakapnya berbelit-belit sampai tak faham maksud sebenarnya. Tak caye? Cuba baca…

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom la pegi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan Tanya : Lawa-lawa la baju kat sini, ek..
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I…

Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la…
Makna tersembunyi : Tolong picitkan kepala I…

Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuhkain baju lagi…
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar ajelah…

Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saje.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak faham-faham ke?

Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You ni baik, memahami, bla blab la…
Makna tersembunyi : Hish… I minat sangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you aje!

Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh besar, kalau berani sangat, cuba la sebut nama dia depan aku!

Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku aje kena berkorban. Habis, ko dengan pompuan tu dok seronok2!

Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kawin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dangan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu!

Orang Jepun vs Orang Amerika

Sorang lelaki Australia sedang duduk kat sebuah restoran kegemarannya kat negeri Jepun. Tetiba seorang lelaki Jepun datang kat dia.

“Eh, aku benci betul tengok mata ko yang bulat dan besar tu!” kata lelaki Jepun itu.

Lelaki Australia tu pun menjawab, “Kalo ko benci sangat, ko tutup ler mata ko tu dengan pembalut.”

“Mana nak cari pembalut?” Tanya lelaki Jepun.

“Agak-agaknya, tali kasut aku ni cukup kot nak buat tutup mata ko yang sepet tu.” Jawab lelaki Australia.

Lelaki Jepun marah dan terus blah dari situ.

Temuduga

Zabidi menghadiri temuduga untuk jawatan akauntan di sebuah syarikat pembinaan.

“Sebagai pengarah urusan, saya bukan setakat mahukan seorang yang berijazah, tapi yang lebih utama, saya perlukan orang yang boleh memikul kerisauan saya.” Kata Tan Sri Salim.

“Apa maksud Tan Sri?” Tanya Zabidi.

“Banyak perkara yang buat saya risau dalam hidup ni. Saah satunya tentang kewangan syarikat. Kalau saya ambil awak bekerja, bolehkah awak pikul tanggungjawab itu?” Tanya Tan Sri Salim.

“Beres Tan Sri. Tapi, berapa gaji yang Tan Sri tawarkan kepada saya?” Soal Zabidi.

“Bagaimana kalau untuk permulaan ini saya bagi awak RM80 000 sebulan?” Kata Tan Sri selamba.

“Lapan puluh ribu?” Kata Zabidi terkejut. Tan Sri Salim hanya menganggukkan kepala.

“Mampu ke syarikat bayar sebanyak itu?” Soal Zabidi.

“Ahh…Itulah kebimbangan pertama yang harus awak pikul.” Jawab Tan Sri Salim.

Saya Akak Dia!

Kawan saya mempunyai anak saudara yang bekerja sebagai wartawan di akhbar harian. Kata kawan saya, anak saudaranya itu memang selalu berlagak dan menjadi ‘Miss Know All” di kalangan kawan-kawan. Dengan kawan-kawan dia selalu berlagak dia ‘first person know everythings’. Tentang politik semua dia tau. Bab gosip artis semua dalam koceknya. Cite hot kat opis lagilah dia tunjuk skills!

Satu hari, dia merayau. Kononnya nak cari berita. Secara kebetulan anak saudaranya ini terserempak dengan insiden di tengah jalan raya, di pinggir kota KL. Orang ramai mengerumuni sesuatu di atas jalan raya. Kebetula polis belum tiba masa tu. Anak saudaranya ni cuba untuk memboloskan diri, menengok apa yang berlaku. Tapi gagal. Orang yang berasak-asak menolak dia ke belakang. akhirnya dia mendapat satu idea.

“Tepi-tepi!! Saya akak kepada mangsa! Tepi sikit. Saya akak dia!” kata anak saudara kawan saya ni.

Orang ramai tercengang dan berundur sedikit demi sedikit. Membenarkan si polan menengok apa yang terjadi. Mereka saling memandang dan berkata sesama sendiri.

“Eh, betul ke si polan ni akak kepada si monyet yang bergelempang tinggal nyawa-nyawa ikan dek kerana dilanggar lori sayur tadi?” Kata mereka.

Pekerja Baru

ROSMAN diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia.Selepas melaporkan diri pada hari pertama dia masuk kebiliknya ... terus mendail ...

"Tolong buatkan saya kopi cepat!" katanya sambil menengking.

"Maaf,awak sudah salah sambungan.Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni ?"

"Tidak," jawab Rosman.

"Saya pengarah urusan syarikat ni,awak tahu?

Rosman terkejut.Barulah dia sedar dia tersalah dail.Hajatnya mahu menghubungi kantin.

"Encik tahu dengan siapa encik bercakap?" tanya Rosman.

"Tak , awak siapa?"balas pengarah urusan itu.

"Kalau tak tahu bagus..." kata Rosman terus meletakkan gagang telefon

Suami Baik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eksklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .

"Hello?”

"Abang, nie sayang nie.."

"Emmm…"

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex, dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

"Berapa harga nya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh… thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

“Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.k, tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu . . . sekarang nie untuk dijual.Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

"Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you to . . "

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?

ad+iz Part 2

“Aahhh….! Ni semua keje giler! Awak giler! Lepas tu awak libatkan saya pulak!” Jeritku.

Tekak yang sakit aku tak amik peduli. Janji dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati. Ingat aku anak kambing ke? Sesuka ati aje nak kawin-kawinkan aku!

“Ini bukan plan asal saya, okey!”

Farriel mundar-mandir dalam bilik ‘pengantin’. Pengantin? Tepat jam 12 tengah malam tadi aku dinikahkan dengan Tengku Farriel Izumi. Giler! Aku tak puas jadi bujang lagi la! Aku henyak punggung ke sofa.

“Awak pun giler gak! Gila duit!” Tuduhnya. Jari telunjuk diluruskan ke arahku.

“Saya setuju nak berlakon jadi awek awak aje. Bukan jadi bini!” Bentakku.

“I told you, I prefer real play than role play. Dah alang-alang jadi macam ni, teruskan aje la!”

Teruskan wak lu! Tak nak aku terikat dengan laki tak ‘cukup’ akal ni. Satu-satunya jalan penyelesaiannya yang aku nampak adalah cerai. Gosh! Cerai? Umur tak sampai 23 tahun dah nak jadi janda? TAK NAK!!!

“Awak pun satu. Sapa suruh jadi burung belatuk? Ikut aje cakap nenda. Ha, gini la jadinya!”

Aku pulak yang salah?

“Apa pulak saya? Mana saya tau nenda awak tu berlakon aje…”

“Was it part of ‘her’ plan?” Balik-balik kaitkan aku dengan pompuan yang entah sapa tu. Kononnya aku diupah oleh pompuan tu untuk jadi awek dia malam ni. Entah apa-apa entah!

Katil ditabur kelopak ros merah ku pandang. Kalo tak sebab kawin paksa, dah tentu-tentu sekarang aku dan suami ‘terchenta’ku tengah syok baring atas katil bertilam empuk tu. Aku cepat-cepat melarikan pandangan ketika mataku bertembung dengan Farriel. Ke segenap pelosok bilik yang dihias indah dalam masa sejam. Mudahnya menjadi orang kaya. Apa nak, semua dapat.

“She will suffer for ‘this’… ” Rungut Farriel antara dengar dan tidak.

Tok tok tok! Masing-masing panjangkan leher ke pintu yang dibuka setelah Farriel mengizinkannya. Muncul wajah Kak Nani, pembantu rumah dalam lingkungan 30an.

“Ku… Ada tamu nak jumpa!” Sopan dan lembut tutur kata Kak Nani.

“Sapa?” Berkerut-kerut dahi Farriel. Sapa nak jumpa pukul 3 pagi ni?

“Maaf, Ku… Gadis tu tak nak bagitau nama. Katanya dia datang atas arahan seseorang!”

Farriel mendengus lalu membontoti Kak Nani.

“Jangan tido! We have much to discuss. You and I…” Pesannya garang sebelum berlalu. Aku sungging bibir ke atas. Yek yek… Tak takut!

@~@~@~@~

Hmm… Tetamu dah ramai yang balik. Pekerja-pekerja banglo pulak sibuk mengemas. Famili Farriel pun rasa-rasanya dah masuk tido kot… Apa kata… kalo… aku cabut lari dari rumah ni! Balik rumah, tido, bangun pagi, pergi keje macam biasa. Wat macam tak ada apa-apa berlaku! Brilliant!

Aku buka pintu perlahan-lahan. Clear! Benda pertama yang aku cari, tangga… Sampai tingkat bawah, aku terdengar suara orang berbual. Mula-mula nak ‘bo’ layan aje. Tapi bila dengar nama aku disebut-sebut, aku mula pasang telinga.

“Adrianna Mayesa ni sapa sebenarnya, ma? Angin tak ada, hujan tak ada, tiba-tiba mama kawinkan Aril dengan dia. Kite langsung tak tau asal-usul dia. Mama percaya ke dia tu anak yatim piatu? Entah-entah dia tu…”

Tongkat di tangan dihentak beberapa kali ke karpet tebal. Wajah Nenda Nerrisa serius. Tengku Makmur, Pak Long Farriel tunduk mengira jari. Hmm… Garang gak Nenda Nerrisa ni.

“Kan dia tu kekasih Aril… Dah Aril kata dia yatim piatu, yatim piatu la. Tak kan kamu tak percaya pada Aril?”

“Selama ni, Aril langsung tak pernah cite fasal kekasih dia ni… Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kadang-kadang langsung tak jawab. Macam ada yang tak kena…”

Nenda tarik nafas panjang. Pandangan dilempar jauh ke halaman rumah. Seperti mengingati sesuatu.

“Aril yang mama kenal memang macam tu la sikapnya. Pendiam. Terlalu berahsia. Nak-nak lagi bab hati perasaan ni… Kamu sama macam Faris. Langsung tak nak kenal hati budi Aril!”

Ish… Tak payah dengar lagi la… Dosa curi-curi dengar ni. Lagipun, aku kan ada misi penting yang nak diselesaikan. Langkah ku atur ke dapur. Enam orang pembantu rumah tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk. Ada gak yang tengah melantak. Menghabiskan lebihan makanan tadi.

Isk, agak-agak lepas tak ‘halangan’ pertama ni ek? Alah, kalo diorang tanya, cakap aje la nak amik angin kat luar rumah. Abis cite! Bismillahirrahmanirrahim…

“Miss Prejudice…” Satu suara menerpa di telinga kiri. Serentak itu aku ditarik ke satu sudut agak tersorok antara ruang tamu dan dapur.

“Apa main tarik-tarik ni?” Soalku cemas. Mr. Charity mengarahkan aku diam tatkala pihak catering melintasi kami. Mujur kedudukan kami terlindung dek pasu besar.

“Awak nak pegi mana dengan baju pengantin ni? Tak kan nak lari baju ni kot? Nak curi? Nak jual?”

Kepala aku gerak ke kiri dan kanan. Ko dengan badak sepet tu, sama aje sengalnya…

“Mr. Charity, rasanya saya tak perlu nak terangkan apa-apa pada awak. Saya tak kenal awak pun. Kita pun baru dua kali jumpa. Okey? Bye!”

Aku berlalu melepasinya. Namun lenganku ditarik kembali ke sisinya.

“Saya tau awak bukan girlfriend Aril!”

Melopong mulutku mendengarnya. Lelaki tu tersenyum manis. Masalah… Masalah… Masalah sudah datang!

Sunday, May 17, 2009

ad+iz Part 1

“Adry!!!”

Suara Kak Timah meletup macam bom nuclear membuatkan jahitan tulang belut aku dah bertukar jadi tulang ikan jaws! Adoi! Haru betul la akak sorang ni... Kalo sehari tak menjerit tak sah. Dibuatnya macam latihan vokal pulak.

“Napa, kak?” Soalku perlahan. Dah petang-petang ni, bateri badan aku dah low…

“Puan Karen lupa bawak ni!” Suara high-pitch tu betul2-betul kat tepi telinga aku. Pekak la aku, kak oi!

Bila melihat tangan Kak Timah yang penuh dengan baju-baju lip lap-lip-lap glamer tak ingat dunia tu, jantung kat dada aku rasa nak jatuh. Hidung aku macam dapat bau-bau tak sedap yang akan terjadi sebentar nanti. Jangan la… Baru berangan nak balik awal. Dah seminggu keje sampai tengah malam gara-gara nak menyiapkan baju-baju yang ditempah. Si Chot tu pulak sedap-sedap aje pergi honeymoon kat Kallavuttu ke entah hape entah namanya tempatnya. Katanya seminggu, tapi ni dah masuk minggu ketiga. Dah sesat tak tau jalan balik agaknya.

“Baju fashion show! Miss Karen lupa bawak!”

Aku tepuk dahi. Ni semua la ni! Dari tak ada keje, dah jadi ada keje! Masak masak… Huh! Dari aku membebel baik aku cepat-cepat hantar baju ni. Cepat hantar, cepat aku dapat balik. Kenderaan penuh sesak atas jalan. Maklumlah, office hours baru aje abis… Susah la nak dapat teksi mcm ni! Dah tiga kali tahan. Tiga-tiga teksi ada penumpang. Dah macam orang-orangan aje kat tepi jalan ni. Terlambai-lambai dari tadi…

“Teksi!!!” Dek kerana terlampau tension, aku menjerit sekuat hati.

Skreet!!! Ha, amik ko! Sekali tiga teksi berhenti mengejut kat depan aku. Ceh, rasa macam Lindsay Lohan dalam filem ‘Just My Luck’ tu la pulak…

“KLIA, please!”

********

“Cik ni nama ape? Tinggal kat mana?”

Herot-berot mulut aku mendengar soalan dari mulut pakcik teksi ni. Gatal tak kena tempat. Malas aku nak melayan. Rumah kata pergi, kubur kata mari, mari, mari… Dari tadi asyik menoleh ke belakang. Bukan nak tengok kereta yang ade kat belakang. Tapi nak tengok aku... Agaknya kalo boleh tanggal biji mata tu, dah ditanggalkannya dan letak kat belakang. Sekali tersondol kereta depan, padan muka! Cepat la sampai… Malas nak melayan pakcik nih!

Jejak aje tayar teksi kat KLIA terus hidup nyawa aku. Bila pakcik tu brek aje, aku terus keluar dari kereta. Baju-baju yang dah dimasukkan oleh Kak Timah dalam beg aku angkut sekali. Malas aku nak melayan orang tua gigi jongang tu.

Tengah aku tercangak-cangak mencari mataku disajikan dengan drama sebabak antara seorang perempuan dengan seorang mamat. Pakwe dia kot.. Yang perempuan tu punyalah cun, badan ala-ala model tapi mamat tu pulak chubby, misai dan jambang penuh kat muka. Tu tak cite lagi bab baju yang dia pakai. T-shirt warna putih tu yang dah lusuh dan penuh dengan minyak hitam, berseluar jeans koyak sana-sini dan pakai selipar jepun je. Pergh! Tak padan langsung. Hah… Tu dia! Dia dah wat adegan tarik-tarik tangan dan luggage si awek tu pulak. Si awek tu wat muka marah. Yang mamat tu pulak wat muka bengang. Dua-dua muka tegang. Best ni, silap-silap ada adegan nangis-nangis dan sesi melutut merayu pulak nanti. Haha… Aku gelak dalam hati.

Suara lemak merdu announcer KLIA membuat aku menepuk dahi. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa tujuan aku ke mari. Mataku kembali meliar mencari susuk tubuh Miss Karen. Tak kan dah masuk balai berlepas kot? Tapi kalo ikut logiknya dah memang dia kena ada kat situ sekarang. Flight dia akan berlepas bila-bila masa aje kalo ikut pengumuman tadi.

Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang Miss Karen wat ni memang tak masuk akal langsung. Miss Karen yang aku kenal sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalo boleh apa aje yang dia wat mesti perfect. Aku yang dah kerja hampir 6 bulan dengan dia memang dah sedia faham perangai dia. High-expectation. Miss perfect. Cerewet. Tapi kali ni menimbulkan ‘misteri nusantara’ betul bila dia tak bawa baju-baju ni ke Thailand. Bukan ke dia ke sana sebab ada fashion show. Kalo dah baju-bajunya tinggal, apa yang nak diperagakan oleh model-model dia tu? Tak kan nak tayang body je kot?

Thanks to Allah sebab Dia mempermudahkan pencarianku. Nun di sana aku ternampak Miss Karen tengah sibuk menelek sesuatu di salah satu kedai di situ. Dan eh eh…! Dia dah menonong ke pintu balai berlepas. No no no…!

Tudung kepala aku perbetulkan. Ikatan tali kasut aku perkemaskan. Beg di tangan ku pegang erat. Persediaan untuk lari pecut. Satu, dua dan aku terus berlari. Garisan penamat aku adalah Miss Karen yang tengah tunggu turn untuk di’scan’ barang-barang yang dibawanya. Huhu… Sempat ke ni? Tawakal…

Dalam semput-semput berlari, aku terperasan mamat serabut yang dok bergaduh dengan awek dia tadi, turut sama dalam acara lari pecut kat floor KLIA ni. Di belakang mamat selekeh tu pulak ada dua orang lelaki lengkap dengan suit serba hitam, siap cermin mata hitam lagi dok mengejar dia. Gaya ala-ala Men In Black pun ada aku tengok. Lelaki-lelaki MIB tu pulak dikejar oleh lima orang anggota polis. Eh, sapa kejar sapa ni? Polis kejar MIB, MIB kejar mamat serabut, mamat serabut kejar awek dia. Gitu?

Kami menuju ke arah yang sama. Yang tak masuk akalnya fasal laki ni, dia boleh lari dan potong aku sedangkan aku lah leading acara lari pecut ni tadi. Ibarat treler sarat muatan dengan kelajuan 110 kmj. Logik ke? Tak boleh diterima akal langsung! Dan entah macam mana, badan dia yang bersaiz XXL tu boleh melanggar aku masa dia nak over take aku. Larianku tersasar ke deretan candies yang dipamerkan di luar deretan kedai. Dan…

“Aaahh..!” Jeritku dengan mata tertutup. Tak berani nak menjangka apa akan terjadi. Gedebuk! Aku jatuh berdebuk kat atas permukaan yang tak rata. Eh, bukan lantai sepatutnya rata ke?

“Cik, cik okey tak ni?”

Satu suara lelaki menyapa betul-betul kat sebelah telingaku. Aku buka mata. Terasa semua darah merah naik ke muka. Darah putih dalam badan entah lari pergi mana. Candies pulak berlambak atas lantai.

“Hei! Apa awak buat ni? Gatal!”

Lelaki tu nampak terkejut mendengar nada suaraku yang tinggi. Anak matanya dibesarkan.

“Cik, jangan nak sesuka hati nak melabel saya ye! Saya atau awak yang gatal? Awak yang tarik saya sampai saya terjatuh!”

“Apa pulak saya?” Bidasku.

“Cik, cuba tengok kedudukan kita sekarang ni! Awak yang tarik saya sampai saya jatuh tergolek… Even your legs are on top of me now. Pastu awak boleh kata saya gatal? Are you nuts? Or what?”

Aku mengenalpasti kedudukan kami. Alamak! Rasa macam nak jadi orang halimunan aje bila tengok kebenaran yang ada di depan mata. Entah bila la masanya aku ‘sauk’ lelaki ni sampai kami boleh jatuh bersama. Mungkin tindakan refleks aku tadi sebab nak terjatuh.

“Will you move your legs off of me?” Pinta lelaki itu garang.

Sekali lagi aku termalu sendirian. Bagai baru tersedar dari mimpi aku cepat-cepat angkat kaki dari terus menindih tubuhnya. Tengah aku kalut-kalut menyusun kata-kata manis bersulam maaf untuk lelaki itu, aku terasa bahuku dicuit seseorang.

“Cik adik, ingat teksi abang pakai air ke? Tambangnya mana? Lain la kalo cik adik ni sudi jadi isteri nombor tiga abang…. Boleh abang bagi diskaun!”

Abang? Uweks! Nak termuntah aku. Ish… Pakcik teksi ni tak blah lagi rupanya… Oh, aku lupa nak bayar tambang teksi… Patut la…

“Encik…aaa…. Pakcik… Ala… Korang tunggu la sini kejap… Tunggu tau!”

Aku terus angkat kaki dari situ sambil melaung-laungkan nama Miss Karen. Nasib baik dia tak masuk lagi. Stuck kat mesin scanner.

“Adry, thank you so much! I betul-betul lupa nak bawa baju-baju ni… Terima kasih sekali lagi…”

Terima kasih, terima kasih gak... Balik aje Miss Karen dari trip dia nanti aku nak minta claim duit teksi. Aku bukan tokei cop duit, weih!

“Takpe… Have a nice trip!”

Selepas menepuk bahuku beberapa kali Miss Karen terus berlalu pergi. Fuh! Selesai satu bala… Dua bala lagi menunggu. Aku berjalan balik pada pakcik teksi tadi. Lelaki yang aku langgar tadi pun masih tak berganjak dari tempatnya. Hmm…Bagus! Bertindak mengikut arahan.

“Pakcik, ini… Ini…”

Aku seluk kocek seluar dalam-dalam. Eh, mana wallet aku? Alamak! Tak kan TINGGAL?!! Pakcik tu terus menanti di tepi ku dengan sabar. Lelaki tu pulak memandang aku dengan penuh minat.

“Aa…”

“Ada ke tak ada ni?” Soal pakcik tu dengan penuh curiga.

“Ada… Tapi wallet saya tertinggal kat butik...”

Aku tersengih sambil wat muka poyo. Mintak-mintak ada la belas di hati pakcik ni.

“Abis tu macam mana ni? Pakcik nak balik pun tak ada duit. Minyak teksi yang ada setakat sekerat jalan lepas la…”

“Maaf pakcik. Apa kata pakcik hantar saya balik ke butik. Nanti sampai sana saya bayar…” Tapi kalo dah minyak dia cukup sampai sekerat jalan aje, sampai ke butik ke nanti?? Masalah masalah…

“Berapa tambang dia pakcik?” Soal lelaki itu tiba-tiba.

“RM 65.70.” Lelaki tu keluarkan wallet.

“Nah! Pakcik simpan aje la bakinya tu…”

Dua helai not RM50 bertukar tangan. Mesti orang kaya ni. Kalo tak, tak kan mudah sangat bagi duit. Eh, napa lelaki ni baik hati sangat? Aku kenal pun tidak dia ni… Entah-entah ada udang sebalik batu. Macam kata Kak Timah. Lelaki kat bandar ni mula-mula tabur budi baik, lepas tu ambik kesempatan ke atas kita sampai tergadai body. Sorry la… Aku tak mudah termakan budi!

“Eh, apasal encik bayarkan tambang saya?” Soalku bengang.

“La… Saya nak tolong orang dalam kesusahan, tak kan tak boleh kot!”

“Entah-entah encik ni ada muslihat nak kenakan saya, tak? Dengar kata orang kaya ni ada 1001 macam helah nak menipu...”

“Do I look like ‘that’ kind of person, miss? Kalo saya nak ‘beli’ awak, saya tak kan beli awak dengan RM100 la…Macam la saya ni sengkek sangat! Lagipun bukan berbaloi pun beli awak!” Gerutunya kegeraman.

Pakcik teksi tadi mengundurkan diri perlahan-lahan. Malas nak amik port. Lagipun untuk apa? Duit dia dah dapat.

“Hah! Tengok, betul kan sangkaan saya. Encik memang ada niat nak ‘beli’ saya duit!”

“Eh, napa awak ni prejudis sangat? Awak ingat semua orang kaya tu jahat dan semua orang miskin tu baik? Nonsense. Dah la! Saya malas nak bertekak dengan awak. Saya dah jelaskan kerugian kedai candies tadi. And for your information, you owe me an apologize and a thank!”

Lelaki itu berlalu pergi setelah menghadiahkan aku satu jelingan maut. Ada rasa kesal bermukim di hati. Bukan ke patutnya aku berterima kasih dengannya sebab tolong bayarkan tambang teksi dan kerugian kedai tu? Ni lain pulak jadinya. Adry, Adry… Mana manners ni?

Aku ni macam mana? Duit nak balik tak ada. Tak kan nak bertunggu-bertangga kat KLIA ni? IC, duit semua tinggal kat butik. Entah macam mana bleh timbul satu idea giler kat kepala otak aku ni. Dengan drastiknya aku segera berlari memintas langkah lelaki itu. Tangan aku depakan selurus-lurusnya di hadapannya.

“Now what?” Muka dia nampak bengang sebengang-bengangnya.

“Encik, alang-alang encik dah wat kebajikan dengan bayar tambang teksi saya dan kerugian kedai tadi, apa kata encik buat lagi satu kebajikan. Tolong pinjamkan duit untuk tambang balik saya pulak?”

Melopong mulut lelaki itu mendengarnya. Aku senyum dan angkat dua jari. Peace!

***********

“Ya Allah, Adry…! Akak betul-betul minta maaf sebab terpaksa susahkan Adry lagi. Masa akak lalu kat bilik Miss Karen, baru akak teringat pesanan Miss Karen sebelum dia pergi KLIA tadi. Si Sham dah balik. Adry tolong hantar, ek? Tolong akak, ek…”

Bila terpandangkan perut Kak Timah yang memboyot ke depan tu, nilai-nilai murni dalam diri aku mula timbul. Tak kan aku nak biarkan Kak Timah yang sarat mengandung tujuh bulan berkejar ke rumah Tengku tu. Terberanak pulak akak aku yang sorang ni nanti! Masa yang kami ada dah semakin suntuk. Kurang sejam sahaja dari masa yang dijanjikan. Nak tak nak terpaksa la aku menjejakkan kaki ke banglo bertaraf istana tu. Dengan misi menghantar baju-baju tempahan sebanyak tiga pasang. Sepasang night dress labuh, satu baju kebaya moden putih dan sepasang kurung moden. Harga setiap satu aku sendiri kurang pasti berapa ribu. Tengok kain jenis mahal. Tentu mahal.

Orang yang tempah baju ni pun satu, amik sendiri tak boleh ke? Masa tempah tau aje datang ke butik. Tup tup… Bila dah siap, suruh kami hantar pulak. Dah la penat berkejar pegi KLIA tadi tak abis lagi. Aku tak kira, balik Miss Karen nanti aku suruh dia bayar triple untuk gaji hari ni. Ni dah kira ‘over-over’ time ni! Omelku dalam hati. Dalam pada tu, pintu pagar dan pintu rumah dibuka. Itu pun setelah loceng aku tekan berkali-kali. Pekak agaknya orang rumah ni.

Sebelum orang gaji rumah besar tu sempat berkata apa-apa, seorang lelaki menerpa ke arahku.

“Akhirnya… Datang juga you… Masuk! Kita dah tak banyak masa!”

Kita? Masa? Baru aje aku nak buka mulut, tanganku segera ditarik masuk. Dan pintu ditutup. Oo…Ooo…

*********

“SAKIT lah…! Awak ni nak bunuh saya ke apa?” Lelaki lembut tu menjarakkan badannya dariku.

“Honey, tak ada orang mati sebab cabut kening la! You duduk aje la diam-diam!” Katanya dalam nada lembut. Auw… Auw…

“Dah sakit, tak kan nak diam aje. Saya ni bukan robot!”

“I tell you what, untuk jadi cantik you kena la tahan sakit sikit…Tak kan you tak nak ‘impress’kan your future-in-laws?”

Future what?

“Encik Lembut…”

“Nama I Che Nan la… Bukan Encik Lembut, okey?” Gerutunya. Tangannya mula beralih pada peti make-up yang bertingkat-tingkat macam rumah pangsa tu.

“Okey, Che Nan… Mula-mula saya nak tanya, napa saya kena make-up, grooming bagai ni? Saya ke sini cuma nak hantar baju aje…”

Mengilai Che Nan tergelak. Dua orang perempuan merangkap pembantu Che Nan pun bantai sekali gelak. Aku ada wat lawak ke? Dalam pada tu, tangan Che Nan ligat ‘menconteng’ wajahku.

“Dear, you ni nak wat lawak ke ape? Ke you ada temporary amnesia… Malam ni kan you ada sesi berkenalan dengan keluarga bakal tunang you!”

Aku kerut muka. Tunang? Bila masa pulak aku nak bertunang ni? Kawan lelaki aku tak ramai, steady boyfriend pun tak de, macam mana pulak aku nak bertunang. Tak masuk akal betul semua ni!

“Saya rasa ada salah faham kat sini. Saya tak kenal pun siapa bos awak. Saya cuma pekerja butik baju... Dan saya ke sini sebab nak hantar baju-baju tu aje…”

“Pekerja butik? Hmm… You memang pandai berlakon. Sebab tu la paparazzi Malaysia tak dapat kesan hubungan you and Ku. Whatever la…! I tau, you ni mesti tengah gabra sebab nak jumpa keluarga bakal mertua, kan! Tu yang cakap pun merepek-repek. It’s okey! I pernah jumpa lagi teruk dari you…”

“Tapi saya…”

“Okey, dah siap! Sekarang you boleh tengok cermin.”

Aku berkalih ke belakang untuk melihat cermin. Ya Allah, apa dah jadi dengan muka aku ni? Merah sana biru sini. Hmm… Memang lain giler muka aku. Tak pucat lesi dan serabai macam selalu. Cantik gak aku ni ek! Isk, betul ke aku ni? Entah-entah dia letak gambar sapa kat cermin ni…

“Betul ke saya ni?”

“Napa? Tak cantik ke Che Nan solek?”

Che Nan cekak pinggang. Mukanya yang sarat dengan make-up nampak merah. Baru aje dia nak buka mulut kami terdengar seperti bunyi orang bertengkar di luar bilik. Dalam keadaan cemas, pintu bilik dibuka.

“Ku…” Seru Che Nan manja pada lelaki yang menerpa masuk.

Hmm… Ni agaknya bos dia. Kelatnya muka! Lengan lelaki ‘terlebih lemak’ tu dikepitnya erat lalu dibawanya menghampiriku. Rasa-rasa macam kenal aje laki ni. Bukan ke ni laki marathon kat KLIA tadi?

“Siapa pompuan ni?” Soalnya kasar.

Tangan Che Nan yang melingkar di lengannya segera ditepis. Che Nan tarik muka merajuk. Bibirnya yang merah menyala tu dimuncungkan.

Cuma ada tiga orang perempuan aje kat dalam bilik ni termasuk aku. Tapi rasanya ‘pompuan’ yang dimaksudkan tu adalah AKU. Sebab mata dia asyik pandang aku. Pompuan dia panggil aku… Hek eleh, cantiknya bahasa!

“Your future fiancée la… Cantik sangat ke I solek sampai you dah tak kenal girlfriend you ni lagi…” jawab Che Nan dengan nada ala-ala merajuk manja.

Lelaki tu pandang aku atas bawah atas bawah. Bawah atas bawah atas. Eh, berapa lama nak pandang daa… Kemudian aku tengok mukanya berkerut-kerut. Huh, ‘huduh’nya muka! Fikir benda ape sampai fikir gitu sekali. Macam tengah fikir macam mana nak selesaikan masalah kekejaman Zionis kat Palestin aje gamaknya.

“Che Nan, aku nak cakap dengan pompuan ni kejap! BERDUA aje…” Ujarnya setelah selesai ‘menelaah’ aku.

Che Nan segera faham dengan arahan bosnya. Dua orang pembantunya digamit keluar. Mata lelaki itu terus mengawasi Che Nan dan para pembantunya keluar. Sebaik sahaja pintu bilik tu tertutup, barulah dia memandangku semula.

“You must be the ‘woman’ or should I say the brave and crazy ‘woman’… The one and only woman who dare to take this absurd, childish, idiot job! For your information, I don’t like role play. I prefer real play… As long as you can do whatever I say, I will pay you triple from the agreement that you had agreed before!”

Mulutku membentuk huruf ‘o’ besar. Melopong. Apa yang dia cakap ni? Wat-wat tak faham la… Biar padan muka dia! Tapi memang aku tak faham pun. Role play? Agreement? Dari muka dan warna kulitnya aku tau dia ni bukan Melayu tulen tapi tak kan tak boleh cakap Bahasa Melayu kot? Elok aje dia cakap BM dengan Che Nan tadi. Bukan tak boleh cakap BM, ni mesti kes nak berlagak la ni!

“Encik ni cakap BM tak boleh ke? BM SPM failed ke?” perliku.

“Napa? Awak tak faham ke?” Sindirnya pula.

“Tak!”

“Ridiculous! She could do better than this…!” She?

“Oit! Mencarut apa pulak lagi tu?” Saje mengenakannya.

“Okey, cik what-ever-your-name-is… Saya akan bayar awak tiga kali ganda atau lebih daripada apa yang pompuan giler tu dah bayar pada awak. Dengan syarat awak ikut aje semua arahan saya. Dan mainkan peranan awak sebaik mungkin. Kalo boleh saya tak nak ada kesilapan. Saya nak lakonan yang real!”

Pompuan giler mana pulak ni? Miss Karen ke yang dia maksudkan? Ish… Memang la Miss Karen tu giler… Giler perfect! Tapi itu kira giler macam orang sakit mental tu jugak ke? Lelaki ni kenal ke Miss Karen. Datang butik pun tak pernah rasanya. Macam mana dia bleh kenal pulak? Pelik…

“Peranan?” Soalku. Dagu aku gosok-gosok dengan jari telunjuk.

“Hmm… Wat-wat tak faham pulak! Jadi kekasih saya untuk malam ni SAHAJA. Ingat! Saya tak nak sorang pun curiga atau tau yang awak bukan kekasih saya. Saya tak nak awak malukan keluarga saya. Abis aje malam ni, kita boleh kembali macam sebelum ni; stranger a.k.a. orang asing yang saling tidak mengenali.”

“Encik ni giler la…” Ujarku spontan. Dah memang giler pun permintaannya.

“Pompuan tu lagi giler!” Bentaknya keras. Dia mula mundar-mandir si sekitar bilik tu. Betullah… Aku rasa lelaki ni tak giler tapi tiga suku @ setengah tiang. Ya ampun, napa aku harus terlibat dengan kegilaan orang ni?

“Encik, saya ni sebenarnya…”

“Saya bagi awak masa tiga minit! Awak fikir la sama ada awak nak teruskan atau tidak. Kalo awak setuju, RM10 000 saya akan transferkan ke akaun awak right-away. Baki lagi RM 20 000 saya akan transfer selepas kerja awak selesai.”

Aku kurang pasti dengan bentuk urusniaga yang cuba dijalankan dengan aku ni. Tapi yang pastinya kepala otak aku mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di kampung minggu lepas. Adry, mungkin inilah caranya! Cara terbaik untuk membalas jasa, cara untuk menyelamatkan nyawa!

“Macam mana?”

“Saya setuju!” Ujarku penuh yakin.

“Good!”

Dia meluru ke notebook yang sedia terpasang di sudut bilik. Menekan-nekan papan kekunci dan kemudian menanyakan nombor akaunku. Beberapa minit kemudian, dia menghulurkan notebook itu kepadaku. Jarinya menunjukkan sesuatu di skrin. Wow! Dalam sekelip mata akaun aku dah ada RM 10 021.72… Lumayan!

“Puas hati?”

Aku angguk kepala. Sapa tak suka bila dapat duit? Orang giler pun suka. “

“So… Kita jumpa kat bawah dalam masa…”

Dia merenung jam tangannya seketika.

“…10 minit lagi…See ya!”

**************

Aku masih berdiri di anak tangga. Mana malaun ni? Tadi kata nak tunggu kat sini. Tercangak-cangak kat sini macam orang tak betul aje. Pembantu-pembantu rumah dah pandang semacam aje kat aku. Dah la aku tak kenal sorang pun kat sini. Lelaki tu pun aku tak kenal gak. Tapi at least aku dah borak-borak dengan dia tadi. Che Nan dan pembantu-pembantu dia pun entah ke mana. Alah… Menyesal pulak aku setuju dengan idea giler lelaki tu. Kan elok kalo aku tolak. Dah tentu-tentu sekarang aku dah ada kat rumah makan maggi. Sempat lagi tak kalo aku nak tarik diri? Lelaki tu tak ada. Lagipun sorang pun tak tau ‘urusniaga’ yang kami jalankan. Tapi duit sepuluh ribu dah masuk dalam akaun. Problem betullah!

“Hai! Dah lama tunggu?” Lelaki lengkap ber’tuxedo’ tu di sisiku, aku pandang lama. Sapa?

“Aaa… Awak ni sapa pulak?”

“Ler… Bos awak la! Jom wat grand entrance…!”

Bos? Eh, ni lelaki tadi tu ke? Ye kot… Mata dia sama. Cuma lelaki ni dah tak selekeh macam tadi. Dia dah buang segala misai, janggut, jambang semua. Bila dah buang semua nampak macam… Boleh tahan juga muka dia ni! Aku tersengih sorang-sorang.

“Bagus! Saya nak awak senyum macam tu sepanjang majlis nanti. Ingat, semua persoalan biar saya yang jawab. Kalo saya bagi signal, baru awak boleh jawab.”

Lengannya dihulurkan. Minta dipaut. Aku akur. Berlapik. Tak ape. Dan kami terus melangkah masuk ke ruangan itu sebaik sahaja pintu dibuka oleh pembantu rumah. Seorang lelaki kemas berkot serba putih menghampiri kami. Bahu lelaki di sebelahku ditepuk beberapa kali.

“Aril, berani jugak ko datang! And this must be your…girl… Miss Prejudice?”

“Mr. Charity…?”

Napa aku asyik jumpa balik orang-orang kat KLIA tadi?

***************

Bunyi kutleri yang berlaga sesama sendiri seakan-akan irama yang mengiring irama sentimental yang bergema di segenap ruang makan. Masing-masing khusyuk menikmati hidangan setelah mengaminkan bacaan doa makan Imam Masjid Negeri. Sesekali kedengaran bunyi hilai tawa dari meja-meja berhampiran. Seronok la diorang. Diorang kenal antara satu sama lain. Dah kaum kerabat, mustahil tak kenal kan…! Aku aje macam kera sumbang kat sini. Tapi aku perasan ada sorang girl lebih kurang sebaya aku menangis tersedu-sedan kat meja No. 10. Sampai menimbun tisu atas meja dek hingusnya. Orang tuanya sibuk memujuknya.

“Napa Rianna? Makanan ni tak sedap ke?” soal Nenda Nerrisa yang duduk bertentangan denganku. Orang tua ni nenek pada ‘bos’. Pada perkiraan aku, umur dia dah nak masuk 70 tahun. Tapi masih cun dan kuat lagi. Caya la nenda!

“Bukan macam tu, nenda... Cuma saya dah kenyang!” Terpaksa bohong sunat. Walhal perut aku berkeroncong minta diisi sejak sajian makan malam dihidangkan.

Makanan yang dihidangkan bukan tak sedap. Semua makanan orang-orang kaya. Mana ada ulam petai, pucuk pegaga, ubi, ikan bilis yang biasa kami makan di kampung. Yang ada lobster, stik, salad, dan ntah apa-apa makanan pelik yang tak pernah aku lihat apatah lagi nak memakannya. Bukan tak teringin nak makan. Yelah, benda free depan mata. Cuma aku takut lakonan aku tak menjadi. Yang aku dapat makan cuma salad hiasan kat hidangan lobster tu aje. Itupun ‘bos’ dah siku aku sebab salad tu jatuh atas meja. Aku kuis sampai jatuh ke bawah. Nasib tak ada orang perasan. ‘Boyfriend’ aku ni pun satu! Bukan nak tengok aku kat sebelah ni. Entah pengsan ke, tertelan garfu ke… Sedap aje menyudu. Patut la badan semangat!

“Rianna mesti rasa kekok sebab tak kenal rapat lagi dengan kami, kan?”

“Betul, nenda. Saya tak sangka keluarga nenda ada makan besar malam ni. Ingat jumpa gitu-gitu aje!” Jawabku penuh sopan. Memang itu sebahagian dari lakonan aku. Tapi rasanya tak ada sebab aku nak kurang ajar dengan Nenda Nerrisa. Dia baik sangat dengan aku. Layan aku macam cucu sendiri. Sampai aku lupa yang dia bukan nenek aku…

“Bukan keluarga nenda. Keluarga kita…”

Aku telan air liur. Keluarga kita? Bila masa pulak aku jadi sebahagian dari keluarga ni melainkan aku… ‘bos’… Oh, tidak!

Mama dan papa ‘bos’ cuma menjeling aje. Agaknya diorang tak suka aku. Tak suka sudah! Aku pun malam ni aje jadi ‘awek’ anak ko… Mr. Charity yang berada di hujung meja utama pulak asyik pandang aku. Atas kepala dia semacam ada tanda soal sebesar KLIA dan soalan sebanyak penumpang Airbus.

“Nenda bersyukur sangat dapat jumpa dengan bakal isteri Aril sebelum tutup mata. Rianna pun tahu kan, Aril ni dah layak kawin dah. Nenda kalo boleh nak kamu kawin secepat mungkin. Yelah, nenda ni dah tak lama lagi…”

“Nenda, napa cakap macam tu? Nenda kan Aril punya wedding planner. Kalo boleh Aril nak nenda jadi pengapit pengantin Aril…”

Nenda Nerrisa ketawa kecil. Ahli meja utama turut pun ketawa. ‘Bos’ memang pandai wat lawak. Lawak bodoh!

“Nenda ni dah tua. Selalu sakit-sakit. Asyik kuar masuk hospital. Doktor pun dah muak tengok muka nenda yang berkedut ni.”

“Jangan risau, Aril akan kawin tahun ni. Kan Aril dah janji!”

Tiba-tiba Nenda Nerrisa bertepuk tangan.

“Bagus la gitu! Alang-alang semua dah ada ni, apa kata Aril kahwin malam ni aje!”

“Hah?” Ternganga mulut aku. Lalat bagi salam nak masuk pun aku tak sedar.

“Nenda, saya tak sedia lagi!” Sudu garpu lepas dari tangannya.

“Ma, Aril kan tak sedia lagi!” Bantah mama ‘bos’.

“Ma, Aril tak stabil lagi… For God sake, he’s only 25 years old!” Tukas papa ‘bos’ pula.

“Nenda, it’s too soon!”

Saudara-mara ‘bos’ yang lain turut membantah. Nenda Nerrisa bangun lalu menepuk meja.

“Enough!” jerit Nenda Nerrisa. Dia memegang dadanya. Nafasnya turun naik dengan kencang. Meja utama kembali diam. Nenda Nerrisa duduk semula.

“Nenda, marrying a girl almost at midnight is ridiculous!” ‘Bos’ bantah lagi.

“Itu bukan sesuatu yang tak masuk akal sekiranya Aril cintakan Rianna, kan? Korang dah 3 tahun bercinta. Dah rancang nak kahwin tahun ni. Jadi, apa salahnya kahwin malam ni aje? Sama aje ape!”

“Tapi kita tak ada preparation, ma…” Mama ‘bos’ bersuara tegas.

“Fasal hantaran, majlis resepsi dan yang lain-lain, kita tolak tepi. Kita buat yang wajib aje! Akad nikah… Rianna pun anak yatim piatu. Lagi senang la keje kita…”

Aku pejam mata. Nenda berkeras. Dia ada jawapan pada semua bantahan yang dibuat. Nampaknya ‘bos’ aku ni dah terjerat dengan permainannya sendiri. Yang tak best nya aku pun turut dijerat.

“Tapi nenda, cuba nenda fikir. Mana ada pejabat agama buka malam-malam ni. Syif kadi pun dah abis!”

Bagus! Teruskan ‘bos’! Jangan cepat mengalah. Ni soal hidup mati kita ni!

“Betul tu nenda… Lagipun keje kawin ni amik masa. Saya nak gak rasa dapat hantaran 15 ke 20 dulang. Sirih junjung tu bleh gak la wat gosok-gosok kat gigi. Bunga manggar untuk wat hiasan dalam bilik. Confirm, memang kita orang tak boleh kawin malam ni!”

“Kamu ni semua… berani bantah… cakap nenda…kamu…”

Nafas nenda turun naik secara abnormal. Tangannya dah kejap memegang dada. Nenda ni ada sakit ape? Asma? Jantung? Aparu-paru? Dan kami mula panik bila nenda rebah. Nasib sempat disambut oleh papa ‘bos’.

“Nen… nenda nak… Aril kawin… malam ni juga… ni permintaan terakhir nenda!”

**************

Akhirnya mimpi buruk yang tak pernah aku bayangkan terjadi juga. Khayalan indah disunting oleh putera raja idaman hati cuma tinggal kenangan. Lakonan selama 3 jam 30 minit dan 39 saat, akhirnya berubah menjadi satu kenyataan yang menakutkan. Terikat dalam sebuah perkahwinan yang langsung tak pernah terlintas dalam benakku.

Wajahku disolek cantik oleh Che Nan. Tubuhku disalut pakaian pengantin putih gading. Sedondon dengan tudungnya. Bilik ‘pengantin’ku penuh dengan kerabat perempuan ‘bos’. Semua mata asyik tertumpu padaku. Maklumlah, ini merupakan kali pertama ‘bos’ bawa balik awek misterinya. Selama ni diorang dok fikir yang ‘bos’ bercinta dengan orang halimunan! Dek takut awek ‘bos’ cabut lari, tu la idea nikah express ni timbul dalam kepala nenda. Nenda nampak rileks berbanding tadi. Mati-mati aku ingat dia kena heart attack. Bila aku cakap aku setuju kawin dengan cucu dia, terus aje sakit dia hilang. Rupanya nenda lagi pandai berlakon! Dah terlajak kata, terpaksalah…

“Tengku Farriel Izumi bin Tengku Mohamad Faris, aku nikahkan engkau dengan Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM 80 tunai…”

Tengku Farriel Izumi? Huwargh huwargh huwargh…! Lawaknya nama. Izumi… Macam nama orang Jepun aje. Tapi… Kenapa aku macam pernah dengar aje nama tu ek?? Sapa? Sapa? Sapa? Isk… Tak boleh ingat!

“Aku terima nikahnya Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM 80 tunai.” Suara ‘bos’ jelas kedengaran. Menyambut akad yang dilafazkan oleh tok kadi.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!”

Sah! Tengku Farriel Izumi Tengku Mohamad Faris tu Farriel Izumi. Aril... Ala… Beruang sepet kutub utara. Dingin sedingin iceberg. Student lelaki yang paling sengal kat sekolah dulu. Budak yang tak pernah senang kehadiran aku kat sekolah tu. Ada aje rancangan nak mengenakan aku….Budak yang tak pernah betul moodnya… Mampus aku!

Farriel masuk ke bilik. Menundukkan badan dan menyarungkan cincin emas putih ke jari manisku. Demi terpandangkan mata-mata yang memerhati, aku paksa diri untuk menjayakan upacara membatalkan air sembanhyang itu. Dalam keadaan separuh rela, aku tunduk mencium tangannya. Kerlipan kamera digital menyilaukan mata.

“AD, kita jumpa lagi rupanya…!” Bisiknya setelah selesai mengucup ubun-ubunku. Dia ingat? Mata kami bertentangan. Pandangannya penuh makna. Sukar kutafsirkan maksud pandangan itu. Yang pastinya, ia bukan sesuatu yang baik.

Tiba-tiba duniaku menjadi gelap.

Sunday, May 10, 2009

3 Jam 30 Minit 39 Saat (cerpen)

************

Tiba-tiba duniaku gelap.

~End of Part 1 ad‘+’iz : Romance de Amour~

Followers