Tuesday, July 28, 2009

Preview : The Curse


Aura
‘Mangkuk mana yang dok menyumpah hidup aku nih? Kenapa nasib aku asyik malang aje??’



Nail
‘Aku si pembawa malang. Aku ditakdirkan untuk hidup sendirian.’





Iskandar
‘Setiap lelaki kacak mempunyai tugas yang berat – melayani dan menghiburkan gadis-gadis di sekelilingnya. Aku tak minta dilahirkan sebagai lelaki kacak, tapi aku suka jadi kacak!’




Nattasya
'Aku student paling cantik kat sini. Aku ibarat permaisuri tanpa tanah jajahan. Semua kataku, arahanku pasti dituruti. Ada sesiapa yang berani bantah cakap aku?'




Apa akan jadi kalau realiti kehidupan sentiasa bertentangan dengan apa yang kita harapkan, impikan, angankan? Benarkah sumpahan itu wujud? Adakah sumpahan itu yang menentukan arah hidup kita?


*** Kalau saya diberi peluang untuk menulis lagi, mungkin saya akan menulis kisah Aura dan ‘sumpahan’nya pula lepas ni. Dan dengan sesuka hati saya mengkidnap pic pelakon korea. Tapi apapun, ini sekadar perancangan kasar… Jadi atau tidak saya berserah pada Allah. Apa pendapat korang? ada cadangan? : )

ad+iz Part 18


“Hai!”

Aku segera panggung kepala ke arah orang yang menegur. Senior Adly? Senior Adly tersenyum lebar memandangku. Aku cari Farah di belakangnya. Tak ada. Aik, selalu ada aje minah tu mengendeng kat abang tirinya ni. Hari ni ghaib pulak?

“Hai, Senior Adly!” Balasku lambat-lambat. Aku sedikit terkejut bila Senior Adly tanpa amaran duduk di hadapanku. Tapi aku cuba berlagak biasa. Ni tempat awam. Sesiapa boleh duduk. Minuman panas berkafein diletakkan di atas meja yang sebelum ini cuma ada setengah gelas carrot susu kepunyaanku.

Aku pandang Senior Adly. Senior Adly masih tersenyum manis. Seperti ada yang melucukan urat gelaknya. Memandang wajah putih bersih Senior Adly membuatkan aku jadi tenang. Wajah orang beriman yang sentiasa basah dengan air wudhu’. Terasa hilang segala masalah yang aku seret dari rumah gara-gara gagal meninggalkannya di pagar kampus. Huh, berat…!

“Adry, saya bukan lagi senior awak macam zaman kita sekolah dulu. So, why don’t you call me Abang Adly, instead of Senior Adly? Tak la tergeliat lidah tu…” Kata Senior Adly dalam senyumnya.

Aku tersengih. Mengakui kenyataan itu dalam diam. Betul la tu, Senior Adly bukan senior aku lagi. Tapi seumur hidup aku, aku tak pernah panggil sesiapa dengan panggilan abang. Dan aku tak ada feel langsung nak panggil dia ‘abang’. Bukan ibu aku yang lahirkan dia pun! Kalau panggil Encik Adly nanti rasa macam formal sangat pulak! Abang…? Burr!!! Seram-sejuk nak panggil orang macam tu!

“Aaa… Farah mana? Buat lagi ke?” Soalku pantas. Mengalih topik.

“Farah? Entah! Ada dalam kelas la kot.”

“Senior Adly datang bukan sebab Farah ke?”

Setahu aku, Senior Adly selalu jejak ke kampus ni sebab kes-kes yang si Farah buat. Masalah disiplin la, meniru masa test la, tak hormat lecturers la… Kadang-kadang aku terfikir juga, buat ape la hantar si Farah yang memang dengan jelas tak payah bersuluh tak minat belajar tu ke kampus. Baik bagi aje tempat dia pada budak-budak yang di’reject’ permohonannya tapi minat nak belajar kat luar sana tu.

“Eh, tak la…! Saya datang sebab nak jumpa awak…”

Ghau! Darah merah naik ke muka. Degup jantung dah ‘lari’ dua kali ganda dari tadi. Kalau hari-hari macam ni, alamatnya pendek la umur aku. Oit senior, kot nak bergurau pun biar la kena tempatnya! Aku ni dah kahwin ler… Ops, tapi dia tak tau!

“Senior ni suka bergurau la!” Aku balas katanya dalam nada bercanda. Supaya keadaan ini tak rasa kekok sangat.

“Lor… Saya serius! Mana ada bergurau. Dah biasa sangat borak-borak dengan Adry tiap-tiap kali datang sini. Bila Farah tak buat hal lagi, tak dapat datang sini dan tak dapat jumpa Adry. Masa tu rasa macam ‘kehilangan’ pulak. So, hari ni saya datang cari Adry…”

Aku garu kulit kepala bawah tudung. Aku rasa, masa zaman sekolah dulu, Senior Adly ni serius orangnya. Tak pandai bergurau. Kalau belakang aku tu, aku kurang periksa la. Setidak-tidaknya di hadapan aku begitu la perwatakannya; serius. Maka, kata-katanya tadi dalam klassifikasi bergurau ke serius? Aahh… Otak dah jam nak fikir!

“Oui… Adry! Fikir ape tu?”

“Aaa…? Tak ada. Tengah fikir kenapa Senior Adly cari saya.”

“Sebab saya rindu. Full stop!”

Kening terangkat. Rindu? Biar betul Senior Adly ni! Senior Adly tersengih mengejek.

“Gurau aje la! Tapi awak ni kalo blushing cute juga, ek… Macam zaman sekolah dulu juga! Gadis yang garang, degil tapi kiut-miut… Hehe…”

“Senior ni makin lama makin pandai mengusik pulak! Dulu serius 24 jam!” Komenku.

“Dulu jadi headboy. Kena la tujuk teladan baik sikit. Sekarang dah tak lagi…”

Bila dengar perkataan ‘gurau’ lahir dari mulutnya tadi, automatic aku jadi lega. Aku tak nak jadi heart-breaker lagi… Cukup la seorang tu aje, si Ihsan. Cakap fasal Ihsan, tak nampak pun batang hidung dia hari ni. Sibuk gamaknya…

“Sebenarnya saya nak tanya sesuatu pada awak. Awak memang tinggal kat KL, kan?”

Riak muka Senior Adly kembali serius.

“Haah. Kenapa?” Ada dua ke tiga puluh soalan terbit kat kepala otak aku.

“Saya tengah cari orang. Tapi orang ni kali terakhir dilihat kat Shah Alam…” Ujarnya tanpa berselindung.

“Cari orang?”

“Haah. Kenal tak seorang perempuan, umur lebih kurang baya-baya mak kita la, yang namanya Rabitah Binti Sulaiman?”

Rabitah binti Sulaiman. Sapa? Macam tak pernah dengar aje…

“Rasanya tak kenal la. Klang tu besar la, senior… Tak ada clue lain ke? Kalau cari dengan sebaris nama aje susah la…”

“Susah nak kata la… Makcik ni dah lama hilang. Ghaib macam tu aje. langsung tak ada jejak. Tak tau dia ke mana…”

Wajah Senior Adly murung. Langsung tak ceria seperti tadi. Seolah-olah ‘makcik’ yang dicarinya itu penting dalam hidupnya. Fikirannya menerawang ke alamnya sendiri.

“Sapa sebenarnya yang Senior Adly nak cari?” Soalku tanpa dapat ditahan-tahan. Senior Adly yang aku kenal memang serius tapi ceria sentiasa. Tak semurung ini.

“Tak apa la… Saya sepatutnya tak menaruh harapan terlalu tinggi untuk bertemu dengannya lagi. Dah terlalu lama… Mungkin dia pun dah tak ada…” Senior Adly cuba melarik senyuman. Tapi hambar.

“Macam ni la… Nanti saya akan cuba tanyakan jiran-jiran ke kawan-kawan. Ye la… Mana la tahu kalau-kalau mereka kenal dengan makcik tu. Nanti kalau ada apa-apa berita, saya akan bagitahu senior… Boleh?” Tanpa sedar aku menuturkan ayat itu. Tapi aku sedikit pun tidak menyesal. Kerana aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk membantu Senior Adly. Bukan hanya kerana aku terhutang budi dengannya kerana dia pernah menjadi penyelamat di zaman sekolahku, tetapi juga kerana ada ikatan hati yang tak jelas dan tak tak kufahami antara aku dan dia. Sesuatu yang mendekatkan kami. Aku merasakannya sejak pertama kali bersua dengannya. Dia… Aku tak pasti…

Tak perlu menjadi pelawak bertaraf Aflin Shauki, dengan hanya dua tiga ayat yang aku ungkapkan, mendung yang sebentar tadi melanda wajah Senior Adly sudah berlalu pergi. Diganti dengan senyuman penuh harapan.

“Ye ke?”

Aku tersenyum dan angguk kepala.

“Terima kasih, Adry… Awak memang junior saya yang paling ‘best’! Hehe…”

“Tau tak ape…!”

@~@~@~@~

Tengku Faris menyelak satu-persatu fail-fail yang menimbun di mejanya. Setiap butiran ditelitinya. Bukan dia tak punya pembantu cuma dia sukar memberi kepercayaan kepada orang bawahannya. Hatta hasil kerja anaknya, Farriel dan anak saudaranya, Ihsan juga dipantaunya dari semasa ke semasa.

“Tengku, En. Yusman nak berjumpa dengan tengku…” Suara lemah gemalai si setiausaha di intercom menghentikan pembacaan Tengku Faris.

“Suruh dia masuk!” Arah Tengku Faris pantas. Memang dinantikan kedatangan Yusman. Harapan

Tak sampai lima saat, pintu bilik diketuk. Tengku Faris mengarah si pengetuk pintu masuk. Lelaki berbadan tegap dan sasa serta berwajah serius itu berdiri bertentangan dengannya.

“Macam mana?” Soal Tengku Faris. Cermin mata dialihkan dari batang hidung. Mata dipejam celik beberapa kali sebelum digosok perlahan. Menghilangkan tekanan setelah dua jam menelek dan membaca dokumen-dokumen di atas mejanya.

“Saya dah dapat butiran bagi kedua-duanya.” Tegas jawapannya.

Yusman duduk setelah diarahkan oleh Tengku Faris. Dua fail diserahkan kepada Tengku Faris. Tengku Faris menyambut fail merah biru tersebut. Cermin mata kembali diletakkan ke tempat asal. Menyelak dan meneliti hasil dapatan pembantu peribadinya. Pembatu yang banyak berjasa dalam menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan syarikat dan juga berkaitan keluarganya.

“Perempuan yang tengku nampak berpelukan dengan Tengku Farriel hari tu adalah Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Ayahnya Serani dari Selangor. Berkahwin dengan Katherine Graham. Mereka seterusnya memeluk Islam. Setahun selepas itu, Marina Irriani dilahirkan.” Tanpa dipinta Yusman menerangkan satu-persatu butiran mengenai Marina. Tengku Faris mengangguk-anggukkan kepala seraya menyebak fail di tangannya.

“Joseph pernah bercerai dan berkahwin semula dengan Katherine sebanyak dua kali. Semasa Marina berusia dua belas tahun, mereka berpisah tempat tinggal tetapi tidak bercerai. Marina mengikut bapanya, tinggal dan bersekolah di Selangor. Dua tahun kemudian, bapa Marina meninggal dunia dalam satu kemalangan. Marina kemudiannya menetap di US bersama ibunya. Beberapa tahun kemudian, ibu Marina pula meninggal akibat kanser serviks. Marina kemudiannya dijaga oleh makciknya, Mary. Mary bukan sahaja menjaga kebajikan Marina malah Mary juga menjaga saham-saham Marina di syarikat pengangkutan terkenal di US dan segala aset Marina yang dianggarkan bernilai USD$1.2 juta. Dengan asset sebanyak itu Marina tak perlu bekerja sebenarnya, tapi dia tetap apply dan jadi pramugari untuk beberapa tahun sehinggalah dia meletakkan jawatan pada awal tahun ni.”

Wajah Tengku Faris yang tadinya bersahaja kembali bersemangat sebaik sahaja mendengar ayat kedua akhir Yusman. Helaian di fail diselak rakus. Mencari bukti terhadap apa yang dilaporkan oleh Yusman tadi.

“Hmm… Memang kaya! Jadi, apa hubungan dia dengan Farriel?”

“Mereka pasangan kekasih. Dah tiga tahun mereka kenal dan bercinta.” Jawab Yusman tenang.

“What?! Habis macam mana Farriel boleh kahwin dengan Adrianna pulak?!” Melengking suara Tengku Faris dek terkejut mendengar pernyataan Yusman tadi. Terbetik rasa terkilan di hatinya tatkala memikirkan Marina yang punya asset berjuta itulah yang sepatutnya menjadi menantunya.

“Abis, macam mana pulak Farriel boleh kahwin dengan Adry? Tak masuk akal langsung!”

Tengku Faris melonggarkan tali leher yang terasa seperti menjerut batang leher sendiri.

“Ia bermula dengan salah faham. Adrianna sebenarnya pekerja butik pakaian yang ditugaskan untuk menghantar pakaian Marina ke banglo tengku. Tapi dia disalah-sangka sebagai kekasih Tengku Farriel. Oleh kerana Marina enggan hadir ke majlis di rumah tengku, Tengku Farriel telah mengupah Adrianna untuk jadi pengganti Marina. Dan kemudian Tengku Farriel dan Adrianna dikahwinkan atas desakan Nenda Nerrisa.”

Tengku Faris bangun dari kerusinya dan mundar-mandir di sekitar biliknya yang luas. Ralat memikirkan perkahwinan ekspress si anak. Kalau la dia tahu letak duduk perkara sebenar, dah tentu dia akan menentang habs-habisan cadangan gila mamanya pada malam itu.

“Macam mana pulak dengan kisah hidup Adrianna?” Walaupun dia tahu kisah hidup Adrianna tak se‘menarik’ kisah hidup dan asset Marina yang berjuta, namun dia tetap perlu tahu tentang latar belakang menantunya itu.

Yusman menarik nafas dalam-dalam sebelum membentangkan kisah hidup Adrianna.

“Adrianna Mayesa cuma gadis biasa yang membesar dan tinggal bersama-sama keluarganya di salah satu kawasan setinggan di KL...”

“Nanti, nanti…! Tinggal dengan keluarga? Bukan ke si Adry tu anak yatim-piatu?” Pintas Tengku Faris.

“Itu tak benar, tengku... Dia masih punya ibu iaitu Puan Midah Jaafar, bapa tiri dan adik-beradik tiri…” Terang Yusman.

Tengku Faris menepuk meja kuat. Wajahnya merah menahan marah.

“Tak guna! Maksudnya si Adry tu tipu kami sekeluarga hidup-hidup. Lagi, apa yang kau tau tentang dia?” Soal Tengku Faris berang.

“Adrianna cuma belajar setakat STPM. Sering bertukar-tukar kerja gara-gara berperangai buruk. Menurut ibunya, Adrianna ni mata duitan, suka putar-belit cerita dan penipu…”

Terduduk Tengku Faris mendengar. Tak disangka, menantu yang luarannya nampak polos rupanya kaki putar belit alam.

“Ni semua tak masuk akal! Macam mana Farriel boleh kahwin dengan orang yang macam tu? Aku tak boleh biarkan reputasi Farriel rosak dek kerana perempuan mata duitan tu! Sebelum kaum kerabat yang lain tahu, aku perlu buat sesuatu…”

Tengku Faris melempar pandangan tanpa arah. Segala-galanya nampak kabur pada pandangannya. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Dia bertekad, walau apapun yang terjadi, Farriel yang akan menjadi pengganti dirinya untuk jawatan CEO. Bukan Ihsan atau sesiapa. Dia tak sanggup melihat usaha nenek moyangnya hancur di tangan orang yang tak berkelayakan.

“Ada sesuatu lagi yang perlu tengku tahu…” Penuh hati-hati Yusman menuturkan ayat itu. Takut disergah dek majikannya yang tampak serius memikirkan sesuatu.

“Apa dia?” Soal Tengku Faris acuh-tak-acuh.

“Adrianna Mayesa, menantu tengku tu adalah Adrianna Mayesa yang sama yang pernah kita hantar ke sekolah Tengku Farriel…”

Tengku Faris ternganga. Wajah Yusman dipandang tepat-tepat. Menduga kebenaran kata-kata Yusman. Yusman langsung tak mengalih pandangan. Tetap memandang ke arah majikannya. Kepala diangguk-anggukkan beberapa kali. Membenarkan apa yang dikatakannya.

Tengku Faris tersenyum. Kemudian senyumannya bertukar menjadi ketawa. Dia sudah nampak jalan penyelesaian terhadap masalah tadi, kini…

@~@~@~@~

Majlis resepsi perkahwinan aku berlangsung di hotel lima bintang yang terkemuka. Tetamu yang hadir dianggarkan lima ribu orang; terdiri dari kalangan saudara-mara Farriel, kawan segolf, sebusiness, se-hi-tea, se-gim, dan se-se yang lain. Dari pihak aku, cuma bekas rakan serumah dan teman-teman di butik sahaja yang aku jemput dan hadir pada malam ini. Emak, ayah tiri dan adik-beradik tiriku sengaja tidak kujemput untuk hadir ke sini. Rasanya, itulah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Lagipun, seisi keluarga Farriel tahu yang aku ni anak yatim-piatu. Tak berkeluarga.

Rata-rata kenalan keluarga Farriel terkejut mendengar berita bahawa bakal CEO Izumi Corporation itu sudah menamatkan zaman bujangnya lebih setengah tahun yang lalu. Masing-masing melahirkan rasa pelik kerana tiada sebarang khabar angin bertiup ke arah mereka. Namun, mereka tetap gembira apabila melihat aku bergandingan dengan Farriel di atas pelamin. Menurut mereka, aku sangat istimewa sehingga Farriel terburu-buru mengahwiniku gara-gara takut aku terlepas ke tangan orang lain, serta aku dan Farriel kelihatan secocok bergandingan. Jurugambar dari pelbagai jenis akhbar pula tak henti-henti menekan butang kamera untuk mengabadikan gambar persandingan kami di dada akhbar mereka esok. Para wartawan sibuk mengumpulkan scope cerita.

Selesai acara bersanding, kami turun dari pelamin. Mengikuti acara makan beradap sebelum beramah-mesra dengan para jemputan. Ucapan tahniah tak lekang dari bibir masing-masing. Ada juga yang mendoakan perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke anak cucu dan hingga ke akhir hayat. Aku cuma mampu tersenyum mendengar ucapan tersebut. Kurang pasti perkara itu akan jadi kenyataan bila Farriel secara terang-terangan sudah mengatakan di awal perkahwinan kami bahawa hubungan suami isteri kami akan tamat sebaik sahaja Marina kembali ke pangkuannya.

Aku kerling Farriel di sebelahku. Sejak dari tadi, sejak kami turun dari pelamin, dia seakan-akan enggan melepaskan jari-jemariku dari genggamannya. Sesekali dia menatap wajahku dengan pandangannya yang lunak. Ahh… Farriel memang pandai berlakon! Dan aku pun tak mahu kalah dalam lakonan ini. Sengaja aku paut lengannya setiap kali kami bertegur sapa dengan para tetamu. Sesekali aku berbisik manja di tepi telinganya; sekadar memuji atau memberi pendapat tentang sesuatu mengenai majlis atau sekadar bertanya dengan lebih lanjut mengenai tetamu yang baru sahaja selesai berbual dengan kami tadi.

Teman-teman dari sekolah menengah di meja bulat bernombor 35, kami hampiri. Senior Qhuz, Senior Adly, Farah Adilla yang muncungnya diikat tocang, dan beberapa orang lagi ada sempat hadir menyambut kami dengan mesra. Semuanya mengucapkan tahniah kepada kami kecuali Farah yang terus-terusan merenung kami dengan rasa tak puas hati.

“Tahniah!”

“Sapa sangka, gaduh-gaduh punya gaduh, last-last kahwin juga korang ni…!”

“Memang secocok la korang berdua ni!”

“Tahniah la… Semoga bahagia sampai akhir hayat. Aku doakan korang cepat-cepat dapat baby!” Doa Senior Qhuz lantang bila kami sampai ke tempatnya. Tangan yang tadinya ditadah, diraupkan ke muka. Yang lain sekadar mengaminkan doa Senior Qhuz.

“Huish! Korang ni tak ada ingat benda lain!” Tegur Farriel dalam tawanya. Farriel pandang aku di sisi. Membisikkan sesuatu ke telingaku sehingga aku tertawa kelucuan. Farah yang memandang, memasukkan dua jari ke mulutnya. Aksi orang meluat tahap nak muntah-darah digayakannya. Aku buat tak pandang dengan perlakuannya itu. Senior Adly aku hampiri. Tangan yang masih memaut lengan Farriel membuatkan Farriel turut terheret sama ke tempat Senior Adly. Senior Adly tersenyum. Namun, entah bagaimana, aku dapat mengesan ada riak terkilan di wajahnya.

“Tahniah, Farriel, Adry… Aku betul-betul tak sangka kau akan kahwin dengan Adry, Farriel…” Kata Senior Adly. Tangan Farriel dijabatnya erat.

Farah di sisi Senior Adly, tak berkelip-kelip merenung Farriel dengan muka ‘selenga’nya. Bila matanya bertembung dengan mataku, cepat-cepat dialihkan pandangan ke tempat lain. Sesekali dia menjeling ke arahku. Ketua die-hard-fans Tengku Farriel Izumi, dengan segala hormatnya diminta untuk membubarkan kelab kau itu… Dah tak relevan lagi dah kelab korang tu! Farriel bukan eligible bachelor yang boleh korang rebut lagi…

“Tak kan tahniah aje kot? Hadiah tak ada ke?” Usik Farriel. Senior Adly tersenyum.

“Tuh, aku dah letak atas meja hadiah yang bertimbun tu! Nanti kau ambil aje la…” Panjang muncung Senior Adly menunjukkan ke arah meja yang sarat menampung hadiah-hadiah yang dibawa oleh para hadirin. Pandangan Senior Adly beralih ke arahku.

“Tahniah, Adry… Tak sangka junior aku ni kahwin dulu dari aku. You look so beautiful in that dress!” Pujinya. Aku tertunduk malu sebelum sempat mengucapkan terima kasih. Farriel memperkemaskan pautan tangan kami. Entah mengapa dia perlu berbuat demikian.

“Excuse me…!” Suara Hana yang datang dari belakang membuatkan aku dan Farriel berpaling.

“Kak, abang… Korang kena naik atas, tukar baju… Kejap lagi nak mula acara potong kek pulak!” Hana mengingatkan dalam nada cemas.

“Eh, okey la korang… Aku dengan AD kena naik salin baju. Lepas majlis nanti kita sambung borak, okey!”

“Wokey!”

“All right!!!”

@~@~@~@~

“Che Nan suka solekkan isteri tengku ni… Senang! Dia dah semulajadi cantik. Kulit dia lembut. Tak berparut. Tak ada jerawat. Orangnya pun mengikut kata. Tak macam sesetengah pengantin tu. Apa Che Nan kata, semua dibantahnya… Bila Che Nan solek tak cantik, mula la jaja cerita tak baik tentang Che Nan. Walhal diorang yang tak nak dengar kata!”

Farriel diam tak berketik. Sekadar duduk tegak menanti dengan penuh sabar wajahnya dibedaki oleh Che Nan.

“Tengku Farriel pun sama. Senang nak disolek. Tak banyak songel. Pulak tu, kacak orangnya… Bertuah betul sapa yang dapat kahwin dengan tengku ni…”

Aku, Hana dan Akiha mencemik muka dengan gaya tersendiri bila mendengar Che Nan membebel sambil men’touch-up’ pipi Farriel. Serasa aku, dah hampir sepuluh minit dia dok sapu bedak yang sama dekat tempat yang sama. Tak kan tak sudah-sudah lagi kot? Tak kan nak letak bedak kat muka Farriel tu sampai dia setanding dan boleh berdiri sebaris dengan pelakon opera Cina?

“Che Nan, tak sudah lagi ke touch-up muka abang tu? Diorang dah patut kena turun dah ni!” Kata Hana dengan mata merah. Mengantuk barangkali. Ye lah, orang kuat majlis la katakan…

“Ye la, ye la… Siap dah ni! Handsome dah abang Tengku Yuhana ni Che Nan solek!” Ujar Che Nan dalam nada merajuk.

Imej Che Nan yang terbias di cermin membuatkan aku hampir ketawa. Wajahnya masam, bibirnya terkumat-kamit tanpa bunyi. Pasti mengutuk Hana dalam nada bisu. Imej diri sendiri yang sudah siap didandan oleh Che Nan aku pandang dengan teliti. Cuba mengesan cela yang mungkin wujud sementara menunggu Farriel disiap di’touch-up’ sebentar tadi. Perfect! Jika rasa gembira ditambah dan dapat dipancarkan melalui wajahku ini, sudah pasti wajahku akan bertambah ceria. Aahh… Ini cuma lakonan semata-mata. Dan aku dibayar untuk semua ini. Rasa sedih yang mula bertamu, segera aku buang jauh-jauh.

“Okey, dua-dua pengantin dah siap! Che Nan keluar dulu ye…” Che Nan pantas mengemas barang bersama pembantu-pembantunya. Seketika kemudian dia berhamburan keluar. Heboh mulutnya sebaik sahaja melepasi pintu bilik hotel di tingkat tiga itu. Entah apa yang kurang elok di matanya entah la…

“Kak, bang… Kami turun dulu. Kejap lagi, dalam lima minit, korang turun ek! Nanti Hana dengan Kiha standby kat pintu masuk…”

Aku mengangguk. Farriel sekadar memandang tanpa beriak. Hana cuit Akiha yang dah ada gaya kuak lentang atas katil king size. Dengan malas, Akiha bangun dan membontoti Hana keluar dari bilik. Pintu dibuka dan ditutup. Kini cuma tinggal aku dan Farriel.

Diam. Cuma alat penghawa dingin yang berbunyi. Kami berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing ‘ketat’. Entah sebab apa. Mungkin sebab keletihan. Mungkin sebab mengantuk walaupun jam baru menginjak ke angka 11 malam. Mungkin juga kerana sudah tidak mampu berlakon mesra dan tertawa gembira kerana di hati masing-masing punya cerita lara tersendiri. Mungkin dalam ingatan Farriel kini cuma ada Marina… Segalanya mungkin…

Diam lagi. Sesaat. Dua saat. Lima saat. Sepuluh saat. Tiga puuh saat. Satu minit. Dua minit… Farriel angkat punggung.

“Jom turun!” Ajaknya. Mukanya masih serius seperti tadi. Antara rela paksa, aku bangun dari kerusi di meja solek. Gaun labuh aku perbetulkan kedudukannya. Tudung dan layah di kepala, aku perbaiki sedikit agar tampak sempurna. Tiara yang menghiasi atas kepala…

“Senget ni…” Entah bila Farriel datang menghampiriku. Tau-tau aje dah ada depan mata. Membetul-betulkan kedudukan tiara di kepalaku. Dalam keadaan kekalutan membetulkan kedudukan tiara, yang tadinya elok terletak namun akhirnya kelihatan senget ke sebelah kiri setelah diubah oleh Farriel, tangan aku dan Farriel bersentuhan. Tindakan kami terhenti. Kaku tangan kami di situ buat seketika.

Farriel memegang dan akhirnya menggenggam jari-jemariku. Kami bertentangan mata buat seketika. Dari sinar matanya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang ingin diperkatakannya. Namun, belum sempat dia membuka mulut, pintu bilik diketuk kuat. Genggaman Farriel lerai. Kami berpandangan seketika sebelum aku bergegas menghampiri pintu bilik yang terasa seperti mahu roboh diketuk dari luar. Pintu kubuka dan seorang wanita anggun berkebaya menerpa masuk dengan wajah yang masam mencuka. Diikuti dengan seorang lelaki yang segak bertuxedo.

“Ihsan?” Panggilku dari belakang pintu. Ihsan menoleh ke belakang, ke arahku. Wanita anggun tadi menerpa ke arah Farriel. Menumbuk-numbuk dada Farriel dengan kuat. Farriel cuma menundukkan kepala tanpa sedikit pun melawan. Aku agak, perempuan itu tentu Marina Irriani Joseph Abdullah… Ya, tak salah lagi! Itulah dia orangnya…

“You tipu I, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! You pujuk I, you rayu I supaya I balik Malaysia… Untuk apa, Farriel? Untuk tengok you bersanding dengan perempuan tak berkelas ni ke?” Lantang suara Marina memuntahkan amarahnya. Jari telunjuknya lurus ditunding ke arahku. Ihsan memeluk bahuku dari tepi. Seakan-akan cuba melindungi aku dari apa jua tindakan mahupun kata-kata dari Marina.

“I minta maaf... I… I memang nak bagitahu tapi… Tak ada masa yang sesuai!” Ujar Farriel perlahan. Marina menumbuk lagi dada bidang Farriel. Kali ini lebih kuat, sehingga Farriel mengaduh kesakitan.

“Jadi, bila masa yang sesuai? Sekarang? Esok? Lusa? Ke bila you dah dapat anak dengan perempuan perampas tu?” Tempelak Marina.

“Ui…! Hello! Bila pulak saya rampas dia dari awak? Kan ke awak yang tinggalkan dia?” Aku menyerang balas. Aku pun ada mulut juga. Jangan sesuka hati nak menuduh aku sebagai pesalah dalam hal ini. Aku melangkah beberapa tapak ke hadapan, menghampiri Marina dan Farriel. Tegahan Ihsan tak kuendahkan. Akhirnya, Ihsan terpaksa mengikut jejakku.

“You shut up! I’m not talking to you!” Jerit Marina. Mencerlang mata Marina memandangku. Tubuhku ditolak ke belakang. Mujur Ihsan sempat memaut lenganku sebelum aku terjatuh.

Ihsan mengisyaratkan aku supaya diam. Aku mencemik. Bengang dengan tindakan Marina. Buat hal masa majlis kahwin aku. Tunggu lepas majlis tak boleh ke? Si Farriel ni pun satu, semua salah dia! Kalau dia bagitau hal sebenar kan bagus. Ni selagi boleh nak sorok. Sudahnya, diri sendiri dengan aku-aku sendiri merana.

“Farriel! You kata you cintakan I. You kata you tak boleh hidup tanpa I. Tapi kenapa you menduakan I? I tak faham la!”

“Marina, I’m sorry okey… Ni bukan kehendak I. I kena paksa kahwin dengan nenda. You tau kan nenda I tu macam mana…”

Farriel sedaya-upaya meraih tubuh Marina, namun Marina lebih pantas mengelak. Aku yang jadi penonton free adegan pujuk-memujuk antara Farriel dengan Marina, jadi panas hati. Geram dengan perangai Marina yang menggedik. Marah dengan perangai Farriel yang buta hati. Yang si Ihsan ni apa hal pulak dok mengusap-usap belakang badan aku dari tadi ni? Konon-konon nak tenangkan aku la, ek… Lagi buat hati aku panas ada la… Tubuh aku jarakkan dari Ihsan demi untu menghentikan perbuatan Ihsan itu.

“Listen… Let me explain. I love you. Not her!”

“But you’re marrying her!”

“Yes. Tapi bukan atas kerelaan I. I kena paksa kahwin. You tinggalkan I terkontang-kanting masa I nak kenalkan you dengan famili I. I had no choice. Dia jadi pengganti you dan…”

Marina menepis lagi tangan Farriel. Pipi Farriel ditamparnya.

“Sudah la! Agaknya kalau Ihsan tak bagitau I, sampai bila-bila pun you akan terus tipu I tentang status you ni! I tak kan maafkan you! You memang penipu besar! I HATE YOU!!! I HATE YOU!!!”

Marina meluru keluar. Tanpa berfikir panjang, Farriel pantas mengejar Marina, meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.

“Farriel… Majlis kita…” … tak habis lagi… dan kau dah tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh kat sini…

Setitis air mataku jatuh. Kemudian berjuraian lagi air mata jatuh ke pipi. Bodoh! Aku memang bodoh! Menangis untuk lelaki yang berhati batu dan langsung tak berperasaan itu… Lelaki yang bergelar suami dan meninggalkan aku ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di bawah sana. Aku sememangnya bodoh kerana terbawa-bawa dengan perlakuannya sebentar tadi... Aku memang bodoh kerana gagal mengenalpasti yang mana relaiti dan yang mana fantasi…

“Awak memang tak pernah ada dalam hati Farriel. Dia tak cintakan awak. Dia cuma cintakan Marina. Kalau awak terus-menerus berharap dia akan jatuh cinta pada awak, saya takut awak akan terluka akhirnya nanti…”

Tangan Ihsan yang ingin mengesat air mataku, aku tepis dengan pantas. Jangan menangguk di air yang keruh, Ihsan…

“Berhenti mencintai Farriel. Belajar mencintai saya. Saya janji, saya tak akan sesekali melukakan hati awak…”

Aku tersenyum sinis.

“Kalau awak betul-betul tahu apa itu cinta, tentu awak tahu bahawa tidak semudah itu untuk mengalihkan rasa cinta pada orang lain… Saya tegaskan sekali lagi. Saya cintakan Farriel. Saya tak cintakan awak. Sekelumit rasa pun tak ada…”

Aku berlari meninggalkan Ihsan.

Ihsan mengepal penumbuk. Matanya cuma memandang searah.

“Aku tak akan mengalah. Aku akan pastikan yang kau akan jatuh cinta padaku juga satu hari nanti… Satu hari nanti, kau akan nampak betapa tulusnya cinta aku pada kau…”

Ihsan segera berlari keluar. Cuba menjejaki Adrynya.

Aku terus berlari ke sana ke mari. Cuba menjejaki suamiku yang kini sedang berhempas-pulas memujuk kekasih hatinya. Mascara dan make-up di muka sudah dirosakkan oleh air mata yang sekejap mengalir sekejap berhenti. Farriel… Tegarnya cinta kau pada Marina… Kalau kau tengok aku dalam keadaan yang menyedihkan sebegini, masih tegarkah engkau memilih Marina berbanding aku?

Dek terlampau letih berlari ke sana-sini dengan high-heels, aku tersandar di dinding hotel. Melepaskan lelah sambil cuba mengagak ke mana Farriel dan Marina pergi. Entah-entah mereka dah pergi jauh dari kawasan hotel ni. Maka, akan tipis la peluang aku untuk bertemu dengannya… Air mataku bertakung di birai mata dan akhirnya mengalir lagi. Dua tiga orang pekerja hotel yang lalu-lalang tak kuhiraukan lagi. Dalam fikiranku cuma ada Farriel. Dalam ingatanku cuma ada kenangan indah bersama Farriel. Yang terlayar di mataku cuma wajah Farriel. Yang meniti di bibirku cuma nama Farriel… Betapa hebatnya Tengku Farriel Izumi di mataku… Baru seketika dia ‘menghilangkan’ diri, aku sudah separuh sasau mencarinya… Walhal dia terang-terangan menunjukkan rasa cintanya pada Marina; melalui lafaz kata-kata dan perbuatannya.

Dalam kekalutan dan kebuntuan aku memikirkan tentang Farriel, tiba-tiba tanganku terasa ditarik oleh seseorang ke suatu arah. Pandangan yang sudah kabur dek air mata menyukarkan aku mengagak dan meneka orang yang menarik tanganku itu. Aku cuba melawan. Namun semakin kuat tanganku ditariknya.

Siapa?


*** Mcm biasa… Sowi… Sbb lambat upload ad+iz. Harap korang tak naik fed-up la menunggu eury yg tak-berapa-masuk-mood ad+iz minggu lps. Entah mcm mn bleh termasuk mood & feel utk story lain plak…

*** Utk yg sudi komen kat ad+iz part 17, terima kasih bebanyak… eury amat hargai. Mana yg menegur kesilapan eury, eury akan cuba ubah la mn yg ptt… yg menyokong, juga eury ucapkan terima kasih…

*** Ni just nak kongsi s/hing aje dgn korang… pada korang, ad+iz maybe cite kawin paksa, kawin kontrak versi eury… tapi pada eury, ad+iz adalah terapi cinta eury… dgn ad+iz, eury mula bangkit dr gaung yg paling dlm dan gelap tu…

eucralipse 6


“Napa ni Eury? Ko nampak pucat aje!”

Aku segera menutup dan mengunci pintu bilik. Aku diam. Cuba mengaitkan kejadian-kejadian yang berlaku ke atasku. Lelaki misteri, Bahasa Euris, kata-kata Puan Oracle, rantai lelaki misteri, rantai yang diberikan padaku….

“Cuba ko tengok ni!”

Ellisa pantas menghampiriku. Aku mengeluarkan isi kotak yang baru aku terima tadi. Kemudian aku keluarkan pula rantai dari poket bajuku. Menganga mulut Ellisa melihatnya. Seperti aku, dia juga pelik macam mana rantai lelaki misteri tu boleh sama dengan rantai yang ada dalam kotak pemberian ayahanda dan bondaku.

“Eury, mana datangnya rantai lagi satu ni...?” Soalan Ellisa lambat-lambat.

“Ayahanda dan bonda aku bagi tadi!”

Ellisa menggaru-garu kepalanya.

“Rantai ni seakan-akan sama dengan rantai lelaki tu... Betulkan?” Ujarnya perlahan. Kenyataan itulah yang membuatkan aku semakin buntu. Siapa agaknya lelaki itu?

“Aku mesti cari lelaki tu!” Tekadku.

“Aku pun rasa ko patut buat begitu.”

Seketika kemudian aku terduduk di kerusi. Di mana aku nak mencarinya?

**************

Malam tu entah kenapa aku rasa panas semacam. Aku kalih kiri tak kena. Kalih kanan pun tak kena. Pendek kata memang serba tak kena la. Hidup aku dua tiga menjak ni macam ni la…Serba tak kena! Aku ni macam dah obses pulak dengan lelaki misteri tu. Asyik fikir fasal lelaki tu dan cara nak jumpa dengan lelaki tu balik. Dan dek kerana ke'obses'an tu la, aku dah mula tunjuk minat nak belajar Bahasa Euris yang selama ini aku rasakan tak penting dan membosankan. Rantai pemberian ayahanda aku pakai manakala rantai lelaki misteri tu pulak sentiasa aku bawa aje ke mana-mana aku pegi… Manalah kot-kot dia nak muncul depan aku.

Perlahan-lahan aku turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik seterusnya keluar dari kawasan istana. Pak guard-pak guard yang jaga kat sekitar istana semua pelik tengok aku tapi tak berani tegur. Mana tak peliknya, dah pukul 3 pagi, semua orang dah tidur. Aku sorang aje jadi ala-ala vampiro cari darah manusia… Huhu! Aku tak boleh tido!! Apa nak buat ni?? Aku ikut aje ke mana kedua-dua belah kaki ni melangkah… Langkahku akhirnya terhenti di taman larangan yang diterangi cahaya Eucristar.

Sampai aje aku kat taman, aku tengok ada kelibat orang terbaring kat tengah-tengah taman sambil memandang tepat ke arah Eucristar. Puas aku kecikkan mata nak tengok sapa yang jadi vampire macam aku malam-malam buta ni? Eh… Macam… Lelaki itu je?

“Macam mana awak boleh masuk dalam taman ni?” Soalku agak kuat. Mungkin terkejut sebab lelaki misteri tu ada kat situ. Tapi dari dasar hatiku, aku rasa gembira sebab akhirnya dapat jugak aku jumpa dengan dia.

Tapi pelik ek... Macam mana dia masuk sini? Setahu aku kawasan istana ni dikawal rapi. Orang luar macam dia mana boleh sesuka hati aje masuk. Entah-entah dia terbang tak? Tak kisah la… Janji aku dah jumpa dia. Kali ni aku tak kan ‘lepaskan’ dia!

Lelaki itu diam aje. Macam tak dengar aje soalan aku tadi. Asyik benar dia merenung bintang kat langit. Takkan dia tak faham apa aku cakap kot? Dah dua minggu aku bertungkus-lumus belajar bahasa kuno Euris dengan Puan Oracle. Sampai naik tension orang tua tu mengajar aku yang tak berapa pandai @ bengap tahap 3 ni. Geram plak aku tengok dia ni. Entah-entah dia sengaja aje tak endahkan aku tak? Ke memang dia tak perasankan aku?

“Dalam masa beberapa minggu aje awak dah boleh menguasai bahasa kuno Eucris. Satu perkembangan yang baik!” Katanya tanpa sedikit pun memandangku.

Akhirnya! Keluar gak suara emas lelaki ni… Eh, jap-jap! Lelaki ni tak cakap bahasa Euris pun! Cakap bahasa seharian kami yang biasa tu aje! Entah-entah dia sengaja nak kenakan aku ari tu! Huuwaa...! Aku rasa macam nak telan hidup-hidup aje lelaki yang dah duduk mengadap aku ni...

“Awak sengaja kenakan saya ari tu, kan? Awak pura-pura tak faham apa yang saya katakan…” Jariku lurus ditundingkan ke arah lelaki itu.

Dia cuma tersenyum serentak itu dia menarik aku duduk di sisinya. Aku tergamam dengan tindakannya. Beraninya dia! Sesuka hati aje nak pegang-pegang orang… Tapi entah mengapa, aku tidak menyuarakan kemarahanku itu.

“Saya saje nak uji awak. Sebagai pewaris Eucralipse, awak patut tau tentang bahasa itu, kan?” Katanya sambil tersenyum.

Lelaki itu kembali ke posisinya tadi, berbaring mengadap bintang yang beribu di langit. Wajahnya yang ku lihat menerusi cahaya yang kelam kelihatan kacak sekali. Kalo dia tanggalkan topengnya mungkin lebih kacak lagi. Ahh..! Sapa sebenarnya lelaki ni? Napa aku terasa macam ‘rapat’ aje dengan dia. Walhal inilah kali ketiga aku bertemu dengan dia. Namanya pun aku tak tau.

“Sapa nama awak?”

Tiada jawapan darinya. Dia masih leka memerhatikan Euristar. Ya, malam ini merupakan malam Euristar bersinar paling terang dan ia terasa begitu hampir dengan kami. Seperti boleh dicapai.

“Nama saya…”

“Puteri Eury… Saya tau!” Potongnya.

“Mana awak tau?”

“Sapa yang tak kenal puteri tunggal Raja Esqandar dan Permaisuri Eurika? Waris tunggal Eucralipse…”

Tanganku melekap ke dahi. Bodohnya aku! Dah tentu semua orang kenal aku… Aku kan anak raja negara ni! Poyo betullah aku ni… Kami diam. Akhirnya, setelah penat mendongak menala ke langit, aku berbaring di sebelahnya. Merenung Euristar di atas sana, seperti malam-malam sebelum ini. Bezanya, malam ini aku berteman.

Beberapa ketika kemudian dia bangun. Berdiri dan mengibas-ngibas pakaiannya.

“Saya kena balik sekarang.” Langkahnya laju, semakin menjauh.

“Nanti!” Tegahku.

Lelaki itu berpaling ke belakang. Aku berlari-lari anak mendapatkannya.

“Ni... Rasanya ini awak punya!”

Rantai itu bertukar tangan. Dia merenung rantai digenggaman seketika. Kemudian dikalungkannya ke leher. Ada riak kelegaan terpancar di wajahnya.

“Bila kita boleh jumpa lagi?” Soalku tanpa sedar.

Isk, malunya... Sepasang anak matanya bersinar, merenungku di bawah cahaya Eucristar. Entah kenapa renungannya membuatkan hatiku berdebar-debar. Pipiku serta-merta menjadi hangat.

“Esok...”

“Esok? Kat mana? Sini?” Soalku agak gelojoh.

Dia senyum. Tidak menjawab. Dan terus berjalan meninggalkan aku termanggu-manggu di situ.

“Nama awak sape?” Jeritku. Masih enggan melepaskannya.

Lelaki itu berhenti melangkah. Namun dia tidak lagi berpaling ke arahku.

“Rei... Reizu...” Katanya sebelum berlalu pergi.

**************

Aku pusingkan badan 360 darjah. Kosong. Tiada satu pergerakan pun kedengaran apatah lagi kelihatan. Apa sudah jadi? Macam dah diserang musuh aje Akademi aku ni... Bunyi derapan kaki yang semakin hampir membuatkanku menoleh. Merah padam muka Ellisa akibat keletihan.

“Eury! Napa ko lambat datang? Ko patut tengok ni!”

Keningku bertemu. Kehairanan tahap dewa menerpa.

“Tengok ape?”

Ellisa pantas menarik tanganku. Memaksa aku berlari dengan kelajuan yang sama dengannya. Ke padang. Lautan pelajar akademi membanjiri padang. Riuh-rendah dengan suara sorakan, jeritan dan tepukan tangan. Uiks... Ada apa plak ni?

Pelajar-pelajar kursus pengurusan pantas memberi hormat apabila menyedari kedatangan kami. Mereka membuka ruang kepada aku dan Ellisa untuk melihat apa yang berlaku di tengah-tengah padang.

Dua orang pelajar sedang bertarung tanpa senjata. Okey. Ni mesti keje budak-budak pertahanan ni. Diorang aje suka berlagak tak tentu fasal. Asal selisih faham sket, mula la nak tunjuk kehebatan masing-masing. Agak sengit nampaknya... Dua-dua sama handal. Sekilas pandang, aku tau Egart yang berada di tengah padang. Patut la Ellisa teruja semacam. Aku tak pasti siapa lawan Egart kali ini. Yang pasti budak tu bukan kekurangan skil, Cuma kurang bijak membuat pertimbangan terhadap Egart.

Isk... Diorang ni tau peraturan akademi ke tidak? Mana boleh sesuka hati mak bapak diorang aje nak berlawan kat kawasan sekolah. Dalam gelanggang belajar tak pe la. Itu pun di bawah pengawasan tutor atau mentor masing-masing.

“Yang pakai baju warna biru tu pelajar baru... Dah lebih 30 minit diorang lawan. Tapi En. Artemis tak suruh-suruh diorang berhenti! Kesian aku tengok budak baru tu. Dah macam agar-agar dikerjakan oleh Egart!”

Aku perhatikan pelajar baru yang dikatakan Ellisa. Hmm... Bertopeng... Darah mengalir dari dahi dan mulutnya. Dia benar-benar tidak berdaya untuk menahan apatah lagi membalas serangan Egart. Seperti yang kami jangkakan pelajar baru itu akhirnya rebah ke tanah. Dan aku tersedar sesuatu... Reizu!

“Cukup!”

Semua hadirin terdiam. Masing-masing tunduk memberi hormat kepadaku kecuali Esmet yang berdiri gah di sebelahnya, En. Artemis, tutor seni pertahanan diri.

“Atas dasar apa perlawanan ini dijalankan, En. Artemis?”

“Atas dasar persahabatan, Puteri Eury... Pelajar baru ini minta saya mengajarnya. Dan ini merupakan salah satu ujian yang dikenakan bagi mengetahui tahap kemampuannya.”

“Satu ujian? Betul ke ini satu latihan atau ada muslihat di sebaliknya?”

Berubah air muka En. Artemis mendengar suara aku yang semakin keras. Esmet melangkah ke hadapan.

“Eury, ini memang peraturanl untuk menguji kemampuan pelajar baru. Ko pun tahu prosedur sebegini memang dari dulu dijalankan. Mengapa tiba-tiba ko membantah pulak?”

“Ada yang tak masuk akal di sini. Dia pelajar baru. Kenapa Egart yang menjadi lawannya? Bukankah Egart terlalu handal buat pelajar baru sepertinya?”

Esmet terdiam. Begitu juga yang lain-lain. Aku pasti ini mesti kerja Esmet. Esmet memang kaki pembuli. Ada aje rancangannya nak mengenakan orang. En. Artemis pulak jadi 'balachi'nya. Ni tak boleh jadi. Aku mesti gunakan kuasa veto aku. Kan aku ada mandat besar memandangkan akademi ni kepunyaan Eucralipse.

“Perlawanan tamat. Bersurai!” Ujarku lantang.

Semua pelajar mula angkat kaki.

**************

“Jangan!” Reizu menepis tanganku. Aku terpinga-pinga.

“Napa?” Aku teruskan perbuatan yang tergendala. Sekali lagi tanganku ditepis ketika cuba membuka topengnya.

“Rei, saya cuba nak rawat awak, okey!” Kataku dengan nada bengang. Kami sudah berada di bawah pokok Bor yang besar. Ellisa cuma memerhatikan kami dari jauh, dengan ditemani Egart. Dengan bantuan Egart, kami mengangkat Reizu ke taman botani berhampiran Akademi Eucralipse.

“Saya tak ape-ape.”

“Tapi, mulut awak berdarah, dahi awak... lebam sana-sini. Patut ke saya suruh pihak pentadbiran amik tindakan ke atas En. Artemis dan Esmet? Ei, Esmet dengan En. Artemis tu memang sengaja nak kenakan awak. Diorang ingat diorang tu sape?”

Reizu tak beriak. Tetap tenang. Tangannya mengurut-ngurut belakang badan. Mungkin tergeliat akibat dihempas dek Egart tadi.

“Rileks la, Puteri Eury. Saya okey. Tak mati lagi. Lagipun, saya anggap tu semua sebagai cabaran.”

“Panggil saya Eury...” Arahku. Reizu nampak teragak-agak. Tapi bila aku berkeras, dia terpaksa menurut.

“Napa awak datang sini?” Sapu tangan aku serahkan padanya. Mengisyaratkan Reizu supaya mengesat kesan darah di wajahnya.

“Kan saya janji nak jumpa awak semalam...”

“Ooo... Saya ingat awak nak jumpa saya kat taman larangan...”

“Saya orang biasa, Eury. Sekali dua, boleh la saya 'menceroboh' masuk ke taman larangan istana.”

“So, sekarang awak dah jadi pelajar Akademi Eucralipse?” Soalku.

“Nampaknya macam tu la... Harap awak boleh bagi tunjuk ajar pada saya.”

“Dah tentu boleh... Sebagai bakal pemerintah Eucralipse, saya mengalu-alukan kedatangan awak ke akademi diraja ini!”

“Terima kasih, Eury!”

Kami diam. Reizu masih menelek bahagian badannya yang cedera. Aku mencabut-cabut lalang di sekelilingku. Berbunga rasa hati bila tahu aku akan bertemu Rei setiap hari. Nampaknya, makin rajin la aku ke akademi.

“Esmet tu sapa? Saya dengar dia tunang awak, ek?” Tanpa emosi Reizu bertanya.

“Aaa...” Kelu lidah nak menjawab.

“Saya anggap jawapan itu sebagai 'ya'... Padan la dia dengan awak. Putera Planet Segi dengan Puteri Planet Eucralipse.”

Aku terus diam. Enggap mengulas apa-apa. Biarpun seluruh Eucralipse merestui dan mengangkat Esmet sebagai tunangku, tapi jauh di dasar hatiku, aku masih mencari 'seseorang' untuk berkongsi rasa hati ini. Dan orang itu bukan Esmet kerana kami langsung tak ada keserasian.

Egart menjeling ke arah Eury dan budak baru tu. Ada rasa tak senang timbul di hatinya. Sape budak tu? Dah la bertopeng. Gaya aje dah mencurigakan. Teknik seni mempertahankan diri dia pun lain aje dari orang yang ada di Eucralipse.

“Sape budak baru tu? Rapat semacam aje dengan Eury!”

Ellisa menoleh ke arah Eury. Bukan main galak Eury ketawa. Seingatnya sudah lama Eury tidak ketawa sebegitu. Semenjak Eury mendapat tekanan dari ibu bapa dan kaum kerabatnya.

“Kata Eury, si Rei tu yang tolong dia masa kitorang kena serang kat hutan hari tu. Jangan risau, rasanya Rei tu baik orang!”

Egart mencemik. Sukar menerima kata-kata Ellisa. Dia curiga dengan Rei. Gerak hatinya mengatakan bahawa Rei bakal mengganggu apa yang telah direncanakannya.

Tuesday, July 21, 2009

ad+iz Part 17


“Farriel? You wat pe kat sini?”

Farriel rasa nak jadi halimunan aje tatkala Marina berada betul-betul di belakangnya. Nak tak nak, suka tak suka, dipalingkan juga tubuh badannya mengadap Marina. Ligat akal di kepala memikirkan alasan terbaik untuk diberikan kepada Marina.

“Aaa… I cari baju untuk function… You tau la, kan… Jadi orang korporat ni sana-sini ada function…” Tergagap-gagap Farriel mereka alasan. Matanya tak henti-henti dijelingkan ke arah fitting room. Berharap AD tak keluar saat itu.

AD, bertahan la kat dalam tu… Tunggu sampai aku bawa minah ni keluar dari sini dulu…

“You nak pergi function ape? Biar I pilihkan…” Ujar Marina. Dia mula bergerak ke deretan pakaian lelaki. Memilih pakaian yang sesuai untuk Farriel.

“Aaa… Tak payah la… I dah tengok semua dan tak ada yang sesuai. Why don’t we go kedai lain. Maybe kat situ ada yang sesuai…” Farriel berdoa bersungguh-sungguh agar Marina termakan dengan kata-katanya.

“Yeah, I baru ingat. Ada satu kedai a few blocks from here… Diorang ada banyak collection tau! You nak pergi tengok?”

“Of course! Jom kita pergi sekarang!”

Farriel mengucap syukur. Tangan Marina dikepit dan didorongnya agar segera keluar dari situ. Sempat dia mengerling ke belakang; melihat AD yang kepalanya dah terjulur keluar melihat dirinya dan Marina berlalu pergi. Wajah AD yang berpeluh-peluh itu meruntun hatinya. Mulut dikumat-kamitkan.

‘Sorry, AD! I will make it up for you… Sorry!'

@~@~@~@~

Midah tak senang duduk. Mula-mula kerusi meja makan diletakkan punggungnya. Tak sampai lima minit, dia bangkit semula. Mundar-mandir di sekitar ruangan rumah yang sempit. Zalika yang tadinya khusyuk menonton, mengerling ke arah emaknya.

“Napa dengan mak ni? Macam cacing kepanasan aje!”

“Akak kamu, si Adry tu… Betul ke dia dah berhenti keje?”

“Betul la! Ika tanya sendiri pada kawan dia kat butik tu. Lagipun dah dua tiga kali Ika pergi butik tu, memang dah sah akak tak keje situ lagi!”

“Isk… Ada kamu tanya kat mana dia keje sekarang? Macam mana nak hubungi dia?”

“Ika dah tanya, tapi kawan dia yang kerek tu tak nak bagitau! Panas aje rasa hati!”

Midah mengepal penumbuk. Hilang jejak Adry bermaksud dia kehilangan ‘lubuk emas’nya. Selama bertahun-tahun Adry menanggung mereka sekeluarga. Dia sudah lama tak bekerja sejak berhenti dari menjadi GRO. Dia sudah berusia. Tempatnya sudah ada penggantinya. Yang lebih muda dan seksi. Nak harapkan suaminya? Bakar hanya memegang gelaran itu tanpa tahu melaksanakan tanggungjawabnya. Zalika baru aje mendapat pekerjaan. Namun anaknya itu tak pernah ingin menghulur walau sesen. Bakhtiar pula lebih suka melepak, tersidai di sana-sini bersama kawan-kawannya. Cuma Adry yang setia menurut kehendak hatinya.

“Ika kena usahakan cari Kak Adry!”

“Nak cari kat mana? KL? Gombak? Klang? Bumi ni luas la mak!”

“Cari aje la kat mana-mana! Hutang TV, sofa, duit sewa rumah, bil-bil semua sapa nak bayar? Kamu?”

“Apa pulak Ika yang kena bayar? Kan selama ni Kak Adry yang bayar!” Melengking suara Zalika mendengar kata Midah.

“Sebab tu la mak suruh kamu cari dia. Nak minta duit dari dia. Jangan dia ingat dia dah besar panjang, dah pandai cari duit, dia boleh lupakan kita macam tu aje. Penat-penat aku bela dia, dah besar jadi kacang lupakan kulit pulak! Ko pun kena la bagi mak duit. Jangan habiskan dengan berjoli aje!”

Zalika kumat-kamitkan mulut. Mengejek kata-kata emaknya. Matanya sedikit pun tak berganjak dari peti televisyen. Malas memikirkan tentang kakak tirinya itu. Baginya, Adrianna langsung tak bererti. Yang membuatkan dia terus bercakap dengan Adrianna adalah soal duit. Kerana dengan Adrianna, dia boleh mengugut, memperbodohkan gadis itu untuk mendapatkan wang. Dengan emaknya, alamat keluar la isi telinga dibebel tak henti-henti. Penghabisannya, duit tak dapat, telinga dapat sakit…

Bakhtiar yang datangnya entah dari mana, meluru masuk ke dalam rumah. Daun pintu kayu yang hampir reput segera dirapatkan. Besi selak pintu dimasukkan ke tempatnya. Kemudian dia tersandar di situ. Melepaskan lelah. Peluh yang membasahi muka dan bajunya langsung tidak dihiraukan.

“Hah! Tiar, baru sekarang jumpa jalan balik? Dah dua minggu mak tak nampak kamu. Kamu ke mana?” Sinis Midah menyoal. Bakhtiar yang masih tercungap-cungap sekadar memandang ke arah emaknya.

“Mak! Mak kena tolong Tiar mak!” Tubuh sang ibu dihampiri dan digoncangnya.

“Tolong ape pulak ni, Tiar? Kamu bergaduh dengan kawan-kawan kamu lagi ke? Ke kamu kaco anak dara orang?!” Melulu Midah mengeluarkan soalan. Bakhtiar mengeleng-ngelengkan kepala. Menidakkan tuduhan emaknya. Zalika yang menonton sekadar mendengar. Sesekali tawa sinis dilemparkan ke arah adiknya yang dah mula menarik-narik lengan baju emaknya, merayu rasa belas dari Midah.

“Bagi Tiar pinjam RM 20 ribu, mak… Tiar janji, besok-besok Tiar keje, Tiar akan bayar balik duit mak tu!”

“RM 20 ribu? Banyaknya! Ko ingat mak ni Zeti Aziz, gabenor Bank Negara tu ke? Mana mak nak cekau duit sebanyak tu?” Tinggi suara Midah menyoal.

“Ala… Tiar tau mak banyak duit! Ni, mak beli TV baru, sofa baru! Tak kan mak beli dengan air liur je kot?” Panjang telunjuk Bakhtiar menunding ke arah ruang tamu yang dahulunya cuma ada kerusi rotan buruk dan tv hitam putih.

“Ni semua hutang, Tiar... Kak Adry kamu yang bayar tiap-tiap bulan. Sekarang ni Kak Adry kamu dah hilang entah ke mana. Langsung tak kirim duit. Kalo dia bagi pun berapa sangat la. Tak sampai ribu-ribu pun!”

“Mak tipu! Tak kan la Kak Adry tak kirim duit. Kan ke dia takut sangat mak bakar barang-barang arwah mak dia tu. Mesti dia ada bagi duit tapi mak sorok, kan? Mak nak guna untuk diri mak, kan?” Tuduh Bakhtiar keras.

Midah mengeleng. Tak tahu bahasa apa yang patut digunakan untuk menerangkan letak duduk perkara sebenar kepada Bakhtiar. Bakhtiar tak mati akal. Dia menerpa ke sofa pula. Kaki Zalika digoncangnya.

“Kak, ko mesti tau mana mak sorok duit, kan?! Tunjuk kat aku, kak! Aku betul-betul terdesak ni!” Desak Bakhtiar.

“Eh, Tiar! Ko ni tak faham bahasa ke? Dah mak kata tak ada, tak ada la! Memang betul pun Kak Adry tak bagi duit lagi sekarang ni. Dia pun dah berhenti keje kat butik tu! Dia dah hilang! Aku dengan mak pun tak tau nak cari dia kat mana!”

Bakhtiar terkedu mendengar bicara kakaknya. Sangkanya Midah berbohong. Tapi bila Zalika turut mengiyakan pernyataan emak mereka tadi, dia mula termakan dengan cerita ‘kehilangan’ Adrianna.

“Arghh! Tiar tak kisah! Walau macam mana pun, akak dengan mak kena tolong Tiar. Kalo tak, mati Tiar!”

“Apa ko dah buat Tiar?” Soal Midah gelojoh. Bahu anaknya ditepukya kuat.

“Tiar… Tiar pinjam duit dari Ah Long…” Tergagap-gagap Bakhtiar menjawab.

“Ya Rabbi, Tiar… Ko tau tak ape ko dah buat?” Midah capai batang penyapu di sudut ruang lantas mendapatkan Bakhtiar. Bakhtiar memeluk kedua-dua belah kaki di atas sofa, ketakutan apabila dapat mengagak tindakan emaknya sebentar nanti.

“Ko sedar tak apa ko dah buat? Ko pun sama macam bapak ko! Tak sudah-sudah menyusahkan hidup aku! Cuba la ko keje baik-baik... Hari tu baru aje hutang bapak ko selesai. Ni ko pulak wat hal!” Jerit Midah lantang. Tubuh Bakhtiar dipukul berkali-kali oleh Midah. Menggelepar Bakhtiar menahan kesakitan.

“Tiar tak sengaja, mak… Tiar kalah judi, kalah race motor… Tolong la Tiar, mak… Ah Long tu ugut nak bunuh Tiar! Ah Long tu asyik ikut Tiar aje dua tiga hari ni!”

Tiba-tiba pintu rumah diketuk kasar dari luar. Midah, Zalika dan Bakhtiar duduk diam membatu seperti disumpah dek ibu Tanggang. Mulut terkunci rapat. Mata masing-masing melolot memandang papan pintu yang bergegar akibat ketukan ‘tetamu tak diundang’. Kecut perut apabila mengingatkan kata-kata Bakhtiar sebentar tadi.

“Sapa?” Soal Midah dengan suara menggeletar.

“Kami nak cari rumah keluarga Cik Adrianna Mayesa.” Suara parau lelaki kedengaran jelas dari luar rumah. Masing-masing berpandangan dan mengerutkan dahi. Midah berjalan ke pintu. Selak ditarik dan pintu dibuka. Dua orang lelaki berpakaian kemas dan bercermin mata gelap, tegak berdiri di muka pintu.

“Kami mencari ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali Cik Adrianna Mayesa.” Kata salah seorang lelaki tersebut dalam satu nafas.

“Ada apa hal tu, encik?” Soal Zalika yang sudah merapati Midah.

“Ada beberapa soalan yang perlu kami tanyakan.” Ujar lelaki kedua. Langsung tiada kemesraan di raut wajah masing-masing.

“Kalo kami dapat jawab soalan-soalan berkenaan Adrianna yang encik berdua kemukakan, apa ganjaran yang kami akan dapat?” Midah menyoal lagi.

Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri seraya menganggukkan kepala. Midah dan Zalika berbalas pandangan. Merasakan lelaki-lelaki tersebut akan menuruti kehendak mereka, senyuman penuh makna terukir di bibir masing-masing.

@~@~@~@~

Papp! Prranggg!

Farriel hampir terdorong ke depan. Mujur orang yang melanggar sempat memaut lengannya. Kalo tak, tentu dia dah tertunam ke lantai lobi.

“Maaf! Saya tak sengaja!” Ujar lelaki itu dengan rasa bersalah.

“Tak ape! Saya pun tak tengok kiri kanan tadi. Main redah aje.” Balas Farriel tanpa memandang wajah lelaki tersebut. Sibuk dia mengutip isi fail yang dah berterabur. Lelaki itu mencangkung. Turut mengutip setiap helai A4 yang terlambak di lantai. Dan mereka bertentangan mata tatkala kertas diserahkan.

“Aril! Farriel, kan?”

“Adly! Headboy Sri Bistari, kan?” Farriel tersenyum girang melihat teman lama yang berdiri di hadapannya.

Jika sewaktu dulu, dia paling benci terserempak dengan Adly. Ada aje yang tak kena dengan dirinya pada mata Adly. Namun kini, dia menganggap pertemuan ini suatu keajaiban alam. Mereka bersalaman dan berpelukan. Lagak teman akrab yang terpisah lama; bertanya khabar dalam suasana mesra.

“Lama betul la tak dengar cite fasal ko. Last aku dengar fasal ko, ko pindah ke luar negara. Menetap kat sana. Macam mana ko boleh ada kat sini pulak ni? Tak tersangkut dengan mana-mana minah Mat Salleh? Ke ko dah angkut dia balik sini sekali?”

Adly tersengih.

“Mana ada. Aku lebih suka pompuan Malaysia yang sopan-santun dari minah Mat Salleh yang lepas-laku tu. Lagipun famili aku ke sana sebab nak berubat. Ko tau kan, ayah aku tu ada sakit jantung.”

Farriel mengangguk beberapa kali. Tahu akan penyakit yang dihidapi oleh ayah Adly sejak mereka bersekolah lagi.

“So, sekarang ayah ko macam mana?” Soal Farriel sekadar berbasa-basi.

“Orang tua, tau aje la… Nak kata sembuh seratus peratus tu memang tak boleh la. Ada masa-masanya, datang juga penyakit dia. Ko sekarang keje kat mana?”

“Hmm… Mana lagi. Company bapak aku la! Jadi manager cikai.”

Tawa Adly pecah.

“Manager cikai? Mustahil la!”

“Hehe… Ko pulak keje mana?” Giliran Farriel pula bertanya.

“Aku keje kat syarikat guaman kawan aku. Tolong-tolong dia sket. Dapat la dua tiga ratus…” Jawab Adly dengan penuh rasa rendah diri.

“Peguam! Not bad. Memang ada ciri-ciri la… Tapi napa tak keje kat company ayah ko aje?”

“Isu sensitif tu!”

“Sensitif?”

“Mak tiri aku dah hijack company ayah aku sejak dia jatuh sakit. Semua benda mak tiri aku uruskan. Ayah aku cuma bagi nasihat atas angin aje. Aku malas nak campur, apa lagi nak keje bawah dia. Kang tak fasal-fasal jadi perang saudara pulak. Ko tau aje la, berapa kerat sangat la mak tiri baik dengan anak tiri dalam dunia ni… Sebelum jadi benda tak baik, baik aku yang keje kat tempat lain. Lagipun aku bukan kemaruk sangat nak jadi ahli korporat. Belajar pun amik bahagian law.”

“Eh, okey la ek! Aku blah dulu. Ada meeting dengan client jap lagi. Minta contact number ko. Kot-kot boleh lepak kedai mamak ke mana-mana ke esok lusa…”

Adly dan Farriel mengeluarkan kad masing-masing. Kad nama bertukar tangan.

“Okey! Lain kali aje la kita borak panjang!” Farriel atur langkah ke car park. Tak sampai lima langkah dia menepuk dahi. Teringat akan sesuatu.

“Eh, lupa pulak! Terlanjur dah jumpa ni, aku nak ajak ko datang majlis kawin aku.”

“Ko? Kawin? Biar benar?” Adly tersengih. Tak percaya dengan status Farriel yang dah setapak di hadapannya.

“Betul la. Ingat tak ada orang suka kat aku ke?”

“Hehe… Aku tak kata, ko yang kata gitu. So bila and kat mana tu?”

Poket seluar diseluknya. Mencari sesuatu di situ. PDA dikeluarkan. Maklumat berkenaan majlis perkahwinan Farriel pantas direkodkan.


@~@~@~@~

Entah apa mimpi Farriel aku pun tak tau. Tiba-tiba aje ajak aku makan kat hotel. Aku syak, ni kes dia nak tebus kesalahannya gara-gara kami ‘terkurung’ kat fitting room kelmarin. Mula-mula aku tolak pelawaannya. Bagi alasan nak siapkan assignment dan letih. Tapi bila tengok muka kesian dia tu, aku rasa tak sampai hati pulak. Lagipun aku malas nak masak malam ni. Bersiap ala kadar, setakat pakai baju yang bersesuaian dengan tempat yang kami nak pergi, kami pun bertolak pergi dengan keretanya.

Tepat jam 8.30 malam, kami dah masuk dalam ruang restoran. Bila pelayan tunjukkan meja, baru la aku tahu yang Farriel awal-awal lagi dah tempah meja itu. Dan meja yang ditempah oleh Farriel agak tersorok dan terpisah dari meja-meja yang lain. Seakan mahu privasi tersendiri. Dua jam kami di restoran itu dan sepanjang dua jam itu juga la aku dilayan baik oleh Farriel. Aku dihidangkan dengan makanan yang enak dan cerita-cerita pelbagai genre dari Farriel. Langsung tak ada kata-kata berunsurkan perlian, sinis, double-meaning atau apa-apa. Semuanya telus dan ikhlas. Kami bercerita tentang apa sahaja dalam suasana riang dilatari gesekan biola yang bergema di segenap ruang restoren. Sesekali aku tertawa bila dia melawak. Orang sekeliling yang memandang mungkin akan menyangka kami adalah pasangan bahagia.

Jam 10.30 malam, kami bertolak pulang. Kira-kira sejam kemudian kami tiba di rumah. Ketika melangkah masuk ke rumah itulah Farriel dengan tanpa diduga menghulurkan beg kertas bersaiz sederhana kepadaku.

“Apa ni?” Soalku pelik. Namun ada senyuman terukir di bibir. Mood dari restoren tadi masih bersisa. Farriel membalas senyumanku. Entah mengapa, aku dapat merasakan kelainan pada diri Farriel malam ni. Pandangan lunak dilemparkan ke arahku.

“Aku nak ko pakai. Dan datang ke bilik aku.” Katanya.

Ha? Pakai? Masalahnya apa yang ada dalam beg kertas ni? Kostum Superman? Ultraman? Entah-entah kostum badut tak! Tak tergamak aku nak pakai…

“AD, dalam masa 30 saat aku nak ko ada dalam bilik aku!” Ujar Farriel yang dah berdiri kat tengah-tengah anak tangga.

Lawak apakah ini? Langkah kuhayun juga ke bilik. Isi beg aku lambakkan. Menganga mulutku. Biar betul?! Gaun biru laut bercorak abstrak separas lutut, siap dengan satu set accessories lagi; subang, rantai dan rantai tangan. Ei, mesti mahal ni! Tak kan macam ni sekali gaya dia nak pujuk aku. Padahal aku bukan merajuk betul-betul pun. Cuma marah sket aje sebab kepanasan duduk dalam fitting room yang sempit tu. Rasa-rasanya, masa aku membebel minta ‘ganti rugi’, paling teruk pun aku minta dibelanja makan aje. Tak ade la sampai tahap beli-beli benda-benda macam ni… Ei, sah demam si Farriel! Entah-entah ni barang dia nak bagi Marina tapi terbagi kat aku… Haru betul angau mamat seekor ni!

“AD!! Dah siap ke belum?!” Jerit Farriel dari luar.

“Aa… Kejap-kejap!”

Tombol pintu aku tekan. Mengunci dari dalam. Karang dibuatnya Farriel meroyan buka pintu, tak fasal-fasal aje dia tengok ‘wayang’ free. Malas nak fikir panjang-panjang, gaun tu aku ambil dan pakai. Begitu juga dengan accessories yang ada. Imej di cermin aku pandang. Okey, tapi macam ada yang kureng… Hah, mata! Eyeshadow warna sedondon dengan baju dan mascara aku kenakan. Sedikit blusher dan lipstick. Setelah memastikan penampilanku tak keterlaluan, aku menapak ke bilik Farriel. Dalam pada tu, aku cuba meneka-neka apa ‘tugasan’ yang ingin diberikan padaku.

Lagu I’ll Be nyanyian Goo Goo Dolls menampar ruang dengar sebaik sahaja pintu biliknya dibuka. Tubuh Farriel kucari. Kiri, kanan, tak ada… Memandang pula ke luar, di balkoni rupanya… Pantas kujejaki Farriel di situ. Berdiri di sisinya yang lengkap ber’tuxedo’. Macam nak pergi majlis formal pulak. Bezanya, majlis diadakan di rumah dan aku pakai baju paling sempoi tanpa tudung di kepala. Hmm… Sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum ini… Dan seperti dirinya, aku juga menengadah ke langit. Memandang ke arah bulan yang mengambang penuh; dikelilingi beratus juta bintang-bintang.

“Ko ingat tak, ko pernah kata kat aku… Orang yang memandang ke arah bulan dan bintang tanpa orang tersayang di sisi atau dalam hati adalah orang yang paling sunyi di dunia…” Ujar Farriel tenang tanpa sedikit pun menoleh ke arahku. Tapi kata-kata tu menyusup terus ke dalam hatiku.

'Dia ingat? Kata-kata tu aku lafazkan lapan tahun lalu… Tak sangka dia masih ingat! Falsafah zaman budak-budakku itu masih utuh dalam ingatannya.'

“Ko ingat lagi?” Soalku penuh takjub.

‘Mustahil aku lupa, AD! Segalanya tentang diri ko aku ingat. Semacam ada satu ruang khas bagi diri ko dalam kotak memori aku ni…’

“Hmm… Bila dengar ko cakap macam tu, memang aku rasa nak tergelak. Tapi bila fikir-fikir balik, ada juga kebenarannya.” Jawab Farriel.

‘Tapi aku tak rasa falsafah masa aku umur 15 tahun tu tak boleh digunapakai saat ini. Ko ada di sebelah aku sekarang, malah ko juga merajai hati aku. Tapi, aku tetap merasakan bahawa aku lah orang yang paling sunyi dan sedih di dunia ini. Sebab aku bertepuk sebelah tangan… Sebab aku tak membawa sebarang makna pada diri ko…’

Farriel mengalih pandang. Dari dada langit ke arahku. Kami bertentangan mata. Mulut terkunci rapat. Hanya mata kami ‘berkata-kata’.

Farriel teruja melihat sepasang mata AD yang bersinar-sinar di bawah cahaya rembulan. Sungguh, dia tidak dapat memikirkan mana-mana wanita yang dapat menandingi kecantikan AD pada malam ini. Tidak sesiapa walaupun Marina Irriani atau mana-mana Miss Universe.

‘AD… Kenapa ‘rasa’ ini semakin kuat tatkala bersama ko? Kenapa mudah benar ko masuk dan curi hatiku, cintaku?’

Entah mengapa, aku terasa seperti ada ruang ‘reserved’ dalam diri Farriel untuk aku malam ini. Ruang yang membolehkan aku ‘masuk’ ke dalam hatinya. Ruang untuk aku lebih mengenalinya.

‘Kalo masa boleh dihentikan, biarlah ia berhenti ketika ini… Ketika aku dan Farriel bertentangan mata… Ketika aku merasakan yang Farriel juga mempunyai rasa cinta yang sama sepertiku…’

“Kau nampak cantik malam ni…” Pujinya antara dengar tak dengar. Ghau! Naik darah merah ke pipiku. Walaupun aku tak pasti ikhlas ke tidak pujiannya itu. Tapi aku benar-benar dapat merasakan keikhlasannya pada malam ini. Dan pujian Farriel aku terima dengan hati yang girang. Senyuman paling manis aku ukirkan buatnya.

“Benda ni bunyi macam bodoh sket tapi… Ko sudi tak nak menari dengan aku? Kalo tak nak aku tak paksa. Mesti ko kutuk aku dalam hati, kan? Ye la, mesti ko fikir permintaan bawah tanah apa la yang aku buat ni… Tak pun ko ingat aku ni terlebih minum fat burner ke apa-apa…”

Aku tersenyum mendengar Farriel menceceh. Sebelum dia bertukar jadi mak nenek, jari telunjuk aku letakkan di bibirnya. Menghentikan bebelannya. Farriel tersentak. Serta-merta kata-katanya terhenti di situ. Mukanya merah. Mungkin menahan malu.

“Aku tak kutuk ko… malah aku sudi nak menari dengan ko…”

Menganga mulut Farriel mendengar jawapanku. Namun dia cepat-cepat katup mulut dan menghulurkan tangan kanannya. Aku letakkan jari-jemariku dalam genggamannya.

“Tapi aku nak bagitau sesuatu…”

Farriel pandang mataku. Bertanya dengan hanya sepasang anak matanya.

“Aku tak pandai menari! Langsung tak pandai. Tapi aku pernah tengok filem Sayang… You Can Dance! Mungkin boleh membantu? Boleh ke?”

Farriel ketawa kecil. Tawanya seakan irama indah di cuping telingaku. Ahh…! Apa jua yang berkenaan Farriel malam ini memang elok dan indah sahaja pada pandanganku.

'AD… AD… Dalam pada nak wujudkan suasana romantik ni, ko sempat lagi buat lawak tahap anak cipan! So cute!'

“Tak ape. Aku pun bukan pandai sangat. Ko just ikut aje step aku… Slow dance tarian yang paling mudah. Mesti ko cepat pick-up punya!” Ujar Farriel penuh yakin. Tapi keyakinan aku sifar. Aku memang la tak berseni orangnya. Badan kayu, urat dawai, kepala batu, hati besi… Hehe!

Aku cuba menghayun badan seiring dengan Farriel dan muzik yang bergema. Tapi perkara yang mudah bagi Farriel memang sesuatu yang payah bagi aku.

“Ouch! AD!”

“Adoi! AD kaki aku…!”

“AD, jangan la buka langkah besar sangat!”

Aku berhenti menari. Tangan kualih dari tubuhnya. Berpeluk tubuh dengan muncung sepanjang muncung angsa di hadapannya. Lagu I’ll Be versi Goo Goo Dolls berputar entah untuk kali ke berapa di speaker yang disambung ke laptop. Masa tu la aku terasa ada dejavu dalam perbuatan yang kami sedang lakukan ni.

“Malas la nak join idea tiga suku ko ni! Dah la memang obviously tiru scene dalam cite Aa+bB si Hlovate tu... Dengan lagu-lagu sekali ko copy cat! Langsung tak ada originality!” Rungutku.

“Okey, memang aku tiru scene dalam buku tu. Tu pun sebab ko kemaruk sangat dengan Benz Alif and Addin dalam cite tu. So, aku cuba la wat dalam versi AD and Izumi pulak!” Terangnya bersungguh.

“Lagipun, aku tak tau nak minta maaf macam mana dari ko… fasal kejadian kat butik tu…” Sambungnya perlahan.

Ooo… Ni kes nak minta maaf la ek? Aku garu dagu yang tak gatal. Play along aje la… don’t ruin the moment, bisik hati kecil.

“Fasal kejadian kat butik tu, aku dah maafkan. Tapi fasal menari ni, memang aku tak boleh handle. Sebab aku memang kayu… aku…”

Giliran Farriel pula ‘mendiamkan’ aku dengan jari telunjuknya yang runcing. Serta-merta pandangan kami bertaut. Tanganku diraihnya semula dan diletakkan di pangkal lehernya.

“Just look straight into my eyes and let your body flow with the music… Learn and dance by your heart… Don’t think…” Bisiknya di tepi telingaku.

Lagu I’ll Be berlalu pergi. Diganti pula dengan You And Me dari Lifehouse. Dan kali ini, dengan mudahnya aku dapat menari. Dengan hanya memandang ke arah anak mata Farriel, aku dapat membaca gerak kaki kami di bahagian bawah.

What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive
I can’t keep up and I can’t back down
I’ve been losing so much time…

Suara serak-serak basah sang penyanyi menyelinap masuk ke telinga. Dengan hanya memandang ke arah anak mata Farriel, aku lupa tentang segala-galanya. Yang ada cuma aku dan dia… Dan ada rasa aneh menghangatkan tubuhku dari kedinginan malam. Apa yang aku rasakan kini sungguh aneh dan tidak dapat digambarkan dalam apa jua bentuk kata-kata…

Dengan jarak wajah lebih kurang 4 inci, walaupun kepalaku sedikit terdongak memandang ke arah wajahnya, jelas di pandanganku sinar cinta di matanya. Aku jadi terkeliru. Cinta di matanya untuk siapa? Aku atau Marina? Sapa yang terkeliru sekarang ni? Aku yang terkeliru menafsir cinta Farriel atau Farriel yang terkeliru dengan siapa dia menari sekarang?

‘Cause it’s you and me
And all of the peole with nothing to do
Nothing to lose
And it’s you and me and all other people
And I don’t know why
I can’t keep my eyes off of you

Farriel seakan enggan membenarkan kelopaknya berkelip walaupun sekali; sedangkan perbuatan itu cuma memakan masa kurang sesaat. Dia mahu matanya terus dijamu dengan wajah AD yang cantik disinari cahaya bulan. Dan pemandangan yang terindah di dunia Cuma kelihatan di dalam anak mata AD.
'Sungguh… aku dah jatuh cinta pada Adrianna Mayesa… Dan perasaan itu lebih dalam dari apa yang pernah aku rasakan ketika bersama Ann dan Marina…'

One of the things that I want to say just aren’t coming out right
I’m tripping on words
You’ve got my head spinning
I don’t know where to go from here

Dan segala perkataan dan bahasa yang wujud di dunia seolah-olah tenggelam bersama-sama tarian mereka yang semakin lancar dan mengasyikkan. Sungguh, tiada satu apapun yang melintas di fikirannya kini. AD membuatkan dia lupa akan segala-galanya. Hanya AD yang bisa berbuat begini kepadanya… Hanya AD…

There’s something about you now
I can’t quite figure out
Everthing she does is beautiful
Everything she does is beautiful


Dan tatkala AD tersenyum dengan sepasang anak matanya yang bundar, hampir-hampir sahaja Farriel mengucup kedua-dua belah kelopak mata AD dek keterujaannya dengan ciptaan Allah itu. Mujur irama lagu yang berhenti turut menghentikan tarian mereka.

Lagu You and Me dendangan Lifehouse berakhir. Tarian kami turut berakhir. Kedua-dua tangan kualihkan dari tubuh Farriel. Begitu juga dengan Farriel. Kami tegak berdiri mengadap sesama sendiri. Cuma memandang, merenung dan menatap wajah masing-masing tanpa sebarang kata.

Jika tadi kami seumpama sepasang penari yang begitu rapat sehingga boleh membaca langkah pasangan kami, tapi kini kami tak ubah seperti orang asing yang sekadar berpampasan di kaki lima. Langsung tidak mengenali patah lagi berkongsi apa jua perkara. Dia Tengku Farriel Izumi. Di tubuhnya mengalir darah kerabat diraja. Anak salah seorang ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Bakal menerajui syarikat warisan keluarganya. Aku cuma Adrianna Mayesa. Anak yatim piatu yang tak tahu asal-usul. Cuma punya ibu agar tak disalah-sangka sebagai anak buluh betong. Berbintikan Ismail al-Hussein yang entah siapa orangnya atau entah macam mana rupanya. Namun seribu kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi. Sekurang-kurangnya aku berbapa. Bukan anak luar nikah. Walaupun tidak pernah sekali aku melihat wajahnya.

Latar muzik berganti dengan lagu-lagu dari kelompok seberang. Vocalist Republik mendendangkan lagu Hanya Ingin Kau Tahu dalam nada yang mendayu menjadikan suasana semakin sayu. Cahaya cinta di mata Farriel semakin pudar. Entah mengapa, aku dapat merasakan ini merupakan kali terakhir aku dan Farriel dapat berduaan begini. Entah mengapa, aku merasakan yang selepas ini hubungan kami akan bertambah renggang walaupun kami bakal digandingkan dalam majlis resepsi lusa. Entah mengapa…

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Kami sekadar berpandangan… Ada rasa sayu menerpa masuk di kamar hatiku. Wajah ini… Wajah Farriel ini serasanya telah lama bersemadi dalam jiwaku. Jika benar dia bukan ditakdirkan untukku, bisakah aku melupakannya kelak?

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami
Ku fikir ku salah mengertimu…

'AD… Sengaja aku ciptakan kenangan manis bersama ko malam ini. Kerana malam ini akan kukenang untuk seumur hidupku. Malam yang cuma dikongsi oleh ko dan aku… Malam yang mana aku, lelaki yang gagah perkasa tertunduk lemah dek kerana panahan matamu… Malam yang menyaksikan betapa terlewatnya aku mentafsirkan rasa hatiku sehingga ko ‘terlepas’ ke tangan Ihsan… Dan dengan kenangan yang ada ini, aku akan mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan kaum kerabatku. Aku akan bebaskan ko dari ‘penjara’ perkahwinan kontrak ini agar ko boleh berbahagia hidup dengan lelaki yang ko cintai…'

“Aku balik bilik dulu…” Ujarku perlahan bila Farriel langsung tak berketik dari tempatnya berdiri.

Dengan berat hati, ku alihkan jua anak mata dari terus mengamatinya. Berharap ingatanku akan cukup kuat untuk terus mengingati wajahnya seandainya kami berpisah kelak. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini…

Ooo… Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

“Okey…” Balasnya. Aku palingkan tubuh darinya. Air mata jernih itu, entah bila bertakungnya, sedar-sedar aje dah jatuh ke pipi. Belakang tapak tangan kuangkat. Pura-pura menggosok mata disertai gaya menguap; tanda mengantuk. Aku tak mahu dia tahu aku menangis. Biarlah aku ‘dibuang’ dengan cara terhormat. Biarlah dia anggap aku langsung tiada perasaan padanya. Itu lebih mudah.

Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup…

Rasanya mahu sahaja aku melaungkan kalimah cinta saat ini kepadanya. Agar dia tahu bahawa aku menyintainya. Agar dia tahu aku tak mahu dia mengahwini Marina yang tak stabil cintanya, yang berubah-ubah cintanya. Serasanya ingin sahaja aku merayu agar dia menyintaiku dan melupakan Marina. Kenapa? Kenapa dia tak boleh mencintai aku?

'Panggillah aku Farriel… Panggillah… Katakan ko mencintai aku. Katakan ko perlukan aku. Katakan ko tak mahu berkahwin dengan Marina. Katakan la Farriel…'

“AD…”

Aku tersentak. Langkahku mati. Air mata yang tadinya bertali arus, pegun di tubir mata. Aku cuma memandang pintu kayu dengan pandangan kosong. Langsung tak menoleh. Atau lebih tepat aku takut untuk menoleh. Takut diejek kerana menangis. Menangis kerana aku sudah kalah dalam permainan kahwin kontrak ini.

“AD… Selamat malam…”

Laju semula air mataku menuruni pipi. Jangan bermimpi, Adry… Mana mungkin enggang bergandingan dengan pipit! Ini bukan zaman fairytale lagi! Tak semua kisah cinta berakhir dengan happy ending…

Langkah kuatur kembali ke pintu bilik. Melekat tapak tangan di tombol pintu. Entah kenapa payah benar aku nak memulas tombol itu malam ini. Iz…

“Iz…”

“Huh?”

“Bila ko dah bersedia nak bagitau keluarga ko tentang Marina dan perkahwinan kontrak kita, tolong bagitau aku… Aku nak pergi, tinggalkan tempat ni sebelum semua benda tu jadi…”
'…sebab aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan semua orang bila perkara sebenar dah terbongkar. Sebab aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan wajah kecewa nenda, Hana, Akiha dan yang lain-lain… Dan yang paling penting, bagaimana nak berhadapan dengan ko bila kita dah berpisah nanti…'

“Kalo itu permintaan ko… aku… aku akan turutkan…” Jawab Farriel. Serak suara Farriel ketika menjawab. Namun aku dah tak mampu berfikir mengapa suaranya jadi sebegitu. Aku lebih senang memujuk hatiku yang lara.

Tombol pintu aku pulas dengan segenap kudrat yang tersisa. Longlai langkah kuayun keluar dari situ.

Ooo… Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

Daun pintu aku tutup rapat. Seperti tertutup rapatnya hati Farriel terhadapku.

‘Iz… aku cintakan ko… terlalu cintakan ko…’

Di balik pintu, Farriel masih pegun berdiri di tempatnya. Memandang kosong ke arah daun pintu yang tertutup rapat.

Ooo… Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

‘AD… aku cintakan ko… kalo la ko tau…’

@~@~@~@~

Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke situ, malam itu digagahi juga kaki ke kelab malam yang menjadi pilihan golongan VVIP itu. Niatnya cuma satu. Nak melepaskan tekanan yang menyesakkan kepalanya sejak balik dari bertemu Adry siang tadi. Dengan pakaian formal seperti ingin ke pejabat, dia duduk berteleku di salah sebuah meja di situ. Coke dalam gelas disedut perlahan-lahan. Kepala didongakkan. Memandang ke segenap ruang yang dipenuhi manusia-manusia dahagakan hiburan duniawi. Anak-anak muda terkinja-kinja sana-sini di bawah lampu berwarna yang malap sinarnya, seiring dengan irama lagu yang dimainkan. Beberapa orang gadis cuba menghampiri dan berbual dengannya.

“Dah lama I tak nampak you kat sini. Ke you dah ada port baru? Boleh I join you minum?” Soal gadis berbangsa Tionghua yang hanya memakai tube dan skirt singkat itu. Ihsan senyum segaris. Tubuh dijarakkan dari gadis seksi itu. Rimas dengan perlakuan gadis yang terliang-liuk di tubuhnya itu. Dia langsung tak ingat namanya. Dia cuma tahu yang dia pernah bertemu gadis Tionghua itu beberapa kali di sini.

“I banyak keje. If you don’t mind, I nak sendirian malam ni. Please…” Pantas dia menolak dengan lembut ajakan gadis itu.

“Okey! But if you need my companion, I’ll be there…” Jari runcingnya menunjuk ke satu arah. Ihsan sekadar mengangguk. Gadis itu berlalu. Ihsan tarik nafas kelegaan. Kad jemputan yang dihulurkan oleh Adrianna siang tadi, dikeluarkan dari kocek baju.

“Kalo tak sibuk, jemput la datang…”

Hatinya sakit dan berdarah. Seumpama belati menusuk terus ke hatinya tatkala kata-kata itu diluahkan oleh Adry. Kad bertulisan keemasan itu ditatap buat ke sekian kalinya. Berharap bukan nama Tengku Farriel Izumi yang tertera di atas nama Adry tetapi namanya, Tengku Ihsan Nur Qayyum.

“Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami ko?” Keluhnya.

Pandangan dibuangkan secara rawak ke sekitar ruang kelab semula. Dan pandangannya jatuh pada seorang gadis kacukan yang bersendirian di mejanya. Sekadar memandang sekeliling dengan wajah masam. Pandangannya jauh tanpa arah. Seolah-olah memikirkan sesuatu perkara yang maha berat. Ihsan bangun dari tempatnya. Menghampiri si gadis.

“Hai, Marina! Sorang aje ke?” Tegur Ihsan.

Marina yang ketika itu berada dalam alamnya sendiri terkejut sebelum mengukir senyuman bila menyedari gerangan yang menegur.

“Ihsan! What a pleasure to see you here!”

Marina bangun. Mengucup kedua-dua belah pipi Ihsan; cara menyapa gaya masyarakat di Barat. Ihsan tersenyum manis. Mengenali Marina beberapa tahun dahulu membuatkan dia langsung tidak terkejut dengan tingkah-lakunya. Apatah lagi dia sudah biasa melihat perlakuan sebegitu ketika menuntut dahulu. Cuma sesuatu yang baru diketahui beberapa bulan dahulu adalah kedudukan Marina dalam hati sepupunya, Farriel.

Ihsan duduk sebaik sahaja dipelawa dengan mesra oleh Marina.

“I tak tau you pun lepak sini… I selalu juga datang tapi tak pernah pulak nampak you!” Kata Marina dalam nada terkejut.

“Dulu I used to hang around here. Sekarang busy!”

“Hehe… Ye la tu. You memang busy memanjang! Awek sana-sini. Mana lekat kat satu tempat.” Gurau Marina. Ihsan tersenyum. Tunduk, mengakui bad habitnya yang lalu.

“So, you ni sorang aje ke? Boyfriend mana?” Soal Ihsan. Entah mengapa dia langsung tak ingin bercerita bahawa Farriel itu sepupunya. Pada Marina, dia cuma sekadar rakan sekerja Farriel. Bukan bersaudara.

“Boyfriend I, si Farriel tu mana nak lepak tempat-tempat macam ni. Dia tu ‘ustaz’ sket. But, I love him. You know what, kami nak kawin tau tak lama lagi… I can’t wait to be his wife! The one and only wife of Tengku Farriel Izumi!” Ujar Marina dalam ke'teruja'an. Ihsan mengetap gigi. Nampak sangat yang Marina tak tahu status terkini Farriel.

Farriel, apa ko dah wat? Hidup-hidup ko tipu minah separa omputih nih!

“But lately I pelik la… Farriel tu asyik berangan aje. His mind seems wandering around. Tak tau la fikir fasal ape. You guys keje satu office, kan? Ada problem ke kat office?” Soal Marina ingin tahu. Ihsan cuma diam. Dalam dirinya berperang; sama ada perlu atau tidak bercerita tentang perkara sebenar kepada Marina.

“Marina, I think you need to know something…” Ihsan bersandar di kerusi. Dia kelihatan rileks namun cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku sebentar nanti; ketika pekung Farriel telah dibuka.

“I need to know what, Ihsan?” Marina mula cuak melihat wajah dan nada suara Ihsan yang berubah menjadi serius tiba-tiba. Ihsan mengunjukkan kad itu kepada Marina. Marina kerut dahi.

“Apa ni?”

“Kad jemputan kawin.”

“Huh? You nak ajak I temankan you ke? You tau kan, I bukan minat sangat nak pergi majlis kawin macam ni. Kalo party, clubbing tu, I minat la!”

“Cuba tengok dulu. I pasti you akan ber'minat' untuk menghadiri majlis ni sebaik sahaja you tengok nama pengantinnya!” Desak Ihsan.

Nak tak nak, kad warna merah pink itu disambutnya. Dalam cahaya samar-samar, dibacanya satu persatu perkataan yang tertera di situ.

“…majlis perkahwinan… Tengku… Farriel Izumi??” Ada jeritan kecil terlahir di hujung ayatnya. Buntang matanya sebaik sahaja menyedari nama Farriel tertera di situ. Berkali-kali dia membaca, cuba memastikan apa yang dibacanya sebentar tadi itu betul. Bukan khayalan.

“What kind of joke is this, Ihsan?” Tinggi suara Maria menyoal.

Ihsan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.

“Farriel tipu you selama ni. Dia dah kawin on the day you left him lagi, which means six to seven months ago. Ni cuma majlis resepsi aje, majlis nak kenalkan isterinya kepada saudara-mara dan kawan-kawan. His cheated on you selama ni!” Terang Ihsan.

Marina mengeleng-ngelengkan kepalanya. Seakan-akan enggan menerima hakikat itu dari mulut Ihsan. Badannya menggeletar akibat menanggung kemarahan yang memuncak. Kini dia mulai tahu sebab-musabab Farriel berubah laku sejak kebelakangan ini.

Patut la bukan main payah lagi nak bertemu… Patut la Farriel selalu berangan entah ingat-apa-benda bila bersama dengannya… How could you do this to me, Farriel? Tapi, kenapa dia ajak aku kawin? Pelik…

“Ihsan, you ni saje nak mainkan I, kan? Come on la, stop the joke! Tak baik ‘kenakan’ majikan you sampai macam ni sekali!” Desak Marina.

“I tak main-main, Marina. I tak dapat ape pun kalo I mainkan you. For your information, I dengan Farriel sepupu. And Adrianna Mayesa yang kawin dengan Farriel tu cinta hati I… I want her so badly to be my wife! But Farriel yang double-triple-player tu dah sambar dia dulu!” Kata Ihsan geram.

Marina pegang kepala. Tertekan dengan kenyataan yang dihidangkan padanya malam ni.

“Kalo Farriel dah kawin, then why dia pujuk I balik ke Malaysia? Keluar dengan I, ajak I kawin… Tak masuk akal la!”

“Diorang kawin atas permintaan nenek I, I mean nenek Farriel juga la… Kira macam kawin paksa. There’s no spark of love at all!” Tegas Ihsan. Marina picit kepala lagi. Masih cuba mencerna informasi yang didengar.

“Then apa suggestion you? Apa I patut buat? I want my Farriel back!”

“Kita wat plan. Kita ‘pisah’kan mereka!”

Mata Ihsan dan Marina bersinar-sinar dalam kesamaran cahaya.


*** First at all, eury nk minta maaf lambat upload coz ada internet problem yg mmg la menyakitkan hati (don’t even ask n mentioned it again to me) & eury mmg tak kan upload apa-apa cite selagi tak puas hati dgn hasilnya… bg eury, quality is important than quantity…

*** Secondly, eury nk tanya. Apa pendapat korang ttg scene romantic yg eury tulis dr part 1-17? Over sgt ke sampai kena classified 18sx? baru2 ni ada yg bg email berbaur lucah pd eury. Frankly, it was so irritating. Then eury mula muhasabah diri. Maybe sbb karya eury yg ada scene over romantic wat diorang bg email sebegitu. So, I need your responses. Kalo positif yg scene2 ad+iz ada yg sampai tahap 18sx, maka eury akan menulis ad+iz dgn gaya yg lebih sopan lepas ni. Or… should I stop writing it???

*** Atas sbb musabab tertentu, playlist eury tak kan main scr automatic. Takut ada yg x suka dgr muzik. So, sape2 nak dgr lagu feel free to click huh… lagu yg eury guna dlm ad+iz semua ada kat situ… TQ

Thursday, July 16, 2009

ad+iz Part 16


Suasana kafe berdekatan fakultiku havoc seperti selalu. Macam-macam ragam manusia ada. Yang tengah kebulur tahap rakyat Somalia khusyuk mengadap hidangan. Yang tak berapa lapar, akan makan sambil control ayu @ macho; berbual dan sesekali menyudu makanan. Yang langsung tak lapar @ tak berduit pulak sekadar menjadi pemerhati atau peneman kepada sahabat yang tengah mengisi perut. Untung sabut, dapat la makan free, dibelanja dek kawan-kawan atau couple. Untung batu, amik bau aje la...

“Ko dah betul-betul sihat ke ni?” Satu soalan kedengaran, diikuti dengan satu tepukan di lenganku. Lamunan yang melayang entah ke mana, terhenti. Senyuman lemah aku lemparkan pada Erin.

“Okey! Demam biasa aje. Wat pe nak lama-lama.” Jawabku.

“Ko dengan Farriel? Dah okey belum?”

Aku mengeluh perlahan. Namun sempat didengar dek Erin.

“Macam tu la. Dia dengan hal dia. Aku dengan hal aku.”

“Ko dah cakap fasal Ihsan dengan dia?”

“Tak sempat. Masing-masing sibuk memanjang. Biar aje la.” Padahal aku dan Farriel masing-masing malas nak bercakap fasal benda-benda tu. Kalo memang betul jodoh kami tak panjang, biar la kami berpisah dengan cara baik. Cara terbaik untuk itu, adalah mengenepikan isu-isu sensitive dari dibincangkan. Dapat berbual macam kawan-kawan pun dah kira okey bagi aku. Jus carrot aku sedut perlahan-lahan.

“Tak boleh la macam tu. Nanti dia fikir bukan-bukan. Dari tak ada, jadi ada pulak. Kan susah!”

Aku merengus. Malas nak sesak-sesakkan fikiran. Bila sampai masanya, aku akan fikirkannya. Wat masa sekarang, aku nak rehatkan otak dari fikir perkara-perkara yang membebankan fikiran tu.

“Naluri aku kuat mengatakan yang Farriel pun ada hati dengan ko. Korang ni saling suka sama suka. Tapi ego nak berterus-terang. Cuba ko cakap perasaan ko pada dia.”

“Wat ape? Nak malukan diri sendiri. Lagi berpesta dia bila tau aku dah jatuh dalam ‘perangkap’ dia…” Leher ku panjangkan. Meninjau-ninjau ke kedai dua dari hujung. Usha sama ada nasi goreng seafood yang aku dan Erin pesan tadi dah siap atau belum.

“Susah! Ko kepala batu. Dia kepala konkrit. Memang padan la korang berdua!”

Aku diam. Malas nak bertekak. Orang cakap memang senang. Aku yang menanggung ni yang rasa susahnya. Bagi aku, Farriel tu susah nak dijangkakan. Kadang-kadang aku rasa macam dia pun ada hati pada aku. Kadang-kadang aku rasa aku cuma bertepuk sebelah tangan. Sudahnya, aku yang keliru!

“Hah! Tu dia dah datang…” Pandangan kualihkan ke arah yang sama dengan Erin. Memandang Ihsan yang macho melangkah ke arah kami. Berkot warna maroon, kemeja pink, slack hitam, kena pulak dengan cermin mata yang elok terletak di batang hidungnya yang mancung.

Kalo ikut hati, aku memang tak nak jumpa dengan Ihsan lagi dah. Nak-nak lagi lepas dapat tau yang Ihsan ada hati padaku. Aku dah punya cukup masalah untuk dibebankan dengan masalah hati Ihsan pula. Tapi, yela… Menyorok mana la pun kat kampus ni, mesti akan berjaya dijejaki oleh Tengku Ihsan Nur Qayyum ni. Setakat area kat kampus ni, semua dalam kepala dia. Seolah-olah ini tempat jatuh bermainnya.

Dan Ihsan seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada warga kampus ni. Ihsan memang peramah. Tak kira lecturer ke, student ke, pekerja kampus ke, asal rajin buka mulut, jadilah mereka berborak. Pendek kata, dia ni memang disukai ramai dan popular la. Buktinya? Dah nak setengah tahun aku belajar kat kampus ni, dah nak sekerat kotak TV 14 inci juga la banyaknya surat peminat Ihsan yang aku terima. Semuanya menyuruh aku mengajukan surat cinta mereka kepada Ihsan. Dan Ihsan dengan mentah-mentahnya juga la akan menolak surat-surat tersebut di hadapanku.

“Kalo yang menghantar surat itu bukan bernama Adrianna Mayesa, saya tak berminat nak membaca apatah lagi nak melayan!” Itu aje ayat yang keluar dari mulutnya. Sedikit pun tak disentuhnya surat-surat tu.

Hmmm… Langsung berhenti makan anak-anak dara yang ada kat kafe ni. Ternganga mulut masing-masing memandang Ihsan. Berharap Ihsan akan memberi perhatian atau sekadar memandang ke arah mereka. Masing-masing hampa bila melihat Ihsan menarik kerusi di hadapan mejaku, lantas duduk. Cermin mata hitam ditanggalkan. Sepasang matanya tajam merenungku. Seakan ingin melepaskan rindu terhadapku.

Erin bingkas bangun sebaik sahaja dijerit oleh anak tuan kedai makan. Padanya kuhulurkan sejumlah wang dan berpesan agar dia mengambilkan pesananku sekali. Tingal aku dan Ihsan. Dan aku terperasan sesuatu di wajah cerah Ihsan. Sesuatu yang turut dimiliki oleh Farriel. Kesan lebam yang sudah tidak ketara warna kebiruannya. Mungkin sudah mulai sembuh, seiring dengan masa yang berlalu. Kalo dengan Farriel, aku langsung tidak bertanya kerana pada saat itu aku pasti bahawa kesan lebam tu bersangkut-paut dengan kekasihnya, Marina. Tapi bila Ihsan turut ada ‘tanda’ yang sama, aku mula sangsi dengan andaianku sendiri.

“Napa tu?” Jari telunjuk kuarahkan ke tepi pipi kanannya. Dekat dengan bibir. Ihsan serta-merta meraba kesan lebam di pipi.

“Oo… Ni?” Aku angguk kepala. Ingin tahu.

“Ni… Cara dua orang lelaki ‘bermesra’. Cara dua orang lelaki menyelesaikan masalah berkenaan pompuan. Dan seharusnya pompuan tu berasa bangga sebab dua orang lelaki sanggup bertarung deminya.” Mata Ihsan ‘menghantar’ mesej yang aku tak boleh nak tafsirkan.

Dengar jawapan Ihsan yang ‘dalam’ maksudnya itu, aku jadi malas nak bertanya lagi. Nanti entah apa-apa jawapan pulak yang keluar dari mulutnya.

“Awak dari mana ni? Nampak letih aje.” Pantas aku ubah tajuk perbualan.

“JB!”

“Straight datang sini?” Terkejut aku mendengar jawapannya.

“Haah. Saya kena sampai sini sebelum atau masa makan tengah hari. Kalo tak, tak dapat la jumpa awak. Petang nanti memang tak dapat ‘melawat’ ke sini. Ada banyak keje. Awak pun ada kuliah sampai kol 6 kan?”

Aku angguk. Kadang-kadang, aku rasa Ihsan lebih tau dan prihatin mengenai diriku. Jadual kuliahku. Due date assignment. Presentation. Buku-buku yang aku perlukan. Sehinggalah kepada perkara peribadiku. Contohnya tarikh lahirku.

“Mana tau tarikh lahir saya?”

“Kan kita mendaftar sama hari tu. Your personal details, kan saya pernah tengok…”


Mungkinkah benda-benda seperti itu lebih ‘melayakkan’ Ihsan menjadi suamiku, bukan Farriel? Itukah ukurannya? Bukan hati dan perasaan? Bagaimana dengan rasa cinta?

“Tak letih?”

“Memang letih. Tapi kalo tak tengok awak sehari, lagi ‘letih’ rasanya hati dan badan ni. Tak pe. Hari ni aje. Ganti tempat Aril.”

“Farrielnya mana? First projek dia kan yang kat JB tu?”

“Yap! Your hubby tu, saya tak tau la pergi mana. Pagi-pagi lagi dah hilang. Handphone tak aktif. So, saya terpaksa la jadi bidan terjun kejap.”

Ke mana Farriel? Pagi-pagi lagi tadi dia dah keluar. Sangkaku dia ke pejabat.

“Adry, lama lagi ke saya nak kena tunggu jawapan awak terhadap lamaran saya hari tu?”

Aku terkejut mendengar soalannya. Lamaran?

“Saya dah jawab pun lamaran awak tu!”

“Ye ke? Apa jawapannya?” Ihsan garu kepala. Lupa ke wat-wat lupa?

“Saya tak boleh terima awak. Sama ada Farriel ada atau tak, saya memang tak boleh terima awak lebih dari seorang kawan. Saya tak cintakan awak.”

“Hmm… Persistently rejected. Tak pe. Just be with me. Tak lama lepas tu, mesti awak jatuh cinta pada saya.” Pintanya.

Aku geleng kepala. Ingat jatuh cinta ni macam ape? Aku sedar, Ihsan dah banyak berbudi padaku. Memang aku teringin nak membalas budinya itu. Tapi kalo cinta yang diharapnya sebagai pertukaran, memang aku tak berdaya untuk membalas. Maaf Ihsan, soal hati ni memang berada di luar kawalan aku.

“Nasi Goreng Seafood siap! Makan jom!” Ujar Erin sebaik sahaja tiba di meja bersama-sama dua pinggan nasi goreng. Duduk aje, terus dicapainya sudu dan garfu. Tanpa berlengah, sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulut.

“Ihsan, awak tak nak makan ke?”

“Nope! Thanks. Saya dah makan tadi!”

Tanpa mengendahkan Ihsan yang masih tak jemu-jemu merenung dengan mata mengharapnya, aku suap makanan depan mata. Lantak la ko nak wat ape pun. Aku nak makan. Lapar tahap tenuk dah ni!

@~@~@~@~

Nenda Nerrisa menyelak satu-persatu helaian album. Terhias di matanya wajah-wajah Farriel dan adik-adiknya sewaktu kecil. Tak ketinggalan, gambar anak-anak dan cucu-cucunya yang lain.

Tiba pada gambar perkahwinan Adrianna dan Farriel, lama matanya merenung gambar tersebut. Dikeluarkan pula album lama dari raknya. Diselaknya perlahan-lahan. Dan bila matanya jatuh pada wajah kanak-kanak berusia 12 tahun, dikeluarkan gambar itu. Kemudian diletakkan bersebelahan dengan wajah isteri cucunya.

Setitis air matanya jatuh ke pipi. Terasa susut rindunya menatap kedua-dua gambar tersebut.

“Ann… Rianna…”

Dia mula mengerti mengapa Farriel memilih Adrianna sebagai isteri. Persamaan yang secara kebetulan berlaku. Memang suatu kebetulan yang indah. Dan tiap kali bersama Adrianna, dia tidak mampu menepis bayangan Ann yang terlayar di hadapan mata tuanya. Kemanjaan, tingkah-laku, cara Adrianna melayaninya benar-benar membuatkan dia merasakan bahawa Ann ada dalam diri Adrianna. Mungkinkah ada sebegitu banyak kebetulan?

@~@~@~@~

Riuh-rendah suara aku, Akiha dan Hana ketika masuk ke rumah dengan menjinjing barang-barang untuk dibuat hantaran. Saudara-mara, jiran-jiran dan sekelian hadirin yang ada di situ tertoleh-toleh ke arah kami. Ops… Lupa pulak! Diorang berkampung, menyiapkan mana-mana yang patut untuk majlis perkahwinan aku minggu depan.

“Nenda!” Jeritku sebaik sahaja terpandangkan Nenda Nerrisa yang tengah memantau ‘anak-anak buah’nya bekerja. Seperti kebiasaannya, aku akan memeluk dan mengucup pipinya, bertalu-talu.

“Rindu sangat dengan nenda!” Luahku. Tangan masih berlingkar di tubuh Nenda Nerrisa. Nenda tersenyum sambil menepuk-nepuk tanganku. Tanda dia senang diperlakukan begitu.

Akiha dan Hana cuma tersenyum melihat telatahku dan nenda. Berdehem-dehem mereka menyuruh aku melepaskan nenda kesayangan mereka. Seketika kemudian kami berempat berbual riang. Bercerita itu dan ini. Meng’update’ kisah semasa berada di shopping komplek tadi kepada nenda tersayang. Nenda cuma mengangguk, sesekali ketawa dengan gelagat cucu-cucunya.

Tengku Murni Hadirah yang muncul dari entah di mana sekadar menjeling. Meluat dengan kehadiran Adrianna di rumah nendanya. Sepupu-sepupunya pulak macam sengaja memboikot kehadirannya di situ. Sedikit pun tidak mengendahkannya. Dengan hati yang separuh masak dipanggang api cemburu, dia menghampiri mereka berempat. Muka dimaniskannya.

“Murni! Mari la join! Kami tengah bincang macam mana nak gubah hantaran ni!” Pelawaku sebaik sahaja menyedari Murni berdiri terpacak di sisi sofa yang nenda duduk. Tawa nenda, Hana dan Akiha terhenti tatkala menyedari kehadiran Murni yang berwajah masam tu. Aku agak, kalo selori gula ditabur pun, belum tentu dapat me’neutral’kan kemasaman wajahnya.

“Nenda, Mak Ngah panggil kat atas. Katanya nak bincang fasal aturcara majlis.” Kata Murni tanpa riak.

“Ish si Khalidah ni! Aku yang dah tua ni pulak disuruhnya ke atas… Bertuah punya anak!” Rungut nenda. Namun dia tetap mencapai tongkatnya dan bangun dari sofa.

“Biar Hana pimpin!” Hana offer diri.

“Kiha nak ikut juga!” Akiha melompat bangun. Sama-sama mereka memimpin nenda ke tangga. Keadaan rumah masih riuh-rendah dengan suara-suara mereka yang hadir bercerita. Tu namanya, sambil menyelam minum air. Tangan jalan, mulut pun sekali jalan.

Aku yang bingung tak tahu nak buat apa, dan ditambah pula ketakutan dengan mata Murni bak helang mengintai mangsa yang terus-menerus merenungku, ambil keputusan untuk menjejaki nenda di tingkat atas. Masa aku berselisih dengan Murni, tiba-tiba minah gaya-gaya garik diraja ni sengaja wat-wat terlanggar bahuku. Sket-sket tak ape juga! Ni kuat, sampai aku nak tersembam ke depan. Bahu minah ni besi ke hape?

Dengan bulu mata lentik ala-ala unta kat gurun Sahara, dia memandang ke arahku yang dah tentu-tentu berwajah kelat dan sebal dengan perangai taiko tak bertaraf dia tu.

“Nama aku TENGKU MURNI HADIRAH. Panggil aku Tengku Murni. Ko tau kenapa ada gelaran tengku kat pangkal nama aku? Sebab ada darah kerabat diraja mengalir dalam badan aku ni... Ko pulak just orang kebanyakan. Tak setaraf langsung dengan aku! Faham?” Katanya sinis.

Alahai… Berlagaknya! Entah berapa titik darah raja sangat la yang ada dalam badan dia tu. Sebab darah yang tak seberapa titik tu, aku dikatakannya tak setaraf dengan dia? Farriel dari golongan kerabat juga. Tapi dia langsung tak nak orang panggil dia tengku. Hana, Akiha dan sepupu-sepupunya yang lain, semua ada gelaran tengku, tapi selamba badak aje bahasakan diri ‘ko-aku’, ‘bro-sis’, atau apa-apa kata ganti nama yang tak formal bila berbual dengan aku. Abangnya, Ihsan pun tak kisah satu bulu roma pun dengan tengku kat pangkal namanya. Dia ni aje yang lebih kuah dari sudu!

“Tengku Murni Hadirah Tengku Makmur…”

Murni wat muka riak bila aku mengalah dengan memanggil namanya beserta gelaran yang dimiliki.

“Sesungguhnya gelaran tersebut hanyalah sekadar gelaran; yang mungkin membezakan taraf kita di dunia ini. Tapi di sisi Sang Pencipta, kita ni sama aje. Apapun, saya pacal yang hina ni memang malas nak berbalah tentang pangkat atau gelaran ni… Yelah, sapa la saya ni, kan… Langsung tak setaraf dengan tengku. Tengok tapak kaki aje pun dah nampak bezanya. Boleh tanya? Dah berapa hari tengku tak basuh kaki? Busuk la! Naik loya tekak saya!”

Abis aje cakap, cepat-cepat aku tinggalkan Murni… Ops! Tengku Murni Hadirah yang muka dah macam udang galah kena bakar. Tak kuasa nak melayan! Buang karan, buang tenaga, buang air liur, buang pahala…

@~@~@~@~

Masuk ni dah 5 pasang gaun pengantin aku cuba, pakai dan tayang depan Farriel. Kelima-lima pasang baju ni juga la di’reject’ dek Farriel. Tak cantik la, warna nampak dull la, nampak semacam la… Ada aje la komennya. Walhal semua baju tu okey aje pada pandangan aku. Semua cantik.

Rasa nak kemot-kemotkan aje mulut dia yang lantang memberi komen ala-ala Adlin, pengkritik AF tu. Dia yang buta fesyen, disalahkan pereka baju pula. Aku ni dah nak angin satu badan gara-gara kena pakai tanggal baju. Nasib baik ini semua atas permintaan nenda dan mama si Farriel. Kalo tak, memang malas aku nak mengikut mamat ni pilih baju.

Asalnya baju untuk majlis resepsi tu dah ada. Baju kebaya pendek warna hijau pink, satu sut dengan baju Melayu untuk Farriel. Baju tu kami akan pakai masa bersanding nanti. Tiba-tiba pulak Hana muncul dengan idea bernas; suruh kami pakai baju lain masa acara potong kek. Katanya, cuba la pakai gaun; baju pengantin versi Barat pulak. Yelah, nikah kawin ni sekali aje seumur hidup. Dah la aku kawin express, kalo nak melaram maka ‘pulun’ la habis-habisan masa majlis ni. Bila cadangan bernas Hana dah disokong penuh oleh Akiha, nenda dan mama, aku dan Farriel dah tak ada pilihan lain melainkan mengikut kata mereka. Nak tak nak terpaksa la aku mengikut langkah kaki Farriel ke butik ni. Kalo ikut hati aku, memang aku tak teringin pun nak jejak ke mana-mana butik pengantin terutama sekali dengan Farriel. Teringat kembali saat-saat aku terserempak Farriel bersama Marina. Ei, sakit hati! Memang tak de hati perut betul la beruang kutub utara tu! Macam sengaja aje show-off minah blend omputeh tu!

Dalam pada membebel dalam hati tu, aku pakai juga baju gaun labuh hingga ke buku lali gabungan dua warna; merah hati dan rose. Kain satin, potongan tutup seluruh tubuh namun jarang di bahagian lengan, dada dan leher. Memang cantik giler dan ikut body baju ni. Kain dia pun lembut aje. Rambut melepasi bahu aku lepaskan bebas. Biar la… Fitting area ni tersorok kat belakang butik. Lagipun, ada tirai kain jarang yang memisahkan ruangan ini dari ruangan yang lain. Farriel pun bukan tak pernah tengok rambut aku. Pekerja butik ni semua pompuan. So, aku malas nak buka pakai tudung banyak-banyak kali. Dengan confident, aku keluar dari fitting room dengan high heels warna sedondon. Farriel elok duduk tercongok sambil menyelak majalah fesyen. Sedikt pun tidak mengendahkan kehadiranku di hadapannya.

“Okey tak ni?” Soalku kuat. Cuba menarik perhatiannya.

Pandangan Farriel beralih ke arahku. Majalah di tangan terlepas lalu terjatuh ke lantai. Mulut Farriel terlopong. Renungan matanya tajam. Perlahan-lahan renungannya menjadi lunak. Memerhatikanku dari atas ke bawah. Dari atas ke bawah. Mengulangi perbuatan itu beberapa kali. Lama dia terdiam.

Bisu ke hape dia ni? Tangan aku goyang-goyangkan ke udara. Berharap Farriel akan kembali ke alam nyata.

“Hello! Dah sampai mana tu? Aku tanya, okey ke tak baju ni?” Soalku agak kuat. Pekerja butik, Cindy, yang dari tadi setia melayan kerenah aku dan Farriel hanya tersenyum melihat wajah Farriel yang terkulat-kulat dan mulut ternganganya. Letak duduk diperbetulkan.

“Aaa…” Jari telujuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut-kerutkan. Seolah-olah berfikir.

“Aku rasa tak sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!” Komennya.

“Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang semacam la, hiasan macam badut sarkas la… Menyusahkan orang betul la! Bla bla bla…” Bebelku seraya masuk semula ke fitting room. Tak sabar-sabar nak tanggalkan baju ni. Panas!

@~@~@~@~

Farriel tersenyum sendirian. AD mula naik angin bila dia dipaksa mencuba beberapa helai pakaian yang ada di situ. Bukan dia tak berkenan. Sengaja dia nak luangkan lebih masa bersama AD. Kebelakangan ni, masa mereka bersama agak terhad. Dia rindu untuk menghabiskan masa bersama-sama AD. Melihat AD marah, tersenyum, ketawa, merajuk… Sungguh dia rindu! Mungkin semua itu bukan miliknya lagi. Sudah menjadi milik Ihsan sepenuhnya. Ahh… Bila teringatkan lelaki tu, hatinya jadi panas. Betapa sakitnya hati melihat lelaki itu bergegas keluar setiap kali waktu rehat bermula. Sudah pasti ingin berkejar ke kampus. Makan dan menghabiskan masa bersama-sama AD sebelum masuk bekerja semula. Kalo diikutkan hati, nak aje rasanya dia menahan Ihsan dari terus berjumpa AD. Tapi dia tak punya alasan untuk berbuat demikian. Dan dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mencampuri urusan AD lagi; seperti mana yang termaktub dalam kontrak. Ah… Bingung!

“Okey tak ni?”

Gaun satin labuh itu membuatkan dia terpegun seketika. Sapa sangka, AD yang agak ganas dan kasar sewaktu sekolah dulu, sudah berubah menjadi wanita yang cantik. Jika dibariskan kesemua wanita cantik dari seluruh pelosok dunia sekalipun, dia tetap akan memilih AD sebagai pemenangnya. Kerana AD punya segala yang diinginkannya. Butakah aku kerana gagal menilai kecantikanmu, wahai gadisku?

“Hello! Dah sampai mana tu? Aku tanya, okey ke tak baju ni?”

Soalan AD membuatkan dirinya kembali ke alam nyata. Pekerja butik yang setia berdiri di situ, tersengih-sengih. Alamak, kantoi berangan! Adoi! Malu, malu…

“Aaa…” Jari telujuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut-kerutkan. Seolah-olah berfikir. Cover-cover.

“Aku rasa tak sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!” Komen Farriel. Walhal dia akui yang gaun tu memang cantik dan sesuai dengan AD. Cuma dia tak sanggup berkongsi kecantikan AD dengan tetamu-tetamu yang hadir dalam majlis itu nanti.

“Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang semacam la, hiasan meriah sangat la… Menyusahkan orang betul la! Bla bla bla…”

Farriel cuma tersengih bila mendengar bebelan AD. AD… AD… Macam-macam…

“I nak try baju ni. Mana fitting room you?”

Jantung rasa nak melompat keluar dari badan. Aik, macam kenal aje suara tu! Bukan ke tu suara Marina? Suara Marina ‘bergerak’ dari bahagian hadapan kedai menuju ke tempatnya. Dan sebelum dia dihujani dengan soalan-soalan dari Marina, dia segera mengambil tindakan drastik.

“Iz! Apa ko wat masuk dalam fitting room ni?!”

AD yang dalam keadaan ‘tak berapa lengkap berpakaian’ tu dipandang dengan wajah minta dibelas.

@~@~@~@~

30 minit berlalu. Marina kat luar sana masih galak berulang-alik dari depan ke belakang; mencuba setiap satu pakaian yang berkenan di matanya. Ya Allah, bila la minah ni nak balik? Aku dah naik ‘masak’ duduk dalam bilik ni!

Aku mundar-mandir dalam ruangan yang tak seberapa besar tu. Jari-jemari aku goyang-goyangkan. Berharap hadirnya gerakan angin. Suhu dalam fitting room yang sempit tu tak dapat aku nak anggarkan. 60 darjah celcius, mungkin. Baju gaun labuh yang aku pakai dah lencun dek peluh. Farriel dah duduk di satu sudut. Mukanya merah akibat kepanasan.

Isk, Marina ni… Tak sudah-sudah lagi ke cuba-try-test baju? Tak kan test setiap satu baju kat butik ni kot? Dalam almari kat rumah dia, aku tengok dah bergantung-bergayut dah baju. Yang dipakai hanya sekali pun ada. Kopak la duit aku nak melayan ‘hobi’ menipiskan kad kredit si Marina ni! Lambat-lambat AD duduk berhadapan dengannya. Merenik peluh di dahinya. Kesiannya… Sapu tangan dikeluarkan dari kocek. Lalu dilapnya dahi AD.

“Thanks!” Kataku sebaik sahaja Farriel selesai mengelap peluh di dahi. Ada rasa perikemanusiaan juga dia ni… Ingat dah pupus!

“Setakat modify sket bahagian pinggang, tak kan nak amik masa sampai seminggu kot?! Tak efficient langsung la butik you all ni!” Jeritan Marina jelas menampar ke pendengaran kami.

Aku pandang Farriel. Kening kuangkat, mengisyaratkan ‘Tu la Marina, si spoilt-brat yang ko bangga-banggakan sangat tu!’

Farriel turut angkat kening. ‘Ada aku kisah dengan pendapat ko?’

“So… Ko dengan dia dah nak kawin ke?” Soalku perlahan.

“Aku dah lamar dan dia dah terima. Tengok la macam mana.” Balasnya dalam nada yang sama.

“Ko belum bagitau dia yang ko dah kawin, kan?” Serkapku. Kalo tak, tak kan kami perlu menyorok kat sini, kan…

“Hmm… Belum!”

“Famili ko dah tau belum yang ko nak kawin dengan Marina?”

“Belum!”

Bagus sangat la tu! Mesti takut nak bersoal-jawab dengan kaum kerabat dia la tu…

“Kan ke elok ko bagitau famili ko yang Marina tu awek ko. Tak ada la jadi macam ni. Tengok, ko juga yang susah!” Tempelakku.

“Aku bukan sengaja tak nak bagitau. Aku takut tak jadi macam awek-awek aku sebelum ni. Kan ke malu jadinya nanti!” Farriel melarikan pandangan dariku. Enggan menatap wajahku. Ye la, aku ni hodoh… Tak secantik Marina yang Pan-Asian tu! Aku ni setakat pan-cake boleh ler… Huhu!

“Tapi sebab ko terlalu berahsia la sampai jadi macam ni!” Sinis aku menyatakannya. Ye la, kalo dia telus dengan famili dia, dah tentu tak jadi kes kawin paksa dan meleret-leret sampai ‘terkurung’ dalam fitting room yang maha sempitnya ni!

“At least…” Ujarnya antara dengar dan tidak. Aku diam, cuba mendengar ayat seterusnya.

“At least… aku dapat bagi pekerjaan pada ko…” Sambungnya. Aku mengangguk.

Betul la tu. Kalo tak kerana jadi isteri kontrak, aku sendiri tak tau mana nak cekau duit untuk bayar hutang lapuk Pakcik Bakar. Betul la… Hubungan aku dan Farriel berlandaskan kontrak semata-mata. Aku yang bodoh. Aku fikir Farriel akan jatuh cinta pada diriku. Aku fikir pengakhiran cerita kami akan happy-ending seperti fairytale yang pernah diceritakan kepadaku sewaktu kecil dahulu. Fantasi dan realiti tak mungkin seiring, Adry… Benteng air mata aku bina setinggi-tingginya. Menghalang air mata dari gugur di hadapan Farriel.

Farriel memandang wajah murung AD buat sekian kalinya. Kenapa ko tanya tentang perkahwinan aku dan Marina? Ko dah tak sabar-sabar nak hidup bebas dari aku ke? Dah tak sabar-sabar nak hidup dengan kekasih ko, si Ihsan tu?

“Tapi sebab ko terlalu berahsia la sampai jadi macam ni!”

Sebab aku terlalu berahsia la kita dapat begini, AD… Sebab salah faham tu la aku dapat jumpa dan bersama dengan ko. Ko tau tak, aku selalu berdoa untuk bertemu dengan ko semula lepas kita habis sekolah. Aku tak tau untuk apa. Yang aku tau, aku nak jumpa dengan ko lagi. Yang aku tau, aku perlu berjumpa dengan ‘AD’ku.

“At least… aku dapat bagi pekerjaan pada ko…”

Bodoh punya mulut! Bukan itu yang aku nak cakap la! Napa la mulut ni tak pernah seiring dengan kata-kata yang terlafaz dalam hati?

‘At least, aku dapat berkahwin dengan ko, aku dapat luangkan masa bersama-sama ko, aku dapat lihat ko ketawa, menangis, merajuk, membebel… At least aku dapat hidup bersama-sama dengan ko… walaupun untuk seketika...’

Itu sebenarnya yang aku nak cakap!

Diam. Suara Marina tidak kedengaran lagi. Mungkin dia dah balik. Farriel segera bangun. Meluruskan pinggang yang lenguh sebelum menarik selak pintu. Dia ingin segera keluar dari situ. Bukan kerana dia rimas berada dalam ruang sempit itu. Tapi kerana dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan AD. Wajah suram AD meruntun hatinya.

“Farriel?”

Suara itu memanggil. Farriel mematung di situ. Dengan teragak-agak, Farriel berpaling ke belakang. Marina tegak berdiri. Memandang dengan wajah tidak percaya. Oo… Oo… Kantoi!

Followers