Tuesday, September 30, 2008

My B.O.D.Y. Guard

Aku melambaikan tangan sehinggalah kereta yang dinaiki Syaza dan Johan hilang dari pandangan. Banglo tiga tingkat yang gelap aku pandang sepi. Hmm… Dah tentu Mak Ros dan suaminya, Pak Aziz sudah tidur. Yelah, tak kan la orang tua tu nak tunggu aku sampai pukul 3 pagi ni... Dengan kunci pendua aku membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah. Kemudian berjalan terjengket-jengket seperti lagak seorang pencuri. Cuba bergerak seperlahan mungkin agar tiada sesiapapun menyedari kepulanganku ini. Anak tangga satu-satu ku panjat. Malasnya... Kan elok kalo ada lif! Tak payah nak panjat tangga lagi... Bilik aku dah la kat tingkat tiga...

Baru aje nak pijak anak tangga kelima, lampu terbuka. Habis terang satu rumah. Sapa plak lahabau yang main lampu ni! Aku mencari ‘insan’ yang membuka lampu. Papa? Bukan ke papa outstation lima hari? Ni baru hari Selasa... Isk... Macam mana aku boleh tak sedar yang orang tua ni ada kat ruang tamu tadi? Huhu...

“Baru balik Icha?” Suara lantang papa kedengaran. Memecahkan keheningan pagi. Seperti dipukau, aku kembali menuruni anak tangga dan menghampiri papa.

“Haah...” Jawabku sambil menganggukkan kepala. Dah menjawab tapi masih mengangguk-anggukkan kepala... Ish! Apa kena aku ni? Agaknya kepala aku ni dah ‘hang’ kot sebab terlebih menari tadi? Kedua-dua belah tanganku mula memainkan peranan. Menghentikan anggukan kepalaku yang satu ini.

“Kamu tahu pukul berapa sekarang?” Soal papa lagi. Suaranya masih tenang. Tapi ketenangan papa ni merisaukan aku la pulak... Jam dinding yang besar gedabak aku pandang sekilas.

“Pukul 3 pagi, pa!” Confident aje aku jawab. Yelah, soalan macam ni budak darjah satu pun boleh jawab. Punyalah besar jam kat depan mata takkan papa tak nampak kot...

“Kamu tak sepatutnya balik selewat ni. Kamu tu budak sekolah. Ke mana kamu melepak tadi?” Suara papa mula keras. Aku wat muka bodoh.

“Lepak kat rumah Mimi. Ada birthday party.” Bohongku. Walhal aku seronok ber‘ronggeng’ kat VA tadi.

“Kamu tau yang kamu sepatutnya balik sebelum pukul 11 malam, kan? Itu peraturan yang papa dah tetapkan untuk kamu! Kalo apa-apa jadi...”

“Pa, Mimi’s having a birthday party. Mimi tu kawan Icha. Takkan Icha nak balik awal! Lagipun Icha dah besar, pa! Icha pandai jaga diri sendiri!” Pantas aku potong kata-kata papa.

“Papa tak nak dengar Icha kata yang Icha dah besar lah... Icha nak berdikari lah… No! Bagi papa Icha masih budak mentah. Apa yang papa buat semuanya untuk kebaikan Icha. Now go to your room! You’re grounded for a month. And no more night life!”

Aku tarik muka empat belas. Sempat aku berpaling ke belakang sebelum memanjat anak tangga. Memandang papa yang masih merah mukanya menahan kemarahan. Sorry, pa! Rules are made to be broken. You make rules and I will break it!

*******************************************************************************

Kedua-dua ibu jariku ligat menekan keypad handphone. Mata aku pun dah naik pedih sebab dari tadi asyik mengadap skrin handphone Nokia N75 aku ni... Isk, apa susah sangat nak menang game ni?

Papa masih bercerita. Entah apa yang diceritakan. Semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiriku... Sikit-sikit aku dengar lah! Mula-mula tadi dia bercerita tentang projek usahasama dia dengan syarikat kat UK. Lepas tu entah macam mana meleret pulak ke perangai aku yang degil dan sukar dikawal ni. Dia kata aku ni suka merambu la... Suka keluar malam dan balik lewat malam la... Nasihatkan aku supaya tak jadi minah gian, rempit, bohsia dan macam-macam lagi la... Tapi aku tak amik pusing sangat nasihat dia tue... Dah acapkali sangat aku dengar nasihat papa ni. Sampai aku dah naik hafal apa dia akan cakap dan turutan nasihatnya. Cuma ayat aje dia ubah sikit-sikit. Kalo sama aje setiap kali, nanti orang kata papa aku cyborg plak, kan...

Tapi petang ni ada cerita baru pulak keluar dari mulut papa. Tiba-tiba aje papa buka cerita fasal kampung yang dah hampir lima tahun tak kami kunjungi. Sebenarnya kampung kami kat Negeri Sembilan tu kampung mama. Bila mama meninggal, kami jarang la balik sana. Lagipun wan dan atuk dah lama meninggal. Rumah pusaka mereka tu pun dah diwariskan pada Mak Long merangkap kakak mama aku.

Pastu papa bercerita pula kenakalan aku semasa kecil. Cerita aku mandi sungai, curi buah rambutan kat rumah Anjang Aki, ponteng mengaji kat surau dan macam-macam lagi la... Aku geleng kepala aje kat papa. Bukan apa, satu pun aku tak ingat! Entah-entah papa reka aje cerita tu, sapa tau kan? Yang pastinya nama Anjang Aki, Mak Besah dan Pakcik Dollah disebut berkali-kali petang ni. Sapa mereka tu ek? Apa kaitan papa dan aku dengan mereka tu? Pelik aku... Ah! Lantaklah... Bukan masuk exam pun...

“So, papa harap Icha bagi kerjasama pada dia. InsyaAllah, esok dia akan sampai!”

Jari-jemariku terhenti. Hah? Sapa yang sampai esok ni? Anjang Aki? Makcik Besah atau Pakcik Dollah? Ke sesiapa yang aku terlepas dengar tadi ek?

“Sapa yang sampai esok? Dia nak duduk rumah kita ke papa?”

Aku buat wajah bingung pada papa. Papa terkejut mendengar pertanyaanku. Kalo aku dengar apa yang papa cakap mesti la aku tau sapa yang datang. Ni masalahnya aku tak dengar...

“La... Icha tak dengar ke apa yang papa cakap tadi?”

Aku pantas mengelengkan kepala. Papa mengucap panjang. Pastu papa mengeluh pulak. Air kopi di meja segera dihirupnya. Dahaga agaknya bercerita tadi. Kalo tulis dalam bentuk karangan, ada kot dalam 3500 patah perkataan... Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arahku kembali.

“Papa malas nak ulang lagi. Letih! Dah la letih balik pejabat tak hilang lagi...”

Sapa suruh bercerita, rungutku dalam hati. Tadi sampai aje kat rumah terus aje dia ajak aku duduk dan minum petang kat taman mini ni. Pastu bercerita. Sekarang mengadu letih pulak.

“Papa cuma nak bagitau Icha supaya jangan menyusahkan dia nanti. Jangan ‘buli’ dia macam Icha buli si Jemmy dulu! Sampai sekarang dia tak nak datang rumah kita lagi!” Amaran papa aku sambut dengan anggukan. Konon-konon anak yang patuh la... Dalam hati aku bertekad untuk mengenakan sesiapa sahaja yang datang ke rumahku. Biar diorang insaf dan tak datang rumah aku lagi macam si Jemmy tu!

Huh! Jemmy konon... Walhal nama sebenar dia Jamilah aje! Perasan diri dia orang putih la tu. Baru tiga tahun dok Amerika dah berlagak. Ditakdirkan masa umur kami 12 tahun dia terpaksa duduk rumah aku sebab mama dan papanya pergi umrah. Nak bawak dia mesti leceh kan? Masa dia kena tinggal dengan aku dulu, aku ajar dia cukup-cukup! Baru dia tau langit tinggi rendah. Actually aku bukanlah sepupu yang jahat tapi dah perangai dia sebal+sengal sangat, jadi aku yang kurang sabar ni naik geram la. Ada ke patut dia pakai kasut dalam rumah. Pastu disuruhnya Mak Besah masak spagetti, burger, piza untuk dia makan. Terkulat-kulat orang tua tu dibuatnya. Manalah orang tua tu tau! Masakan kampung tau la dia... Tu tak kira lagi perangai dia yang suka menjerit dan memerintah tu! Terkejar-kejar pembantu rumah aku. Sampai naik letih pembantu rumah aku yang lapan orang tu dibuatnya. Bercakap dengan aku guna Bahasa Inggeris aje. Dengan pembantu rumah dia cakap rojak... BI bagus tak pe la gak! Ni tak, setakat broken English aje, aku pun boleh!

Huh, berlagak! Bengkek aje hati aku dibuatnya... Cukup tiga hari dia kat rumah aku, aku jalankan projek ‘besar’ aku. Aku korek tanah kat laman belakang pastu mana cacing yang gemuk-gemuk dan panjang-panjang tu aku letak atas katil dia. Terjerit-jerit dia dek ketakutan. Seminggu dia tidur atas comforter sebab tak berani tidur atas katil... Pastu aku letak pulak kala jengking plastik kat dalam kasut dia. Sikit lagi dia nak pitam. Lepas-lepas tu dia berkaki ayam aje berjalan dalam rumah. Dah tak berani lagi pakai kasut dalam rumah. Takut kalau-kalau ada binatang tu lagi dalam kasutnya. Kebetulan aku jumpa katak bulan dan katak pisang masa aku jalan-jalan kat belakang rumah. Aku tangkap pastu aku lepaskan kat bilik dia. Naik histeria minah orang putih celup tu. Bila malam pulak, aku menyamar jadi pontianak untuk takut-takutkan dia. Sudahnya, hampir tiap-tiap malam dia tak boleh tidur. Bukan susah pun. Aku solek ‘cantik-cantik’ pastu aku buat-buat lalu depan bilik dia. Baru aku mengilai sikit dia dah bertempiaran lari, mengejutkan semua orang dalam rumah! Malam tu jugak dia telefon mama dia. Menangis-nangis minta mama dia jemput. Dia cakap duduk rumah aku macam duduk dalam neraka. Padan la muka! Sapa suruh berlagak tak bertempat.

Sapa yang nak datang umah aku ni ek? Napa dia nak datang rumah aku? Dia dah tak ada rumah lagi ke? Pergi lah dok kat rumah kebajikan. Rumah anak-anak yatim kan banyak kat Malaysia ni... Rumah orang-orang tua pun berlambak! Berapa lama pulak dia nak duduk sini? Aku tersengih sendirian. Aku akan pastikan dia akan tinggal sini tak lebih dari seminggu. Jemputlah datang ke rumah aku ni. Aku akan adakan ‘parti’ sempena menyambut kedatangan kau… Aku segera menekan keypad handphone.

‘Za, teman aku shopping esok!’ Mesej ringkas itu aku hantar kepada Syaza. Tak sampai dua minit, lagu Apologize nyanyian One Republic kedengaran menandakan ada mesej masuk.

’Ok.’ Balas Syaza. Aku senyum meleret. Mula memikirkan barang-barang yang harus aku beli esok.

“Abang, jemput makan cempedak. Risya, makanlah cempedak ni. Manis tau!”

Aku menjeling ke arahya. Pastu aku wat muka cemberot pulak. Bila masa pulak dia keluar ni? Tup-tup dah ada aje kat sebelah aku...

“Icha, tak baik wat muka macam tu depan rezeki...” Tegur papa.

“Tak pe la. Saya dah kenyang! Icha masuk dulu papa...”

Aku bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam rumah. Pandangan sayu darinya tidak ku endahkan.

*******************************************************************************

“Actually, sapa yang nak datang dan dok kat rumah ko tu?”

Wajah Syaza aku pandang sekilas. Aku mencemik dan angkat bahu. Tumpuan kembali ku berikan kepada key chain pelbagai bentuk di hadapanku. Pastu aku beralih pula pada deretan handphone.

“Entah! Aku pun tak tau. Apatah lagi nak kenal...”

“Takkan papa ko tak bagitau.”

“Ada dia bagitau tapi aku dengar tak dengar sangat. Entah sapa nak diajaknya duduk rumah kami. Dah rasa macam rumah kebajikan pulak rumah aku tu...”

“Kira okey la tu... Dapat gak hiburan baru kat rumah!”

“Banyak la ko punya hiburan. Aku tak kira, aku akan pastikan dia balik semula ke kampung dalam masa seminggu.”

“Boleh ke?”

“Woi! Tengok kaki aku yang saiz lima ni dulu la...”

“Kalo orang tu seorang jejaka hensem, macam mana? Dan ko terjatuh cinta dengan dia...” Duga Syaza. Aku pandang Syaza yang tersengih-sengih. Dah ke lain pulak fikiran minah ni... Pipinya aku cubit.

“Tak ada maknanya... Yang datang tu orang tua la. Nak bercinta apa ke bendanya! Sebab tu la aku minta pendapat ko macam mana nak kenakan orang tua tu. Kalo orang muda senang la ceritanya!” Syaza segera menepis tanganku. Kemudian dia menggosok-gosok pipinya yang merah.

“Jom makan pizza!”

Muka Syaza yang tadinya masam mencuka segera bertukar menjadi semanis gula. Bahunya ku paut dan kami berjalan menuju restoran Pizza Hut berhampiran.

*******************************************************************************

Pintu bilikku diketuk perlahan. Sapa pulak kaco aku malam-malam ni? Papa ke? Jam di meja ku jeling. Pukul 9.45 malam. Komik di tangan pantas ku tutup dan ku sorokkan di bawah bantal. Buku di meja tulis ku capai.

“Masuk!” Jeritku. Pintu terbuka dan wajah Kak Yani muncul.

“Cik Risya, papa Cik Risya panggil kat ruang tamu.”

“Ada apa hal? Saya tengah busy ni. Cakap kat dia saya tengah belajar!”

“Papa Cik Risya nak kenalkan Cik Risya pada tetamu dari kampung tu...!”

Dengar aje kata-kata Kak Yani, aku terus melompat turun dari katil. Yes! Orang yang aku tunggu dah tiba. Tak sabar rasanya nak lancarkan ‘projek’ baik punya kat dia! Aku janji aku akan jadi budak yang paling kurang ajar dan degil dalam dunia untuk ‘halau’ dia. Orang tua biasanya tak kan tahan dengan perangai budak yang kurang ajar dan degil. Anak-anak tangga pantas ku turuni. Sampai di ruang tamu, aku lihat papa sedang rancak berbual dengan seseorang. Auntie Sofia pula memangku Izham yang sudah lena di pangkuannya. Nampak aje aku, papa terus bangun dan mendapatkan aku.

“Ha... Icha, mari papa kenalkan kamu dengan tetamu kita ni.”

Aku mengalihkan pandangan ke arah tetamu yang telah bangun dari sofa. Aku mengamatinya. Dengan kemeja dan seluar jeans yang lusuh serta rambut yang dibelah dua, dia betul-betul kelihatan seperti... orang kampung? But wait...! Tak kan ini Anjang Aki? Mustahil pula dia Pakcik Dollah. Muda sangat untuk digelar pakcik. Budak lelaki itu pandang aku. Aku ingatkan kejap-kejap aje dia pandang aku. Rupanya lama. Eh, ni bukan pandang! Ni dah kira merenung atau mengamati. Apa? Cun sangat ke aku ni? Aku just pakai pijama aje ni... Kau tak tengok lagi aku pakai skirt pendek ke bikini ke... Lagi cun! Hehe... Gurau aje! Batuk kecil papa membuatkan pandangan kami beralih kepada papa semula.

“Icha, inilah Luthfi. Luthfi ni anak Makcik Besah dan Pakcik Dollah. Kamu ingat tak? Dulu dia selalu main dengan kamu...”

Aku pantas mengelengkan kepala. Mana nak ingat! Entah cerita zaman bila entah papa buka. Mataku tak jemu-jemu memandang ‘budak kampung’ tu...

“Luthfi, inilah anak perempuan pakcik. Icha namanya. Dia ni nakal sikit. Pakcik harap kamu sabarlah dengan perangai dia ni.”

“Assalamualaikum...” Itu teguran pertama dari Luthfi pada aku. Itupun macam tergagap-gagap aje. Memang budak ni gagap agaknya.

“Waalaikumsalam... Pa, Icha naik dulu la. Mengantuk!”

“Icha, kan kita ada tetamu ni...”

Aku tutup mulut dengan tapak tangan dan pura-pura menguap.

“Kita cakap esok aje, ek! Icha naik tidur dulu! Good nite semua!”

Satu-satu anak tangga ku daki. Dalam kepala ni macam-macam yang aku fikir. Aku rebahkan badan ke katil. Pergh... Mati-mati aku ingat tetamu yang datang tu orang tua. Rupanya budak lebih kurang sebaya aku. Kalo tua pun dalam dua tiga tahun aje. Nampaknya aku kena wat plan balik la... Leceh! Rosak program aku! Tapi, mata budak laki tu... Ah! Esok-esok je la fikir... Tidur lagi masyuk!

*******************************************************************************

Aku memusingkan badanku ke kiri dan kanan di hadapan cermin. Perfect! Okey, aku dah bersedia untuk ke sekolah. Sebaik sahaja aku tiba di meja makan, ku lihat papa, Auntie Sofia dan budak kampung tu tengah syok-syok aje makan. Siap ketawa-ketawa lagi. Apa yang lucu pun aku tak tahu... Aku muncungkan mulut. Sampai hati... Makan tak ajak! Aku tarik kerusi dan duduk di sebelah budak tu. Eh, apasal budak kampung ni rampok tempat ‘tetap dan berpencen’ aku kat sebelah papa ni? Ish... Sengalnya!

“Icha, hari pergi sekolah dengan papa ek! Papa ada urusan nak bincang dengan pengetua kamu...” Ujar papa bila keadaan reda dari gelak ketawa.

Aku tak jadi nak capai roti bakar. Alamak! Apahal plak papa nak pergi sekolah aku ni? Entah-entah pengetua dah report kat papa yang aku calarkan kereta dia tak... Mati aku! Tapi pengetua sekolah aku tu pun satu, ada ke disuruh aku jadi model tak berbayar kat luar kelas. Naik tebal muka aku kena sindir. Nak-nak lagi dengan si Lily hidung plastik tu! Sengaja je dia lalu tiga empat round kat koridor kelas aku. Huhu... Kalo papa tau, bukan setakat grounded lagi, silap-silap kad kredit platinum aku pun papa tarik balik! Huhu... Tak dapat la aku nak beli baju baru bulan ni...

“Ada apa hal, pa?” Tanyaku tenang. Tapi kat dalam ni, bagai nak pecah jantung aku ni kena palu.

“Papa nak minta kebenaran pengetua kamu supaya benarkan Luthfi masuk kelas kamu.” Aku pandang papa. Pastu Luthfi. Tak kan mamat ni nak masuk Form 4 kot? Dah tua dah. Nak amik SPM balik kot? Berdekah-dekah aku gelak. Macam nak putus urat perut aku! Pandai gak papa aku ni wat lawak... Hehe... Seperti biasa Auntie Sofia memencilkan diri.

“Yang kamu gelak kenapa?”

“Dah budak kampung tua bangka ni nak masuk form 4 balik... Tak ke lawak tu papa! Hehe...” Aku sambung balik ketawa. Tiba-tiba aku terasa ada ‘ketam’ yang berjalan dan...

“Adoi! Sakit la papa... Apa main cubit-cubit ni?” Aku tarik muka.

“Luthfi bukan nak masuk kelas kamu. Cuma mulai hari ni dia akan ikut ke mana aje kamu pergi.”

“Ha? Maksudnya apa, pa? He’s gonna be my bodyguard?”

“Mmm... Papa lebih suka kalo kamu anggap dia macam kawan kamu. Tapi kalo kamu nak anggap dia sebagai bodyguard pun boleh juga sebab kamu hanya boleh keluar rumah bertemankan Luthfi!”

Sekali lagi tawaku pecah. Kali ni lagi besar aku gelak. Adoi, kalo hari-hari aku gelak macam ni tak payah la aku makan lagi sebab perut aku dah kembung makan angin. Hehe... Badan sekeping macam papan lapis ada hati nak jadi bodyguard aku? Hehe... Lawak-lawak! Dah la tergagap-gagap bila bercakap, buat apa pun slow aje. Macam mana nak protect aku ni? Entah-entah belum sempat wat apa-apa, aku dah kena kidnap. Sapa nak tanggung?

“Icha! Stop it! Luthfi, kamu jangan amik hati dengan Icha. Urat gelak dia memang ada masalah sikit pagi ni...”

“Pa, kalo budak ni papa nak amik jadi bodyguard Icha, Icha rasa lebih baik tak payah la. Icha boleh jaga diri Icha sendiri. Duit papa pun jimat!”

“No! Papa dah fikir dan bincang dengan Auntie kamu, rasanya Luthfi boleh jaga kamu sepanjang papa outstation nanti.”

“Outstation? Kat mana? Berapa lama? Icha nak ikut!”

“UK. Kamu mana boleh pergi. Papa outstation sebulan.”

“Ala... Apa salahnya. Lagipun Icha dah lama tak makan angin dengan papa.”

“Tak boleh! Kamu kan sekolah. Macam la kamu tak pernah pergi UK tu. Lagipun papa nak bawa Auntie Sofia dan Izham. Diorang tak pernah pergi lagi...”

Aku tarik muka 14. Aku tau, papa sengaja je cakap macam tu... Sebab papa tau aku tak kan nak pergi kalo Auntie Sofia ikut sekali. Papa dengki! Tak adil... Dapat bini muda, lupa anak sendiri. Bencinya...!! Aku jengilkan biji mata bila mataku bertembung dengan mata Luthfi. Dia pantas menundukkan pandangan. Dah la tak dapat pergi UK. Pastu tak fasal-fasal kena tinggal dengan budak ni pulak... Malangnya nasib aku!

*******************************************************************************

“Jangan ikut saya, boleh tak?”

“Tapi... Papa Icha suruh saya... ikut Icha!” Adoi! Berjanggut aku nak tunggu dia ni sudahkan ayat. Dah la dari tadi budak-budak sekolah asyik pandang semacam aje kat aku. Mana taknya, gaya Luthfi ni tak ’seswai’ langsung dengan imej sekolah elit kita orang ni. Barang-barang kita orang semua branded-branded macam Adidas, Converse, Nike... Dia? Aku tak tau la kat pasar malam mana dia beli baju. Dengan seluar jeans koyak sana sini yang entah berapa lama tak basuh dan baju kemeja kotak-kotak warna oren striking, budak kampung ni tak ubah macam bangla...Wat malu aku aje! Jatuh imej aku...

“Icha, Icha! Sapa yang benarkan awak panggil saya guna nama tu? Panggil saya Cik Risya! Cik Risya, faham?” Marahku. Terkulat-kulat mamat tu pandang aku. Pastu dia garu-garu kepala.

“Hah! Napa pulak tu? Berkutu pulak ke?” Terkejut Luthfi mendengar suaraku yang lantang. Takut-takut dia pandang mukaku.

“Say... saya kena... pang…gil apa?” Soalnya perlahan. Ei, bodoh betullah mamat ni! Macam mana la papa boleh terfikir nak amik dia jadi bodyguard aku? Silap-silap buka dia protect aku tapi aku yang protect dia. Baik aku protect diri sendiri aje kan? Sengal!

“Panggil aku Cik Risya la, mangkuk! Ei, geramnya aku!” Aku buka langkah besar semula.

“Hai, Risya! Bawak bodyguard nampak. Tapi kenapa bodyguard you ni macam cicak kubing aje? Haha...” Lily and the gang dia terus ketawa beramai-ramai. Macam polong mengilai! Minah-minah ni memang suka ‘tersidai’ kat sana-sini. Tak kira la kat koridor kelas, kat kantin, kadang-kadang kat tepi longkang pun jadi! Bajet muka dia cantik sangat la tu! Aktiviti yang dia paling suka buat, mengumpat dan bergosip.

“Oh, hai Lily! I tau la bodyguard I ni tak cukup vitamin tapi wat pe nak ada bodyguard badan besar-besar macam bodyguard you tu kan? Nanti belum sempat lari dah semput! Haha…”

Ketawa Lily dan kawannya yang empat orang berhenti.

“I tau you jeles dengan I, kan? Yelah, I kan cantik, kaya, ada boyfriend dan ramai kawan. You apa ada?”

Wah! Sesedap rasa mulut dia aje mengutuk aku… Aku tau la papa aku tak sekaya papa dia tapi sekurang-kurangnya papa beruntung dapat aku sebagai anaknya. Aku tak macam Lily yang otak udang tu. Satu benda pun tak dapat ingat. Benda-benda melibatkan pelajaran apatah lagi. Agaknya otak dia dah overload sebab banyak sangat simpan gosip orang.

“Kalo aku jadi kau, aku akan berkepit 24 jam dengan si Iqram sebab kalo setakat Iqram tu, aku kenyit sebelah mata pun dia dah naik syok kat aku. Bye…” Aku menyuruh Luthfi cepat-cepat tinggalkan tempat tu…

“You kalo berani pandang Iqram I akan ganyang-ganyang you…” Jerit Lily.

Itu aje yang aku sempat dengar. Yang lain entah apa yang dibebelkan dek Lily tu. Biarlah dia membebel sampai mulut dia sakit. Lily memang playgirl tapi Iqram memang dia tak boleh lepaskan sebab Iqram tu ‘lubuk emas’ dia. Walaupun Lily anak orang kaya tapi masih lagi giler harta!

“Yo, Sya! What’s up? Apa ada di atas?” Tegur Syaza sebaik sahaja aku masuk kelas. Bila aje terpandangkan Luthfi kat belakang aku, air mukanya terus berubah.

“And this is...” Soalnya padaku lagi. Bila tiada jawapan dari mulutku, Syaza menyikuku lantas menaikkan sedikit keningnya.

“Ini Luthfi, my new bodyguard I guess...”

“Ha? Ko bergurau ke Risya?” Tawa Syaza terus meledak. Aku mengeluh. Tengok! Syaza pun gelakkan aku…

*******************************************************************************

“So, papa ko bagi ko keluar ke mana sahaja asalkan Luthfi ikut ko, macam tu?”

Aku angguk kepala. Luthfi yang khusyuk menghabiskan sepinggan nasi goreng kat meja depan aku pandang seketika. Yaks... Biar betul dia ni! Ada ke dia makan pakai tangan... Langsung tak hiraukan orang-orang yang dah pandang dia macam alien tu...

“And you’re not grounded anymore?”

Aku angguk kepala lagi.

“Papa ko tak grounded ko lagi sebab ko setuju nak bawak Luthfi ke mana-mana, macam tu?” Dia gabungkan dua soalan tadi plak…

“Iye, Cik Syaza! Ada apa-apa soalan lagi? Letih la aku menjawab soalan-soalan ko dari tadi… Dah la aku tengah bengang dengan papa aku ni… Ni ko plak nak menyesakkan kepala otak aku!”

“Napa tiba-tiba papa ko terfikir nak upah bodyguard untuk ko ek? Sedangkan sebelum ni dia tak minat pun dengan benda-benda macam ni…”

“Manalah aku tau! Kalo ko nak tau sangat, pegi la tanya papa aku tu… Nah, ni handphone aku, ko tanya sendiri dengan papa aku!” Syaza pantas menolak handphone yang aku hulurkan. Wajahnya masih kebingungan. Macam-macam andaian dah dibuatnya sejak setengah jam kami duduk kat sini.

“Napa ko tak tinggalkan aje dia kat mana-mana? Dia bukan tau pun selok-belok bandar ni. Tak pun ko kenakan dia macam ko kenakan sepupu ko dulu.”

Aku geleng kepala. Idea Syaza sebijik macam idea aku ari tu tapi...

“Aku fikir pun nak buat macam tu jugak. Dan aku ada gak kenakan dia tapi tak jalan la... Papa siap bagi amaran kat aku lagi. Kalo apa-apa jadi pada Luthfi, aku akan kena lebih teruk dari grounded. Mungkin kad kredit aku kena tarik terus. Silap-silap aku kena hantar ke tempat jin bertendang. Entah la... Pening kepala aku fikir.”

Syaza mengangguk kepala beberapa kali. Mungkin dia dah mula faham kenapa muka aku masam macam beruk sakit perut aje hari ni!

“Hmm... Jangan fikir negatif, Sya! Mesti ada hikmah di sebalik kejadian ni. Mungkin kita boleh gunakan Luthfi untuk bawa barang-barang kita bila kita shopping. Atau dia boleh tolong salinkan nota untuk kita masa kelas. Tak pun dia boleh... mainkan... Lily si hidung tinggi tu ke... Lily kan suka tukar-tukar pakwe...” Aku tahu Syaza sekadar ingin menceriakan hati aku. Hmm... Ada logiknya gak kata Syaza tu.

“No, no, no... Dua cadangan ko tu memang bernas tapi yang ketiga tu tak mungkin. Lily mana suka budak kampung yang naif macam dia.”

“Eh, belum cuba belum tau. Mana tau dia dah bosan dengan lelaki-lelaki kat bandar ni… So, kita boleh gak cuba nasib. Untung-untung dia sangkut! Apa-apapun ko cubalah kaw-tim dengan dia. Pancing dia supaya ikut cara kita. Kalo kena gayanya, mesti dia akan okey punya...”

Kami berpandangan sesama sendiri. Perlahan-lahan kami tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala. Bernas juga idea si Syaza ni! Kemudian pandangan kami alihkan pada Luthfi dah tersandar kekenyangan. Sempat dia menjilat hujung jari-jemarinya sebelum sendawa besar. Sebaik sahaja dia menyedari yang kami memandangnya, dia terus menaikkan ibu jarinya.

“Sedap!” Katanya sambil tersengih-sengih.

“Eeuuwww....!” Ujar kami serentak sambil menggelengkan-gelengkan kepala.

*******************************************************************************

Petang itu, sebaik sahaja menghantar Syaza pulang ke rumah aku menyuruh Pak Aziz berpatah balik ke bandar semula. Pak Aziz pamer muka kebingungan tapi sebaik sahaja terpandangkan mukaku yang keruh, dia segera menuruti arahanku.

“Kita nak ke mana, Cik Risya?” Soal Luthfi pelik apabila kereta yang kami tidak membelok ke simpang yang sepatutnya.

“Shopping!”

“Ha? Shopping? Tapi kan dah nak malam ni. Nanti papa Cik Risya marah pulak!”

“Cuba tengok jam! Baru pukul 7.30. Kan papa saya boleh ke mana aje sebelum pukul 11 malam asalkan dengan ko! Jadi, dia tak ada hak nak marah, kan?”

Luthfi terdiam. Membetulkan kedudukannya di sebelah Pak Aziz. Ada riak tak puas hati di wajahnya. Lantaklah... Aku bos, bukan dia!

*******************************************************************************

“Mana dia, Shelby? Dah berjanggut I tunggu ni!” Soalku kurang sabar. Shelby, gadis Cina dari Kelantan tu tersenyum. Dah lebih dua jam aku round-round kat sekitar kawasan ni, tak kan tak siap lagi kot?

“You ni masih macam dulu. Kurang sabar… Bukan rugi pun kalo you sabar untuk beberapa minit lagi. You akan suka dengan apa yang you lihat sebentar nanti!”

“Harap-harap macam tu la...” Jawabku malas. Shelby ni member arwah mama aku. Kalo nak tanya bab grooming, pakaian, penampilan, make-up dan benda-benda yang sewaktu dengannya, tanyalah Shelby. Dia memang pakar. Laki ke pompuan ke, semua dia boleh handle. Tapi kalo poket tak tebal, jangan haraplah nak guna khidmat dia.

“Shel, he’s ready!” Ujar pembantu Shelby dari sebalik tirai fitting room. Aku yang dah naik sakit tulang belakang duduk, kembali bertenaga.

“Suruh dia keluar. Cik Risya kita dah tak sabar nak tengok...” Pembantu Shelby menarik tirai ke tepi. Di situ berdiri seorang laki yang aku kira layak menjadi model. Terlopong mulut aku melihat lelaki itu. Eh, Luthfi ke ni? Macam tak caye aje!

“Dah! Tak payah la you dera mata you lagi. Mulut tu tutup. Nanti masuk lalat plak. Memang kawan you yang tadi tu la ni... Handsome, kan? Tengoklah hasil kerja sapa!”

Aku mencemik ke arah Shelby dan segera pandang tempat lain. Enggan mengakui kebenaran. Tapi sebenarnya cuba mengingati sesuatu sebaik sahaja terpandang mata Luthfi sebentar tadi.

“Boleh la...! I nak you tolong carikan pakaian dan aksesori yang sesuai untuk dia. Nah!” Kad kredit aku hulurkan pada Shelby. Shelby angkat bahu dan segera berlalu bersama dengan pembantunya setelah menyambut kad kredit tadi.

“Hensem tak saya?” Soal Luthfi sambil mengenyitkan mata. Eh, dah tak tergagap-gagap lagi plak mamat ni! Si Shelby ni sempat gak ke ‘turunkan’ ilmu Mat Romeo kat dia ni?

“Tak la hensem sangat. Hensem sikit dari beruk pakai baju aje!”

Luthfi tersengih-sengih. Dia menghampiri cermin di sudut ruang dan cuma membuat pose ala-ala model. Aku geleng kepala. Uweks... Malas nak campur!

*******************************************************************************

“Hi, handsome! You student sini ke? Sapa nama you?”

Dari hujung mata aku lihat Lily macam berminat aje dengan Luthfi. Hmm… Surprisingly! Kalo la si Lily tau mamat ni la yang digelakkannya minggu lepas, mesti dia malu giler. Entah apa yang dibualkan aku pun tak tau. Tapi aku tengok sekejap aje diorang dah mesra. Siap bertukar-tukar nombor handphone lagi. Nampaknya Luthfi dah jadi Mat Romeo plak dah... Syaza yang leka menekan keypad handphone ku peluk dari belakang.

“Syaza, cuba ko teka sapa mamat tu…” Anak mata Syaza mengikuti tundingan jariku.

“Mak aih… handsome giler!”

Mulut Syaza terbuka luas. Matanya pulak terbelalak memandang Luthfi. Luthfi yang bercermin mata hitam sempat mengerling dan mengangkat tangan ke arah Syaza. Uweks... Meluat! Sejak berubah imej minggu lepas, perangai si Luthfi ni pun automatik berubah. Lebih confident berbanding dulu. Tapi masih pandai menjaga adabnya dan tanggungjawabnya sebagai ‘bodyguard’ aku. Sebenarnya aku upah orang untuk train dia. Biar jadi lelaki sejati sikit. Kira orait la sekarang, tak poyo macam dulu lagi! Aku pun tak la segan sangat nak jalan dengan dia dah. Tapi entah kenapa aku lagi suka Luthfi yang dulu. Naif... Poyo...

“Sapa lagi handsome, Johan ke mamat tu?” Soalku.

”Mamat tu...” Jawabnya perlahan tanpa sedar. Aik, selama ni dia yang agung-agungkan sangat pakwe kesayangan dia tu! Sekarang dah berpaling tadah plak? Oit, sampai bila Syaza nak jadi patung hidup ni? Aku tepuk bahu Syaza.

“Ooo, mak ko pocot! Ko ni Risya! Tengok sampai jatuh-jatuh handphone aku!” Handphone kat lantai segera diambil.

“Dah ko macam tugu negara tengok si Luthfi tu apahal?”

“Luthfi? Biar benar! Hensem giler... sapa sangka ek? Minggu lepas aku tengok dia macam...”

“Budak nerd? Memang dia budak nerd pun.” Aku jeling lagi Luthfi dan Lily. Wah, si Lily ni dah macam ulat bulu naik daun pulak dah. Tengok tu, meliang-liuk badan dia bila bercerita. Gedik!

“Sya, aku respect ko la... Kagum aku tengok perubahan si Luthfi tu. Sapa sangka ek batu jalan dah bertukar jadi batu permata...” Aku tersenyum bangga sambil menunjukkan kakiku. Syaza mencemik apabila memahami maksud tindakanku itu. Tengok kaki la, beb!

“Memang patut pun ko kagum. Baru sepadan dengan duit yang aku abiskan... Kalo papa aku tengok bil bulan ni alamatnya biru la anak matanya...”

Ketawa Syaza pecah. Dia faham yang papa tak suka aku berhabis duit untuk benda tak berfaedah. Tapi memandangkan papa dah berlepas ke UK kelmarin maka lagi sebulan la baru aku dengar bebelannya. Tak pe yang penting kita enjoy dulu!

“Jadi tak pegi VA hujung minggu ni? Ko tau kan, kawan Johan, Ricky tu dah syok abis dengan ko. Beria-ria dia suruh aku dan Johan pujuk ko...”

“Uwek... Nak muntah aku dengar! Aku belum ada feeling la dengan dia...”

Pandangan kembali ku lemparkan pada Luthfi. Eh, ni apa kes sampai pegang-pegang tangan ni? Tiba-tiba aje aku rasa macam sakit hati aje tengok Luthfi dan Lily. Entah kenapa...

*******************************************************************************

“Cik Risya, saya tak benarkan Cik Risya keluar!” Kedua-dua belah tangannya didepangkan di hadapanku. Menghalang aku dari terus melangkah.

Langkahku terhenti. Muka Luthfi aku pandang dalam-dalam. Kami bertentangan mata untuk beberapa saat. Seketika kemudian dia menundukkan pandangannya. Aku cekak pinggang.

“Eh, apahal plak saya tak boleh keluar? Sapa awak nak larang saya? Malam ni malam minggu. Malam untuk enjoy! Lagipun kita dah ada ‘deal’. Saya ubah imej awak dan awak akan ikut cakap saya. Awak lupa?”

“Cik Risya, saya tak pernah minta Cik Risya buat apa-apa untuk saya. Cuma malam ni, tolong la jangan keluar... Saya takut ada sesuatu buruk akan berlaku.”

“Papa bayar awak untuk ‘jaga’ saya. So, jalankan tugas awak! Dah la! Saya dah lambat! Awak boleh pilih sama ada nak terus duduk dalam rumah atau ikut saya keluar...”

Aku terus masuk ke dalam kereta yang sudah sedia berada di hadapan pintu utama tanpa membiarkan Luthfi membalas kata-kataku.

“Bawa saya ke VA!” Arahku. Pak Aziz mengangguk lalu menghidupkan enjin.

“Tunggu dulu!”

*******************************************************************************

Aku dan Syaza menari mengikut rentak muzik yang rancak. Ah, inilah kebebasan! Inilah keseronokan! VA ini memang tak pernah gagal menghiburkan aku. Luthfi cuma memerhatikanku dari jauh. Dia nampak tak selesa dengan suasana di sekelilingnya. Beberapa orang gadis cuba mengajaknya menari tapi Luthfi segera menolak. Jual mahal plak! Memang mamat kampung...

“Luthfi bagi pulak ko keluar...” Ujar Syaza lantang. Cuba melawan bunyi muzik yang membingitkan telinga.

“Dia tak de hak nak halang aku! Aku bos bukan dia!” Kataku dengan nada yang serupa.

“Kan aku dah cakap, kalo ko pandai ‘kaw tim’ dengan dia, mudah la hidup ko!”

Hmm... Yelah tu! Dah nak putus leher aku bertekak barulah dia bagi aku keluar. Kalo la Syaza tahu deal yang kami buat sebentar tadi...

“Aku letih la... Nak minum! Haus!” Syaza menganggukkan kepala dan meneruskan tariannya bersama Johan. VA agak penuh sesak malam ni. Maklumlah, malam minggu. Masing-masing nak melepaskan tension yang dialami sepanjang minggu. Sampai di meja Ricky menyambutku dengan senyuman. Seperti mengetahui kehendakku, segelas Coke dihulurkannya kepadaku. Dengan sekali teguk aje terus habis aku minum. Sempat aku mengangkat tangan pada tiga orang kawan Ricky yang sedang menari dengan pasangan masing-masing.

“You tak nak menari ke, Ricky?” Ricky memaut bahuku lalu menggelengkan kepalanya. Mukanya dirapatkan ke mukaku. Bau asap rokok dan arak dari mulut Ricky menusuk ke dalam hidungku. Spontan aku menjauhkan tubuhku darinya. Terkejut dengan perbuatan Ricky. Entah kenapa malam ni perangai Ricky lain macam aje. Pandangan matanya penuh dengan seribu makna. Bicaranya lebih manis dan romantis daripada selalu. Dan tingkah lakunya... Ei, tegak bulu roma aku bila difikir-fikirkannya!

“Cukuplah untuk malam ni! I tak macam you, dah dua jam menari pun masih bertenaga dan nampak menawan lagi!” Aku tersenyum mendengar pujiannya. Ricky memang macam ni, tak pernah lokek dengan pujian. Bicaranya sentiasa manis dan bisa mencairkan hati mana-mana gadis yang dikehendakinya. Aku? Hmm... So far aku masih tak termakan lagi dengan kata-kata manisnya. Lambaian Syaza mengajakku menyertainya menyebabkan aku segera bangun dari tempatku.

“I nak join Syaza dan Johan. Wanna join me?” Tanganku hulurkan pada Ricky. Ricky memandangku seketika lantas menyambut tanganku.

“Of course! My pleasure...!” Dan kami beriringan mendapatkan Syaza dan Johan. Tiba-tiba kepalaku rasa pening yang teramat sangat. Mataku pulak rasa berat semacam. Aku sedaya-upaya mencelikkan mataku. Aku menepuk-nepuk dahiku beberapa kali. Berharap kantuk yang tiba-tiba datang ini segera pergi ke. Namun semuanya sia-sia aje...

“What’s wrong, honey?” Suara Ricky menyapa telingaku. Aku menggelengkan kepala. Sakitnya kepala aku… Rasa macam nak pecah aje!

“Sya, kenapa ni? Ko tak sihat ke?” Soal Syaza pula.

“Tak tau la, Za! Tiba-tiba aje kepala aku rasa pening...”

“Biar I bawa you balik.” Cadangan Ricky aku tolak mentah-mentah.

“No, it’s okey! Kejap lagi baik la ni...”

“Tapi ko nampak teruk sangat ni. Biar Ricky hantar you balik okey?” Desak Syaza. Aku mengangguk juga akhirnya. Tak mampu lagi memikirkan apa-apa dengan keadaan kepala aku yang macam ni. Ricky memimpin aku keluar dari VA. Aku tak ingat apa-apa. Sedar-sedar je aku dah didudukkan oleh Ricky dalam kereta mewahnya.

“Lepaskan Risya! Aku tau ko yang letak pil khayal dalam minuman Risya, kan?” Aku terdengar suara Luthfi tapi aku tak pasti dia di mana. Tangan kiriku ditarik kuat sehingga aku terkeluar dari perut kereta dan akhirnya terduduk di laluan pejalan kaki. Dengan pandangan yang kabur aku lihat Ricky menolak tubuh Luthfi agar menjauhiku.

“Ko sapa? Tiba-tiba aje tarik awek aku!”

“Aku bodyguard dia. Ko tak layak jadi boyfriend dia. Aku tau plan ko nak ‘rosakkan’ Risya macam gadis-gadis lain yang ko dah rosakkan, kan?”

“Ooo... Bodyguard... So, ko datang sini nak selamatkan Risya la, ek? Okey, tapi langkah mayat aku dulu!”

Seketika kemudian aku lihat tiga orang kawan Ricky berlari keluar mendapatkan Ricky. Masing-masing membawa sesuatu di tangan. Aku tak pasti apa yang dibawa oleh mereka. Mungkin kayu atau apa-apa sahaja yang pastinya akan mencederakan Luthfi. Dan selepas itu aku tak mampu lagi membuka mataku. Aku cuma dapat mendengar bunyi pukulan, sepakan dan tumbukan. Bila aku buka mata sekali lagi, Luthfi dah terbaring berlumuran darah tak jauh dariku. Dengan sisa kudrat yang ada, aku merangkak mendapatkannya. Kepala dan mukanya yang berlumuran darah aku usap perlahan-lahan. Luthfi mengerang kesakitan. Dia seperti tidak mampu lagi untuk menggerakkan mana-mana anggota badannya. Kesalku mula datang bertubi-tubi. Kalo la aku ikut cakap Luthfi tadi...

“Luthfi, saya... minta maaf...” Perlahan-lahan Luthfi meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Pandangannya begitu syahdu. Tak sanggup rasanya aku nak menatap wajahnya yang penuh kesakitan itu.

“Icha... Saya cuma memenuhi janji saya... Janji kita...”

Icha... Nama tu kedengaran di telingaku. Luthfi memanggilku Icha. Dan tidak seperti selalu, kali ini aku tak memarahinya kerana panggilannya itu. Janji... Janji kita... Ingin sekali aku bertanyakan kepadanya tentang maksud kata-katanya tadi. Namun Ricky dan rakan-rakannya yang sudah mengerumuni kami membantutkan hasratku.

“Wei, bro! Apa awek lu main wayang cinta dengan mamat ni? Lu tak sakit mata ke tengok? Gua dah tak sabar-sabar nak ‘kenduri’kan awek lu ni!”

Aku tak pasti siapa yang empunya suara. Namun yang pastinya kata-kata itu cukup membuatkan hatiku panas. Terhuyung-hayang badanku bila aku cuba berdiri. Namun ku gagahi juga. Dengan susah payah akhirnya berjaya juga aku berdiri.

“Woi! Korang ni tak ada hati perut ke? Pukul anak orang macam pukul binatang! Korang ni memang betul-betul binatang, tau tak? Binatang!”

“Binatang dia panggil kita? Ricky, izinkan aku ajar awek ko dengan kekasih gelap dia ni sikit. Biadap benar!”

Mizi, kawan Ricky melayangkan tangannya. Namun belum sempat hinggap di mukaku, Luthfi bangun dan menepis tangan Mizi. Tidak puas hati dengan tindakan Luthfi, Mizi menumbuk muka Luthfi sekuat hati. Aku yang cuba menyambut badan Luthfi turut jatuh terbaring bersama Luthfi. Dan kepalaku mengenai sesuatu yang keras. Aku meraba belakang kepalaku. Darah... Sebelum pandanganku menjadi gelap aku terdengar jeritan Ricky.

“Polis! Lari!”

*******************************************************************************

Kelopak mata ku buka perlahan-lahan. Dahi yang berbalut kuraba. Aku cuba mengangkat kepala tetapi kesakitan yang datang menyebabkan aku membatalkan sahaja niatku. Tiba-tiba aku teringatkan Luthfi. Jururawat yang sedang menulis sesuatu di tepi katil segera ku pandang.

“Nurse, mana kawan saya? Luthfi... Mana Luthfi?”

“Kawan cik masih di bilik kecemasan. Kecederaannya agak teruk.” Mendengar kata-kata jururawat itu, aku terus bangun dari katil. Entah mana datangnya kekuatan itu aku pun tak tahu. Yang aku tahu aku perlu berjumpa dengan Luthfi.

“Cik, cik tak boleh bangun. Doktor kata...” Tangan jururawat itu segera ku tepis.

“Saya tak apa-apa. Saya nak cari kawan saya!”

“Cik… Cik, tolong baring di katil cik semula…!”

Jururawat itu cuba menahanku dari keluar namun aku lebih pantas berlari meninggalkannya. Melilau mataku mencari bilik kecemasan. Yang mana satu ni? Kat sini ada banyak bilik kecemasan... Tiba-tiba bilik kecemasan dua terbuka, seorang doktor seusia papaku keluar. Diikuti tiga orang jururawat menolak sebuah troli @ ’katil bergerak’. Di atasnya tersebut terbujur kaku tubuh seseorang. Masih terdapat kesan darah di selimut putih yang menyelubungi seluruh tubuhnya. Aku gagahkan diri bertanya kepada doktor tersebut.

“Doktor, ini ke lelaki berusia awal 20an yang admit sama dengan saya tadi?”

“Ya. Awak ni siapa? Saudara dia ke?” Aku pantas menganggukkan kepala. Muka doktor yang tadinya serius terus berubah. Aku tak pasti mengapa. Tapi wajahnya seperti mengandungi seribu satu persoalan.

“Dia... dah mati ke, doktor?”

“Maaf, cik. Saya dah sedaya-upaya menyelamatkannya. Namun kecederaan di bahagian kepalanya sangat teruk dan dia hilang banyak darah...”

Bait-bait kata doktor tersebut sudah tidak mampu ku dengar lagi. Air mataku mengalir laju. Mayat itu perlahan-lahan ku hampiri. Jururawat-jururawat tadi menyisihkan diri. Seakan memberi peluang kepadaku untuk melihat wajah Luthfi buat kali terakhir. Aku sudah tidak mampu berdiri lagi. Melutut dan akhirnya terus meraung di situ.

“Luthfi, bangunlah... Saya tahu awak tak mati lagi! Awak sengaja tipu saya, kan? Awak berlakon aje sebab nak takutkan saya,kan?”

Tubuh itu tetap kaku.

“Luthfi, napa awak mati cepat sangat? Awak dah janji dengan papa yang awak nak jaga saya...! Awak tipu!” Ngongoiku sambil memukul-mukul dadanya perlahan. Harapanku tindakan itu akan menyedarkannya dari ‘lena’. Tak cukup dengan itu, tubuhnya ku goncang-goncangkan pula. Namun harapan hanya tinggal harapan. Tubuhnya terus kaku tanpa sebarang gerakan.

Luthfi dah mati... Luthfi dah mati sebab cuba mempertahankan maruahku... Ya Allah, berdosanya aku kerana menyebabkan seorang lelaki yang baik mati... Kalau la boleh ku undur masa lalu, pasti aku akan mendengar segala kata-kata dan nasihatnya... Doktor tadi memberi isyarat mata kepada salah seorang jururawatnya. Jururawat itu mengangguk lalu menghampiriku.

“Cik, jangan macam ni. Bawa-bawa mengucap. Tak baik menangis melolong macam ni.” Salah seorang daripada jururawat-jururawat tersebut menarikku ke tepi. Aku pantas menolak jururawat itu ke tepi. Kedua-dua jururawat yang cuba menenangkanku juga ku tolak ke tepi. Mayat Luthfi ku peluk erat.

“Luthfi, bangunlah... Saya janji kalo awak bangun saya akan ikut cakap awak. Saya janji saya tak kan keluar malam lagi. Saya janji saya tak kan lawan cakap papa. Saya janji saya akan belajar rajin-rajin. Bangunlah...” Badannya ku peluk erat. Air mataku turun sederas-derasnya.

“Betul ke awak akan ikut semua semua cakap saya?”

“Betul...” Jawabku dalam tangis.

“Betul ke awak tak nak jadi gadis liar lagi? Betul ke awak nak belajar rajin-rajin?”

“Betul! Saya janji saya akan buat apa aje asalkan awak tak mati...” Aku menangis lagi. Kalo aku tahu kesudahan hidup Luthfi begini, tentu aku akan lebih menghargainya. Eh, jap-jap... Yang tadi tu bukan suara Luthfi ke? Tapi orang mati mana boleh bercakap.

“Luthfi, macam mana awak boleh bercakap?”

“Saya kat sini lah... Masih hidup lagi!”

Aku berpaling. Mencari-cari punca suara itu. Di satu sudut aku terlihat Luthfi yang berbalut kepala dan tangannya. Kakinya turut berbalut dan terpaksa menggunakan topang untuk berdiri. Berkali-kali aku memandang ke arah Luthfi dan mayat tadi. Eh, yang ni sapa? Alamak malunya! Dah lama ke Luthfi berdiri kat situ? Entah-entah dari tadi dia tengok aku dok meraung dan melalak kat mayat entah siapa ni? Ooo, no...! Kepalaku yang tiba-tiba sakit ku picit-picit dan serentak itu aku pitam. Namun sempat disambut seseorang. Sayup-sayup aku terdengar suara doktor dan Luthfi.

“Terkejut saya bila dia menangis bersungguh-sungguh kat mayat Mamat Indon ni. Lebih mengejutkan saya bila dia mengaku yang Mat Indon ni saudara dia!”

“Saya rasa ada urat kat dalam kepala dia yang putus tu... Sebab tu dia kata Mamat Indon tu saya. Baik doktor check bila dia sedar nanti...”

Cinabeng ko Luthfi! Ko ingat aku tak dengar yang ko mengumpat fasal aku dengan doktor tu... Ko kata urat kepala aku putus... Jaga ko! Nanti aku kenakan ko balik... Tapi buat masa ni lebih baik aku pura-pura pengsan sebab aku terlalu malu. Mesti Luthfi akan gelakkan aku sampai koyak mulut dia gara-gara aku salah sangka yang Mat Indon tu dia. Huhu... Apapun aku patut bersyukur sebab Luthfi masih lagi hidup dan Allah memberikanku peluang kedua untuk mengenali hati budinya. Dan rasanya aku patut berterima kasih dengannya sebab menyelamatkan aku dari Ricky dan kawan-kawannya, serta menyambut aku tadi. Kalo tak, tak fasal-fasal aku tercium lantai hospital ni! Mmm... Rasanya orang pitam atau sakit boleh meracau kan?

“Terima kasih sebab sambut saya...” Bisikku perlahan. Cukuplah hanya Luthfi sahaja yang mendengarnya kerana kata-kata itu untuknya. Mana ada orang separuh sedar cakap kuat-kuat kan...

“Sama-sama, buk! Kita kan bersaudara...”

Aku pantas membuka mata. Alamakk... Napa bukan Luthfi? Tidakkkk.........!!!!!!!

Cinta Origami

Bunyi jam dari telefon bimbit mengejutkan aku dari lena. Segera ku capai dan ku matikan dengan mata yang masih terpejam. Tak lama kemudian telefonku berbunyi lagi. Kali ini mesej pula yang masuk. Dengan malas aku menekan butang telefon bimbit dan membaca.

‘Dan, jangan lupa janji kita okey!’ Sender Airina. Aku check pula inbox. Ada tiga mesej yang belum dibuka dari Airina. Dalam keadaan mamai, aku membaca satu persatu mesej Airina. Mesej Airina yang mengingatkan aku tentang kelas kami pada pagi ini. Mesej Airina yang menyuruhku membawa buku-buku rujukan untuk menyiapkan tugasan kami selepas kelas tamat nanti. Mesej Airina yang mengingatkan aku tempat pertemuan kami selepas kelas kami berakhir nanti.

Aku menepuk dahi. Alamak...! Macam mana aku boleh lupa ni? Kembali teringat janji yang telah ku buat dengan Airina semalam. Dan kelas pagi yang aku dah ter‘tuang’... Jam di meja ku kerling. Pukul 11.30 pagi. Bermakna sudah lebih sejam Airina menungguku di kafe. Aku melompat turun dari katil. Terus mencapai tuala untuk mandi.

*******************************************************************************

Dari jauh aku sudah nampak Airina. Mukanya nampak seperti dia sedang kebosanan. Matanya asyik melilau. Mungkin mencari aku di celah-celah orang ramai yang mengunjungi kafe tersebut. Dan jari-jemarinya seperti biasa lincah melipat kertas-kertas kecil berwarna-warni yang sering dibawanya. Membentuknya menjadi objek. Sebaik sahaja terpandangkan aku, dia tersenyum lebar.

“Dik! Bagi akak teh tarik satu! Tarik panjang-panjang sikit ek! Pastu bagi roti canai kosong dua...” Jeritnya. Seperti biasa, Airina selalu tahu apa yang ku inginkan. Teh tarik dan roti kosong memang menjadi favouriteku jika berkunjung ke kedai mamak ini.

Senyuman Airina melegakan hatiku yang gundah. Gundah akan dimarahi oleh Airina akibat kelewatanku. Ahh... Airina tak kan marah padaku. Kalo dia marah pun, aku tahu bagaimana mahu memujuknya. Aku membalas senyuman Airina dan duduk di hadapannya.

“Dah lama sampai?”

Tanyaku sekadar berbahasa untuk memulakan perbualan pada pagi ini. Walhal aku tahu sudah lebih sejam Airina menungguku di situ. Airina jarang tidak menepati masa dan janji yang dibuatnya. Airina tersenyum manis. Jarang dia memasamkan mukanya di hadapanku. Jari-jemarinya menyudahkan lipatan origami burung jenjang yang terakhir. Mungkin dia baru sahaja belajar membuat origami burung jenjang ni. Cantik juga hasilnya! Kemudian kesemua origami burung jenjang itu dihulurkan kepadaku. Memang kebiasaannya begitu. Katanya dia sudah tidak punya tempat untuk menyimpan lipatan origami yang dibuatnya. Dan kini, origami buatan Airina mula membanjiri bilikku di kolej pula. Di celah buku-buku, di dalam laci, di rak buku, di bawah katil...

“Tak adalah... Saya baru aje sampai.” Kata Airina tanpa memandangku. Aku tahu Airina berbohong untuk menenangkan hatiku yang rawan. Lipatan burung jenjang pelbagai warna yang aku sambut tadi ku kira. Sepuluh semuanya. Air Horlicksnya pun sudah tinggal separuh gelas. Aku tersengih. Awak masih belum boleh membohongi saya, Airina...

“Sorry! Saya tertidur. Overslept... Malam tadi saya buat assignment Puan Raudah sampai pukul empat pagi...” Giliran aku pula berbohong. Walhal aku bergayut di telefon dengan Wardah sampai jam empat pagi tadi. Kebetulan Wardah tak ada kelas hari ni jadi dia rancak berbual itu ini denganku. Aku yang tak sedar diri ada kelas pagi ni, syok aje melayan dia. Sedar-sedar dah pukul empat pagi. Selepas solat Subuh barulah aku dapat melelapkan mata. Pastu aku tido mati. Sampai ter‘tuang’ kelas Prof. Omar pukul 8 pagi tadi. Adoi... Perbualan kami terhenti seketika apabila pekerja kedai mamak itu menghidangkan makanan yang ditempah tadi.

“It’s okey! Saya faham. Asssignment tu punya due date pun dah dekatkan... Don’t worry! Saya dah sainkan attendance awak tadi. Jom kita makan dulu.” Fuh! Lega... Ni yang buat aku semakin sayang dengan Airina ni... Dan hari itu hariku berjalan seperti biasa dengan kehadiran Airina di sisiku. Ceria dan menenangkan. Penuh dengan gelak ketawa Airina dan usikanku. Tak dapat aku bayangkan duniaku tanpa Airina. Tentu tidak menarik dan membosankan.

*******************************************************************************

Pertemuan pertama antara aku dan Airina berlaku kira-kira 3 tahun lepas. Di kafe berhampiran dengan fakulti kami. Aku masih ingat lagi, suasana di kafe begitu sesak sekali pada hari itu...

Aku kerling jam tangan. 12.30 tengah hari. Masa makan tengah hari. Pelajar-pelajar berebut-rebut membeli makanan di kafe yang berhampiran dengan bangunan fakulti. Mengisi perut sebelum memulakan pembelajaran sesi petang pula. Aku turut tidak ketinggalan. Namun aku tidak seghairah mereka memandangkan kelas sesi petangku bermula pada jam 4 petang, seperti yang diberitahu oleh kakitangan di bahagian pentadbiran tadi. Ah... Kenapa suka sangat buat kelas waktu petang? Mengantuk...!

Di celah-celah orang ramai itu, aku ternampak satu wajah yang benar-benar mencuri tumpuanku. Dia nampak begitu berbeza daripada pelajar-pelajar lain. Gadis itu berbaju kurung dan mengenakan tudung dengan warna yang sedondon dengan bajunya. Kulitnya putih bersih dan gayanya penuh dengan kelembutan. Betul-betul seperti bidadari yang ku impikan... Diakah gadis yang ku cari-cari selama ini? Keasyikanku memandangnya membuatkan aku alpa dan terlanggar seorang gadis.

“Woi! Buta ke apa?”

Terkulat-kulat aku memandang gadis yang ku langgar tanpa sengaja sebentar tadi. Gadis itu sibuk mengelap-ngelap muka dan bajunya yang basah dengan tisu. Dengan mata yang mencerlang, dia merenungku. Sebaik saja aku memandang wajahnya, aku terus tergamam. Cantik! Secantik gadis yang sudah hilang dari pandangan mataku kini. Cuma gadis di hadapanku kini tidak bertudung. Rambutnya di’highlight’ dengan warna perang dan dibiarkan terbang bebas. Dan seperti kebanyakan pelajar-pelajar, dia mengenakan jeans dan blaus ketat. Make-up di wajahnya nipis sahaja. Kalo dia berpakaian sopan tentu manis seperti gadis bertudung tadi tu... Agaknya dia berasal dari bandar yang rata-rata penduduknya telah hilang ciri-ciri ketimurannya. Tapi... Don’t judge the book from it’s cover! Ada gak yang orang kampung yang dah lupa daratan.

“Hello!” Dia memetik jarinya beberapa kali di hadapan mukaku. Mungkin dia geram melihatku yang langsung tiada reaksi. Aku malu sendirian. Pasti gadis di hadapanku ini sudah perasan yang aku asyik memerhatikannya dari atas sampai bawah sejak dari tadi.

“Can you at least say you’re sorry? You dah langgar I sampai I dah mandi air Coke, sekarang you tak nak cakap apa-apa? You ni tak ada adab atau bisu?” Soalnya lantang. Suaranya menarik perhatian beberapa orang pelajar di situ. Dua orang rakannya yang berdiri di belakangnya mula berbisik sesama sendiri.

“Oo… I’m really sorry! Saya tak perasan tadi. Awak nak saya ganti balik air Coke awak? Or… Can I get you something else?” Gadis itu menjeling. Tanda marah. Mukanya masam. Dia berpaling pada rakannya apabila terasa lengannya dicuit.

“Apa?” Soalnya kasar.

“Ai, dia tak sengaja tu! Let’s forgive and forget okey?” ujar salah seorang dari rakannya. Gadis itu pada mulanya ingin memprotes. Tidak bersetuju dengan pendapat rakannya. Namun apabila rakan-rakannya memujuk, barulah gadis itu mengangguk dan dia kembali mengalihkan pandangannya padaku.

“It’s okey! Saya maafkan awak. Lagipun awak tak sengaja. TAPI lain kali letak mata kat depan okey. Bukannya kat belakang atau kat lutut!”

Aku tersengih seraya mengangguk. Dan gadis itu terus berlalu apabila lengannya ditarik oleh rakan-rakannya. Mungkin rakannya takut gadis itu akan bertindak di luar dugaan memandangkan suaranya begitu lantang sewaktu menerima perkataan maaf dariku tadi.

“Garangnya pompuan kat sini… Harap-harap gadis berbaju kurung tadi tu tak macam tu…” Kataku sendirian.

*******************************************************************************

“Okey, saya nak tamatkan kelas setakat ini sahaja!” Kata-kata Prof. Muhaimin membuatkan aku manarik nafas lega. Seperti aku sudah terlepas dari hukuman gantung. Mahunya tidak, aku dah tak sanggup menahan mengantuk sejak mula-mula dia melangkah masuk ke dalam kelas dua jam lepas. Tersengguk-sengguk aku kat belakang kelas. Entah dia perasan entahkah tidak. Yang pastinya bukan aku aje yang buat kilang tahi mata. Ada tiga empat orang lagi yang se‘geng’ dengan aku. Nasib baik gadis yang aku suka tu ada dalam kelas ni. Dapat gak aku cuci mata. Melihat keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Kalo tak, dah lama aku cabut balik. Tidur kat bilik lagi bagus. Aku pantas mengemaskan buku di atas meja.

“Tak sangka kita satu kelas!” Aku angkat kepala. Memandang seorang gadis yang berdiri di tepi mejaku. Macam pernah tengok aje pompuan ni... Aku mula menyelongkar kotak memoriku. Samar-samar. Tiada gambaran yang jelas tentang gadis di hadapanku ini.

“Awak ni...” Aku memejamkan mata seketika. Kononnya tengah cuba mengingatlah. Kerat jari kelingking, aku memang tak ingat kat mana aku pernah jumpa pompuan ni... Dia hanya tersenyum. Manis! Nasib aku tak ada penyakit kencing manis.

“Minggu lepas… Di kafe... Awak langgar saya... Air Coke tumpah... Awak ‘mandikan’ saya dengan air Coke… Remember?”

Perlahan-lahan ingatanku terhadapnya kembali. Aku pandang wajahnya. Lain sungguh! Hari tu gadis ni garang macam singa. Hari ni dah macam kucing aje...

“Hah! Ya… Baru saya teringat. Awaklah gadis yang saya langgar hari tu, kan? Napa? Awak tak puas hati lagi ke? Kalo awak tak puas hati lagi, saya boleh belikan awak air Coke yang baru. Jangan kata satu tin, satu dozen pun saya sanggup belikan...”

“No... No...! Bukan macam tu! Sebenarnya saya pun nak minta maaf. I wasn’t myself on that day. Itu yang saya angin semacam. Harap-harap awak tak simpan dendam pada saya…”

“Sudah tentu tidak. Saya yang bersalah. Sekali lagi saya minta maaf. Memang salah saya sebab berangan masa berjalan.” Kami berbalas senyuman.

”Nama saya Nurul Airina. But you can call me Ai @ Airin @ Airina or whatever. But not ‘woi’, ‘pompuan’ or what-so-ever yang tak sedap didengarlah…” Airina menghulurkan salam. Nak sambut ke tak, fikirku. Kalo sambut dosa. Bukan muhrim. Tapi kalo tak sambut, malu pulak minah ni. Ramai gak student yang masih belum keluar dari kelas dan curi-curi pandang ke arah kami.

“Nama saya Daniel Naim. Awak boleh panggil saya Dan...” Tangan Airina aku sambut juga akhirnya.

“Tak sangka awak pun amik Kejuruteraan Awam. Tapi yang peliknya, saya tak pernah pun tengok awak sebelum ni dalam kelas saya...”

“Actually, saya baru dapat tukar kampus. Sebelum ni saya belajar kat Sarawak. Baru sekarang saya dapat tukar ke sini...”

“Ooo... No wonder lah saya tak pernah tengok awak. Well, kalo awak perlukan bantuan apa-apa such as notes, awak boleh minta pada saya...”

“Sure... Thanks a lot! Susah gak belajar tanpa nota! Macam orang buta tanpa tongkat aje...”

Airina ketawa dengan perumpamaan yang aku buat. Persahabatan antara aku dan Airina bermula sejak hari tu. Ternyata berbaloi aku mengenali Airina. Airina seperti ‘kembar’ku. Saling melengkapi antara satu sama lain.

*******************************************************************************

“Dia tu satu course dan sekelas dengan kita ke?” Tanyaku pada suatu pagi. Ketika itu kami baru sahaja tamat kelas pertama untuk hari itu.

”Sapa?” Tanya Airina padaku semula. Aku memandangnya kemudian memandang ke arah gadis bertudung itu. Dia asyik berbual dengan kawan-kawannya. Mungkin membincangkan tajuk assignment yang baru sahaja diberikan oleh Puan Kamariah sebentar tadi. Airina melemparkan pandangan ke arah yang sama. Mencari-cari subjek yang ku maksudkan. Seketika kemudian dia memandangku semula.

”Maksud awak budak yang pakai tudung kuning tu ke?” Aku segera mengangguk. Airina tersenyum.

“Ooo... Wardah! Dia memang satu course dan satu kelas dengan kita. Napa? Berkenan ke?”

Aku diam. Cuma tersenyum sahaja mendengar serkap jarang dari Airina. Airina memang suka wat serkap jarang. Tapi biasanya serkap jarang Airina kena sasarannya. Sama seperti kali ini. Airina merenungku. Mengharapkan jawapan dariku. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Airina ketawa kecil. Kegembiraan kerana tekaannya tepat. Tiba-tiba Airina bangun dari kerusinya.

“Wardah! Daniel minat kat ko la...!” Jerit Airina. Satu kelas pandang Airina dan kemudian aku. Termasuklah si Wardah. Ya Allah! Malunya aku... Giler betullah budak Airina ni. Suka bertindak di luar jangkaan. Pantas aku tarik lengannya sehingga dia terduduk kembali.

“Woi! Tak payah lah wat announcement! Buatnya dia tu ada balak ke apa…” Bisikku marah. Airina tersengih aje. Nasib minah ni cun walaupun tersengih-sengih macam tu...

Wardah ku lihat tertunduk malu dan segera beredar dari situ bersama kawan-kawannya. Mungkin dia ada kelas lain yang perlu dihadiri. Atau mungkin dia malu setelah mendengar kata-kata Airina tadi. Tak pun dia meluat tengok aku... Melepas aku!

“Relaks, Dan! Wardah tu single and available lagi… Saya gerenti punya!” Kata Airina sambil mengenyitkan mata. Kalo ikut hati nak aje aku plaster mulut kecik minah ni! Macam mulut tempayan…

“Awak ni betul-betul dah malukan saya! Mana saya nak letak muka ni?” Airina angkat bahu.

“Dalam poket, dalam beg atau awak tak payah bawak muka awak datang kelas terus!” Ketawa Airina yang galak menambahkan kebenganganku. Dia dah malukan aku, pastu nak wat lawak tak jadi plak... Aku garu kepala yang tak gatal. Sengal betullah minah ni... Malu aku nak datang kelas macam ni.

“Patutnya awak berterima kasih pada saya. Bukan senang tau nak tarik perhatian minah kampung tu! Dari sem satu lagi abang-abang senior dan budak-budak fakulti kita try usha dia. Tapi satu pun tak jalan. Tapi awak beruntung... Sebab ada saya!”

“Apa untungnya ada awak?” Soal aku pelik. Selain dari membantu aku dari segi pelajaran dan membantu aku untuk memalukan diriku sendiri, aku tak nampak pun kelebihan aku berbanding budak lain dengan adanya Airina di sampingku.

“Wardah tu satu kolej dengan saya. Dia dok selang tiga bilik aje dari bilik saya...” Kata Airina sambil tersenyum-senyum.

Berkerut dahi aku memikirkan kaitan antara kolej budak Airina ni dengan Wardah dan minat aku untuk mengenali Wardah. Airina yang tadinya tersenyum penuh makna jadi bengang bila aku masih belum dapat menangkap butir bicaranya. Dicapainya test pad aku kat atas meja dan... Peek! Kepala aku diketuknya.

“Woi! Sakitlah! Jangan main kepala boleh tak?” jeritku. Aku raba kepala. Habis rambut ‘still standing’ aku. Dah jadi ‘still melepet’ plak dah!

“Dah awak tu ‘lampi’ a.k.a lambat pick-up sangat! Tu yang saya ketuk. Biar cepat sikit tangkap apa yang saya cakap.”

“Maksudnya apa?” Soalku bodoh. Aku tersengih bila Airina jengilkan mata. Mungkin geram sebab aku masih tak faham kata-katanya.

“Maksudnya... Saya bolehlah kenenkan awak dengan dia. Itupun kalo awak betul-betul nak kat dia la...”

“Nak! Nak! Nak!” Jawabku pantas. Orang dah offer, amik je la... Peluang tak datang berkali-kali...

“Amboi gelojohnya! Berapa ’pengeras’ @ upah awak nak bagi kat saya? Kalo saya minta awak belanja makan hari-hari, sanggup ke?”

“Sanggup! Awak bukan makan banyak mana pun... Maklumlah, orang kuat diet... Tapi... Mahu ke Wardah tu kat saya ni?”

Timbul keraguan di situ. Yelah... Sapalah aku ni kan... Hensem tu tak lah... Berbanding dengan dia yang cun dan digilai ramai. Sekali dia tak sudi nak berkawan dengan aku. Alahai... Malunya! Dah la hari-hari kena mengadap muka dia. Kami kan sekelas...

“In that case, saya tak bolehlah nak paksa dia! Ini negara demokrasi...”

Airina mengenyit mata kepadaku. Aku terpinga-pinga sendirian. Dia mencapai barang-barangnya dan terus keluar dari kelas.

“Belum cuba belum tahu...” Bisik hatiku. Mana tau Wardah boleh sangkut kat aku ni... Aku menyakinkan diri dan menguatkan semangatku. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...

*******************************************************************************

Airina masih belum puas me‘lecture’ aku. Aku melemparkan pandangan ke arah tasik. Tenang. Mendamaikan. Ku perhatikan pula kanak-kanak yang leka bermain di taman permainan berhampiran. Ceria dan penuh gelak ketawa. Bila terasa ada tamparan di lengan, barulah aku mengalihkan pandangan. Memandang Airina yang sudah merah mukanya menahan marah.

“Dan, saya tak larang kalo awak nak bercinta sakan dengan Wardah in fact saya yang bantu awak dapatkan dia tapi please... Awak tak boleh ponteng kelas lagi. Awak dah banyak kali sangat ponteng! Lecturers dah mula suspek saya yang selalu tandatangankan untuk awak... Kalo kantoi, KO la kita berdua!”

Aku mengangguk-anggukkan kepala. Aku faham mesej yang cuba disampaikan oleh Airina. Memang wajar aku berterima kasih kepada Airina kerana bersusah-payah ‘menyatukan’ aku dan Wardah. Dan aku akui memang aku agak lalai menjalankan tanggungjawabku sebagai pelajar universiti sejak kebelakangan ini. Aku terlalu banyak menghabiskan masa ber‘dating’ dan bergayut dengan Wardah. Aku terlalu kepinginkan cinta dari Wardah. Hasilnya, hati Wardah berjaya ku perolehi. Ungkapan cinta dari Wardah telah ku perolehi beberapa hari lepas. Ungkapan yang ku tunggu-tunggu setelah hampir dua tahun berkawan dengannya. Dan ungkapan itu membuatkanku tidak tidur lena setiap malam. Ungkapan cinta Wardah membuatkan aku tersenyum sendirian seperti orang gila. Ahh... Aku benar-benar telah dilamun cinta bersamanya.

Masa-masa yang dahulunya banyak ku habiskan bersama Airina dan kawan-kawanku yang lain, tiada lagi. Aku mula menyalahgunakan kebaikan Airina. Airina ku gunakan untuk menutup segala ‘kekacauan’ yang aku lakukan. Aku kerahnya menyiapkan assignment-assignmentku, menandatangani kehadiranku, memberiku meniru kertas jawapannya ketika ujian dan macam-macam lagi. Aku tahu, ia tidak adil bagi Airina but what are friends for, right? Aku juga pernah membantunya dahulu. Menghiburkan hatinya ketika ditinggalkan oleh Aizat suatu ketika dahulu. Membantunya ketika tayar keretanya pancit. Malah pernah menjadi teman lelaki palsunya semata-mata untuk membuatkan Aizat cemburu. Sekarang sudah tiba masanya untuk dia pula membantuku.

“Awak tak macam ni dulu! Sepatutnya cinta membuatkan semangat awak semakin berkobar-kobar untuk belajar... Tapi apa yang saya lihat sebaliknya pula berlaku!”

“Airina, apa yang saya usahakan selama ini dah berhasil! Cinta Wardah milik saya juga akhirnya. Setahun selepas kita graduate, saya akan melamar dia menjadi isteri saya yang sah. Itu janji saya...”

Riak wajah Airina berubah menjadi keruh. Tiada senyuman di bibirnya. Dia seperti kecewa. Aku menjangkakan dia akan mengucapkan tahniah kepadaku kerana dia sendiri menyaksikan betapa bersungguhnya aku berusaha mendapatkan cinta Wardah yang satu itu. Mengapa ya...?

“Airina...” Panggilku apabila ku lihat Airina seperti mengelamun. Airina terkejut lalu memandangku. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menepuk-nepuk bahuku. Dia tersenyum tawar kepadaku.

“Tahniah! Saya gembira mendengarnya. Jangan lupa jemput saya makan nasi minyak nanti, ya!” Aku tersenyum lebar mendengar kata-katanya. Mana mungkin aku tidak mengajaknya. Dia kan match-maker kami. Malah aku berhasrat untuk menjadikannya pengapit sewaktu hari persandinganku nanti.

“Awak mesti datang. Tak lengkap majlis kahwin saya tanpa awak...”

Airina tersenyum. Aku membetulkan dudukku. Betul-betul mengadap Airina.

“Saya janji, lepas ni saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya tak kan ponteng kelas lagi. Saya tak kan suruh awak buat assignment saya lagi. Saya tak kan buat perangai lagi...”

“Kalo awak mungkir janji?” Duganya.

“Awak boleh sumpah saya jadi batu!”

“Tak nak lah! Saya nak sumpah awak jadi kereta Honda! Tak payah saya beli kereta lagi...!” Ujarnya sambil berseloroh. Kami ketawa keriangan. Sudah lama aku tidak melihat Airina ketawa sebegini.

*******************************************************************************

“Boleh tak Wardah tengok assignment awak, Dan... Wardah tak tau macam mana nak buat la...” Suara Wardah kedengaran manja di telingaku. Ahh... Orang kalo dah suka, yang pahit pun jadi manis. Yang busuk pun jadi wangi. Mungkin itulah situasi aku sekarang.

“Boleh, apa salahnya! Nanti saya bawa esok.”

“Okey! Terima kasih. Wardah kena letak phone sebab Wardah belum solat lagi. Jangan lupa bawa esok, okey! Minggu depan dah kena hantar assignment tu...”

“Okey! Bye...” Aku menekan butang merah di handphone. Serentak dengan itu aku terlihat Airina berjalan laju ke arahku. Hmm... Tepat pada masanya!

“Saya nak cakap something dengan awak...”

Itulah ayat yang pertama diungkapkan oleh Airina pada awal pertemuan kami kali ini. Aku simpan semula kata-kata yang ingin ku luahkan pada Airina. Muka Airina aku pandang. Mukanya serius. Sesekali berkerut-kerut. Seperti ada masalah berat yang dihadapinya. Aku mula meneka-neka perkara yang ingin dikatakannya.

“Apa dia?”

“Berkenaan dengan Wardah...”

Jantungku berdegup kencang apabila nama Wardah meluncur dari bibir Airina. Kenapa pula dengan Wardah? Baru sebentar tadi kami berbual.

“Napa pula dengan Wardah?” Pantas aku bertanya.

“Saya nampak dia keluar dengan Rahimi semalam. Mereka berpegangan tangan dan masuk dalam hotel. Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali saya terserempak dengan mereka...”

Aku pantas menutup telinga. Tidak sanggup mendengar Airina memburuk-burukkan Wardah. Ini merupakan kali ketiga aku mendengar cerita memburukkan Wardah dari mulut Airina. Dua kali kami bergaduh besar gara-gara Airina mengatakan yang bukan-bukan tentang Wardah. Mustahil Wardah sanggup melakukan perkara tidak bermoral. Wardah gadis terpelajar yang tinggi ilmu agamanya. Airina masih meneruskan cerita karutnya tentang Wardah.

“Airina!” Jeritku. Airina tersentak. Kata-katanya terhenti.

“Jangan burukkan Wardah lagi! Dia gadis baik. Tuduhan awak terhadapnya terlalu berat.”

“Tapi saya tak bohong! Najwa, roommate saya boleh jadi saksi. Ini bukan kali pertama kami lihat mereka bersama, Daniel! Cuma baru kali ini saya berani berterus terang dengan awak tentang segala-galanya!”

“Saya tahu awak sengaja memburuk-burukkan Wardah! Awak cemburu sebab saya banyak habiskan masa dengan Wardah!”

“Demi Allah, Dan! Tak pernah terlintas di hati saya untuk memburukkan Wardah dan saya tak pernah cemburukan perhubungan awak dan dia!”

“Sudah! Saya tak mahu dengar lagi awak memburukkan Wardah. Dia bakal isteri saya dan ibu kepada anak-anak saya!”

“Daniel! Dengarlah kata-kata saya... Sekali pun awak tidak mempercayainya tapi sekurang-kurangnya ambillah tahu. Siasatlah, Dan! Buka mata hati dan minda awak. Nilailah semula Wardah awak tu...”

“Saya tak tahu apa yang dah merasuk fikiran awak sehingga awak sanggup memburuk-burukkan Wardah. Kalo awak tak boleh terima Wardah dan hubungan kami, okey! Fine... Saya rasa sampai sini sahaja persahabatan kita sebab kita dah tak sefahaman lagi...”

Aku meninggalkan Airina yang masih berdiri di situ. Hatiku terasa pedih kerana terpaksa memilih antara Airina dan Wardah. Namun aku nekad. Aku tidak akan percaya kata-kata Airina yang berunsurkan cemburu itu. Jeritan Airina tidak ku hiraukan. Aku lebih risaukan keadaan Wardah sekiranya dia mendengar cerita-cerita yang tidak baik mengenai dirinya.

*******************************************************************************

Perhubungan aku dengan Wardah sudah berlangsung hampir empat tahun. Kini kami sudah tamat pengajian dan mula memburu pekerjaan di ibu kota. Alhamdulillah... Rezekiku murah. Tak sampai tiga bulan aku menganggur, aku diterima bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Wardah pula sudah dua kali bertukar pekerjaan kerana dia masih belum dapat pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan yang kami ambil.

Airina? Aku tidak tahu perkembangan terbaru Airina. Aku tidak lagi berhubungan dengan Airina setelah peristiwa petang itu. Aku yang memutuskan hubungan dengannya. Airina ada menghantar mesej dan menelefonku namun tidak pernah aku angkat. Bila bertemu aku cepat-cepat melarikan diri. Setelah pelbagai cara dilakukan, akhirnya Airina mengalah dan mula menjauhkan diri dariku. Tamat pengajian, Airina hilang begitu sahaja dari hidupku. Aku langsung tidak mencarinya. Aku tidak boleh menerima penghinaan yang dilemparkan oleh Airina teradap Wardah.

Wardah gadis kampung. Dididik dengan ajaran agama yang sempurna. Bapanya merupakan imam di kampung. Wardah tahu menjaga auratnya. Wardah bertudung, menutup auratnya dari dilihat orang lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya. Wardah juga tidak pernah tinggal kewajipan solat lima waktunya. Bicaranya bagai mutiara-mutiara kata. Penuh kelembutan, sopan-santun dan maksud tersirat. Bagiku, Wardahlah yang paling layak menjadi permaisuri hidupku.

Airina berbeza sekali dengan Wardah. Airina dilahirkan dan dibesarkan di bandar. Didikan agamanya hanya setakat di sekolah rendah dan menengah. Solat lima waktunya adakalanya terabai. Airina kurang bijak menjaga auratnya. Airina senang mengenakan t-shirt ketat dan jeans ke mana-mana. Rambutnya yang panjang dan lurus, diwarnakan dan dibiarkan bebas dilihat oleh sesiapapun.

Bukanlah aku ingin membezakan Wardah dan Airina. Tetapi bagiku, Wardah lebih sesuai dijadikan isteri memandangkan asas agamanya kukuh boleh menambah saham dan potensiku untuk menuju ke pintu syurga. Wardah juga mudah dididik memandangkan dia tidak pernah membantah terutama dalam perkara-perkara berkaitan hukum agama. Wardah bijak membataskan pergaulannya dengan lelaki-lelaki bukan muhrimnya termasuklah aku. Tidak pernah sekalipun kami bersentuhan secara sengaja. Airina pula kontra kepada peribadi Wardah. Justeru itu aku nekad untuk menamatkan pencarian teman hidupku dan memutuskan hubunganku dengan Airina..

*******************************************************************************

Aku bergegas keluar dari rumah. Pintu rumah segera ku kunci. Sebaik sahaja pintu kereta ku buka, telefon bimbitku berbunyi. Wardah...

“Wardah, abang baru nak...”

“Abang! Wardah tak dapat tengok wayang dengan abang hari ni! Wardah kena kerja. Ada tender baru masuk!” Ujar Wardah lembut namun kedengaran agak tergesa-gesa. Aku menutup kembali pintu kereta.

“Hari ni kan hari Sabtu. Tak kan lah kena kerja pulak...” Setahu aku, pejabat Wardah cuma beroperasi lima hari seminggu.

“Ada tender baru masuk. Wardah budak baru, tak berani la nak bantah...” Aku segera mengerti bicara Wardah. Wardah baru sahaja bekerja di sebuah syarikat pembinaan di ibu kota. Sudah pasti prestasi kerjanya sedang dinilai dan diperhatikan. Namun tuntutan tugas Wardah kebelakangan ini sering benar mengganggu janji temu kami pada setiap hujung minggu. Pada hari-hari lain jarang sekali kami dapat bertemu memandang waktu kerjaku sering tidak menentu selesainya. Nampaknya tertunda lagi la perbincangan kami mengenai tarikh pertunangan kami. Hmm...

“Okey lah kalo macam tu. Kita jumpa lain kali aje. Take care okey...”

“Okey. Sayang abang. Bye!” Talian dimatikan. Aku tersenyum sendirian. Wardah tidak pernah gagal mengucapkan sayangnya padaku. Kasihku padanya juga semakin menggunung. Tiada siapa yang dapat menandinginya dalam hatiku.

Aku mengeluarkan tiket wayang dari poket seluarku. Memandangnya sejenak dan berkira-kira apa yang harus aku lakukan dengan tiket tersebut.

“Nampaknya aku sorang ajelah yang tengok cerita ni. Tiket lagi satu ni wat frame ajelah...” Kataku sendirian. Pintu kereta ku kunci semula. Lebih baik naik kenderaan awam... Hujung minggu biasanya jalan di Kuala Lumpur penuh sesak. Jika bersama Wardah, aku tidak kisah jika terperangkap dalam kesesakan sebegitu kerana masa-masa bersamanya la yang selalu ku nanti-nantikan. Antara sebab utama aku beli kereta pun adalah Wardah. Aku tak sanggup tengok Wardah berpanas, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan awam maka tahun pertama aku bekerja aku terus membeli kereta secara ansuran walaupun ada keperluan lain yang mendesak. Segalanya demi Wardah...

*******************************************************************************

Seperti yang kujangkakan, LRT sarat membawa penumpang. Aku segera menyelit di celah-celah orang ramai. Yes! Aku berjaya meloloskan diri... Aku mengelap peluh dengan sapu tangan. Panas. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu dan keadaan LRT yang macam ‘ikan sardin dalam tin’, sudah cukup untuk membuatkanku rasa ‘terbakar’. Aku perhatikan kelompok manusia yang pelbagai di dalam LRT. Pelbagai bangsa. Pelbagai gaya dan ragam.

Aku tertarik untuk meneliti sepasang kekasih yang berdiri di suatu sudut LRT. Itupun setelah makcik-makcik yang berdiri di sebelahku mula mencemuh pasangan tersebut. Penumpang-penumpang dalam LRT itu juga mula memberikan pandangan kurang senang ke arah pasangan tersebut. Sungguh menjijikkan dan memualkan. Mereka bukan setakat berpegang tangan. Tangan si lelaki sudah mula berjalan ke tempat yang tidak sepatutnya. Sesekali si gadis menghadiahkan ciuman di pipi lelaki tersebut. Mereka seolah-olah tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Langsung tidak mengendahkan pandangan orang di sekeliling mereka. Apa yang menyedihkan aku, si gadis memakai tudung. Perbuatannya akan membusukkan imej wanita bertudung di mata masyarakat. Perlukah pasangan bercinta meluahkan rasa cintanya dengan cara ‘terlarang’ sebegitu? Kenapa tidak kahwin sahaja?

Aku cuba membandingkan pasangan tersebut dengan Wardah dan aku. Aku dan Wardah juga bercinta, tetapi tak lah sampai begitu perlakuan kami. Aku cukup menghormati Wardah dan imejnya yang bertudung. Tidak pernah sekali pun aku menyentuhnya sekalipun memegang tangannya. Apatah lagi meragut kesuciannya... Aku menatang Wardah seperti minyak yang penuh. Aku mahu menjaga Wardah dan maruahnya sehinggalah masanya sudah tiba untuk aku berbuat lebih daripada sepatutnya. Bagiku, percintaan sebegitu adalah lebih manis dan akan bertambah manis setelah kami berkahwin kelak...

Sebaik sahaja pengumuman mengatakan LRT yang kami naiki sudah tiba di destinasinya, barulah pasangan tersebut meleraikan pelukan dan bersedia untuk turun. Aku mengamati wajah pasangan tersebut. Wajah gadis bertudung dan pasangannya yang sudah jelas kelihatan di kaca mataku membuatkan lutut aku menjadi lemah. Berkali-kali aku menggosokkan mata. Tak percaya... Tanpa sedar, aku mengikuti pasangan itu dari belakang.

“Wardah!” Jeritku lantang. Aku berdoa agar gadis di hadapanku tidak menoleh. Sekaligus menidakkan apa ku lihat sebentar tadi. Gadis itu menoleh. Sah! Itu memang Wardah. Di sebelahnya, Rahimi, senior kami ketika di UiTM. Muka Wardah pucat. Rahimi memandangku dengan tenang.

“Abang... Wardah...”

“Abang tak sangka Wardah sanggup tipu abang. Dan yang paling abang tak sangka Wardah sanggup melakukan perkara terkutuk tu di khalayak ramai!”

“Abang! Dengar dulu penjelasan Wardah...” Wardah menghampiriku dan cuba memegang tanganku. Aku pantas mengelak. Jijik untuk bersentuhan dengannya walhal itulah yang selalu aku impikan. Aku cuma melemparkan senyuman tawar apabila Wardah cuba juga menegakkan benang yang basah. Menafikan segala-gala yang ku lihat tadi. Wardah mula menggunakan air matanya untuk meraih simpatiku. Maaf Wardah, aku tak kan tertipu lagi...

“Ternyata Wardah bukanlah bidadari yang abang impikan selama ini. Hubungan kita setakat ini sahaja, Wardah! Selamat tinggal...”

Aku terus berlalu. Meninggalkan Wardah yang meraung memanggil namaku sambil ditenangkan oleh Rahimi. Hatiku bagai dirobek. Aku tahan air mataku dari mengalir. Aku lelaki. Tak seharusnya seorang lelaki menangis semata-mata kerana seorang gadis. Gadis yang entahkan ada entahkan tidak gadisnya lagi...

*******************************************************************************

Dah lebih tiga jam aku berjalan tanpa arah tujuan. Cuma mengikut sahaja ke mana arah kaki membawa jasadku ini. Bila terasa letih, aku akan duduk seketika. Memerhatikan keadaan sekeliling yang padaku semuanya nampak suram. Tidak bermaya. Seperti yang ku rasakan kini. Tenggelam matahari barulah aku balik ke rumah. Farhan, rakan serumahku tak berani menegurku apabila melihat mukaku yang masam. Dibiarkan sahaja aku berlalu masuk ke dalam bilik.

Tin Coke yang sudah tinggal separuh ku campak ke meja. Habis jatuh dan pecah semua barang di atas meja. Biar segalanya hancur! Air Coke tumpah di merata-rata tempat. Tiba-tiba pandanganku jatuh pada botol kaca yang berkecai di bawah meja. Botol kaca berbentuk bintang pemberian Airina ketika hari lahirku beberapa tahun lalu. Origami berbentuk bintang bertaburan. Ada juga yang sudah dibasahi air Coke.

“If you need me, I’ll always be there for you…”

Tiba-tiba ingatan terhadap Airina menerpa. Airina… Maafkan aku Airina... Betapa bodohnya aku kerana enggan mempercayai kata-katamu. Mataku dibutakan oleh kebaikan, kelembutan dan tudung yang dipakai oleh Wardah. Selama ini aku menyangkakan semua wanita bertudung itu baik, taat pada perintah Allah. Dan wanita yang tidak bertudung itu jahat, tidak berakhlak. Ternyata aku silap menilai keperibadian Wardah dan Airina.

Aku mula merindui Airina. Airina gadis lincah yang sudah lama tidak ku temui. Airina teman yang terbaik yang pernah aku ada. Sentiasa sabar dengan kerenahku, kelewatanku, kelalaianku, kekuranganku. Airina tetap sabar dan sentiasa tersenyum. Airina selalu prihatin dengan keperluanku. Bersama Airina, aku menjadi diriku. Aku tidak perlu kelihatan sempurna dalam segala hal kerana Airina sendiri tidak malu-malu menunjukkan kelemahannya. Kami masing-masing ada kelemahan dan kami saling melengkapi untuk menutup kelemahan-kelemahan kami. Airina... Di mana kau sekarang?

Bintang-bintang yang bertaburan aku kutip satu persatu. Salah satu bintang yang sudah basah terkena air Coke dan sudah hilang bentuknya menarik perhatianku. Terkerut mukaku melihat kesan dakwat pen yang terdapat pada bintang itu. Dengan cermat ku buka lipatannya. Terkejut aku dengan apa yang ku lihat. Aku pantas menyelongkar buku-buku di rak. Satu kotak yang penuh dengan hadiah pemberian Airina dan origami yang pelbagai bentuk turut ku keluarkan dari bawah katil. Origami pelbagai bentuk ku buka satu persatu. Hampir setiap satunya ada tulisan tangan Airina dan luahan hatinya…

“Pertemuan pertama dengan Daniel, 12 April 2003.”

“Daniel is my superman. He always there for me…”

“Daniel is funny. He really light up my days.”

“Aku mula mendalami ilmu agama kerana keperibadian Daniel.”

“Aku berjanji memperkenalkan Dan dengan Wardah.”

“Usaha aku berhasil! Aku senang melihat senyuman Dan.”

“Daniel dan Wardah bertambah rapat. Aku betul-betul rindukan saat-saat bersama Daniel.”

“Aku bukan gadis idaman Daniel-bertudung, beriman, sopan, lemah-lembut. Wardah gadis terbaik buat Daniel...”

“Adakah aku cemburu melihat Daniel dan Wardah?”

“Aku rasa aku sudah jatuh cinta pada Daniel.”

“Daniel, tidak layakkah aku menyintaimu?”

“Aku tak kan sesekali menyatakan cintaku kepadanya. Aku takut akan kehilangan Daniel buat selamanya.”

“Andai Daniel tau ‘wajah’ sebenar Wardah, apakah reaksinya?”

Ya Allah! Selama ini Airina mencintaiku? Mengapa baru kini aku mengetahui isi hatinya? Kenapa aku terlalu buta menilai layanan dan pengorbanan Airina selama ini? Mengapa aku terlalu bodoh menafsirkan bahasa cinta Airina? Mungkin bidadari yang selama ini ku cari bukan Wardah tetapi Airina... Mungkin bidadari yang ku cari selama ini berada di hadapan mataku... Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk bertemunya lagi...

*******************************************************************************

Dua jam menunggu di hadapan pejabat Airina aku rasakan seperti dua tahun lamanya. Sekejap-sekejap aku duduk dalam kereta, sekejap-sekejap aku berdiri di sisi kereta. Bila terasa lenguh, aku mundar-mandir pula di situ. Orang yang lalu lalang mula pandang aku semacam. Aahh... Lantak mereka lah! Dalam kepala aku sibuk merangka-rangka ayat yang ingin aku tuturkan kepada Airina sebentar nanti.

Mahukah Airina memaafkan aku atas segala keterlanjuran kata-kataku? Atas segala perbuatan aku terhadapnya? Sudikah Airina menyambut huluran cinta dariku? Bagaimana jika aku sudah terlambat dan Airina sudah menjadi milik orang lain? Ahh... Kacau!

Tepat jam lima petang, aku lihat seorang demi seorang pekerja mula meninggalkan bangunan tersebut. Aku mencari-cari Airina. Tiada. Betul ke alamat yang si Najwa ni bagi? Entah-entah dia kelentong aku hidup-hidup tak?

Aku perhatikan lagi pekerja-pekerja yang keluar dari situ. Tiba-tiba mataku menangkap susuk tubuh seseorang. Berkali-kali aku menggosok mata. Demi Allah, jika tak kerana lesung pipit di kedua-dua belah pipinya yang kelihatan ketika dia ketawa bersama rakannya, tak mungkin aku dapat mengecam Airina. Airina kini sudah bertudung. Dia tidak lagi mengenakan baju dan seluar ketat sebaliknya kelihatan anggun berbaju kurung.Aku segera mengejar Airina dan rakannya yang semakin menjauh.

“Airina! Ai! Airina!” Jeritku lantang. Langkah Airina dan rakannya terhenti. Airina menoleh. Dia kelihatan terkejut apabila menyedari kehadiranku di situ. Rakannya mula menjauh. Memberi sedikit privasi untuk kami berbual.

“Daniel...” Ucapnya perlahan.

“Airina, saya nak minta maaf! Saya silap menilai Wardah. Ternyata dia bukan seperti yang saya bayangkan... Maafkan saya kerana tidak percaya kata-kata awak. Maafkan saya kerana gagal menghargai awak selama ini. Maafkan saya!” Airina tersenyum melihat wajahku yang bersungguh-sungguh mengucapkan maaf.

“Saya dah lama maafkan awak. Semua orang melakukan kesilapan termasuklah saya dan awak, Daniel...”

“Terima kasih, Airina...”

Aku mengeluarkan kotak baldu merah dari poket seluar. Aku buka kotak itu dan aku melutut di hadapan Airina. Airina tergamam. Drama sebabak yang kami lakonkan mula menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di situ. Namun semua itu tidak ku endahkan.

“Saya harap saya masih belum terlambat. Airina, saya nak tamatkan kisah cinta origami kita ni... Sudi tak awak jadi isteri saya?”

Airina diam seribu bahasa. Kebisuan Airina membuatkan hatiku rawan. Kemudian aku lihat dia membuka tas tangannya dan mengeluarkan sesuatu. Origami berbentuk hati. Dihulurkan padaku. Aku menyambutnya dengan seribu pertanyaan. Aku buka lipatan demi lipatan origami tersebut. Di situ tertulis tiga patah perkataan yang sebelum ini aku anggap sudah tidak menjadi milikku lagi. Wajah Airina aku tatap. Kami berbalas senyuman. Terima kasih, Ya Allah... Terima kasih kerana memberi kesempatan kedua ini! Aku berjanji tidak akan mensia-siakannya lagi...

Monday, September 29, 2008

Setia Menanti

Minyak rambut aku sapukan ke rambut. Bila aku rasakan rambutku sudah cukup keras, aku tegak-tegakkan pula rambutku. Sesuai dengan motto minyak rambut Brylcreem aku ni; still standing. Kemudian aku check pula muka. Okey, clear! Tak ada jerawat. Baju kemas. Seluar okey. Perfect!

Adam yang terpisat-pisat baru bangun tidur aku pandang seketika. Mamai agaknya mamat nih! Selalunya dia la raja tidur. Kalo tak membuta sampai pukul 12 tengah hari hujung-hujung minggu ni, memang sah itu bukan Adam. Sebaik sahaja terpandangkan aku yang dah hensem ni, Adam bingkas duduk di birai katilnya.

“Woi, mangkuk! Apasal ko tak kejut aku gi kelas? Ko saje nak kenakan aku ek?” Soalnya lantang. Wei Han yang tadinya tidur terjaga kemudian bergegas bangun dan capai tuala.

“Woi bangang! Hari ni hari Sabtu lah... Mana ada kelas!”

“Habis, lu nak pegi mana?” Wei Han bertanya dengan mata separuh terbuka. Dah la sepet, bertambah sepet member aku ni... Wei Han kembali duduk di katilnya.

“Aku nak pegi library. Nak belajar!”

Terbahak-bahak si Adam dan Wei Han menggelakkan aku. Celaka punya kawan!

“Ko ni mabuk ke dah kena sampuk? Tak penah-penah pegi library, tiba-tiba pulak hari ni rajin nak pegi library! Pecah rekod ni...”

“Selama ni gua tengok lu langsung tak minat belajar, kenapa hari ni tiba-tiba lu jadi rajin ha?”

“Woi, kawan! Korang sepatutnya support aku... Aku ni nak berubah ke arah kebaikan. Sekarang baru aku sedar akan pentingnya ilmu pengetahuan...”

Adam dan Wei Han ketawa terbahak-bahak lagi. Sampai menonggeng-nonggeng atas katil. Aku ambil bantal dan aku lemparkan ke arah mereka berdua. Tepat mengenai sasaran. Senyap sekejap. Pastu diorang sambung balik ketawa. Tak guna punya kawan!

“Lu jangan tipu kita orang, ma... Kami orang tau la lu mau pegi tengok itu awek library...” Pandai juga apek pelat ni wat spekulasi. Mmm... Betul tekaannya.

“Entah. Macam la kita ni bodoh sangat. Tahu dah perangai ko tu!”

Aku capai handphone dan wallet. Dari melayan budak-budak mulut busuk macam longkang ni, baik aku blah. Nanti tak dapat port kat tempat strategik pulak...

“Lantak korang la... Sambunglah tido tu!”

*******************************************************************************

Nasib baik meja tu masih kosong. Aku dah naik gabra dah tadi. Aku takut meja ni dah ada orang duduk sebab aku lewat setengah jam daripada biasa. Apalagi kalo tak sebab melayan soalan si Adam dan Wei Han yang mengalahkan polis pencen tu. Ceh... Tak guna satu sen pun!

Dia seperti biasa tetap berada di meja itu. Menelaah buku-buku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Namun hari ini dia berseorangan, tidak seperti selalu. Selalunya dia akan belajar bersama kawan-kawannya.

Ceh! Treler mana pulak yang berhenti depan meja aku ni? Menyemak aje kat sini. Potong stim aje. Baru nak berangan! Aku mengisyaratkan mamat tu supaya beralih. Nasib dia faham bahasa isyarat aku. Mamat tu angkat tangan dan pantas berlalu. Barulah aku nampak balik budak pompuan yang duduk selang lima meja dari aku. Cantiknya pompuan ni...

Namanya Sharina Binti Abdul Aziz. Umur 18 tahun. Tinggi 162cm. Berat 48kg. Anak pertama dari lima orang adik-beradik. Ayahnya seorang jurutera. Ibunya pula seorang guru. Amik aliran Sains Fizikal kat kolej matrikulasi ni. Asal dari Seremban. Status? Mmm... In a relationship @ dah ada pakwe. It’s okey... Orang kahwin pun boleh ceraikan. Lagipun aku nak berkawan aje dengan dia. Tapi kalo dia suka kat aku, aku no hal. Aku janji akan layan dia macam puteri raja... Hehe!

Hebat tak aku? Merata-rata aku tanya fasal minah ni. Hasilnya... Aku dah ada maklumat yang hampir lengkap tentang dirinya. Semakin banyak aku tahu tentang dirinya, semakin aku ingin mengenali orangnya. Macam ada magnet aje dia tu...

Sharina tunduk membaca. Sesekali aku tengok Sharina mendongakkan kepalanya dengan mulut terkumat-kamit. Mungkin sedang menghafal. Aku tegakkan buku setebal dua inci. Barulah tak nampak sangat yang aku ni pandang dia. Apa tidaknya, dah hampir sejam aku kat sini aku asyik pandang dia aje. Aku takut Sharina perasan aje. Rasa-rasanya dia perasan ke? Tak kot! Khusyuk aje aku tengok dia dari tadi.

Tiba-tiba Sharina angkat muka dan memandang ke arahku. Agak lama dia memandangku dengan muka yang mencuka. Dan dia bingkas bangun dari tempatnya. Berjalan ke arah... Aku? Ooo...

*******************************************************************************

“Apa masalah awak?!” Soal Sharina tegas. Aku terpinga-pinga. Masalah? Setahu aku, aku tak ada masalah. Duit cukup, belajar okey. Cuma sepuluh bulan kebelakangan ni aje aku tak lena tidur, makan tak lalu, mandi pun tak berapa nak basah. Sejak pertama kali aku terpaku melihat wajahnya ketika perhimpunan pada minggu pertama di kolej matrikulasi ini. Sejak aku jatuh cinta pandang pertama padanya. Akhirnya aku menjadi pemuja dirinya. Menjadi pemerhatinya yang setia pada hari itu dan hari-hari seterusnya.

“Tak ada masalah apa-apa.” Jawabku sambil mendongak memandang Sharina yang tegak berdiri di tepi mejaku. Mukanya masam aje. Aku tersengih. Menyembunyikan rasa hati dan debaran jantung yang makin menggila. Memang lawa giler la pompuan ni. Dari jauh lawa. Dari dekat lagi la lawa... Nak tak jadi awek saya?

“Tak ada masalah? Betul ke? Dari tadi saya tengok awak asyik pandang kat saya aje. Saya ada hutang dengan awak ke?”

“Aa... Tak adalah! Mana saya tengok awak. Dari tadi saya busy baca buku. Tengok! Banyak tak banyaknya buku yang saya dah baca. Mana ada masa nak tengok awak!” Aku tunding buku-buku yang berlambak di atas meja. Sharina menepuk meja. Tak puas hati pulak dia...

“Jangan nak tipulah! Saya nampak apa yang awak buat. Allah pun nampak apa yang awak buat.”

Aku terkulat-kulat sendirian. Bab ni, aku tak berani nak bohong. Nak mengaku ke tak? Mengaku ke tak? Be a gentleman la, Nizam!

“Sebenarnya, saya tengok awek yang kat belakang meja awak tu. So, awak jangan nak perasan la ek...”

Ooo... Nampaknya mulut aku lagi cepat dari otak aku. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata melepas la aku jawabnya...

Sharina menepuk meja sekali lagi. Kali ni lebih kuat. Ui... Kuatnya tangan dia! Tak sakit ke tangan dia yang lembut tu? Satu jelingan maut diberikan kepadaku. Pergh... Tak tido malam le aku! Sharina mendekatkan wajahnya ke mukaku. Tak sampai lima inci aje muka dia dengan muka aku. Sampai aku boleh bau perfume yang dia pakai. Eh... Apahal pulak minah ni? Tak kan nak cium aku kot? Kalo dia nak bagi, aku terima aje. Hehehe... Rezeki terpijak tu! Relaks Nizam, relaks... Maintain cool...

“Kalo berkenan dengan awek tu, napa tak approach aje? Tak payah nak tengok-tengok dari jauh. Ganggu konsentrasi saya nak belajar aje!”

Dengan kata-kata itu, Sharina pantas berlalu. Aku tersenyum sendirian. La... Ingatkan dia nak buat ape tadi. Wat cuak orang aje. Hmm... Ada progress gak hubungan kami. Sekurang-kurangnya dia sedar kewujudan diri aku kat dunia ni. Hehe... Tak kisah la kan kalo hubungan kami bermula dengan pergaduhan. Janji kami dah mula bercakap. Nanti ko Sharina, aku akan buat sampai ko tak tido malam sebab rindukan aku, azamku dalam hati.

“Excuse me... Sharina kata dari tadi awak asyik perhatikan saya. Betul ke? Awak nak berkenalan dengan saya ek?”

Aku panggung kepala. Sapa pulak MM a.k.a Minah Montel ni. Minah ni yang duduk belakang Sharina tadi tu kan? Tup tup aje dah ada depan aku. Apa ke hal nya? MM tu senyum malu-malu kat aku. Ah... Sudah! Aku perhatikan Sharina di belakang Minah Montel tu. Tersengih-sengih dia sebaik sahaja terpandangkan mukaku yang kelat. Ooo... Ni kes nak kenakan aku la ni... Aku julingkan mata.

“Maaf ye... Sebenarnya saya tak tengok awak. Sharina salah faham. Dia ingat saya pandang awak. Padahal mata saya ni juling sikit. Bila pandang kiri, mata saya kat sebelah kanan. Begitulah sebaliknya... Maaf ye sebab buat awak perasan!”

Merah muka Minah Montel tu. Dengan muncung di mulut, dia berlalu ke mejanya semula. Aku mencari-cari kelibat Sharina di situ. Eh, dah hilang dah! Aku segera mengemas buku-buku dan beredar dari situ. Tak tahan dengan jelingan si MM tu. Lagipun tak sebab untukku berada di situ lagi.

*******************************************************************************

“Mak cik, saya betul-betul lupa nak bawa duit hari ni. Boleh tak saya bayar malam nanti? Lagipun saya pelanggan tetap kedai ni!”

Aku yang tengah khusyuk mengadap sepinggan nasi pantas menoleh ke arah suara itu. Tepat sangkaanku! Sharina berada di situ. Sedang merayu pada salah seorang peniaga di kafe. Aku mula mencuri dengar perbualan mereka.

“Mak cik bukan tak nak bagi kamu berhutang, tapi mak cik ni dah banyak kali sangat kena tipu. Janji nak bayar tapi tak bayar-bayar. Kalo macam ni, bankrap la mak cik...”

“Tapi saya tak tipu mak cik. Saya betul-betul terlupa nak bawak duit. Tak kan saya nak balik bilik dan datang sini balik. Kolej saya jauh. Tolonglah mak cik...”

“Tak boleh nak...”

“Tak pe mak cik. Biar saya bayar!”

“Awak lagi?”

*******************************************************************************

Pinggan kosong ku tolak ke tepi. Begitu juga dengan Sharina. Kami berpandangan seketika. Kemudian masing-masing tertunduk apabila mata kami bertentangan. Aku menyedut saki-baki minuman di gelas. Dalam hati, aku mensyukuri insiden sebentar tadi. Disebabkan insiden tu, aku kini berpeluang makan dan berbual-bual bersama-sama gadis pujaanku... The one and only Sharina!

“Thanks sebab tolong bayarkan duit makanan saya tadi. Saya betul-betul lupa nak bawak duit. Maybe sebab saya kelam-kabut masa nak pegi library pagi tadi. Saya janji nanti saya bayar balik.”

“Tak pe. Bukan mahal sangat pun awak makan. Saya halalkan aje kat awak...” Kalo setakat RM 3.50 dia makan apalah sangat kan... Lebih dari tu pun aku sanggup bayar kalo untuk Sharina...

“Tapi saya tak suka terhutang budi pada orang.”

“It’s okey Sharina! Anggap aje saya belanja awak.”

Sharina membulatkan matanya sebaik sahaja namanya keluar dari mulutku. Mesti dia terkejut sebab aku dah tau nama dia sedangkan kami belum berkenalan lagi.

’Saya dah tau banyak fasal awak, cuma awak aje tak kenal saya...’ Nak aje aku cakap macam tu tapi tersekat kat tekak aje.

“Macam mana awak tau nama saya?” Soalnya pelik.

“Mmm... Sebenarnya saya tau banyak fasal awak.” Jawabku tanpa berselindung. Sharina ku lihat semakin berminat untuk mendengar kata-kataku yang seterusnya.

“Saya tau nama penuh awak, tempat asal, tempat tinggal, ex-sekolah awak, hobi...”

“Sampai hobi saya pun awak tau? What are you? Stalker?”

“Ha? Tak la sampai macam tu. Saya cuma nak berkenalan dan jadi kawan awak aje.”

“Mesti awak tau kan yang saya ni dah ada pakwe. Tak takut ke nak berkawan dengan awek orang?”

Ni soalan nak menguji aku ke nak me‘reject’ tali persahabatan yang cuba aku jalinkan? Isk... Janganlah kena reject awal-awal. Macam kalah tanpa bertanding aje rasanya...

“Bagi saya, tak salah kalo kita nak berkawan dengan sesiapapun. Walaupun kita dah ada couple, dah bertunang ataupun dah berkahwin sekalipun. Janji kita tau batas-batasnya.”

Sharina nampak senang dengan pendapatku yang ringkas dan padat dengan mesej tu. Mungkin dia pun sependapat dengan aku. Macam ada harapan aje aku nak berkawan dengan dia…

“Saya setuju dengan pendapat awak. Semuanya terpulang pada seseorang individu tu. Kalo macam tu... Hai! Nama saya Sharina. Selamat berkenalan!”

“Hai, nama saya Nizam! Selamat berkenalan...”

Huluran tanganku tidak disambut oleh Sharina. Dia memandang tangan kanan yang ku hulurkan dan wajahku beberapa kali. Ada maksud yang cuba disampaikan. Berkerut mukaku, cuba mentafsirkan mesej yang cuba disampaikan. Kemudian terlintas sesuatu di fikiranku. Aku menepuk dahi. Macam mana la aku boleh expect gadis bertudung macam dia nak bersalaman dengan aku yang bukan muhrimnya... Sharina ketawa melihat reaksiku. Aku turut menyertai gelak tawanya yang kedengaran seakan-akan nyanyian merdu di telingaku. Mentertawakan kealpaanku sendiri. Perlahan-lahan aku mula jatuh cinta padanya.

*******************************************************************************

Diam tak diam, sudah hampir empat tahun aku berkenalan dengan Sharina. Setelah tamat belajar di kolej matrikulasi, kami berpeluang menjadi mahasiswa-mahasiswi di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang sama. Kami tidak pernah berbincang mengenai institusi pengajian yang kami sukai apatah lagi berjanji untuk memohon masuk ke institusi yang sama. Mungkin itu satu kebetulan. Seperti pertemuan-pertemuan yang tidak pernah kami rancang di stesen komuter setiap kali kami pulang dari atau ke kampung halaman masing-masing. Kebetulan-kebetulan yang terlalu kerap menyebabkan aku terfikir bahawa Sharina benar-benar gadis yang diciptakan oleh Allah untukku.

Tapi wajarkah aku berfikiran sedemikian? Hubungan aku dengannya ada on dan off nya. Adakalanya kami akan menjadi rapat seperti pasangan kekasih. Menghabiskan masa bersama ataupun setakat bermesej andai bebanan tugas sebagai mahasiswa universiti menghambat masa-masa kami. Adakalanya kami seperti orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Mesej-mesejku tidak dibalas. Panggilan dariku tidak disambutnya. Dan aku jarang sekali dapat bertemu dengannya di kampus lantaran kami mengambil jurusan yang berlainan dan fakulti kami juga berbeza. Sehingga nanar aku jadinya kerana terlalu merindui gadis yang bernama Sharina itu...

Seperti hubungan kami berdua, hubungan Sharina dan teman lelakinya juga tidak stabil. Ada on dan off nya. Adakalanya mereka bergaduh berhari-hari malah berbulan-bulan lamanya. Kemudian berbaik semula. Clash dan kemudian declare couple balik. Ahh... Kenapa Sharina mesti memuja lelaki yang telah berkali-kali melukakan hatinya. Aku lebih kacak dan bijak daripada si Jeffri tu! Bukan aku perasan sendiri tetapi kenyataan ini memang diakui oleh rakan-rakanku dan Sharina sendiri. Berkali-kali aku menyatakan cintaku terhadap Sharina. Namun Sharina tidak pernah mengambil serius terhadap ucapanku. Padanya aku bergurau dan berpura-pura menyintai semata-mata untuk menggembirakannya. Kenapa Sharina sering melupakan cintaku padanya? Apa kurangnya cintaku berbanding cinta Jeffri yang bukannya satu dan tidak tulus itu? Sukar aku meneka jawapannya. Aku berharap Sharina dapat menggunakan kepintarannya dalam pelajaran dalam kisah cintanya. Bukannya menggunakan akal atau hati budak sekolah yang baru belajar bercinta untuk menilai cinta Jeffri. Dan aku berharap Sharina tidak terlalu naif dalam memahami bahasa cinta dariku...

*******************************************************************************

Aku segera ‘merampas’ beg baju yang dijinjing oleh Sharina. Kesian aku tengok dia yang terpaksa mengheret beg seberat itu ke stesen komuter. Sekarang dia terpaksa bersesak-sesak pula dalam komuter yang penuh manusia. Kedinginan aircond komuter pun dah tak terasa lagi. Sharina agak terkejut dengan tindakanku yang spontan. Aku mengenyitkan mata apabila dia memandang ke arahku dengan muka pelik. Kemudian dia tersenyum manis seperti biasa.

“Thanks! Awak ni sweet sangat... Macam tau-tau aje saya tak larat bawak beg ni.”

“Saya sweet? Ye ke? Saya dengan gula, mana lagi manis?”

“Not sweet gula lah...”

Kami berbalas senyuman dan terdiam seketika. Sekadar berpandangan sesama sendiri dan kemudian mengalihkan pandangan ke arah penumpang-penumpang di dalam komuter.

“Zam, awak tak ada girlfriend ke? Saya tak pernah tengok pun awak dating dengan mana-mana girl...” Soal Sharina lambat-lambat. Mungkin takut akan menyinggung perasaanku.

“Tak ada!” Jawabku pantas. Soalan tu memang tak payah difikir-fikirkan jawapannya. Memang tak ada perempuan lain yang pernah keluar dating dengan aku. Kecuali Sharina. Itupun kalo pertemuan-pertemuan kami itu diistilahkan sebagai dating lah memandangkan kami tak pernah declare couple pun...

“Saya pelik la... Awak cute, sweet tapi tak ada awek...”

“Sebab saya tunggu awak!”

“Come on! Janganlah bergurau dengan perkara macam ni...”

“Sapa kata saya bergurau? Memang betul saya dah jatuh cinta pada awak. Awak aje yang tak nak percaya...”

Sharina memalingkan mukanya ke arah lain. Dia terdiam seketika. Sekadar memerhatikan pemandangan di luar sana. Kemudian dia memandang wajahku semula.

“Tapi saya dah ada pakwe…”

“Tak pe la. Itu tak jadi masalah bagi saya. Saya akan tunggu awak. Sebab saya memang tak boleh suka kat orang lain.”

“Tapi sampai bila?”

“Entah... Mungkin sampai saya bosan. Bila saya dah letih menunggu nanti, saya carilah awek lain...”Jawabku dengan nada serius. Sengaja aku berkata begitu untuk memancing reaksi Sharina. Entah kenapa Sharina seperti tidak senang mendengar kata-kataku. Terkejut mungkin?

“Eh, janganlah cari perempuan lain! Abis nanti saya macam mana?”

Berkerut mukaku mendengar kata-kata Sharina. Pantas aku menatap wajahnya. Aku lihat Sharina menutup mulutnya dengan tapak tangan. Mukanya seperti nampak kesal dengan apa yang diucapkan sebentar tadi. Dalam hati aku cuba mentafsir kata-katanya sebentar tadi. Siapa aku di matanya?

*******************************************************************************

Suara pasangan yang sedang bertengkar di kawasan lapang berhampiran tasik membuatkan aku memperlahankan larian. Aku mengamati pasangan tersebut. Jeffri dan Sharina. Bergaduh lagi? Ah... Itu bukan sesuatu yang baru bagiku. Setiap kali mereka bergaduh mesti Sharina akan mengadu kepadaku. Menghamburkan kesedihan dan kekecewaannya terhadap sikap Jeffri yang keras kepala, playboy, panas baran, cemburu buta dan tidak pernah memahami kesibukan kami sebagai mahasiswa. Mungkin kerana dia tidak berpeluang menjadi mahasiswa seperti kami maka dia agak sukar memahami rutin kehidupan kami sebagai pelajar universiti. Aku mengisyaratkan Adam dan Wei Han agar meneruskan jogging mereka terlebih dahulu. Dari jarak lebih kurang 200 meter, aku dapat mendengar perbualan antara Sharina dan Jeffri dengan jelas dari sebalik pokok.

“Awak dah pandai curang di belakang saya! Lepas tu sekarang awak dah pandai menipu pulak! Konon sibuk dengan assignment la test la... Tapi sebenarnya awak keluar dengan budak laki tu, kan?” Jerit Jeffri lantang. Orang yang lalu-lalang tidak dipedulikannya.

“Saya tak pernah curang terhadap awak. Zam tu cuma kawan saya. Salahkah saya berkawan? Cubalah faham sikit!”

“Kawan konon! Kawan apa kalo berpeluk-peluk, berpegang-pegang tangan?”

“Demi Allah, saya tak pernah pun buat macam tu! Awak jangan nak sama kan saya dengan apa yang awak pernah buat dengan girlfriend-girlfriend awak tu!”

“Saya tengah cakap tentang awak dan budak bodoh tu. Bukan tentang saya. Jadi awak jangan nak babitkan saya pulak. Awak tak ada hak nak masuk campur dalam hidup saya!”

“Ooo... Awak minta saya setia sedangkan awak kat luar sana sibuk menambah koleksi awek awak! Adil ke macam tu?” Bentak Sharina kuat. Dia nampaknya sudah tidak peduli lagi dengan orang ramai yang tertoleh-toleh ke arah mereka.

“Saya kata jangan masuk campur dalam hal saya! Awak tak ada hak!”

“Ya! Saya berhak! Sebab saya kekasih awak. Saya berhak tau dengan sapa awak keluar, apa yang awak buat dengan pompuan-pompuan tu...”

Pangg...! Satu tamparan mengenai pipi kiri Sharina. Aku hampir-hampir keluar dari tempat ’persembunyianku’ menyaksikan tindakan Jeffri yang di luar dugaanku itu. Ku lihat Sharina terdiam. dan tunduk. Memegang pipinya sambil menangis teresak-esak.

“Saya paling tak suka awek yang mengongkong! Dan saya tak kan sesekali minta maaf atas tindakan saya menampar awak!”

Jeffri meninggalkan Sharina yang masih terduduk di kerusi batu. Aku keluar dari tempat ‘persembunyianku’. Aku menahan Jeffri. Muka Jeffri nampak bengang.

“Nizam... Apahal ko halang jalan aku ni?” Soalnya kasar.

“Kalo bergaduh sekalipun, tak payahlah guna kekerasan. Cuma lelaki dayus aje yang guna kekuatan fizikal ke atas wanita...”

Jeffri kelihatan berang dengan kata-kataku. Merah padam mukanya. Dia mengepal-ngepal buku limanya. Dia nak tumbuk aku? Okey, dipersilakan... Aku pun dah lama sangat bersabar dengan tingkah-lakunya terhadap Sharina. Selalu sangat buat Sharina bersedih.

“Ko sapa nak ajar aku? Boyfriend Sharina ke? Bukan, kan? Sebab setahu aku, aku masih boyfriend dia. Dan dia masih lagi girlfriend aku. So, stay the hell away from her and me!” Aku mengetap gigi mendengar bicara Jeffri yang bernada angkuh tu.

Jeffri menghidupkan enjin keretanya dan terus berlalu pergi dari situ. Aku cuma mampu menggelengkan kepala. Dah la bodoh, sombong pulak tu! Aku berjalan mendapatkan Sharina.

“Zam…” Sharina seperti terkejut dengan kehadiran aku di situ. Masih bersisa air mata di pipinya. Dan pipi kirinya pula masih berbekas tamparan Jeffri sebentar tadi.

“Saya…”

“Saya dah tau semuanya…” Jawabku pantas.

Sharina kembali menangis tersesak-esak. Dan seperti biasa, aku adalah kaunselor tak bertauliahnya. Pendengar yang setia terhadap keluhan hatinya. Penasihat yang menunjukkan jalan terbaik baginya agar hubungannya dengan Jeffri kembali jernih. Sahabat yang tidak pernah jemu menyuntik kata-kata semangat agar dia dapat bangkit semula dari kesedihannya. Dan… Aku juga adalah pencintanya yang sejati.

*******************************************************************************

Strike! Sharina menjerit kegembiraan sebaik sahaja kesemua pin-pin bowlingnya berjaya dijatuhkan. Mengakhiri permainan kami pada hari itu. 110 berbalas 95. Isk... Macam mana aku boleh kalah dengan Sharina hari ni? Malunya aku...

Dia tersenyum manis dan kembali duduk di sebelahku. Air mineral diteguknya. Aku pandang Sharina. Dia mengenakan seluar slack putih, blouse pink dan tudung yang sedondon dengan bajunya. Aku rasa Sharina hari ni dia nampak lain aje. Nampak lebih ceria. Lebih manis. Lebih cantik. Lebih segala-galanya dari hari-hari biasa.

“Awak nampak ceria lain macam aje hari ni. Ada apa-apa ke?”

“Well, saya dah menang bowling. And somebody got to buy me lunch today. So, I have a good reason to be happy, right?” Jawabnya manja. Senyuman tak lekang-lekang dari bibirnya sejak aku bertemu dengannya pagi tadi. Aku geleng kepala. Tak bersetuju dengan jawapan yang diberikannya.

“No... Rasanya ada sebab lain awak gembira sangat hari ni, kan? Come on, Sharina! Saya dah lama kenal awak.”

Perkenalan selama empat tahun dengan Sharina sudah cukup untuk aku mengenali hati budinya, sikapnya, kesukaannya, kebenciannya, minatnya dan peribadinya. Aku sudah boleh menduga fikirannya dan membaca gerak tubuhnya. So far 90 peratus dugaanku tepat!

Sharina tersengih lantas menundukkan mukanya. Mungkin malu kerana dari tadi aku asyik merenungnya. Inilah antara ciri-ciri yang membuatkan aku jatuh hati padanya. Dia seorang yang lincah tapi pemalu. Nilai-nilai gadis Timurnya itu masih terpelihara. Dia bijak membawa diri bersesuaian dengan keadaan persekitarannya. Tidak seperti remaja pada masa kini yang kebanyakannya lepas laku.

“Sebenarnya saya dan Jeffri dah declare couple balik semalam.” Hilang senyuman di bibirku. Jantungku serta-merta berdegup kencang. Dan hanya Allah sahaja yang tahu rasa hatiku pada saat itu.

“Kenapa dia?” Soalku tanpa sedar. Sharina seakan-akan terkejut dengan pertanyaanku.

“Kenapa apa, Zam? Awak tak suka ke saya berbaik-baik dengan Jeffri?” Soalnya semula.

“Bukan! Bukan saya tak suka cuma…”

“Cuma apa, Zam?” Soal Sharina pantas. Seperti tidak sabar-sabar mendengar jawapanku.

“Sharina, Jeffri bukan teman lelaki yang baik untuk awak. Awak boleh dapat teman lelaki yang berpuluh kali ganda lebih baik daripada dia!”

“Dia berjanji dia akan berubah! Dia berjanji dia tak kan ulangi kesilapan yang sama. Dia berjanji dia tidak akan menduakan saya lagi...”

“Kenapa mesti Jeffri? Kenapa bukan lelaki lain? Lelaki tu dah banyak kali kecewakan awak. Ni bukan pertama kali awak clash dan berbaik semula. Dah masuk kali ketiga! Sedarlah Sharina... Lelaki tu tak bersungguh dengan janji-janjinya.”

“Sebab dia cinta pertama saya and i love him so much!”

Merintih hatiku mendengarnya. Tiga bulan kebelakangan ini kami begitu rapat. Sharina tidak lagi ‘lari-lari’ dari aku seperti dahulu. Kami banyak menghabiskan masa bersama. Bermesej, bertelefon dan bertemu jika kelapangan. Hatinya sudah mula lembut terhadapku. Dan aku dapat rasakan yang aku tidak bertepuk sebelah tangan. Perlahan-lahan aku sudah mula merasai ‘cinta’ darinya. Adakah aku tertipu lagi dengan layanannya? Kenapa Sharina masih menagih cinta dari Jeffri?

“Zam, saya nak bagi Jeffri satu lagi peluang. Percayalah… Jeffri akan berubah. Saya akan membuatkan Jeffri berubah…”

Berkerut aku mendengarnya. Lelaki playboy seperti itu bolehkah berubah? Aku tak menafikan kuasa Allah, tapi rasanya Sharina tak cukup kuat untuk mengubah perangai buruk Jeffri. Bukankah sudah bertahun-tahun Sharina cuba berbuat demikian. Dan hasilnya… Zero! Kosong!

“It’s sound imposibble, Sharina… Jeffri tak kenal erti kesetiaan. Dia tak tau menghargai cinta awak…”

“Saya tahu! Itulah yang kawan-kawan saya cakap. Tapi, kalo saya tak bagi peluang, macam mana dia nak berubah,kan? Awak kawan saya. Saya perlukan sokongan awak. Please…”

Aku menghela nafas. Berpaling ke arahnya. Melihat wajahnya yang penuh pengharapan. Antara rela dan paksa, aku menganggukkan kepala.

“Baiklah. Saya percaya awak boleh mengubah Jeffri. Dan saya sokong apa juga tindakan awak. Tapi dengan satu syarat… Kalo awak ada masalah, awak tau kan nak cari sapa?”

“Ya, saya tau! Kalo saya ada masalah, saya pasti akan cari awak, En. Khairul Nizam bin Selamat. Thanks, Zam! You’re my best friend...”

Aku tersenyum tawar ke arah Sharina yang sudah kembali tersenyum. Seandainya Sharina tahu betapa besarnya cintaku padanya, masihkah dia memilih Jeffri yang sudah berkali-kali melukakan hatinya? Aku harap suatu hari nanti dia akan sedar. Sedar dalam erti kata sebenar. Sedar siapa lelaki yang benar-benar mencintainya. Sedar siapa lelaki yang selalu ada di sisinya tak kira susah atau senang. Sedar siapa lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih cintanya.

*******************************************************************************

“Saya nak jumpa dengan awak!”

“Bunyinya macam penting... Ada apa hal, Zam?

“Saya mahukan kepastian tentang hubungan kita. Saya mahu awak berterus-terang tentang perasaan awak terhadap saya. Saya dah tak sanggup berteka-teki dengan awak lagi.”

“Zam, saya...”

“Bukan sekarang, Sharina. Nanti saya bagi masa dan tempatnya. Masa tu nanti saya nak awak jelaskan segala-galanya...”

Hari dan masa yang dijanjikan telah tiba. Hari yang aku tetapkan ini merupakan hari terakhir kami di institusi pengajian tinggi ini. Aku berharap benar agar aku mendapat kepastian dalam hubungan kami sebelum kami terpisah jauh dan kembali meneruskan perjalanan hidup kami yang panjang ini. Aku sudah jemu hidup dalam ketidakpastian. Aku tidak mahu terkeliru lagi dengan layanan dan tutur katanya. Aku mahukan satu kepastian hari ini. Sama ada positif atau negatif jawapannya, aku harus menerimanya dengan redha.

Setitis demi setitis air hujan mula turun. Semakin lama semakin lebat. Membasahiku yang masih teguh berdiri di tengah tanah lapang itu. Menantikan kedatangan Sharina yang sudah tiga jam lewat dari masa yang ku berikan padanya seminggu yang lalu. Sengaja aku memberitahunya awal. Agar dia boleh berfikir secara rasional. Memilih lelaki yang paling baik untuk menemani dan melindunginya di sepanjang hidupnya.

Hatiku mula rawan. Tak mungkin dia terlupa kerana aku sudah mengingatkannya semalam. Dan Sharina bukan orang tidak menepati masa dan janji. Paling lewat pun sepuluh minit, dan dia pasti tiba di tempat yang dijanjikan. Pelbagai kemungkinan bermain-main di fikiranku. Aku mula meneka-neka sebab kelewatannya. Mungkin masa yang ku berikan kepadanya untuk berfikir tidak cukup... Mungkin aku memang bukan pilihan hatinya... Mungkin Jeffri sudah benar-benar berubah dan menjadi pilihan hatinya... Mungkin Jeffri lah yang boleh membahagiakannya... Memikirkan kemungkinan tersebut hatiku menjadi sedih. Kiranya sia-sia sajalah usaha dan penantianku selama ini.

Kedua-dua belah kakiku menjadi lemah. Kaki-kakiku ini tidak mampu lagi menampung berat badanku ini. Dan tanpa sedar aku terduduk di situ. Air mata jantanku mengalir deras. Selebat hujan pada petang ini. Aku mula menangisi kehilangan Sharina dalam hidupku. Kehilangan Sharina, gadis yang ku puja selama empat tahun ini.

Pergilah, sayang... Aku akan sentiasa mendoakan agar kau beroleh kebahagiaan yang kau cari selama ini... Jangan kau bimbang dengan diriku ini. Kerana aku bukan anak Adam yang lemah. Aku akan tetap bangkit dari kekecewaan ini. Aku akan mencari bahagiaku sendiri. Tanpamu... Namun izinkan aku menyimpan kenangan indah kita agar dapat ku jadikan azimat bagi meneruskan perjalanan hidup ini...

Tiba-tiba aku terlihat satu cahaya putih di hujung jalan taman itu. Cukup terang dan mempersonakan. Air mataku sudah lama kering. Dan senyuman terukir di bibirku. Perlahan-lahan aku bangun dan melangkah ke arah cahaya itu dengan seribu harapan...



Nizam:-
Cintaku padamu tetap utuh, Sharina... Biar masa berlalu. Biar seribu bidadari dari syurga datang menyembah cintaku. Ketahuilah olehmu bahawa hanya dikau sahaja bidadari yang aku dambakan. Kau cinta pertamaku. Demi mendapatkan secebis cinta dan sayang darimu, aku rela mempertaruhkan seluruh alam semestaku buatmu.

Ya Allah, aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar dipermudahkan ‘laluan’ku untuk memperolehi cinta dari Sharina. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar aku diberi kesabaran untuk terus menunggu ucapan cinta dari Sharina. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar aku diberi petunjuk serta hidayah berkenaan kesudahan hubungan kami ini. Dan aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar Kau jauhkan dirinya dariku, aku berdoa kepadaMu Ya Allah agar Kau permudahkan diriku untuk melupakannya sekiranya dia bukan jodohku. Sekiranya dia bukan hawa yang diciptakan dari tulang rusukku…


Sharina:-
Nizam, cintamu mencuit hatiku. Renunganmu menggetarkan naluriku. Layananmu menjadikan aku laksana seorang puteri. Aku teruja melihat kesungguhanmu menyintaiku. Aku terpaku menyaksikan kesetiaanmu menagih cintaku. Namun, dia cinta pertamaku... Bersamanya aku mengenali makna dan nikmat cinta, rindu, sayang, benci, cemburu, dan segala-galanya... Walaupun berkali-kali dia melukakan hatiku, menabur garam kedukaan di hatiku, berpaling dari cintaku, namun berkali-kali jugalah aku merawat diriku sendiri dan kembali memperhambakan diriku untuk menagih cintanya. Aku berharap agar cintaku ini berjaya ku heret sehingga ke jinjang pelamin. Kerana aku terlalu mengagungkan cinta pertamaku ini. Seperti mana kau mengagungkan cinta pertamamu padaku. Mungkin aku terlalu ego untuk membiarkan cinta pertamaku ini berakhir di sini. Benarkah dalam soal cinta, wanita tidak pernah belajar dari kesilapannya? Jika benar, aku adalah salah seorang daripada wanita-wanita tersebut... Namun manusia cuma mampu merancang dan Tuhanlah penentu bagi segala-galanya. Jika itu ketentuanNya, siapalah aku untuk menolak takdirnya. Untuk itu, aku pasrah dengan takdirNya...

Followers