Saturday, July 11, 2009

eucralipse 5


Setiap malam aku menghabiskan masa di beranda bilikku. Menunggu kehadiran lelaki itu sehingga ke dinihari. Namun dia tidak pernah memunculkan dirinya lagi. Dia hilang begitu sahaja. Seperti suasana hangat yang dibawanya pada malam itu.

Rantai di tangan aku pandang buat sekian kalinya. Rantai yang aku ‘sentap’ secara tak sengaja pada malam tu. Entah kenapa aku rasa macam ada ‘dejavu’ aje bila tengok rantai ni... Tapi aku tak ingat di mana dan bila aku pernah tengok rantai ni.

Rantai itu benar-benar menarik perhatianku. Warna hijau yang terpancar dari rantai itu benar-benar menarik tumpuanku. Sapa lelaki tu? Napa dia buat macam tu kat aku? Tak penting ke rantai padanya? Kalo penting napa dia tak datang pun cari?

Tiba-tiba datang satu perasaan marah terhadapnya. Siapa dia? Siapa dia yang berani membuat aku tidak keruan di sini? Apa haknya sehingga dia menyebabkan aku kurang siuman semenjak majlis ulangtahunku sehingga sekarang? Rasa benci terhadap lelaki itu terus menyelinap masuk ke hatiku… Selama ni apa yang aku nak, aku mesti dapat. Tapi kenapa susah sangat aku nak jumpa dengan lelaki itu. Mentang-mentanglah hensem sket, jual mahal pulak!

Ahh...! Pening-pening... Macam mana aku nak cari lelaki tu. Banyak benda aku nak tanya dia ni... Contohnya, macam mana dia boleh terbang? Macam mana dia tahu bertutur dalam bahasa kuno Eucralipse? Mana dia dapat rantai ni? Sapa sebenarnya dia? Musuh atau sebaliknya?

**************

Pemandangan dari koridor istana yang menjangkau ke segenap kawasan jajahannya, sudah tidak mampu menceriakan hatinya. Permaisuri Xera melabuhkan punggung, bersebelahan suaminya, Raja Esqandar.

“Setiap kali kita bercakap soal perkahwinan dengan Raja Esqandar dan Permaisuri Eurika, saya rasa tak sedap hati aje...” Luahnya perlahan.

“Kenapa?” Perhatiannya tidak lagi pada buku yang dipegangnya.

“Satu hari nanti mereka akan dapat tahu juga yang semua ini palsu!”

“Tiada sapa yang tahu, Xera! Cuma kita sahaja yang tahu...”

“Tapi Esmet pewaris sebenar... Rantai tu pulak... Entah la... Saya benar-benar takut! Lambat-laun mereka tentu tahu juga!”

“Kita akan cuba elakkan atau lambatkan perkara itu. Planet Segi perlukan Eucralipse. Itu sahaja jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah kita. Sistem pertahanan kita semakin lemah. Kita tak punya bilangan tentera dan peralatan yang cukup. Rexo dan orang-orangnya semakin kerap menyerang Segi...”

“Itulah yang merisaukan saya. Saya takut perkara ini terbongkar sebelum perkahwinan antara Esmet dan Eury berlaku.”

“Jangan risau, Xera! Semuanya akan berjalan lancar. Kita hanya perlu berusaha pujuk Raja Esqandar untuk mempercepatkan perkahwinan Esmet dan Eury.”

Permaisuri Xera melentokkan kepalanya di dada Raja Eries dan cuba membuang segala pemikiran negatifnya ke tepi.

******************

Sebaik sahaja aku tiba di akademi, tempat pertama yang ku tuju adalah bilik Puan Oracle. Aku berharap benar Puan Oracle dapat menjawab segala persoalan yang bermain di mindaku sejak beberapa hari kebelakangan ini. Atau lebih tepat, persoalan yang asyik mengasak pemikiranku sejak aku bertemu dengan lelaki itu. Lelaki misteri di malam ulang tahun kelahiranku. Lelaki yang menyelamatkanku di hutan.

“Kau takkan percaya dengan apa yang akan aku ceritakan ni!”

Entah dari mana Ellisa datang. Tau-tau aje dia dah ada di sebelahku. Berjalan dengan kelajuan yang sama denganku.

“Bukan sekarang Ellisa…” Kataku dalam keadaan mengah.

Langkah aku percepatkan ke bilik Puan Oracle. Ha! Ini dia biliknya. Agak tersorok dari bilik tenaga pengajar yang lain. Kerana tuannya antisocial. Jika tidak kerana terpaksa memberi kuliah, sudah pasti dia akan terperap sahaja di biliknya ini.

“Kenapa kau ke bilik Puan Oracle pula? Aku fikir kau tidak minat sejarah dan benda-benda yang diajarinya!” Tanpa aku sedari rupanya Ellisa masih mengekori aku sehingga ke sini. Ahh… Apa sahaja perkara penting yang ingin diceritakan? Let me guess… Mesti fasal Egart, hero pujaannya itu!

Setelah mengetuk pintu ala kadar aku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik tanpa sebarang pelawaan dari dalam. Hmm… Nampaknya aku sudah mula lupa dengan adab dan sopan santun sekarang…

Wanita yang memakai cermin mata yang lebih kurang sama tebal dengan buku yang dibacanya pantas mendongak. Puan Oracle agak terkejut dengan kehadiran aku di situ. Buku setebal lima inci ditutupnya perlahan-lahan. Dia kelihatan tenang memandang ke arahku. Seperti sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Tuan Puteri Eury… Apa hajat tuan puteri ke sini?”

Soalan Puan Oracle seperti menyindirku. Aku tahu yang Puan Oracle tak berapa suka dengan aku sebab aku terang-terangan menunjukkan rasa bosan dalam kelasnya. Kalo ikutkan hatinya, mungkin dah lama aku dikeluarkan dari kelasnya. Tapi memandangkan aku ni anak Raja Esqandar dan Permaisuri Eurika, maka dibiarkan aje aku buat sesuka hatiku.

“Saya ada beberapa soalan untuk dikemukakan kepada Puan Oracle.”

“Ya, silakan...”

“Saya nak tahu siapa yang masih bertutur menggunakan bahasa kuno Eucralipse, Euris sekarang?”

Puan Oracle menanggalkan cermin matanya. Kemudian digosoknya matanya beberapa kali sebelum mengembalikan kedudukan cermin matanya ke tempat asal.

“Setahu saya, tiada rakyat Eucralipse yang boleh mempelajari apatah lagi menuturkan bahasa itu. Kenapa Eury?”

Berkerut dahiku mendengar jawapan dari Puan Oracle. Macam mana pulak lelaki misteri tu boleh tau bahasa tu? Pelik…

“Tak ada apa-apa. Ada kemungkinan tak seseorang mempelajari bahasa itu kat mana-mana?”

“Eury, kamu perlu tahu sesuatu. Bahasa Euris tidak boleh dipelajari oleh rakyat biasa atas arahan datuk moyang kamu. Cuma keluarga diraja Euris seperti kamu sahaja boleh mempelajarinya. Jadi mustahil bagi orang lain selain ahli keluarga kamu tahu tentang bahasa itu. Satu-satunya yang tahu bahasa tersebut adalah saya. Sebab saya dan keturunan saya telah ditugaskan untuk mendidik keluarga kamu, secara turun-temurun...”

Ya, aku tau fakta tu... Ayahanda pernah bercerita yang bahasa kuno itu diharamkan oleh moyangku kerana dia takut rakyat biasa akan mendapat membaca bahan-bahan yang tak sepatutnya dan kestabilan Eucralipse akan terjejas. Lebih kurang macam tu la... Lebih dari tu, aku tak pulak minat nak amik tau.

“Macam mana dengan Puan Oracle? Maksud saya, adakah puan pernah mengajar bahasa tu kat orang selain keluarga diraja Euris?”

Puan Oracle terdiam sebentar.

“Jawatan sebagai pengajar kepada keluarga diraja dah lama menjadi tugas keluarga kami, Eury... Ia diperturun dari satu generasi ke satu generasi. Setiap generasi akan bersumpah taat setia kepada raja Eucralipse. Begitu juga dengan saya. Saya bersedia disoal siasat sekiranya kamu syak yang saya membocorkan rahsia keluarga kamu!” Jawab Puan Oracle tegas.

Aku memejamkan mata seketika. Fikiranku bercelaru. Mustahil pula lelaki bertopeng tu ahli keluargaku sebab aku tak kenal dia. Dan mustahil pula dia dari kalangan keluarga Puan Oracle sebab aku kenal benar setiap seorang ahli keluarganya. Dan lagi, dalam setiap generasi Puan Oracle, cuma seorang aje yang akan diperturunkan ilmu berkenaan Bahasa Euris ni...

Aih... Pening-pening! Tiba-tiba kepala aku jadi bingung. Jalan buntu lagi! Dari mana aku nak cari lelaki tu sedangkan Puan Oracle pun tak boleh bagi jawapan yang aku harapkan. Ellisa kat sebelah wat muka blur. Berpuluh-puluh kali ganda blur dari aku…

“Saya tak bermaksud begitu, Puan Oracle... Tak ape la. Saya cuma nak tau itu aje. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama saya. Saya keluar dulu...”

Aku bingkas bangun dari kerusi berbentuk separa ovul itu. Berjalan pantas meninggalkan bilik Puan Oracle ikuti Ellisa yang terkedek-kedek membontotiku. Sebelum aku melangkah keluar dari biliknya, sempat aku berpaling arah Puan Oracle.

“Kalo saya nak cari orang saya perlu ke mana?”

“Bahagian Pendaftaran...”

Huh! Mustahil aku dapat masuk ke sana tanpa kebenaran ayahanda sedangkan aku tak nak dia tau tentang perkara ini. Jalan buntu... lagi....

************

“Cantiknya! Mana ko dapat?”

Aku pantas menggengam erat rantai lelaki misteri itu sebelum Ellisa sempat mencapainya. Ellisa memuncungkan mulutnya kemudian dia duduk di hadapanku. Memerhatikan keadaan bilikku yang agak bersepah sebelum kembali memandang mukaku.

“Apa dah jadi dengan bilik ko ni? Macam tongkang pecah aku tengok!”

“Aku cari benda.” Jawabku. Walhal aku sendiri tak tahu apa yang aku cari. Yang pastinya aku pernah melihat rantai ini.

“Benda apa?”

Rantai dalam genggaman aku tunjukkan kembali kepada Ellisa. Ellisa cuba memegangnya namun dia cepat-cepat menarik tangannya kembali sebaik sahaja dia hampir dapat menyentuh rantai itu.

“Aku tak boleh sentuh rantai tu... Macam ada sesuatu yang menghalangnya!”

Kata-kata Ellisa menambahkan lagi persoalan di benakku. Kesudahannya, Ellisa cuma dapat merenung rantai itu dari jauh. Cantik! Seperti kata Ellisa rantai milik lelaki itu memang cantik. Cahaya hijau muda yang terpacar dari rantai itu memukau sesiapa sahaja yang melihatnya, termasuk aku dan Ellisa. Aku menceritakan secara ringkas tentang pertemuanku dengan lelaki misteri itu. Tak lupa, aku selitkan cerita pertemuan kami ketika diserang hendap.

“Lelaki misteri tu tertinggal rantai ni. Aku tak tau macam mana nak pulangkan balik pada dia.” Aku menutup cerita dengan ayat tersebut Ellisa menganggukkan kepala. Mula faham dengan tindakan aneh aku.

“Sebab tu ko tanya benda pelik-pelik pada Puan Oracle?”

Aku pantas mengganggukkan kepala.

“Napa ko tak tanya pada sesiapa? Ayahanda atau bonda ko... Tak pun pada sesiapa aje!”

“Aku tak mau mereka tau. Tak kan aku nak cerita kat diorang macam mana aku jumpa lelaki ni. Entah apa yang diorang akan kata nanti! Aku kan tunang Esmet. Lagipun, aku macam pernah tengok rantai ni tapi aku lupa kat mana. Ahh, kenapa la aku boleh lupa perkara yang penting macam tu!”

Kami diam seketika. Fikiran kami ligat memikirkan di mana kami pernah melihat rantai sebegitu.

“Esmet!” Jerit kami hampir serentak. Ya, Esmet juga rantai serupa bentuknya dengan rantai yang ada di hadapanku kini.

“Lelaki misteri tu Esmet ke?”

“Bukan!” Lain benar fizikal dan rupa Esmet dengan lelaki misteri tu. Aku ingat lagi, Esmet di lantai tarian ketika lelaki misteri itu muncul. Esmet begitu asyik menari dengan Sephyl. Lagipun, mustahil aku tak mengenali Esmet walaupun si cekeding tu pakai topeng atau menyamar.

“Adik-beradik Esmet mungkin?”

“Esmet anak tunggal...” Balasku malas.

“Mungkin lelaki tu curi rantai tu dari Esmet.”

“Tak mungkin! Malam tu Esmet juga pakai rantai ni. Aku sendiri yang lihat!” Sanggahku.

“Atau mungkin rantai ni dibuat secara banyak. Yelah, macam rantai-rantai yang dijual di kedai!”

Aku pantas menggelengkan kepala.

“Setahu aku, itu bukan rantai sebarangan. Rantai itu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.”

Ellisa terdiam. Jari-jemarinya masih menari-nari di atas meja. Tandanya dia masih memikirkan tentang rantai misteri itu. Ahh... Belum habis cerita lelaki misteri kini rantai misteri pula. Tensionnya! Ketukan jari-jemari Ellisa berhenti. Anak mata Ellisa aku pandang tepat-tepat. Berharap Ellisa sudah dapat jawapan yang mungkin dapat meleraikan kekusutan fikiranku ini.

“Maaf! Aku pun dah buntu. Ko anggap je la rantai tu sama tapi tak serupa dengan rantai si Esmet tu. Tapi kan... Cuba ko perhatikan betul-betul, rantai ni lagi cantik berbanding rantai si Esmet, kan?!”

Rantai di atas tapak tangan aku pandang lama. Ya, rantai ini lebih cantik dan halus buatannya berbanding rantai si Esmet. Rantai Esmet juga tidak mengeluarkan cahaya hijau muda seterang rantai ini. Dan di belakang loket rantai tersebut terdapat simbol, atau mungkin tulisan. Malangnya, aku tak faham simbol tersebut.

“Macam mana pun aku mesti jumpa dengan lelaki tu lagi!”

“Mana ko nak cari dia?” Soalan Ellisa seakan-akan melunturkan kembali harapan yang baru ku perolehi.

“Mana-mana. Yang penting aku mesti cari dia!” Tekadku.

Ketukan pintu mengejutkan kami berdua. Pantas ku sembunyikan rantai itu dalam poket baju. Dua orang dayang muncul sebaik sahaja pintu dibuka.

“Maaf mengganggu Puteri Eury. Ayahanda dan bonda Puteri Eury minta Puteri Eury mengadap mereka...”

Aku mengeluh.

“Dayang, kan saya dah cakap tak payah panggil saya Puteri Eury dan guna bahasa istana bila bercakap dengan saya. Macam orang dolu-dolu pulak rasanya!”

Dua orang dayang itu cuma menundukkan kepala.

“Kami tak boleh buat begitu. Kalo Raja Esqandar atau Permaisuri Eurika dengar mesti mereka marah!”

“Ala... Mereka takkan...”

“Dah la Eury! Itu memang protokol istana. Ko pun tau kan? Lagipun ko tu yang pelik. Orang nak panggil ko dengan panggilan terhormat pun ko tak nak!” Pintas Ellisa.

Seingat aku ini kali entah-ke-berapa Ellisa mengatakan aku pelik. Kali pertama ketika kami mula-mula diperkenalkan, iaitu apabila ayahnya dilantik menjadi pembesar istana dan aku menyuruhnya memangilku Eury sahaja, bukan puteri seperti yang lain. Kedua apabila aku mengatakan aku tidak pandai menggunakan apatah lagi mengawal kuasa yang aku miliki. Aku tak seperti anak-anak raja lain yang bijak menggunakan kuasa yang mereka warisi. Mungkin sebab aku tak berminat. Mungkin sebab aku tak bersedia. Entah la... Pelik sangat ke aku ni?

“Silakan puteri...”

Aku mengisyaratkan ‘jumpa nanti’ pada Ellisa sebelum mengikut langkah dayang-dayangku.

***************

Kotak berbentuk empat segi itu dihulurkan kepadaku. Aku sambut kotak itu dengan penuh hormat.

“Ini pemberian datuk kamu. Rasanya sekarang kamu sudah bersedia untuk memilikinya.”

Kata-kata ayahandaku membuatkan kau tertanya-tanya. Apa maksud ayat ‘sekarang kamu sudah bersedia untuk memilikinya’ tu?

“Apa maksud ayat ayahanda tadi?”

Ayahanda dan bonda berpandangan sesama sendiri. Bonda bangun dan menghampiriku. Bahuku dipeluknya.

“Eury memang pernah memakainya tapi lepas ’kejadian’ tu Eury dah tak nak pakai lagi.” Jawab bonda. Kerut di dahiku bertambah segaris lagi.

Kotak itu aku buka perlahan-lahan. Bulat mataku melihat isi di dalamnya. Biar betul? Rantai itu... Cahaya hijau terpancar dari batu yang elok terbentuk.... Sama... Nafasku tersekat-sekat. Seolah-olah sudah hampir tiada udara di sekelilingku.

“Kenapa Eury? Muka kamu nampak pucat...”

Aku telan air liur. Muka ayahanda dan bonda ku pandang silih berganti. Bonda mengusap-ngusap belakang badanku perlahan. Mungkin cuba mengembalikan semangatku yang tadinya seolah-olah telah hilang entah ke mana.

“Tak... Tak ada apa-apa... Bonda, ayahanda, terima kasih atas pemberian ini. Izinkan Eury balik ke bilik...”

Ayahanda dan bonda berpandangan sesama sendiri sebelum menganggukkan kepala. Dengan itu aku bergegas ke bilik.

*** Kipas-susah-mati ad+iz, jom support ramai-ramai novel ad+iz kat penulisan2u.

*** Bagi saya masa utk sambung ad+iz part 15. coz s/thing came up... and I need s/time...TQ

6 comments:

nad said...

yeh yeh..komen pertama...
cite ni mmg best dan penuh misteri nusantara... x saba nak tau ending cite...
cepat ckit kuar part 6.

lilygreeny said...

Salam Miss Eury...
lily will support Ad+Iz kt
mane2 pun... don't worry..
s/thing came up??? n give
u s/time??? bunyi nye mcm
serius... ape pun lily doakan
yg terbaik... cite ni pun lily
suke gak... misteri n luar dr
kotak pemikiran kite di muka
bumi ni... keep u a good work k??

Anonymous said...

ermmm...cepat2 la smbung k..

Daniera said...

uhh..ad+iz dh masuk category novel ka? huhu...lama lagi la penantian daku.

sy nk jd kipas-susah-mati euraclipse plak la. hehe... sambung2 mana2 semua sy bacer. jd kipas-susah-mati cik eury lg seng. semua awk y buat.huhu

Anonymous said...

okes okes...
don weri, sy dh lama jd kipas-susah-mati eucralipse n ad+iz...
mmg slalu tggu n3 baru kat sini...

~lizarazu~

Mrs. Jojie said...

ala....nak tau sambungan cite ni lg...cepat2 sambung ye..selagi tak tahu kesudahan tak lena la tdo sy...hehehe....best cite misteri eury ni...ade kelainan...

Followers