Tuesday, November 30, 2010

Katakan Dengan Indah Part 3


Conversation

Butang pause segera ditekan sebaik sahaja wanita awal 40-an itu melabuhkan punggung di sisinya. Headphone ditarik ke bawah.

“Kamu tak makan dari pagi.”

Itu ayat pertama yang keluar dari bibir emaknya. Dia hanya diam kerana ayat itu tidak menagih jawapan darinya.

“Kenapa dia benci sangat dengan saya, mak?”

Entah mengapa soalan itu mudah sahaja meluncur keluar dari bibir. Si emak tersentak lalu terdiam beberapa saat untuk menenangkan diri.

“Entahlah! Mungkin baginya kamu adalah penghalang.”

“Bukankah saya darah dagingnya?” Suaranya sedikit tinggi berbanding tadi.

“Tidak padanya.” Dia tunduk. Menyimpan rasa.

Perbualan mereka dibisukan oleh bunyi hon kenderaan yang bertalu-talu di jalan.

“Kamu yakin dengan keputusan kamu ni? Dia mungkin akan...”

“Dia tak akan buat apa-apa. Selama ini pun saya tak wujud padanya!” Potongnya.

“Emak mungkin disaman atau ditangkap kalau dia mengemukakan tuduhan. Siapa tahu.”

“There must be a damn good reason for that then!”

Air muka emaknya berubah.

“Maaf...” Pohonnya.

“Mak tak pernah ajar kamu bercakap kasar. Walau siapapun dia, apapun yang dia lakukan pada kamu, kamu wajib menghormati dia.”

“Saya tahu. Saya minta maaf, mak...” Ujarnya penuh sesal.

Pandangan emaknya kembali lembut.

“Kamu rindukan arwah, kan?”

“Sangat, sangat rindu...”

“Sebab tu ke kamu keluar dari situ?”

“Tak ada apa lagi yang tinggal di situ... Itu bukan tempat saya.”

Bahu si anak ditepuk beberapa kali.

“Walau apapun yang terjadi, kamu harus ingat yang kamu masih ada mak.”

Tangan emak dipegang lantas diramas lembut.

“Sebab itulah saya rasa bersyukur sangat.”

Mereka berbalas senyuman. Emaknya bangkit dari lantai. Berlalu ke dapur. Seketika kemudian dia terdengar bunyi pinggan mangkuk berlaga di sinki. Dia memilih untuk terus berada di situ. Membuang pandang ke arah apa sahaja yang ada di hadapannya. Walau di hadapannya hanya ada kegelapan dan lampu-lampu jalan dan bangunan.

Tangan meraba leher. Headphone dilekatkan semula ke telinga. Telunjuk menekan butang play. Lagu Good Charlotte yang terhenti berkumandang sehingga ke penghujung. Kemudian diganti pula dengan lagu yang se‘genre’ dengannya.

Rasa pedih membalut hati. Sayu menggigit rasa. Gigi diketap. Rasa sedih dicampak jatuh dari tingkat 15.


That which does not kill us makes us stronger. – Friedrich Nietzche -

Sunday, November 21, 2010

eucralipse 26



“Kerkk...!!!”

Bonda, Permaisuri Xera dan Raja Eries segera menghampiriku dengan wajah cemas sebaik sahaja terdengar jeritanku tadi. Pelukan ayahanda dan Raja Eriel lerai serta-merta.

Aku pejamkan mata. 'Mencari' Kerk di padang rumput sana. Tubuh kaku berada di sana-sini. Darah merah menukar warna rumput yang menghijau. Api, asap dan debu memenuhi ruang udara. Kemungkinan untuk melihat tentera Eucralipse berdiri gagah tanpa sebarang kecederaan di sana adalah sangat, sangat tipis. Tujuh lapis tentera Dewa Kegelapan hampir tidak terjejas. Hanya dua lapisan yang paling luar yang kelihatan berkurangan jumlahnya. Ada beberapa orang tentera kami yang masih bertahan. Tubuh tentera yang lain bersepah di situ. Aku 'nampak' Egart. Masih berada di luar tujuh lapisan tentera Dewa Kegelapan. Masih menggenggam pedang di kedua-dua belah tangannya. Melibas apa sahaja yang berdekatan dengannya. Berjuang dan terus berjuang tanpa mengira kecederaan dan keletihan yang mula melemahkan tubuh. Aku gagal mengesan Kerk. Dan aku mula panik.

Seketika kemudian, aku terpandang akan sesuatu yang aneh. Terdapat ruang kosong yang ketara jelasnya sebaik sahaja 'pandanganku' melepasi lapisan kedua tentera Dewa Kegelapan. Ia adalah sesuatu fenomena yang aneh memandangkan Jetto tidak akan sesekali membenarkan barisan tenteranya meninggalkan kedudukan masing-masing. Ini kerana dia telah menempatkan setiap tenteranya di kedudukan masing-masing mengikut kekuatan mereka.

Kemudian aku terpandang sekumpulan besar tentera Dewa Kegelapan mengerumuni sesuatu. Apapun ia, ia benar-benar membuatkan para tentera tersebut teruja dan terhibur. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang.

Apa yang membuatkan mereka beralih dari tempat mereka? Tak mungkin Jetto semudah itu membenarkan mereka berbuat demikian kerana itu akan melemahkan sistem pertahanan tenteranya. Melainkan 'bahaya' yang perlu mereka tangani sudah tiada...

Kerk...

Jantung terasa seperti mahu berhenti sebaik sahaja 'melihat' Kerk berada di tangah-tengah tentera Dewa Kegelapan yang besar dan bengis. Kerk bagaikan bola pada mereka. Ditendang dan dipukul oleh mereka tanpa belas. Kerk cuba menyerang balas namun dia seperti sudah kehabisan tenaga kini. Dan dia berseorangan di situ. Lima orang tentera Dewa Kegelapan, dengan sayap yang besar seperti burung terbang, memukul Kerk di udara ketika Kerk cuba terbang untuk keluar dari seksaan mereka. Mereka bersorak gembira sebaik sahaja Kerk terjunam jatuh ke tanah.

Rexo, Esmet dan Jetto muncul dari celah-celah tentera Dewa Kegelapan yang masih bersorak. Pada wajah mereka, terlukis kegembiraan saat melihat Kerk terbaring kesakitan. Esmet melangkah beberapa tapak ke hadapan. Ingin melihat wajah Kerk yang kesakitan dengan lebih jelas. Riak angkuh dan gembira menghiasi wajahnya. Segaris senyuman sinis terukir. Tubuh Kerk ditendang oleh Esmet. Kemudian dicekaknya leher Kerk lantas memaksa Kerk melutut di hadapannya.

Rantai Oc-cra dikeluarkan dari dalam baju. Warna hijau Oc-cranya gelap seperti warna lumut. Seingat aku, warnanya tidaklah segelap itu. Oc-cra Esmet bersinar garang. Kerk menjerit kesakitan. Kali ini kesakitannya melebihi kecederaan yang terdapat di tubuhnya. Apa yang dirasakan kini seolah-olah tenaga dan kuasanya disedut keluar secara perlahan-lahan. Sejak dari awal kemunculan Esmet, aku lihat Kerk gagal mengalihkan pandangan dari terus merenung ke dalam mata Esmet. Mata Esmet seperti sudah mengunci pandangan Kerk. Mata Esmet yang berwarna kuning itu seumpama pandangan terindah di mata Kerk ketika ini. Dan aku dapat rasakan ketakutan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata sewaktu aku 'memandang' tepat ke anak mata Esmet. Mungkin begitu jugalah yang dirasakan oleh Kerk hingga dia tidak mampu menggerakkan mana-mana anggota tubuhnya untuk menentang Esmet.

Awan gelap berarak laju. Menyelubungi hampir keseluruhan ruang langit. Menutupi sinar sang mentari serta Eucristar, bintang yang menjadi sumber kekuatan di Eucralipse. Kuasa kejahatan sudah mula menguasai alam. Keseimbangan kuasa baik dan kuasa jahat sudah hampir tiada.

Dengupan jantung Kerk kedengaran semakin perlahan di telingaku. Aku menelan air liur. Aku tahu hanya aku sahaja yang dapat menyelamatkan Kerk. Dan aku tak punya banyak masa yang tinggal. Kerk mmejamkan matanya.

“Lari Eury....”

“Tidak! Saya mesti selamatkan awak!”

“Jangan buat kerja sia-sia! Cepat selamatkan diri awak dan yang lain-lain sementara masih ada peluang!”

“Kerk...!”

“Eury, untuk kali ini, tolonglah dengar cakap saya...”

'Kali ini' itu boleh jadi 'kali terakhir' kalau aku ikut katanya, bukan?

“Tolong jangan datang ke medan peperangan... walau apapun yang terjadi...”

Ahh... Persetankan janji itu! Bacullah aku jika aku lari dari menjalankan tanggungjawab dan amanahku! Ini tanah jajahan aku, bukan?

“Kenapa Eury? Apa yang terjadi pada Kerk?” Soalan Permaisuri Xera menyedarkan aku.

Aku kembali ke alam realiti. Menipu. Mungkin itu tindakan yang terbaik bagiku buat masa sekarang. Mereka akan panik sebaik sahaja keadaan Kerk aku khabarkan pada mereka. Mungkin sahaja Raja Eries dan Permaisuri Xera akan mengambil tindakan melulu untuk menyelamatkan putera yang kurang sehari mereka kenali. Perkara tersebut tak seharusnya terjadi. Aku pasti Kerk juga tak mahu adanya Eucris menjejakkan kaki ke medan peperangan saat ini.

Kalau ada yang terkorban, selain Kerk, seharusnya orang itu adalah aku. Mungkin ayahanda, bonda dan yang lain-lain boleh bermula semula di tempat baru. Tempat yang jauh dari sini. Tempat di mana Rexo dan orang-orangnya idak dapat mencari mereka.

Sapu tangan di tangan aku tunjukkan pada mereka.

“Apa maksudnya?” Soal ayahanda yang sudah menghampiriku.

“Isyarat dari Kerk. Sudah tiba masanya untuk kita berundur ke Gunung Ocre.”

“Adakah Kerk...” Permaisuri Xera hampir tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya.

“Tidak! Kerk baik-baik sahaja di sana. Cuma... Ini langkah berjaga-jaga. Kerk tak mahu mengambil sebarang risiko...”

Permaisuri Xera dan yang lain-lain kelihatan lega. Begitu juga dengan aku kerana penipuanku berjaya memperdayakan mereka. Aku pandang Raja Eriel.

“Saya harap tuanku tak bercerita tentang kewujudan kubu rahsia kami itu pada sesiapa.”

Raja Eriel berkerut.

“Maksud kamu bekas gudang yang menyimpan senjata tu ke?”

Aku mengangguk.

“Beta sendiri lupa akan kewujudannya.” Dan aku tahu kali ini dia bercakap benar.

“Bagus! Kesemua Eucris harus beredar sekarang!” Arahku tenang. Entah dari mana aku dapat ketenangan tersebut, aku pun kurang pasti. Ayahanda, bonda, Raja Eriel, Raja Eries dan Permaisuri Xera melangkah berat membontoti aku dan Ellisa.

Kami bergerak menuruni istana menuju ke gudang menyimpan barang. Hampir 50 orang pengawal mengiringi kami ke situ. Mujur cubaan rampasan kuasa ke atas istana kami yang dilakukan oleh Raja Eriel tidak mengorbankan banyak nyawa pengawal istana.

Setibanya di gudang tersebut, Ellisa, dengan bantuan para pengawal, segera mengalihkan kotak-kotak kayu berisi stok bijirin dan buah-buahan ke tepi. Rumput-rumput kering di lantai ditolak ke tepi dengan kaki. Kelihatan sebuah pintu kayu dengan pemegang besi. Salah seorang pengawal menarik besi berbentuk bulat untuk membuka pintu tersebut. Habuk berterbangan membuatkan kami bersin. Dari balik pintu, muncul anak-anak tangga kecil menuju ke tingkat bawah yang gelap.

“Tangga-tangga ini akan bawa kita ke terowong rahsia dan terus ke bawah Gunung Ocre. Orang-orang kita dah pun memeriksa keadaan terowong malam tadi dan mereka mengesahkan ia selamat untuk dilalui.” Ujarku seperti yang pernah diberitahu oleh Altrun kepadaku.

Api obor aku nyalakan. Kemudian aku berikan pada para pengawal. Keluargaku mula menuruni satu-persatu anak tangga di situ. Permaisuri Xera, diikuti Raja Eries. Disusuli oleh ayahanda dan bondaku serta pengawal mereka. Raja Eriel berdiri tenang di sebelahku. Tiada tanda-tanda untuk bergerak. Begitu juga dengan Ellisa.

“Eury?!” Panggil Bonda tatkala memijak anak tangga kedua. Ada unsur keliru dalam suara bonda. Aku diam. Tubuhku kaku di tempatku.

“Eury... Mari kita pergi!” Ajakan bonda tidak aku sambut. Ellisa memandangku. Membaca reaksiku. Aku tahu dia faham kehendak hati sebaik sahaja dia menatap tepat anak mataku. Dan tanpa perlu memandang anak matanya, aku juga tahu yang dia juga mahu menyertaiku.

“Mereka perlukan Eury di sini untuk menang!”

“Eury!” Suara bonda kedengaran terkejut sekaligus sedih sebaik sahaja memahami akan maksud kata-kataku.

“Eury! Kamu tahukan Kerk melarang keras kamu ke sana! Ayahanda dan bonda juga tak mahu kamu ke sana! Lagipun kamu sendiri kata keadaan Kek baik-baik sahaja di luar sana!” Ayahanda mengingatkanku.

“Ya, tapi Eury yakin Eury boleh membantu.”

“Eury, mungkin kamu patut ikut cakap ayahanda dan bonda kamu sekarang...” Pujuk Raja Eries pula.

“Maaf bonda, ayahanda... Maaf semua... Untuk sekali ini Eury terpaksa ingkar dengan arahan sesiapapun. Percayalah, Eury tahu dan yakin dengan tindakan Eury ini...”

Aku pandang Raja Eriel.

“Tuanku patut ikut mereka juga.”

“Beta tak sanggup nak lepaskan detik-detik berlawan di samping kamu. Lagipun beta teringin nak menyaksikan keajaiban Oc-cra yang kamu miliki... Mungkin inilah satu-satunya cara untuk beta menebus dosa-dosa beta terhadap Eucris!”

Aku pejamkan mata. Mungkin Raja Eriel dapat membantu. Lagipun, tak mungkin aku dapat memaksa Raja Eriel untuk bersembunyi sedangkan tekadnya sudah bulat untuk membunuh Rexo yang membunuh isterinya.

“Eury, jangan buat bonda begini. Kamu tahu bonda tak boleh hidup kalau sesuatu terjadi ke atas kamu...” Tangisan bonda mula bergema di ruangan kecil itu. Dengan isyarat tangan, aku mengarahkan pengawal memegang lengan bonda yang mahu mendapatkanku.

“Ke tepi kamu! Siapa kamu untuk sentuh beta? Jangan halang beta!” Marah bonda.

Bonda merempuh tubuh pengawal untuk keluar dari terowong. Kedua-dua belah tangan aku bawa ke hadapan. Mewujudkan satu tembok lutsinar di hadapan pintu masuk tersebut. Menghalang bonda atau sesiapa sahaja keluar dari situ. Kemudian aku hembus perlahan ke arah pintu tersebut. Namun hembusan tersebut bagaikan angin taufan yang membuatkan bonda dan yang lain-lain tertolak masuk ke dalam terowong.

“Bawa kesemua Eucris ke Gunung Ocre dengan selamat!” Arahku tegas.

“Baik, tuan puteri!”

“Eury!!!” Suara panggilan bonda sayup-sayup kedengaran, diikuti dengan rungutannya terhadap pengawal yang menuntunnya pergi.

“Kanda Eriel?” Ayahanda yang baru menyedari 'ketiadaan' kekandanya pula memanggil.

“Kanda akan jaga Eury, Esqandar!” Janji Raja Eriel pada ayahanda yang sudah tidak kelihatan.

“Eury!!”

“Semoga bertemu lagi!” Kataku perlahan.

Aku segera menutup pintu tersebut.

“Beta dah agak kamu tak akan berundur dan ikut Eucris yang lain! Kamu keras dan degil. Tak ubah seperti datuk kamu...” Puji Raja Eriel dengan rasa bangga.

Suara-suara dari terowong sudah tidak kedengaran lagi. Tentunya mereka sudah berjalan jauh ke dalam terowong. Aku memanjat doa agar mereka selamat tiba di Gunung Ocre. Air mata yang hampir menitis aku kesat. Ketika itulah aku sedar ada sekumpulan tenaga pengajar istana, cendikiawan negara serta beberapa orang pengawal istana sedang memerhatikanku dari belakang.

“Ini sahaja? Tak ada yang tertinggal?” Soalku.

“Ini sahaja yang ada, tuan puteri!”

Aku angguk.

“Bawa mereka ke sana segera.”

Mereka menundukkan badan tanda hormat dan akur. Pintu masuk ke terowong dibuka. Seorang demi seorang melintasiku untuk masuk ke dalam terowong. Tiba giliran Puan Oracle, tanpa diduga dia memelukku.

“Adakalanya kita terpaksa menyakiti orang yang kita sayang untuk menyelamatkan kita. Percayalah, tindakan tuan puteri lakukan ini betul.” Ujar Puan Oracle lembut.

Aku memeluknya erat. Gembira kerana dia faham akan niatku dan tidak menghakimi aku dengan menilai perbuatanku sahaja.

“Siapa sangka, puteri yang malas dan keanak-anakan dulu kini sudah dewasa dan matang? Saya lihat tuan puteri pun dah semakin mahir menggunakan kelebihan Oc-cra. Mungkin sudah tiba masanya untuk tuan puteri membaca Kitab Oc-cre.”

Aku meleraikan pelukan. Wajah Puan Oracle aku tatap.

“Tapi beta tak punya masa untuk membaca!” Bantahku sambil mencari buku tebal di tangannya. Namun tangannya kosng sahaja.

“Kitab Oc-cra tidak dijilidkan, tuan puteri. Pemilik Oc-cra terdahulu takut rahsia mengenai Oc-cra diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya. Seperti rahsia Eucris yang lain, Kitab Oc-cra diperturunkan pada keturunan saya. Pemegang Kitab Oc-cra terdahulu akan menulis dan melukis kitab tersebut untuk dibaca dan dihafal oleh pemegang seterusnya sebelum ianya dibakar. Kemudian kami akan menunggu dan terus menunggu sehingga adanya pemilik Oc-cra yang baru. Adalah menjadi tugas kami untuk menyampaikan Kitab Oc-cra kepada pemilik Oc-cra yang baru untuk dijadikan panduan. Tuan puteri dan Putera Rhyss adalah pemegang Oc-cra yang telah dipilih.”

“Mari...” Puan Oracle menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan tangannya aku sambut. Pandanganku serta-merta menjadi gelap. Imbasan demi imbasan berkenaan apa yang tertulis di dalam kitab tersebut terlayar di hadapan mata. Ianya ditulis dalam bahasa kuno Eucralipse. Bahasa tertua yang digunakan di awal kemunculan Kerajaan Eucralipse. Aku membaca dan sekaligus menghafalnya.

Raja Elric adalah pemilik pertama Oc-cra atas jasanya membantu Dewi Ayena yang sesat dan cedera di jajahan Eucralipse. Menurut Dewi Ayena, Dewa Kegelapan telah menyamar sebagai manusia dan memperdayakannya. Manusia tersebut berjanji untuk mencarikan sayap emas miliknya dengan syarat diberikan serpihan Eucristar iaitu Oc-cra sebagai ganjaran. Dewi Ayena yang bersangka baik telah menghadiahkan Oc-cra kepada manusia tersebut. Sebaik sahaja mendapat Oc-cra, manusia tersebut menunjukkan rupa sebenarnya dan mencampakkan Dewi Ayena ke Gunung Hyase yang penuh lahar berapi. Mujur Dewi Ayena berjaya diselamatkan oleh Raja Elric. Raja Elric juga telah berjaya menemukan sayap emas milik Dewi Ayena. Menyedari Dewa Kegelapan akan menggunakan Oc-cra untuk tujuan jahat, Dewi Ayena menghadiahkan Oc-cra Pelindung kepada Raja Elric. Kepada permaisuri Raja Elric pula dihadiahkan Oc-cra Hijau.

Raja Elric telah berjaya mengalahkan Dewa Kegelapan dan menghalaunya jauh dari Eucralipse. Kemenangan membuatkan kuasa kebaikan menyelubungi ke seluruh alam. Dewa Kegelapan semakin lemah hingga terpaksa bersembunyi jauh di dalam tanah dan terpaksa menidurkan tenteranya. Rexo, orang kanan yang banyak memegang rahsia Dewa Kegelapan telah mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut dan membunuh Dewa Kegelapan. Dia kemudiannya meneguk darah Dewa Kegelapan. Walaupun Rexo tidak bersifat abadi, namun usianya sudah melebihi dua tiga abad panjangnya. Memandangkan kemampuan Rexo tak ubah seperti manusia kebanyakan, Raja Elric tidak mengenakan hukuman bunuh padanya. Hanya memastikan Rexo tidak mengganggu keamanan di tanah jajahannya.

Cerita selebihnya berkisar kepada kemampuan dan kekuatan setiap Oc-cra milik kami. Serta kelemahan tentera Dewa Kegelapan yang selama ini dianggap kebal oleh kami semua. Aku bagaikan menerima satu suntikan semangat di kala itu.

Tangan Puan Oracle aku genggam.

“Terima kasih, Puan Oracle. Ianya sangat berguna kepada beta.”

“Sama-sama. Ianya bermula dengan Oc-cra. Maka ianya harus diakhiri dengan Oc-cra juga.”

Aku ingin bertanya lanjut mengenainya namun suara cemas Raja Eriel membantutkan hasratku itu.

“Mereka sudah mula menghampiri istana. Mereka akan mula menyerang pada bila-bila masa. Kita harus kosongkan kawasan istana. Rakyat jelata perlu berpindah ke Gunung Ocre dengan segera.”

“Puan patut beredar sekarang!”

Aku segera mengarahkan pengawal membawa Puan Oracle menyertai yang lain untuk masuk ke dalam terowong.

“Boleh tuanku kumpulkan tentera kita yang tinggal?”

“Tak ada masalah!”

Bammm!

Bunyi kuat diikuti dengan bunyi runtuhan dan deraian membuatkan aku semakin bersemangat untuk menentang musuhku.

“Cepat! Kita dah tak ada masa lagi!”

************

Jeritan nyaring menyapa telinga sebaik sahaja pintu keluar istana aku buka. Di belakangku, Ellisa yang enggan berenggang dariku. Debu tanah berterbangan hingga mengganggu penglihatan. Kesan dari runtuhan tembok yang mengelilingi istana. Setelah beberapa ketika barulah anak mataku dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku. Suasana di situ begitu sibuk. Tentera Eucralipse yang diamanahkan menjaga istana, rakyat jelata, pekerja istana berkejar ke sana ke mari memberi bantuan kepada mereka yang tercedera dalam serangan Rexo dan orang-orangnya. Aku pantas menahan seorang tentera yang melintasiku dengan semangkuk air dan tuala. Dia memberi hormat sebaik sahaja terpandang diriku.

“Siapa nama kamu?”

“Ampun, tuanku! Nama saya Zant, ketua pasukan tentera ke-14.” Wajah Zant bulat dan agak keanakan. Aku percaya, di sebalik tubuhnya yang sasa serta suaranya yang lantang, dia hanyalah seorang remaja berusia belas tahun. Usianya mungkin sebaya atau muda satu atau dua tahun dariku. Tentera semuda ini dihantar ke medan perang dan mungkin akan terkorban. Ahh... Betapa pendeknya umurnya di dunia ini... Betapa bencinya aku terhadap keganasan dan peperangan.

“Apa yang sedang berlaku di sini, Zant?”

“Kami sedang memberi rawatan terhadap tentera kita yang tercedera di medan perang, tuanku.”

“Bagaimana keadaan mereka?”

Zant mengelengkan kepala.

“Kebanyakan mereka mati sebelum sempat dibawa balik untuk menerima rawatan. Tak ramai yang dapat diselamatkan. Kebanyakan mereka cedera teruk.”

Dalam keadaan huru-hara itu, jeritan kesakitan seorang tentera menarik perhatianku. Tumpuan aku alihkan padanya. Kedua-dua belah kakinya hancur. Sebelah tangannya sudah kudung. Darah membasahi seluruh pakaian serta tubuhnya. Mulutnya tak berhenti-henti mengucapkan perkataan sakit. Tabib diraja yang mahir dalam bidang perubatan memeriksa tubuh tentera tersebut. Tabib tersebut berdiri membelakangkan pesakitnya sebelum mengelengkan kepala ke arah dua orang tentera pelatih yang ada di situ. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan pedang.

Aku dan Ellisa segera memejamkan mata.

Zapp...!

Darah merah memercik di dinding istana. Tentera yang cedera terkulai tanpa nyawa.

“Dia tak akan hidup lama sekalipun diberi rawatan. Besar kemungkinan dia akan mati dalam masa beberapa jam.”

“Kenapa dibunuh? Biarkan sahaja dia mati sendiri.” Kataku berang.

“Eury, ubat-ubatan yang kita ada terhad. Begitu juga dengan para pekerja kita. Kita terpaksa memilih pesakit. Kita hanya akan merawat mereka yang berpotensi untuk terus hidup sahaja.” Jelas Ellisa.

Sungguh, aku benci peperangan!

Tangisan bergema di sekelilingku. Di sana. Di sini. Di setiap sudut kawasan istana. Para isteri, anak-anak, abang, kakak, ibu, ayah, menangisi ahli keluarga mereka yang terkorban.

Apa yang lebih menyedihkan aku, aku dapat 'lihat' setiap satu kenangan manis antara mereka dengan si mati yang berlegar-legar di dalam kepala mereka. Seperti mereka, aku juga terseksa dengan apa yang aku 'lihat'.

“Zant, beta mahu kamu dan tentera pelatih yang lain bawa rakyat kita berundur ke kubu kita di Gunung Ocre melalui terowong bawah tanah sekarang. Beta mahu mereka beredar secepat mungkin. Tentera musuh sudah semakin hampir. Mereka dah mula menyerang istana.”

“Bagaimana dengan Raja dan Permaisuri?”

“Beta telah arahkan pengawal diraja untuk mengiringi mereka. Mungkin mereka dah hampir sampai di sana.”

Zant segera berlari mendapatkan rakan-rakannya yang lain. Memberitahu arahan yang aku berikan sebelum membantu rakyat Eucralipse bergerak pintu masuk terowong rahsia yang terletak di bawah stor penyimpanan barang. Ellisa meninggalkanku seraya membantu rakyat Eucralipse mengemaskan barang keperluan mereka.

“Makcik kena tinggalkan kawasan istana. Terlalu bahaya untuk terus berada di sini.” Pujukan Ellisa disambut dengan gelengan kecil dari seorang wanita tua. Dia sudah berhenti menangis namun wajahnya masih basah dengan air mata. Di ribanya terbaring seorang tentera Eucralipse yang sudah tidak bernyawa. Matanya memandang kosong ke hadapan.

Ellisa memandangku. Mengharapkan bantuanku untuk memujuk wanita tersebut. Aku merapati wanita tua tersebut. Aku dapat 'membaca' memorinya dengan jelas. Lelaki di pangkuannya adalah suaminya. Mereka telah berkahwin lebih 30 tahun. Suaminya begitu bangga dan gembira menjadi tentera Eucralipse. Dua orang anak lelaki mereka turut menyertai pasukan tentera Eucralipse beberapa tahun lalu. Dan mereka masih di medan perang. Mungkin tak akan kembali dan berkubur di sana. Ada rasa sakit menyucuk tangkai hatiku.

Wanita tua itu memandangku dengan mata yang berkaca.

“Suami saya...” Ujarnya

Aku bertinggung di sebelahnya. Menggenggam tangannya yang sudah berkedut. Wajah pucat suaminya aku pandang. Tubuhnya tidak dibasahi darah seperti kebanyakan tentera yang terkorban. Tetapi terdapat kesan anak panah menembusi tepat ke jantungnya. Dan dia mati serta-merta di medan perang.

“Suami makcik adalah seorang tentera yang gagah, berani dan setia. Kematiannya merupakan kehilangan besar buat Eucralipse dan kami.”

Air mata wanita tersebut jatuh ke pipi.

“Tentera musuh semakin hampir ke kawasan istana. Tempat ini tak selamat lagi buat kita. Beta mohon agar makcik dan lain-lain segera tinggalkan tempat ini. Kita masih ada kubu di Gunung Ocre. Ia dah lama tak digunakan. Mungkin hampir dilupakan dan tidak diketahui kewujudannya. Ia mungkin sebuah persembunyian yang baik selagi tak diketahui oleh pihak musuh.”

Dia masih tidak bergerak.

“Beta rayu, tolong ikut tentera kita ke sana...”

“Suami makcik... Makcik tak nak tinggalkan dia di sini.”

Aku mengangguk. Faham akan maksudnya. Seorang tentera aku gamit.

“Tolong angkat dan bawa mayat lelaki ini bersama.” Dia mengangguk lalu mengangkat dan mengandar tubuh lelaki tersebut di bahu. Wanita tua tersebut bangun.

“Terima kasih...” Ucapnya sebelum membontoti tentera tersebut. Aku bangun seraya mengeluh ke arah Ellisa.

“Ini bukan situasi yang mudah... untuk sesiapapun...” Kata Ellisa. Aku hanya mengiyakan katanya.

Kawasan istana sudah mulai sunyi ketika Raja Eriel menghampiri kami.

“Tak ramai yang tinggal. Tapi mereka dah bersedia!”

**************

Lima ribu tentera berbaris dengan kuda dan senjata masing-masing. Hanya itu yang tinggal. Yang lain sudah berundur bersama-sama rakyat dan Eucris yang lain. Kawasan istana sudah kosong tanpa penghuninya.

Aku menarik tali kekang kuda. Mengarahkan kuda tungganganku maju ke hadapan sebelum berpusing mengadap tenteraku. Ellisa dan Raja Eriel berada di kiri dan kananku. Memberi sepenuh sokongan terhadap apa jua tindakanku.

“Tentera Eucralipse, sebelum kita berperang, kamu harus tahu bahawa tentera Dewa Kegelapan itu kebal. Minda mereka dikawal sepenuhnya oleh Jetto, ketua mereka. Membunuh Jetto seumpama membunuh kesemua tentera Dewa Kegelapan. Namun untuk sampai ke Jetto di bahagian tengah tak mudah. Jetto akan mempergunakan kesemua kebolehan tenteranya untuk melindungi dirinya sendiri. Kebolehan mereka termasuklah mahir menggunakan apa jua senjata, kuat, kebal, boleh mengeluarkan api, dan kebolehan untuk terbang. ”

Aku pandang satu persatu wajah tentera di hadapanku yang kelihatan terkejut.

“Kelemahan mereka terletak pada leher mereka. Satu-satunya tempat yang tidak kebal dan tidak dilindungi oleh pakaian mereka yang keras bak besi itu.”

“Serangan harus dilakukan dengan cara dan sudut yang berbeza. Gunakan kreativiti kamu untuk menumpaskan mereka. Bilangan mereka mungkin ramai, tapi hakikatnya, mereka dikawal oleh seorang ketua. Seorang pengatur tindakan. Jetto. Dan Jetto inilah yang menggerakkan jasad-jasad tenteranya. Kamu boleh anggap tentera Dewa Kegelapan tersebut sebagai boneka yang bersedia untuk melakukan apa sahaja setelah digerakkan oleh tuannya.

“Kepelbagaian serangan kita akan menyerang akan membuatkan Jetto tak menang tangan untuk memikirkan cara untuk menangkisnya. Kita akan buat Jetto berfikir terlalu banyak sehingga dia gagal mengawal tenteranya. Soal Jetto, biar beta yang uruskan.”

Aku berjeda. Mengambil nafas lalu menyambung kata.

“Ingat! Kamu harus cepat dan yakin. Pastikan libasan senjata kamu tepat, kuat dan pantas. Dengan hanya sekali libasan, kepala mereka harus terpisah dari jasad. Kita tiada masa untuk membuat kesilapan mahupun masa untuk teragak-agak dalam apa jua tindakan. Tiada peluang kedua buat kita. Ingat, tiada peluang kedua! Sebaik sahaja mereka sedar akan serangan yang kita lakukan, mereka akan menepis, menyerang, memukul kita. Saat itu, kita sudah hilang peluang kerana tenaga mereka berkali-kali ganda kuatnya dari kita.”

Aku pandang Raja Eriel yang sentiasa di sisi. Raja Eriel menganggukkan kepalanya.

“Eucralipse sedang berhadapan dengan tentera musuh yang sangat kuat. Beta sendiri tak dapat pastikan sama kamu semua dapat pulang dalam keadaan bernyawa atau tidak. Tiada jaminan kemenangan yang dapat beta berikan. Kamu bebas untuk membuat pilihan. Sama ada untuk menyertai beta atau sebaliknya. Beta tidak akan memaksa kamu.”

Keadaan sunyi seketika. Tiada seorang pun yang bergerak dari tempat mereka. Ryun maju ke hadapan.

“Maaf, tuanku! Kami diajar untuk jadi berani dan bertanggungjawab. Jadi kami tak akan sesekali mengalah sebelum berjuang!”

Ucapan Ryun disambut dengan sorakan dari kesemua tentera. Mereka memukul pedang dan perisai di tangan tanda setuju. Keadaan gamat itu berterusan sehinggalah aku mengangkat tangan mengaahkan mereka bertenang.

“Terima kasih semua!”

Imbasan Kerk di padang rumput sana memecahkan ketenangan dalam diriku. Empat orang tentera Dewa Kegelapan; setiap orang memegang kaki dan tangan Kerk. Bersedia untuk menarik tangan dan kaki Kerk dari semua arah sehingga ianya putus.

“JANGAN!!”

Pedang di sisi tubuh aku tarik dari sarungnya. Kemudian aku layangkan ke udara. Berpusing-pusing terbangnya di udara sehingga mengenai leher empat orang tentera Dewa Kegelapan yang memegang tubuh Kerk. Kepala mereka putus dan jatuh serentak ke tanah. Diikuti dengan tubuh mereka. Kerk turut tersembam ke atas tanah. Kejadian itu menarik perhatian semua tentera Dewa Kegelapan. Mata mereka tak lepas-lepas dari memandang pedangku yang jatuh di sisi Kerk. Lambang pedang diraja Eucris terukir di situ.

“Eury! Aku cabar kau untuk selamatkan kekasih yang kau cintai ini!” Jerit Esmet seraya menarik rambut Kerk dan menghantukkan kepala Kerk ke tanah.

Pandanganku tidak beralih lagi. Tepat ke arah Kerk. Nekadku sudah bulat.

“Maaf, tentera Eucralipse! Kita tak punya masa untuk masuk ke medan perang secara dramatik!”

Sebaik sahaja menyudahkan ayatku, aku terus mengarahkan kudaku untuk memecut ke hadapan. Ellisa dan Raja Eriel yang kaget melihat tindakanku, tidak aku hiraukan.

Tunggu aku, Kerk! Tolong bertahan dan tunggu aku!

Di belakangku, kedengaran bunyi gading Ephant ditiup. Diikuti dengan jeritan Raja Eriel.

“SERANG!!!”

Katakan Dengan Indah Part 2


Cabaran ~ Play to Win ~

“On your foot!” Jeritan nyaring itu membingitkan telinga. Kalau tadi Rachel, kali ini giliran Kamarul pula. Welcome to the club, bisikku dalam hati. Kaki kanan yang lenguh minta direhatkan membuatkan aku mengalihkan berat badan pada kaki kiri pula. Dalam hati aku mengira lagi. Lima ratus sembilan puluh lapan. Lima ratus sembilan puluh sembilan. Enam ratus. Enam ratus saat. Bersamaan dengan sepuluh minit. Hmm... Kiranya dah sepuluh minit la aku berdiri. Patutkan terasa lenguh segala urat-urat kaki aku ni!

Kerusi di meja sebelahku kosong sejak pagi tadi. Aku pasti ada sekurang-kurangnya ada tiga buah bangku lagi kosong di kelas sebelah-menyebelah. Aku mengetap gigi. Kegeraman. Sengal! Sebab kau orang, aku terpaksa bertapa dalam kelas bosan tahap dewa ni!

Kelas semakin panas. Bukan sahaja dek kerana cahaya matahari tetapi juga kerana soalan-soalan ‘cepu cemas’ yang dilontarkan oleh Cikgu Hafizah semakin sukar untuk dijawab terutama pada mereka yang bencikan subjek Sejarah. Tiada sebuah buku pun kelihatan di atas meja masing-masing. Sebaik sahaja high heels 3 inci warna silver milik Cikgu Hafizah jejak di kelas tadi, dia sudah mengarahkan semua buku Sejarah disimpan ke dalam loker buku di belakang kelas. Kami secara automatiknya mengerti bahawa sesi pengajaran hari ini lebih menggerunkan berbanding hari-hari biasa.

Wajah-wajah cuak rakan sekelas aku pandang dengan senyuman sinis. Ada di antara mereka yang sedaya-upaya menyembunyikan wajah di belakang badan rakan-rakan atau langsir tingkap. Ada yang menadah tangan dan berdoa agar terlepas dari pandangan Cikgu Hafizah. Mereka pasrah sahaja dengan untung nasib mereka. Bagi mereka yang layak dipanggil ‘cendikiawan’, wajah mereka tenang sahaja menunggu soalan diajukan pada mereka. Namun kebiasaannya mereka bukanlah sasaran utama Cikgu Hafizah melainkan andartu terlampau itu sudah bosan disogokkan dengan jawapan-jawapan ‘hampeh’ dari para pelajarnya.

Bola kain sebesar bola tenis yang meluncur laju pantas aku tangkap dengan kedua-dua tangan sebelum bola tersebut menghentam mukaku. It’s a fire ball. Bola berapi. Itu gelaran yang diberikan oleh Cikgu Hafizah. Sesiapa yang ‘bertuah’ menyambutnya, akan menjawab soalan yang diajukan olehnya. Dalam masa lima saat, kalau jawapan yang diberikan salah, denda akan dikenakan.

“Giliran awak lagi, Qaireen!” Senyuman sinis Cikgu Hafizah membuatkan hatiku berdetik. Cikgu ni memang sengaja nak kenakan aku ke? Maklumlah aku memang sangat jarang kelihatan dalam kelasnya yang membosankan ni...

“Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid?”

Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Tuan Abdul Hamid, Tuan B. Malik. Itu jawapannya. Tapi, aku memilih untuk tidak menjawab. Sebab? Aku malas nak menyertai pop-quiz ni. Hahaha... Kedua, aku main untuk menang. Play to win!

Yaks, kenapa aku kena belajar sejarah? Lepas tu kena ingat segala macam nama orang, tempat, perjanjian, tahun... Boleh terbakar CPU dalam kepala aku ni kalau nak ingat semua tu tau!

“Tak tahu jawapan? Atau mulut kamu tu penuh dengan emas?”

Aku masih mengunci mulut. Buat tak layan aje dengan sindiran Cikgu Hafizah.

“Okey! On your chair!”

Bangku kayu aku panjat dengan muka cemberut. Berdiri di atas kerusi memang terasa sangattt... tinggi! Cikgu Hafizah pun nampak kecik aje kat mata aku ni!

“Everyone has limit... Let see yours! And hers.”

Bibirku tersungging ke atas. Berat tugas aku ni! Dalam masa sepuluh minit sebelum masa Sejarah berakhir, macam-macam boleh jadi. Masa penentuan.

Bola kain ‘terbang’ ke arahku sekali lagi. Kali ini di luar jangkaanku. Aik, kenapa dia tuju kat aku lagi? Kan ramai lagi student dalam kelas ni? Dah sah-sah dia berdendam dengan aku ni!

Aku dah tak berapa nak dengar dah soalan apa yang diutarakan padaku. Yang jelas dan lantang kedengaran di telingaku adalah sumpah-seranah yang bergema dalam mindaku.

“Apakah gelaran pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan?” Cikgu Hafizah mengulang soalannya.

Suasana kelas sunyi. Semua mata memandangku. Aku tersenyum sambil mengangkat bahu.

“Saya bagi kamu soalan paling senang. Budak sekolah rendah pun boleh jawab. Kamu sengaja tak nak jawab, kan? Kalau kamu dapat jawab, aku akan terus dapat duduk.”

Yang Dipertuan Besar. Yamtuan Besar. Senang giler soalan tu...

“Qaireen, kamu bagi jawapan salah pun tak apa. Janji kamu menjawab!”

Hujung kuku jari-jemari aku tatap dengan penuh minat. Cikgu Hafizah mendengus marah.

“Kamu ni melawan saya dalam diam, kan?”

Aku diam lagi.

“Berdiri atas meja kamu, Qaireen!”

Dengan muka selamba, aku naik lagi satu tahap ketinggian. Atas meja. Semua pelajar memandang ‘tinggi’ padaku. Well, so far aku yang paling tinggi dalam kelas ni. Cikgu Hafizah meletakkan bola kainnya di tepi buku Rekod Mengajarnya. Buku teks dicapai lantas dibuka.

“Saya mahu kamu semua baca bab 6 dan buat latihan...bla bla bla...” Sesi pemberian latihan. Bosannya! Aku tak faham kenapa aku dan yang lain-lain harus belajar tentang sejarah. Dah tentu-tentu semua tu dah lepas. Dah jadi sejarah! Dah lapuk. Dah kuning. Sekuning helaian kertas buku teks.

“Macam mana? Seronok dapat berdiri atas meja?” Sindir Cikgu Hafizah. Entah bila dia menapak semula ke tempatku. Aku memandang ke bawah.

“Seronok juga! Hari ni barulah saya tahu yang hidung cikgu terlalu besar untuk muka cikgu yang dah kecut tu!”

Muka Cikgu Hafizah berubah warna. Dari warna pink ke warna merah padam. Aku seakan-akan boleh melihat asap keluar dari lubang telinga dan hidung Cikgu Hafizah. Teman-teman sekelas dah menutup mulut dengan tangan. Menahan tawa dari pecah berderai.

“Lagi satu, saya rasa spare tyres kat perut cikgu tu orang dari bangunan sebelah pun boleh nampak. Macam orang dah beranak lima. Patutlah tak ada lelaki nak kat cikgu. Dia orang takut dikatakan berkahwin dengan janda, bukannya dengan anak dara tua!”

Hambek kau...! Kaw-kaw aku kutuk! Kau atau aku. Kita tengok siapa yang sampai ‘boiling points’ dulu.

“Qaireen Hafiya! Awak ni memang dah melampau!” Suara Cikgu Hafizah memetir bagaikan halilintar saat itu juga. Yang lain sudah kecut perut. Aku aje yang masih dengan muka slumber-land aku. Percayalah, aku pernah dengar oktaf suara yang lebih tinggi dari ini. Percayalah...

“Kamu ingat saya tak tahu apa yang kamu semua cuba buat? Saya tahu kamu dan kawan-kawan kamu yang lagi empat orang tu memang sengaja nak naikkan darah saya. Kamu semua bertaruh. Siapa yang dapat buat saya hilang sabar akan jadi pemenangnya. Kamu semua sengaja nak tengok saya hilang kawalan, kan!” Suara Cikgu Hafizah masih tinggi dan keras. Suara itu segera mencuri perhatian pelajar yang lalu-lalang di luar kelas.

“Baguslah kalau cikgu dah tahu. Kira selesailah!” Balasku menyindir.

Loceng tamat waktu berbunyi nyaring. Serentak itu juga suara Chester bergetar dari dalam meja. Aku melompat turun dari meja. Telefon aku sambar. Keypad telefon aku tekan. Mesej dalam inbox aku buka.

‘Rekod dah pecah! Just get out from that hell.. That kuntilanak won’t wait a second to rip your head off!’

Dari cermin tingkap, aku pandang ke keluar. Empat orang pelajar melambai-lambai di bawah bangunan. Kuntilanak? Nama baru untuk cikgu andalusia ni gamaknya...

‘Aye...’

Senyuman terukir di bibir lagi. I won!

Aku segera mengemaskan buku-buku. Beg aku sandang ke bahu. Suasana dalam kelas dan di luar kelas hiruk-pikuk dengan suara para pelajar. Bagaikan baru terlepas dari penjara, mereka berhamburan keluar dari kelas dan bangunan sekolah dengan kepantasan manusia.

“Qaireen, saya tak habis cakap lagi dengan kamu!”

Ler... Tak sudah lagi?

“Maaf, cikgu! Masa cikgu membebel dah tamat. Once sesi persekolahan dah habis, itu bermakna cikgu juga dah hilang kawalan ke atas kami. We are free! Bye...”

Tubuh Cikgu Hafizah menggigil menahan marah. Dengan senyuman sangat manis, aku melangkah meninggalkan Cikgu Hafizah dalam kebengangannya.

Dona, Anna, Tok Tok dan Lian dah siap menunggu di luar pagar sekolah. Menyambut kedatanganku dengan sorakan. Pelajar yang berada di sekeliling kami berpura-pura tidak melihat kami. Enggan mencari masalah dengan kami.

“Girls, salute!”

Tangan kanan Dona, Anna, Lian dan Tok Tok keras di sisi kanan dahi. Menabik hormat ke arah aku untuk beberapa saat.

“Gila la kau, Reen!”

“Pecah rekod la kau! Dari sini kami dah boleh dengar suara dia!”

“Bukan satu, tapi tiga rekod sekali gus!”

“Pertama, kau berjaya stay kat sekolah sampai habis waktu persekolahan. Kedua, kau berjaya bertahan dalam kelas Sejarah dengan denda Cikgu Hafizah a.k.a. ‘kuntilanak andartu’ tu tanpa menjawab sebarang soalan yang ditanyakan pada kau. Ketiga, kau berjaya buat dia yang sentiasa control ayu tu hilang keayuan dan berubah jadi wajah sebenarnya! Memang champion la kau! Kira natar kita orang ni, kau la yang paling sabar, yang paling berani, yang paling laser mulut, ek? Respect abis la aku kat kau, Reen!” Anna menyenaraikan rekod-ekod kejayaanku pada hari itu.

Aku buat muka selamba. Being a leader, gaining respects from members or followers is a responsibility. An obligatory.

“Seriously, Cikgu Hafizah tu memang plastik. Depan orang, especially cikgu lelaki BUJANG, control ayu aje. Cakap perlahan. Jalan sopan. Cuba kalau depan kita yang sama jantina ni, hilang semua sifat perempuan Melayu terakhir dia tu!” Kutuk Tok Tok pula.

“Aku dengan Tok Tok memang langsung tak sanggup nak masuk kelas Cikgu Hafizah tu. Kerek semacam!” Akui Lian.

“Aku dengan Dona pula tahan tak sampai sepuluh minit. Tak sanggup dowh dengan mulut tahap bom nuklear dia tu. Tu tak kira soalan ‘cepu cemas’ dia lagi. boleh dapat sakit jantung aku!” Anna pula membalas.

“Apapun aku faham kenapa dia buat macam tu!” Aku bersuara buat pertama kalinya. Namun ayatku yang sebaris itu membuatkan kawan-kawanku melopong.

“Kenapa?” Tok Tok bertanya.

“Aku dengar umur dia dah 42 tahun!” Dona mengeluarkan faktanya.

“Tipu! Kulit dia tegang aje!” Bantah Anna.

“Pakai Botox la, sesumpah!” Selar Dona.

“Sebab dia andartu? Terlebih estrogen dalam badan?” Tok Tok masih bertanya. Meminta aku memberi penjelasan terhadap pernyataan luar biasa aku sebentar tadi.

Aku menggeleng.

“Dia denda aku sebab aku tak jawab soalan dia. Kalau kau orang, kau orang marah tak kalau bertanya, bercakap dengan orang yang serupa dinding? Dingin dan bisu.”

Dona angkat kening pada Tok Tok. Tok Tok mencebik lalu mengalih pandang pada Lian. Lian menjeling Anna. Anna angkat bahu.

“Lagi satu, aku kutuk dia kaw-kaw. Sebab tu la dia meroyan marah aku. Tak ramai orang boleh terima dikutuk depan-depan. Aku pasti, kita pun tak sanggup dengar orang kutuk kita, kan?” Sambungku.

“Reen, kau ni kadang-kadang aku tengok terlalu ‘lembut’ untuk jadi ketua. Boleh tak kau buang sifat baik hati kau tu?”

“Okey!” Balasku dengan kening terangkat. Sesuatu di tepi mulut Tok Tok menarik perhatianku.

“Weih, kau orang pergi Baskin Robbins tak tunggu aku pun!!” Rungutku.

“Sorry la! Jenuh la tunggu kau habiskan cabaran tu. Tu yang pergi lepak dekat Robbins kejap!”

“Dah! Dah! Aku tak kira! Kau orang kena ikut aku pergi Baskin Robbins tu sekarang juga!”

“Lagi sekali?” Lian dah mengerutkan mukanya. Tok Tok dah bertepuk tangan gembira. Pandangan matanya dah jauh ke hadapan. Aku rasa dia tengah membayangkan menu apa yang dia nak pilih kejap lagi.

“Yelah! Baru adil, kan? Tapi sebelum tu, kau orang dah buat apa yang aku suruh tadi?”

Aku pandang satu persatu wajah mereka.

“Beres!” Jawab Anna bagi pihak yang lain.
Aku tersenyum. It’s payback time! Memahami tak bermaksud aku dah maafkan dia yang dah menyeksa aku selama lebih kurang sejam tadi, kan?

“Tapi kenapa satu tayar aje? Kenapa tak pancitkan semuanya?”

Aku senyum lagi.

“Sebab aku rasa ramai lelaki yang nak tengok Cikgu Hafizah tertonggek-tonggek menukar tayar kereta dengan kebaya ketatnya tu!” Jawabku ceria.

“Hahaha...!”

Gelak kami berpadu tatkala beriringan ke kereta.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha Menjelma Lagi...

Esok, kita semua ( yg beragama Islam) akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Apa itu Aidiladha? Mari kita baca tulisan di bawah ini untuk tambah ilmu yang sedia ada, untuk refresh balik apa yang kita dah lupa...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Catatan sirah kedua-dua nabi ini, menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat Islam ke arah rasa taqwa kepada Allah s.w.t. tanpa berbelah bagi.

Malah ia juga menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, Siti Hajar serta kasih antara ibu dan anaknya.

Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip daripada catatan sirah ini.

Pertama, peristiwa Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.

Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya di kenali sebagai Bakkah.

Peristiwa kedua merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya.

Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga:

Nabi Ismail a.s. berkata: ``Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

Dan ketiga, pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.

``Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.

``Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ``Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan sujud...'' (Al-Baqarah:125)

Al-Quran memberikan gambaran yang jelas tentang keperibadian Nabi Ibrahim di dalam surah Al Nahl ayat 120-122 bermaksud: ``Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah, dan seorang yang selalu berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya.

``Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukkannya kepada jalan yang lurus dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia.

``Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.'' (An-Nahl:120-122)

Baitullah yang juga dikenali sebagai Kaabah, merupakan arah kiblat bagi semua umat Islam bersembahyang untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Kaabah pada mulanya telah dibina oleh Nabi Adam, bapa kepada sekalian manusia. Apabila banjir besar melanda Mekah, Kaabah telah rosak.

Nabi Ibrahim membinanya semula di atas tapak yang sama. Baginda meminta Nabi Ismail mencari sebiji batu bagi menandakan penjuru bagi Kaabah.

Maka Jibril memberikan Nabi Ismail petunjuk untuk mencari sebiji batu yang diberi nama Hajarul Aswad.

Semasa batu itu diletakkan, mereka berdoa, ``Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): ``Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.

``Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami.

``Sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha penyayang.'' (Al-Baqarah:127-129)

Kaabah merupakan kiblat, yakni arah tuju Muslim ketika menunaikan kewajipan solat.

Meskipun Muslim mengarahkan dirinya kepada Kaabah ketika solat, Muslim tidak menyembahnya.

Hakikatnya, yang layak disembah hanyalah Allah s.w.t.

Firman Allah menjelaskan: ``Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menghadap ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidul Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.'' (Al Baqarah: 144).

Struktur berbentuk kubik ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ia menjadi lambang perpaduan jutaan Muslim di seluruh dunia.

Misalnya dalam menunaikan ibadah solat, Muslim menghadapkan dirinya ke arah kiblat yang satu untuk menyembah Allah yang satu.

Perpaduan merupakan elemen penting di dalam Islam ke arah persaudaraan yang lebih bermakna.

Tambahan lagi sejarah membuktikan, peta pertama dilukis oleh seorang Muslim dengan meletakkan tanda arah selatan di atas dan utara di bawah.

Secara geografi, kedudukan Kaabah itu sendiri terletak di tengah-tengah kedudukan dunia.

Meskipun Barat menukarkan tanda arah utara di atas dan selatan di bawah, Kaabah masih kekal kedudukannya di tengah-tengah peta dunia.

Tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji di Masjidul Haram sekeliling Kaabah, secara simboliknya menggambarkan kepercayaan pada Tuhan yang satu sebagaimana setiap pusingan menghasilkan satu bulatan.

``Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

``Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.'' (Al Hajj 27-28).

Mengatakan Kaabah sebagai simbol berhala adalah tidak dapat diterima akal sama sekali.

Bukti sejarah dapat di jadikan sandaran dalam menyokong dakwaan menafikan pembohongan ini.

Ketika zaman baginda s.a.w., azan turut dilaungkan dengan berdiri di atas Kaabah setiap kali waktu solat.

Gambaran grafiknya boleh dilihat dengan menonton kisah Al-Risalah (The Message), lakonan Anthony Quinn.

Watak Bilal bin Rabah dilakonkan dengan memanjat Kaabah itu sendiri dan melaungkan azan ketika pembukaan Mekah selepas 13 tahun berkembangnya Islam di Madinah.

Seseorang perlu bertanya pada diri, jika benar Kaabah disamakan dengan sebuah berhala, apakah penganutnya akan memijak berhala itu untuk menyembahnya?


Meminjam & menyampaikan dari sumber :

http://madihah87.blogspot.com/2009/11/sejarah-hari-raya-aidiladha.html

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!!!

Friday, November 12, 2010

Katakan Dengan Indah Part 1

Diary

Pen lutsinar diangkat.

Helaian memori dibuka.
.
..
...



.... Kosong ....

Tiada apa yang dapat dicoretkan.

“Long! Mak panggil!”

“Datang ni!”

Pen lutsinar dicampak jauh. Buku memori ditutup rapat. Derap kaki bergema di telinga sendiri.

Sunday, November 7, 2010

Katakan Dengan Indah ~ Prolog


Tangan Cikgu Zaharah masih ligat menulis soalan-soalan di papan hitam. Suara-suara kecil di belakang kelas tidak diendahkannya. Masing-masing seperti cacing kepanasan menanti kelas Matematik Tambahan yang akan berakhir sebentar lagi.

Anna di sebelahku masih khusyuk melakar bentuk hati pada buku tulisnya. Aku gagal mengesan sebarang tulisan berbentuk ilmiah pada muka surat tersebut. Selain lukisan abstrak yag tak tercapai dek akalku untuk mentafsir, hanya ada lukisan bentuk hati yang diwarnakan dengan pen merah serta satu perkataan; LOVE terlakar cantik di situ.

Love. Cinta.

Apa itu cinta? Satu perkataan yang dieja dengan tiga huruf konsonan dan dua huruf vokal. Dengan lima huruf, percaya atau tidak, perkataan inilah yang dibicarakan oleh setiap manusia di seluruh dunia. Semua orang perlukan cinta. Semua orang mahukan cinta. Bagaimana dengan aku?

Loceng berbunyi nyaring menandakan tamatnya waktu pengajaran. Cikgu Zaharah berlalu pergi dengan high heels dan buku rekod mengajarnya. Rakan sekelasku sibuk mengeluarkan buku dari dalam loker kayu di belakang kelas. Koridor kelas mula dibanjiri dengan pelajar.

Bagi orang selain aku, jatuh cinta adalah sesuatu yang sangat mudah. Hanya digerakkan dengan naluri. Dan mungkin nafsu. Tanpa perlu adanya alasan dan ulasan. Yang adanya kegembiraan dan harapan. Kata orang, cinta harus dicari. Jadi haruskah aku mencari? Bagaimana untuk mencari sedangkan aku tidak tahu rupa bentuk cinta?

Anna mengisyaratkan aku supaya cepat. Kami harus merentasi tiga kelas untuk ke kelas Bahasa Inggeris kami. Aku segera menarik keluar buku sebelum melangkah malas ke luar kelas.

Aku tak percaya pada kewujudan cinta. Bagi aku cinta itu mitos semata. Dan ianya benar, terhadap diriku, sekurang-kurangnya. Aku meragui kewujudan cinta. Mungkin cinta dikarang keberadaannya. Dan kemudiaan disampaikan kepada manusia yang dahagakan sesuatu yang tiada. Memberi harapan palsu pada yang berharap. Memberikan nama pada rasa teruja, rasa indah yang dirasakan dalam suatu jangka masa tertentu.

Tetapi, kalau cerita cinta itu mitos semata, mengapa ada yang berbahagia kerana cinta?

Koridor terbahagi kepada dua lorong dengan sendirinya. Aku berada di lorong berhampiran dinding kelas. Pelajar di hadapanku berhenti melangkah. Mahu tak mahu aku terpaksa berdiri di belakangnya. Anna, entah bagaimana caranya, sudah berjaya meloloskan diri di hadapan. Dalam keadaan sesak dan panas itu, mindaku masih mahu meneruskan perbahasan tentang cinta, secara senyap.

Cinta. Wujud. Atau tidak?

Okey, I’m a realistic person. Jika benar cinta itu wujud, tunjukkan aku apa itu cinta, agar bisa aku akui kehadirannya.

Ada sesuatu yang kesat dan kasar bergeser di belakang tapak tangan kiriku.

Suara mindaku membisu.

Bau ubat luka menyegat terus ke lubang hidung. Entah bagaimana bau tersebut mampu mengalahkan pewangi-pewangi yang digunakan oleh pelajar di sepanjang koridor yang sempit itu. Apa yang pasti, bau tersebut bukan datang dariku. Bukan datang dari bandage yang melilit kemas di pergelangan tanganku. Rasa ingin tahu memaksa mataku untuk memandang ke bawah.

Kain kasa! Seperti yang aku jangkakan.

Hampir keseluruhan tapak tangannya berbalut dengan kain berwarna coklat cerah tersebut. Aku lihat sepasang tangan itu bergerak. Seperti mahu menyentuh hujung jemariku.

“Bukankah aku orang yang kau nantikan?” Bisiknya.

Aku terkesima. Serentak itu angin bertiup ke wajah. Meninggalkan rasa sejuk yang tak masuk dek akal pada ketika matahari memancar terik di luar sana. Seketika kemudian, rasa sejuk berganti dengan rasa hangat yang mengalir dari jari-jemarinya yang runcing. Terus menusuk ke hati. Hari itu, buat pertama kalinya aku gembira jantungku masih berdegup. Buat pertama kalinya, setelah lebih sedekad berlalu. Hati yang dingin terasa hangat.

Mataku segera mencari sepasang mata miliknya. Anak matanya bersinar galak dan menikam terus ke dasar hatiku.

“Qaireen Hafiya, adakah kau sudah bersedia untuk mencintai aku?”

Tubuhku membeku.

Saturday, November 6, 2010

Contengan Bebas ~ Eclipse ~


Eury rasa agak kolot @ ketinggalan jauh di belakang bila decided nak tulis & mengomen filem eclipse sedangkan cite ni dah kuar 4-5 bulan lepas. Tapi oleh kerana tengah kebosanan, jadi eury rasa nak tulis dan bercerita gak benda yg orang dah tahu. Huhu...

Rasanya korang pun dapat agak betapa teruja & sukanya eury pada Twilight Saga sbb so far filem2 tu je la yg eury rajin nk mengomen dalam blog ni. eury pun bukannya rajin bebenor nak meng-update blog, seperti yg korang sedia maklum.

Okey, sedikit sinopsis filem ni. Eclipse berkisar tentang kehidupan Bella sekembalinya dia & BF ter’chenta’nya, Edward the vampire dari Itali. Oleh sebab kuar umah tak minta izin, abah tersayang Bella, Chief Polisi Charlie, telah meng‘limit’kan waktu riang-ria Bella di luar rumah. Siap hadkan visiting hours lagi especially buat Edward. Charlie setuju untuk cancelkan grounded tahap budak 10 tahun dia tu dengan syarat Bella luangkan masa dengan kawan2 lainnya, selain Edward. Satu2nya kawan yang Bella nak jumpa ialah, Jacob Black si shape-shifter a.k.a werewolf. Kalo korang masih ingat, Jacob blah dalam keadaan marah di hujung filem New Moon. Dan dia menjauhkan diri dari Bella sejak hari tu. Puas la si Bella ni call tapi dia tak nak angkat. Wat mengabiskan prepaid betul! Dah tu siap passing2 note lagi. lagak macam budak darjah dua sek keb merajuk aje dibuatnya. Ngeh3x...

(Peringatan ~ Bagi yang tak baca novel contengan-superb-Stephenie-Meyer ni, Twilight Saga Movies tak ikut sebulat-bulat bola macam yang dalam novel. Ada part yang dia ubah, gabungkan jadi satu scene, ada gak dialog orang lain dalam buku tapi dalam filem dia bagi line tu pada orang lain. Maybe dia nak balancekan lontaran suara pelakon kot. takut ada yang jadi pelakon ‘lelap’ kot...) <- Iklan komersil tamat....

Nak dijadikan cerita, si Alice, kakak Edward yg comel tu dapat vision Victoria akan datang ke Forks untuk bunuh Bella. Same-Old-Same-Old story atas alasan Edward dan Cullen bersaudara-tak-sedarah yang lain dah bunuh James, soulmate Victoria masa dalam filem Twilight ari tu. Edward yang memang protector pun bawalah Bella cabut ke Florida untuk jumpa Renee, mak Bella. Part Bella ucapkan ‘selamat tinggal’ tanpa pengetahuan maknya ni agak menyentuh kalbu eury. Huhu.. sensitif lak kejap...

Victoria yg tak pernah berhenti utk tuntut bela kematian pakwe terchentanya, James


Sekembalinya dari Florida, Jacob secara sukarela datang ke sekolah & bagitau Bella fasal kedatangan Victoria. Edward marah tahap satu pada Jacob sebab dia seboleh mungkin memang tak nak Bella rasa terancam. Protector... Bella yang dah lama tak jumpa Jacob, terus ikut Jacob ke reservation. Kat sini la Bella mula meng‘update’kan dirinya dengan berita2 terbaru tentang werewolf’s pack. Cth, Quil yg tersisih dari kawan2 baiknya dah pun join the pack, Leah & Seth Clearwater pun bertukar jadi werewolf tak lama lepas ayah diorang mati, cerita fasal cinta tiga segi Sam-Emily-Leah, cerita fasal imprint yang berlaku di kalangan werewolf. Masa ni gak la Bella tanpa segan silu bagitau yang dia akan bertukar jadi vampire lepas graduate sek men. Jacob marah giler sampai berharap Bella mati dari jadi putih pucat gitu.

Balik rumah, Edward yg dah hilang sabar dgn ‘kehilangan’ Bella dpt kesan ada bau-busuk-kaki-vampire-tak-dikenali dah masuk rumah Bella. Kat sini titik permulaan kerjasama antara the wolf & the cullen. It wasn’t exactly an easy alliances. Seriously....

‘From now on, I’m Switzerland!’ ~ *Pening kepala aku! Dua-dua hensem!*


Werewolf & Cullen gilir2 jadi ‘pak guard tak bergaji’ kat rumah Bella. Bila Cullen nak berburu, Edward dgn hati 3 tan beratnya akan suruh Jacob babysit Bella. Jacob yg baik hati telah menjemput Bella untuk crash werewolf-council-meeting & dengar cite2 sejarah, rahsia diorang. Input yang Bella dapat – pengorbanan, keberanian isteri ke-3 Taha Aki yg akan dijadikan panduan utk masa hadapan...hehe...

Tengah khusyuk dengar cite...


Sementara tu, kat Settle semacam ada pesta berbunuh-bunuhan manusia beserta kehilangan orang yang tak dapat dijelaskan. Cullen syak itu semua hasil kerja tak berapa kreatif newborn-vampires & ada orang yg sengaja ‘mencipta’ an army of vampires. Edward syak apa yg jadi tu kerja Volturi memandangkan masa kat Itali dulu, Aro sangat berminat untuk jadikan dia & Alice koleksinya. Bella pun dapat pelawaan yg sama. 1st time dowh Volturi ajak manusia join diorang memandangkan ‘keistimewaan’ Bella ni.

Jacob yang tahu masanya untuk mendapatkan Bella semakin suntuk telah ‘mencuri’ cium Bella. Bella yang marah tak hengat dunia pulak dengan bijaksananya telah menumbuk Jacob sampai patah tangannya.


Edward nyaris menummbuk Jacob gara-gara marah. Nasib baik bapak Bella polis. Respect sket la kan... Semasa dirawat oleh Carlisle kat rumah Cullen, Bella berpeluang dengar cerita sedih Rosalie yg hampir sempurna kehidupannya itu.
Selesai graduation, Cullen family wat party ala disko untuk Bella & kawan2. Jacob & kawan2 datang & bagi gelang pic wolf yg cute. Bila Alice dapat vision newborn-army akan datang ke Forks untuk bunuh Bella, Jacob bagi pihak werewolf yg lain volunteer utk bantu Cullen.


Ni part yg eury suka. 1st appearance kelapan-lapan werewolf, disertai oleh the cullens.


Actually-Beta-Sam Uley yg warna hitam. Actually-Alpha-Jacob Black yg coklat tu. :))


Rupa manusia & werewolf mereka...

Memandangkan Jasper ada pengalaman+mahir dalam bab2 perang & gaduh2 dgn newborn ni, so Jasper jadi ‘sifu’ kepada Cullens dan werewolves. Dalam sibuk2 training, sempat jugak ler Bella mengorek rahsia hidup lampau Jasper. Dan Bella mula terfikir yg tentang penceroboh biliknya, newborn vampire army dan Victoria ada kaitannya.

Couple cute ~ Jasper & Alice ~ cakap kurang, main isyarat mata aje ~ suke mokcik nengoknye..

Rosalie tak pernah tinggalkan Emmet esp dlm bahaya. Giler2 punya sayang dengan mamat nih! Tapi napa eury tak perasan pun Rosalie lawan dengan newborn? Hurm...

Esme & Dr. Carlisle Cullen ~ maintain macho, cantik & awet muda sentiasa~

Lepas Alice wat excuse utk Bella ‘tak berada di rumah’ masa newborn vs cullens/werewolves, Bella spent semalam kat rumah Cullen, Edward proposed Bella lps ‘diuji’ oleh Bella. Malam sebelum newborn datang menyerang, Bella & Edward bercamping atas gunung/bukit dalam cuaca yg maha buruk. Bersalji sampai memutih semua yg ada depan mata. Since Edward berdarah sejuk, wat julung-julung kalinya Edward benarkan Jacob kongsi sleeping bag dgn Bella fasal tak nak Bella jatuh sakit. Memang tabah giler la vampire kesayangan eury ni. tahan aje dia tengok Bella dalam pelukan Jacob. Siap bercerita-cerita lagi. Kalo eury, selamat la semua....

Borak2 dalam khemah kecik...

Hari yang dinanti pun tiba. Newborn datang tanpa perasaan ke Forks dengan harapan untuk bunuh Bella sekali dengan Cullens. Oleh kerana Bella overboard dengan roleplaynya (letak darah n rambut kat tanah lapang tempat newborn akan menyerang), newborn jadi tak siuman nak mendapatkan Bella.

Jacob main tipu utk kiss Bella. Tp bila fikir2 eury jatuh kesian dgn Jacob. Sapalah minta utk bertepuk sebelah tgn kan...

Ooo... sebelum tu, Jacob dapat tahu Bella akan kawin dgn Edward ugut Bella untuk ‘korbankan diri’ masa perlawanan nanti. Bella yg ketakutan suruh Jacob cium dia. Masa tu la dia tahu yg dia cintakan Jacob, walaupun tak sebanyak cintanya terhadap Edward. Edward yg gentleman & pemaaf redha aje dgn ape yg berlaku...

Askar Jepun datang Malaya guna basikal. Diorang jalan kaki aje...tak mampu beli kenderaan kot... hehe... Thanks for coming so we can see some actions...

Maka bermulalah pertarungan diorang. Cullen ada advantages la sebab diorang biasa dah dengan tempat tu, siap main baseball lagi dekat situ. Plus, diorang dapat bantuan werewolves. Dek kerana terlampau excited, eury siap terjerit2 lagi ‘Makan! Makan newborn tu! biar padan muka dia!’... Nasib baik tak tengok kat cinema. Kalo tak, kena sumpah jadi sesumpah dek teman2 se‘cinema’. Huhu...

Dulu eury fikir werewolf ni terlalu comel utk dibuat pakwe, tapi lepas tengok scene ni rasa teruja plak... comel aje paws dia!

Victoria yang last minutes datang, akhirnya berjaya menemui Edward dan Bella. Riley yang blur tentang sapa sebenarnya James dalam hidup Victoria telah membantu Victoria utk bunuh Bella. Nasib baik ada Seth. Kira Seth dapatlah beraksi walaupun tak ke tanah lapang tu.


Edward tak pernah tinggalkan Bella
Masa agak2 Edward dah nak terkorban, Bella tiru perlakuan isteri ke-3 Taha Aki dgn melukakan tangannya. Darah Bella wat Riley & Victoria hilang tumpuan. Cukup la masa utk Seth serang Riley & Edward patahkan tengkuk Victoria.

*Oit, jangan main kepala boleh tak?

Sepatutnya tak ada yang cedera dalam pertarungan ni, tapi oleh sebab Leah yg ada krisis love-triangle+1st timer female werewolf ni mahu tunjuk dia sebagus yg lain, Leah serang sorang newborn yg terlepas sendirian. Jacob yg cuba membantu telah dipatah2kan tulang rusuknya oleh newborn jahat ni.
Leah Clearwater

Volturi yg lambat sekentut datang ‘melawat’ tempat kejadian. Kagum n rs tak percaya dgn kemampuan keluarga Cullen. Sambil2 tu, sempat lagi diorang survey keadaan ‘kemanusiaan’ Bella. Apapun tak ada pertumphan darah berlaku antara mereka. Soal jawab sket je.

Demetri, Alec, Jane & Felix

Scene Jacob menjerit sakit & penerimaan Jacob terhadap penolakan Bella dalam keadaan sakit buat hati eury ‘roboh’... sedey...sob3x... dulu eury tak suka dgn Jacob ni. dia kan mcm kaki penyibuk sket, jht mulut... tapi lps bc new moon (buku new moon yg plg last eury bc), fhmkan btl2 sapa itu Jacob Black, seriously, memang simpati dgn Jacob. Sanggup wat ape aje walaupun x dpt ape2...

Jacob berbalut2... Sob3x

Bella akhirnya setuju untuk berkahwin dengan Edward tanpa syarat pelik2 kpd Edward lagi. Yeay!



Last but not least, movie ni best. 4/5 star. :) Can’t wait for the next saga, breaking dawn. Nak tengok Bella jadi vampire, anak diorang, kuasa Bella...huhu... err... nampaknya sinopsis ringkas jd begitu pnjg...hurm... Tdo time, zzzzz......

Thursday, November 4, 2010

eucralipse 25


“Salam sejahtera Eucris...” Senyuman sinis terukir di bibir. Seraya itu badan ditundukkannya. Mengejek sembah hormat yang dilakukan oleh rakyat setiap kali mengadap Keluarga Diraja Eucris.

“Raja Eriel!” Ujar kami serentak. Ayahanda bangun dari takhtanya. Tidak percaya akan kehadiran kekandanya di situ. Seperti aku dan ayahanda, sekalian yang ada di situ turut terkejut dengan kehadiran Raja Eriel dan orang-orangnya di situ. Terdapat kerutan di dahi serta sinar ketakutan dalam mata masing-masing.

Raja Eriel mengisyaratkan telunjuknya. Orang-orang di belakangnya, tentera-tentera dari Dark City, muncul lantas mengepung kami. Sepuluh orang pengawal istana yang ada di dalam dewan mengadap dipukul dan dibunuh serta-merta. Bonda dan Permaisuri Xera menjerit ketakutan. Di luar dewan, bergelimpangan mayat-mayat pengawal dan pekerja istana.

Pedang Diraja Eucris yang sedia berada di tangan aku hunuskan ke arah tetamu tak diundang itu. Bersedia untuk menyerang seandainya Raja Eriel mula bertindak lagi.

Aku kerling jendela. Memandang ke bawah. Rakyat yang berlindung di kawasan istana masih dalam keadaan tenang; sekurang-kurangnya pada mereka, bahaya masih beratus kilometer jauhnya dari tempat mereka berada sekarang. Tentera-tentera Eucralipse yang berbaris di luar tembok istana juga bagai tidak dicuit ketenangan mereka. Ternyata mereka tidak mengetahui akan pencerobohan yang mungkin akan menjurus kepada rampasan kuasa sedang berlaku dalam istana sekarang.

Bila difikir-fikirkan balik, tiada apa yang mustahil bagi Raja Eriel memandangkan dia juga sebahagian dari Keluarga Diraja Eucris. Tentunya dia arif dengan selok-belok kawasan istana termasuklah jalan masuk dan jalan keluar istana tanpa perlu melalui pintu gerbang utama.

“Eury... Begitu ke cara kamu menyambut kedatangan pakcik kamu? Aku tak percaya tenaga pengajar istana tak mengajar kamu cara-cara menyambut tetamu diraja.” Perli Raja Eriel sambil mengelengkan kepalanya beberapa kali.

Aku merengus marah. Pedang di genggaman aku perkemaskan.

“Eriel... Kanda...” Panggil ayahanda.

“Aku bukan kekanda kau lagi, Esqandar! Tidak selepas kau dan ayahanda berpakat untuk membunuh Ria!” Tegas Raja Eriel berang. Aku dengan jelasnya dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya. Tujuannya menceroboh ke istana Eucralipse sudah ditetapkan sejak sekian lama. Tak pernah berubah; untuk membunuh setiap orang dari keluarga Eucris. Hanya dengan itu sahaja dendamnya akan terbalas.

Ayahanda seperti tidak terjejas langsung dengan kata-kata tersebut. Seolah-olah dia tidak mendengar dan tidak nampak riak kebencian yang jelas kelihatan di wajah Raja Eriel. Dia mendepakan tangannya. Bersedia untuk memeluk kekanda yang sudah sekian lama tidak ditemuinya. Kerinduan jelas terpancar di wajahnya. Namun baru setapak ayahanda menuruni anak tangga di takhtanya, beberapa orang tentera Raja Eriel, atau secara tepatnya lima orang, sudah maju ke hadapan dan mengacukan senjata pada ayahandaku.

Ayahanda terduduk akibat terlalu terkejut melihat pedang terhunus di depannya. Bonda menjerit ketakutan.

“Tujuan aku ke sini bukan nak bermesra-mesra, nak sambung balik persaudaraan kita, Esqandar! Aku, secara jelasnya, datang untuk membunuh setiap orang yang ada di istana ini!” Ujar Raja Eriel angkuh dari belakang orang-orangnya.

Melihat situasi itu, aku naik berang.

“Siapa kamu semua untuk buat ayahanda beta begitu?” Marahku lantas menapak ke hadapan, menghampiri takhta ayahandaku. Cukup hampir hingga tentera Dark City yang mengawasi ayahanda berpaling untuk berdepan denganku. Bersedia untuk menyerang balas seandainya aku menyerang mereka.

Aku enggan mengambil risiko diserang lantas memandang tajam ke arah setiap satu senjata yang mereka pegang.

“Arghh!!!”

Prangg!!!

Sebilah pedang jatung ke lantai.

“Arghh!!!”

“Aduh!!”

“Ouch...!”

Diikuti dengan pedang dan senjata mereka yang lain.

Kesemua pedang dan senjata yang mereka pegang kini jatuh ke lantai dalam keadaan berasap. Raja Eriel dan orang-orangnya terasa pelik melihat reaksi lima orang tersebut.

“Kenapa? Ambil balik senjata kamu dan tangkap mereka semua!” Arah Raja Eriel.

“Err... Kami tak berani!” Jawab salah seorang dari mereka.

“Kenapa?” Soal Raja Eriel sambil menjengilkan matanya.

“Tangan kami melecur. Pedang kami tiba-tiba jadi... panas... macam baru lepas dibakar...” Tergagap-gagap dia menerangkan situasi tersebut. Dia menunjukkan tapak tangannya yang kehitaman akibat melecur. Aku tersenyum sinis dari tempatku.

Mulut Raja Eriel ternganga kecil. Tak percaya dengan alasan yang diberikan oleh orang suruhannya. Dia berfikir sejenak sebelum mengalihkan pandangannya padaku. Kemudian matanya jatuh pula ke rantai Oc-cra di leherku.

Raja Eriel memberi isyarat mata. Sebelum aku sedar maksud isyarat tersebut, orang-orang Raja Eriel pantas mengepung dan merampas pedang di tanganku. Mereka mengasak aku ke dinding sehingga aku tidak lagi mampu bergerak.

“Esqandar, dah terlalu lama rasanya kau menjadi duri dalam hatiku. Dah tiba masanya untuk kita tamatkan semuanya.”

Raja Eriel mencampakkan sebilah pedang ke arah ayahanda. Ayahanda menyambut kemas pedang tersebut dengan keadaan terpinga-pinga.

“Mungkin dah tiba masanya untuk kau mati, Esqandar! Tapi aku tak akan biarkan kau mati tanpa maruah. Bertarunglah demi nyawa kau!”

Raja Eriel mula menyerang. Mujur ayahanda sempat mengelak. Mereka bertarung untuk beberapa ketika sehinggalah mata pedang Raja Eriel mengoyakkan baju dan menghiris lengan ayahanda. Darah merah mengalir laju menuruni lengan ayahanda. Seperti baru terjaga dari lamunan, aku seperti baru tersedar akan suatu hakikat. Hakikat bahawa Raja Eriel bersungguh bila dia mengatakan dia akan menamatkan riwayat ayahanda dan seluruh keturunan kami.

“Berhenti!!!” Jeritku.

Di luar ruang kesedaranku, aku dapati aku sudah pun menolak Raja Eriel ke dinding sehingga dia terbaring di sudut dinding. Lima orang tentera Raja Eriel yang 'menjaga' aku tadi kelihatan terpinga-pinga di belakangku. Begitu juga sekalian yang ada di dewan mengadap tersebut.

Beberapa saat yang lalu, aku pasti benar yang aku berada jauh darinya. Beberapa saat. Masa itu terlalu singkat untuk aku sampai padanya. Apapun, aku tak punya masa untuk memikirkannya. Satu-satu alasan yang terasa logik saat ini adalah rantai Oc-cra yang tergantung di leherku.

Raja Eriel yang sedang mengerang kesakitan aku hampiri. Aku pandang tepat ke matanya. Jelas kekeliruan di matanya. Seperti aku, dia juga sukar menerima bagaimana dia boleh berada di sudut dinding ketika itu.

“Raja Eriel, izinkan saya menunjukkan sesuatu pada tuanku.”

Tanpa menunggu persetujuannya, aku menggenggam erat tapak tangannya. Tanpa berlengah, aku 'tunjuk'kan memori-memori yang pernah aku baca. Sebuah cerita lengkap berkenaan taktik kotor Rexo untuk memecahbelahkan kami berdasarkan tiga sudut pandangan orang yang berbeza; Kerk, ayahanda dan juga Rexo.

“Apa semua ni?!” Soal Raja Eriel berang. Tubuhnya terasa kejang di situ. Matanya memandang kosong ke hadapan. Aku tahu, dia sedang lihat apa yang aku lihat sekarang. Memori Kerk, ayahanda dan Rexo aku layarkan di hadapan matanya. Kemudian aku bandingkan pula dengan memori yang tersimpan dalam memorinya.

Aku pernah membaca memori Rexo, Esmet dan Menelaus dari jarak jauh. Malah memori Jetto yang berselirat dan berserabut dengan memori 99 999 orang tentera di bawah pimpinannya pun masih mampu aku fahami. Namun meminta seseorang menerima 'apa yang aku lihat dan dengar' dari minda seseorang adalah sesuatu di luar kekuasaanku. Walau bagaimanapun, aku tetap berharap kuasaku yang tak seberapa ini dapat mengelakkan dua beradik ini dari terus berbunuhan.

Raja Eriel merentap tangannya dari genggamanku.

“Kau...! Kau ada ilmu sihir!” Tuduh Raja Eriel setelah tangannya aku lepaskan. Dia menjauhkan diri dariku. Memandangku dengan mata tercengil. Tubuhnya berpeluh-peluh. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru menamatkan larian beratus batu jauhnya.

“Tidak! Tuanku tahu kan saya adalah salah seorang dari pemilik Oc-cra. Saya punya kuasa untuk membaca memori seseorang. Tuanku baru sahaja menyaksikan bacaan memori ayahanda, Kerk dan Rexo. Saya juga boleh membaca apa yang ada dalam memori tuanku.”

“Kerk? Anakandaku yang sudah ingkar kerana menuruti godaan kau tu?!”

“Tidak! Kerk bukan anakanda, tuanku! Kerk sebenarnya adalah Putera Rhyss, putera Raja Eries dan Permaisuri Xera dari Segi. Tunang saya.”

Aku halakan pandanganku ke arah Raja Eries dan Permaisuri Xera di sisi kiri dewan. Mata Raja Eriel mengekori mataku. Seketika kemudian dia kembali memandangku dengan pelbagai persoalan di dalam kepalanya. Mungkin agak sukar baginya untuk mentafsir dan mencerna keseluruhan cerita dengan hanya menunjukkan memori demi memori yang aku berikan. Dia perlu penerangan.

“Kerk telah diculik, dipukul, dicampakkan ke dalam hutan oleh Rexo, dan kemudiaannya ditemui oleh tuanku. Dia hilang ingatan dan tuanku sogokkan dia dengan kebencian terhadap kami. Cerita selebihnya, tuanku lebih arif...”

Mata Raja Eriel mengecil. Dan bila cerita mengenai Kerk dariku selari dengan ceritanya, dia tersandar ke dinding. Masih tidak percaya. Tetapi keraguannya terhadap diri sendiri semakin tinggi.

“Ayahanda saya, Raja Esqandar tak bersalah! Datuk juga tak bersalah. Bukan mereka yang membunuh Ria, isteri tuanku. Seperti tuanku, mereka juga terperangkap dengan permainan Rexo! Rexo adalah pembunuh sebenar.”

“Tidak! Aku tak percaya! Aku tahu Raja Theseu bencikan Ria. Aku juga tahu Esqandar cemburu dengan perlantikkanku sebagai putera mahkota... Mungkin kau sengaja mencipta memori tersebut untuk kepentingan kau dan Eucris yang lain.” Ujar Raja Eriel seraya menunding telunjuk ke arahku.

Aku menggelengkan kepala.

“Saya hanya mampu membaca memori seseorang, bukannya mencipta memori yang tak pernah berlaku. Apa yang ada dalam memori seseorang bergantung pada apa yang dilihat, didengar, dirasai oleh si pemilik memori. Saya tak boleh mengubahnya... Sekarang semuanya bergantung pada penilaian tuanku untuk menentukan kebenarannya.”

“Tapi Rexo...” Fikiran Raja Eriel semakin berkecamuk.

“Tuanku sudah pun melihat sendiri memori Rexo melalui saya. Rexo yang membenamkan pedang diraja Eucris ke dada Ria. Kemudian dia mengupah saksi untuk membawa cerita bahawa ayahanda yang membunuh Ria, kononnya atas arahan Raja Theseu. Saya rasa semuanya sudah jelas sekarang; siapa yang salah dan siapa yang benar.”

Aku duduk melutut di hadapan Raja Eriel. Keadaannya lebih tenang berbanding tadi. Aku percaya, cerita sebenar tentang kematian isterinya semakin jelas di mindanya sekarang. Seperti permainan menyusun gambar, kronologi berkenaan serangan secara rambang dan besar-besaran Rexo ke atas Eucralipse dan Segi, diikuti dengan penculikan Kerk, penemuan Esmet di Segi, serta pembunuhan Ria sudah tersusun kemas di dalam kepala Raja Eriel.

“Rexo adalah musuh Eucris dan Eucralipse berabad-abad lamanya. Malah dia pernah menjadi orang suruhan Dewa Kegelapan. Jangan hanya kerana marah tuanku memusnahkan keluarga dan jajahan tuanku sendiri.”

Raja Eriel mendiamkan diri.

“Fikirkanlah, Tuanku... Jangan ikutkan rasa hati yang membenci atau dendam yang membelenggu diri. Ikutlah gerak hati. Setiap orang punya gerak hati untuk membezakan baik dan buruk, benar atau salah akan sesuatu perkara. Tak terkecuali Tuanku sendiri.”

Raja Eriel tunduk menyembunyikan wajah. Suasana di dalam dewan mengadap sunyi dan tertumpu pada Raja Eriel

“Jadi selama ini beta tersalah sangka?” Raja Eriel mengangkat wajahya. Di birai matanya aku terlihat ada cecair jernih yang bertakung.

Aku mengangguk.

“Rexo tahu kemelut antara tuanku, Raja Theseu dan ayahanda. Maka dia mempergunakan perselisihan tersebut sebagai peluang. Lalu diciptakannya salah faham, menanam kebencian untuk memecah-belahkan kita. Tengoklah kita sekarang, bertelagah sesama sendiri sedangkan dia sedang berusaha menakluk Eucralipse untuk dirinya sendiri di luar sana!” Balasku.

Tiada suara bantahan kedengaran dari mulut Raja Eriel. Dia hanya memandang kosong ke lantai kembali.

“Rexo akan membunuh tuanku sebaik sahaja dia dapat menguasai Eucralipse. Sebenarnya, dia tak pernah kisah pun tentang hidup mati tuanku sejak mula lagi. Malah dia juga akan membunuh Esmet bila perkhidmatannya sudah tak diperlukan.”

Raja Eriel terkejut mendengar kata-kataku. Aku hanya mengangguk. Membenarkan kata-kataku.

“Satu-satunya orang yang disayangi oleh Rexo adalah dirinya sendiri. Selain kuasa dan tahta, dia tak perlukan sesiapa lagi.”

Raja Eriel mengeluh berat dan panjang lalu menekup wajahnya dengan tangan.

“Apa yang dah beta lakukan?!!” Teriaknya. Cerita sebenar tentang apa yang berlaku lebih sedekad lalu bagai selumbar yang menusuk di hati Raja Eriel. Syak wasangka menjadi selumbar dalam hubungan kekeluargaan Raja Eriel dan Eucris yang lain sehingga mengakibatkan pengkhianatan, pergaduhan dan kini peperangan. Raja Eriel benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku.

Aku menoleh mendengar derap kaki di belakangku lantas mendongakkan kepala. Ayahanda tersenyum nipis kepadaku. Aku bangun. Memberikan ruang pada ayahanda. Ayahanda melutut di sisi Raja Eriel.

“Kanda Eriel... Saya tak pernah cemburu terhadap semua keistimewaan yang kanda. Kanda memang berhak untuk dapat semua itu. ”

Raja Eriel mengangkat wajahnya yang basah dengan air mata. Tiada lagi kebencian di matanya. Hanya penyesalan di situ.

“Ayahanda berusaha keras untuk mengekalkan keamanan dan keutuhan kerajaan kita di Eucralipse. Ayahanda terlalu berharap sesuatu yang lebih dari kanda, terutama dalam menyambung legasinya. Perkahwinan kanda dengan Ria adalah sesuatu yang di luar jangkaannya. Dia kecewa namun tetap berusaha untuk menerima pilihan kanda. Tapi kehadiran Rexo merosakkan segalanya.”

“Kanda berdosa! Kanda mengkhianati keluarga dan rakyat kanda sendiri hanya kerana salah faham. Kanda memang tak layak bergelar raja!” Kata Raja Eriel sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Ayahanda mengengsot ke hadapan, memegang bahu lalu memeluk erat Raja Eriel.

“Maafkan kanda, Esqandar!” Pohon Raja Eriel dari belakang bahu ayahandaku.

“Kanda dah kembali, itu yang penting bagi saya...” Balas ayahanda dalam keadaan sebak.

“Maafkan kanda, Esqandar! Kanda dah mengecewakan semua orang! Kamu, Eucris, Eucralipse, rakyat... Kalau bonda dan ayahanda masih ada, tentu dia juga akan kecewa...” Ujar Raja Eriel lagi dalam esak yang panjang.

“Tiada apa yang perlu dimaafkan, kanda! Kita semua terperangkap dalam penipuan licik Rexo.”

“Kalaulah...”

“Itu semua tak penting, kanda! Apa yang penting kita sudah bersama sekarang.”

Ayahanda dan Raja Eriel berpelukan lagi. Saling bermaafan, bertanya khabar dan bertukar cerita berkenaan diri masing-masing sepanjang 'perpisahan' mereka. Mereka menangis dan ketawa dalam masa yang sama.

Tiada sesiapa yang bersuara ketika itu. Tiada sesiapa yang berani mengganggu momen tersebut. Masing-masing terharu sekaligus bersyukur melihat kedua-dua beradik tersebut sudah berbaik-baik setelah sekian lama bermusuhan. Bonda, aku lihat mengesat air matanya dengan sapu tangan sutera. Raja Eries dan Permaisuri Xera berbalas senyuman sesama sendiri.

Ellisa menghampiriku lalu memeluk bahuku.

“Satu usaha yang baik, Eury!” Bisiknya bangga.

Aku mengenyitkan mata.

“Tengok orang la! Ini Eury, kan?” Usikku. Ellisa mencemik. Bosan bila aku mula membanggakan diri walaupun dia tahu aku hanya berlakon.

Kami berpandangan beberapa ketika sebelum tertawa riang.

Angin dingin yang menampar lembut ke pipi membuatkan tawaku terhenti. Angin tersebut terlalu dingin sehingga tubuhku menggigil kesejukan sedangkan matahari memancar terik di luar bangunan istana.

“Eury...”

Satu suara menyusup masuk ke gegendang telingaku. Serentak itu aku lihat ada sesuatu yang berwarna putih terbang melayang ke arahku lantas melekat di pipi. Aku ambil kain lembut itu. Aku bawa ke hadapan mata.

Sehelai sapu tangan....

Aku kenal sapu tangan ini.

Ini sapu tangan aku.

Sapu tangan yang aku berikan kepada Kerk ketika dia cedera di Akademi Eucralipse dulu.

Sapu tangan ini jugalah yang dibawanya sewaktu berangkat ke medan perang pagi tadi....

“Eury...” Suara itu sayup-sayup menampar gegendang telingaku sekali lagi. Itu suara Kerk. Kerk cuba berbicara denganku melalui kuasa telepati.

Adakah ini petanda yang...

Aku berlari ke jendela. Keadaan di padang rumput lebih mengerikan dari apa yang aku lihat sebelum kemunculan Raja Eriel tadi. Jumlah tentera Eucralipse yang masih hidup sangat sedikit sedangkan jumlah tentera musuh, terutamanya tentera Dewa Kegelapan, hampir tidak terjejas.

“Masanya dah tiba, Eury... Ingat janji awak... Janji kita...”
Perbualan antara aku dan Kerk awalpagi tadi berulang tayang dalam kepala.

“Sekiranya kami gagal menewaskan Rexo dan orang-orangnya, saya mahu awak dan Ellisa bawa semua yang ada di istana ini ke kubu perlindungan terakhir Eucralipse di Gunung Ocre...”

Kerk...

“Tolong jangan datang ke medan peperangan... walau apapun yang terjadi...”

Kerk...

“Saya cintakan awak, Eury! Lebih daripada apa yang boleh awak bayangkan...”

Dadaku terasa sesak.

“Pergi, Eury! Bawa bonda, ayahanda dan yang lain-lain... Ini harapan terakhir kita agar keturunan Eucris tak lenyap...”

Setitis air mataku jatuh ke pipi.

“Eury... Ingat janji kita... Awak akan tetap teruskan hidup walau apapun yang terjadi pada saya... Ingat tu...”

Serentak itu aku terdengar suara Kerk melolong kesakitan dari arah padang rumput.

“Kerk...!!!”


*** Maaf utk kelewatan n3 kali ini...jemu rsnya memohon maaf, mgkin yg membacanya juga terasa jelak... tp janggal rsnya utk mengadap skrin laptop bila ada ahli keluarga yg keluar & masuk hospital, serta ada berlakunya kematian... mohon pengertian dari anda semua. Al-Fatihah buat datuk tersayang...

Followers