Sunday, October 30, 2011

The Cold World 1



Prolog

Aitakute...

Dia berlari. Berlari dan terus berlari. Dia mahu lari dari segala-galanya.

Aku nak jumpa dia...

Dia mahu lari dari hakikat itu juga...

Orang sekelilingi memandangnya seraya berbisik-bisik. Dalam zaman yang menggunapakai frasa ‘masa adalah duit’ ini perbuatannya bukan sesuatu yang luar biasa. Namun titisan jernih yang mula menuruni pipi membuatkan dirinya seperti magnet yang menarik seluruh perhatian manusia yang ada di situ.

Aitakute...!

Udara yang disedur masuk ke dalam rongga, ke dalam paru-paru terasa tersekat-sekat. Belakang tapak tangan melekap di bibir. Menghalang tangisan yang bila-bila masa sahaja akan pecah.

Air mata bergenang di birai mata diseka lagi.

Aku nak jumpa dia!

Batinnya menjerit sekuat hati.

Aku nak jumpa dia...

Aitakute...

Aku nak jumpa dia sangat-sangat!

Pandangannya kabur tika ini. Tidak jelas. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku sekarang. Tidak pasti apa yang akan dilakukan selepas ini.

Satu-satunya perkara yang dia cukup pasti, jalan yang ditujunya sekarang adalah berbeza dengan jalan yang dilaluinya.

“Mya!”

Jalan yang berbeza dengan jalan yang diingini oleh si pemanggil.

“Mya!”

Hatinya hancur saat itu juga.

Seketika kemudian dunia di sekelilingnya bergegar dan terbalik dalam sekelip mata. Di pandangan matanya hanya kelihatan awan putih yang di langit yang membiru. Awan yang mengingatkan dirinya pada gula-gula kapas.

Aitakute...

Tapi aku tahu aku tak akan jumpa dia lagi. Kerana itu yang sepatutnya berlaku.

Air mata hangat mengalir turun sebelum semuanya menjadi gelap.


Wednesday, October 26, 2011

Katakan Dengan Indah Part 9



The thing that I forget... Should it be forgotten?

Kek keju yang dihidangkan oleh Mak Azah aku cuit dan aku suap ke mulut. Sejenak kemudian aku berhenti mengunyah. Ada sesuatu yang mengganggu benakku.

“Mak Azah...” Panggilku.

“Ya?” Mak Azah memandangku. Menanti ayat seterusnya dariku.

“Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa saya dimasukkan ke hospital? Macam mana... Kenapa...?” Terlalu banyak yang ingin aku tanyakan namun aku sendiri tidak jelas apa yang patut aku tanyakan atau apa yang ingin aku tahu. Kepala mula terasa berat dan sakit.

“Reen tak ingat?”

Kepala segera aku gelengkan. Perkara terakhir yang aku ingat... Di bilik pengetua. Tubuhku basah lencun dek air baja tahi lembu. Lapan orang budak. Kelab Petani Muda. Nerd. Pengetua. Cikgu Sufian. Community service.

Lepas itu... Aku balik rumah, kan? Dah aku basah lencun, dah tentu aku balik rumah. Kena mandi. Tukar baju. Lepas tu...

“Argh...!” Hujung jari segera mencari ubun-ubun kepala. Mata aku pejamkan. Menahan sakit kepala yang tanpa diundang datangnya.

“Reen! Kamu okey ke?”

Aku segera mengangguk. Aku kembali menyelongkar laci ingatan. Kosong. Tiada apa di situ. Hampa.

Entah apa yang jadi selepas itu. Yang aku tahu, sedar-sedar aje dari tidur, aku dah berada di hospital. Mak Azah menangis dan memeluk aku erat. Seolah-olah aku baru selamat dari bahaya. Mama pula tampar aku dan bagi amaran supaya aku tak mengulangi perbuatan bodoh aku.

Perbuatan bodoh iaitu... ????

Aku betul-betul tak tahu apa yang terjadi. Badan aku lemah dan sakit-sakit. Pergelangan tanganku berbalut. Aku perasan ada dua liang garisan luka di situ; seinci dari tempat aku mengenakan jam. Aku terpaksa makan ubat mengikut masa yang ditetapkan. Menjalani sesi kaunseling.

Jap!

Ada sesuatu yang disebut oleh kaunselor tersebut. Jururawat-jururawat di situ juga berbisik dan menyebut perkara yang sama di belakangku.

Cubaan bunuh diri. Bunuh diri...

Itu ke yang cuba aku buat?

Belakang tubuhku terasa diusap.

“Reen, perkara yang dah lepas tu biarkan aje berlalu. Mungkin ada hikmahnya kamu lupa. Dah tak payah ingat lagi. Masa yang dah berlalu kalau nak dikenang pun tak guna sebab tak apa yang boleh kita ubah. Masa yang kamu ada sekarang dan masa depan la yang penting dan perlu kamu fikirkan supaya kamu tak menyesal di kemudian hari. ”

“Mungkin...” Balasku sekadar mengambil hatinya.

Mak Azah tersenyum dan mula bercerita tentang kek keju buatannya. Beralih pula pada petua-petua untuk membuat kek yang lazat. Cerita tentang arnab peliharaan kami yang baru beranak. Fasal harga barang yang dah naik. Fasal ekonomi negara yang tak menentu. Tak mustahil cerita tentang pendudukan Jepun di tanah Melayu atau cerita Perang Dunia akan diulas dari perspektifnya jika dia berpeluang untuk duduk lebih lama di taman mini ini bersamaku. Aku tahu, sebenarnya Mak Azah ingin mengalih tumpuanku dari terus mengingati perkara yang aku lepa pada hari tersebut.

Betul-betul tak apa ke kalau aku tak ingat?

“Awak betul-betul tak ingat, ek?”

Wajah sedih budak lelaki berbaju pink itu menghiasi layar pandanganku.

“Sedihnya...”

Kenapa dia sedih?

Apa sebenarnya yang aku lupa?

Adakah aku terlupa sesuatu yang penting?

Sesuatu seperti...

Apa...?

@~@~@~@~

Pandangan dilemparkan ke hadapan. Merentasi bangunan pencakar langit yang menjadi sebutan satu dunia. Melepasi bangunan-banguna perniagaan. Melewati rumah-rumah kediaman yang pebagai jenis untuk semua golongan masyarakat. Dari beranda rumahnya, dia sepatutnya bisa melihat semuanya itu. Namun yang ada dalam fikirannya hanya seraut wajah. Dan mengingati seraut wajah itu menimbulkan kebimbangan di hatinya.

Tangan kiri diangkat separas mata. Lama matanya memandang ke situ. Ada warna merah dan kuning bercorak pada kain kasa. Rasa nyeri terasa menggigit tatkala tangan digerakkan. Namun sakit yang mencubit hati lebih terasa pedihnya.

“Kenapa dia tak ingat?”

Diam. Tiada sesiapa yang menjawab soalannya. Hatta suara hatinya juga membisu.

“Betul-betul tak ingat?”

Dia mengeluh berat. Lalu kepalanya mula menimbang-nimbang buruk baik perkara yang berlaku.

Mungkin lebih baik dia tak ingat. Start all over again. Mula balik di mana masanya terhenti. Supaya luka yang sudah mula menjadi parut tak berdarah kembali. Apa gunanya pun mengingati perkara yang buat kita sedih dan terasa nak mati?

Tetapi...

Kalau dia lupa... Aku...? Macam mana dengan aku? Bukankah aku hadir dalam masa-masanya yang ‘hilang’ itu? Aku akan dilupakan jua, kah?

Argh! Kusutnya fikiran!!

“Abang! Mak panggil makan!” Suara nyaring kedengaran.

“Kejap lagi!” Jawabnya.

Kepala disandarkan ke dinding. Mata di pejam rapat-rapat. Bunyi kenderaan atas aspal menjadi muzik latar tika itu.

“Abang!” Suara nyaring itu kedengaran lagi. Mulut dibuka. Mahu memarahi si adik yang tidak memahami kehendaknya.

“Mak...” Suara lirih si adik memadamkan amarah yang bertamu.

Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.

“Mak?!”

@~@~@~@~

“Aku dah jumpa tempat yang sesuai untuk kita bercuti!” Umum Tok Tok.

Loceng menandakan kelas pertama dah bermula sudah lama berbunyi. Tetapi kami masih berjalan dalam keadaan santai menuju ke kelas.

“Mana?” Soal Donna teruja.

“Genting.”

“Hek eleh! Bosannya! Cuba pergi Paris ke New York ke.”

“Kalau papa kau nak support kita orang, kita orang follow aje.” Hentam Tok Tok.

Donna mencemik. Semua orang tahu papa Donna pemurah dengan anak kesayangannya aje. Dengan orang lain papa Donna boleh disamakan dengan Haji Bakhil.

“Tempat lain tak ada?” Anna pula menyoal.

“Karambunai. Borneo ke. Tak payah pergi jauh-jauh. Malaysia ni pun kita tak abis round lagi. Kan, Reen?” Lian pandang aku. Tiga pasang mata lagi mengikut jejak langkahnya.

“Hmm...”

“Kau masih fikir fasal budak tu ke?” Soal Lian.

“Budak mana?” Tok Tok besarkan mata.

“Pinky-boy.” Jawab Anna.

“Wujud ke budak tu kat sekolah ni? Entah-entah budak dari sekolah lain. Datang sini menyamar dan curi barang. Mana la tahu, kan?”

“Aku tak rasa macam tu.” Mp3 aku keluarkan dari poket. Earphone aku sumbatkan ke telinga.

“Eh, ini mp3 kau yang budak misteri tu rampas, kan?”

Aku berhenti melangkah sebaik sahaja melintasi blok D.

Orang kata sekali kita dah bertemu dengan seseorang itu, kita akan bertemu dengannya lagi. Dan lagi. Nun di gelanggang bola keranjang bersebelahan dengan blok D, mataku dengan pantas menangkap kelibat budak lelaki berkemeja pink itu.

Donna, Anna, Lian dan Tok Tok berlaga sesama sendiri demi mengelak dari melanggar aku yang berada di hadapan mereka. Masing-masing merungut. Geram dengan tindakanku yang luar jangkaan mereka.

“Erk...! Budak lelaki berkemeja pink.” Kata Donna sebaik sahaja sedar ke mana perhatianku terarah.

“Aku dah kata budak tu wujud. Dia budak sekolah ni, kan?”

“Nampaknya dia ada masalah.” Ayat yang keluar dari mulut Anna kedengaran senada sahaja.

Budak lelaki itu berwajah masam. Cikgu Zakaria, guru disiplin sekolah bersuara nyaring memarahinya. Aku lihat Cikgu Zakaria menarik rambut budak lelaki itu yang panjang. Sesekali rotan di tangan digoyangkan ketika berkata-kata.

“Rambut panjang, berwarna pula tu! Kamu fikir kamu artis? Macam ni ke nak jadi tauladan pelajar? Saya tak tahu la macam mana kamu boleh dipilih jadi pengawas!”

Oh, isu rambut rupanya...

Seperti tahu dia sedang diperhatikan, budak lelaki itu menoleh ke kiri. Sebaik sahaja terpandang akan aku, dia tersenyum lantas melambaikan tangannya.

Erk, biar benar?

The Girls senyap di belakangku. Perhatian Cikgu Zakaria teralih pada aku dan The Girls yang lain.

“Aku rasa lebih baik kita blah cepat sebelum Cikgu Zakaria jadikan ita target dia pulak!” Aku dengar suara Lian. Aku juga dengar derap kaki mereka berlalu.

“Reen, buat apa lagi tu? Jom masuk kelas!” Tanganku terasa ditarik namun aku masih tak berganjak dari situ. Bukan aku tak mahu cuma aku tak boleh bergerak aje. Akhirnya aku tinggal sendirian di situ.

Cikgu Zakaria melangkah ke arahku dengan wajah bengis.

“Siapa benarkan kamu bawa mp3 ke sekolah?”

Earphone ditarik kasar dari telinga. Mp3 direntap dari tanganku. Matanya merenung tepat ke mataku.

“Qaireen Hafiya, ni bukan sekolah bapak awak jadi tolong jangan buat peraturan sendiri. Faham?! Benda ni saya terpaksa rampas.”

“Cikgu, bukan cikgu tengah marah saya ke tadi?”

Entah bila kalanya pinky-boy sudah berada di antara aku dan Cikgu Zakaria. Cikgu Zakaria mengalih pandangannya.

“Cikgu, kalau cikgu marah saya, cikgu boleh marah saya saja. Tak payah libatkan orang lain.”

Oit, dia ni memang sengaja nak buat cikgu ni marah ke?

Aku dapat rasakan kemarahan Cikgu Zakaria naik setakuk lagi. Dia mengeluarkan gunting dari poketnya dan...

Sapp...

Helaian rambut pinky-boy jatuh satu-persatu ke simen. Cikgu Zakaria mendengus sebelum berlalu pergi.

“Dah kena rampas...” Katanya perlahan. Tangan kanannya meraba kepalanya. Ditegakkan rambut depannya dengan kedua-dua tapak tangan. Seketika kemudian diratakan pula. Rambutnya yang dipotong pendek kelihatan lucu memandangkan ia tidak dipotong sama panjang.

“Hampeh punya orang tua! Tak fasal-fasal kena pergi kedai gunting... Alter balik.” Dia bersungut perlahan namun kedengaran jelas di telingaku.

Matanya mencari mataku. Dia tersenyum.

“Hai! Awal datang hari ni.”

Aku diam. Cara dia tegur aku seolah-olah kami sudah biasa bertegur-sapa.

“Dah breakfast?” Soalnya.

Terkebil-kebil mataku memandangnya. Kenapa aku masih berdiri di sini? Aku tak perlu berada di sini, kan? Aku mengulum senyum lagi bila terpandang gaya rambutnya yang baru.

“Tadi sarapan makan apa? Nasi goreng kampung? Bukan, bukan. Hurm, hari ni hari Rabu jadi sepatutnya makan roti bakar dengan mentega, kan?”

Aku tersentak. Macam mana dia tahu menu sarapan aku?

“Ada masalah dengan pembakar roti lagi ke? Kalau nak selamat, laraskan antara nombor 1 dan 2. Awak akan dapat roti bakar mengikut citarasa awak.”

Yang itu pun dia tahu?

“Mana kau tahu?” Soalku tak percaya.

Wajahnya berubah.

“Kau?” Soalnya kembali. Wajah dipalingkan ke sisi. Ada ‘rasa’ yang cuba disembunyikan dariku.

“Mana kau tahu?” Ulangku.

“Awak beritahu...” Jawabnya ringkas. Masih enggan menukar kata ganti diri yang digunakannya.

Dahiku berkerut. Bila masa pulak? Aku mula rasa tidak selesa berada di sisinya.

“Nak pergi mana?” Soalnya bila aku mula melangkah.

“Masuk kelas!” Jawabku keras.

“Kelas pertama kelas Sejarah. Kelas Cik Hafizah. Awakkan tak suka cikgu yang awak gelar Cikgu Kuntilanak tu?”

Aku berpaling.

“Okey! Cukup! Aku tak tahu siapa kau, dari mana kau datang atau apa yang kau nak dari aku. Tapi aku betul-betul rasa tak selesa dengan kau!”

“Ye ke?”

Aku berhenti lagi.

“Satu lagi, jangan ikut aku!”

Pinky-boy angkat kedua-dua belah tangan dan berhenti melangkah.

“Jumpa petang nanti!” Jeritannya sayup-sayup kedengaran.


*** Saya-Awak bunyinya sangat sopan... dan kedengaran ‘jauh’... korang setuju?

Saturday, October 8, 2011

Katakan Dengan Indah Part 8


Pinky Boy


“Pengawas?”

“Blue, blue-black.” Tok Tok menjawab dengan mulut yang penuh dengan daging burger. Pembungkus burger direnyuk dan dicampak ke tong sampah. Jajan dalam bungkusan biru oren dikoyak sebelum disumbat masuk ke dalam mulut. Kejap lagi heboh la dia mencari penimbang!

“Librarian?” Chewing gum sudah menjadi belon di mulut Donna.

“Ungu. Hitam.”

Popp! Belon chewing gum pecah. Nafas hampa aku hembus keluar.

“Budak bilik media?”

“Kuning. Hitam.”

Lian meniup anak rambut. Majalah di tangan ditatap kembali.

“Budak Koperasi?”

“Hijau. Hitam.”

Anna menjeling bila mendengar dengusanku.

“PRS?”

“Coklat. Hitam.”

“Hish...! Budak tu datang dari mana?”

Empat pasang kening terangkat. Empat pasang mata melekat di mukaku. Menagih jawapan.

“Kau cari siapa sebenarnya?”

“Tak sesiapa.”

“Tipu. Empat suara berirama bertanya.

“Okey. Masa aku datang sekolah, ada budak tegur aku kat pintu masuk. Budak ni pakai baju kemeja pink, which like... yearkh... to me...”

“Pink?”

“Haah. Ada kot maroon. Seluar putih.”

“Sekolah kita tak ada seragam macam tu.”

Tok Tok mengangguk macam burung belatuk.

“Aku ingat dia pengawas!”

“Reen, dah masuk dua tahun kat sini, tak akan kau tak perasan lagi seragam biru polis sekolah?”

Lian buat muka. Muka terkejut. Macam aku ni ignorant sangat. Sampai tak tahu benda-benda simple macam tu.

“Masalahnya dia jaga pintu pagar pagi tadi. Rampas barang aku. Jadi aku dia pengawas la. Mana tahu, seminggu aku tak ke sekolah, sekolah ni dah tukar baju seragam pengawas.” Aku cuba membela diri sendiri.

“Apa yang kena ambil?”

“Handphone. Mp3.”

“Beli aje yang baru.” Aku ‘bo layan’ aje dengan cadangan Donna. Untuk orang yang kuat shopping dan barang sentiasa up-to-date macam Donna, handphone dan mp3 aku tu dah jatuh hukum jadi tukun ikan koi kat rumah dia aje.

“Lupakan fasal budak yang entah wujud entah kan tidak tu. Sekarang aku nak tanya kau. Apasal tak ‘roger-roger’ pun beritahu nak pergi melancong? Cepat lupa kawan la kau ni, Reen! Sebab tu la kau kena gastrik. Kena tulah aku!” Sungut Tok Tok.

Aku tergelak. Kelakar dengar ayat terakhir Tok Tok. Bila pulak dia jadi anak raja berdaulat.

“Ala... Setakat Bali tu apa sangat la kat korang, kan? Dekat sangat. Tak panas punggung lagi dah kena turun kapal terbang. Malas la aku nak ajak. Lagipun ni family holiday.” Aku mencipta skrip dalam drama yang dicipta oleh mama. Kawan-kawan., maaf la...

“Bali? Eh, Lian! Hari tu kau telefon Mak Azah kata si Reen ni pergi Australia, kan? Kita siap melompat-lompat macam kanggaru lagi bila dengar.”

“Haah la. Australia.” Lian menjawab soalan Tok Tok.

Alamak... Kantoi! Padan muka. Menipu lagi. menipu tanpa ilmu pulak tu. Kan dah kena.

“Ke masa tu penyakit sound trouble kau dah muncul?” Tuduh Donna.

“Woi! Telinga aku ni selalu sound-check tau!” Marah Lian.

“Reen, yang mana yang betul sebenarnya ni?”

Aku berdoa perbualan ni tergantung sampai sini aje. Untuk orang yang biasa menipu, sukar untuk diriku menangani situasi ni. Sesuatu terasa merayap dia pergelangan tanganku.

“Apa ni, Reen?” Anna bertanya. Belum sempat mengelak, Anna sudah menyelak lengan baju kurung putihku. Bandage di pergelangan tangan mencuri tumpuan semua.

“Aku... Tangan aku kena pisau masa nak potong... err... lobak.” Bohong. Lagi.

“Sejak bila jadi arnab ni?”

“Aku nak buat jus la! Kan baik untuk kulit... er... mata...” Hentam saja labu...

“Orang gaji bayar beribu. Suruh la diorang buat.”

“Saja test skill.”

“Banyak la kau punya skill. Lain kali minum, makan lobak banyak-banyak biar mata kau cerah, okey? Lobak dengan tangan pun kau tak dapat nak bezakan. Memang kes naya!”

Yang lain sudah termakan cerita dongengku. Anna masih bermuka blur. Tapi aku kira situasi ini sudah selamat. Asalkan Lian, Donna dan Tok Tok percaya, pembohonganku akan jadi baik dan sempurna. Anna tak banyak bunyi dan komen macam tiga orang yang lain tu. Menerima bila diberi. Memberi bila diminta.

Sikap Anna yang pendiam itu agak misteri bagiku. Aku tak kisah kalau Anna lebih selesa berkongsi cerita-cerita peribadinya dengan Lian berbanding aku. Tok Tok pula selalu meluahkan masalah pemakanannya pada Donna. Minat membeli-belah Donna pula dikongsi bersama Lian. Masing-masing ada teman yang boleh dipilih untuk meluahkan rasa hati. Hanya aku yang masih belum mampu membuka pekung di dadaku pada sesiapa antara mereka. Mungkin aku masih belum bersedia untuk mendedahkan sisi gelapku pada sesiapa walaupun aku tahu kehidupan mereka juga tak sempurna seperti aku. Walaupun aku tahu mereka boleh menerima aku dengan seadanya aku.

“Mesti sakit, kan?” Suara halus Anna menghapuskan lamunanku.

“Agak sakit la. Tapi mana boleh lawan sakit rindu aku pada korang semua!” Selorohku.

Mereka bersorak gembira dan memelukku.

“Lain kali angkut kita orang ke mana pun kau nak pergi, okey?”

“Wei, jom pergi bercuti! Berlima aje. Tak kisah la mana-mana pun.”

“Kalau nak rasa ‘dicutikan’ dari sekolah untuk seumur hidup, jom la!” Sindir Lian.

“Cuti sekolah kan ada!”

“Aku nak mula survey tempat la!”

Ada kawan-kawan sebegini membuatkan zaman remajaku terasa singkat.

@~@~@~@~

“Dengar kata ada orang cari kau?”

Sebelah mata dicelikkan. Kedudukan badan diperbetulkan. Masih berbaring, hanya menoleh ke sisi untuk melihat rakannya itu.

“Siapa yang bercakap?”

“Hampir seluruh sekolah.”

“Siapa yang mencari?”

“Miss Q.”

Keningnya terangkat.

“Alah... Buat-buat tak tahu pulak.”

Sesaat kemudian bibirnya melarik senyuman.

“Owh... Dia...”

Mata dipejamkan semula.

“Apa yang kau dah buat dengan budak tu, ha? Heboh dia mencari kau. Jangan sampai bala tentera dia yang empat orang tu heret kau melutut depan dia, sudah la.”

“Dia tak seteruk tu... Aku rasa la...”

“Group diorang tu memang semacam sikit. Anak-anak orang kaya yang manja. Rasa dunia ni diorang yang punya. Mereka ada peraturan mereka sendiri dan hanya akur pada peraturan itu aje. Memang salah la Miss Q join diorang.”

Badan ditegakkan. Duduk sambil mendongak. Memandang wajah rakannya itu. sejak datang di sekolah itu, itulah seorang rakan yang serasi dengan dirinya. Rakan yang tak mendesak dan sibuk bertanya itu ini tentang dirinya. Teman yang mendengar ketika dia bercakap. Teman yang mampu buat dia mendengar kata-katanya. Lantas sahabat yang satu itu amat-amat dihargainya.

“Ijal, aku ada teori...”

“Okey, okey! Aku letih dah dengar teori kau. Aku cuma nak beritahu kau yang kau dah ‘cipta’ musuh untuk seumur hidup kau. You have create enemies for your lifetime. Lima orang tu cukup la untuk buat hidup kau huru-hara. Aku bagi amaran aje supaya kau bersedia.”

Dia berdiri. bahagian punggung ditepuk beberapa kali. Menyahkan kotoran yang mungkin melekat di seluar putih. Kot maroon yang dibuat alas tidur sudah tersangkut di bahu.

“Hah! Nak ke mana pulak ni?”

“Jumpa aku punya lifetime enemy la!”

“Memang berani!”

Faizal hanya mampu mengeleng melihat si teman sudah berlari anak meninggalkan dia termangu di situ.

@~@~@~@~

Kelas sudah kosong. Sesi persekolahan sudah tamat dua jam lepas. The Girls yang lain mungkin sudah tujuh kali tawaf di Midvalley. Aku masih di sini. Memikirkan benda yang tak sepatutnya aku fikirkan. Berat hati untuk mengakui, tapi aku memikirkan tentag dia. Budak lelaki dalam kemeja pink itu.

Siapa sebenarnya dia? Budak sekolah ni? Atau budak sekolah lain? Kalau budak sekolah ni, mustahil Lian dan Donna tak kenal. Diorang tu ibarat reporter tak bergaji. Sana-sini mengumpul cerita. Yang mana betul yang mana salah pun sukar ditentukan bila dah keluar dari mulut diorang. Kak Nam betul!

Jap!

Aku ingatkan dia pengawas. Main rampas-rampas barang orang macam Pirates of Carribean. Ops, simpankan! Dia gunakan istilah ‘simpankan’ pagi tadi. Simpankan konon! Kalau simpankan kena ulangkan. Sampai sekarang tak pulangkan pun. Nak reta ke apa?

“Awak cari saya?”

Suara garau yang tiba-tiba memecah kesunyian membuatkan jantungku hampir melompat keluar. Tangan spontan melekap di dada. Menenangkan si jantung yang berdegup kencang.

Budak lelaki dalam kemeja merah jambu kelihatan santai bersandar di muka pintu. Kot maroon tersangkut kemas di lengan.

Proses menenangkan diri membuatkan aku punya banyak masa untuk memerhatikannya. Rambutnya lurus dan sedikit keperangan di bahagian hujung. Rambut depannya dipotong sama panjang dengan rambut di bahagian belakang. Rambut depan yang dibiarkan lepas bebas membentuk huruf ‘M’. Gaya artis mana yang dia ikut ni? Korea? Jepun? Aku hairan bagaimana dia boleh terlepas dari pandangan guru displin.

Keningnya agak lebat. Begitu juga dengan bulu matanya. Matanya bulat. Tak ada atau hampir tak ada kelopak mata bila matanya dibuka. Macam orang Korea lak!

Hidungnya tak la mancung sangat. Bibirnya tak tebal, tak juga nipis. Kulit wajah yang cerah menampakkan bibirnya kemerahan. Aku tak pasti dia merokok atau tidak. Tapi aku berharap dia tak merokok.

Aku berharap...? Kenapa aku perlu berharap?

Tingginya lebih kurang 168 cm. Yang pasti aku terpaksa mendongak untuk memandang wajahnya sekiranya kami berdiri bersebelahan. Berat badannya aku anggarkan... err... 62 kg? Kurus aje mamat nih!

Dalam kemeja merah jambu, berseluar putih dan tali leher maroon tu, memang penampilan yang menonjol. Tak syak lagi dia dengan mudah jadi perhatian orang terutama sang gadis. Tapi yang pasti bukan aku. Betul! Aku tak pernah nampak mamat ni!

“As your personal heart doctor, I declared your heart healthy.” Dia tersengih.

Wajahnya ceria. Seceria pagi tadi. Gembira agaknya dapat menguji tahap kesihatan jantung aku. Kalau tak, memang sah-sah la dia kena buat tahlil 40 hari untuk aku!

“Islam, kan?”

Dia angguk.

“Tak reti bagi salam?”

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam. Mana barang saya?”

“Ada.” Matanya merenungku sekaligus membuatkan aku tidak selesa.

“Pulangkan!” Arahku. Aku mahu cepat pergi dari sini.

Dia menyeluk poket kot. Aku berjalan pantas ke arahnya. Dan bila tangan aku mahu mencapai handphone dan mp4, dengan pantas dia berundur setapak dan mengangkat tangannya. Dengan ketinggiannya yang lebih dua tiga inci dariku, dia membuatkan aku terjengket-jengket dan terlompat-lompat untuk mengambil handphone dan mp3 dari tangannya.

“Hanya ada dua tema aje lagu-lagu dalam mp3 awak ni. Pertama, lagu-lagu yang orang putar nak mengusung mayat. Kedua, lagu cinta tak kesampaian. Kesimpulannya, hanya ada lagu-lagu sedih aje dalam ni. Kenapa, ek?”

Aku berhenti melompat. Dia dengar lagu-lagu dalam mp3 aku. Ni dah kira menceroboh hak milik peribadi orang dah ni!

Aku mendengus serentak itu keting kakinya aku sepak. Dia mengaduh kesakitan. Handphone dan mp3 di tangannya aku rampas. Tangannya menggosok keting yang terasa sengal.

“Garang. Ganas.” Sungutnya.

Aku jelir lidah. Handphone dan mp3 aku belek. Memeriksa keadaannya.

“Kenapa tak beli mp4 aje? Tak pun iPod. Boleh simpan music video. Puas hati sikit.”

“Kalau nak tengok video, saya tengok kat TV.”

Okey. Semua okey. Masih elok berfungsi. Tak ada calar. Tak ada yang hilang. Urusan kami dah selesai.

“Boleh bagi nombor telefon?”

“Hah?” Aku yang baru berkira-kira nak berlalu kembali berpaling dan memandang wajahnya. Dumb-founded.

“Can I have your number?” Dia mengulang permintaannya dalam bahasa Inggeris. Bajet aku tak faham Bahasa Melayu la tu!

“Nak buat apa?” Soalku dengan dua garisan di dahi.

Dia angkat bahu.

“Nak mesej awak. Call sekali-sekala. Boleh saya beritahu awak bila pengawas nak buat spotcheck ke, apa ke...”

“Saya tak minat!” Pintasku.

Giliran dia terkejut.

“Awak tak minat... er... lelaki?”

Aku buntangkan mata.

“Hah...! My sexual orientation is none of your business!” Aku tak percaya aku kena terangkan benda-benda macam ni pada orang yang baru dua kali aku jumpa. Itupun dalam keadaan yang tak menyenangkan lak tu.

Langkahku laju menuju ke pintu belakang. Hati aku dah panas. Lebih baik aku beredar dari sini sebelum...

“Awak betul-betul tak ingat, ek?”

Keluhan budak berbaju pink itu membantutkan langkahku. Dia berjalan menghampiriku. Aku terpaksa mendongak sedikit untuk melihat wajahnya.

“Last time... We did have a good chat...”

Aku hembus nafas keluar. Tak percaya. Perbualan kami di pintu pagar sekolah pagi tadi itu dikira perbualan ke?

Wajahnya berubah. Kecewa. Bukan. Lebih daripada kecewa. Sedih? Mungkin.

Kepalanya didongakkan. Memandang langit biru. Matanya redup. Bibirnya mengukir senyuman. Tawar.

“Sedihnya...”

Dan dia mengatur langkah pergi.

Kelibatnya aku perhatikan sehingga hilang dari pandangan. Setiap langkahnya meninggalkan satu tanya tanya di kepalaku.

Orang yang pelik...

Aku rasa, aku dah tahu kenapa aku tak pernah perasan akan kehadiran dia. Satu, aku benci warna pink atau lebih tepat benda-benda yang berunsurkan warna merah. Dan aku memang sedaya-upaya overlook benda atau apa-apa yang warna pink dan merah. Dalam kes ni, aku tak perasan kehadiran dia. Kedua, dia ni pelik dan menakutkan. Cara dia cakap macam dia kenal aku. Stalker ke hape?

Dan dia buat aku tak selesa. Gaya dia. Cara dia pandang. Bercakap. Segala-galanya tentang dia buat aku tak selesa.

Aku tak selesa dengan dia...

Aku harap tak jumpa dia lagi, seumur hidupku.

Sesuatu menjentik tangkai hati. Tak menyakitkan tetapi tak juga menyenangkan. Macam mana aku nak terangkan? Sesuatu macam...

“Ahh...! Apa hal pulak aku kena fikir dan rasa macam-macam fasal dia? Siapa dia? No one, kan? Bukan aku nak jumpa dia lagi pun!”

Tangkai hati terasa dijentik lagi.

Memang mengarut! Sekarang pinky-boy tu buat aku bercakap sorang-sorang dalam kelas kosong ni pulak! Kalau pak guard ke sesiapa nampak, confirm dia hantar aku ke Tampoi!

Earphone aku sumbat ke telinga. Mp3 aku hidupkan. Layan lagu lagi bagus!

There a pain that sleeps inside
It sleeps with just one eye
And awakens the moment that you leave


Disappear nyanyian Hoobastank mengosongkan benak.

Though I try to look away
The pain it still remains
Only leaving when you’re next to me

Kepala yang ringan membuatkan aku melangkah dengan senyuman.

Followers