Monday, August 3, 2009

ad+iz Part 19


“Lepaskan aku!”

Telefon bimbitnya yang dari tadi menjerit minta diangkat, langsung tak dipedulikannya. Sampai flat bateri pun, dia tetap begitu. Tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang boleh mengganggunya di kala ini.

“Kau nak bawa aku pergi mana ni?” Tanyaku buat ke sekian kalinya. Dia diam. Ahh!! Bengang betul cakap dengan patung bernyawa nih!

Dengan tangan kiri, aku meraba, mencari handphone dalam poket baju. Harapan terakhir untuk membebaskan diri dari orang gila di sebelahku ini. Alamak! Tapak tangan dah melekap di dahi. Gaun pengantin mana ada kocek! Huish…! Ni dibuatnya kena tahan dengan polis, sah-sah aku kena cop sebagai PATI Indon... Jangankan handphone, satu dokumen peribadi pun tak ada nih! Main aci lari macam gitu aje masa nak kejar Farriel tadi.

“Woi, pekak! Lepaskan aku la!” Aku jerit lagi. Kali ni, aku guna tone suara yang tertinggi. Dia ni tak faham bahasa ke? Tak pergi sekolah? Subjek Bahasa Melayu gagal ek? Sekolah bertingkat-tingkat, bodohnya pun bertingkat-tingkat tahap dinosaur! Aku Tension!!!

Dek ke’high-pitch’ingan suaraku, tapak tangan kirinya spontan melekat di cuping telinga. Padan muka! Dan pergelangan tanganku dilepaskan. Kalau tak, dia lebih senang memandu sambil mencengkam pergelanganku. Samseng diraja betul! Pergelangan tangan aku belek. Huhu… Dah merah dah ni! Sikit lagi nak melecet…

“Kalau iye pun kau nak pujuk si Marina tu, tak payah la seret aku sekali! Aku tak ada kena-mengena dalam masalah korang, tau tak!”

Farriel cuma diam. Mata tertumpu searah ke depan. Senang betul kerja dia. Diam, diam dan diam… Aku kat sini yang dah nak dapat darah tinggi!

Okey! Aku tahu la dia tengah memandu, tak boleh kalih kiri kanan sesuka hati TAPI… Tak boleh ke at least dia jawab pertanyaan aku? Aku dah nak jadi kereta api arang batu yang keluarkan asap hitam tu dah ni! Letih dah aku menjerit, melalak, melolong marah dia, maki dia, tanya itu-ini, minta dia lepaskan aku dan tinggalkan aku kat mana-mana ke… Tapi dia buat ‘dunno’ aje. Geramnya!

Seriuosly, aku memang tak interested langsung nak jadi spectator terhadap pergaduhannya dengan Marina yang aku jangkakan bakal berlangsung sebentar nanti. Sebab aku rasa aku tak ada kena-mengena lansung dalam masalah diorang. Aku cuma mangsa keadaan! Marina dan Farriel pula tak ubah seperti haiwan pemangsa. Kalau tak Marina, si Farriel ni yang akan membaham, melapah, menyiat sekeping hatiku ini… Sadis sungguh nasib hidupku!

“Ei, sejak bila kau jadi bisu ni? Tadi elok aje kau bercekau dengan Marina! Tak kan dah hilang suara kot? Ke kau simpan suara sebab nak gaduh dengan dia kejap lagi?”

Farriel diam lagi.

Signboard di bahu jalan aku pandang. Susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan? Uih…! Biar betul? Rumah si Marina tu kat belah-belah utara ke? Bukan ke dia duduk area KL aje? Kampung Marina tak… Heish! Kampung dia bukan kat Selangor aje ke? Habis, apa ke halnya dia menuju ke utara? Entah-entah Marina tu dah lari ke sempadan tak? Ke diorang dah berpakat nak kahwin kat sana? Habis, apa hal pulak si Farriel ni seret aku sekali? Untuk jadi saksi? Kerja gila! Sungguh gila! Memang gila! Sah-sah dah tak waras akal dia ni! Dashboard kereta aku pandang. Alamak, tank minyak full lagi… Memang dia nak bawa aku ke Thailand gamaknya nih!

“Izumi! Ke mana kau nak bawa aku ni? Woi! Jawab la!”

Bahu dan dadanya sudah jadi ‘punch-bag’ku. Tapi dia tetap macam tu. Tak bergerak. Tak beriak. Tak beremosi. Ya Allah, kenapalah Kau jadikan Tengku Farriel Izumi ni android bernyawa?

“FARRIEL IZUMI!!!!”

@~@~@~@~

Majlis dah hampir sejam tertangguh. Para tetamu dah mula tak senang duduk di kerusi masing-masing. Masing-masing membuat spekulasi tanpa asas atas tertangguhnya majlis tersebut. Para wartawan dan pemberita sibuk mengumpul bahan untuk memuji, menghentam, menyindir atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat mereka.

Artis dan kumpulan muzik yang masih rancak menyanyi di pentas sudah tak dihiraukan oleh para tetamu lagi. Mereka datang ke sini bukan untuk menonton persembahan tersebut. Mereka datang untuk menyaksikan mempelai bergandingan di atas pelamin dan di sepanjang majlis berlangsung. Tanpa pengantin, apalah ertinya majlis perkahwinan ini?

“Ma, sampai bila kita nak tunggu ni?” Soal Tengku Radhiah lembut. Nenda Nerrisa di sebelah pandang sekilas ke arah anak bongsunya. Jatuh kasihannya pada Tengku Naqiu berusia empat tahun yang sudah lena dipangkuan ibunya. Anak menantu, cucu-cucunya, kaum kerabat serta rakan-rakan yang hadir dikerlingnya. Masing-masing sudah keletihan, sudah bosan menunggu namun tetap bertahan di tempat masing-masing demi menghormati dirinya dan juga majlis yang masih berlangsung.

Hana dan Akiha berjalan pantas ke arah Nenda Nerrisa. Tumpuan seisi meja terarah kepada mereka berdua.

“Kami tak jumpa mereka, nenda!” Kata Hana dalam mengah. Nenda Nerrisa, Tengku Radhiah dan Tengku Khalidah pamer wajah pelik.

“Kiha cuba telefon abang, tapi tak ada orang angkat. Sekarang asyik masuk voice mail aje pulak! Kak Adry tak bawa phone…” Sampuk Akiha. Dia masih tak jemu menekan-nekan keypad telefonnya. Seperti tadi, dia masih gagal menghubungi abangnya.

“Mustahil diorang ghaib! Sejak bila pulak Aril menuntut ilmu menghilangkan diri ni?!” Sinis nada Tengku Makmur menuturkan ayat-ayatnya. Tengku Muhainis dan Tengku Murni mengukir senyuman mengejek.

“Kamu dah cari di bilik hotel? Lobi? Ke, mana-mana? Dah tanya pekerja hotel?” Soal Nenda Nerrisa lagi.

“Dah, nenda! Memang tak ada!”

Nenda Nerrisa kalih pandang pada dua orang bodyguardnya. Masing-masing mengelengkan kepala. Tanda tidak tahu. Nenda Nerrisa menopang dagu di meja. Bingung memikirkan kehilangan cucu-cucunya.

“Ish… Mana pulak budak-budak ni pergi? Tak kan tak tahu yang majlis kita tak habis lagi…” Gerutu Nenda Nerrisa. Yang mendengar sekadar mengeleng-ngelengkan kepala. Tengku Faris mula bengang dengan situasi yang dihadapkan kepadanya.

Tengku Makmur tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Sengaja membakar api kemarahan Tengku Faris yang sudah panas punggung di hadapannya.

“Itulah, mama… Kahwinkan lagi si Aril tu dengan perempuan tak tahu asal-usulnya. Macam ni la jadinya. Cuba pilih si Murni ni, elok la sikit jadinya. Dah tentu-tentu keturunannya tengku. Cantik, terpelajar…”

“Ini bukan soal keturunan. Bukan soal cantik ke tidak. Bukan soal pandai atau tidak. Ini soal masa depan Aril. Mama tak kisah dengan siapa dia nak kahwin. Asalkan perempuan tu ikhlas mencintai Aril dan boleh membahagiakan Aril… Dengan anak kamu yang materialistik dan plastik ni, boleh kamu jamin yang Aril akan bahagia dengannya?”

Tengku Murni tarik muncung. Jauh hati mendengar kritikan nendanya. Tengku Makmur ketap gigi. Rasa terpukul dengan kata-kata ibunya.

“Sekurang-kurangnya si Murni ni tahu adab dan protokol. Tak ada la buat kerja gila sampai tinggalkan majlis sendiri! Si Aril tu pun satu. Perangai entah macam apa. Layak ke dia tu jadi CEO syarikat?”

“Abang jangan nak mengutuk anak saya sesuka hati pulak! Anak abang, si Ihsan tu bagus sangat ke? Dah bertahun duduk US, mengulang paper yang sama dua tiga kali, baru la lulus. Tahunya berpeleseran dan menghabiskan duit aje!”

Tengku Makmur tepuk meja seraya bangun dari kerusinya. Tengku Faris turut berbuat demikian. Mata masing-masing tajam merenung antara satu sama lain.

“Makmur! Faris! Sudah la tu! Duduk! Ini bukan masanya nak bertekak. Sekarang, kita perlu fikir macam mana nak selesaikan masalah kita ni. Hari dah makin larut malam. Tetamu-tetamu pun dah keletihan. Aril dan Rianna pulak hilang entah ke mana. Mama fikir baik kita tamatkan aje majlis ni.” Nenda bersuara lantang. Tengku Makmur dan Tengku Faris akur dengan arahan mama mereka.

“Apa alasan kita nak bagi pada tetamu? Pada press?” Soal Tengku Khalidah yang mula tertarik mendengar cadangan ibu mertuanya.

“Itulah yang kita kena sama-sama bincangkan. Ini soal maruah keluarga… Mama pun buntu fikir...”

“Ha! Apa kata…bla bla bla…”

“Mana boleh! Apa kata… bla bla bla…”

“Diorang percaya ke?”

“Tak pun kita…”

Tengku Faris bangun dari kerusinya. Malas nak join ahli keluarga yang tengah pecah kepala fikir alasan untuk cover tindakan gila anak dan menantunya. Niat di hati nak ke tandas. Meredakan sakit di hati dan tekanan di kepala. Namun, sebaik sahaja dia terpandangkan Yusman di meja berhampiran, dia menukar arah dan akhirnya berhenti di meja lelaki berusia 38 tahun itu. Yusman segera bangun dari kerusinya.

“Kamu tahu mana Farriel pergi?”

“Salah seorang pekerja kita nampak Tengku Farriel mengejar Marina, tengku!” Lapor Yusman.

Tengku Faris menggosok-gosok bawah dagunya dengan jarinya. Senyum segaris terukir di bibir.

“Memang kerja gila. Tapi berbaloi!”

“Tengku nak orang-orang kita cari dan ekori mereka?”

“Biarkan mereka…” Tengku Faris tersenyum lagi.

@~@~@~@~

Honda City biru metalik terus meluncur laju di atas jalan. Membelah kegelapan malam. Lagu-lagu di radio sekadar menjadi penyumbang suara supaya sunyi tidak merajai suasana. Celoteh penyampai radio langsung tak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Berserabut. Berselirat dengan segala macam masalah. Dia tak tahu yang mana satu patut didahulukan, diabaikan, atau dilupakan terus… Sungguh dia tak tahu!

‘I benci you, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! I malu! I beria-ria buat preparation untuk majlis pertunangan dan perkahwinan kita tapi you… You hancurkan segala-galanya dalam sekelip mata! I tak kan maafkan you, Tengku Farriel Izumi! Even you, on your bended knee, I will never forgive you I hate you!!!!’

Farriel pejam mata. Masih terbayang wajah sedih bercampur-baur dengan kebencian milik Marina. Dalam diam, Farriel mula menimbang-nimbang tindakannya, dosa pahalanya… Ya Allah, apa aku dah buat? Berdosanya aku kerana melukai insan-insan di sekelilingku…

AD sudah lena akibat keletihan di tempatnya. Dengan bekas air mata yang masih di pipi, dengan mascara yang comot di serata wajahnya, dengan layah, tudung dan tiara yang entah-macam-apa-rupanya-dah-entah, AD dah lena dibawa ke alam mimpi. Muka AD kelihatan tenang. Cuma sesekali dia bersuara, mengigau dalam tidurnya. Dan riak wajah AD kemudiannya akan berubah menjadi sedih.

‘Iz…’

‘Iz… jangan tinggalkan aku…’

Berdetak hatinya mendengar. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Akalnya gagal berfungsi ketika ini. Apa yang dilakukannya kini semata-mata kerana menurut kata hati. Yang mana yang salah, yang mana yang betul, dia sendiri sudah tidak pasti lagi… Sungguh, dia buntu saat ini…

‘Pernah ke kau dengar isi hati Adry? Or at least, baca tingkah-lakunya… Betul ke dia tak suka pada kau? Atau kau buat andaian sendiri? Jangan bertindak melulu. Dalam dunia ni, ada benda yang kita tak payah cakap tapi orang boleh tahu dan faham. Dan ada benda yang kita kena cakap supaya orang boleh tahu dan faham…’

Suara Qhuz bergema-gema di telinga. Berulang-tayang dalam kotak fikirannya.

‘Kau bercakap senang la, Qhuz… Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya… Aku tak sanggup nak lukakan hati orang… Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri… Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku… Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…’

Cermin tingkap diturunkan. Gadis itu tersenyum lalu dihulurkan tiket tol.

“Cik, kat mana saya boleh jumpa simpang susur keluar ke Kuala Lumpur?”

Setelah mengangguk tiga empat kali, pedal minyak ditekan lagi.

Apa nak jadi, jadi la… Aku dah tak peduli!

@~@~@~@~

Adly menjenguk ke dalam bilik. Mata ayahnya terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur dek keletihan. Dengan usia yang semakin meningkat, ditambah pula dengan penyakit jantung yang dihidapi, ayahnya mudah letih. Semenjak ayahnya menjalani pembedahan, keadaan ayahnya bertambah lemah. Bukan kerana pembedahan yang dijalankan oleh pakar jantung di hospital terkemuka itu gagal, tapi disebabkan kerinduan terhadap seseorang yang sudah tidak mampu dibendung lagi.

Diperhatikan keadaan sekeliling bilik. Mamanya tak kelihatan di mana-mana. Mungkin masih belum pulang dari majlis anjuran kelab yang dianggotai atau temujanji bersama pelanggan. Dalam hati, dia bersyukur. Memang dia kurang selesa bertemu atau berbual dengan ibu tirinya itu. Bukan kerana benci. Mungkin kerana hubungan mereka yang tak pernah rapat.

Perlahan-lahan dihampiri katil kayu berukiran cantik, lalu duduk di kerusi yang ada di situ. Wajah tua si ayah diperhatikan dengan perasaan belas. Diusap dan dikucupnya ubun-ubun si ayah. Ayahnya bergerak lalu mata yang tadinya terpejam mula celik.

“Adly…” Panggil ayahnya perlahan.

Adly tersenyum. Diraihnya jemari ayahnya, dan didekatkannya bibir ke wajah tua itu.

“Ya, ayah…” Jawabnya perlahan.

“Lambat kamu balik hari ni…” Katanya ayahnya setelah mengerling ke arah jam di meja.

“Kawan Adly masa sekolah dulu kahwin, yah… Jumpa ramai kawan-kawan kat majlis tu tadi, leka berbual sampai tak sedar dah tengah malam!”

Ayahnya cuma sekadar mengangguk. Adly memicit-micit lengan ayahnya tanpa dipinta. Nafas ayahnya turun naik perlahan. Sesekali dia kelihatan amat payah sekali untuk berbuat demikian. Rasa sayu menggamit hati Adly. Ayah bukan lagi tokoh perniagaan yang gagah ke sana-sini seperti lima enam tahun lalu.


“Kamu dah jumpa Rabitah?” Soal ayahnya. Setiap kali menyebut nama perempuan itu, matanya akan bersinar. Seperti membayangkan kenangan indah yang pernah dilalui bersama-sama perempuan tersebut.

“Belum lagi, yah!” Adly tunduk. Tak sanggup rasanya nak menatap sepasang anak mata yang sudah pudar sinarnya tatkala mendengar jawapan darinya. Sukar benar ingin dikhabarkan pada ayahnya bahawa pencariannya selama bertahun-tahun lamanya, belum lagi menampakkan hasil yang memberangsangkan. Masih samar-samar untuk mencari seseorang yang sudah lebih 20 tahun menghilangkan diri. Dia terdengar ayahnya mengeluh berat.

“Panjang sungguh rajuknya. Tebal lagi amarahnya pada ayah. Langsung dia tak tinggalkan jejaknya untuk ayah kesan. Di mana kau, Rabitah?” Antara dengar tak dengar ayahnya menuturkan kata-kata itu. Seperti merungut sendirian dalam nada sedih gayanya.

“Sabar la, ayah… Adly janji, Adly akan cari dia sampai dapat!”

“Kamu mesti cari dia sampai dapat Adly! Sebelum ayah mati, ayah teringin sangat nak jumpa dan minta maaf dengan dia. Ayah dah banyak berdosa dengan dia…” Air mata ayahnya mengalir lagi. Seperti selalu, setiap kali ayahnya terkenangkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukannya, hati tua ayahnya akan menjadi sayu.

“Ayah, ayah jangan putus harapan… Esok lusa tentu Adly akan dapat berjumpa dengan dia. Adly dah upah penyiasat professional untuk mencari dia. Kita dah berusaha, selebihnya kita berdoa aje…” Diusap-usapnya tubuh ayahnya. Meredakan kesedihan ayahnya.

“Ye lah… Siang malam ayah berdoa dapat dipertemukan dengan dia… Ini…”

Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari laci meja. Sekeping gambar lama dihulurkan pada Adly.

“Adly ingatkan semuanya dah habis terbakar…” Lambat-lambat Adly menuturkannya. Terkejut dengan kehadiran gambar tersebut.

“Satu-satunya gambar Rabitah yang berjaya ayah selamatkan. Mungkin pencarian kamu akan lebih mudah dengan adanya gambar ni…”

Adly menatap gambar tersebut. Gambar yang diambil lebih 25 tahun lepas. Walaupun sudah kabur dan hampir hilang warna gambar tersebut, namun jelas di matanya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua-dua insan di dalamnya.

“Cantik!” Puji Adly spontan. Ayahnya tersenyum. Matanya jauh memandang ke suatu arah. Seperti sedang membayangkan sesuatu.

“Ibu kamu memang cantik. Rasanya dialah wanita yang paling cantik yang pernah ayah lihat. Tapi ayah terpikat padanya bukan kerana kecantikan semata-mata. Ayah terpikat pada ketulusan hatinya mencintai ayah dan sikapnya yang sopan-santun. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya dalam hati ayah…”

Pintu bilik dikuak kasar dari luar. Muncul wajah Jasmine, ibu tiri Adly yang kepenatan. Ayahnya segera mengisyaratkan agar gambar Rabitah disembunyikan dari pandangan ibu tirinya itu. Adly akur.

“Hah! Adly, abang… Apa yang dibualkan tu? Berbisik-bisik nampaknya! Ada rahsia yang mama tak patut tahu ke, Adly?” Tegurnya lantang.

“Tak ada apa-apa, ma! Adly dengan ayah cuma berbual kosong aje…” Dalih Adly.

Jasmine yang tengah menanggalkan barang kemas di leher sekadar tersenyum sinis.

“Tak usah nak bohong la, Adly! Mama tahu kamu dengan ayah kamu tengah merancang nak singkirkan mama dari syarikat dan rumah ni, kan? Mama tahu. Mama sedar yang mama dan Farah cuma menumpang harta-benda ayah kamu. Sampai masanya, kami akan disingkirkan. Adat menumpang la, kan…” Suara Jasmine seperti jauh hati.

“Apa yang kamu merepek ni, Jas! Abang tak pernah terfikir pun fasal benda tu semua!” Bidasnya tegas.

“Jas tak merepek, bang! Memang betul pun Jas anak-beranak ni cuma menumpang. Sapalah kami di mata abang dan Adly. Jas cuma emak tiri pada Adly. Farah pulak sekadar adik tiri Adly. Kalau ditakdirkan abang ceraikan Jas, putus la pertalian antara kita.”

“Ma, jangan cakap macam tu… Adly dan ayah sayangkan mama dan Farah. Walau apapun yang terjadi, kita tetap bersaudara. Walaupun mama dan ayah tak berkahwin, mama tetap sepupu ayah. Adly dan Farah tetap punya pertalian darah. Adly dan ayah tak pernah terfikir pun nak diskriminasi mama dan Farah dalam apa jua perkara. Buktinya, ayah bagi sepenuh kepercayaan pada mama untuk kendalikan urusan syarikat, kan...” Terang Adly bersungguh-sungguh.

“Ye la… Kalau dah itu kata kamu, kata ayah kamu, mama bersyukur kerana diberi ruang dalam keluarga ni…”

Adly menarik nafas lega. Jauh di lubuk hatinya, dia berasa tenang apabila ibu tirinya dapat menerima kata-kata yang dilafazkan tadi.

@~@~@~@~

Marina menghempaskan tas tangannya ke sofa. Kemudian mundar-mandir di sekitar ruang tamu. Seketika kemudian dia duduk pula berteleku di sofa. Air matanya tak henti-henti mengalir. Sesekali dia mengesat air mata dengan belakang tapak tangan.

Seumur hidup, inilah pertama kali dia terasa didustai dan dikhianati. Sungguh dia tak menduga bahawa Farriel tergamak menipunya. Selama ini dia benar-benar mengagumi sikap Farriel yang begitu setia dan sabar dengan kerenahnya. Dek kerana ciri-ciri tersebutlah dia tekad untuk meninggalkan kesemua teman lelakinya. Dia sudah letih mencari yang terbaik. Dia hanya mahu Farriel sahaja kini. Namun apa yang berlaku memang di luar jangkaannya.

“Sampai hati you tipu I, Farriel…!”

Puas hatinya dapat melihat perempuan yang merampas Farriel darinya. Perempuan yang mencuri status isteri dari dirinya. Walaupun idea itu dibantah sekeras-kerasnya oleh Ihsan, namun akhirnya tunduk mengalah juga Ihsan dengan permintaannya.

“I tak rasa ini idea yang bagus, Marina!”

Langkah Marina pantas dihalang oleh Ihsan.

“Mengapa tidak? I cuma nak Farriel I semula. Perempuan tu rampas Farriel dari I!”

“Tapi tindakan you nak serang majlis perkahwinan diorang tu salah! You akan malukan diorang dan diri you sendiri!”

“I dah tak peduli semua tu! I nak tengok muka perempuan tu. Farriel tu milik I! Sapa dia nak rampas Farriel dari I? Hebat sangat ke dia tu?”


Dan kerana kedegilannya la mereka nekad menyerbu ke bilik persalinan Farriel dan Adry sehingga terjadinya acara kejar-mengejar itu. Apapun, dia puas... Farriel meninggalkan Adrianna dan mengejar dirinya. Itu bermakna Farriel mencintai dirinya dan bukannya Adrianna Mayesa.

Loceng di luar pintu apartmennya menjerit nyaring. Memikirkan kemungkinan Farriel yang datang memujuknya, membuatkan Marina bergegas berlari mendapatkan tombol pintu. Sempat dia memperkemaskan diri yang tadinya kelihatan tak terurus.

“Auntie?!” Jeritnya nyaring sebaik sahaja terpandangkan wajah Mary di luar rumah.

“Hi, sweetheart! Terkejut tengok auntie?” Ujar Mary dalam senyuman.

“Of course! Auntie tak inform pun fasal flight auntie…!” Mata Marina masih terbeliak dek kerana terkejut.

“Saja nak surprisekan nak buah auntie ni! You know what, I brought you a very big ‘present’. All the way from US!”

“Ye ke? Mana dia?” Soal Marina teruja. Mary beralih ke tepi. Memberi ruang untuk Marina melihat hadiah istimewanya.

“Ryan!! You buat apa kat sini?”

@~@~@~@~

Bau itu menusuk ke hidungku sehingga menyebabkan lenaku jaga. Bau apa? Bau masin. Bukan ikan masin. Beserta dengan bau itu, kedengaran bunyi deburan air. Eh, kat mana aku ni? Mataku buka luas-luas. Di hadapanku, terbentang luas pemandangan di tepi pantai. Walau dengan cahaya yang cukup terhad; cuma diterangi langit yang agak cerah, bulan, bintang serta lampu yag terdapat di laluan pejalan kaki; pemandangan di hadapanku ini sangat mempesonakan deria penglihatan.

Pemandangan yang indah dan menenangkan minda. Deburan pantai setiap dua hingga tiga saat. Bayu pantai yang menyapa lembut di tubuh. Aku sedut udara itu dalam-dalam. Aku pejam mata. Merakam rasa, bau dan bunyi itu dalam kotak memori. Serta-merta marahku terhadap Farriel yang ‘melarikan’ aku, lenyap. Rasa girang dengan apa yang disogokkan di hadapanku kini telah membawa pergi rasa marah, benci, dan segala rasa tadi. Tanpa sedar, aku mengukir senyuman.

“Iz… Cantik kan…” Mata yang terpejam aku buka seraya menoleh ke sisi. Tak ada? Mana dia pergi? Dia tinggalkan aku… sorang-sorang kat sini? Dengan pintu tak berkunci. Dengan tingkap yang diturunkan seluas-luasnya. Dia tak takut aku kena culik ke? Oh, lupa! Dia mana kisah apa jadi kat aku pun!

Jam tangan Farriel atas dashboard aku ambil. Pukul 4.30 pagi. Kat tepi pantai. Sorang-sorang. Angin dari Laut China Selatan yang bertiup menegakkan bulu romaku. Serta-merta datang rasa takutku. Teringat cerita-cerita seram yang pernah aku tonton dan dengar dari kawan-kawan.

Entah-entah si Farriel ni dah kena culik tak? Tak pun kena telan dek penunggu laut? Andaian buruk yang menjelma dalam kepala membuatkan aku tak senang duduk. Layah dan tiara aku tanggalkan dari kepala. Pintu segera ku buka.

“Iz! Izumi! Farriel Izumi! Kau kat mana?” Jeritku. Berpusing-pusing aku di sekitar kawasan itu. Tiada jawapan. Dirinya juga langsung tak kelihatan. Memikirkan harapanku tipis untuk bertemu Farriel sekali lagi membuatkan air mata mula merembes di pipi.

‘Iz, kau kat mana? Aku memang benci kau. Aku memang marah pada kau. Sebab kau bodoh! Sebab kau pilih Marina gedik tu berbanding aku. Sebab kau buta, langsung tak nampak cinta aku. Tapi… Aku tak nak kau mati kena telan dek penunggu laut. Aku lebih rela lepaskan kau pada Marina…’

“Iz! Iz, kau dengar tak aku panggil ni? Kalau dengar, jawab panggilan aku!”

Tiada jawapan. Hanya ombak pantai yang menyahut panggilanku. Aku terduduk di situ. Air mata kian lebat menuruni pipi. Dengan pandangan yang dikaburi dek air mata, tebarkan pandangan ke segenap sudut pandang. Masih berharap adanya keajaiban.

Nun di sana, aku terlihat kelibat sesuatu yang sedang terbongkok-bongkok di pasir pantai.

‘Entah-entah, itu penunggu laut yang makan Izumi aku. Nanti kau! Aku akan ajar kau cukup-cukup!’

Sebatang kayu yang ada di bawah sepohon pokok, aku capai. Dengan rasa takut bercampur berani, aku hampiri kelibat tersebut. Tangan dah sedia untuk menghayun kayu.

“Iz…?!” Kayu aku turunkan. Aku urut dada perlahan-lahan. Rasa lega segera bertamu di hati. Kayu aku campak ke tepi. Air mata aku kesat. Muka kuraup perlahan.

Farriel angkat muka. Badan yang membongkok, ditegakkannya. Kot sudah tersidai di dahan pokok. Di hadapannya, setimbun pasir pantai dan barang mainan kanak-kanak yang mungkin tertinggal di situ. Aku tertanya-tanya sendirian. Apa yang cuba dilakukannya ni?

Farriel lempar senyuman padaku. Wajahnya tidak setegang tadi lagi.

“Jom buat sand castle!”

Aku hanya mampu ternganga… Yang pelik-pelik betul si Tengku Farriel Izumi ni!

@~@~@~@~

“Mana boleh buat pintu gerbang kat situ! Pintu masuk ni pun kena ubah!” Aku capai penyodok. Nak meruntuhkan pintu gerbang istana pasir yang baru siap dibina oleh Farriel sebentar tadi.

“Apasal tak boleh pulak? Boleh aje! Ini istana pasir aku. Dan aku arkiteknya, okey!” Bidasnya tegas. Penyodok mainan itu dirampasnya dariku.

“Aik! Aku yang susah-payah kaut pasir dari sana, korek tingkap istana, siap hias istana ni lagi, tak kan kau aje yang dapat nama? Mana aci!” Bantahku. Lengan baju pengantin dah berlipat hingga ke siku, aku naikkan lagi selagi boleh.

“Aci tak meenachi! Mana ada bangunan letak nama buruh kat plat emas. Nama arkitek, orang yang sponsor dan yang rasmikan adalah!” Farriel memberi alasan. Pintu gerbangnya diperkemaskan ‘ukiran’nya dengan jari telunjuk kiri.

Aku siku Farriel sekuat hati. Terduduk dia seketika. Mengaduh sakit. Anak manja!

“Ahh! Aku tak kira! Kau kena ubah juga kedudukan pintu masuk nih! Tak sesuai. Mana boleh mengadap laut! Nanti asal angin tiup aje, pasir masuk dalam istana…” Protesku. Jari telunjuk aku sentuh ke binaan pintu gerbang istana. Menolak dengan jari untuk meruntuhkan binaan tersebut.

Farriel tepuk kuat tanganku. Cepat aku bawa tangan rapat ke dada. Sakit la, ngok!

“Lantak la pasir nak masuk ke, ikan nak terbang landing cantek atas menara istana ke… Ikut perkiraan aku sebagai ‘arkitek’ yang arif soal selok-belok pembinaan istana, pintu masuk wajar diletakkan kat sini. Biar senang orang nampak…”

“Aku tak setuju!”

“Peduli apa aku kalau kau tak setuju sekalipun!”

“Kau mesti la ambil kira cadangan aku sebab aku pun ada hak atas istana ni!”

“AD, cuba dengar cakap aku nih! Aku ni lelaki. Kau perempuan. Lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. So, kau kenalah dengar cakap aku!”

“Ahh! Ada aku kisah?! Yang salah tetap salah! Tukar!”

“Tak nak tukar!”

“Tukar!”

“Dengar cakap aku, AD!”

“Apa hal pulak aku kena dengar cakap kau?! Asyik dengar cakap kau aje. Mana aci! Diktator…”

Farriel letak tangan di kedua-dua belah bahuku. Sepantas kilat tangannya menarik tubuhku ke arahnya dan… Cupp! Bibirnya melekat di bibirku.

“Sebab aku cintakan kau!!!”

56 comments:

Anonymous said...

sweetnye part kat pantai 2!!!dah nak hbs ke cte nie?bestnye akhrnye ngaku gak iz cntakan ad...adly 2 mesti abg ad kan?

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

yea!!! iz da ckp die cinta kan ad...
hrap2 ad ngaku la jgk...
n bia dorg bahgia...
mntk2 la ad tu adk adly bru la tg faris ley time kot coz sme2 kaye...
marina ko amk jer la ryan tu..
xyh nk nyibok ngn iz...

Anonymous said...

skit ati tul ngan marina
tpi pe2 pun kat pantai 2
sweeettttttt sgt
cpt2 smbg ea

Anonymous said...

wah..Iz dh luahkn prsaan dia kt Ad le...best2...
hope lps nie Iz x tgoda dgn pjuk rayu Marina.x suke ar Marina 2..lps Iz dh hnsem baru dia bia2 klw x cm hmpeh..
cpt2 smbng x sbr nk tau citer lps nie..

nailofargurlz said...

n3 nieh besh..iz dah ngaku cintakan ad..hehehe..sweet.

nad said...

ahhhhhh tidak tidak....
so romantic.... n sweet...
aku plak yg teruja ... cm nk jd ad rase nye....hehehehhehe
nak lagi nak lagi....

Anonymous said...

OMG....
so romantic...
huahuahua....
nice....
^ara-sha^

Anonymous said...

wa...."sbb ak cintakan kau"..so sweet ma...ak ske...haha

~ak ske sgt~

Anonymous said...

sweetnya.....at last mengaku juga iz suka kat AD.
msti rabitah mak AD then adly abg AD kn?
blah lah marina tu. ambik ryan ko yg dah blik tu...

Tun Teja said...

Wah! Bestnya! Iz dah cakap dengan Ad yang dia cintakan Ad. Bagus, bagus. Teruskan Eury, bagaimana pula dengan Ihsan? Marina? Keluarga tiri Ad? Tengku Faris dan penyiasatan serta maklumat yang diperolehnya? Apa jadi dengan Ad dan Iz setelah perkahwinan kontraknya diketahui oleh Tengku Faris? Tentunya masalah akan menjadi lebih berat apabila Ad dan Iz saling mencintai kini. Tak sabar nak tunggu post seterusnya. :)

Tun Teja said...

Oh ya, siapa Adly dengan Ad? Ad anak orang kaya ke sebenarnya? Kalau macam tu, mesti nanti Tengku Faris malu kerana memandang rendah pada Ad. Tak sabar ni :)

Anonymous said...

Wah!!!....Best ssangat!!
i luv u lh eury..
Muah! Muah!!

Anonymous said...

Yes!!! Akhirnyer....
Tahniah Izumi ahirnyer ko ckp jgk...msti Adry terkejut giler...kah kah kah..

-manja.lara87-

tzaraz said...

yippie!!! iz dah confess...

yasmin said...

wa..bestnyer..izumi ngaku gak akhirnya.mesti adly n ad adik beradik...huhuhu x sabarnya

DianaTakyuddin said...

yea!!!akhirnyer izumi bgtau gak...hihi
so, apakah yg akn terjadi psni???
x sbr nk tgu next n3...hihi

Mrs. Jojie said...

hehe...best2....tak sbr nak tau ending cite ni..

nursya said...

wah...
akhirnya iz ngaku gak dia suka kat ad...
hahaha...
romantik sggh wat luahan prasaan kat tepi pantai...
nti leh citer kat ank cucu kan...
wakakaka...
ad ngn adly tu adik beradik kan...
hai bila la dorg nk tau...

waniey said...

alah so sweet!!!bgus2 fariel dh luah prasaan..xlh si ad 2 ragu2 lg....
ahhh x sbar nk tgu smbngan....

Bulanhijau said...

yay!!

akhirnya izumi tu ngaku jugak.
comei je part dekat beach tu.

smbg2

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeee...
marina,,amek ryan je la..
huhu..

arap2 la scene kat pantai tuh bkn mimpi..nk kenyataan..
huhu..comey2 je..gado2 mnje..
hihi...ske2.
smbung2...

Anonymous said...

best2 best best!!!!

love u eury!!!!

pe kaitan adly dgn ad???

pe reaksi ad pas iz wat pengakuan???

aaaa tak sabarnya....


rasanya pg tadi on gambar kartun ni dah istana pasir lak....

keep it up!!!!

Anonymous said...

heeeeeeeeeeeeeeee iz dah confessed! ni yg aku excited lebih ni xD
eh apa jd dgn keluarga tiri ad? adly tu abg ad ke? tengku faris ni apa maslaah dia? dah kaya tu, nak lg kaya plak. ihsan tu blah ah, jgn kacau ad & iz dah
marina pass kat ryan je. haha

Anonymous said...

and oh lg brapa episode till final?

nemo kaler oren said...

pergh..
bejaya gak iz luahkn..
bn susah pn
ego je lebih
cpt2 smbung..
x sbr nk tgu ni..

Anonymous said...

cepat2 sambung..best!!!!!!

dyll said...

YES!!
after all this while Iz confessed gak kat ad.. ni yg dinanti-nantikan selama ni.
skang ni nk tau ape reaksi ad plak.. arap2 dia confessed gak yg dia pun suke kat iz..
huhu.. x sabanye nk tunggu next n3.. cpt sambung eury!!

ha-ra said...

YES!!!!
iz da ngaku...
da lari dri org...duk kt tpi pntai...
kra honeymoon trus la...hahahha

msti adly n ad adk brdik kan???

yusni said...

sweetnye.......
romantik sgt...
x saba nk tggu next n3..
cayalah iz..huhu
suke2...

una said...

hohohoo~...
good iz...
jgn ad nafikan pilak sudah...

LiNa said...

dh lafazkan cinta..
sambung lagi yer..

Sha said...

whoaa...sweeetttnye..
suke part kt pntai 2..hee
akhrnye iz ngaku gk de cnta kn ad..
lega rs ati iz dh lfzkh kalimah 2..
suke3...msty ad tergamam hbs r..
ahakzzzzz...
smbg lg eury...
xsbr nk tau ksdhn nye..
rs cm dh nk ending kan??...

Anonymous said...

yea!11 cepat2.. xsbr2 nk tau apakah reaksi ad.. mesti dia hepy giler.. kptsn yg bijak iz... hehhe.. -nurul-

Anonymous said...

hahaha...
suka part last dia!

Anonymous said...

akUh sKe!!!!..
bLe cTer ny nK aBes eKk..???
aKu da GiaN nK tWu endIng nY!!..
hheehhee...
lloVe u Iz...
hOpe tO finD suM1 liKe u iN rEaL woRld..
-uDa-

war_niey said...

best la epi nie....
bl ad nak tau adly abg dia???

team85 said...

huk3....shooooo romantaik...eh romantik...i lurve it

azzakiah said...

aaaa.. sweetnye!!!!!
da la kat tepi pantai..
haha.. siap kene kiss n ngaku cintakan ad..
comel2...

cpt2 sambung k..

Anonymous said...

eury eury eury

cepat sambung tak tahan jantung ni rasa cam nak pecah tgu n3 baru

MaY_LiN said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
histeria jap..
yeay..yeay..
cinta..cinta..
adly msti abg ad

Anonymous said...

bestnya bace part..
"sebab aku cintakan kau!!!"
hehe

kecomelan menyerlah said...

xsuka bila iz nmpk cam pura2..
kt mjlis tu kata dia cintakan marina, NOT adry..

geramnya aku kt iz ni..gram!!!

mcm la adry tu pekak xde telinga..aku yg baca ni pun berangin lima nam ploh badan, klu aku jd adry tu xtau la..ish3...

Anonymous said...

wah besh nya part neh ..
ada part tepi pantai
gado gado manja ..
chomel sgt sgt
i'm lurvin' it ..
yea yea iz da cakap dia cintakan ad.
x sabar tunggu ad+iz 20 ..
marina ko g la kat ryan ko
jgn kacau ad iz agie taw ..
-aryzaidi-

Darthzcy said...

arrrr!!!! (jerit kuat2)
besttttt!!!
Sweet sesangatttt!!!
Jap2, adly tu sape? Hipotesis saye mengatakan mesti dea tu ade pe2 hubungan ngn ad. Cepat sambung. Xsaba nak tau pe cite pas ni. Go go Cik Eury!

Anonymous said...

sweetny crita ni....
tiap2 hari aku tggu crita baru....
harap2 ad ngan iz bersama.....

farah fazrin said...

waaaa....best2.hrp2 2 bkn mmp ad je..waa best2.. :)

qyqa said...

we eury...
bes lor...
suka sgt..
sweet..
qyqa pasan yg eury dah ubah cara tulisan eurylah..
dah guna kau..
kalu tak dulu ko..
qyqa rasa lagi bes skrg,cam baca novel yg da kat pasaran ler..
pape pun best tahap cipan!!

p/s:baper ek umo eury...he3

Anonymous said...

bestnya ceta nie...

Anonymous said...

cpt ler smbungnyer..
xsbr nie...
syiok...huhu
besh3 cter nie..

mirae said...

sambung.. sambung.. da x sabar nih.. farriel ni mmg bagus tol la.. akhirnye die sedar gak yg die suke Adrianna tuh..

nbm5471 said...

salam...harap bersabar & bertenang di atas kelewatan part 20. eury demam skarang, die tak brp sehat.
harap anda semua bersabar dan doakan eury cepat sembuh ok!

terima kasih...

farah fazrin said...

cik eury..new entry plz..plz..plz...

~insansukabacacerpen~ said...

mna smbungan citer neh..pnat aku tunggu..tiap2 ari aku bukak blog ni tau..next plsss..x sabo nk bace..

Anonymous said...

lmbt lg kw n3 baru??
lama dh tggu ni..huhuu

Anonymous said...

awat lmbt sgt n3 baru...ari2 buka eury pnya blog..tercri2 ad+iz tau..

nella said...

best arr citer nie...lambat agi ke nak abis?

Followers