Showing posts with label Katakan Dengan Indah. Show all posts
Showing posts with label Katakan Dengan Indah. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Katakan Dengan Indah Part 9



The thing that I forget... Should it be forgotten?

Kek keju yang dihidangkan oleh Mak Azah aku cuit dan aku suap ke mulut. Sejenak kemudian aku berhenti mengunyah. Ada sesuatu yang mengganggu benakku.

“Mak Azah...” Panggilku.

“Ya?” Mak Azah memandangku. Menanti ayat seterusnya dariku.

“Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa saya dimasukkan ke hospital? Macam mana... Kenapa...?” Terlalu banyak yang ingin aku tanyakan namun aku sendiri tidak jelas apa yang patut aku tanyakan atau apa yang ingin aku tahu. Kepala mula terasa berat dan sakit.

“Reen tak ingat?”

Kepala segera aku gelengkan. Perkara terakhir yang aku ingat... Di bilik pengetua. Tubuhku basah lencun dek air baja tahi lembu. Lapan orang budak. Kelab Petani Muda. Nerd. Pengetua. Cikgu Sufian. Community service.

Lepas itu... Aku balik rumah, kan? Dah aku basah lencun, dah tentu aku balik rumah. Kena mandi. Tukar baju. Lepas tu...

“Argh...!” Hujung jari segera mencari ubun-ubun kepala. Mata aku pejamkan. Menahan sakit kepala yang tanpa diundang datangnya.

“Reen! Kamu okey ke?”

Aku segera mengangguk. Aku kembali menyelongkar laci ingatan. Kosong. Tiada apa di situ. Hampa.

Entah apa yang jadi selepas itu. Yang aku tahu, sedar-sedar aje dari tidur, aku dah berada di hospital. Mak Azah menangis dan memeluk aku erat. Seolah-olah aku baru selamat dari bahaya. Mama pula tampar aku dan bagi amaran supaya aku tak mengulangi perbuatan bodoh aku.

Perbuatan bodoh iaitu... ????

Aku betul-betul tak tahu apa yang terjadi. Badan aku lemah dan sakit-sakit. Pergelangan tanganku berbalut. Aku perasan ada dua liang garisan luka di situ; seinci dari tempat aku mengenakan jam. Aku terpaksa makan ubat mengikut masa yang ditetapkan. Menjalani sesi kaunseling.

Jap!

Ada sesuatu yang disebut oleh kaunselor tersebut. Jururawat-jururawat di situ juga berbisik dan menyebut perkara yang sama di belakangku.

Cubaan bunuh diri. Bunuh diri...

Itu ke yang cuba aku buat?

Belakang tubuhku terasa diusap.

“Reen, perkara yang dah lepas tu biarkan aje berlalu. Mungkin ada hikmahnya kamu lupa. Dah tak payah ingat lagi. Masa yang dah berlalu kalau nak dikenang pun tak guna sebab tak apa yang boleh kita ubah. Masa yang kamu ada sekarang dan masa depan la yang penting dan perlu kamu fikirkan supaya kamu tak menyesal di kemudian hari. ”

“Mungkin...” Balasku sekadar mengambil hatinya.

Mak Azah tersenyum dan mula bercerita tentang kek keju buatannya. Beralih pula pada petua-petua untuk membuat kek yang lazat. Cerita tentang arnab peliharaan kami yang baru beranak. Fasal harga barang yang dah naik. Fasal ekonomi negara yang tak menentu. Tak mustahil cerita tentang pendudukan Jepun di tanah Melayu atau cerita Perang Dunia akan diulas dari perspektifnya jika dia berpeluang untuk duduk lebih lama di taman mini ini bersamaku. Aku tahu, sebenarnya Mak Azah ingin mengalih tumpuanku dari terus mengingati perkara yang aku lepa pada hari tersebut.

Betul-betul tak apa ke kalau aku tak ingat?

“Awak betul-betul tak ingat, ek?”

Wajah sedih budak lelaki berbaju pink itu menghiasi layar pandanganku.

“Sedihnya...”

Kenapa dia sedih?

Apa sebenarnya yang aku lupa?

Adakah aku terlupa sesuatu yang penting?

Sesuatu seperti...

Apa...?

@~@~@~@~

Pandangan dilemparkan ke hadapan. Merentasi bangunan pencakar langit yang menjadi sebutan satu dunia. Melepasi bangunan-banguna perniagaan. Melewati rumah-rumah kediaman yang pebagai jenis untuk semua golongan masyarakat. Dari beranda rumahnya, dia sepatutnya bisa melihat semuanya itu. Namun yang ada dalam fikirannya hanya seraut wajah. Dan mengingati seraut wajah itu menimbulkan kebimbangan di hatinya.

Tangan kiri diangkat separas mata. Lama matanya memandang ke situ. Ada warna merah dan kuning bercorak pada kain kasa. Rasa nyeri terasa menggigit tatkala tangan digerakkan. Namun sakit yang mencubit hati lebih terasa pedihnya.

“Kenapa dia tak ingat?”

Diam. Tiada sesiapa yang menjawab soalannya. Hatta suara hatinya juga membisu.

“Betul-betul tak ingat?”

Dia mengeluh berat. Lalu kepalanya mula menimbang-nimbang buruk baik perkara yang berlaku.

Mungkin lebih baik dia tak ingat. Start all over again. Mula balik di mana masanya terhenti. Supaya luka yang sudah mula menjadi parut tak berdarah kembali. Apa gunanya pun mengingati perkara yang buat kita sedih dan terasa nak mati?

Tetapi...

Kalau dia lupa... Aku...? Macam mana dengan aku? Bukankah aku hadir dalam masa-masanya yang ‘hilang’ itu? Aku akan dilupakan jua, kah?

Argh! Kusutnya fikiran!!

“Abang! Mak panggil makan!” Suara nyaring kedengaran.

“Kejap lagi!” Jawabnya.

Kepala disandarkan ke dinding. Mata di pejam rapat-rapat. Bunyi kenderaan atas aspal menjadi muzik latar tika itu.

“Abang!” Suara nyaring itu kedengaran lagi. Mulut dibuka. Mahu memarahi si adik yang tidak memahami kehendaknya.

“Mak...” Suara lirih si adik memadamkan amarah yang bertamu.

Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.

“Mak?!”

@~@~@~@~

“Aku dah jumpa tempat yang sesuai untuk kita bercuti!” Umum Tok Tok.

Loceng menandakan kelas pertama dah bermula sudah lama berbunyi. Tetapi kami masih berjalan dalam keadaan santai menuju ke kelas.

“Mana?” Soal Donna teruja.

“Genting.”

“Hek eleh! Bosannya! Cuba pergi Paris ke New York ke.”

“Kalau papa kau nak support kita orang, kita orang follow aje.” Hentam Tok Tok.

Donna mencemik. Semua orang tahu papa Donna pemurah dengan anak kesayangannya aje. Dengan orang lain papa Donna boleh disamakan dengan Haji Bakhil.

“Tempat lain tak ada?” Anna pula menyoal.

“Karambunai. Borneo ke. Tak payah pergi jauh-jauh. Malaysia ni pun kita tak abis round lagi. Kan, Reen?” Lian pandang aku. Tiga pasang mata lagi mengikut jejak langkahnya.

“Hmm...”

“Kau masih fikir fasal budak tu ke?” Soal Lian.

“Budak mana?” Tok Tok besarkan mata.

“Pinky-boy.” Jawab Anna.

“Wujud ke budak tu kat sekolah ni? Entah-entah budak dari sekolah lain. Datang sini menyamar dan curi barang. Mana la tahu, kan?”

“Aku tak rasa macam tu.” Mp3 aku keluarkan dari poket. Earphone aku sumbatkan ke telinga.

“Eh, ini mp3 kau yang budak misteri tu rampas, kan?”

Aku berhenti melangkah sebaik sahaja melintasi blok D.

Orang kata sekali kita dah bertemu dengan seseorang itu, kita akan bertemu dengannya lagi. Dan lagi. Nun di gelanggang bola keranjang bersebelahan dengan blok D, mataku dengan pantas menangkap kelibat budak lelaki berkemeja pink itu.

Donna, Anna, Lian dan Tok Tok berlaga sesama sendiri demi mengelak dari melanggar aku yang berada di hadapan mereka. Masing-masing merungut. Geram dengan tindakanku yang luar jangkaan mereka.

“Erk...! Budak lelaki berkemeja pink.” Kata Donna sebaik sahaja sedar ke mana perhatianku terarah.

“Aku dah kata budak tu wujud. Dia budak sekolah ni, kan?”

“Nampaknya dia ada masalah.” Ayat yang keluar dari mulut Anna kedengaran senada sahaja.

Budak lelaki itu berwajah masam. Cikgu Zakaria, guru disiplin sekolah bersuara nyaring memarahinya. Aku lihat Cikgu Zakaria menarik rambut budak lelaki itu yang panjang. Sesekali rotan di tangan digoyangkan ketika berkata-kata.

“Rambut panjang, berwarna pula tu! Kamu fikir kamu artis? Macam ni ke nak jadi tauladan pelajar? Saya tak tahu la macam mana kamu boleh dipilih jadi pengawas!”

Oh, isu rambut rupanya...

Seperti tahu dia sedang diperhatikan, budak lelaki itu menoleh ke kiri. Sebaik sahaja terpandang akan aku, dia tersenyum lantas melambaikan tangannya.

Erk, biar benar?

The Girls senyap di belakangku. Perhatian Cikgu Zakaria teralih pada aku dan The Girls yang lain.

“Aku rasa lebih baik kita blah cepat sebelum Cikgu Zakaria jadikan ita target dia pulak!” Aku dengar suara Lian. Aku juga dengar derap kaki mereka berlalu.

“Reen, buat apa lagi tu? Jom masuk kelas!” Tanganku terasa ditarik namun aku masih tak berganjak dari situ. Bukan aku tak mahu cuma aku tak boleh bergerak aje. Akhirnya aku tinggal sendirian di situ.

Cikgu Zakaria melangkah ke arahku dengan wajah bengis.

“Siapa benarkan kamu bawa mp3 ke sekolah?”

Earphone ditarik kasar dari telinga. Mp3 direntap dari tanganku. Matanya merenung tepat ke mataku.

“Qaireen Hafiya, ni bukan sekolah bapak awak jadi tolong jangan buat peraturan sendiri. Faham?! Benda ni saya terpaksa rampas.”

“Cikgu, bukan cikgu tengah marah saya ke tadi?”

Entah bila kalanya pinky-boy sudah berada di antara aku dan Cikgu Zakaria. Cikgu Zakaria mengalih pandangannya.

“Cikgu, kalau cikgu marah saya, cikgu boleh marah saya saja. Tak payah libatkan orang lain.”

Oit, dia ni memang sengaja nak buat cikgu ni marah ke?

Aku dapat rasakan kemarahan Cikgu Zakaria naik setakuk lagi. Dia mengeluarkan gunting dari poketnya dan...

Sapp...

Helaian rambut pinky-boy jatuh satu-persatu ke simen. Cikgu Zakaria mendengus sebelum berlalu pergi.

“Dah kena rampas...” Katanya perlahan. Tangan kanannya meraba kepalanya. Ditegakkan rambut depannya dengan kedua-dua tapak tangan. Seketika kemudian diratakan pula. Rambutnya yang dipotong pendek kelihatan lucu memandangkan ia tidak dipotong sama panjang.

“Hampeh punya orang tua! Tak fasal-fasal kena pergi kedai gunting... Alter balik.” Dia bersungut perlahan namun kedengaran jelas di telingaku.

Matanya mencari mataku. Dia tersenyum.

“Hai! Awal datang hari ni.”

Aku diam. Cara dia tegur aku seolah-olah kami sudah biasa bertegur-sapa.

“Dah breakfast?” Soalnya.

Terkebil-kebil mataku memandangnya. Kenapa aku masih berdiri di sini? Aku tak perlu berada di sini, kan? Aku mengulum senyum lagi bila terpandang gaya rambutnya yang baru.

“Tadi sarapan makan apa? Nasi goreng kampung? Bukan, bukan. Hurm, hari ni hari Rabu jadi sepatutnya makan roti bakar dengan mentega, kan?”

Aku tersentak. Macam mana dia tahu menu sarapan aku?

“Ada masalah dengan pembakar roti lagi ke? Kalau nak selamat, laraskan antara nombor 1 dan 2. Awak akan dapat roti bakar mengikut citarasa awak.”

Yang itu pun dia tahu?

“Mana kau tahu?” Soalku tak percaya.

Wajahnya berubah.

“Kau?” Soalnya kembali. Wajah dipalingkan ke sisi. Ada ‘rasa’ yang cuba disembunyikan dariku.

“Mana kau tahu?” Ulangku.

“Awak beritahu...” Jawabnya ringkas. Masih enggan menukar kata ganti diri yang digunakannya.

Dahiku berkerut. Bila masa pulak? Aku mula rasa tidak selesa berada di sisinya.

“Nak pergi mana?” Soalnya bila aku mula melangkah.

“Masuk kelas!” Jawabku keras.

“Kelas pertama kelas Sejarah. Kelas Cik Hafizah. Awakkan tak suka cikgu yang awak gelar Cikgu Kuntilanak tu?”

Aku berpaling.

“Okey! Cukup! Aku tak tahu siapa kau, dari mana kau datang atau apa yang kau nak dari aku. Tapi aku betul-betul rasa tak selesa dengan kau!”

“Ye ke?”

Aku berhenti lagi.

“Satu lagi, jangan ikut aku!”

Pinky-boy angkat kedua-dua belah tangan dan berhenti melangkah.

“Jumpa petang nanti!” Jeritannya sayup-sayup kedengaran.


*** Saya-Awak bunyinya sangat sopan... dan kedengaran ‘jauh’... korang setuju?

Saturday, October 8, 2011

Katakan Dengan Indah Part 8


Pinky Boy


“Pengawas?”

“Blue, blue-black.” Tok Tok menjawab dengan mulut yang penuh dengan daging burger. Pembungkus burger direnyuk dan dicampak ke tong sampah. Jajan dalam bungkusan biru oren dikoyak sebelum disumbat masuk ke dalam mulut. Kejap lagi heboh la dia mencari penimbang!

“Librarian?” Chewing gum sudah menjadi belon di mulut Donna.

“Ungu. Hitam.”

Popp! Belon chewing gum pecah. Nafas hampa aku hembus keluar.

“Budak bilik media?”

“Kuning. Hitam.”

Lian meniup anak rambut. Majalah di tangan ditatap kembali.

“Budak Koperasi?”

“Hijau. Hitam.”

Anna menjeling bila mendengar dengusanku.

“PRS?”

“Coklat. Hitam.”

“Hish...! Budak tu datang dari mana?”

Empat pasang kening terangkat. Empat pasang mata melekat di mukaku. Menagih jawapan.

“Kau cari siapa sebenarnya?”

“Tak sesiapa.”

“Tipu. Empat suara berirama bertanya.

“Okey. Masa aku datang sekolah, ada budak tegur aku kat pintu masuk. Budak ni pakai baju kemeja pink, which like... yearkh... to me...”

“Pink?”

“Haah. Ada kot maroon. Seluar putih.”

“Sekolah kita tak ada seragam macam tu.”

Tok Tok mengangguk macam burung belatuk.

“Aku ingat dia pengawas!”

“Reen, dah masuk dua tahun kat sini, tak akan kau tak perasan lagi seragam biru polis sekolah?”

Lian buat muka. Muka terkejut. Macam aku ni ignorant sangat. Sampai tak tahu benda-benda simple macam tu.

“Masalahnya dia jaga pintu pagar pagi tadi. Rampas barang aku. Jadi aku dia pengawas la. Mana tahu, seminggu aku tak ke sekolah, sekolah ni dah tukar baju seragam pengawas.” Aku cuba membela diri sendiri.

“Apa yang kena ambil?”

“Handphone. Mp3.”

“Beli aje yang baru.” Aku ‘bo layan’ aje dengan cadangan Donna. Untuk orang yang kuat shopping dan barang sentiasa up-to-date macam Donna, handphone dan mp3 aku tu dah jatuh hukum jadi tukun ikan koi kat rumah dia aje.

“Lupakan fasal budak yang entah wujud entah kan tidak tu. Sekarang aku nak tanya kau. Apasal tak ‘roger-roger’ pun beritahu nak pergi melancong? Cepat lupa kawan la kau ni, Reen! Sebab tu la kau kena gastrik. Kena tulah aku!” Sungut Tok Tok.

Aku tergelak. Kelakar dengar ayat terakhir Tok Tok. Bila pulak dia jadi anak raja berdaulat.

“Ala... Setakat Bali tu apa sangat la kat korang, kan? Dekat sangat. Tak panas punggung lagi dah kena turun kapal terbang. Malas la aku nak ajak. Lagipun ni family holiday.” Aku mencipta skrip dalam drama yang dicipta oleh mama. Kawan-kawan., maaf la...

“Bali? Eh, Lian! Hari tu kau telefon Mak Azah kata si Reen ni pergi Australia, kan? Kita siap melompat-lompat macam kanggaru lagi bila dengar.”

“Haah la. Australia.” Lian menjawab soalan Tok Tok.

Alamak... Kantoi! Padan muka. Menipu lagi. menipu tanpa ilmu pulak tu. Kan dah kena.

“Ke masa tu penyakit sound trouble kau dah muncul?” Tuduh Donna.

“Woi! Telinga aku ni selalu sound-check tau!” Marah Lian.

“Reen, yang mana yang betul sebenarnya ni?”

Aku berdoa perbualan ni tergantung sampai sini aje. Untuk orang yang biasa menipu, sukar untuk diriku menangani situasi ni. Sesuatu terasa merayap dia pergelangan tanganku.

“Apa ni, Reen?” Anna bertanya. Belum sempat mengelak, Anna sudah menyelak lengan baju kurung putihku. Bandage di pergelangan tangan mencuri tumpuan semua.

“Aku... Tangan aku kena pisau masa nak potong... err... lobak.” Bohong. Lagi.

“Sejak bila jadi arnab ni?”

“Aku nak buat jus la! Kan baik untuk kulit... er... mata...” Hentam saja labu...

“Orang gaji bayar beribu. Suruh la diorang buat.”

“Saja test skill.”

“Banyak la kau punya skill. Lain kali minum, makan lobak banyak-banyak biar mata kau cerah, okey? Lobak dengan tangan pun kau tak dapat nak bezakan. Memang kes naya!”

Yang lain sudah termakan cerita dongengku. Anna masih bermuka blur. Tapi aku kira situasi ini sudah selamat. Asalkan Lian, Donna dan Tok Tok percaya, pembohonganku akan jadi baik dan sempurna. Anna tak banyak bunyi dan komen macam tiga orang yang lain tu. Menerima bila diberi. Memberi bila diminta.

Sikap Anna yang pendiam itu agak misteri bagiku. Aku tak kisah kalau Anna lebih selesa berkongsi cerita-cerita peribadinya dengan Lian berbanding aku. Tok Tok pula selalu meluahkan masalah pemakanannya pada Donna. Minat membeli-belah Donna pula dikongsi bersama Lian. Masing-masing ada teman yang boleh dipilih untuk meluahkan rasa hati. Hanya aku yang masih belum mampu membuka pekung di dadaku pada sesiapa antara mereka. Mungkin aku masih belum bersedia untuk mendedahkan sisi gelapku pada sesiapa walaupun aku tahu kehidupan mereka juga tak sempurna seperti aku. Walaupun aku tahu mereka boleh menerima aku dengan seadanya aku.

“Mesti sakit, kan?” Suara halus Anna menghapuskan lamunanku.

“Agak sakit la. Tapi mana boleh lawan sakit rindu aku pada korang semua!” Selorohku.

Mereka bersorak gembira dan memelukku.

“Lain kali angkut kita orang ke mana pun kau nak pergi, okey?”

“Wei, jom pergi bercuti! Berlima aje. Tak kisah la mana-mana pun.”

“Kalau nak rasa ‘dicutikan’ dari sekolah untuk seumur hidup, jom la!” Sindir Lian.

“Cuti sekolah kan ada!”

“Aku nak mula survey tempat la!”

Ada kawan-kawan sebegini membuatkan zaman remajaku terasa singkat.

@~@~@~@~

“Dengar kata ada orang cari kau?”

Sebelah mata dicelikkan. Kedudukan badan diperbetulkan. Masih berbaring, hanya menoleh ke sisi untuk melihat rakannya itu.

“Siapa yang bercakap?”

“Hampir seluruh sekolah.”

“Siapa yang mencari?”

“Miss Q.”

Keningnya terangkat.

“Alah... Buat-buat tak tahu pulak.”

Sesaat kemudian bibirnya melarik senyuman.

“Owh... Dia...”

Mata dipejamkan semula.

“Apa yang kau dah buat dengan budak tu, ha? Heboh dia mencari kau. Jangan sampai bala tentera dia yang empat orang tu heret kau melutut depan dia, sudah la.”

“Dia tak seteruk tu... Aku rasa la...”

“Group diorang tu memang semacam sikit. Anak-anak orang kaya yang manja. Rasa dunia ni diorang yang punya. Mereka ada peraturan mereka sendiri dan hanya akur pada peraturan itu aje. Memang salah la Miss Q join diorang.”

Badan ditegakkan. Duduk sambil mendongak. Memandang wajah rakannya itu. sejak datang di sekolah itu, itulah seorang rakan yang serasi dengan dirinya. Rakan yang tak mendesak dan sibuk bertanya itu ini tentang dirinya. Teman yang mendengar ketika dia bercakap. Teman yang mampu buat dia mendengar kata-katanya. Lantas sahabat yang satu itu amat-amat dihargainya.

“Ijal, aku ada teori...”

“Okey, okey! Aku letih dah dengar teori kau. Aku cuma nak beritahu kau yang kau dah ‘cipta’ musuh untuk seumur hidup kau. You have create enemies for your lifetime. Lima orang tu cukup la untuk buat hidup kau huru-hara. Aku bagi amaran aje supaya kau bersedia.”

Dia berdiri. bahagian punggung ditepuk beberapa kali. Menyahkan kotoran yang mungkin melekat di seluar putih. Kot maroon yang dibuat alas tidur sudah tersangkut di bahu.

“Hah! Nak ke mana pulak ni?”

“Jumpa aku punya lifetime enemy la!”

“Memang berani!”

Faizal hanya mampu mengeleng melihat si teman sudah berlari anak meninggalkan dia termangu di situ.

@~@~@~@~

Kelas sudah kosong. Sesi persekolahan sudah tamat dua jam lepas. The Girls yang lain mungkin sudah tujuh kali tawaf di Midvalley. Aku masih di sini. Memikirkan benda yang tak sepatutnya aku fikirkan. Berat hati untuk mengakui, tapi aku memikirkan tentag dia. Budak lelaki dalam kemeja pink itu.

Siapa sebenarnya dia? Budak sekolah ni? Atau budak sekolah lain? Kalau budak sekolah ni, mustahil Lian dan Donna tak kenal. Diorang tu ibarat reporter tak bergaji. Sana-sini mengumpul cerita. Yang mana betul yang mana salah pun sukar ditentukan bila dah keluar dari mulut diorang. Kak Nam betul!

Jap!

Aku ingatkan dia pengawas. Main rampas-rampas barang orang macam Pirates of Carribean. Ops, simpankan! Dia gunakan istilah ‘simpankan’ pagi tadi. Simpankan konon! Kalau simpankan kena ulangkan. Sampai sekarang tak pulangkan pun. Nak reta ke apa?

“Awak cari saya?”

Suara garau yang tiba-tiba memecah kesunyian membuatkan jantungku hampir melompat keluar. Tangan spontan melekap di dada. Menenangkan si jantung yang berdegup kencang.

Budak lelaki dalam kemeja merah jambu kelihatan santai bersandar di muka pintu. Kot maroon tersangkut kemas di lengan.

Proses menenangkan diri membuatkan aku punya banyak masa untuk memerhatikannya. Rambutnya lurus dan sedikit keperangan di bahagian hujung. Rambut depannya dipotong sama panjang dengan rambut di bahagian belakang. Rambut depan yang dibiarkan lepas bebas membentuk huruf ‘M’. Gaya artis mana yang dia ikut ni? Korea? Jepun? Aku hairan bagaimana dia boleh terlepas dari pandangan guru displin.

Keningnya agak lebat. Begitu juga dengan bulu matanya. Matanya bulat. Tak ada atau hampir tak ada kelopak mata bila matanya dibuka. Macam orang Korea lak!

Hidungnya tak la mancung sangat. Bibirnya tak tebal, tak juga nipis. Kulit wajah yang cerah menampakkan bibirnya kemerahan. Aku tak pasti dia merokok atau tidak. Tapi aku berharap dia tak merokok.

Aku berharap...? Kenapa aku perlu berharap?

Tingginya lebih kurang 168 cm. Yang pasti aku terpaksa mendongak untuk memandang wajahnya sekiranya kami berdiri bersebelahan. Berat badannya aku anggarkan... err... 62 kg? Kurus aje mamat nih!

Dalam kemeja merah jambu, berseluar putih dan tali leher maroon tu, memang penampilan yang menonjol. Tak syak lagi dia dengan mudah jadi perhatian orang terutama sang gadis. Tapi yang pasti bukan aku. Betul! Aku tak pernah nampak mamat ni!

“As your personal heart doctor, I declared your heart healthy.” Dia tersengih.

Wajahnya ceria. Seceria pagi tadi. Gembira agaknya dapat menguji tahap kesihatan jantung aku. Kalau tak, memang sah-sah la dia kena buat tahlil 40 hari untuk aku!

“Islam, kan?”

Dia angguk.

“Tak reti bagi salam?”

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam. Mana barang saya?”

“Ada.” Matanya merenungku sekaligus membuatkan aku tidak selesa.

“Pulangkan!” Arahku. Aku mahu cepat pergi dari sini.

Dia menyeluk poket kot. Aku berjalan pantas ke arahnya. Dan bila tangan aku mahu mencapai handphone dan mp4, dengan pantas dia berundur setapak dan mengangkat tangannya. Dengan ketinggiannya yang lebih dua tiga inci dariku, dia membuatkan aku terjengket-jengket dan terlompat-lompat untuk mengambil handphone dan mp3 dari tangannya.

“Hanya ada dua tema aje lagu-lagu dalam mp3 awak ni. Pertama, lagu-lagu yang orang putar nak mengusung mayat. Kedua, lagu cinta tak kesampaian. Kesimpulannya, hanya ada lagu-lagu sedih aje dalam ni. Kenapa, ek?”

Aku berhenti melompat. Dia dengar lagu-lagu dalam mp3 aku. Ni dah kira menceroboh hak milik peribadi orang dah ni!

Aku mendengus serentak itu keting kakinya aku sepak. Dia mengaduh kesakitan. Handphone dan mp3 di tangannya aku rampas. Tangannya menggosok keting yang terasa sengal.

“Garang. Ganas.” Sungutnya.

Aku jelir lidah. Handphone dan mp3 aku belek. Memeriksa keadaannya.

“Kenapa tak beli mp4 aje? Tak pun iPod. Boleh simpan music video. Puas hati sikit.”

“Kalau nak tengok video, saya tengok kat TV.”

Okey. Semua okey. Masih elok berfungsi. Tak ada calar. Tak ada yang hilang. Urusan kami dah selesai.

“Boleh bagi nombor telefon?”

“Hah?” Aku yang baru berkira-kira nak berlalu kembali berpaling dan memandang wajahnya. Dumb-founded.

“Can I have your number?” Dia mengulang permintaannya dalam bahasa Inggeris. Bajet aku tak faham Bahasa Melayu la tu!

“Nak buat apa?” Soalku dengan dua garisan di dahi.

Dia angkat bahu.

“Nak mesej awak. Call sekali-sekala. Boleh saya beritahu awak bila pengawas nak buat spotcheck ke, apa ke...”

“Saya tak minat!” Pintasku.

Giliran dia terkejut.

“Awak tak minat... er... lelaki?”

Aku buntangkan mata.

“Hah...! My sexual orientation is none of your business!” Aku tak percaya aku kena terangkan benda-benda macam ni pada orang yang baru dua kali aku jumpa. Itupun dalam keadaan yang tak menyenangkan lak tu.

Langkahku laju menuju ke pintu belakang. Hati aku dah panas. Lebih baik aku beredar dari sini sebelum...

“Awak betul-betul tak ingat, ek?”

Keluhan budak berbaju pink itu membantutkan langkahku. Dia berjalan menghampiriku. Aku terpaksa mendongak sedikit untuk melihat wajahnya.

“Last time... We did have a good chat...”

Aku hembus nafas keluar. Tak percaya. Perbualan kami di pintu pagar sekolah pagi tadi itu dikira perbualan ke?

Wajahnya berubah. Kecewa. Bukan. Lebih daripada kecewa. Sedih? Mungkin.

Kepalanya didongakkan. Memandang langit biru. Matanya redup. Bibirnya mengukir senyuman. Tawar.

“Sedihnya...”

Dan dia mengatur langkah pergi.

Kelibatnya aku perhatikan sehingga hilang dari pandangan. Setiap langkahnya meninggalkan satu tanya tanya di kepalaku.

Orang yang pelik...

Aku rasa, aku dah tahu kenapa aku tak pernah perasan akan kehadiran dia. Satu, aku benci warna pink atau lebih tepat benda-benda yang berunsurkan warna merah. Dan aku memang sedaya-upaya overlook benda atau apa-apa yang warna pink dan merah. Dalam kes ni, aku tak perasan kehadiran dia. Kedua, dia ni pelik dan menakutkan. Cara dia cakap macam dia kenal aku. Stalker ke hape?

Dan dia buat aku tak selesa. Gaya dia. Cara dia pandang. Bercakap. Segala-galanya tentang dia buat aku tak selesa.

Aku tak selesa dengan dia...

Aku harap tak jumpa dia lagi, seumur hidupku.

Sesuatu menjentik tangkai hati. Tak menyakitkan tetapi tak juga menyenangkan. Macam mana aku nak terangkan? Sesuatu macam...

“Ahh...! Apa hal pulak aku kena fikir dan rasa macam-macam fasal dia? Siapa dia? No one, kan? Bukan aku nak jumpa dia lagi pun!”

Tangkai hati terasa dijentik lagi.

Memang mengarut! Sekarang pinky-boy tu buat aku bercakap sorang-sorang dalam kelas kosong ni pulak! Kalau pak guard ke sesiapa nampak, confirm dia hantar aku ke Tampoi!

Earphone aku sumbat ke telinga. Mp3 aku hidupkan. Layan lagu lagi bagus!

There a pain that sleeps inside
It sleeps with just one eye
And awakens the moment that you leave


Disappear nyanyian Hoobastank mengosongkan benak.

Though I try to look away
The pain it still remains
Only leaving when you’re next to me

Kepala yang ringan membuatkan aku melangkah dengan senyuman.

Thursday, September 29, 2011

Katakan Dengan Indah Part 7



Survival

Gelap.

Tiada apa yang kelihatan. Tiada sesiapa yang kelihatan. Cuma aku. Di bawah lampu sorot yang entah di mana letaknya, cuma ada aku.

Seorang.

Keseorangan.

Aku mencangkung. Kedua-dua belah tanganku memeluk kaki. Dagu aku letakkan di antara kepala lutut.

Aku takut.

“Kami dah keluarkan semua dari perutnya. Mujur banyak yang dah dimuntahkan.”

Bunyi derap langkah memaksa aku untuk berpaling.

“Kita patut berterima kasih pada-Nya. And her life saver.”

Malam yang gelap dan sunyi sudah berakhir dengan ketibaan sang mentari. Suasana gelap mulai cerah.

“Luka di pergelangan agak teruk... Tapi tersasar dari nadi.”

Bunyi derap tersebut semakin kuat. Bayangan kabur mulai jelas di penglihatanku.

Kuda?

Seseorang menunggang kuda berwarna putih. Berpakaian bangsawan seperti dalam cerita-cerita dongeng yang pernah dibacakan padaku. Tali kekang kuda ditarik sebaik sahaja tiba di hadapanku. Kepala aku dongakkan. Cuba melihat wajah si penunggang. Namun hampa. Cahaya matahari yang menyilaukan mata membantutkan hasratku.

“Kau menunggu seseorang?”

Suara itu memukauku. Bagaikan nyanyian indah di telingaku. Aku tenang mendengarnya.

“Aku menunggu seseorang boleh mengatakannya dalam nada yang terindah.”

Entah kenapa aku seperti boleh nampak senyuman terukir di bibirnya.

“Aku dah datang. Bukankah aku orang yang aku tunggu?”

Suaranya membuatkan aku khayal. Siapa dia?

“Adakah aku pernah bertemu dengan kau?”

“Mungkin!”

“Kalau aku pernah jumpa kau, mustahil aku tak ingat.”

Tawa kecil tercetus dari bibirnya.

“Aku nak jumpa kau!”

“Kau hanya perlu cari aku.”

“Macam mana aku nak cari kau? Di mana aku nak cari kau?”

“Buka mata kau. Pandang dan lihat aku dengan mata hati kau.”

Tali kekang digerakkan.

“Jangan pergi!” Suaraku bagaikan tersekat di kerongkong. Dan laranganku sedikitpun tidak terkesan di hatinya.

Kuda putih memecut laju membawa pergi lelaki itu.

“I need to speak with her parents. Where are they?”

Suara kanak-kanak ketawa keriangan menarik perhatianku. Keadaan sekelilingku sudah berubah. Aku berada di taman permainan ketika ini. Gelongsor berbentuk kereta api dicat dengan warna merah, hijau dan kuning. Jongkang-jongket coklat terang. Satu dari tiga buaian yang ada di situ sudah patah besinya. Ada dua bangku diletakkan di bawah sepohon pokok rendang.

Ini taman permainan yang selalu aku kunjungi ketika aku masih kecil.

Seorang kanak-kanak lelaki ketawa ketika menuruni papan gelongsor yang dicat warna kuning air. Wanita awal 30-an menyambut kanak-kanak itu di hujung papan gelongsor. Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi kanak-kanak tersebut. Sepasang kembar mengukir senyuman lebar setiap kali buaian mereka ‘terbang’ di udara. Ibu dan ayah mereka tetap setia menghayun buaian untuk mereka.

Sesuatu yang sejuk mengalir di tangan kananku.

“Dah cair...” Suara itu seperti berbisik di telingaku.

Pandanganku jatuh ke bawah. Ada sebatang aiskrim di tanganku. Seperti katanya, aiskrim itu sudah cair di bawah mentari petang. Tiada tanda-tanda aku menjamah aiskrim berwarna pelangi tersebut.

Aku tak suka aiskrim perisa ni!

Siapa yang belikan aku aiskrim ni?

“Mana mama awak?”

Mataku meliar mencari. Mama?

Aku manarik nafas lega sebaik sahaja terpandang mama.

“Itu!” Jari telunjuk aku luruskan.

“Saya datang dengan ayah. Itu ayah saya.”

Kata-kata budak lelaki berwajah comel itu tidak kuhiraukan. Mama mencuri tumpuanku.

Dengan jarak lebih kurang 200 meter dariku, dapat kulihat dengan jelas wajah cerah mama berubah menjadi merah padam. Ada air mata di pipi mama. Nada suara mama tinggi mengatakan sesuatu. Adakah mama sedang marah? Mama marah pada siapa?

Pandanganku beralih. Seorang lelaki berkumis berdiri di hadapan mama, aku pandang tepat-tepat. Ni bukan papa! Aku tak pernah lihat lelaki ini. Seperti mama, riak wajah tegang. Mereka bergaduh tentang sesuatu. Kehendak mereka berbeza. Entah mengapa, aku tak suka melihat lelaki itu bersama mama. Aku mahu mama pergi jauh dari lelaki itu.

Aiskrim di tangan aku campakkan ke tanah.

“Mama!” Suara kecilku yang nyaring membingitkan telingaku sendiri.

Mama mengesat air mata dengan tangannya.

“Mama! Reen nak balik!”

Lelaki itu memegang bahu mama. Seperti sedang memujuk mama.

“MAMA!!”

Air mata jatuh ke pipiku.

“Kenapa harapkan orang yang tak sayang kita?”

Keningku berkerut mendengar ayat yang keluar dari mulut kecil itu.

“Saya tak akan tinggalkan awak.”

Aku tersentak dari lenaku. Kelopak mata kubuka. Berkelip-kelip menahan cahaya yang masuk ke retina mata.

Putih. Biru air.

Badan terasa lemah. Aku di mana?

Kotak memori berputar mengingati kejadian demi kejadian yang berlaku sebelum aku terlantar di katil hospital.

Air. Basah. Busuk. Pengetua.

Bunyi bising dari bilik mama dan papa... dan...

Kepala yang terasa berdenyut-denyut segera aku picit dengan hujung jari.

Ada sesuatu yang bergerak bersama-sama dengan tanganku.

Apa ni?

Tapak tangan aku balikkan. Anak mataku mengekori tiub jernih hingga ke pangkalnya. Beg berisi air tersangkut di sebelah katil. Dan bila mataku jatuh ke bawah, aku bingkas bangun. Duduk. Mahu menanggalkan baju yang tersarung di tubuhku.

Satu sut warna merah jambu.

Aku benci warna merah jambu!

“Reen?”

Mak Azah menerpa ke arahku. Memelukku erat. Esak tangisnya pecah di belakang tubuhku.

“Kenapa jadi macam ni, Reen? Kamu dah tak sayang Mak Azah lagi ke?”

Mak Azah mengucup dahi dan pipiku. Membelai rambutku. Mengusap tubuhku. Hanya pada Mak Azah aku dapat menumpang kasih.

Bunyi kasut tumit tinggi menghentam lantai wad, meleraikan pelukan kami.

Mama.

PANGG!

Aku tergamam. Mak Azah juga terkedu.

“Bodoh!” Rasa perit di pipi aku menyedarkan aku tentang hakikat yang sekian lama tidak mahu aku akui. Aku tak bermakna apa-apa pada mama. Worthless...

“Sekali lagi kamu buat kerja bodoh ni, mama sendiri yang akan bunuh kamu!”

Mama berpaling. Mengatur langkah ke pintu. Mahu meninggalkan aku seperti selalu. Dan seperti selalu juga, aku lebih lama dapat memandang belakang tubuhnya berbanding wajahnya.

Mama. Papa. Mereka tak sayang aku.

Betul ke? Betul ke mereka tak sayang aku? Kalau begitu keadaannya, kenapa aku dilahirkan ke dunia? Bukankah aku dilahirkan atas dasar penyatuan dua hati yang saling mencintai?

Atau aku ni anak...

Anak...

Anak apa?

Suara papa dan mama bergema-gema dalam kepalaku. Namun tiada satu perkataan pun yang dapat aku fahami.

Kepala terasa seperti mahu pecah. Terlalu sakit. Ada sesuatu yang aku lupa. Tapi apa?

Sepasang tangan membelai tubuhku. Rasa sakit beransur pergi.

“Reen... Jangan salah faham. Mama Reen bukan marahkan Reen. Cuma dia terlalu kecewa dengan tindakan Reen. ” Pujuk Mak Azah.

“Dia memang tak sayangkan saya, Mak Azah. Tak perlu la Mak Azah pujuk saya lagi.”

“Reen...”

“Saya letih, Mak Azah...” Tubuh aku rebahkan ke katil.

Terlalu letih sebenarnya... bernafas terasa seperti suatu beban padaku.

Mata aku pejamkan rapat-rapat.

@~@~@~@~

“Mak Azah?”

Mak Azah berhenti menghiris epal.

“Ada apa, Reen?”

“Ada tak sesiapa yang lawat saya selain Mak Azah... err... mama? Seseorang yang tak dikenali ke...”

Entah mengapa aku seperti dapat merasakan aura kehadiran seseorang di wad persendirianku ini setelah seminggu aku di sini.

Wajah Mak Azah kelihatan keliru.

“Setahu Mak Azah tak ada. Tak ada yang Mak Azah tak kenal.”

Aku menghela nafas.

“Kenapa tak ada kawan-kawan saya yang datang melawat? Anna? Donna? Lian? Tok Tok?”

“Mama Reen suruh Mak Azah beritahu kawan-kawan Reen yang Reen ikut Datuk dan Datin bercuti kemudian diserang gastrik dan dimasukkan ke hospital.”

Aku tersenyum sinis. Bercuti? Gastrik? Tak akan mama nak beritahu semua orang yang aku gagal dalam cubaan bunuh diri, kan? Malu la dia! Nampak sangat la kepincangan keluarga kami.

Aku mengengsot ke hujung katil.

“Kamu nak ke mana?” Cemas Mak Azah bertanya.

“Balik! Lagi lama saya kat sini, lagi sakit saya rasa.”

@~@~@~@~

“Betul ke ni, Reen? Muka kamu pucat sangat. Apa kata kamu berehat aje di rumah?” Soal Pak Samad.

Wajah yang terbias di cermin bedak kompak aku tatap sekali lagi. Putih. Pucat.

“Dari saya tak buat apa-apa, fikir yang bukan-bukan kat rumah tu, lebih baik saya ke sekolah Pak Samad.” Jawabku.

Jawapanku membisukan Pak Samad. Segenap tenaga aku kumpulkan untuk melangkah keluar dari kereta. Pak Samad mengangguk sebelum berlalu pergi.

Bangunan sekolah aku pandang lama sebelum langkah kuatur satu persatu. Hari ni hari Isnin. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.45 pagi. Mesti semua orang dok terperuk dalam dewan besar sekolah. Perhimpunan.

Papp!!

“Awak datang... Akhirnya...”

Aku berkerut. Seorang budak lelaki muncul di hadapanku. Entah dari mana dia...

“Dari mana saya datang?”

Dia senyum.

“Dari atas.” Tangannya menghala ke atas... pokok?

Macam mana dia boleh tahu apa yang ada dalam kepala aku? Mind reader?

“Mind reader? Erk... Saya tak ada kebolehan macam tu. Saya hanya perlu baca riak wajah awak.”

Aku hanya memandang budak lelaki yang berkemeja pink, bertali leher maroon dan berseluar putih itu. Lelaki pakai baju pink? Pink? Aku benci pink!

Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni? Soalan itu berlegar-legar di kepalaku sewaktu kakiku melangkah ke dewan. Budak lelaki itu memintasku.

“Saya rasa cikgu-cikgu kat sekolah ni ‘berminat’ sangat dengan barang-barang yang awak bawa ni.”

Earphone di telingaku ditanggalkan. Handphone ditarik lembut dari tanganku. Entah kenapa aku langsung tak membantah tindakan budak lelaki itu.

“Apa kata saya simpankan untuk awak.”

Simpan... kan?

“Anyway, thanks for coming!”

Mata dikenyitkan. Dan dia terus beredar dari situ.

Jap! Siapa budak lelaki tu?



*** Finally, n3 ni siap! Fuh, walaupun lambat dari jangkaan.
*** ‘Jap’ adalah salah satu perkataan favourite eury dlm perbualan seharian. Haha...

Sunday, September 18, 2011

Katakan Dengan Indah Part 6


Papp!!!

Meja di bilik pengetua aku tepuk sekuat hati.

Sepuluh pasang mata buntang memandangku. Ada yang mengurut dada gara-gara terkejut dengan tindakanku.

“Cikgu bergurau, kan?” Soalku perlahan, cuba mengawal api kemarahan yang mula mendidih di dalam hati.

“Kamu rasa saya bergurau ke?” Suara sengau Cikgu Roslan, pengetua sekolah membuatkan aku hampir ketawa. Namun apabila soalanku dibalas dengan soalan semula menimbulkan rasa bengang di hatiku.

Aku mendengus.

“Cuba cikgu tengok saya!”

Sekali lagi sepuluh pasang mata memandangku. Atas. Bawah. Atas. Bawah. Memandang baju sekolahku yang hampir kering di tubuh. Warna putih baju kurung sudah bertukar bertukar menjadi coklat kehitaman. Itu belum cerita lagi rambut dan muka aku yang dah rasa macam dah pakai masker. Bau memang tak dapat cerita. Dalam kepala aku sibuk fikir berapa banyak kali aku patut mandi untuk hilangkan bau ini, berapa banyak hair treatment yang aku patut lalui untuk dapat rambut aku yang dulu. Mungkin aku patut pergi spa, sauna untuk hilangkan gatal-gatal yang dah mula menyerang kulit tubuhku.

Bau busuk dari pakaianku membuatkan ibu jari dan jari telunjuk tak lekang dari berada di batang hidung masing-masing. Cuba menyekat bau yang tak menyenangkan itu dari disedut masuk ke ruang rongga mereka.

“Kenapa saya pula kena denda? Padahal saya adalah mangsa dalam kes ini! Mereka sengaja curah air busuk itu pada saya!”

“Cuba tuan tengok ni!”

Kamera digital di tangan Cikgu Sufian bertukar tangan.

“Habis tanaman pelajar-pelajar saya rosak dan mati akibat dilanyak. Sia-sia sahaja usaha kami beberapa bulan kebelakangan ini.” Sebagai guru penasihat Kelab Petani Muda, Cikgu Sufian tidak mahu kalah terhadap tuduhan yang aku lemparkan kepada anak-anak didiknya.

“Entah-entah pelajar ini sengaja merosakkan tanaman mereka. Siapa yang tak kenal dengan Qaireen Hafiya, pelajar bermasalah yang selalu menghuru-harakan sekolah kita ini!” Tuduh Cikgu Sufian.

“Cikgu, memang saya jahat tapi sejahat-jahat saya, saya tak kacau orang kalau orang tak kacau saya!” Bidasku.

Cikgu Roslan masih meneliti gambar yang ditunjukkan oleh Cikgu Sufian,

“Hmm... Teruk kerosakan ini. Nampak gaya macam dilanyak lembu!”

“Lembu? Hehe...” Tawa kecil berirama membuatkan tahap kebengangan aku memuncak.

Oi, oi! Siapa yang dikatakan lembu ni? Aku ke? Hampeh!

“Err... Air apa yang dimandikan pada Qaireen?”

“Air yang tersangat la busuk baunya!” Jawabku pantas.

“Err... Tu air baja.” Pelajar berbadan kurus melidi yang berdiri tak jauh dari aku mencelah. Dia menundukkan kepala apabila pandangannya bertembung dengan pandanganku.

“Baja?”

“Err... Sebenarnya, kami angkut baja tahi lembu dengan baldi tu. Lepas tu kami angkat air pun dengan baldi tu. Kiranya, air tu air baja tahi lembu.” Budak bernama Ismail itu sedaya-upaya mengelak dari bertentang mata denganku.

Tahi lembu? Patutlah busuk!

Aku tersentap.

Lembu?

“Nampak gaya macam dilanyak lembu!”

Aku bukan lembu la!

Siapa? Siapa yang berani mandikan aku dengan air baja tu?!

Aku pandang satu-persatu wajah lapan orang pelajar yang berbaris di dinding dalam bilik pengetua. Yang mana satu? Yang mana satu agaknya orang yang berani simbah aku dengan air busuk tu?

“Kamu nampak siapa yang simbah kamu?”

Aku perhatikan lagi wajah-wajah di hadapanku. Mencari wajah nakal, gaya orang yang suka pedajal orang. Tapi semuanya berwajah polos. Muka budak-budak skema aje!

“Tak nampak.”

“Hah! Jadi kamu tak boleh la tuduh mereka.”

“Tapi saya pasti salah seorang daripada mereka yang buat. Tak akan la baldi tu terbang sendiri kat saya, kan?”

Tumpuan Cikgu Roslan beralih pada lapan orang pelajar Kelab Petani Muda.

“Kamu ke yang simbah Qaireen?” Soalan itu diajukan pada setiap seorang dan semuanya menjawab tidak.

“Budak-budak saya hanya ada lapan orang aje, tuan. Saya kenal setiap seorang dari mereka. Saya percaya cakap mereka.”

Cikgu Roslan menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

“Kamu nampak Qaireen lanyak tanaman kamu?” Soal Cikgu Roslan lagi.

“Nampak, cikgu!” Serentak mereka menjawab.

“Kalau begitu... Qaireen Hafiya, hukuman community service tu kekal ke atas kamu!”

“What?!”

“Jangan risau, saya akan siasat siapa yang mandikan kamu.”

“Tapi...”

“Muktamad!”

Bagai terdengar-dengar bunyi ketukan tukul ke meja hakim di mahkamah.

Matilah aku...

@~@~@~@~

Buka sahaja pintu bilik pengetua, muka Lian, Tok Tok, Donna dan Anna tersembul di hadapanku. Hampir sahaja tubuh mereka tersembam di kakiku. Ni mesti kes curi-curi dengar tadi ni...

Mereka melangkah setapak ke belakang. Telunjuk Donna dan Lian mencucuk batang hidung. Tok Tok pantas menyiku mereka. Tangan Donna dan Lian jatuh ke sisi tubuh semula.

“Macam mana?”

“Pengetua cakap apa?”

“Aku dengar Cikgu Sufian tuduh kau yang bukan-bukan, kan?”

“Siapa yang simbah kau dengan air baja tu?”

“Kau kena denda juga ke?”

Soalan demi soalan diajukan padaku. Menagih jawapan dariku. Wajah tertunggu-tunggu kawan-kawanku aku pandang. Mengingatkan peristiwa yang berlaku beberapa minit tadi membuatkan nafasku terasa tersekat-sekat.

Gila! Memang gila!

“Tak ada sesiapa yang mengaku mandikan aku dengan air tahi lembu.”

“Lembu?”

“Syhh...!” Riak marah Anna buat Tok Tok terdiam.

“Sambung cerita. Kena denda?”

Aku mendengus.

“Aku kena 20 jam community service.”

Community service macam mana tu?” Soal Anna.

“Biar aku teka. Kau kena tanam sayur mereka balik?” Lian cuba meneka.

Aku angguk.

“Dan buat apa sahaja kerja-kerja kebajikan yang diarahkan oleh pengetua?” Lambat-lambat Donna menyusun ayatnya.

“Lebih kurang la!” Jawabku dengan gigi terketap.

“Hukuman yang menakutkan...” Komen Tok Tok.

“Hanya kerana rosakkan tanaman mereka, kau kena hukuman tu?”

Aku angguk.

“Teruk sangat ke?”

“Teruk macam kena lanyak lembu.” Laju aku menjawab.

“Tapi aku bukan lembu. Kaki aku kaki manusia. Bukan kaki lembu. Sebab aku memang bukan lembu!” Sambungku dalam satu nafas.

“Err... Tak ada sesiapa kata kau lembu, Reen!”

Suara gelak kecil mengejek-ejekku di bilik pengetua tadi terngiang-ngiang di telinga.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Menyabarkan diri yang sudah mendidih ke tahap takat didih besi.

“Mana korang? Kenapa korang biarkan aku jalan sorang-sorang sampai ke bangunan belakang? Tak fasal-fasal aku pergi lanyak tanaman diorang!” Marahku.

“Wei, kita orang elok aje tengah bersidang kat kantin. Rehat, kan? Biasalah, makan sambil top-up gosip-gosip hangat ni. Sedar-sedar aje kau dah hilang. Aku ingatkan kau naik kelas. Kau kan tak minat bab gosip-gosip ni.” Lian membela diri.

“Yang peliknya, macam mana kau boleh berjalan tanpa tak sedar? Macam orang mamai pula gayanya.”

“Aku tengah fikir sesuatu.”

“Sesuatu seperti?”

“Sesuatu seperti yang kau tak perlu tahu.”

Here she goes again... and again.” Sungut Donna.

Rasa sakit masih berbuku dalam hati.

“Aku tak peduli macam mana atau berapa lama masa yang perlu kau orang ambil, yang penting aku nak tahu siapa yang mandikan aku tu! Selagi tak tahu, selagi tu la aku tak puas hati!”

“Seminggu. Nope! Tiga hari. Bagi kami tiga hari untuk cari budak tu!”

“Dah la! Aku nak balik. Mandi!”

Tak sabar rasanya nak berendam dalam bath tub.

@~@~@~@~

“Mengejutkan.”

Itu perkataan pertama yang aku ucapkan sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Kereta mama dan papa menjalar di garaj bukan satu pemandangan yang biasa di mataku.

“Bila mereka balik?”

“Pagi tadi. Lepas Reen ke sekolah.” Jawab Pak Samad. Pak Samad mula membersihkan kesan kotor di tempat duduk belakang kereta, tempat yang aku duduki sebentar tadi. Aku segera teringat yang aku juga perlu membersihkan diriku.

Sebaik sahaja pintu masuk aku buka, jeritan mama dan papa menampar cuping telingaku.

“Ini bukan sesuatu yang mengejutkan.” Kataku pada diri sendiri.

Buah butir yang diperkatakan oleh mereka semakin jelas di pendengaranku ketika anak tangga aku panjat untuk ke bilikku. Kalaulah ada jalan lain ke bilikku...

“Perempuan tu perempuan simpanan awak, kan?! Sedarlah sikit. Awak tu dah ada anak isteri!” Jeritan mama dah macam orang kena histeria.

“Apa yang awak sibukkan? Saya lelaki! Saya boleh kahwin lebih dari seorang! Kalau saya ada skandal pun, apa salahnya?!”

“Salah! Saya ni siapa? Tunggul?”

What about you? Anak ikan awak pun nampaknya dah bertukar. Kenapa? Budak lelaki hari tu tak cukup hebat ke?”

Daun pintu dan dinding konkrit yang memisahkan bilik utama dan tempat di mana aku berdiri gagal menghalang suara mereka dari sampai ke telingaku.

“Bercakap dengan awak memang menyakitkan hati!”

“Sakit hati? Saya lagi sakit hati! Setiap kali saya balik rumah ni, tengok budak tu, saya jadi sakit hati! Kalau tak kerana mak ayah, masyarakat sekeliling...”

Bosan. Sungguh membosankan. Diorang ni tak letih ke bergaduh. Aku yang mendengarnya pun letih. Dan sakit hati.

“Awak nak ceraikan? Itu yang awak nak cakap? Jadi kenapa awak tak ceraikan saya lagi?” Suara mama naik satu tangga lagi. Kali ini suaranya sedikit serak dan tersekat-sekat. Mungkin mama menangis.

Enggan mendengar lagi bicara mereka, aku bergerak menuju ke bilik. Berendam dalam tub lagi bagus dari dengar mereka berperang.

“Qaireen Hafiya!”

Langkahku terhenti.

Kepalaku segera berpaling ke arah bilik utama. Daun pintu berwarna putih masih tertutup rapat.

Tapi aku dapat mendengar dengan jelas suara papa memanggil namaku tadi.

“Qaireen Hafiya... Budak tu jadi bukti kecurangan awak!”

Langkah kakiku terhenti sekali lagi.

Apa maksud papa?

Pertengkaran mama dan papa mula menarik minatku. Tanpa dipaksa, pendengaranku menjadi semakin peka tika itu.

“Awak masih meragui dia?”

“Ya! Give me one good reason that I shouldn’t have!

For God sake, she’s your....

“Is she?”

Hatiku berdetak kencang.

Dan ayat demi ayat yang berlumba-lumba masuk ke gegendang telingaku kini terasa menyentap-nyentap jantungku. Kaki yang tadinya kuat menampung tubuh berubah menjadi lembik. Tanganku segera mencari dinding untuk menahan diri dari terjelepuk di situ.

BOHONG!

Itu semua bohong!

Itu semua bohong, kan?!

Aku berlari ke bilik. Pintu bilik aku hempas sekuat hati. Gigi menggelatuk, berlaga sesama sendiri. Sesaat kemudian aku tersedar yang aku sedang menggigil di kala ini.

“Is she?”

Kenapa papa bertanyakan soalan itu? Air mata sudah mengalir deras di pipi.

“Is she?”

Dan ayat yang dikeluarkan selepas itu... betul ke?

Tidak!

Suara papa berulang-tayang dalam mindaku.

Aku tak dengar!

Sungguh aku tak dengar!

“Is she?”

“DIAM!!”

Air mata aku kesat.

Bodoh! Kenapa aku tak boleh berhenti menangis ni?!!!

Aku tak dengar apa-apa!

Aku tak dengar bila mama cakap papa ada perempuan simpanan. Aku tak dengar tuduhan papa yang mengatakan mama ada skandal dengan lelaki muda. Aku tak dengar bila mama menuntut cerai dari papa. Aku tak dengar apa yang papa tuturkan selepas itu.

Aku tak dengar semua itu!

Sumpah, aku tak dengar!

Suara papa bergema lagi di mindaku. Kali ini seperti mengejek-ejekku.

“Diam! Aku tak nak dengar semua tu!”

Aku tak pasti pada siapa harus aku jerit ayat itu. Mungkin pada papa dan mama yang tak pernah jemu bertengkar setiap kali bertemu. Mungkin pada sikap ketidakprihatinan mereka terhadap perasaanku bila mana mereka memilih untuk bergaduh dengan lantang di bilik mereka tanpa menghiraukan sesiapapun yang mendengarnya.

Mungkin aku patut marah kotak memoriku yang tak jemu-jemu mengulang setiap baris kata yang diucapkan oleh papa dan mama.

“Is she mine?!”

Tolong...

Tolong jangan ulang lagi ayat tu!

Ayat itu bergema lagi di telinga sehinggakan kepalaku terasa sakit mendengarnya. Berkali-kali diulang lantas mencipta satu irama lagu yang mempersendaku.

“Jangan! Berhenti! Tolong berhenti!”

Tanpa belas, suara itu terus mengejekku.

Butang ‘on’ radio aku tekan. ‘Volume’ aku tetapkan ke tahap yang paling tinggi.

Please...
Please... Forgive me...

Air mata aku kesat dengan belakang tapak tangan. Laci meja solek aku tarik. Botol berisi pil berwarna putih aku bawa keluar.

But I won’t be home again...

Isi botol aku tonggang ke tapak tangan. Dan aku sumbat ke dalam mulut.

Maybe someday you’ll look up
And barely conscious
You’ll say to no one
Isn’t something missing?

Enjin kereta menderam dari garaj kereta tak aku pedulikan.

Hujung kemeja papa aku tarik. Tangan kiriku memeluk erat teddy bear berwarna putih.

“Papa, main dengan Reen...”

Tanganku ditepis kasar. Tenaga dewasa papa membuatkan tubuh kecilku sedikit terlayang lalu jatuh ke lantai. Tubuh terasa sakit. Dan aku mula menangis.

“Aku sibuk! Pergi main dengan orang lain.”

Umur aku lima tahun masa itu. Aku patut dah sedar layanan papa mula berbeza tika itu.

Aku mula khayal. Tangan aku terpegang sesuatu yang tajam dari dalam laci.

“Papa, cikgu suruh Reen buat persembahan piano masa majlis penyampaian hadiah nanti. Papa datang,kan?”

Papa hanya menjeling sebelum meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

You won’t cry for my absence
I know

Aku selalu dengar bunyi bising dari bilik mama dan papa. Papa selalu pulang lewat malam. Jalannya tak teratur. Bicaranya merapu entah apa-apa. Ada sekali aku nampak muka dan badan mama lebam-lebam. Dan mama, sedikit demi sedikit mulai berubah menjadi dingin layanannya terhadapku.

You forgot me long ago

Aku mula ditinggalkan. Keseorangan di rumah besar ini.

Am I that unimportant?

Pandanganku semakin kabur dek air mata.

Kepala terasa semakin berat. Bunyi yang ada di sekelilingku semakin menjauh.

Am I so insignificant?

Kalau ini ertinya hidup bagiku, Aku tak nak hidup lagi dalam dunia yang penuh kepura-puraan dan kesunyian ini.

Putera berkuda seperti dalam cerita-cerita dongeng tak akan muncul untuk selamatkan aku dari kesedihan seperti yang aku impikan di usia kecilku.

Isn’t someone missing me?

Slash...!

Cecair merah terasa hangat mengalir ke hujung jari sebelum jatuh mengotori permaidani.

Even though I’m the sacrifice
You won’t try for me, not now
Though I’d die to know you love me
I’m all alone

Tamatkan penderitaan aku ini...

Aku jatuh ke permukaan yang tidak rata. Bukan di lantai. Aku pasti akan hal itu.

Isn’t someone missing me?

“Hafiya!”

Pisau di tangan terasa dirampas. Sesuatu menekan kuat pergelangan tanganku.

“Kau kata kau dah lama tunggu aku! Sekarang aku dah datang! Don’t you want to see me? Open your eyes!

Hafiya... tak ada sesiapa panggil aku Hafiya.

Aku cuba untuk melawan kantuk yang memberatkan kelopak mata. Namun semuanya sia-sia.

Don’t you dare do that!” Jeritan itu tenggelam timbul di tepi telingaku. Rasa perit di pipi semakin tak terasa.

“Hafiya!” Suara itu menemani duniaku yang semakin gelap.

Dunia mula terasa sunyi. Tenang. Seperti yang aku harapkan.

Isn’t someone missing me?


Sunday, February 13, 2011

Katakan Dengan Indah Part 5


The Nanny

“Reen! Bangun!”

Aku menggeliat di bawah selimut tebal. Bantal di tangan aku bawa ke dada dan kupeluk erat.

“Qaireen Hafiya!”

Lenaku dirampas oleh jeritan nyaring itu. Otakku mengambil masa beberapa saat untuk kembali ke alam sedar dan seterusnya mengecam suara tersebut. Mama?

Kelopak mata kubuka. Tubuh segera aku arahkan untuk duduk. Mama jarang berada di rumah. Masuk ke bilikku boleh dikira dengan jari. Mengejutkan aku dari tidur... hampir tidak pernah... Mendengar suara mama di dalam bilik ini, pada ketika ini, terasa bagaikan berada di alam mimpi.

Mataku segera mencari susuk tubuh mama yang langsing. Hidungku pantas mencari haruman Christian Dior kesukaan mama. Tetapi di hujung pencarian itu, hampa menjengah rasa hatiku. Mama tiada di dalam bilikku. Yang ada hanyalah Cik Kesuma yang sedang berdiri di hujung kaki katil. Wangian yang menusuk ke lubang hidungku hanyalah bau Women On Earth milik Cik Kesuma. Rasa kecewa menyebabkan aku mahu bergumpal semula dalam selimut tebalku.

Huh, kiranya perbuatanku tak mampu nak panggil mama pulang ke rumah...

“Cik Qaireen, Datin nak bercakap dengan cik...” Suara lembut Cik Kesuma kedengaran. Aku merangkak malas ke hujung katil sebelum menyambar telefon dari tangan Cik Kesuma. Cik Kesuma beredar ke tingkap. Menyingkap langsir yang menutupi tingkap dan sliding door ke beranda di bilikku.

Cahaya matahari di luar memaksa aku memejamkan mata seketika sebelum kembali menatap wajah mama di hujung talian. Siapalah yang mencipta 3G ni? mungkin menyenangkan dalam beberapa perkara namun bagiku ianya menjarakkan lagi hubungan aku dan mama.

“Baru bangun? It’s almost 12 o’clock, Reen!” Marah mama.

Aku mendengus. Benci bila wanita yang masih anggun pada usia awal 40-an itu memainkan watak Datin Mariah dan bukannya watak mama seperti yang aku harapkan. Cik Kesuma di sudut bilik aku jeling.

“Keluar!” Arahku. Mencicit Cik Kesuma keluar dari bilikku. Bunyi dengusan mama kedengaran serentak dengan bunyi pintu bilik ditutup.

“It’s Sunday, ma!” Jawabku malas.

“But you’ve classes to attend...”

“Which I don’t interested into!” Sambungku dalam nada yang tinggi.

“Qaireen Hafiya! Apa yang susah sangat ni? Kenapa kamu degil sangat?”

“Mama tak faham-faham lagi ke? I hate ballet! I hate piano! I hate tuitions! And I also hate school!”

“And you hate me too, don’t you?”

Aku diam. Membuang pandang ke arah lain. Membenci ibu sendiri? Aku tak pernah membenci ibu sendiri. Membenci sikapnya, ya.

“Kenapa mama tak pernah nak faham kehendak Reen? Kalau pelanggan mama, business partners mama, boleh pulak mama faham kerenah diorang!”

Nada suaraku yang tinggi membuatkan wajah mama semakin tegang.

“Kenapa kurang ajar sangat kamu ni?”

“Sebab tak ada orang nak ajar Reen! Papa busy! Mama 24/7 sibuk! And I don’t even remember being raised by you!”

“Macam tu gaya bercakap dengan mama yang melahirkan kamu?”

Aku terdiam.

“Mama letih dengar laporan dari guru-guru kamu! Penat! Ponteng sekolah, tak buat kerja sekolah, langgar peraturan sekolah, kurang ajar dengan cikgu, buli pelajar lain! Kamu ingat mama tak ada kerja lain selain selesaikan masalah kamu dengan pihak sekolah?!”

Aku menguap malas. Tahi mata di hujung mata aku buang dengan telunjuk.

“Siapa yang laporkan kehilangan kereta Kesuma pada polis? Kamu, kan?”

Aku yang sedang menggeliat tidak dapat menahan diri dari tersengih.

“Padan muka dia!” Ujarku tanpa rasa simpati. Mengenangkan wajah kasihan Cik Kesuma sewaktu pulang dari balai polis memberi aku rasa puas hati yang tidak ternilai. Membuatkan mama marah adalah matlamatku.

“Memang mama dah agak yang itu kerja nakal kamu! Kamu tahu tak Kesuma nyaris bermalam di lokap? Mujur dia ada bukti dan saksi yang menyatakan kereta itu milik dia, jadi dia dilepaskan. Mujur juga mama berjaya yakinkan Kesuma dan pihak polis yang ini adalah gurauan dari kamu! Kalau tidak kamu mungkin akan didenda kerana membuat laporan palsu!”

“Rasanya Cik Kesuma dah pun serahkan surat letak jawatannya pada mama, kan?” Soalku dalam nada sinis.

“Ya! Kenakalan kamu dan peristiwa di balai polis tu buat dia serik untuk jadi PA kamu lagi. Tapi mama berjaya yakinkan dia yang perkara tu semua tak akan berulang lagi!”

“Dan dia percaya? Memang naif!”

“Bukan senang nak cari PA sekarang! Jadi boleh tak kamu tolong jangan buat perangai lagi?”

“I don’t need a nanny, ma! Mama suruh dia ikut Reen ke hulu ke hilir, beritahu apa yang patut dan tak patut Reen buat! Reen dah besar! I’m 17 this year, remember?”

“Then act like one! Berhenti dari buat masalah! Tak boleh ke kamu berhenti memalukan mama dengan perangai buruk kamu tu? Mama malu dengan kawan-kawan mama! kawan-kawan mama semuanya berbangga dengan anak-anak merea. Graduate dari luar negara, ada kerjaya bagus, kahwin dengan anak somebody, baik budi pekerti. Kamu? Apa yang boleh banggakan tentang kamu?”

Muka terasa panas.

Aku memalukan mama? Itu ke anggapan mama terhadap aku selama ini? Anak yang memalukan dirinya? Anak yang mengundang masalah padanya? Anak yang tak boleh dibanggakan? Aku mula menyesal kerana menjawab panggilan ini.

This conversation is going no where. It’s a dead end, as always... Wait! Is it a really conversation, at the very first place?

“That’s it! Mulai hari ini Reen tak akan ikut apa-apa arahan dari mama! Tuition, piano, balet or-what-so-ever... Mama boleh cancel semua tu! Reen tak akan pergi lagi!”

“Nope! You’ll do exactly what I say!”

“Berhentikan Cik Kesuma!”

“No!”

“Shall I make her quit?! Sama macam tiga orang PA sebelum ni!”

Mata mama membulat.

“Don’t you dare, Reen!”

“This is your game. But I’ll play it in my way!”

“What is exactly do you want? Apa yang mama tak sediakan untuk kamu? Duit, kereta, handphone, pembantu rumah... You live like a princess! Mama cuma minta kamu belajar dan berperangai macam orang baik-baik, bukan macam...”

“Darling...”

Muka tegangku kendur perlahan-lahan.

Darling?

Wajah mama berubah. Perhatian mama teralih pada sisi kanannya. Ke arah gerangan yang memanggil. Yang pasti itu bukan suara papaku.

“Mama kena pergi! We WILL talk about this once my business here done!” Ujar mama dalam keadaan tergesa-gesa. Dapat kudengar getaran dalam setiap perkataan yang dituturkannya.

Klik!

Panggilan diputuskan.

Darling?

Mama dalam bathrobe terlayar di ruang mata. Suara lelaki yang memanggilnya terngiang-ngiang di telinga. Lelaki mana yang bersama mama dalam bilik hotelnya? Bukankah papa ke Singapore?

Business trip konon!

Handphone di tangan berkecai di dinding beberapa saat kemudian.

@~@~@~@~

Aku memandang kosong ke arah lantai dansa yang sarat dengan muda-mudi. Lampu yang kelam dan berwarna-warni membataskan pandangan dan menyakitkan mata. Muzik kuat yang dipasang membingitkan telinga dan memberi rentak baru pada degupan jantungku. Itu belum dikira lagi perlakuan pemabuk yang hilang pertimbangan diri serta melakukan perkara-perkara di luar batasan manusia normal.
I hate this place!

“Reen!” Panggil Anna dari tepiku. Tangan kirinya melambai-lambai di hadapan wajahku. Entah bila dia datang aku sendiri tidak tahu. Sedar-sedar sahaja dia sudah terpacak di hadapan meja kami dengan menatang dulang berisi lima gelas Coke. Rasanya beberapa minit yang lalu di masih rancak berbual dengan salah seorang pengunjung di kelab tersebut.

“Lelaki hari tu kirim salam kat kau lagi. Dia ada kat sana.” Anna menunjukkan ke suatu arah. Aku hanya memandang wajah Anna tanpa perasaan.

Kirim salam? Kat tempat macam ni? Biar betul?

“Aku rasa dia betul-betul ikhlas nak kenal dengan kau la, Reen!”

“Anna, kau patut tahu yang nilai keikhlasan kat tempat macam ni sangat murah harganya, atau mungkin tak bernilai langsung. Jangan terlalu cepat percaya orang, okey?” Nasihatku. Anna yang aku kenali sangat naif. Dan perkara ini membuatkan aku selalu bimbangkan dirinya. Anna tak sebijak Tok Tok, Lian atau Donna yang pandai membaca ‘niat’ seseorang. Mungkin sebab tu aku selalu rasa bertanggungjawab untuk ‘menjaga’nya.

“Tapi dia nampak baik, gentleman, kaya...”

“Dan pastinya kacak, kan?” Serkap jarangku membuatkan Anna tersenyum dan terbuai dalam angannya.

“Kalau kau suka dengan dia, apa kata kau aje yang layan dia?”

“Tapi dia bukan nak kenal dengan aku! Dia nak kenal dengan kau la!”

“Aku tak minat!”

“Kau memang tak minat dengan lelaki, ek?”

Pertanyaan berlalu tanpa jawapan sebaik sahaja Tok Tok, Lian dan Donna kembali ke meja kami untuk meneguk minuman mereka. Mulut masing-masing heboh bercerita tentang pasangan menari yang baru dikenali. Make-up tebal yang dikenakan dicacatkan sedikit oleh peluh yang memercik pada wajah. Seperti diriku sendiri, mereka mengenakan gaun mini mengikut susuk tubuh masing-masing.

Mereka melabuhkan punggung mereka di sisiku. Mengangkat kening sesama sendiri sebaik sahaja melihat wajahku yang sedikit tegang.

“Kita datang sini nak enjoy. Yang kau buat muka macam tertelan siput sedut tu apahal, Reen?” Soal Lian sebaik sahaja menyedari persoalan yang bersarang di kepala teman-teman yang lain.

Aku angkat kening lantas mencampakkan fail di tangan ke meja. Segelas Coke aku capai dan aku sedut isinya. Tok Tok segera mencapai fail tersebut. Membaca isi kandungannya. Donna dan Lian tumpang sekaki. Dan akhirnya mula mengangguk faham. Anna berbisik-bisik dengan Donna. Bertanya apa yang telah dibacanya.

“Ni kes serba-salah la ni, ek?” Dugaan Tok Tok hanya mampu aku sambut dengan keluhan yang maha berat.

Empat orang temanku mula bersidang membincangkan hal berkenaan pembantu peribadiku yang terdahulu.

“Cik Munirah, a bright student who graduated from local university.”

“She’s already in waiting list to UK, remember? Ayah dan ibunya pensyarah universiti. Jadi PA hanya untuk mengisi masa lapang dan memenuhkan ruang pengalaman kerjanya aje.”

“Si Yusran, anak Datuk entah-siapa yang jadi PA semata-mata nak tackle Reen tapi akhirnya gigit jari bila Reen belasah dia...”

“PA apa yang pegang-pegang tangan dan nak peluk bagai? Memang patutlah si Reen ni bagi penumbuk. Bila mata dah jadi mata panda, barulah mamat tu letak jawatan!”

“Yang terakhir, Delia. Bekas setiusaha di sebuah syarikat terkemuka. Dah diintai oleh ‘jerung-jerung besar’ untuk memenuhi kuota isteri mereka.”

“Mereka semua ada satu persamaan.”

“Duit! Mereka berduit atau akan punya duit yang banyak. Jadi Reen tak payah nak fikir dua tiga kali untuk ‘kerjakan’ mereka sampai mereka berhenti.”

“Tetapi Cik Kesuma tidak. Ayahnya makan gaji. Emaknya surirumah tangga. Adik-beradik ramai... Cik Kesuma perlukan kerja dan duit untuk menyara keluarga serta menyekolahkan adik-adiknya. Hmm... Aku tak faham kenapa orang miskin mesti beranak ramai.” Donna menuturkan ayat terakhirnya perlahan. Seperti berkata kepada dirinya sendiri.

“Cik Kesuma tak berduit macam tiga orang PA kau yang dulu. So what, Reen? Kau tak suka dia jadi PA kau, so buat la sampai dia berhenti.”

“Oi, oi... Lian, kau tak faham lagi ke dengan Reen ni? Dia nampak aje... err...nakal... Tapi dia masih ada perikemanusiaan! Reen tak boleh buat Cik Kesuma berhenti kerja tanpa memikirkan nasib keluarganya di kampung. Boleh tak korang faham masalah Reen sekarang?” Anna adakalanya lebih memahami aku berbanding yang lain.

“Reen... Aku dah pernah beritahu kau, kan? Jangan lembut hati sangat. Kalau kau lembut hati, macam ni la jadinya.”

“Hei, Reen ketua kita, kan? Bukan ke kita kena suport semua keputusannya?”

Meja aku tepuk sekuat hati lantas berdiri. Masing-masing membuntangkan mata ke arahku.

“Dah habis cakap dah?”

“Ops...!” Lian menutup mulut.

“Ooo... Ooo...”

“Selagi aku tak minta pendapat korang, just stay the hell away from my problem!”

“Reen...”

Aku meninggalkan mereka.

“Reen, tak salah pun kalau kita berkongsi masalah, kan? Kitakan kawan!” Suara Donna sayup-sayup kedengaran dari belakang, bercampur-aduk dengan bunyi lagu yang dimainkan di P@r@Di$e, langsung tidak kuendahkan.

Langkah kaki aku halakan ke tandas. Imejku yang terbias di cermin dinding, aku pandang lama.

Perlukah aku ‘mengorbankan’ orang yang tak bersalah semata-mata untuk ‘menghukum’ orang yang pada pertimbanganku bersalah?

Aku benar-benar tiada jawapannya. Membiarkan Cik Kesuma terus menjadi pembantu peribadiku seperti membenarkan mama mengambilalih hidupku yang sekali ini. Mengikut apa sahaja yang direncanakan oleh mama di luar kemampuanku. Membuatkan Cik Kesuma berputus ada terhadap diriku dan memaksanya untuk berhenti kerja pula seperti menabur periuk nasi Cik Kesuma dengan pasir di tanganku. Seperti kata Anna, aku tak mungkin dapat melakukannya tanpa rasa bersalah terhadap ‘mangsa-mangsa’ kenakalan dan keinginanku untuk bebas.

“Argh...!”

Sudahnya, aku menumbuk dinding untuk melepaskan geram yang berbuku di dada. Beberapa orang ‘tetamu’ di restroom tersebut mengawasi tingkah-lakuku dengan pandangan mata masing-masing. Kemudian mereka cepat-cepat beredar dari situ. Mungkin mereka khuatir aku akan bertindak lebih agresif.

Kembali ke meja, aku lihat Tok Tok, Lian, Donna dan Anna bergosip tentang sesuatu. Sebaik sahaja terpandangkan aku, perbincangan mereka terhenti.

“Apahal?”

Mata aku larikan mengikut muncung mulut Donna. Yang lain turut memandang ke kaunter minuman dalam cahaya lampu kelam. Aku mengecilkan mata beberapa kali untuk mengenalpasti siapa atau apa yang dimaksudkan oleh Donna.

“Bukan ke itu Fatihah? Budak Form 4 kelas 3.” Lian mengungkapkan apa yang aku lihat.

“Junior.”

“Yang sorang lagi tu Zeti, kan?”

Dua orang perempuan yang berdiri di kaunter aku pandang lama. Fatihah dan Zeti... Masing-masing dengan jeans dan baby-t. Rambut yang biasanya diikat ekor kuda dilepaskan bebas. Badan mereka meliang-liuk mengikut rentak lagu yang berkumandang.

Ooo... Fatihah dan Zeti. Mula mengecam wajah mereka. Rekod kesalahan mereka hampir sama banyaknya dengan diriku sendiri. Sudah dua kali ibu bapa mereka dipanggil ke sekolah oleh pengetua. Masih segar di ingatanku wajah suram kedua-dua orang tua mereka menerima perkhabaran berkenaan tingkah-laku anak-anak mereka.

“Angah, selama ni angah ke mana? Cikgu kata Angah dah dua minggu ponteng. Duit yang ibu bagi hari-hari tu ke mana sampai Angah mencuri duit kawan?”

Suara lirih ibu Fatihah bagaikan terngiang-ngiang di telingaku. Menghantar rasa sakit ke dalam dada. Rasa cemburu menghimpit rasa. Tubuh Fatihah terasa kecil dalam pandangan mataku.

“Apa diorang buat lepas waktu sekolah, di luar waktu sekolah, di luar ‘bidang kuasa’ kita.” Tok Tok sudah mengalihkan pandangannya.

“Biarkan aje diorang.” Donna menepuk-nepuk bahu Lian. Lian mencemik dan kembali menari mengikut rentak lagu.

Tanpa sedar aku sudah pun melangkah dan menghampiri Fatihah dan Zeti.

“Wei, Reen! Kau nak ke mana pula tu?”

“Halau diorang!”

Empat pasang kening terangkat. Tiada bantahan atau komen keluar dari bibir mereka. Mereka bangun dan membontoti langkahku.

Lengan Fatihah aku cengkam dan tubuhnya aku tarik keluar dari P@r@Di$e. Tubuhnya aku tolak ke dinding.

“Hei, apahal ni?”

Zeti turut menerima nasib yang sama dari Lian. Anna, Donna dan Tok Tok membina ‘pagar’ agar mereka tidak dapat melepaskan diri. Fatihah dan Zeti memandang wajah kami yang bengis sebelum berpandangan sesama sendiri. Wajah mereka nampak keliru.

“Korang buat apa kat sini?” Soalku garang.

“Yang kau sibuk apahal?”

“Aku tanya kau jawab!”

“Suka hati la nak buat apa pun! Tempat ni bukan bapak kau yang punya!”

Zeti yang mahu melangkah mendekatiku, aku tolak kembali ke dinding. Dia mengaduh kesakitan.

“Aku rasa lebih baik korang jawab aje soalan Reen sebab dia bad mood hari ni!” Amaran Anna dibalas dengan cebikan.

“Korang ingat korang aje ke nak enjoy, kita orang pun nak jugak merasa enjoy kat sini. Kat sekolah mungkin korang berkuasa. Semua orang takut. Tapi ini bukan sekolah, babe! Korang jangan ambil peduli!”

Pipi Fatihah aku tampar sekuat hati.

Fatihah menyeringai kesakitan. Matanya buntang memandangku. Seakan tidak percaya dengan tindakanku.

“Sakit la, bodoh!”

Zeti terpaksa membatalkan hasratnya untuk mebantu Fatihah bila bahu dan tangannya dipegang kejap oleh Tok Tok dan Donna. Lian membelakangkan kami sebaik sahaja melihat perbincangan kami bukan sekadar perang mulut lagi. Matanya liar memerhatikan orang yang lalu-lalang. Anna seperti biasa tidak berminat untuk menyertai ‘kenakalan’ yang kami lakukan. Hanya bertindak sebagai pemerhati.

Batang leher Fatihah aku cekak dengan tangan. Tubuhnya aku henyak ke dinding.

“Kalau fasal korang, aku langsung tak nak ambil peduli. Aku cuma tak suka tengok muka korang kat sini! Buat aku hilang mood aje nak enjoy!” Kepala Fatihah aku tujah-tujah dengan jari telunjuk.

“Cool, Reen!” Bisik Lian ke telingaku.

“Aku tak mahu tengok muka kau kat sini atau mana-mana kelab lagi! Kalau aku terserempak dengan korang lagi, aku tak akan teragak-agak untuk seret korang balik ke rumah!”

Cengkaman tangan aku lepaskan. Fatihah terbatuk-batuk sambil memegang leher yang terasa perit.

“Blah!”

Tok Tok dan Donna melepaskan Zeti. Zeti segera mendapatkan Fatihah.

“Satu lagi!”

Zeti dan Fatihah mengangkat muka. Ada riak tak puas hati dan ketakutan pada wajah mereka.

“Aku tak nak korang ponteng kelas atau langgar mana-mana peraturan sekolah.”

Mereka diam.

“Sekarang blah!”

Zeti memapah Fatihah beredar dari situ.

“Apa semua tu, Reen?”

“Aku tak suka tengok orang lain lepak port kita! Buat sakit mata aje!”

“Ooo...”

“Tapi aku masih tak berapa faham la...”

“Bila aku cakap aku tak suka, maknanya aku tak suka...”

Bayang Fatihah dan Zeti yang semakin menghilang aku perhatikan.

Aku cuma tak suka tengok mak ayah diorang datang menangis-nangis ke sekolah...

“Lupakan aje la! Jom masuk! Malam masih muda so kita...”

“ENJOY!” Jerit mereka berempat.

“Korang masuklah! Aku nak balik! Dah tak ada mood!”

“Hek eleh...”

Telefon aku keluarkan. Nombor Pak Samad aku dail.

@~@~@~@~

Sarapan bersama papa atau mama, atau dengan kedua-duanya sekali merupakan acara yang jarang-jarang sekali berlaku di rumah besar ini. Boleh masuk dalam acara tahunan. Boleh dikira berapa kali jumlahnya kami berpeluang makan bersama dengan jemari.

Sarapan pagi bersama papa dan mama sama seperti sarapan berseorangan, tanpa kehadiran Mak Azah atau Pak Samad yang biasanya sengaja kupelawa untuk menghidupkan suasana.

Senyap.

Sunyi.

Sepi.

Hanya kutleri yang menyumbangkan bunyi tatkala berlaga sesama sendiri. Papa yang duduk di kepala meja di sebelah kananku, aku pandang. Bahagian kepalanya sudah ditutupi dengan senakhah akhbar yang diangkat tinggi separas dada. Sesekali dia menurunkan akhbar tersebut untuk menyuap apa sahaja hidangan yang diletakkan dalam pinggannya. Seandainya ada urusan pejabat yang memerlukan perhatiannya, papa langsung tidak teragak-agak untuk meneliti dokumen-dokumen perniagaannya di meja makan. Paling lama, lima belas minit masa yang diperuntukkan untuk bersarapan bersama aku dan mama. Habis masa tersebut, papa akan bergegas pergi ke pejabat.

Batang leher aku kalihkan pula ke bahagian kiri kepala meja. Mama duduk penuh tertib di situ. Dia kelihatan anggun dalam kurung moden yang beribu harganya. Rambut melepasi bahu dan diwarnakan, dibiarkan bebas. Wajahnya kelihatan cantik sekalipun hanya mengenakan solekan nipis. Sesuai dengan statusnya sebagai pengasas produk kecantikan. Ada sesuatu yang hilang pada penampilannya. Senyumannya. Mama hampir tidak pernah tersenyum ketika bersama aku dan papa. Seingat aku, kali terakhir aku lihat mama tersenyum pada tahun lepas ketika mama diberikan Anugerah Usahawan Wanita oleh satu persatuan yang dianggotainya.

Berbeza dengan papa, mama lebih teliti berkenaan makanan yang dihidangkan padanya. Perhatiannya tidak lepas dari pinggan di hadapannya. Seolah-olah sedang mencongak jumlah kalori setiap suapan yang bakal disuap ke mulutnya. Bosan dengan perlakuan tersebut, dia akan mengamati rasa makanan yang dihidangkan atau menelek kutleri yang ada di atas meja. Cuba mencari cela tugas sang pembantu rumah. Seandainya tidak menepati citarasanya, mama akan bergegas ke dapur untuk memarahi setiap seorang yang ada di situ sebelum kembali ke meja makan dengan bebelan yang panjang. Namun kebiasaannya mama akan tenggelam dalam dunianya sendiri bersama-sama PDAnya, menjawab panggilan berkenaan urusan perniagaan yang kurasakan terlalu awal untuk dilakukan. Beberapa saat kemudian, mama akan mengikut jejak papa; meninggalkan aku. Sendirian. Seperti selalu.

“Pengetua Reen nak jumpa mama dan papa di sekolah.” Suaraku bergema di ruang makan.

Mama mendengus perlahan. Roti bakar dicampakkan ke pinggan semula. Selera makannya sudah hilang.

Papa melipat akhbar di tangannya. Tidak minat untuk masuk campur.

“Ini dah kali kedua mama dan papa dipanggil. Sekolah buka tak sampai dua bulan pun lagi.” Pandangan tajam mama menikam mataku.

“Mama busy this week. Minggu depan mama nak ke Indonesia. Ada peluang perniagaan. Suruh papa aje pergi!”

Papa merenung tajam ke arah mama. Wajah masing-masing ‘ketat’.

“Kenapa nak libatkan saya pula? Hal anak awak, awak la yang uruskan!” Garau suara papa menegaskan ketidaksudiannya. Briefcase di kaki kerusi dicapai dan papa terus berlalu pergi ke pejabatnya.

“Mama pun tak akan pergi. Muka mama ni dah naik tebal mengadap muka cikgu kamu!”

“It’s okey!”

Kerusi aku tolak ke belakang. Beg sandang aku sangkutkan ke bahu. Bersedia untuk ke sekolah.

“Reen boleh selesaikan masalah Reen sendiri!”

@~@~@~@~

Ada banyak benda yang aku tak faham dalam dunia ini. pertama, kenapa aku dipilih menjadi ketua kumpulan The Girls sedangkan aku merupakan anggota yang paling junior dalam The Girls. Aku masih ingat lagi, aku baru sahaja berpindah ke sekolah itu pertengahan tahun lepas. Kebetulan ketua mereka sudah berpindah ke luar negara mengikut keluarganya. Ketika itulah mereka bertemu denganku yang sedang bergaduh dengan beberapa orang pelajar. Pergaduhan yang bermula dengan salah faham akhirnya ditamatkan skill taekwando tali pinggang kuning milikku.

Kau budak baru, kan?”

Empat orang pelajar perempuan mengerumuni aku sebaik sahaja dua orang ‘mangsa’ku terhencot-hencot melarikan diri. Aku memandang mereka seorang demi seorang.

“Kalau ya, kenapa?” Jawabku acuh tak acuh. Lipatan lengan baju aku perbetulkan. Bersedia untuk pusingan kedua.

“Kau berani!”

“Kuat.”

“I’d say fun!”

“Reckless...”

Hanya seorang yang tidak mengeluarkan komennya. Wajah polosnya takut-takut memandang wajahku. Follower...

“Aku tak ada masa nak dengar orang yang tak berapa kenal aku komen tentang aku, okey!”

Saat aku melangkah pergi...

“Would you like to be our leader?” Pelajar yang berambut pendek menuturkan hasratnya.

Si muka polos ternganga.

“Aku tak minat!”

“Kau perlukan kawan. Kami perlukan ketua.”

“Apa kata kau fikir dulu sebelum bagi jawapan pada kami, Qaireen Hafiya?”

Di situ bermulanya persahabatan antara aku dan mereka. Sehingga hari ini, dah hampir setahun aku menjadi ketua mereka. Jadi ketua mereka seumpama menjadi diriku sendiri sahaja. Bila bersama kami menjadi semakin ‘kuat’. Dan digeruni. Kami sependapat tentang sekolah dan peraturannya. Rules are made to be broken. Peraturan menyekat kegembiraan dan keremajaan kami.

Kami bergerak secara berkumpulan dan punya cerita tersendiri yang menyebabkan kami bersatu membentuk kumpulan budak nakal, The Girls. Secara amnya, cerita kami hampir serupa; kami anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa kerana mengejar harta dunia. Kecuali aku, masing-masing berkongsi cerita dengan anggota The Girls yang lain mengurangkan beban yang ditanggung. Aku masih belum mampu berbuat demikian. Enggan menceritakan hal peribadiku secara terperinci bukan bermakna aku tidak mempercayai mereka. Masih takut untuk memperlihatkan diriku yang sebenar. Mungkin kerana tempoh perkenalan kami yang singkat. Mungkin juga kerana aku tak bersedia untuk berbuat demikian.

Apapun, aku mempunyai empat orang kawan; Lian, Tok Tok, Anna dan Dona. Mereka adalah kawan sehidup semati aku di sekolah ini. Dan mungkin untuk seumur hidupku ini.

Persoalan kedua yang bersarang dalam kepalaku sejak sekian lama adalah mengapa mama dan papa begitu membenci diriku. Bukankah aku ini anak mereka?

Papa tidak mengendahkan kewujudan aku yang duduk di tengah-tengah meja makan. Berita-berita di akhbar atau dokumen-dokumen dari pejabatnya lebih penting dan menarik berbanding aku, satu-satunya zuriatnya. Walaupun kami berada di ruangan yang sama, walaupun dia sedar akan kehadiranku, aku padanya seperti udara yang tidak kelihatan zahirnya.

Mama mengabaikan kehadiranku. Mama hanya berminat pada hal-hal berkaitan dengan perniagaannya, makanan yang diambilnya, bagaimana hendak mengekalkan susuk tubuhnya yang langsing, serta mencari kesalahan semua orang yang berada di sekelilingnya.

Kami hanya akan kelihatan seperti sebuah keluarg bahagia di hadapan rakan-rakan mama dan papa atau dalam majlis-majlis formal tertentu. Kenapa kami tidak boleh jadi seperti keluarga yang lain? Yang setiap pertemuannya dihiasi gelak tawa dan berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada kami. Yang berkongsi rasa dalam apa jua keadaan; suka atau duka. Kenapa?

“Ahh...”

“Huh?”

“Habis la...”

Suara-suara halus membuatkan aku kembali ke alam nyata. Lapan orang ‘nerd’ sedang memerhatikanku dengan mata yang bulat dan mulut berbentuk ‘o’. Masing-masing memakai pakaian lusuh yang kelihatan saling tak ubah seperti tukang kebun. Wajah polos dan kebudak-budakan mereka sahaja yang berjaya menyakinkanku bahawa mereka adalah seusia denganku.

Anak mataku melilau melihat keadaan sekeliling. Tiada sebarang bangunan di hadapanku. Hanya ada tanah lapang yang dipagari kawat besi, memisahkan kawasan lapang tersebut dengan kawasan bukit yang ditumbuhi pokok-pokok sebesar pemeluk.

Eh, aku kat mana ni? Bukan ke aku masih di sekolah? Tapi ini dekat mana?

“Al...la...mak...!”

“Sia-sia usaha kita...”

Kali ini tumpuan mereka pada tanah di tempat aku berpijak. Aku tunduk. Aku lihat kasutku sudah dikotori tanah. Sebelah kaki aku angkat. Ada sesuatu berwarna hijau di bawah tapak kasutku. Timbunan tanah yang membentuk seperti batas sudah hampir rata dan dipenuhi dengan tapak kasutku. Benda hijau yang pada pandanganku kelihatan seperti daun bersepah-sepah di sana-sini.

Huh? Apakah ini?

“Aku rasa kau sesat! Mungkin ini akan buat kau sedar di mana kau berada.”

SPLASH!

Dalam sekelip mata tubuhku, dari bahagian kepala hingga ke kaki, sudah dibasahi dengan air yang baunya tak dapat aku ungkapkan tahap kebusukannya.

Sebelum sempat aku bereaksi, baldi plastik biru sudah ditelangkupkan di kepalaku. Bahagian bawah baldi diketuk sekuat hati.

“Lariii...!”

Sunday, January 16, 2011

Katakan Dengan Indah Part 4


Bab 4 : White Lie

Jemariku menari bebas pada mata piano. Lagu yang dimainkan bergema ke segenap ruang banglo mewah. Not-not muzik yang diletakkan di hadapan langsung tidak aku endahkan. Lagu itu sudah sebati dalam jiwaku. Not-not muziknya sudah kuhafal.

Seorang wanita berusia awal 30-an setia berdiri di tepi piano berwarna putih. Memandang dan mendengar dengan penuh minat walaupun lagu tersebut sudah tiga kali aku mainkan semenjak setengah jam yang lalu. Menunggu dan terus menunggu kesediaanku untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari itu.

“Cik Qaireen, boleh kita mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini?” Suara Puan Sarah sedikit tinggi dari nada biasanya. Cuba menandingi bunyi piano.

Aku menoleh. Memandang Puan Sarah lalu tersenyum.

“Kenapa puan belajar main piano?”

“Ya?”

Puan Sarah tercengang mendengar soalanku. Biasanya aku berat mulut untuk berbual dengannya. Aku lebih suka berdiam diri. Mendengar ajarannya dan melakukan seperti yang disuruh. Atau terus menghilangkan diri dari menghadiri kelasnya.

Bunyi pen jatuh memaksa mataku untuk mengerling ke penjuru ruang tamu. Seorang wanita pertengahan 20-an duduk di salah sebuah sofa yang ada di situ. Cik Kesuma memerhatikan kami dengan penuh minat. Mahu tahu setiap butiran untuk dilaporkan kepada mama. Cermin mata berbingkai hitam diperbetulkan letak duduknya di hidung. Jelingan tajam yang dihadiahkan olehku membuatkan dia tunduk mengutip pennya sebelum mencatatkan sesuatu di dalam organisernya. Berpura-pura tidak berminat dengan perbualan kami lagi.

“Kenapa puan belajar main piano?” Soalan yang aku ulang semula.

“Kerana minat.” Ringkas jawapan Puan Sarah.

Aku tersengih. Minat? Aku langsung tak punya minat nak bermain piano. Semuanya idea mama. Katanya semua anak orang kaya dihantar ke kelas piano. Semacam satu kemestian pula jadinya agar kami tidak disisihkan oleh golongan elit yang lain.

Aku hanya ada satu sebab untuk bermain piano. Hanya ada satu.

Puan Sarah memandangku.

“Saya perasan, Cik Qaireen selalu mainkan lagu ini. Adakah Cik Qaireen mahu mainkan lagu ini untuk seseorang? Mungkin untuk special someone...”

Mendengar kata-kata Puan Sarah, secara automatik sepuluh jariku menekan mata piano. Bunyi kuat yang terhasil menyebabkan Puan Sarah dan Cik Kesuma mengerutkan wajah masing-masing.

“Kelas tamat!” Ujarku dengan wajah masam. Aku bangun dan berlalu ke tangga.

“Tapi Cik Qaireen, Datin dah amanahkan saya untuk pastikan Cik Hafiya tak ponteng mana-mana kelas...”

Langkahku mati.

“Saya penat! Mungkin kita patut sambung pelajaran kita pada kelas akan datang!” Keras suaraku membantah.

“Cik Qaireen...” Kali ini suara Cik Kesuma yang kedengaran.

Have you ever heard of white lie? It’s a minor or unimportant lie. Penipuan yang dilakukan untuk keselamatan, kegembiraan atau mungkin untuk bersikap sopan dengan seseorang. White lie is told when needed, especially in this kind of situation.”

Aku pandang wajsh Cik Kesuma dan Puan Sarah dengan hujung ekor mata.

Mama won’t be home at least in two weeks time. She will never know if no one tell her. So, keep your mouths shut! Unless, you want to lose your jobs...” Ugutku.

Anak tangga aku panjat satu-persatu. Puan Sarah dan Cik Kesuma hanya mampu memandangku dengan wajah terkilan.

“Saya perasan, Cik Qaireen selalu mainkan lagu ini. Adakah Cik Qaireen mahu mainkan lagu ini untuk seseorang? Mungkin special someone...”

Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telingaku.

That special someone....

Telefon di tangan aku tekan keypadnya.

“Korang kat mana?” Soalanku disambut dengan jeritan nyaring. Aku tersengih. Mengerti kehadiranku dialu-alukan.

That someone...

... is no one...

Now...

@~@~@~@~

“Mak Azah! Dah siap ke belum?!”

“Kejap! Kejap!” Suara Mak Azah bergema-gema dari dalam bilik air. Aku garu kepala. Ala, apa fasal lambat sangat Mak Azah ni bersiap?

Nombor telefon Tok Tok aku dail. Tak sampai dua saat, panggilanku disambut oleh Tok Tok.

“Reen? Bukan ke kau ada kelas balet?” Suara Tok Tok, angin dan bunyi enjin kereta berebut-rebut masuk ke corong telingaku. Aku tersengih. Dapat mengagak apa yang sedang dilakukan oleh mereka sekarang. Ni mesti kes Lian curi-curi bawa keluar kereta sport bapak dia ni! Pulak tu sengaja pilih yang boleh buka bumbung. Kalau reti bawa ikut had laju tak apa juga, ni ikut sedap kaki dia aje nak tekan minyak. Kalau ada niat nak set rambut atau pakai rambut palsu, sekadar pasang niat dalam hati aje la. Sebab bila tiba tempat yang dituju, rambut dah rupa rambut singa.

“Kelas balet? Will be cancel by me!

What? Sekali lagi? Patut la kau tak habis-habis belajar. Asal kelas aje nak memonteng.” Bebelan Dona tenggelam timbul dek deruan angin.

“Aku tak tahu kenapa aku harus berdiri dengan hujung kaki sedangkan aku ada tapak kaki yang sempurna dan cantik. No crack. Apatah lagi ketuat!”

“Haha!” Gelak tawa empat orang rakanku di hujung talian.

Almari pakaian aku buka. Menyelongkar isi di dalamnya. Sehelai demi sehelai baju aku keluarkan.

“Itulah seninya, Reen!”

“Banyak la kau punya seni! Mungkin aku bukan orang halus yang tahu menilai seni. By the way, boleh tak suruh Tok Tok pecut kereta dia ke sini sekarang?”

“Tok Tok okey aje. Cik Nilam Kesumawati?”

Nama irama macam orang zaman kegemilangan Melaka tu memang memeningkan kepala bila disebut masuk ke telinga. Bukan hanya kerana memikirkan dari mana mak dan ayahnya beroleh idea untuk menghasilkan nama sedemikian rupa, tetapi juga kerana kebuntuan untuk mencari helah demi menggagalkan amanah dari Datin Mariah padanya.

“Personal Assistant (PA) kau tu terlebih dos kalibernya. Boleh ke kau lepas dari pandangan dia?” Sambung Tok Tok bila aku tidak menjawab.

“Fasal dia, kau jangan risau. Aku dah ada plan baik punya untuk dia. Sekarang aku nak korang sampai sini tepat pukul 10.18 pagi. Boleh?”

“Wei, sekarang ni dah pukul 9.50 pagi! Sempat ke, Li?”

“Beres!” Jerit Lian.

Seketika kemudian aku terdengar bunyi tayar kereta berdecit bergeser dengan tar jalan. Dan suara ketakutan Tok Tok kedengaran semula di telingaku.

“Err... Kau get ready aje la. Aku rasa kita orang sampai lebih awal dari tu kot. kau tahu je la bila Lian dah disampuk hantu Hamilton. Dibuatnya jalan ni macam jalan bapak dia aje!”

Good!

Talian aku matikan. Jam dinding aku jengah mukanya. Dah tak ada masa.

“Mak Azah!”

Serentak itu juga Mak Azah keluar dari bilik air. Wajahnya nampak ragu-ragu dengan pakaian yang dipakainya. Aku tersenyum melihat penampilan Mak Azah. Mak Azah tanpa baju kurung Kedah dan kain batiknya memang tampak berbeza.

“Mak Azah rasa baju ni...” Ayat Mak Azah terhenti di situ. Baju kurung moden yang dipakainya ditarik ke kiri dan kanan. Seperti ada yang tidak kena dengan baju tersebut.

“Baju tu memang sesuai dengan Mak Azah.”

“Reen tak rasa over sangat ke?”

Aku geleng kepala. Baju kurung warna coklat bercorak abstrak dengan hiasan manik di bahagian leher dan pergelangan tangan itu sememangnya terlalu cantik jika hendak dibandingkan dengan pakaian yang ada dalam almari Mak Azah. Baju ini hadiah dari aku buat Mak Azah. Mak Azah dalam kamus hidupku bukan sekadar pembantu rumah. Dia pengasuhku. Ibu yang membesarkanku.

“Reen nak bawa Mak Azah pergi mana sebenarnya ni?”

Jari telunjuk aku goyang ke kiri dan kanan.

“Bukan, Reen. Tapi Pak Samad yang akan bawa Mak Azah.”

Dahi Mak Azah berkerut.

“Pak Samad kamu?”

Aku ketawa kecil melihat wajah terkedu Mak Azah. Sweater di atas katil segera aku capai dan aku pakaikan ke tubuh molek Mak Azah. Muka Mak Azah berkerut lagi.

“Mak Azah boleh tanggalkan sweater ni lepas 10 minit. Okey? ”

Mak Azah mengangguk dengan muka bingung. Aku berlari ke tingkap. Menjenguk ke bawah. Cik Kesuma masih sibuk berbual di telefon. Dari gaya percakapannya, aku tahu dia sedang bercakap dengan mamaku.

“Kita ke garaj kereta sekarang.”

Tangan Mak Azah aku tarik. Mak Azah hanya akur mengekoriku ke garaj.

“Mak Azah masuk dalam kereta dan suruh Pak Samad terus jalan, okey?” Arahku.

“Mak Azah takutlah! Kalau mama Reen tahu mesti teruk Mak Azah dan Reen kena marah.”

Aku senyum. Mengerti kegelisahan Mak Azah yang berasas.

“Reen memang sengaja nak buat mama marah, Mak Azah.”

“Reen...” Ujar Mak Azah sayu. Mengerti maksud ayatku. Tanganku digenggamnya.

“Mak Azah kan dah janji nak tolong Reen, kan?” Aku masih tersenyum. Langsung tidak terganggu dengan ayatku sendiri. Mak Azah mengangguk dengan mata yang berair.

“Terima kasih, Mak Azah!”

Mak Azah menepuk bahuku sebelum berjalan laju ke kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Pak Samad terus memecut laju Mercedes-Benz hitam meninggalkan perkarangan banglo. Apa yang berlaku seterusnya adalah seperti yang aku rancangkan. Cik Kesuma tersedar yang dia sudah ditinggalkan oleh Pak Samad ketika kereta sudah melepasi pagar rumah. Sweater yang aku pakaikan pada Mak Azah telah berjaya memperdayakan pandangan Cik Kesuma. Dia segera berlari ke arah kereta Kancil miliknya di bahu jalan. Menghidupkan enjin lantas mengekori Mercedes-Benz yang dipandu oleh Pak Samad menuju ke pusat bandar.

Kereta sport milik Lian menjalar luar pagar rumahku. Aku segera melompat masuk ke tempat duduk yang dikhaskan buatku; di bahagian belakang, di antara Anna dan Donna.

“Right on time, Li!” Pujiku. Lian angkat bahu. Berbangga dengan pencapaian dirinya sendiri.

“Tengok kaki la, beb!”

Pedal minyak ditekan.

“Miss busy-body?” Soal Anna. Bertanyakan tentang Cik Kesuma yang dah dua minggu mengekoriku ke sana ke mari seperti yang telah digariskan oleh mamaku dalam senarai tugasnya.

“Dah ikut Mak Azah ke ‘kelas balet’!” Jawabku sinis.

“What? Kau hantar Mak Azah ke kelas balet?”

Bunyi tawa Lian, Anna, Donna dan Tok Tok seperti bunyi mercun papan. Lantang dan bersambung-sambung.

“By the time dia sedar yang Pak Samad bukan ke kelas balet dan Mak Azah menyamar sebagai aku, semuanya dah terlambat. Dia dah hilang jejak aku.”

Smart.

“Kau suruh Pak Samad bawa Mak Azah ke mana sebenarnya?”

“Aku dah tempah restoran lima bintang untuk mereka sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-30 tahun. Plus, percutian tiga hari dua malam ke mana-mana resort pilihan mereka.”

“Wow! So romantic.”

Aku tersengih mendengar pujian mereka. Telefon bimbit aku keluarkan dari poket jeans.

Now, what?

Kening aku angkat. Tiga pasang mata menunggu jawapanku. Mata Lian memerhatikanku dari cermin pandang belakang kereta.

“Hello! Polis? Saya nak laporkan kecurian kenderaan. Kereta kancil warna putih. Plate number...

Empat mulut terlopong. Empat pasang mata bulat memandangku dengan wajah tidak percaya.

“Kau nak tuduh Cik Kesuma curi keretanya sendiri?” Suara nyaring Anna membingitkan telingaku. Aku hanya tersengih.

Ini permainan mama... And I hate to lose!

“Jangan risau. Dia tak akan kena tangkap... err... dalam jangka masa yang lama.”

“Sadistic! Very sadistic, Reen! Tapi kami suka!”

Followers