Showing posts with label cinta kau dan aku. Show all posts
Showing posts with label cinta kau dan aku. Show all posts

Monday, September 29, 2008

Cinta Kau dan Aku 9

Kereta Kelisa merah hati ku pandu perlahan-lahan. Mana nak parking ni? Penuh sesak kawasan parking. Ni la antara sebab aku malas nak bawa kereta ke mana-mana. Malas nak cari tempat parking. Leceh! Sempat aku menjenguk-jenguk keadaan sekeliling sekolah lama aku ni... Walaupun suasana agak suram, cuma diterangi lampu jalan, namun aku dapat lihat banyak perubahan telah berlaku dan ada dua buah bangunan baru telah didirikan. Landskap sekolah ni pun dah semakin cantik. Time aku dah abis sekolah barulah nak hias sekolah ni cantik-cantik...

Ha! Akhirnya aku jumpa satu tempat kosong kat belakang dewan sekolah. Aik...Napa macam kecik je tempat parking ni? Hampeh punya kereta Satria Gti! Parking sampai makan dua petak parking. Macam mana bleh lulus JPJ ni? Kalo aku, aku gagalkan aje budak ni... Dengan skill-skill yang aku ada dan kelebihan keretaku ini, akhirnya berjaya jugak aku parking sebelah Satria Gti tu. Nak cair make-up aku meng‛adjust’ kereta... Selepas mengunci pintu, aku membetul-betulkan kedudukan rambut dan dress labuh yang aku pakai. Kemudian kereta di sebelah aku pandang dengan rasa geram. Menyusahkan orang je! Bukk.... Amik ko tendangan perempuan Melayu terakhir aku! Aku tersenyum. Baru puas hati aku!

“Woit! Apa ko wat dengan kereta aku tu ha?”

Alamak! Jeritan seseorang dari tepi dewan mengejutkan aku. Aku tak perasan pun ada orang kat situ tadi. Apalagi, aku tanggal kasut tumit 3 ½ inci aku, angkat dress dan lari sepantas kilat menuju ke pintu utama dewan. Selamat! Untung aku ratu pecut sekolah dulu...

“Anis? Anis, kan?”

Tegur seseorang. Aku yang leka memakai kasut, angkat kepala. Topeng yang dikenakan membuatkan aku sukar meneka siapa gerangannya di hadapanku ini. Tapi suara tu... Topeng yang dipakai dibukanya perlahan-lahan.

“Humaira’!” Jeritku kuat. Macam tak ingat dunia. Segera aku peluk Humaira’. Humaira’ pun macam tak nak lepaskan aku je.

“Eh, ko dah kurus lah Humaira’! Dah pandai bergaya dan cantik...” Pujiku bila pelukan kami lerai. Aku lihat Humaira’ dari atas ke bawah. Humaira’ pun begitu. Humaira’ tak montel macam dulu lagi. Dia dah kurus dan bertambah cerah. Tudung selendang yang dipakainya menambahkan lagi keayuannya. Satu perubahan besar ku kira. Humaira’ cuma ketawa senang mendengar pujianku. Kembang semangkuk lah tu...

“Ko pun dah bertambah cantik. Dress yang ko pakai ni betul-betul sesuai dengan ko dan tema masquerade party kita malam ni! Ada ‘orang’ yang tak tidur malam la malam ni nampaknya...”

Seseorang? Seingat aku, sejak hari tu lagi Humaira’ berkias-kias fasal ‘seseorang’ ni... Sapa yang dimaksudkan ek? Curiousnya aku... Aku mengenakan topeng samaranku. Humaira’ memaut lenganku dan kami beriringan masuk. Aku lihat hampir separuh dewan mengenakan topeng seperti aku dan memakai costume. Bagi yang sudah berkeluarga, mereka diberi kelonggaran. Menurut Humaira’, mereka boleh memilih sama ada ingin memakai topeng dan costume atau tidak kerana mereka perlu menguruskan pasangan dan anak-anak. Sekiranya memakai costume, sudah pasti pergerakan mereka akan terbatas. Apabila menyedari kehadiranku, Humaira’ dan aku mula dikerumi oleh ex-classmate kami. Ada yang datang sendiri. Ada yang berdua. Ada juga yang bertiga dan berempat. Semua ingin bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita kehidupan setelah enam tahun berpisah.

*******************************************************************************

Dalam kesibukan aku berbual dengan Aliah, Shima dan Khaizara, sempat aku memandang ke sekeliling dewan. Mencari seseorang. Di mana Azira? Pasti Amir akan ada bersamanya. Tabahlah hati...

“Azira datang tak?” Soalku pada mereka. Pasti mereka lebih arif memandangkan mereka tiba lebih awal berbanding aku. Masing-masing memanjangkan leher mencari Azira di sekitar dewan.

“Datang! Tadi aku nampak dia dengan tunang dia kat pintu masuk dewan.” Jawab Khaizara. Tersentak aku. Tunang? Azira dah bertunang? Napa Humaira’ tak pernah cerita apa-apapun pada aku? Bertunang dengan Amir kah?

“Mungkin dia kena sambut tetamu kot. Jom Anis, meja awak kat sana. Mari saya tunjukkan...”

Aku mengikut Aliah ke meja yang dimaksudkan. Eh, ni betul-betul depan pentas. Betul ke ni? Biasanya meja AJK dan orang penting-penting je kat sini. Belum sempat aku bertanya Aliah, dia dah lesap. Khaizara dan Shima pula sibuk menguruskan anak-anak mereka yang merengek mahu itu dan ini. Kawan-kawan lain semua sibuk berbual sesama sendiri atau bersama pasangan masing-masing. Cuma aku yang termangu-mangu sendirian. Humaira’ entah ke mana. Mungkin sibuk memastikan kelancaran majlis malam ini. Shafiq? Tadi aku ada aku nampak Shafiq. Tapi dia cuma sempat mengangkat tangan sebelum bergegas pergi apabila dipanggil oleh Anuar. Hmm... Apa aku nak buat ni?

*******************************************************************************

“Anis!” Jerit seseorang sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam toilet. Bulat mataku memandang orang yang memanggilku.

“Azira!” Kami berpelukan seketika.

“Tak sangka jumpa ko dalam toilet pulak selepas enam tahun kita tak jumpa! Rindunya aku kat ko!” Katanya. Aku tersenyum. Azira dah bertambah cantik dan cerah. Dah macam model Fair & Lovely pulak aku tengok... Cun habis!

“Aku mesej-mesej ko tak reply. Email pun tak balas...” Balasku dengan nada seakan-akan merajuk. Azira senyum dan tertunduk. Seperti mengakui kesilapan diri. Kemudian dia memeluk bahuku.

“Sorilah kawan... Aku bukan tak nak balas tapi sibuk. Lagipun aku tengah kumpul duit sekarang. InsyaAllah, lima bulan dari sekarang aku akan kahwin. Ko mesti datang tau! Hari tu masa tunang aku tak sempat nak ajak ko sebab kami wat tergesa-gesa. Kami wat kenduri kecik je. Tunang ekspres kata orang!”

Aku terdiam. Entah kenapa aku terasa seperti hatiku disiat-siat apabila Azira bercerita perihal tunangnya yang sudah tidak sabar-sabar menunggu hari perkahwinan mereka.

“Eh, okey lah! Dah lama aku kat sini. Nanti ‘abang’ aku tercari-cari pulak. Nanti kita jumpa kat dewan, okey! ‘Abang’ aku tu dah tak sabar-sabar nak jumpa ko! Rindu katanya. Aku pergi dulu ek...”

Azira terus berlalu pergi. Azira nak kahwin lagi lima bulan. Azira nak kahwin dengan Amir lagi lima bulan... Tapi kenapa Amir masih ‘rindu’ nak bertemu denganku, seperti kata Azira tadi? Tiba-tiba hatiku jadi sedih. Tak lagi seceria macam mula-mula aku jumpa Humaira’, Azira dan kawan-kawan yang lain tadi...

*******************************************************************************

Dengan langkah yang berat, aku kembali ke dewan. Gelak ketawa sekumpulan lelaki di suatu sudut menarik perhatianku untuk memerhatikan mereka. Lima orang kesemuanya. Sukar ku pastikan siapa mereka kerana mereka berdiri nun jauh di bahagian hadapan dewan dan masing-masing mengenakan topeng samaran. Salah seorang daripada lelaki-lelaki itu merenung dan mengamatiku. Memerhatikan aku yang berjalan menuju ke mejaku. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang masih rancak berbicara. Apahal dia pandang aku semacam je ni? Ada tanduk ke atas kepala aku ni? Ke baju aku koyak? Aku menelek-nelek bajuku. Kemudian aku keluarkan pula bedak compact. Nak tengok cermin. Mana tau kot-kot lipstick aku senget ke...

“Ops...! Sori... Saya tak sengaja!” Entah macam mana aku boleh terlanggar waitress yang sibuk menguruskan meja buffet. Nasib aku tak bermandikan mushroom soup yang dibawanya. Ni lah gara-gara asyik memerhatikan lelaki tadi...

“Eh! Irah! Apa Irah wat kat sini?” Nadhirah yang lengkap berpakaian seperti waitress tersenyum bila menyedari aku yang melanggarnya.

“Irah keje. Cari duit poket sikit time cuti-cuti ni. Ui... Cantiknya Kak Anis! Mesti ada orang tak lena tido malam ni...!”

“Sapa pulak yang tak lena tidur ni? Irah...”

“Eh, okey la Kak Anis! Irah kena keje. Abang dah jelling semacam je tu!” Abang? Aku pandang sekeliling. Aku lihat Shafiq seperti menjengil-jengilkan matanya ke arahku dari atas pentas. Eh, apahal pulak Si Shafiq tu? Belum sempat aku bertanya, Nadhirah sudah bergegas pergi meninggalkanku.

*******************************************************************************

“Anyss Sophyllya...”

Tegur seseorang dari belakang. Tidak perlu berpaling ke belakang kerana aku sudah tahu pemilik suara itu. Namun sebagai menghormatinya, aku tetap berpaling dengan senyuman yang cuba ku maniskan. Di situ berdiri seorang lelaki yang asyik memerhatikanku semasa aku masuk ke dalam dewan tadi. Dan lelaki itu... Amir? Amir Faiesal... Lelaki yang amat ku rindui selama enam tahun ini. Lelaki yang kerap hadir dalam mimpi-mimpiku. Lelaki yang pertama mengajarku erti cinta dan rindu. Aku mencari Azira di belakangnya tetapi tiada.

Amir tersenyum senang. Mungkin gembira kerana dugaannya betul. Atau mungkin juga gembira dengan kedatanganku malam ini. Amir masih seperti dahulu. Tenang dan sentiasa tersenyum. Jika dahulu dia kelihatan cute seperti kata Azira tetapi malam ini dia kelihatan kacak dan matang dengan tuxedo hitam ala-ala putera raja di zaman purba kala. Dan topeng yang dikenakan di bahagian mata membuatkan dia bertambah kacak dan menarik. Sekali pandang, kami seolah-olah berpasangan kerana aku turut mengenakan gaun hitam bersulam benang emas sepertinya. Dengan sedikit hiasan di baju, di leher dan rambut, aku kelihatan ‘manis’ seperti kata mama ketika aku keluar dari bilikku tadi. Aku agak terganggu dengan topeng samaran yang dipakai oleh Amir. Entah mengapa, mungkin kerana ia membataskan mataku untuk melihat wajahnya.

“Amir Faiesal...” Ucapku perlahan seraya menundukkan sedikit badanku. Tanda menghormati kehadirannya. Selebihnya aku malu kerana diperhatikan dengan tajam oleh Amir. Keadaan sekeliling yang agak bising dan sibuk sedikit pun tidak mengganggunya. Dia terus menerus memerhatikanku. Seakan-akan ingin melepaskan rindu yang terbuku di hatinya. Mungkin benar kata Azira, tunangnya ini merinduiku. Tapi untuk apa? Bukankah dia sudah ada Azira?

“You look so beautiful tonight. Thanks for coming…” Ujarnya lembut. Romantis sekali.

“Thanks. Ermm… Azira mana?”

Amir kelihatan sedikit terganggu apabila aku menyebut nama Azira. Aku terdengar suara Shafiq membuat pengumuman majlis akan dimulakan sebentar lagi dan meminta kami mengambil tempat duduk. Perhatian kembali aku tumpukan kepada Amir apabila jari-jemarinya memegang jari-jemariku.

“Cinta saya pada awak masih tidak berubah, Anis. Masih sama seperti enam tahun dulu. Even growing stronger each and everyday. Tiada sesiapapun yang dapat menggantikan awak dalam hati saya. Sudilah kiranya awak menjadi ratu dalam hati saya kini...”

“Maafkan saya, Amir. Jawapan saya tetap sama. Saya tidak akan merampas ‘hak’ kawan baik saya. Biarlah saya berkorban. Saya tidak sanggup mengkhianati kawan baik sendiri.”

“Saya bukan kepunyaan sesiapa. Kalo pun saya milik orang, hati saya tetap milik awak.”

Huh! Mudahnya bercakap. Itulah lelaki... Cintanya ibarat mesin fotokopi. Boleh difotokopi sebanyak mungkin. Lelaki tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Dan akhirnya perempuan di sisinya yang akan menderita.

“Anis, boleh tak awak lupakan tentang Azira dan mula fikir tentang diri awak sendiri. Tentang hati dan perasaan awak. Tentang keinginan awak. Please, listen to your heart. Biarkan Azira...”

“Biarkan Azira hanyut dengan perasaannya sendiri? Mudahnya awak bercakap. Semudah ABC. Kalo lah semua benda dalam dunia ni semudah itu, Amir Faiesal!” Tempelakku. Amir kelihatan agak tertekan dengan situasi kami.

“Amir! Anis! Sila duduk di meja yang telah ditetapkan, ya! Acara dah nak mula ni...” Ujar Shafiq dari atas pentas. Semua mata merenung ke arah kami. Adoi, malunya aku! Dalam keadaan terpaksa aku duduk di meja yang disediakan. Bersebelahan dengan Amir. Dan acara majlis malam itu pun bermula. Aku berpura-pura gembira sepanjang majlis berlangsung walhal hatiku masih berbuku dengan sikap dan kata-kata Amir sebentar tadi. Layanan, tutur kata dan renungan Amir yang begitu romantis terhadapku di sepanjang majlis menambahkan lagi kebengangan aku terhadapnya.

*******************************************************************************

“Aku harap ko enjoylah dengan majlis yang kami wat ni... Aku dan Humaira’ dah buat yang terbaik tau! Aku harap ko tak lari-lari lagi bila kami wat reunion lain kali...! Aku nak tanya sikit. Kenapa ko macam nak jauhkan diri daripada kita orang ek? Lepas ko pindah, sekali pun ko tak pernah datang sini kecuali masa nak amik result... Ada benda yang kami tak tau ke? ”

Aku yang tadinya rancak berbual terdiam bila mendengar kata-kata Shafiq. Tiada sebarang balasan mampu ku berikan kepadanya. Aku cuma tersenyum ke arah Shafiq, Humaira’, Amir dan tablemate kami yang memandangku seolah-oleh mengharapkan jawapan daripadaku. Aku pandang Shafiq yang duduk di sebelah Humaira’. Bertambah kacak. Dan dia tak lagi lembik macam dulu. Dah tough dan bergaya. Sapa sangka ek, Shafiq Gorilla dah jadi macho man sekarang. Tapi mulut masih laser macam dulu! Aku segera mengalihkan pandangan kepada Humaira’ apabila mataku bertentangan dengan Amir secara tidak sengaja.

“Humaira’! Napa Azira tak duduk semeja dengan kita?” Bisikku pada Humaira yang duduk di kiriku. Humaira’ yang leka memotong ayam menoleh ke arahku.

“Apalah ko ni, Anis! Orang dah ada tunang mestilah duduk dengan tunang dia.”

Tunang? Tapi dari tadi Amir duduk sorang-sorang aje kat sebelah aku ni... Siap nak ‘main kayu tiga’ lagi dengan aku. Nasib baik aku ni kawan yang baik... Aku wat-wat tak layan aje kat dia. Memang kesian kat dia, tapi apa nak buat kan? Dia milik orang. Tapi memang aku tak nampak Azira duduk kat sebelah Amir pun dari tadi. Kerusi sebelah Amir tu kosong aje sejak majlis mula tadi. Ke aku yang dah rabun? Maklumlah, lampu suram aje kat dalam dewan ni. Isk... Tapi tak kan la aku tak nampak? Oo... Baru aku teringat. Humaira’ ‘hutang’ sesuatu dengan aku...

“Ko tak pernah cerita pun Azira dah bertunang... Sapa...”

“Lagu ini saya tujukan khas buat Anyss Sophyllya...”

Oit! Sapa plak sebut-sebut nama aku ni? Nasib baik aku dah abis makan. Kalo tak, mau nya aku tersedak... Pentas utama segera ku pandang. Aik! Bila masa plak si Amir naik atas pentas? Ada tiga empat orang lagi kat atas pentas bersama-samanya termasuk si Shafiq. Eh, diorang nak wat boria ke? Ke nak wat dikir barat? Humaira’ khusyuk je makan. Tak pandang kiri kanan langsung. Masih macam dulu gak walaupun badan dah slim...

Dan irama lagu pun mula bergema. Lagu ni... Aku kenal sangat lagu ni. Jika selama ini aku cuma mendengar suara Amir menyanyikan lagu Belaian Jiwa dalam MP3 sahaja, namun pada malam ini aku dapat mendengarnya secara live. Ya Allah... Kenapa aku semakin jatuh cinta padanya? Pada segala-gala miliknya sedangkan aku sudah berjanji untuk melupakannya. Aku terus menghayati lagu yang didendangkan oleh Amir. Dan segala kenangan bersama Amir enam tahun lalu mula bermain di ingatanku. Indah sekali. Tapi... Ianya tak mungkin akan berulang lagi. Setitis air mataku jatuh.

Aku segera beredar dari dewan. Aku tak mampu lagi deraian air mata yang semakin deras. Panggilan Humaira’ dan pandangan kawan-kawanku yang lain, tidak ku hiraukan lagi. Tak mungkin semua ini terjadi. Amir terang-terang menyatakan cintanya kepadaku melalui lagu itu. Bagaimana perasaan Azira sekiranya dia mendengarnya? Bercampur-aduk perasaaanku tatkala itu. Aku gembira kerana cinta Amir masih menjadi milikku walaupun sudah enam tahun berlalu. Dalam masa yang sama aku turut sedih kerana cintanya tak mungkin aku sambut. Air mataku menjadi terlalu murah ketika ini.

Aku tak tahu ke mana kakiku melangkah. Yang pastinya aku perlu ke tempat yang jauh dari dewan. Sedar-sedar aku sudah berada di tengah padang sekolah yang gelap. Cuma diterangi cahaya bulan yang mengambang penuh. Jeritan yang memanggil namaku semakin membingitkan telingaku. Dan suara itu semakin hampir. Betul-betul berada di belakangku kini.

“Anyss Sophyllya! Dengarlah kata-kata saya kali ini. Saya cintakan awak! Hanya awak! Saya cintakan awak...”

Aku berpaling. Melihat Amir yang masih termengah-mengah. Tangisanku bertambah kuat apabila melihat muka Amir yang bersungguh-sungguh. Seperti bersungguh-sungguhnya dia menyatakan cintanya terhadapku enam tahun lepas. Amir menjadi panik melihatku menangis, lantas membawa mukaku ke dadanya. Erat dia memelukku. Menenangkanku. Membelai-belai rambutku. Dalam pelukannya aku berasa selamat dan tenang. Ya Allah... Bagaimana harus ku nafikan perasaan hati ini lagi sedangkan aku sudah benar-benar merasakan cintanya dan aku ingin sekali dicintai olehnya... Perlahan-lahan aku meregangkan pelukannya dan menatap wajahnya.

“Tapi saya tak boleh cintakan awak! Awak dan Azira...” Aku tak dapat meneruskan kata-kata dan kembali teresak-esak menangis.

“Buat pengetahuan awak, saya dan Azira dah lama putus! Sejak enam tahun lepas. Selepas dua minggu awak berpindah dari sini. Saya tak pernah cintakan dia. Saya couple dengan dia cuma untuk puaskan hati awak aje. Saya dah slow talk dengan Azira, akhirnya Azira dapat terima hakikat bahawa hati saya milik awak, Anyss Sophyllya dan cinta tak boleh dipaksa.”

Aku terkedu. Diam dan cuba mentafsirkan kata-kata Amir. Tapi bukankah Azira dan Amir sudah bertunang? Dan akan berkahwin lagi lima bulan?

“Tapi semua orang kata Azira dan awak dah bertunang...”

“Ya Allah, Anis... Macam mana saya nak bagi awak faham ni? Memang lah Azira dah bertunang tapi bukan dengan saya. Dengan senior masa dia di universiti. Dengan Farid, abang angkat awak dulu. Sapa yang bagi informasi salah pada awak ni?”

“Tapi tadi Khaizara kata...”

“Tu lah... Orang suruh datang reunion tak nak. Asyik nak mengelak. Bila Humaira’ dan Shafiq cerita fasal Azira dan saya awak tak nak dengar betul-betul. Tengok sekarang! Kawan baik sendiri bertunang dengan sapa pun awak tak tahu... Lain kali kalo tak tau, bertanya. Malu bertanya sesat jalan tahu!’

Betul ke ni? Azira tak bertunang dengan Amir? Azira bertunang dengan Farid? Abang Farid, abang angkat aku masa kat sekolah dulu ke? Kenapa Humaira’ tak pernah cerita apa-apa pada aku? Aku pun satu, tak pernah bertanya sapa tunang Azira. Dan asal dia buka cerita fasal Amir aje, aku terus corner cerita lain. Aku kebingungan sendirian. Amir membuka topeng mukaku. Mengesat-ngesat sisa air mata di pipiku dengan jari-jemarinya. Dan merenungku. Lama kami berpandangan sesama sendiri sehingga ada rasa hangat singgah di hatiku.

“Lepas tau Azira tak bertunang dengan saya, apa perasaan awak pada saya sekarang? Adakah awak memang tak ada perasaan pada saya? Atau awak dah ada pengganti saya sekarang?” Soalnya sambil merenung jauh ke dalam anak mataku. Aku diam seketika. Cuba menyusun ayat sebaik mungkin agar peluang kedua ini tidak ku sia-siakan begitu sahaja.

“Saya tak mungkin jatuh cinta pada orang lain sebab saya baru sedar yang saya dah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita bertentang mata di library 6 tahun lepas. Saya dah jatuh cinta dengan awak sejak enam tahun lepas, Amir Faiesal...”

Lancar sekali pengakuanku padanya. Amir tersenyum senang lalu menanggalkan topeng mukanya. Kasut yang ku pegang dari tadi diambil dan dicampakkannya ke tepi padang. Dia menghulurkan tangan kanannya. Aku pandang mukanya dengan penuh tanda tanya.

“Sudi tak awak menari dengan saya?” Aku telan air liur. Menari kat tengah padang ni ke? Biar betul?

“Tapi saya tak pandai menari... Lagipun tak ada muzik... ”

Amir tersenyum seraya meletakkan tangan kiriku di pinggangnya. Tangan kananku pula diletakkan di atas bahunya. Kedua-dua belah tapak kakiku diletakkan di atas kakinya yang sudah tidak berkasut. Kami berpandangan. Mataku bertentangan dengan matanya. Dan kami mula menari. Menari diiringi irama yang hanya kami sahaja yang mendengarnya. Irama cinta yang bergema di dalam hati kami. Tarian pertamaku bersama Amir adalah di tengah-tengah padang sekolah. Di bawah sinaran bulan purnama. Ditemani jutaan bintang-bintang di dada langit. Romantik sekali... Aku pandang anak mata Amir. Jauh dan dalam-dalam. Sehingga aku dapat menyelami dasar hatinya. Hanya aku yang berada di dalam hatinya. Bukan setakat malam ini tetapi sejak enam tahun lepas lagi dan hari-hari yang bakal mendatang.

“Laju betul awak lari tadi. Naik semput saya kejar awak. Mentang-mentanglah ratu pecut sekolah dulu. Mmm... Selaju orang yang tendang kereta saya tadi...!” Katanya perlahan ketika kami sedang asyik menari. Mukanya berkerut-kerut. Seperti cuba mengingati sesuatu. Aku tersenyum bila teringat sesuatu.

“Awaklah tuan Satria Gti yang parking sampai makan dua petak parking tu ek?” Amir pandang aku. Ada riak terkejut terpamer di wajahnya.

“Ooo... Awaklah yang nak sabotaj kereta saya tadi ek? Ish, ish, ish... Nasib baik tak ada apa-apa kereta tu. Kalo tak, tak tau lah apa saya nak cakap dengan abang sepupu saya.”

Kami ketawa kecil dan terus menari. Tiba-tiba Amir menyentuh hiasan rambut berbentuk rama-rama di rambutku.

“Cantik! Secantik pemakainya. Tak sia-sia saya ber‘habis’ untuknya...”

Bulat mataku mendengar kata-kata Amir.

“Awak ke pengirim misteri yang bagi saya hadiah selama ini? Pengirim yang hanya menulis simbol-simbol dan sebaris nama saya sahaja dalam setiap kad?”

Amir tersenyum dan mengangguk. Oh... Rupa-rupanya Amir lah peminat giler aku tu! Aku mula mengait-ngaitkan kehadiran Nadhirah ke majlis reunion ku malam ini, pandangan tajam Shafiq ke arahku dan Nadhirah tadi, dan kehadiran hadiah dari peminat misteriku yang dibawa oleh Nadhirah setiap kali dia pulang dari kampung. Ooo... Pandai betul mereka berahsia! Aku tersenyum bahagia.. Rupa-rupanya Amir tak pernah ‘jauh’ dariku selama ini. Sentiasa mengikuti dan mengambil tahu tentang diriku. Kami berhenti menari. Amir mengeluarkan sesuatu dari koceknya.

“Hati saya milik awak, Anyss Sophyllya...”

Ucapan yang sama yang pernah diucapkannya enam tahun dahulu kedengaran. Cincin silver berukir dua ekor rama-rama disarungkan ke jari manisku. Cincin yang pernah diberikan kepadaku ketika pertama kali dia meluahkan perasaannya. Jari jemarinya menggenggam erat jari-jemariku. Seakan-akan tidak mahu dilepaskan lagi. Dan kami berdakapan seketika.

“Apa maksud simbol-simbol tu?” Soalku ingin tahu.

“Kalo awak nak tahu... Awak kena kahwin dengan saya dulu! Lepas kahwin baru saya bagitau awak. Awak dah tak boleh lari sekarang. Saya dah ikat hati awak dengan cincin ni. Suka tak suka, awak kena kahwin dengan saya juga! Hujung tahun ni saya suruh ibu masuk meminang!” Aku pantas meleraikan pelukan.

“Ei, sapa nak kahwin dengan awak? Tak malunya...” Ucapku sambil menundukkan kepala. Malu...! Satu cubitan hinggap di pipiku. Aku memuncungkan mulut, tanda merajuk. Kemudian hidungku pula jadi mangsa. Aku tenung muka Amir dan buat muka marah. Tapi lakonan aku cuma bertahan seketika sebaik sahaja aku melihat Amir menjelirkan lidahnya. Dah pandai tiru gaya aku nampaknya... Kami ketawa riang akhirnya.

Tiba-tiba lampu sorot @ spotlight padang terpasang. Terang sekali sehingga menyilaukan mataku. Tepukan dan sorokan dari rakan-rakan yang rupa-rupanya dari tadi menyaksikan ‘drama’ antara kami dari tepi padang, bergema kuat. Entah sejak bila mereka berada di situ. Aku hampir tak mampu memandang ke arah kawan-kawanku. Malunya...! Pastinya mereka semua sudah sepakat untuk mengenakan aku dan Amir malam ini. Aku pandang Amir. Dia tersenyum. Sedikit pun tiada riak marah di wajahnya. Cuma sedikit terkejut. Jari-jemariku digenggamnya erat. Seakan-akan memberi kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan kawan-kawan kami yang agak ‘nakal’ pada malam ini. Aku angkat muka. Memandang ke arah kawan-kawanku. Nun di tepi padang sana aku melihat Azira berdiri di sebelah tunangnya, Abang Farid. Tersenyum dan mengisyaratkan tahniah atas perhubungan kami yang baru terjalin. Di sebelahnya kelihatan Humaira’ dan Shafiq yang memaut bahu Nadhirah, Kaizara, Aliah, Shukri, Shima, Anuar, Shahril, Husni, Suria, dan rakan-rakanku yang lain, turut berkongsi kegembiraan aku dan Amir pada malam ini. Terima kasih kawan-kawanku...

“Kepada Amir Faiesal dan Anyss Sophyllya, bawak-bawak la masuk ke dalam dewan semula ye...Majlis tak abis lagi ni! Cukuplah wat ‘drama cinta’ kat tengah padang tu! Kami dah tak larat dah nak tengok. Lagipun kat sini banyak nyamuk lah...” Laung Shafiq dengan menggunakan pembesar suara. Aku dan Amir berbalas senyuman.

“Hantu ko, Shafiq!” Jerit kami serentak.

Malam itu, kisah cinta aku, Anyss Sophyllya dan Amir Faiesal bermula. Semoga cinta kami yang baru bersemi ini lebih indah dari apa yang pernah kami rasakan enam tahun lepas. Aku mendongak melihat langit malam. Mungkin seindah bulan mengambang dan jutaan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit pada malam ini... Wajah Amir ku tatap. Saat mata kami bertentangan, senyuman terukir di bibir kami. Jari-jemari Amir ku genggam erat. Aku tak kan melepaskannya lagi, janjiku dalam hati. Amir Faiesal, saya cintakan awak....

~ Tamat ~


P/s: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca ‘buah tangan’ saya yang pertama ini. Saya amat menghargai komen-komen anda dan akan saya jadikan panduan untuk karya saya yang seterusnya. Akhir sekali, novel ini saya tujukan khas buat seorang ‘pahlawan terbilang’ yang saya kenali. Semoga kau tahu, seandainya masa boleh diundur, pengakhiran ‘kisah’ kita akan berbeza. Semoga kau tenang di dunia tanpa kesakitan itu. Al-Fatihah...

Cinta Kau dan Aku 8

Enam tahun berlalu dengan begitu pantas. Masa yang berlalu menyaksikan kedewasaanku. ‘Daerah’ itu tidak pernah ku kunjungi lagi. Terus ku tinggalkan seperti aku ingin meninggalkan kenangan bersamanya. Aku seperti terputus hubungan dengan daerah itu termasuk penghuni-penghuninya kecuali mereka yang rajin menghubungiku seperti Humaira’ dan Shafiq. Aku merantau ke negeri-negeri orang untuk menimba ilmu. Melengkapkan diri sebelum berhadapan dengan alam pekerjaan. Di sana aku membina persahabatan dan pengalaman baru. Cinta baru? Ramai yang menjaja cintanya padaku namun aku masih belum bersedia untuk itu. Aku masih belum dapat melupakan‘nya’.

“Anis, kami nak gi tengok buku-buku kat sebelah sana. Kot-kot ada...” Aku mengangguk dan sekadar melihat Firdaus dan Hanim berlalu. Perhatian kembali ku tumpukan kepada deretan buku-buku rujukan di hadapanku. Mana ni? Larian jari-jemari aku tiba-tiba terhenti.

“Awak nak buku apa? Biar saya carikan untuk awak...”

Suara Amir bermain-main di telingaku. Dan kenangan bersamanya terlayar di ingatanku. Kenangan bersamanya ketika di library sekolah. Dia yang selalu mencarikan buku-buku yang aku perlukan. Dan aku tak pernah belajar cara-cara untuk mencari buku di library kerana Amir sentiasa ‘memanjakan’ aku. Dan kini, aku terkial-kial sendirian. Amir, kenapa susah sangat saya nak lupakan kenangan bersama awak?

“Anis! Kami dah jumpa...” Aku tersenyum ke arah Hanim dan segera mendapatkannya. Entah kenapa, aku seperti terasa diriku diperhatikan. Aku menoleh ke suatu sudut. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Hmm... Mungkin imaginasi aku sahaja.

*******************************************************************************

“Ko mesti datang Anis! Aku tension tau! Banyak kali aku ajak ko tapi ko tak pernah nak datang. Dah lama sangat kita tak jumpa. Budak-budak ini pun asyik tanya fasal ko. Yang jadi mangsanya, akulah... Naik berbuih mulut aku menjawabnya!”

“Dah la Cikgu Mariam naik haji kali kelima. Teacher Faridah masih dalam pantang beranak anak keenamnya. Cikgu Rokiah pulak dah pindah ke Perlis. Tak ada sorang cikgu pun dapat datang untuk reunion kali ni. Kalo ko tak ada lagi lah tak seronok! Apa jadi pun ko mesti datang gak!”

Telefon bimbit ku alihkan ke telinga sebelah kiri. Panas. Dah hampir dua jam aku bergayut dengan Humaira’. Ini la salah satu medium yang menghubungkan kami berdua sejak enam tahun kebelakangan ini. Kadang-kadang kami chat kat YM. Tak pun berbalas email. Kawan-kawan lain jarang nak berhubungan dengan aku. Kadang-kadang aje berbalas message. Aku maklum, mereka semua sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang sudah berkeluarga dan sedang sibuk membina kerjaya. Azira? Aku sudah lama terputus hubungan dengannya, sejak lima tahun lepas. Tiada pergaduhan berlaku antara kami. Cuma terputus begitu sahaja. Sekali sekala Humaira’ akan update kan aku tentang Azira.

“Ye la... Nanti aku try la datang kalo tak busy. Aku final year sem ni. Faham-faham aje la. Banyak keje sikit...”

“Macamlah aku ni tak final sem! Aku final sem jugak la... Tapi sempat gak organise reunion! Dulu masa aku wat reunion ko tak datang. Masa abang aku kahwin pun ko tak datang. Ko sengaja mengelak dari jumpa aku ek?”

“Ish... Ada pulak! Memang kebetulan masa tu aku ada aktiviti under universiti. Tak kan lah aku tak sudi nak jumpa ko pulak. Ko kan satu-satunya kawan aku yang cute, montel, baik hati...”

“Dahh... Tak payah puji lebih-lebih! Aku dah wat survey. Tarikh yang aku pilih untuk wat reunion kita tahun ni masa ko cuti. So, I guess you don’t have any excuse now! Kalo ko tak datang aku tak mau kawan ko lagi!”

“Yela yela... Aku datang. Nanti ko bagitau awal-awal lah bila, kat mana ko wat reunion tu. Senang aku susun schedule aku. Ok?”

“Ha! Macam ni la kawan... Punyalah susah nak pujuk ko ni... Reunion tahun ni aku dengan Shafiq nak buat grand tau! Mesti havoc punyalah! Ko tengok ajelah nanti... Hehe...”

Humaira’ sudah pandai mengugut plak. Humaira’... Humaira’... Taktik baru nak paksa aku datang la ni. Bukan aku tak nak datang masa kenduri kahwin abang dia tu. Tapi kebetulan pula masa tu aku kena pergi BTN under universiti. Dah last-last minute baru aku tahu nama aku termasuk dalam senarai. Nak minta digugurkan dah tak sempat. Sudahnya berbuih-buih mulut aku memohon maaf dari Humaira’.

Tapi reunion yang Humaira’ dan Shafiq wat tiga tahun lepas memang sengaja aku tak hadiri. Bukan aku tak rindu dengan kawan-kawan, Humaira’, Azira, Shafiq, tapi entahlah... Aku tak bersedia lagi untuk berhadapan dengan Amir. Apatah lagi untuk melihat hubungan mesra antara Azira dan Amir. Alamak! Aku jenguk jam di dinding bilik.

“Anis! Ko nak tau tak Amir...”

“Eh, okeylah ek! Aku ada kelas. I got to rush! Bye...” Suara Humaira’ yang masih bercerita tak ku hiraukan lagi. Aku segera mematikan telefon bimbit. Kunci kereta dan fail di atas meja segera aku capai. Macam mana aku boleh lupa kelas Prof. Rahman ni? Matilah aku...

*******************************************************************************

“Kak Anis!”

Jerit Nadhirah sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik. Roommate aku ni muda setahun dari aku. Dia memang macam ni. Suka menjerit dan manja mengalahkan aku dulu. Asal jumpa dengan aku mesti nak peluk. Pulak tu, pipi aku ni sering jadi mangsa cubitannya. Katanya dia geram dengan pipi aku yang gebu dan dia sayang sangat denganku kerana ibunya tak melahirkan seorang kakak buatnya. Cuma ada seorang abang yang kuat menyakat. Apapun, dah dua tahun aku sebilik dengannya. Dah masak benar dengan perangai Nadhirah.

“Napa Irah jerit-jerit ni? Nak roboh kolej ni dengar jeritan Irah tu tau!” Buku-buku di meja ku kemas. Cukuplah study untuk malam ni. Belajar teruk-teruk sangat pun, bukan boleh jadi Albert Einstein bak kata Shafiq dulu. Ah... Rindunya aku dengan Shafiq. Entah apalah khabarnya sekarang. Dah lama dia tak menghantar email padaku.

“Aku dah tough sekarang! Tak lembik dan ‘sotong’ macam dulu lagi...” Itulah yang ditulisnya dalam email terakhirnya.

“Ni ha... Irah jumpa kat depan bilik kita! Dari ‘secret admirer’ akak tu lagi agaknya.”

Beg kertas berukuran sederhana diletakkan atas mejaku. Aku pandang Nadhirah. Dia angkat bahu dan segera bersiap sedia untuk mandi. Aku pandang beg kertas atas meja. Cuba meneka-neka gerangan pengirimnya.

Mungkin Naufal, anak datuk dari Kuala Lumpur tu. Dia memang suka menghadiahkan aku ‘souvenir’ dari Itali la, Afrika la dan entah mana pelosok dunia lagi yang dia pergi... Minyak wangi, dress, barangan kulit dan macam-macam barang branded lagi la yang dia bagi. Berkali-kali aku tolak tapi dia masih gak tak faham bahasa. Sudahnya semua hadiah dari dia, aku hantar balik rumah... Baik bagi mama pakai dari menyemak kat dalam bilik ni! Hmm... Entah-entah si Daniel. Mat Romeo yang aweknya tak terkira dengan jari-jemari yang aku ada. Tapi kalo dia bagi hadiah, mesti hadiahnya wangi sampai sebatu boleh bau dan disertai dengan kad yang jiwang-jiwang karat ayatnya. Ahh... Buka aje lah! Orang dah bagi. Minta-minta bukan bom la... Aku belum kahwin lagi ni!

“Comelnya!” Kataku sebaik sahaja mengeluarkan isi beg kertas tu. Bear berwarna coklat ku peluk. Lembut sekali bulunya. Mesti best kalo bawak tidur ni. Aku mencari-cari kad. Jumpa! Tapi sikit pun aku tak faham isi kandungannya. Pengirimnya menulis menggunakan simbol-simbol! Ah... Mesti pengirim giler tu lagi!

Kalo orang lain bagi hadiah dengan kata-kata cinta yang puitis. Tapi yang dia ni pulak bagi hadiah dengan simbol-simbol yang aku tak boleh baca. Macam mana aku nak tahu siapa pengirimnya! Puas aku bertanya pada mereka yang mengambil bahasa asing. Budak-budak yang amik bahasa Arab, Mandarin, Jerman, Korea, Jepun, Perancis. Pendek kata semua yang amik bahasa asing la... Tapi sorang pun tak boleh baca. Agaknya pengirimnya dari planet Marikh kot. Dia nak hantar kat awek dia kat planet Utarid. Tapi entah macam mana posmen boleh tercicir hadiah dia kat bumi. Ataupun pengirimnya orang giler dari asylum mana entah... Adoi! Macam manalah aku boleh dapat peminat orang giler ni...

Tapi... Aku suka hadiah-hadiah yang diberikannya. Hadiahnya taklah se‘ekslusif’ hadiah yang diberikan oleh Naufal. Tak juga semahal hadiah Daniel. Hadiahnya biasa-biasa aje tapi berharga di mataku. Ada sekali tu dia hadiahkan aku hiasan planet-planet glow in the dark. Aku suka sangat. Rasa macam ada kat angkasa lepas aje bila lampu bilik terpadam. Kadang-kadang dia bagi penanda buku. Pemberat kertas. Key-chain rama-rama dan bintang. Tapi aku paling suka hiasan rambut bentuk rama-rama. Cantik sangat. Rasa-rasa macam dia tempah aje sepit rambut tu sebab aku tak pernah tengok pun orang jual kat mana-mana. Dan kini, dia bagi aku bear plak. Agak-agaknya, siapalah pengirimnya ek? Aku teringin nak mengenalinya... Malam tu aku tidur bertemankan bear pemberian pengirim misteri itu dan bermimpikan Amir Faiesal...

*******************************************************************************

Aku segera mematikan enjin kereta. Dan berlari mendapatkan mama yang menyambut di muka pintu. Segera ku peluk mama. Mama yang pada mulanya terpinga-pinga, membalas pelukanku. Kedua-dua belah pipiku dicium bertalu-talu.

“Are you okey, mama? Mama sakit ke? Anis risau sangat bila papa call tadi!” Soalku sebaik sahaja meleraikan pelukan. Aku telek mama. Nampak okey je...

“Mama okey lah... Sapa kata mama sakit?”

“Tadi papa call suruh Anis balik cepat-cepat...”

“Mama yang sengaja suruh papa call. Mama dah rindu sangat dengan Anis…” Aku menarik nafas lega. Aku punyalah risau tadi bila papa call mengatakan yang mama sakit. Sebaik sahaja habis kelas, aku terus pecut kereta 120 km/j menuju ke rumah. Rupa-rupanya mama cuma sakit rindu... Fuh, lega hati aku... Beg kertas di tangan aku hulur pada mama.

“Apa ni? Hadiah dari peminat lagi?” Aku angguk. Mama mula menyelongkar isi beg kertas. Souvenir yang Naufal bagi kat aku semalam dibeleknya satu persatu. Souvenir dari Belanda, kata Naufal. Ko carilah souvenir dari pelosok dunia mana pun Naufal, tapi hati aku tetap tak terbuka untuk ko...Tiba-tiba aku rasa seperti ada yang mencuit pinggangku. Aku toleh kiri. Tak ada orang... Tak kan lah ada hantu siang-siang ni!

“Sinilah...” Aku pandang bawah. La... Budak kecik ni rupanya!

“Kak Anis ni tak malu lah... Dah besar-besar pun nak peluk Auntie. Pastu nangis-nangis. Macam budak kecik je!” Ejeknya. Aku mencemik. Kalo aku budak kecik, dia apa? Budak cenonet? Tarik rambut ekor kuda tu nanti... Ha! Timbul idea ‘nakal’ nak kenakan anak bongsu mak usu aku ni... Apa kata aku sorokkan mainannya yang sebakul kat bilik mama tu... Pastu ambik gambar Yusri, budak yang satu tadika dengan dia tu... Mesti menangis sambil hentak-hentak kaki sampai tak ingat dunia budak ni... Hehe!

“Mana ada Kak Anis menangis, ek! Aiza kan yang menangis masa abah dengan mak nak pergi umrah... Ei, tak malu...”

“Mana ada Aiza nangis? Ada sampah masuk dalam mata Aiza lah...” Jawabnya pantas. Sampah? Banyaklah ko punya sampah! Sampai ke malam mama dan papa memujuk si Aiza ni. Last-last bila aku offer aiskrim terus aje dia senyap. Bagi plak dia tengok kartun, terus je di tergelak-gelak... Aiza jelir lidah. Aku pun sama. Lidah Kak Anis lagi panjang la! Mama memukul tanganku.

“Macam budak-budak!” Marah mama. Aiza segera berlari mendapatkan papa sebaik sahaja papa melaungkan namanya dari dalam rumah.

“Mama ada ‘something’ nak bincang dengan Anis...” Wajah mama aku pandang. Serius riaknya. Jantung aku mula berdegup kencang. Sekencang macam masa polis trafik kejar aku tadi...

*******************************************************************************

“Shafiq dan Humaira’ dah berkali-kali call rumah. Dia minta mama pujuk Anis supaya datang majlis reunion. Anis pergi ek... Sian kat diorang! Lagipun kan Anis rindu sangat kat diorang... Apa yang dah berlalu tu, biarkan aje berlalu... Jangan lari dari masalah. Suatu hari nanti Anis kena hadapinya juga!”

Aku mengeluh bila teringatkan kata-kata mama tadi. Bantal busyuk di tepi katil aku capai dan ku peluk. Kemudian aku matikan pula lampu meja. Gelap. Yang kelihatan cuma planet-planet, bulan, bintang glow in the dark pemberian peminat misteri yang ku lekat di dinding. Cantik! Rasanya seperti berada di angkasa lepas. Cuma hadiah-hadiah darinya sahaja yang tidak ku berikan pada mama. Entah kenapa aku merasakan pemberiannya itu ikhlas dari hatinya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mempunyai maksud tersirat seperti pemberian Naufal dan Daniel.

“Amir...” Aku menyebut nama Amir buat sekian kalinya. Semoga dengan cara itu, aku dapat melepaskan rasa rinduku padanya...

Segala kenangan bersama Amir masih tersimpan kemas di dalam ingatanku. Enam tahun ini telah mematangkan aku. Dulu aku sangkakan aku cuma menganggap Amir sebagai kawan baik aku sahaja. Kemudian aku sangka Amir adalah cinta monyetku. Tapi kalo Amir sekadar cinta monyetku, kenapa aku sukar benar menerima kehadiran cinta yang baru. Rasanya aku benar-benar sudah jatuh cinta dengannya. Jatuh cinta pada Amir tanpa aku sedari sejak enam tahun lepas.

Tapi segala-galanya sudah terlambat... Aku sendiri telah memberi ‘laluan’ kepada Azira untuk memiliki hati dan cintanya. Yang tinggal padaku hanyalah kenangan bersamanya dan ‘lagunya’ yang sering menjadi peneman tidurku saban malam.

“Kalo orang lain di Malaysia ada lagu Belaian Jiwa nyanyian Innuendo, tapi hanya awak seorang aje yang ada lagu Belaian Jiwa nyanyian Amir Faiesal. Koleksi terhad ni tau...”

Maaf Azira... Memang aku telah berjanji dengan diri sendiri untuk melupakan Amir tapi aku perlukan sedikit masa lagi untuk melupakannya. Rasa cinta ini terlalu baru aku rasakan. Aku belum puas lagi menikmati keindahan cinta ini... Justeru itu, aku sengaja mengelakkan diri dari menghadiri reunion atau sebarang pertemuan dengan kawan-kawan lama. Takut perasaan hatiku dibaca oleh mereka. Terutamanya Humaira’...

Perlukah aku menghadiri reunion tu? Bersediakah aku untuk bertemu Amir semula? Bersediakah aku untuk menyaksikan kemesraan antara Amir dan Azira? Aku tak pasti semua itu... Masa enam tahun belum cukup untuk aku ‘membunuh’ rasa cinta aku pada Amir... Butang MP3 aku tekan. Lagu Belaian Jiwa nyanyian Amir kedengaran. Dan suara itu ‘mendodoikan’ aku sehinggalah aku tertidur, seperti malam-malam sebelumnya.

Cinta Kau dan Aku 7

“Pak Mat tak jemput ke?” Amir menyamakan langkah agar kami seiringan. Beg yang aku galas terasa berat dua kali ganda dari biasa. Berat dengan buku. Selebihnya bahu aku berat dengan beban yang tak nampak dek mata kasar. Perjalanan ke rumah yang biasanya mengambil masa 15 minit, aku rasa macam 2 jam petang tu.

“Pak Mat ikut papa out-station.” Jawabku tanpa memandang mukanya. Sengaja aku wat langkah besar-besar. Biar sampai cepat rumah. Takut terjumpa sesiapa yang tak sepatutnya aku jumpa atau timbul plak gosip baru. Dalam hati aku berdoa agar tak bertemu dengan Azira pada saat ini. Saat Amir berada di sebelahku.

“Eh, yang awak jalan laju semacam macam nak masuk acara walkathon, apa ke hal? Macam tak suka je jalan dengan saya.”

“Bukan, saya takut gosip. Saya...” Nampaknya Tuhan tak makbulkan permintaan aku petang ni. Nun di seberang sana, kulihat Azira bersama-sama Humaira’ sedang menunggu bas. Bila aje Azira terpandangkan aku berjalan bersama Amir, mencuka mukanya. Humaira’ pandang aku dengan muka kesian dan membuat isyarat agar aku segera beredar. Aku terus angkat kaki.

“Amir, awak tau kan gosip kat sekolah kita sekarang ni. Saya dikatakan bercinta dengan awak dan mengkhianati kawan saya, Azira.”

“Oh, gosip tu! Biarlah. Nanti bila diorang dah letih mengata, redalah gosip tu. Tapi apa kena-mengena dengan Azira plak?”

“Azira tu minat dengan awak. Tak kan awak tak dapat agak bila saya selalu sampaikan salam dia pada awak?”

Mengeluh aku bila Amir mengelengkan kepala. Ni lah akibatnya kalo asyik berkawan dengan buku. Tak berkembang otak. Apa jadi kat sekeliling pun tak sedar. Lagi laju langkah aku buka kerana kegeraman. Geram dengan Amir yang tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Amir masih setia mengejar langkahku. Aku hentikan langkah lantas menoleh ke arahnya.

“Tolonglah terangkan kat Azira tu yang kita ni tak ada apa-apa. Bagitau kat semua orang yang awak tak suka pun saya ni! Tension lah saya. Semua orang pandang saya semacam, tanya macam-macam fasal gosip tu. Yang saya paling tak tahan Azira kata saya khianati persahabatan kami!”

“Rasanya saya tak perlu buat macam tu. Apa yang mereka cakap, tak ada satu pun yang salah. Semuanya betul.”

“Apa maksud awak? Apa yang betul?”

“Anyss Sophyllya... Saya suka pada awak. Dari pandangan pertama lagi saya dah suka pada awak. Saya cuba dekati awak. Awak ‘ratu’ sekolah sedangkan saya nothing. Maka saya sengaja mengenakan awak, buat awak marah, benci, sedih untuk mendapat perhatian dari awak. Saya sukakan awak, bukan Azira, bukan Hidayah atau sesiapapun. Don’t you have any clue of it?”

Aku tergamam seketika. Tiada sebarang pergerakan mampu ku lakukan. Cuma tegak berdiri. Cuba mencerna bait kata-katanya. Muka Amir ku pandang tepat-tepat. Dalam-dalam. Cuba mencari kesungguhan pada kata-katanya sebentar tadi. Muka Amir serius. Dia bukan mengusik atau menyakat aku seperti selalu. Tiba-tiba lutut aku jadi lemah. Tak mampu lagi menampung berat badanku ini. Aku tak percaya. Berkali-kali aku cubit lengan aku. Sakit. Ya Allah, kenapa macam ni plak jadinya...Kenapa Kau rumitkan keadaan ini?

“Azira suka awak. Bukan saya...Saya...”

“Tanya diri awak sendiri Anis. Betul ke awak tak suka saya? Jangan nafikan Anis. Sejak peristiwa di library, di KFC dan masa-masa kita bersama... Kita ada ‘rasa’ yang sama. Awak dan saya, kita berdua merasakannya.”

Rasa? Rasa apa? Rasa apa yang Amir maksudkan? Aku tak faham. Sungguh aku tak faham. Atau aku buat-buat tak faham. Entah, aku sendiri tak tahu. Apa yang aku rasa pada dia, sama aje macam apa aku rasa pada Shafiq, Azira, Humaira’, Shukri, Shahril dan lain-lain. Kami kawan. Ya, kami kawan. Kawan. Tapi kenapa ada rasa ‘lain’ dalam dada ini bila Amir mengaku dia sukakan aku? Mengapa ya? Amir memegang kedua-dua belah bahuku agar mengadapnya. Seolah-olah menyuruhku kembali ke alam nyata dan menghadapi kenyataan bahawa aku memang menyayanginya lebih dari seorang kawan.

“Maaf Amir...Saya tak pernah ada perasaan apa-apa pada awak. Saya cuma anggap awak sebagai kawan saya. Macam Shafiq. Macam kawan-kawan lelaki saya yang lain...”

“Bohong! Tanya hati awak. Bukan pada akal. Hati tak mungkin berbohong. Saya tahu awak pun punya rasa yang sama.”

Aku meronta minta dilepaskan. Belum pun sempat aku melangkah setapak, tanganku pula dipegangnya. Erat. Aku merentap tanganku dari genggaman Amir. Bengang. Tapi aku tidak cuba lari. Aku mesti selesaikan masalah ini hari ini kerana lambat-laun aku kena berhadapan dengannya juga. Kawasan simpang masuk ke taman perumahan kami ku lihat lengang. Kosong. Sekosong fikiran aku kini. Aku tak dapat fikir apa-apa pun. Amir masih tidak mengalah. Menyuruh aku menyelami isi hati aku, mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti ada atau tidak.

“Entah... Saya tak tahu. Tolong jangan paksa saya wat sesuatu yang saya tak nak. Pergilah pada Azira. Dia cintakan awak. Cuma awak dalam hati dia. Saya sebagai kawan baik dia dan awak, cuma mahu lihat kedua-dua kawan baik saya bahagia. Saya doakan korang bahagia. Tolong jangan ganggu saya lagi, please!”

Amir mengeluh. Mengalih pandangan ke jalan yang lengang dan meraup mukanya beberapa kali. Mungkin dia marah atau sedih. Atau kecewa. Aku tak tau. Dan aku tak mahu amik tahu. Yang aku tahu, satu beban telah berganjak dari bahu aku sebaik sahaja aku berkata demikian. Namun entah kenapa aku terasa seperti ada beban baru yang menghempap bahuku kini.

“Saya punya gerak rasa. Gerak rasa saya menyatakan yang awak ‘sukakan’ saya lebih dari seorang kawan, Anis. Tapi...Tak pelah. Saya akan cuba penuhi permintaan awak. Saya harap awak jangan menyesal nanti. Tapi saya ada permintaan terakhir, tolong terima ini...”

Sebentuk cincin silver diletakkan atas telapak tanganku. Sejuk tangan aku bila bersentuhan dengan tangannya. Cincin di tangan ku belek. Terdapat ukiran dua ekor rama-rama pada cincin itu. Di bahagian dalam cincin itu terdapat simbol-simbol yang aku sendiri tak pernah lihat. Seperti kod-kod rahsia. Perkataan yang boleh aku baca hanyalah sebaris namaku yang terukir indah di situ.

“Hati saya milik awak, Anyss Sophyllya.” Ucap Amir perlahan. Seakan berbisik. Tapi jelas di pendengaranku. Ada rasa hangat hinggap di hatiku bila dia berkata demikian. Cepat-cepat aku menyembunyikan rasa hati. Aku menghulurkan kembali cincin itu padanya.

“Saya tak boleh terima...”

“Cincin itu milik awak. Hanya awak yang layak menerima dan menyimpannya. Bukan orang lain. Kalo pun awak tak nak simpan cincin tu, buang, tanam, atau buatlah apa saja pada cincin itu.”

Dan dengan kata-kata itu dia terus berlalu pergi. Meninggalkan aku dengan pelbagai rasa. Rasa yang sukar aku fahami. Rasa yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini.

*******************************************************************************

Sejak hari itu, kami jarang bercakap. Aku menjadi pendiam. Aku bukan lagi Anyss Sophyllya yang periang, peramah dan suka mengusik. Aku cuma bercakap ketika perlu sahaja. Amir dan Azira pula semakin rapat. Seperti belangkas. Ke mana aje berdua. Aku pula seperti orang kebingungan dan semakin suka berkhayal. Mengingati kata-kata Amir pada petang itu dan cuba memadankan layanannya kepadaku sebelum ini. Kemudian cuba menafsirkan rasa hatiku sendiri.

Dan pada suatu pagi, Azira datang kepadaku dengan senyuman lebar. Mengucapkan terima kasih atas jasa aku menyatukannya dengan Amir, serta mengkhabarkan satu berita yang tidak kujangka.

“Terima kasih, Anis! Terima kasih banyak-banyak. Ko membuatkan impian aku jadi kenyataan. Aku dan Amir dah declare couple semalam. Ko lah kawan terbaik aku. Aku minta maaf sebab tuduh ko macam-macam. Kita kawan, kan?”

Menggigil tubuhku mendengar bicara Azira. Segera ku sorokkan rasa hati yang tak keruan. Aku meleraikan pelukan dan tersenyum.

“Tahniah, Azira! Akhirnya usaha ko nak tackle Amir berhasil juga. Aku gembira tengok ko gembira. Ingat prinsip persahabatan kita? Dalam persahabatan kita tak ada ucapan terima kasih. Apa yang aku buat adalah tanggungjawab aku sebagai kawan ko. Aku doakan ko dan Amir bahagia hingga ke jinjang pelamin.” Aku peluk kembali Azira. Cuba berkongsi kegembiraan yang dirasainya dan berusaha menahan tangisanku.

Sepulangnya aku dari sekolah, aku terus berkurung dalam bilik mandi. Laju air mataku mengalir, selaju air pancuran. Aku menangis. Aku sendiri tidak pasti mengapa aku menangis. Sedihkah aku? Mengapa aku perlu bersedih atas kegembiraan Azira. Bukankah aku yang menginginkan mereka berpasangan? Dan Amir? Bagaimana dengan kata-katanya petang itu? Tak bersungguhkah Amir saat mengucapkannya? Cincin yang diberikannya masih ada tersimpan di dalam laciku.

Aku diserang demam panas hampir dua minggu lamanya akibat terlalu lama berada di dalam bilik mandi. Kemurungan dan keengganan aku makan ubat dan makanan berkhasiat membuatkan sakitku bertambah-tambah teruk. Mama dan papa risau dengan keadaan aku, apatah lagi exam semakin hampir. Humaira’, Azira dan kawan-kawan yang lain termasuk Amir kerap datang melawat, memberi kata-kata perangsang agar aku segera sembuh dan kembali ke sekolah. Pada mereka, aku cuma diserang demam panas biasa. Tapi Humaira’ tidak mudah aku perdayakan. Bila kami berdua, dia sering bertanya punca kemurunganku.

“Ko jadi macam ni sebab Amir dah couple dengan Azira ek? Bukan ke sepatutnya ko gembira? Usaha ko nak satukan diorang dah berjaya...”

Seperti biasa nama Amir dan Azira kerap bermain di bibirnya. Dia mula mengaitkan kerenggangan aku dan Amir, pertukaran status hubungan Azira dan Amir dengan kemurunganku. Aku cuma mendiamkan diri. Diam dan terus diam sehingga persoalan yang diajukan terbiar begitu sahaja.

*******************************************************************************

Lena aku diganggu oleh bunyi hon kenderaan dari luar rumah. Badan aku sakit-sakit. Seluruh sendiku terasa lenguh dan lemah. Aku tak mampu nak menggerakkan satupun anggota badanku saat ini. Walaupun sekadar membuka kelopak mata. Tak pernah aku mengalami demam panas seteruk begini. Aku sendiri tidak pasti berapa lama aku tidur. Seingat aku, selepas makan bubur dan makan ubat tengah hari tadi, aku terus tertidur. Keadaan bilik sunyi sahaja.

Aku terdengar pintu bilikku dibuka. Mungkin mama yang masuk untuk melihat keadaanku. Dia duduk di tepi katil. Meraba dahiku. Merasai kehangatannya. Membelai-belai ubun-ubun dan rambutku dengan penuh kasih sayang. Dan akhirnya mengusap-ngusap dan menggenggam jari-jemariku. Entah kenapa aku rasa belaian mama lain sahaja kali ini.

“Anis, saya datang...” Amir! Aku terdengar suara Amir. Perlahan namun cukup jelas di telingaku. Kiranya bukan mama yang masuk ke dalam bilik dan membelaiku tadi tapi Amir... Aku teringin membuka mata untuk menatap wajah Amir buat sekian kalinya. Namun aku tak mampu. Seperti ada pemberat di atas kelopak mataku.

“Anis, awak perlu cepat sembuh. Peperiksaan tinggal dua minggu lagi. Kawan-kawan awak di sekolah dah rindukan awak. Humaira’, Azira, Shafiq, Kaizara, Shima, Aliah, Maya, Suria dan yang lain-lain. Semuanya rindukan awak. Saya... Saya pun rindukan awak... Saya rindu nak tengok awak senyum, gembira, marah, merajuk, menangis... Saya rindukan awak, Anis!”

Amir diam. Jari-jemarinya mengelus-ngelus jari-jemariku. Agak lama dia terdiam.

“Awak tau kan, saya dah couple dengan Azira. Seperti yang awak minta. Saya akan belajar menyayangi dan mencintainya. Saya akan cuba lupakan awak. Saya tak kan mengganggu hidup awak lagi. Saya sayang sangat dengan awak. Tapi… Bukankah kalo kita mencintai seseorang kita perlu lepaskannya supaya dia dapat mencari kebahagiaannya sendiri. Untuk itu, saya akan lepaskan awak. Saya nak awak cari kebahagiaan awak. Saya janji tak kan ganggu hidup awak lagi, Anis! Tapi tolonglah cepat sembuh... Saya tak nak tengok awak terbaring macam ni! Saya benci tengok muka awak yang tak bermaya macam ni! Sebab saya rasa sakit bila awak sakit... Sakit sangat! Saya nak tengok Anis yang periang, peramah dan kuat mengusik... walaupun sekadar dari jauh...”

“Awak mesti lawan sakit awak, Anis. Awak mesti kuat... Awak mesti tabah...”

“Amir!” Amir segera melepaskan jari-jemariku apabila terdengar mama memanggil namanya.

“Amir, maaflah! Anis masih tidur lagi. Mungkin kesan ubat demam tadi tak habis lagi.” Kata mama perlahan. Seakan-akan berbisik. Mungkin takut suaranya akan mengejutkan aku dari lena.

“Tak apa makcik. Saya faham. Saya minta diri dulu makcik!”

“Eh, marilah minum dulu!”

“Tak apalah makcik. Saya ada keje sikit kat rumah.”

“Terima kasihlah tolong carikan daun bunga raya tu. Susah nak cari orang tanam bunga raya sekarang. Mudah-mudahan lepas mandi dengan daun bunga raya ni demam Anis terus kebah lah... Risau makcik. Demamnya kejap datang, kejap pergi.”

“InsyaAllah, makcik. Kalo ada apa-apa yang makcik perlukan lagi, makcik bagitau saya. InsyaAllah saya akan cuba carikan...”

“Terima kasih lah, Amir. Tak terbalas makcik jasa kamu.”

Suara mama dan Amir semakin menjauh. Aku sedaya-upaya membuka mata dan aku hanya mampu melihat belakang badan Amir yang semakin menjauh. Amir... Setitis air mataku jatuh.

*******************************************************************************

Sebaik sahaja aku sembuh, kami terus menduduki peperiksaan. Aku menyibukkan diri dengan belajar. Tiada masa senggang untuk memikirkan hal-hal lain selain pelajaran. Dan aku tidak lagi bertemu Amir secara bersendirian. Jika tidak bersama kawan-kawan yang lain, dia paling tidak akan bersama Azira. Peristiwa petang itu seolah-olah sebuah mimpi pendek dalam hidupku. Apa yang menjadikannya realiti cuma cincin yang masih tersimpan kemas dalam laciku dan kenangan yang pernah kami kongsi bersama.

Selesai menduduki peperiksaan, papa mengambil keputusan untuk berpindah dari bandar itu. Katanya dia mendapat peluang mengembangkan perniagaan di tempat lain. Dan pastinya aku dan mama akan turut menemaninya ke tempat itu. Hari yang ditetapkan, kawan-kawan dan jiran-jiran mengiringi pemergian kami. Aku, Azira dan Humaira’ bertangis-tangisan sebelum aku bertolak. Shafiq yang selama ini kuat menyakat, ku lihat merah mata menahan air mata dari mengalir. Amir pula ku lihat murung di sisi Azira. Lama ku tatap wajah mereka seorang demi seorang sebagai pengubat rindu yang sudah pun mula bertamu.

Sebelum bertolak, sempat aku titipkan sepucuk surat pada Amir. Tiada yang istimewa di dalamnya. Cuma meminta maaf atas segala salah dan silapku, memintanya menjaga Azira dan tidak menganggap aku musuh andai ditakdirkan kami bertemu lagi. Persahabatan aku dan Azira selama bertahun-tahun tak mungkin kuleraikan demi demi cinta seorang lelaki kerana bagiku mencari cinta lebih mudah dari mencari sahabat. Dan cincin itu, aku pulangkan kembali kepadanya. Aku tidak berhak memilikinya.

Aku tak pasti apa yang kawan-kawan aku sanggup buat demi aku, tapi aku sanggup mempertaruhkan apa sahaja yang aku miliki sekalipun nyawaku sendiri. Padaku, pengakhiran kisah aku dan Amir adalah begini. Dan rasa cinta yang baru bercambah dalam hati ini akan ku cantas sebelum ianya dapat dihidu oleh sesiapapun. Selamat tinggal, cinta pertamaku... Selamat tinggal, Amir Faiesal...

Cinta Kau dan Aku 6

Aku berlari mendapatkan Shafiq yang dah siap-siap nak balik... Seisi kelas hingar-bingar dengan suara budak-budak kelas aku. Ada gosip terbaru gamaknya. Buah butirnya aku kurang pasti. Yang pastinya nama Fendi dan Amir disebut-sebut sejak pagi tadi. Azira dan Humaira’ sibuk jadi wartawan tak bertauliah. Mengumpul cerita sebelum disampaikan kepada aku. Kenapa aku rasa sesi persekolahan hari ni macam pelik aje... Cikgu Mariam, Cikgu Nordin, guru kelas Fendi tak masuk kelas. Sibuk keluar masuk bilik pengetua. Cikgu Zakaria, guru disiplin pun sama. Masa aku bertembung dengan Fendi, Aswad dan Kamarul yang menuju ke bilik pengetua tadi, aku tengok muka masing-masing lebam-lebam. Sesi persekolahan hari ni plak ditamatkan awal sejam. Pengetua mengadakan mesyuarat tergempar.

“Kenapa Amir tak datang?”

“Tanyalah buah hati pengarang jantung ko tu! Orang main bola sepak dia main rugbi... Orang sepak bola, dia sepak orang... ”

Eh, Shafiq ni! Orang tanya baik-baik dia marah-marah plak. Plak tu berkias-kias. Nak kata pantun dua kerat, macam tak berapa kena aje hujung dia... Dah tu buku kat tangan sengaja dihempas kuat-kuat atas meja. Mengamuk plak si Shafiq Gorilla ni!

“Fiq, aku tak fahamlah... Jangan berkias-kias boleh tak? Ni bukan zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, beb!”

“Ko tanyalah Fendi dan geng dia. Apa yang jadi lepas perlawanan bola sepak semalam...”

Perlawanan bola sepak? Ooo... Aku tahu, memang ada perlawanan persahabatan antara sekolah aku dengan sekolah SEMENTAR semalam. Fendi selaku ketua pasukan bola sepak sekolah ajak Amir join team bola sebab kaki Roslan cedera. Sekolah kami menang 3-1. Jadi apa masalahnya?

“Macam mana aku nak tanya Fendi? Dia asyik keluar masuk bilik Cikgu Z dan pengetua aje dari pagi tadi. Cepatlah cakap, apa yang jadi semalam?” Bentakku. Aku dah tak sabar nak tahu apa yang jadi ni...

“Fendi dan geng dia bertumbuk dengan Amir lepas game semalam! Dengan aku-aku sekali kena bantai! Sakit badan aku, hati aku lagi sakit...”

“Ha! Biar betul? Sebab apa?”

“Fendi tak puas hati. Amir dan dia accident masa dalam padang. Dia kata Amir sengaja sepak kaki dia sampai dia terjatuh.” Ha? Takkan sebab itupun nak gaduh. Itukan adat permainan. Aku pasti Amir bukannya sengaja buat macam tu. Aku mengetap bibir. Ni mesti ada hal lain ni…

“Tak kan sebab tu pun nak gaduh?”

“Salah satu puncanya…ko…” Jawab Shafiq perlahan. Bulat mataku mendengarnya.

“Anis! Amir kena tumbuk dengan Fendi and the gang...” Aku menganggukkan kepala pada Humaira’ tanda aku sudah mendengar berita tu dari Shafiq. Aku mengisyaratkan Shafiq supaya tidak menyambung ayatnya sebentar tadi.

“Bukan Amir aje. Aku pun kena gak la!” Shafiq membuka cermin matanya lalu menunjukkan matanya yang lebam pada kami. Pastu sibuk dia mengadu pada Azira dan Humaira’ fasal badannya yang lebam dan sakit-sakit.

“Aku risaukan Amir la. Jom kita jenguk dia kat rumah!” Shafiq mencemik pada Azira apabila dirinya tidak dihiraukan oleh Azira. Dia mula memancing simpati Humaira’ pula.

“Ala, Fiq... Sikit je ni! Tough la sikit. Ko tu kan laki!” Menjerit Shafiq bila Humaira’ sengaja menekan lebam di lengannya.

“Anis! Humaira’! Shafiq! Jadi tak pergi rumah Amir jap lagi?”

“Jadi!”

“Aku on aje...”

“Anis? Tak nak pergi ke?” Tiga pasang mata tertumpu padaku. Menunggu jawapanku.

“Aaa... Aku dah janji dengan mama aku nak balik awal. Korang aje lah pergi. Kem salam aje kat dia...”

“Okey! Jom kawan-kawan, kita pergi...”

Aku perhatikan sahaja Humaira’, Azira dan Shafiq yang semakin jauh meninggalkan kelas. Diorang gaduh sebab aku? Aku mengeluh panjang di tempat dudukku. Memerhatikan meja Amir yang kosong tanpa penghuninya. Amir... Awak okey ke?

*******************************************************************************

“Amir angin sebab dia terdengar Fendi mengumpat fasal ko. Kaw-kaw dia kutuk ko dengan geng-geng dia. Apa lagi? Fendi dan Amir bertekak la. Fendi bagi sebijik penumbuk kat Amir. Dah tu, Amir tak kan nak diam je kan? Yang tak tahan, si Aswad dan Kamarul pun amik port pukul Amir. Kecoh bilik persalinan sebab diorang. Aku yang nak leraikan diorang pun kena sekali. Nasib baik budak-budak ni cepat panggil cikgu, kalo tak, lembik budak Amir tu dikerjakannya! Aku memang dah lama tak berkenan dengan si Fendi tu. Tapi oleh sebab ko minat sangat kat dia, aku diamkan aje. Sekarang bila dah jadi macam ni, aku rasa aku memang dah tak boleh berkompromi lagilah dengan Fendi dan kawan-kawan dia tu!” Setelah mendengar kata-kata Shafiq tadi, aku nekad. Janji yang ku buat akan aku mungkiri. Untuk sekali ini aje... Sekali ini sahaja!

“Assalammualaikum...!” Aku menjenguk ke bahagian kiri dan kanan rumah. Rasanya ada orang. Lampu terpasang. Ada suara orang berbual. Tapi napa dah tak ada orang buka pintu pun. Dah lebih lima kali aku bagi salam. Dah nak terkeluar anak tekak dah ni... Pekak apa orang rumah ni! Tengah aku mengomel sendirian, tiba-tiba pintu rumah terbuka. Seorang lelaki hampir separuh abad kelihatan. Amboi bengisnya muka!

“Cari siapa?” Soalnya garang. Mak aih... Askar pencen mana plak ni? Nak terkucil aku dek terkejut dan takut.

“Aaa... Saya nak jumpa aa...Amir...”

“Amir mana?”

“Aa...Amir...”

“Amir mana?” Sergahnya bila aku tergagap-gagap menjawab.

“Amir Faiesal, pakcik!” Jawabku kuat.

“Pakcik? Bila masa pulak aku kahwin dengan makcik kamu?”

Terkulat-kulat aku dibuatnya. Hai... Wat lawak pulak pakcik askar pencen ni... Teringin nak jadi raja lawak ke pakcik?

“Apa nak jadi dengan anak gadis sekarang ni? Malam-malam buta datang rumah lelaki. Terlalu naif ke terlebih berani? Cuba datang hari siang. Macamlah tak ada siang hari, nak gak datang....”

“Sapa yang datang tu, bang? Dari dapur saya dengar awak marah-marah!” Sapa satu suara di belakang pakcik askar pencen ni. Kelihatan seorang wanita yang wajahnya ada iras-iras Amir. Mesti ibunya ni! Dia mendukung seorang kanak-kanak perempuan. Adik Amir kot. Alahai... Comelnya budak ni! Rasa nak cibit-cubit aje pipi montel dia! Pakcik askar pencen tu tergelak aje.

“Saja saya nak test kawan si Amir ni. Berani ke tak dia. Dah nak terkucat saya tengok dah. Ingat berani sangat tadi.” Kata pakcik tu seraya masuk ke dalam rumah. Fuh...Lega!

Ibu Amir menggelengkan kepala. Dia mengalihkan pandangan padaku pula. Senyuman mesranya mereda darahku yang gemuruh tadi. Aku bersalam dengannya.

“Maaf. Ayah si Amir memang begitu. Suka bergurau tapi kadang-kadang tak kena tempat. Anak ni kawan Amir ke? Sapa nama?” Soalnya lembut.

“Nama saya Anis. Kalo makcik tak kisah, boleh tak saya jumpa Amir sekejap?”

“Masuklah dulu!”

“Tak pe lah, makcik. Kat luar aje pun cukup.”

“Qis, panggilkan Abang Amir. Kata kawan dia datang.” Adik Amir mengangguk lalu berlari masuk ke dalam bilik.

“Makcik masuk dulu ye... Ada keje sikit!” Aku mengangguk dan menghadiahkannya senyuman. Berpaling dan duduk di buaian yang diikat pada sebatang pokok. Pokok apa aku tak pasti sebab gelap. Main buaian malam-malam. Best gak! Ada rasa macam Bawang Merah, Bawang Putih versi dolu-dolu punya... Hehe...

“Pohon beringin... Daunnya rendang... Aku nak kahwin dengan anak raja...!”

“Hmm... Anis... Sedap suara awak!” Alamak! Malunya... Aku segera berpaling. Amir? Mengucap panjang aku bila tengok keadaannya.

“Ya Allah! Amir...” Aku menghampiri Amir. Spontan menelek-nelek luka dan lebam di muka dan tangannya. Dia mengaduh bila aku tersentuh lukanya yang masih belum kering. Dahinya berbalut. Pipi kirinya lebam. Bibirnya pecah. Dan luka-luka di badan. Nak menangis aku tengok. Aku tak pernah tengok orang cedera macam ni secara live.

“Saya okey...” Aku pandang muka Amir. Dia masih boleh tersenyum walaupun dalam keadaan sakit. Mungkin cuba menyakinkan aku bahawa dia tak seteruk yang aku sangkakan.

“Tapi saya tengok teruk sangat ni...!”

“Nampak aje teruk tapi tak sakitlah... Jangan risau okey!” Dia melangkah perlahan-lahan ke arah sebuah kerusi dan duduk. Aku kembali duduk di buaian. Memerhatikannya dengan perasaan yang berbaur. Simpati, sedih, geram, marah... Semua ada.

“Saya ingat awak akan datang semalam dengan Shafiq, Humaira’ dan Azira...”

“Semalam... Saya ada janji dengan mama!” Dan semalam seharian aku memikirkan kewajaran untuk aku memungkiri janji yang aku buat dua minggu lepas. Janji aku untuk tidak berjumpa dengan Amir secara bersendirian. Kami diam. Dia diam. Aku diam. Tapi otak aku tak diam. Ligat memikirkan perkara yang berlaku antara Amir dan Fendi.

“Awak dan Fendi bergaduh semalam. Sebab apa?” Amir diam.

“Kami salah faham fasal game ari tu...” Itu aje? Muka Amir macam menyembunyikan sesuatu.

“Shafiq bagitau awak gaduh dengan Fendi sebab...”

“Apa cerita kat sekolah?” Amir tukar topik perbualan.

“Fendi digantung jawatan ketua pengawas selama sebulan. Cikgu Z bagi dia dan geng dia ‘cuti’ dua minggu.” Jawabku. Cuba mengembalikan ke tajuk asal kami. Amir diam lagi.

“Lagi?”

“Keputusan ujian percubaan hari tu dah kuar. Markah BI saya tinggi 2 markah dari awak tau!” Ujarku gembira. Bangga! Dah lama aku try lawan markah Amir. Amir bertepuk tangan.

“Tahniah! Saya dah kata, awak mesti boleh score dalam paper BI punya. Paper BI tak sesusah yang awak sangka, kan?” Aku menggangguk lalu tersenyum. Aku menadahkan tapak tangan kananku padanya. Dahi Amir berkerut.

“Hadiah? Kata nak bagi hadiah kalo dapat kalahkan awak.”

“Oo... Tak ikhlas belajar ek? Tunggu jap ek...” Amir masuk ke dalam rumahnya. Seketika kemudian dia keluar dengan membawa sebuah kotak. Dihulurkan padaku. Yeah! Dapat hadiah... Seronoknya! Cepat-cepat aku buka kotak tu.

“Kokkok!” Jeritku bila mengeluarkan isi kotak itu. Tabung ayam jantan mirip Tabung Kokkokku. Aku pandang Amir dan mengucapkan terima kasih.

“Kokkok lagi? Kreatif la sikit... Cuba namakannya dengan nama lain!”

“Nak bagi nama apa? Dah tabung ni bentuk ayam jantan. Sesuailah namanya Kokkok.”

“Langsung tak kreatif!” Kutuk Amir. Aku muncungkan mulut. Tiba-tiba timbul idea untuk mengenakannya.

“Kalo macam tu saya bagi nama tabung ni Tabung Amir Kokkok. Ha! Kreatif tak?” Amir mencemik dan menggelengkan kepala.

“Tak kreatif dan tak best langsung nama tu...” Aku jelir lidah.

“Suka hati lah... Tabung saya kan...” Aku pura-pura merajuk.

“Pasni awak boleh mula menabung balik. Kali ni jangan pecahkan tabung lagi okey? Kalo awak tengah sesak-sesak nak pakai duit untuk keluar dating, just buka ikut sini aje...” Katanya sambil menunjukkan ke arah bahagian bawah tabung ayam itu. Sempat plak si Amir ni perli aku. Huhuu...

“Terima kasih! Say...” Aku cepat-cepat menekup mulut. Biasanya, kalo orang bagi hadiah dan aku terlalu gembira mesti aku cakap ‛Terima kasih! Sayang mama!’ atau ‘Terima kasih! Sayang papa!’ ataupun ‛Terima kasih! Sayang awak!’. Tapi wajar ke aku cakap macam tu kat Amir? Kang elok-elok dia duduk atas kerusi, terus terduduk atas tanah pulak.

“Saya balik dululah ek... Awak pun nampak okey aje! Saya ingat awak sakit terbaring, tak boleh bangun sampai tak dapat pergi sekolah...” Cepat-cepat aku bangun. Dari aku duduk lama-lama kat sini, nanti entah apa-apa lagi yang keluar dari mulut aku ni.

“Dah malam ni. Saya hantarkan awak okey?”

“Tak payah. Saya... Saya boleh balik sendiri. Aaa... Awak pun tak sihat sangat.”

“Saya okey la... Sikit aje ni! Saya hantar awak okey?”

Akhirnya Amir menemani aku balik. Itupun setelah aku letih nak berbalah dengan dia. Bukan apa, kesian tengok dia nak bercakap pun susah dengan keadaan bibirnya yang pecah tu... Perjalanan ke rumah yang sepatutnya tak sampai lima minit jadi dua puluh minit. Budak Amir ni degil! Kaki sakit-sakit, dah terhenjut-henjut pun masih nak temankan aku. Katanya takut aku diganggu budak-budak laki yang suka melepak kat tepi jalan. Tak pun takut aku dikejar anjing giler. Entah apa-apa entah.

“Napa suka Fendi?” Terkejut aku dengan soalannya yang terlalu straight to the point tu. Aku terdiam seketika. Memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan.

“Boleh dikatakan semua perempuan suka lelaki yang sempurna. Kalo tak sempurna pun, menghampiri ciri-ciri kesempurnaan. Bagi saya, Fendi menghampiri ciri-ciri kesempurnaan yang semua perempuan inginkan. Pandai, hensem, romantik, peramah, pandai bawak diri...Aaa... Sebab tu saya suka dia. Tapi sebenarnya mana ada orang yang sempurna, kan?”

Amir menganggukkan kepala. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

“Saya? Pada awak, saya tak menghampiri ciri-ciri kesempurnaan tu ke?”

“Ha? Aaa... Awak menepati ciri-ciri lelaki yang Azira nak.” Sempat gak aku promote nama Azira. Amir diam. Dan kami terus berjalan lagi.

“Betul ke awak bergaduh dengan Fendi sebab saya?” Soalku berhati-hati. Kali ni Amir tak mengubah topik perbualan kami. Dia mengangguk.

“Saya tak tahu macam mana cikgu-cikgu boleh pilih samseng kampung macam dia tu jadi ketua pengawas. Tak ada orang lebih layak ke selain dia?” Aku angkat bahu. Shahril, Asmadi dan ada beberapa orang lagi pengawas batch kami... Tapi dah cikgu-cikgu tak berkenan, nak wat macam mana kan? Fendi gak yang terbaik antara diorang. Lagipun sebelum ni Fendi tak pernah wat hal.

“Saya minta maaf. Sebab saya, awak jadi macam ni...” ujarku lambat-lambat.

“Tak ape! Lagipun saya dah lama tak praktikkan ilmu Taewando saya. Kalo diberi peluang, saya nak rematch satu lawan satu dengan Fendi... Baru adilkan? Tiga lawan satu mana adil!”

“Jangan nak mengada-ngada! Awak pun nak kena gantung sekolah macam diorang ke? Exam dah dekat ni lagi nak wat hal!” Amir tersengih-sengih bila tengok aku marah. Dari gayanya aku tahu yang dia tak bersungguh-sungguh dengan kata-katanya tadi.

“Parents awak tak marah ke tengok keadaan awak macam ni?” Amir pandang aku dan tersenyum.

“Nak marah macam mana? Benda dah jadi pun... Lagipun ni la sebahagian daripada pengalaman yang akan mendewasakan kita...”

“Berapa lama awak dapat cuti?”

“Napa? Sunyi kalo saya tak ada?”

“Tak adalah. Saya jeles aje sebab awak dapat cuti free...” Kenyataannya memang aku terasa sunyi tanpa kehadirannya di sebelahku seperti selalu... Kami berbalas senyuman. Perjalanan kami sudah tiba di penghujungnya.

“Ops... Saya lupa! Ni ubat kuning. Ubat ni boleh wat luka-luka awak tu cepat kering. Yang ni plak ubat untuk hilangkan parut. Awak kalo nak hensem macam dulu kenalah rajin-rajin letak ubat, okey?” Botol-botol ubat yang aku keluarkan dari poket seluar aku letak atas tangannya.

“Tak sangka awak perasan gak akan kehenseman saya ni ek!”

“Uwek... Perasan! Hensem tak hensem sangatlah. Terima kasih sebab teman saya balik...”

“No hal. Saya balik dulu okey?”

“Hati-hati jalan... Kalo jatuh, bangun sendiri ek!” Amir melambaikan tangan. Aku memerhatikannya sehingga bayangannya hilang dari pandangan.

“Amir Kokkok, kesian kan kat bekas tuan ko kan... Fasal aku, dia kena tumbuk...”

*******************************************************************************

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Amir sudah kembali ke sekolah setelah bercuti selama seminggu. Fendi dan kawan-kawannya kembali meneruskan persekolahan setelah selesai menjalani hukuman. Mereka dah tak berani nak wat hal lagi. Hubungan aku dan Fendi kini hanya terhad kepada hal-hal berkaitan tugas kami sebagai pengawas sahaja. Masing-masing sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba. Baik guru-guru sekolah mahupun pelajar-pelajarnya. Aku dan kawan-kawanku pun tak ketinggalan. Namun, kebelakangan ni hubungan aku dan Azira semakin dingin. Berlawanan dengan hubungan aku dan Amir yang semakin rapat. Perlahan-lahan, aku dan Azira semakin renggang. Azira sering mengelak dari berjumpa dan berbual berdua dengan aku.

Beberapa minggu sebelum peperiksaan bermula, macam-macam khabar angin tersebar. Gosip antara aku dan Amir bercinta memang dah tersebar meluas semenjak aku menang pertandingan menulis cerpen tu lagi. Tapi lepas tu dah ‘cool down’ dah. Sekarang ni, timbul plak balik. Kali ni aku dituduh mengkhianati Azira dengan merampas Amir sebab Azira memang secara terang-terang tunjuk yang dia suka pada Amir. Entah sapa yang empunya angkara, yang nyatanya hubungan aku dan Azira dah tak mesra macam dulu lagi.

Dari Humaira’ aku korek cerita. Menurut Humaira’, Azira sedikit sebanyak percaya pada khabar angin yang disebarkan sebab hubungan aku dan Amir semakin rapat dan mesra. Azira anggap aku macam kawan makan kawan. Sedih aku mendengarnya. Berat tuduhan tu. Tak pernah terlintas pun aku nak khianati persahabatan kami. Tak pernah terdetik pun di hati ini untuk memiliki Amir dan membelakangkan perasaan Azira. Nasib baik Humaira’ berada di kedudukan ‘atas pagar’. Tak menyebelahi mana-mana pihak. Humaira’ kenal baik aku. Bukan sehari dua kami berkawan. Azira pun bukan orang lain dengan Humaira’ sebab mereka bersaudara.

“Relaks la Anis. Azira salah faham je dengan ko. Bila rasa marah dia dah hilang, okey la dia tu... Ko tak payah amik hati sangat la dengan Azira tu... Aku percaya ko. Ko tak kan khianat kawan sendiri.”

Walau apapun, aku dah mula tak senang duduk. Gosip-gosip yang disebarkan membuatkan aku tak sentiasa ‘panas’ ketika berada di sekolah. Budak-budak sekolah aku mula pandang semacam je kat aku. Pastu bisik-bisik. Konfem mengumpat. Kalo tak puas hati, cakap depan-depan la! Nak aje aku sound diorang macam tu. Tapi aku masih boleh bersabar lagi walaupun tahap kesabaran aku semakin menipis. Tension betul aku. Amir? Dia biasa lah...Cool je memanjang. Macam tak ada apa-apa aje yang berlaku.

“Azira!” Tangan Azira segera ku tarik bila dia cuba keluar dari bilik persalinan. Tinggal dua tiga orang aje lagi kat bilik tu selain aku, Humaira’ dan Azira. Yang lain-lain sudah siap menukar pakaian, dari pakaian sukan ke pakaian sekolah, dan kembali ke kelas untuk mengikuti kelas seterusnya. Azira sikit pun tak memandang muka mukaku. Mukanya masam.

“Aku nak cakap sesuatu dengan ko. Boleh luangkan masa lima minit ko untuk aku?” Humaira’ cuma jadi pemerhati dari jauh. Memberi ruang untuk kami berbicara. Budak-budak yang ada kat situ tak amik peduli hal kami. Tapi aku tahu mereka mendengar. Mana mungkin diorang menutup telinga! Azira menoleh ke arahku.

“Cakaplah cepat!” Ujarnya kasar.

“Aku tau ko percaya gosip yang budak-budak ni cakap. Aku dengan Amir tak ada apa-apa. Kami kawan aje. Tak lebih dari itu. Ko tau kan aku cuba rapatkan ko dengan dia!”

“Huh! Boleh percaya ke? Semua yang tengok korang berdua, semua kata korang bercinta. Action speaks louder than words. Ko tak ingat pepatah Inggeris yang ko ajar pada aku dulu?” Aku angguk kepala. Mana mungkin aku lupa. Aku yang mengajar Azira pepatah tu. Aku yang menggalakkan Azira untuk menzahirkan perasaannya pada Amir melalui layanannya pada Amir. Semoga perbuatannya yang caring pada Amir akan menyedarkan dan membuka hati Amir untuk menerimanya suatu hari nanti.

“Azira, aku kawan ko. Kita dah berkawan lama. Dah lebih tujuh tahun. Tak kan lah aku tergamak nak khianat ko.”

“Kawan apa kalo kawan makan kawan! Depan aku, ko bagi harapan yang Amir akan suka pada aku. Kononnya Amir bagi reaksi positif pada aku. Belakang aku ko buat apa? Ko buat apa dengan Amir?” Azira mula menolak bahuku. Kemudian menujah-nujahnya beberapa kali. ‘Drama’ kami mula merisaukan Humaira’. Dia menghampiri kami. Mungkin untuk menenangkan Azira yang semakin tinggi suaranya. Menenangkan Azira yang tidak boleh dijangka perbuatannya pada hari ni. Ketika ini. Aku mengisyaratkan Humaira’ supaya membiarkan Azira dengan amarahnya. Tak perlu ditenangkan. Aku berharap kemarahannya akan reda setelah semuanya dihamburkan kepadaku hari ini.

“Kami tak buat a...”

“Bohong! Amir selalu pergi rumah ko. Ko pun ada pergi rumah dia kan? Hari yang sepatutnya ko dating dengan Fendi, ko bukan lupa, kan? Ko dating dengan Amir kat library,kan? Dah la, Anis! Tak payah ko nak sorok-sorok lagi... Aku tahu lah semuanya. Pekan kita ni bukannya besar sangat. Ko sorok macam mana pun akhirnya sampai kat telinga aku jugak!”

“Azira, aku boleh jelaskan, okey! Dengar cakap...” Azira menolak badanku kasar. Nyaris aku terjatuh. Nasib aku sempat berpaut pada Humaira’ yang tiba tepat pada masanya.

“Azira, korang bincang baik-baik lah! Tak payah tolak-tolak macam ni...”

“Diam Humaira’! Ko jangan masuk campur! Aku nak ajar ‛kawan’ kita ni sikit! Aku nak ingatkan dia prinsip yang dia laung-laungkan pada kita dulu. Seorang sahabat sejati akan berkorban apa sahaja untuk kawannya konon... Kawan tak makan kawan... Kawan akan tetap bersama susah dan senang... Penipu!”

“Azira, aku masih pegang prinsip tu. Percayalah!” Air mataku mula mengalir. Bahasa apa lagi yang boleh aku guna untuk menerangkan pada Azira bahawa aku masih sahabat yang akan bersamanya susah dan senang. Dan aku masih berpegang pada prinsip yang kami telah persetujui lima tahun lalu.

“Sebab aku percaya ko lah aku ditipu hidup-hidup, Anis! Kalo inilah erti persahabatan yang cuba ko berikan pada aku, persahabatan kita sampai sini aje, Anis! Aku tak nak berkawan dengan ko lagi!”

“Azira! Tolong jangan buat aku macam ni! Ko tahu yang aku sayang ko macam aku sayangkan ahli keluarga aku. Aku anggap ko macam adik-beradik aku. Macam kembar aku. Sakit ko, sakit aku gak!”

Aku lihat Azira sudah semakin menjauh dari aku walaupun dia tak sampai semeter jaraknya dari aku di dalam bilik ini. Aku menyeka air mata. Mendapatkan Azira dan memeluknya. Azira meronta-ronta namun aku terus memeluknya.

“Lepaskan aku lah!” Jeritnya keras. Dia mula memukul-mukul ku dan Humaira’ serta menjerit-jerit agar dilepaskan.. Azira seperti diserang histeria! Dia seperti tidak kenal kami lagi. Aku, Anyss Sophyllya dan Aisyah Humaira’, sepupunya. Budak-budak yang tadinya asyik menyaksikan pergaduhan kami, berlari keluar.

“Girls! What’s going on here?” Jeritan Teacher Faridah bergema di segenap ruang.

Kami bertiga dileteri oleh Teacher Faridah selama sejam gara-gara ponteng kelasnya dan bergaduh dalam bilik persalinan. Di akhir ‛lecture’nya, dia memberi amaran keras agar kami tidak melakukan perkara yang sama lagi. Pergaduhan antara aku dan Azira hanya tergantung begitu sahaja...

Cinta kau dan aku 5

Mi hailam Makcik Jannah Kantin yang berasap aku pandang dengan penuh selera. Cepat-cepat aku capai sudu dan garpu. Sebesar-besar mulut ku buka dan... Nyum... Nyum... Sedapnya! Azira, Humaira’, Shafiq dan Amir yang pandang semacam aje, langsung tak ku hiraukan. Mi ni favourite aku la... Dari kecik sampai besar, ni lah makanan favourite aku. Kalo diorang nak kata aku buruk makan pun katalah. Aku tak kisah... Aiman tak kisah... Janji aku dapat menikmati mi Makcik Jannah Kantin ni... Special tau dia wat untuk aku. Kuah lebih, daging lebih, sayur lebih, mi lebih-lebih lagi... Semuanya lebihlah. Budak lain mana dapat layanan macam ni. Plak tu, aku punya mesti dia masak asing dari yang dia jual kat budak-budak lain. Aku punya special katanya...Maklumah, mama aku yang rekomenkan Makcik Jannah amik tender kat kantin sekolah ni. Tu yang dia terhutang budi kat mama aku. Aku plak dapat tempiasnya lah...

Baru nak masuk suapan ketiga, Humaira’ menyiku aku. Kalo perlahan tak ape lah jugak. Ini nyaris hidung aku ‘makan’ mi! Aku jeling Humaira’. Aku tengok dia mengherot-herotkan mulutnya. Aik, sejak bila plak mulut Humaira’ herot macam orang kena serang strok ni? Tadi elok aje aku tengok masa dia menyuap sepinggan nasi goreng. Kemudian Azira plak menyiku aku di sebelah kiri. Mulutnya pun diherot-herotkan ke suatu arah. Apa ke hal budak-budak ni?

“Fendi...” Bisik Azira perlahan. Aku segera memandang ke arah yang ditunjukkan. Entah bila Fendi datang. Tup-tup dah ada kat hujung meja kantin. Patutlah budak-budak kat kantin ni senyap aje walhal tadi riuh-rendah mengalahkan pasar malam. Aku ingat malaikat lalu tadi... Cepat-cepat aku capai tisu, mengelap bibir yang comot sebelum mendapatkan Fendi.

“Hai, Fendi! Jom join kita orang makan...” Senyuman paling manis aku ukirkan buatnya. Fendi membalas. Alamak...Cair-cair...

“Tak pe. Saya dah makan tadi. Lepas sekolah saya nak jumpa awak kejap, boleh?”

Ha? Nak jumpa? Napa ek? Aku teragak-agak untuk memberi persetujuan. Terkenang janjiku pada mama malam semalam. Humaira’ dan Azira yang dari tadi asyik memasang telinga aku pandang seketika. Mereka mengangguk-anggukkan kepala. Nak suruh aku keluar dengan Fendi lah tu... Humaira’ dan Azira memang suka kalo aku cepat-cepat couple dengan Fendi. Macam pinang dileyek steamroller@ penggelek jalan kata mereka. Tapi Fendi tak pernah cakap apa-apapun fasal couple-couple ni. Kami cuma berbual kosong dan makan-makan aje kalo berjumpa. Tak pun dia cerita fasal perlawanan rugbi, bola baling, bola sepak dan macam-macam permainan berunsurkan bolalah yang dia masuk KECUALI bola jaring la... Kalo dia tak cakap apa-apa, takkan aku nak jadi ‘perigi cari timba’ kot!

“Tapi saya dah janji dengan mama...”

“Please...”

Ala... Aku memang lemah sikit la kalo orang merayu ni... Nak nak lagi si Fendi yang hensem ni... Dengan berat hati aku mengangguk. Sambil tu kepala aku ligat memikirkan alasan nak bagi pada mama... Mama, kita pergi beli barang petang sikit la ek... Tak pun kita pergi malam...Tak panas! Nanti kulit mama tak la gelap... Bagus-bagus, bleh bagi alasan tu!

“Lepas sekolah saya tunggu awak kat pintu pagar sekolah okey?”

Aku angguk lagi. Fendi segera meminta diri bila geng-gengnya melaungkan namanya. Sempat dia mengingatkanku janji kami untuk berjumpa.

“Apalah ko ni... Fendi ajak kuar pun ko bleh teragak-agak nak jawab!”

“Ye lah... Kalo aku, baru aje dia kata ‘boleh tak...’, aku dah jawab boleh. Sapa tak nak kuar dengan hero pujaan sekolah kan?”

Aku jelir lidah. Amboi ‘gatai’ nya kawan-kawan aku ni...

*******************************************************************************

“Mana pulak buku ni?” Dari satu rak ke satu rak buku library aku jelajah. Dari rak paling atas sampailah rak yang paling bawah aku cari. Tapi tak jumpa juga buku yang aku cari. Rasanya aku dah sorokkan buku tu kat celah-celah buku ni hari tu. Macam mana boleh hilang pulak ni? Setahu aku budak-budak sekolah aku ni memang tak minat baca encyclopedias dan kamus. Dia orang memang tak kan usik punyalah bahagian ni. Tu yang aku sorok buku tu kat sini.

Jam tangan aku jeling. Ada lagi sepuluh minit sebelum tamat sekolah. Maksudnya ada sepuluh minit lagi la masa yang dijanjikan untuk bertemu Fendi. Nasib baik cikgu-cikgu ada meeting hari ni. Boleh gak aku curi masa datang sini... Mana ni? Tangan dah naik lenguh mengeluar dan memasukkan encyclopedias yang ‘bapak’ besar dan beratnya.

“Ha! Cari apa?” Sergahan Amir membuatkan jantung aku hampir melompat keluar. Spontan aku menjerit akibat terkejut. Cepat-cepat Amir menekup mulutku. Menghentikan jeritanku yang nyaring. Fatiha, librarian bertugas mengisyaratkan kami supaya senyap. Masam mukanya. Eh... Berani budak junior ni pandang semacam kat aku, siap menjeling lagi. Aku korek biji mata tu nanti jadi Kassim Selamat! Oit... Sampai bila Amir nak tekup mulut aku ni? Nasib baik tangan dia tak ada bau belacan ke budu ke... Kalo tak pengsan aku!

“Awak ni! Cuba lah bagi salam ke apa ke? Nasib tak jatuh jantung saya dek terkejut! Kalo jatuh tadi apa awak nak buat?” Marahku sebaik sahaja Amir mengalihkan tangannya. Itupun setelah aku menepis tangannya beberapa kali.

“Kalo jantung awak jatuh saya sambut la... Pastu letak balik di tempatnya!” Alahai jawapan... Macam jawapan budak tadika KEMAS. Amir tersengih-sengih. Sebijik macam kerang busuk! Silapnya kerang ada kat laut dan pasar, bukan kat library. Aku meneruskan pencarianku.

“Cari apa?” soalnya perlahan. Aku buat-buat tak dengar. Wat-wat merajuk... Maunya tidak, jantung aku berdegup punyalah cepat gara-gara terkejut. Macam nak terkeluar dari badan dibuatnya.

“Saya ni librarian, mungkin saya boleh ‘tolong’ awak cari buku yang awak nak tu...”

Ha! Ini yang nak dengar ni. Tak jadilah lancarkan ‘perang bisu’.

“Buku cerita Ikhlas Konon. Hari tu saya sorokkan dekat sini tapi dah tak ada!”

“Oh...Awaklah orangnya! Letak buku cerita kat celah-celah encyclopedias dan kamus ni ek?” Aku menganggukkan kepala. Amir pulak menggelengkan kepala beberapa kali.

“Jom ikut saya!” Belum sempat aku bertanya ke mana, Amir sudah menarik tanganku dan akhirnya berhenti di satu rak di tengah-tengah library. Jari-jemarinya pantas dilarikan ke buku-buku cerita yang tersusun kemas di situ. Kemudian menarik sebuah buku lalu menghulurkan padaku. Ikhlas Konon! Lebar senyumanku. Dah lama aku cari buku ni. Asyik ada aje budak pinjam. Minggu lepas masa aku nak pinjam, Shafiq kata tak boleh pinjam sebab aku dah pinjam lebih dari lapan buah buku. Tu yang aku sorok buku ni kat celah-celah encyclopedias dan kamus supaya tak ada budak lain jumpa dan pinjam. Bijak tak aku? Buku Ikhlas Konon aku dakap erat. Balik ni bolehlah berjiwang karat. Hehe... Best tau cerita ni! Walaupun dah berkali-kali baca, tapi aku masih juga suka baca buku cerita ni... Kalo tengok kat senarai peminjam, penuh dengan nama aku je... Kadang-kadang aku suruh Azira atau Humaira’ pinjamkan.

“Thanks Amir...” Amir angkat kening aje.

“Suka sangat baca cerita cinta. Cuba baca cerita genre lain pulak....Emm... Science fiction contohnya... Jap ek!” Dia beralih ke rak buku sebelah. Mencari sesuatu dan akhirnya menarik keluar sebuah buku. Dihulurkan padaku. Alamak, buku cerita BI la pulak!

“A Man From The Moon. Sedap ke cerita ni?” Bukunya masih nampak baru walaupun kertasnya dah bertukar warna kuning. Huh, berhabuk! Nampak sangat buku ni tak popular di kalangan budak-budak sekolah aku. Tak ramai budak yang ulat buku. Nak-nak lagi baca buku cerita BI. Kecuali insan kat depan aku ni.

“Best giler! Dari lima bintang, saya bagi empat bintang...”

“Cuba cerita sikit...” Soalku. Saja nak amik hati dia. Padahal aku memang tak minat baca buku cerita BI. Tak faham. Tak kan aku nak translate satu-satu perkataan kot?

“Seorang lelaki dari bulan datang ke Bumi setelah lama mempelajari bahasa, adat, budaya dan segala-galanya tentang masyarakat di Bumi. Tujuannya satu. Menakluki Bumi sebab bulan sudah tidak sesuai untuk didiami lagi...”

“Pastu?” Soalku pantas apabila Amir memberhentikan ceritanya.

“Eh, nak tau kenalah baca sendiri! Kalo saya cerita semua nanti tak bestlah... Inilah salah satu cara awak boleh improve vocabulary dan grammar awak tu!”

Aku memuncungkan mulut. Ala... Malaslah! Amir membuat gaya untuk mengikat ‘muncung’ku. Uwek... Aku jelir lidah pula.

“Kat sini ada tak buku fasal bintang dan planet?”

“Mestilah ada... Library kita ni boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai jenis buku tau. Kalo awak minat nak baca, buku macam tu ada kat rak kedua last, sebelah kiri.”

Aku meninggalkan Amir yang masih leka menelek buku-buku cerita BI. Tak bosan ke dia tu asyik bergelumang dengan buku je... Lantak dia lah kan... Rak kedua last. Sebelah kiri. Ha! Jumpa dah...

“Ko dengan Anis tu serius ke Fendi?” Suara perlahan itu menarik perhatianku. Anis mana ni? Aku ke? Aku cuba mencari arah datangnya suara tersebut. Dari celahan buku aku ternampak Fendi dan Aswad duduk di meja yang disediakan. Masing-masing memegang akhbar. Aku terdengar Fendi ketawa kecil.

“Giler ko! Aku dengan dia biasa-biasa aje. Tak serius pun. Lagipun ko kan tau aku keluar bukan dengan dia aje. Sarah, Amira,Jasmin, Amy, Lydia... Semua aku layan.”

“Tapi aku tengok ko selalu je jumpa dia.”

“Aswad, Anis tu banyak ‘kelebihan’nya. Aku cuma guna ‘kelebihan’ dia aje... Nak hidup kenalah pandai!”

“Ko ni memang pandai gunakan oranglah, Di...”

“Ha, biasalah... Fendi kan? Kalo ko nak tau, Anis tu naif sangat fasal bab cinta dan couple ni. Jual mahal. Tak ‘daring’ macam Sarah, Amira, Jasmin, Amy, dan Lydia...”

“Budak baru tu semacam aje rapat dengan Anis. Ada apa-apa ke diorang tu?”

“Maksud ko Amir? Anis anggap dia kawan aje. Kalo ko nak tau, Anis tu tangkap cintan dengan aku. Mustahil dia nak pandang budak baru tu...”

Kemudian aku terdengar Fendi dan Aswad ketawa. Terduduk aku di lantai library. Itu ke anggapan Fendi pada aku selama ni? Dia hanya gunakan aku? Fendi ajak aku jumpa petang ni? Untuk apa? Nak gunakan aku lagi? Huhu... Aku tak tau berapa lama aku duduk di situ. Suara Fendi dan Aswad pun dah tak kedengaran lagi. Mungkin diorang dah balik.

“Anis, apa awak buat dekat sini?” Soalan Amir ku biarkan sepi tanpa jawapan. Aku menundukkan kepala. Menyembunyikan tangisan yang hampir pecah. Amir menghampiri aku lalu duduk mencangkung, memerhatikanku. Aku angkat muka, pandang Amir dengan pandangan berkaca.

“Fendi... Dia...Dia kata... Dia gunakan saya... Dia tak ikhlas berkawan dengan saya... Kokkok saya...” Ujarku tersekat-sekat. Dan air mata yang aku tahan mengalir jua akhirnya. Amir menghulurkan sapu tangannya padaku. Dan dia tetap setia memerhati dan menemaniku sehinggalah tangisanku reda.

“Saya dah lama tahu tentang ‘benda’ ni. Tapi saya tak tahu macam mana nak bagitau awak...”

“Napa awak tak bagitau saya. Kalo dari awal-awal saya tahu...”

Amir menepuk-nepuk bahuku. Aku mengesat sisa air mata di pipi. Nak hembus hingus tapi seganlah plak. Lagipun ni bukan sapu tangan aku...

“Syukurlah sekarang awak dah tau. Dah la... Tak payah menangis fasal dia lagi... Tak berbaloi! Simpan air mata tu. Nanti kalo ada krisis air, boleh guna wat minum ke mandi ke...” Aku tergelak kecil. Sempat plak dia wat lawak. Orang sedih ni...

“Saya bukan nangis sebab Fendi. Saya nangis sebab saya dah pecahkan tabung ayam jantan kesayangan saya dan guna duitnya untuk keluar dengan Fendi hari tu... Tabung Kokkok saya...”

Ceh! Sedaya-upaya aku nak cover walhal dah terang lagi bersuluh yang aku nangis sebab Fendi mempermainkan aku.

“Ha? Tabung Kokkok?” Tanya Amir. Berkerut mukanya. Aku angguk kepala.

“Nama tabung tu Kokkok. Dari umur lima tahun saya simpan duit kat situ. Tak guna punya Fendi. Sebab dia Kokkok jadi korban! Hampeh punya jantan...” Aku mengepal penumbuk. Nantilah, bila ada masa dan tempat yag sesuai, aku akan balas dendam... Jahatkan aku? Tapi jahat aku bertempat ape...

“La... Tabung awak pun ada nama? Mati-mati saya ingat awak menangis sebab Fendi! Dah la. Jom balik!”

*******************************************************************************

Aku pandang muka Fendi yang merah padam macam udang galah kena bakar. Dah lebih sepuluh minit dia membebel memarahiku gara-gara membiarkannya terpacak depan pintu pagar sekolah selama sejam. Padanlah muka... Itulah agaknya balasan untuk orang yang jahat macam ko, desisku dalam hati.

“Saya macam orang bodoh terpacak kat situ! Awak ingat saya ni pak guard sekolah ke apa? Awak boleh kata awak terlupa. Saya kan dah ingatkan awak...”

Pot pet pot pet.... Seingat aku dah lebih lima kali dia ulang benda yang sama. Berapa banyak kali dia nak ulang benda yang sama da... Aku tersenyum sendirian bila mengingatkan muka Fendi yang keresahan menunggu aku di pintu pagar utama sekolah semalam. Habis semua budak menegurnya. Cikgu Mariam siap perli dia lagi.

“Sejak bila kamu jadi tiang lampu kat sini?” Makin merah muka Fendi aku tengok. Mengekek aku dan Amir ketawakannya yang kebengangan. Tunggulah aku kat situ sampai ko berjanggut dan bertanduk. Aku dan Amir balik ikut pintu pagar belakang. Bye bye...

“Saya tengah marah ni, awak boleh senyum-senyum plak! Serius la sikit!” Sergah Fendi. Aku senyum lagi. Nak wat macam mana, bila fikir muka dia yang merah padam kepanasan dan kebengangan menunggu aku semalam mesti aku tergelak. Lucu!

“Okeylah Fendi! Saya dah bagi pinjam telinga saya pada awak selama sepuluh minit. Sekarang saya kena amik balik telinga saya ni sebab saya ada discussion dengan study group saya. Kalo tak ada telinga macam mana saya nak mendengar,kan? Kalo awak masih marah lagi, saya nasihatkan awak supaya bawak-bawaklah bersabar, amik wudu’, dan baca Al-Quran. Ingat, sabar itu separuh daripada iman... Okey? Bye...”

Aku meninggalkan Fendi dengan senyuman meleret. Panggilannya tak kuhiraukan.

“Apahal Fendi marah-marah? Sampai sini kami dengar dia menjerit-jerit.” Tanya Azira sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi batu. Aku angkat bahu.

“Aku tolong dia berlatih untuk pementasan drama sekolah...” Jawabku selamba.

“Aik... Aku tak tau pun Fendi masuk drama. Dia pegang watak apa?” Soal Shafiq sambil membetulkan cermin matanya.

“Watak lelaki yang ditinggalkan kekasih sebab kekasihnya dapat tahu yang lelaki itu mempermainkan perasaannya.” Jawabku lancar.

“Setahu aku sekolah kita wat drama Mahsuri kan? Tang mana plak ada scene macam tu? Pelik-pelik...” Rungut Humaira’ lalu meneruskan pembacaannya. Aku pandang satu-satu wajah kawan-kawanku. Kesian diorang. Hidup-hidup kena tipu... Aku kenyit mata pada Amir yang tersenyum ke arahku dengan senyuman bangga. Thanks Amir... Terima kasih sebab ajar aku cara-cara untuk mengenakan Fendi dengan cara ‘terhormat’.

“Amir, macam mana buku-buku yang baru sampai tu? Ko dah uruskan?” Soal Shafiq.

“Ko jangan risau, aku dah suruh budak-budak kita ‘urus’kan semalam. Kalo Cikgu Rokiah tanya, ko cakap buku-buku tu dah boleh masuk rak minggu depan.”

“Bagus-bagus! Tak rugi aku rekomen ko jadi pembantu aku...”

“Eh, bila ko pinjam buku ni?” Soal Azira sewaktu aku terkeluarkan buku cerita Ikhlas Konon. Macam mana boleh terbawa sekolah plak buku ni? Mesti aku lupa nak keluarkan semalam.

“Aaa... Aku pergi library semalam.”

“Kan ko ada ‘date’ dengan Fendi?”

“Aku tak pergi jumpa dia pun. Aku... aaa... Aku terlupa!”

Kalo Azira tahu yang aku bersama-sama Amir semalam macam mana? Adakah dia akan marah? Adakah aku tak boleh berjumpa dan berbual dengan Amir tanpa kehadiran kawan-kawanku yang lain? Aku menyibukkan diri. Berpura-pura membaca buku rujukan dan cuba membuat latihan seperti yang lain-lain. Aku tak berani pandang muka Azira penuh kekeliruan. Dari hujung mata aku tengok sekejap-sekejap dia pandang aku, pastu Amir. Dalam hati aku berjanji tak kan berjumpa dengan Amir secara bersendirian lagi. Dan yang paling penting, aku tak nak tipu kawan-kawan aku...

Cinta kau dan aku 4

“Assalammulaikum...”

Di malam gelap, dingin dan sunyi ni... Sapa yang kaco aku nak berjiwang karat ni? Orang tengah ‘kira’ bintang ni! Seratus tiga puluh berapa tadi ek? Tengok dah lupa... Potong stim betullah... Marahku dalam hati. Dengan malas aku bangun dan duduk atas tikar yang sengaja aku bentang di halaman rumah.

“Waalaikumsalam. Cari sapa?”

“Amboi! Kira bintang sampai dah tak ingat orang kat bumi?”

Amir tersenyum. Tanpa diundang, dia duduk di sebelahku. Napa plak dia datang rumah aku ni ek? Malam-malam plak tu. Tau la rumah kami tak berapa jauh.

“Ibu saya pesan suruh bagi pengat durian ni pada mama awak, sekaligus pulangkan bekas mama awak ni.”

Ooo... Terjawab sudah persoalan. Aiks...Bila masa plak bekas plastik mama ni ada pada ibu Amir? Agaknya mama bagi kuih jagung yang dia buat petang tadi tu kat dia kot? Patutlah aku tengok kejap je kuih tue dah abis. Mama aku ni memang pemurah betullah. Sampai aku pun sempat merasa dua potong je. Dalam pada tu bekas yang dihulurkan aku sambut. Orang memberi kita merasa..

“Terima kasih. Wat susah-susah je. Jap ek, saya hantar bekas ni ke dalam!”

Aku terus berlari ke dalam rumah. Mama dan papa tengah syok tengok Crime Scene Investigation @ CSI. Bukan main heboh lagi mulut diorang meneka-neka sapa pembunuh sebenar dalam kes malam ni. Siap betting lagi. Biasanya, sapa kalah akan kena denda wat keje dapur @ cuci kereta papa aje. Selalu aku join tapi malam ni malas plak... Pas jawab soalan mama dan papa lebih kurang tentang kedatangan Amir, aku keluar balik ke halaman. Tak baik biar tetamu tak berlayan, biarpun tetamu tak diundang. Aku kenalah jadi tuan rumah yang baik. Dua gelas mug aku letak di hadapannya. Satu untuk aku, satu untuk dia. Amir aku lihat curi-curi memetik gitar lama papa.

“Gitar sapa?Awak ke?”

“Papa punya. Tapi lama dah dia tak main. Dah tua katanya. Jadi gitar ni dah di‘turun’kan kat saya. Tapi saya bukan tau sangat main. Sikit-sikit boleh la...”

Bila dengar aje gitar tu dah jadi milik aku, Amir tak segan silu ambil gitar buruk tu dan mula memetiknya.

“Eh, lupa plak nak ajak. Jemputlah minum hot chocolate. Best kalo minum malam-malam ni. Cepat je awak lena tidur nanti.”

Amir menolehku seketika. Dia senyum lagi. Napa malam ni dia murah sangat senyuman ek? Aku pantas menghirup hot chocolate ku. Menyembunyikan getar rasa yang wujud apabila melihat dia tersenyum.

“Anyway, awak buat apa tadi? Kira bintang? Sound impossible to me!”

“Sebenarnya saya tengah menghayati keindahan malam. Awak boleh kata saya gila sebab kira bintang. Tapi saya memang minat tengok bintang. Cantik...”

Kami berbalas senyuman. Petikan gitar di jarinya menghasilkan irama lagu. Puas aku amati rentaknya. Seperti pernah ku dengar tapi di mana ya? Dan bila Amir menyanyikannya, barulah aku dapat ‘tangkap’ lagu yang dimainkan. Kau Ilhamku nyanyian Man Bai.

“Beribu bintang di langit kini menghilang... Meraba aku dalam kelam... Rembulan mengambang kini makin suram... Pudar ilhamku tanpa arah... Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu... Maafkanlah ooo... Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu....”

Bait-bait lagu itu ku amati. Entah mengapa suara Amir kedengaran merdu di telingaku. Walaupun tidak sehebat penyanyi sebenar ataupun penyanyi-penyanyi di luar sana, namun Amir bijak menutup ‘kekurangan’ pada suaranya. Aku sendiri terpaku mendengarnya. Kalau tadi aku tertarik melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit, tapi kini, Amir yang duduk berhampiran denganku telah berjaya mencuri seluruh tumpuanku. Entah bila lagunya berakhir, yang pastinya aku terus merenung Amir sehinggalah dia memanggil namaku beberapa kali. Alamak, malunya aku.... Ter‘berangan’ plak...

“Sedap suara awak...” Amir tertunduk malu mendengar pujianku. Pemalu gak dia ni ek...

“Itu satu-satunya lagu Melayu yang saya hafal...” Akuinya jujur. Hot chocolate dihirupnya perlahan-lahan.

“Ha? Biar betul? Habis selama ni awak dengar dan hafal lagu BI je ke?”

Amir kulihat mengangguk. Gitar di tangan dipetik perlahan-lahan. Cuma dengar dan hafal lagu BI... Padaku, ia kedengaran pelik... Mungkin Amir adalah salah seorang rakyat Malaysia yang Xenocentrism, iaitu merasakan bahasa asing dan segala-galanya milik bangsa asing lebih gah dan bagus dari bahasa ibunda @ segala-galanya milik bangsa kita sendiri? Tapi, dalam banyak-banyak lagu, napa lagu Kau Ilhamku yang dia pilih untuk hafal?

“My band and I were desperately wanted to win in the school’s battle of the band. One of the judges loves this song. Jadi kami ‘main’ lagu ni untuk pikat hatinya. And we won!”

“Wow! Awak ada band dekat sekolah lama. Macam best aje bunyinya. Sapa yang menyanyi?”

“Tak kan tak boleh teka?”

Amir, penyanyi untuk band dia? Biar betul? Macam tak percaya aje! Tapi, suara dia memang sedap pun. Diam-diam ubi berisi… Hmm… Berita yang menarik untuk diwar-warkan pada Azira ni… Aku pandang lagi Amir.

Malam yang dingin, langit yang indah dihiasi bintang-bintang bertaburan, kehadiran Amir di sebelahku dan nyanyiannya yang mengasyikkan... Entah kenapa aku rasa macam dekat sangat dengan dia malam ni. Macam-macam cerita, pengalaman dan pengetahuan kami kongsi bersama. Aku boleh bercakap, ketawa, malah bercerita apa sahaja dengannya. Sesekali perbualan kami diselangi dengan nyanyian dan petikan gitar darinya. Tiga jam bersamanya aku rasakan seperti sekejap sahaja. Dan bila dia meminta diri untuk pulang ke rumah, aku telah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya aku lakukan...

“Boleh tak kalo awak jangan balik….”

Opss...Macam mana boleh terlepas cakap plak ni? Amir yang baru aje nak berjalan balik ke rumahnya, berhenti dan memandangku dengan wajah yang pelik. Dia senyum lagi. Alahai... Janganlah senyum! Lemah lutut aku ni...

“Dah pukul 12 lebih ni. Nanti ibu saya risau plak. Napa? Awak ‘sayang’ nak lepaskan saya balik?”

“Eh! Bukan macam tu... Sebenarnya saya nak bagi ni!”

Gitar lama papa aku hulur padanya. Nasib ada ‘modal’ aku nak cover ketelanjuran kata tadi. Selamat...

“Gitar ni kan papa awak bagi pada awak... Simpanlah...”

“Saya bukan pandai main sangat pun. Dari jadi perhiasan dan berhabuk kat bilik saya, baik saya bagi awak. Ada juga faedahnya...”

Amir menyambut gitar yang kuhulurkan lambat-lambat. Ucapan terima kasih diucapkan berkali-kali padaku. Aku angguk je...

“Saya suka datang rumah awak ni... Macam-macam saya dapat. Dapat makan sedap-sedap, dapat minum sedap-sedap. Malam ni dapat gitar plak! Kena selalu-selalu datang lagi ni...”

“Napa? Ada benda lain lagi ke yang awak nak dari rumah saya ni atau saya?” Aku cepat-cepat tutup mulut dengan tapak tanganku. Apa kena dengan mulut aku malam ni? Langsung tak ada insurans! Aku lihat Amir senyum dan tunduk memandang jalan tar. Minta-mintalah dia tak dengar...

“Kalo boleh saya nak hati tuan rumahnya plak...”

Betul ke apa yang aku dengar ni? Walaupun perlahan tapi jelas di pendengaranku. Rasanya betul apa yang aku dengar tadi. Lagipun baru semalam aku korek telinga. Tak kan lah tersumbat kot? Amir segera meminta diri apabila mama menjerit dari dalam rumah, menyuruh aku masuk ke dalam rumah. Sepanjang malam tu, aku macam orang kebingungan aje.

Bila aku baring di atas katil, suara dan nyanyian Amir masih terngiang-ngiang di telingaku. Jelas sekali, seperti dia ada kat sebelah aku. Aku kalih ke kiri, aku nampak Amir. Kalih ke kanan aku nampak Amir. Tengok siling pun nampak Amir. Aku ni dah giler ke?

“Kalo boleh saya nak hati tuan rumahnya plak...”

Dan malam itu, buat pertama kalinya hot chocolate yang aku minum tidak berkesan.

*******************************************************************************

“Wei, dugong mana plak yang sesat masuk kelas kita ni?!” jerit Shafiq dari dalam kelas. Budak-budak kelas aku yang lain ketawa je. Aku yang baru je melangkah masuk turut tersenyum. Tapi bila menyedari ‘dugong’ yang dimaksudkannya adalah aku, aku tarik muka 14 dan segera duduk di tempatku. Dugong dia panggil aku... Tau la ada lingkaran hitam kat bawah mata aku ni. Puas aku cover dengan bedak tapi tak gak jalan. Ni semua gara-gara tak boleh tidur malam tadi. Huhu... Meja Amir kosong. Tak datang lagi kot. Entah-entah dia pun tak dapat tidur macam aku? Eh, insomnia penyakit berjangkit ke?

Azira dan Humaira’ mula menebeng di mejaku. Shafiq pun tak nak ketinggalan. Nak cari modal nak kenakan aku la tu! Aku tongkat dagu. Tak ada mood langsung nak datang sekolah apatah lagi nak layan diorang berborak. Dah la kepala sakit. Macam diketuk-ketuk dengan hammer. Aku ni memang jenis yang tak boleh kalo tak cukup tidur. Kalo tak cukup tidur, mula lah sakit kepala tahap migrain aku ni datang.

“Muka dan mata ko dah sebijik macam dugong la Anis... Tapi ko comel sikit la dari dugong tu! Hehe... Ko tak tidur malam ke?” Shafiq tersengih-sengih. Aku garu kepala. Tak ada mood nak layan lawak Shafiq. Wat serabut kepala aje. Humaira’ yang faham dengan keadaan aku segera menyuruh Shafiq balik ke tempatnya. Shafiq tak tunggu lama bila nampak Humaira’ menunjukkan buku limanya.

“Napa dengan ko ni, Anis? Apa ko wat sampai tak dapat tidur?” soal Azira prihatin.

“Ko study maut ke malam tadi? Relaks la...Ko budak pandai. Tak payah study giler-giler. Nanti tak fasal-fasal jadi giler!” Giliran Humaira’ plak bagi nasihat.

“Entah. Aku tak study pun malam tadi. Aku cuma tak dapat tidur je. Puas kalih kiri kanan tapi tak dapat tidur gak!”

Takkan aku nak cakap aku asyik nampak muka Amir aje? Nanti diorang cakap aku giler. Tak pun aku dah kena sakit angau! Ish...Mengamuk plak budak Azira ni nanti. Tidak! Aku cuma teruja bila dengar Amir nyanyi je malam tadi. Nothing else...

“Hot chocolate mama ko pun tak jalan gak ke?”

Aku geleng kepala. Azira dan Humaira’ berpandangan sesama sendiri. Mesti diorang pelik… Memang diorang pun tau, aku ni asal dapat minum hot chocolate yang mama wat dan tidur kat katil empuk aku tu, mesti aku lena sampai pagi. Tambah plak kalo peluk bantal busyuk aku yang dah dua tahun tak tukar sarung tu...

“Mesti ada benda yang ko fikir ni, kan? Ko fikir fasal Fendi ek?”

Aku menggeleng lagi. Jeritan Husni yang duduk di muka pintu menyelamatkan aku dari menjawab soalan Azira dan Humaira’. Azira dan Humaira’ segera balik ke tempat masing-masing. Cikgu Mariam on the way! Amir yang baru aje sampai cepat-cepat mengambil tempatnya di sebelahku. Walaupun kelihatan termengah-mengah namun sempat dia hulurkan senyuman padaku. Aku senyum ala kadar aje kat dia. Berkerut muka Amir tengok muka aku yang tak bersemangat seperti selalu.

“Awak nampak.... macam tak bersemangat. Tak dapat tidur ke?”

Aku geleng kepala. Semua orang perasan aku tak cukup tidur. Teruk sangat ke rupa aku ni?

“Awak kata hot chocolate mama awak wat awak cepat lena tidur tapi kenapa...”

Kata-kata Amir mati setakat itu sahaja bila nampak Cikgu Mariam melangkah masuk. Bukan dia aje yang pelik, aku sendiri pun pelik dengan mata aku ni... Wargh...! Aku tak nak fikir apa-apa. Yang aku tau, balik sekolah ni aku nak qada’ tidur malam tadi.

*******************************************************************************

Kling...Kling...Kling... Loceng apek jual aiskrim menghentikan perbincangan kami. Shafiq macam kena pukau, terus aje kejar motor apek aiskrim yang berhenti kat hujung taman permainan. Tinggallah kami terkulat-kulat. Ya rabbi Shafiq ni... Sebijik macam budak-budak yang ada kat taman permainan ini.

“Si Gorilla ni, katanya nak ajar kita wat soalan ni. Tup tup pegi kejar apek aiskrim plak! Macam budak-budak betullah!” rungut Humaira’ sambil menepuk-nepuk meja kayu kat taman permainan.

“Tak pe la. Kita rest la kejap. Kalo asyik mengadap buku je, tension gak...”

“Anis...Ko ni macam nak bela si Shafiq aje. Ada apa-apa ke?”

“Ke situ plak dia...Eh, Shafiq panggil ko tu.”

Humaira’ berlari anak mendapatkan Shafiq yang aku tengok macam tak cukup tangan aje pegang aiskrim yang dibelinya. Entah untuk berapa orang, aku tak pasti. Yang pasti lebih dari cukup untuk kami berempat. Kalo ada Azira boleh gak dia tolong makan. Dia tu hantu aiskrim gak. Tapi petang ni dia terpaksa jaga adik-adiknya di rumah. Mak Azira kena wat check-up kat hospital. Dua tiga bulan lagi, bertambahlah adik Azira. Bestnya ada adik ramai. Tiba-tiba bahu kiriku terasa ditujah.

“Anis! Awak ni suka sangat berangan lah...Nak hilang suara saya panggil awak dari tadi.”

Ops...Aku terlupa plak ada budak Amir ni kat sebelah aku.

“Teringat Fendi ke?”

Hah? Fendi? Sapa plak yang bocorkan rahsia aku minat kat Fendi ni? Shafiq? Humaira’? Ke Azira? Siaplah korang nanti!

“Eh, Fendi apa plak petang-petang ni! Saya cuma menikmati keindahan taman permainan ni. Cantikkan? Bunga-bunga berguguran ala-ala musim luruh gitu. Pastu suara kanak-kanak yang keriangan, gembira tanpa sebarang masalah...Udara nyaman tanpa pence...”

“Dah la, Anis. Tak payah selindung dari saya la. Ni, saya nak pulangkan MP3 awak. Thanks a lot!”

MP3 pemberian papa, hadiah aku dapat tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen hari tu, bertukar tangan. Aku sendiri tak ingat yang aku ada bagi si Amir ni pinjam. Ooo…ya! Minggu lepas. Amir kata dia tak pernah dengar lagu-lagu Melayu. Asyik dengar lagu-lagu BI aje. Aku ‘khutbah’ dia sikit supaya dengar dan support industri muzik Malaysia. Tue yang aku bagi dia pinjam MP3 aku tu. Aku memang banyak gak lah simpan koleksi lagu-lagu Melayu ni.

“Saya suka lagu-lagu dalam tu terutama lagu ‘Belaian Jiwa’ Innuendo.”

“Eh, saya pun suka lagu tu! Lagu tu macam tak lapuk dek zaman. Evergreen gitu. Bagi saya la...”

“Anis, awak perasan tak yang kita ni macam banyak persamaan?”

Ha? Persamaan? Maybe kot. Aku tak suka minuman berkafein. Dia tak boleh minum minuman berkafein. Aku suka lagu Belaian Jiwa. Dia pun suka. Aku tak suka makan cendol. Dia pun sama. Aku tak pandai wat keje dapur. Tapi dia pandai. Aku tak pandai BI. Tapi dia pandai. No, no, no. Tak sama lah...

“Wei, korang! Sudah-sudah la belajar tu... Belajar teruk-teruk pun korang tak boleh jadi Albert Einstein gak! Meh makan aiskrim. Korang nak aiskrim apa?”

Macam-macam jenis aiskrim ada kat tangan Shafiq dan Humaira’. Agaknya mereka borong setiap jenis aiskrim apek tu kot. Untung apek petang ni...

“Apa-apa kecuali aiskrim cendol dan kacang merah!”

Jawab kami serentak. Aku dan Amir berpandangan. Shafiq dan Humaira’ pun sama. Dan ketawa kami kedengaran riang petang itu.

Followers