Saturday, June 27, 2009

ad+iz Part 12


“Nanti aku cium, baru ko tau…”

“Hmm… Cium! Macam ni…”

“Psstt… ! Adry…”

Lengan terasa di siku. Hilang dah muka Farriel dari anganku. Sibuk betul la minah sorang ni! Aku baru nak ulang tayang peristiwa hari-ini-dalam-sejarah kelmarin.

Aku toleh kiri. Kepala aku gerakkan. Kedua-dua belah kening ku angkat. Mengisyaratkan pertanyaan. Apahal?

“Ko dah start study untuk final exam? Paper En. Azfar ni ko dah study?”

Final exam? Dengar aje dah nak tercirit-birit rasanya. Erin, ko memang perosak day-dreaming aku!

“Ko ingat aku ni ‘hadap’ sangat ke dengan En. Azfar tu sampai nak study paper dia cepat-cepat? Final lagi sebulan la!” Perliku.

Erin mencemik. Wat la muka cipan tu selalu-selalu, nanti naik kedut kat muka mula la gaduh cari kedai facial, krim anti-penuaan la…

Erin, Erin… Minah ni muda 3 tahun dari aku. Tapi dia langsung tak hingin nak menghabiskan air liur memanggil aku ‘kakak’, ‘sis’ atau panggilan yang sewaktu dengannya. Aku pun tak harap sangat dia hormat aku sampai tahap macam tu. Rasa macam aku baya-baya dia aje. Rasa muda, jadi muda, memang muda… Eh, lain macam aje tagline tu… Katanya muka aku nampak macam budak-budak. Bila aku tunjuk IC, dikatakan pejabat pendaftaran salah cetak. Isk isk isk…

Tu belum lagi aku declare yang aku dah kawin dengan mamat Jepun celup tu. Masa aku cakap aku dah kawin, dia kata dia tak percaya. Dia cakap mati hidup semula pun dia tak percaya sebab aku tak ada gaya macam orang dah kawin. Agak-agaknya, gaya orang dah kawin tu macam mana, ek? Malas nak panjangkan cite, aku sua aje sijil nikah aku. 10 minit mulut dia ternganga. Nganga kecik tak pe, ni besar. Aku agak kalo tikus mondok masuk pun muat.

“Eh, En. Azfar tu tak la teruk sangat tau! Penerima anugerah lecturer paling hensem dan berkaliber tiga semester berturut-turut! Ko aje yang buta pancaindera…! Mana nak dapat laki yang ada pakej macam tu sekarang ni?”

Aku mencemik. Kalo dah suka tu, aku cakap apa pun akan di’tongsampah’kan. Baik aku diam… Jimat air liur, kurang dosa. Nota power point kat layar putih aku salin. Eh, dah berapa slide aku tertinggal ni? Farriel punya fasal la ni…

“Dah la hensem, baik, jujur…”

“Amanah, Cekap, Bersih…” Sampukku.

“Ha! Betul la tu! Pastu dia ada keje tetap, kereta pun besar, rumah besar…”

“Dia dah kawin, Erin!”

“Pembetulan! Dia duda. Isteri dia dah meninggal 2 tahun lepas.”

“Tapi dia ada anak. Anak dia pun dah besar…!”

“Ha! Itu bonusnya… Anak already-made! Kalo ko kawin dengan dia, cuci kaki aje ko masuk rumah…”

Kawin? Berapa banyak kali pulak aku nak kawin?

“Banyak ko punya cuci kaki… Silap-silap, ko yang kena ‘cuci’ dengan anak dia…”

Erin ‘panjang’kan muka.

“Ala… Budak baru masuk tadika. Bukan susah mana pun nak handle… Aku penah jaga 5 anak buah sekali gus. Senang aje!”

Kelas yang tadinya hingar dengan soal-jawab antara classmates aku dan En. Azfar tiba-tiba jadi senyap-sunyi.

“Adrianna! Erin! Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan saya atau classmates kamu?” Soal En. Azfar lantang. Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu ke arah kami. Aku siku Erin. Erin siku aku balik. Ala… Kena gulai la aku!

“Atau mungkin awak nak ulas apa kaitan teori kapitalisme oleh Karl Marx dan kaitannya dengan ekonomi dunia?”

Aku mengeleng beberapa kali. Berdoa bukan nama aku yang dipanggil.

“Adrianna! Try your luck…” Dush! Macam tengah jalan atas red carpet kat Grammy Award aje bila semua orang menoleh ke arahku. Aku sengih, tunjuk gigi putih yang tersusun berbaris.

Aku? Humargh ai…! Tak khatam lagi baca teori mamat berjambang berdahi luas tu… Asal buka buku aje mengantuk. Asal mengantuk aje aku tengah buka buku. Hehe! Isk… Tak kan nak goreng! Fakta tu…

“Aa… Karl Marx tu…”

“En. Azfar, time’s up! Budak untuk next class dah tak sabar nak masuk tu!” Tegur Mifzal dengan nada rendah. Cara berhemah menegur.

Mifzal kenyit mata ke arah kami. Mamat ni memang mesra alam dengan semua orang. Asalnya dia nak mengayat aku. Bila aku jual mahal, dia tukar arah pada Erin pulak. Nampak macam playboy, tapi dia okey giler.

En. Azfar menoleh ke arah sekumpulan pelajar yang dari tadi kelihatan dah ter’over-excited’ nak masuk ke dalam dewan kuliah. Yes! Selamat aku…!

“Okey, kelas tamat! Adrianna dan Erin, kamu ikut saya ke pejabat!”

Ala… Kena jugak ke? Confirm-confirm kena bebel nih! Nasib cuping telinga aku tebal.

@~@~@~@~

“Akak dengan abang ni kenapa? Pandang-pandang. Jeling-jeling. Senyum-senyum. Lepas tu pipi masing-masing blushing aje! Kena sampuk dengan hantu mana masa kuar malam hari tu?”

Tret-tet-tet… Macam peluru machine gun Hana menyoal. Sepotong pizza masuk dalam mulutnya.

“Mana ada!” Jawab aku dan Farriel serentak. Mata kami bertentangan lagi. Segera ku larikan mata ke bawah.

Mushroom soup yang berbaki, aku hirup perlahan. Sesekali bila mata aku dan Farriel bertembung, ada rasa hangat singgah di hati. Kami tak pernah sebut apa-apa fasal malam tu. Malam tu habis macam tu aje. Lepas berkejar satu padang, strolling pulak kat taman, main kat taman permainan kejap, kami balik. Tido. Dan masih jadi anjing dan kucing bila bangun keesokkan harinya. Cuma kami masing-masing dah semakin hilang taring dan kuku. That kiss, no one ever mention it. Not even once. Anggap macam tak pernah jadi aje. Walaupun aku ada banyak benda nak tanya kat dia, tapi kadang-kadang lebih baik diamkan diri dari bercakap.

“Kak, abang Aril… Makan la pizza ni! Asyik Hana aje makan. Gemuk la Hana macam ni!”

Aku mengeleng. Sepotong dah lepas masuk dalam perut tadi. Cukup. Kang muntah, sapa nak jawab?

“Hana makan la. Kita keluarkan ni kan memang semata-mata nak gembirakan hati Hana. Supaya Hana tak tarik muka 14 sebab asyik kena tinggal sorang-sorang kat rumah aje.” Pujuk Farriel. Hana sengih. Hana memang manja dengan Farriel. Aku rasa Akiha macam lebih independent berbanding Hana, walaupun dia anak last.

Ringtone lagu Happy Happy dari Ost My Girl riang melalak dari dalam tas tangan. Satu-satunya lagu yang boleh mendesak jariku untuk segera menekan butang menjawab. Sebab lagu ni boleh bagi degup jantungku cepat dua kali ganda dari biasa, emosi terganggu, lamunan direntap dan menimbulkan rasa cemas kalo tak dijawab dengan cepat. Kalo ringtone lain, aku wat bodoh aje sebab lagu mendayu-dayu tu wat aku bertambah syok nak dengar. Contohnya lagu Tercipta Untukku, Tanpa, Apologize… Lagu Afgan lagi aku malas nak mengangkat. Lemak berkrim sangat suara dia. Sudahnya jadi missed call. Kalo Farriel yang menelefon, alamatnya kena denda la aku gara-gara lambat angkat handphone.

Butang hijau aku tekan. Farriel dan Hana masih berbual sambil menghabiskan potongan terakhir pizza.

“Hello. Assalammualaikum…”

“Waalaikumsalam… Adrianna…” Jawab si pemanggil di hujung talian. Sapa ek? Sungguh aku tak cam suara si pemanggil.

“Ya, saya… Maaf, sapa ni?”

“Mama ni.” Mama mana pulak ni? Mama mia? Mama Bosan?

“Tengku Khalidah. Mama Aril…” Ooo… Baru ku tau.

“Adry dengan Hana ke tu?”

“Haah.”

“Kalo boleh, jangan sebut nama mama depan dia. Mama takut dia mengamuk pula bila tau mama call Adry fasal dia.”

“Okey… Ada apa tu, tengku?” Soalku perlahan. Farriel dan Hana langsung tak hiraukan aku. Suasana Pizza Hut yang bising seolah-olah menenggelamkan perbualan aku dan mama Farriel. So, tak ada masalah...

“Adry, panggil mama dengan panggilan mama. Adry kan dah jadi menantu mama…”

Aku terkesima mendengar permintaannya. Rasa janggal pula dengan penggilan sebegitu, apatah lagi dengan kemesraan yang cuba diwujudkan ini. Selama ni, Tengku Khalidah bersikap dingin dengan aku. Dia tak pernah marah atau tegur aku kalo aku wat salah. Tapi tu tak bermakna dia suka aku kan… Ye la, sapa la aku ni di mata keluarga kerabat tu. Sekadar meminjam ‘latar belakang’ Marina Irriani untuk dipadankan dengan namaku yang sebaris itu. Kalo baik latar belakangnya, maka baik la penerimaan keluarga Farriel.

“Ya, mama… Ada apa hal tu?” Tiba-tiba aje call. Selalu aku balik ke banglonya, tak ada pulak dia teringin nak bercakap dengan aku.

“Begini. Mama dapat tau, Hana sekarang tinggal di rumah Aril dan Adry. Jadi mama nak minta Adry tolong pujuk Hana supaya balik semula ke rumah.”

“Mmm… Adry akan cuba pujuk dia tapi Adry tak boleh janji la dia akan ikut cakap Adry.”

“Tak ape. Janji Adry cuba.” Pinta mama tegas.

“Baiklah.” Jawabku.

“Kalo macam tu, terima kasih. Mama ada keje ni. Kita sembang lain kali aje, okey… Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Butang merah aku tekan sebelum handphone ku simpan kembali dalam tas tangan.

“Sapa, kak? Skema aje bunyi ayat.”

Aku angkat bahu.

“Jom kita pergi shopping lagi!”

Hana menjerit mendengar pelawaanku. Farriel dah garu kepala. Apa tak nya, semua perbelanjaan hari ni ditaja khas oleh kad kreditnya. Mau botak kepala kalo mengikutkan selera si Hana ni bershopping.

@~@~@~@~

“Persekitaran luar perniagaan terdiri daripada persekitaran, persaingan, politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi, sosiobudaya masyarakat setempat, institusi kewangan dan keadaan global persekitaran antarabangsa. Persaingan bermaksud bla bla bla…”

“Woi, AD!”

Bacaanku terhenti. Wajah ku angkat dari buku. Aku toleh ke belakang. Ke arah muka bengang Farriel. Meja kerjanya yang tak sampai sedepa dari aku, bersepah dengan dokumen entah-ape-benda. Rambut lurusnya yang tadinya elok tersisir, dah serabut bagai dilanda dek Cik-Taufan-Cantik-Katrina.

“Ape?” Soalku kasar.

“Berapa banyak kali ko nak baca benda yang sama? Masuk ke tak masuk dalam otak ko tu bila ko baca benda tu berulang-ulang? I almost dozed off bila dengar those words berulang-ulang, tau tak!”

“Habis… Kata suruh belajar. Ni belajar la ni!” Sebelum teleng, kepala aku pusing ke depan semula. Belakang badan aku sandarkan ke sliding door. Kaki dah berlunjur di lantai balkoni kat master bedroom.

Ni la aku malas nak belajar. Nak-nak lagi depan Farriel. Ada aje nak dikomen, dikomplennya. Itu tak kena. Ini tak kena. Tension aku! Nasib Hana masih bermastautin kat rumah ni. Kalo tak, mati kena kerat 21 pun aku tak hingin masuk dan tido dalam bilik ni; walaupun bilik ni ada balkoni yang strategik tempatnya untuk nak menebeng.

Kepala ku dongak ke atas. Melihat langit malam. Cerah tanpa awan mendung. Mata mula mengira bintang yang berterabur.

“Kok iye nak belajar pun, biar la betul gayanya. Ni baca macam tu, bila nak ingatnya?”

“So, apa cadangan ko?”

“Cadangan ditutup!” Ejeknya.

“Bagus!” Mata jatuh pada perenggan di buku. Membaca semula apa yang tertera di situ.

Ktukk!! Kepala terasa diketuk.

“Woit! Ape main ketuk-ketuk kepala ni? Ingat tak bayar zakat ke?”

“Ko tak pernah belajar wat nota ringkas ke? Pernah dengar fasal peta minda? Kreatif la sket bila belajar tu, so tak ade la telinga aku ni sakit dengar ko ‘membaca’. Faham?”

Kepalaku diketuk lagi dengan pensel mekanikalnya. Kepala aku gosok perlahan.

“Bak kertas!” Tapak tangan aku tadahkan pada Farriel. Farriel agak terkejut.

“Wat pe?”

“Kata suruh wat nota ringkas.” Mata kujengilkan.

“Kertas ko mana?”

“Tinggal kat bilik!”

“Amik la…” Farriel dah wat muka bengang.

“Malas. Nanti Hana nampak, masak aku nak kelentong dia. Bak la kertas!”

Farriel campak buku sketch ke lantai. Betul-betul sebelah aku. Bagi baik-baik tak reti agaknya.

“Iz, ni sketch book. Bukan kertas.”

“Abis… Dalam sketch book tu tak ada kertas ke?”

“Kertas A4 biasa tak ada ke?”

“Kat almari. Amik sendiri!” Farriel mengarah jari ke rak buku di sudut bilik.

Alahai… Malasnya! Buku sketch Farriel aku buka juga akhirnya. Isk, betul kata Hana. Mamat ni memang pandai melukis la… Muka pertama, lakaran motor berkuasa tinggi. Muka kedua, lakaran kereta Ferrari. Muka ketiga, lakaran watak komik yang aku tak pasti apa namanya. Muka keempat, lakaran lelaki dan perempuan kat tengah padang tengah….

Sketch book dirampas. Farriel bangun dari kerusi. Terus menapak ke rak buku. Menyimpan sketch booknya. Se’bundle’ kertas putih A4 diambil dari rak dan dihulurkan padaku.

“Guna ni!”

Aku sambut pemberiannya. Angkat bahu dua tiga saat. Dan aku terus menulis di atas kertas. Dari ekor mata, aku lihat Farriel curi-curi pandang ke arahku dari meja kerjanya. Bila dilihatnya aku masih terkial-kial membuat ‘nota ringkas’, dia bangun dan duduk di lantai bilik. Buku dan kertas di tanganku dirampas.

“AD, wat nota bukan salin semula apa yang ada dalam buku. Tapi ko amik isi penting dan kaitan dengan apa yang ko belajar dalam bab sebelum atau seterusnya.”

Aku angguk kepala, tanda faham akan kata-katanya. Farriel membenamkan muka ke buku rujukanku. Membaca seketika sebelum melakar sesuatu di kertas. Kemudian kertas dengan rajah di atasnya itu dihulurkan padaku.

“Macam ni kan ringkas. Tapi ko kena make sure la ko tau huraian setiap elemen-elemen persekitaran luar dan dalam perniagaan tu. Nanti blank pulak menjawab soalan esei.”

“Ooo… Macam ni. Tau dah aku!”

Sehelai kertas aku ambil. Mula melakar peta minda untuk bahagian lain.

“Kalo ko nak lagi menarik, lukis gambar yang berkaitan dengan fakta ko nak tulis. So, bila ko ingat gambar aje, ko terus ingat fakta-fakta dia. Faham?”

Aku gerak kepala ke kiri dan kanan. Masih belum dapat tangkap saranan Farriel sebentar tadi.

“Macam ni. Contoh, ada empat jenis sistem ekonomi dunia, kan… Kita amik contoh sistem ekonomi terancang @ komunisme. Pengasas, Karl Marx. Ko lukis la muka dia. Kat rambut dengan jambang dia yang panjang tu, ko tulis la ciri-ciri sistem ni, pro & con dia ke… Bila dah macam ni, baru la ko rasa best nak belajar.”

Lakaran wajah di A4 yang ada iras-iras Karl Marx sudah lengkap ditulis dengan fakta mengenai komunisme, siap dan dialih ke tepi. Farriel mula melakar imej lain pula. Aku pulak tuliskan fakta-fakta yang berkenaan, walaupun kadang-kadang rasa ‘bersalah’ sebab kena tulis atas lukisan Farriel yang superb tu. Memang seronok belajar dengan cara macam ni. Yela… Orang kata ‘two heads are better than one’…

“Okey, I’m off!” Ujar Farriel. Pensel di tangan diletakkan ke lantai. Dia mula menggeliat. Membetulkan urat sendi yang berselirat.

Ha? Dah nak tido ke? Muka jam dinding yang bulat, aku pandang. 3 pagi dah? Seperti malam-malam sebelumnya, acara tido ni memang bukan acara favorite aku.

“Ko tido kat sofa, aku kat katil.” Perintah Farriel.

“Ei, tak gentleman langsung la ko ni, Iz…” Buku berterabur aku kemas.

“Gentleman tak gentleman. Aku gentleman dengan pompuan aku sayang aje.”

Bibir atas aku naikkan sehingga mengenai bawah hidung. Merasai kesengalan dari kata-kata si-android-Farriel Izumi.

“Ahh…! Tak ade, tak ade. Tak aci la guna kuasa veto macam tu! Kita ‘osom’ dulu. Sapa menang dapat katil. Kalah tido sofa.”

Farriel depa tangan. “Terserah…”

Aku gosok kedua-dua belah tapak tangan. Berharap nasib menyebelahiku malam ni. Dua malam berturut-turut aku dah tido kat sofa. Dua malam sebelumnya, aku ‘cop’ cepat-cepat katil. Tengok aku dah melingkar macam ular sawa batik atas katil, Farriel nak-tak-nak terpaksa bawa bantal dan badan-hangin-satu-macam ke sofa. Aku sengih dan berguling-guling atas katil, meraikan kemenangan merebut katil king size.

“Ooo…som!”

Batu. Batu. Seri.

“Ooo…som!”

Air. Air. Seri lagi.

“Ooo…som!”

Matahari.

“Oit, Iz… Mana bleh guna symbol matahari!”

“Aik, tu… Ko pun guna matahari. Apa kes?”

Tangan kanan aku tarik ke belakang badan semula. Begitu juga Farriel.

“Ooo…som!”

Batu. Batu. Seri lagi?

“Ala… Ape asyik sama aje ni?” Gerutuku. Farriel angkat bahu.

“Alaa… Dah la! Malas nak layan ko. Aku nak tido!” Kata Farriel. Cepat aje kakinya melangkah ke katil.

“Ei, tak adil la macam ni! Selagi tak ada ‘keadilan’, ko tak boleh tido.”

“Lantak la dengan keadilan ko tu. Aku nak tido. Good nite!”

Farriel tarik selimut dan pejam mata. Aku geleng kepala. Malam ni aku tak nak tido atas sofa. Apa nak jadi, jadi la… Dia sedap-sedap melingkar atas katil, aku merengkot atas sofa. Tak adil! Aku panjat katil.

“BANGUN!” Jeritku sambil melompat-lompat atas katil. Farriel yang elok-elok baring, tercampak ke bawah gara-gara keanjalan spring katil.

“Woi! Gile hape?”

Aku jelir lidah dan tunjuk ‘peace’. Terbelalak mata Farriel tengok perangai aku yang dah macam spesis ungka mengamuk jam tiga pagi ni. Lepas bertekak dalam setengah jam, last-last kami capai kata sepakat. Tak sapa yang boleh tido atas katil, mahupun sofa. Dua-dua tido atas lantai. Senang cerita.

“Iz…” Panggilku. Mata masih terkebil-kebil menala ke siling bilik.

“Hmm…” Jawabnya yang berbaring di sebelah kiri kaki katil.

“Sampai bila Hana nak duduk sini? Aku bukan tak suka dia. Tapi, hari-hari macam ni, masak la aku!” Keluhku. Hari-hari kena berebut katil, berebut bilik air, berebut cermin. Nak pakai baju pun dalam bilik air. Tak best la…

“Entah. Ko pujuk la dia. Biar dia balik rumah papa cepat.”

“Bukan aku tak pujuk. Masalahnya adik ko tu punya hati, limpa, jantung, paru-paru diperbuat dari batu.”

“Rileks la… Tak lama lagi balik la dia tu! Hana mana boleh berpisah dengan mama lama-lama.”

Ye la… Moga-moga betul la telahan si Farriel tu.

Diam. Selimut aku tarik paras dada.

“Good nite!”

“Nite!”

@~@~@~@~

Mata Farriel dan aku melekat pada skrin TV LCD 42 inci. Filem I’m Not Single. Ada hikmah juga Hana datang rumah ni. Dapat juga aku merasa tengok TV skrin rata ni. Dalam diam-diam, aku tergelak sendirian. Tak tengok cite Melayu konon. Sekali hari tu, aku bukak VCD cite Puteri Gunung Ledang. Dari mula cite sampai nak habis, tak bergerak-gerak dari tempat duduk. Lepas tu, terus kemaruk nak tengok cite Melayu. Kem salam je la kat Channel HBO Astro dengan vcd/ dvd berlambak kat rak tu.

Bila tengok cite I’m Not Single ni, aku teringat pulak kisah aku dengan Farriel; kami kawin pun atas sebab keluarga. Tapi ending filem ni, aku dah boleh agak; mesti happily ever after. Kalo tak, orang mengamuk, bakar panggung.Tapi ending cerita aku, aku masih tak tau lagi. Tak berani nak pasang angan-angan setinggi langit. Tak berapa berani juga nak hadapi kenyataan yang payau.

Bunyi kunyahan popcorn dari mulut Farriel membuatkan tumpuanku pada skrin terganggu. Bekas popcorn aku ambil darinya.

“You’re on diet!” Marahku. Baru aku nak seluk bekas popcorn tu, sepantas kilat Farriel merampas kembali ‘popcorn’nya itu.

“Hari ni hari Ahad. Orang bekerja pun cuti. So, diet off!” Selarnya seraya menjelir lidah.

Ei, aku potong lidah tu karang, padan muka! Diet off?

“Woi! Diet mana ada on-off? Kalo macam ni, bilanya ko nak kurus, ha hyppo?” Sengaja aku guna gelaran hyppo. Comel ape hypo…

Isnin sampai Sabtu dia ber’diet’. Tiba hari Ahad, di’bantai’nya melantak segala macam benda yang ada dalam peti ais. Kalo peti ais tu boleh dimakan, dengan peti-peti ais tu sekali dibahamnya agaknya! Say bye-bye pada target nak kurus dalam masa 6 bulan tu…

“Ala, AD… Rilek la! Aku bukannya gemuk lagi pun. Kan dah banyak kilo turun dah ni. Kasi la aku can nak enjoy sket!” Farriel masih menyumbat popcorn dalam mulut.

“Memang la. Tapi kalo ko buang tebiat macam ni setiap hari Ahad, alamatnya naik balik la badan ko tu!” Dah 10 kg turun bulan lepas. Tinggal 15 kg lagi nak capai berat ideal, sekali melaun ni wat perangai pulak.

“Syhhh… Orang tengah concentrate ni…” Farriel mengarah aku diam. Aku wat muka. Yelah, ikut aje la. Esok lusa, berat naik, target tak sampai, jangan berkompang memekak dekat telinga aku. Aku bagi backhand nanti! Jari-jemariku kembali berada di atas kepala.

“Atas kepala ko ada ape?” Soalnya dengan mulut penuh.

“Hah?”

“Atas kepala ko ada ape? Bapak kutu? Ke emas? Dari tadi busy aje tangan ko tu!”

“Ntah. Tapi gatal. Kelemumur kot…” Telahku. Mata masih pada muka Farid Kamil. Hensem lak mamat ni!

Farriel letak popcorn atas meja. Jari-jemari disapukan ke t-shirt.

“Meh aku tengok!” Aku berpaling memandangnya. Muka Farriel serius. Meroyan ke ape mamat nih?

“Meh aku tengokkan. Duduk depan ni.” Jari telunjuknya lurus ke depan. Mengarahkan aku duduk di hadapannya; di atas karpet.

“Watpe?”

“Cepat la. Arahan veto suami ni!”

Aku diam.

“AD, dalam kiraan 30 saat…” Katanya lagi.

Aku masih berkira-kira kewajaran arahannya itu. Ikut, tak ikut, ikut, tak ikut, ikut… Alamak, tak cukup jari nak kira. Isk, kena jugak ke patuh?

“AD…” Panggilnya lagi. Tapi kali ni aku cepat-cepat bangkit dan duduk di hadapannya. Dah semacam aje bunyi suara dia tu.

“Ko ni kalo aku suruh wat ape-ape mesti lambat 9 saat. Macam 9-seconds delay machine. Hehe…”

“I’m no machine or robot, okey!” Duduk aku perbetulkan.

Jari-jemari Farriel mula ‘berjalan’ di segenap kepala. Mencari sang kelemumur, punca kegatalan.

“Oui! Besarnya!” Jeritnya beberapa minit kemudian.

“Apa yang besar?” Soalku cemas.

“Moyang kutu.”

“Biar betul!”

“Dummy aje la. Kulit kepala ko kot ni…”

“Ooo…” Kembali menghayati cerita di TV. Popcorn aku capai. Satu-satu aku sumbat dalam mulut.

“Ko tau…” Aku mula buka cerita.

“Hmm?”

“Dulu, aku dengan Siti selalu wat pertandingan sapa punya rambut yang paling banyak kutu.”

“Siti tu sape?” Soal Farriel dalam khusyuk menjelajah kepalaku.

“Jiran aku. Yang aku cite ada ayah penyayang tu…”

“Ooo… Then, sapa menang?”

“Ojai!”

“La… Ojai tu datang dari mana pulak?”

“Ojai tu anak tokei kedai makan, tempat aku keje dulu.”

“I see… Ko mula keje start umur berapa?”

“10 tahun.”

“Tak sekolah?”

“Balik sekolah aku keje la. Sampai malam. Sebab tu aku pandai masak sekarang. Hehe…”

“Ye la tu!” Jawab Farriel, menyindir.

“Sedap la aku masak. Kalo tak, tak kan ko selera aje nak makan!”

“Okey, okey... Sedap! Mak ayah tiri ko tak amik kisah pada ko ke?”

“Tak! Aku bukan darah daging diorang pun. Peduli ape diorang dengan aku.”

“Diorang layan ko teruk. Tapi kenapa ko still nak duduk dengan diorang? Tolong sara hidup diorang semua…”

“Diorang aje la satu-satunya famili yang aku kenal. Walaupun diorang boleh masuk kategori kejam, tapi aku sayang diorang.”

“Ooo…”

Diam. Hanya Intan Ladyana dan Awal yang berbicara di TV. Scene berganti scene. Masa aku tengok Farid Kamil tengah lapkan rambut Lisa Surihani, aku la baru perasan yang tangan Farriel masih berada di atas kepala, dan sudah bertukar rentaknya. Kalo tadi tango, sekarang dah jadi slow-dance. Leka dia mengulit dan membelai-belai rambutku. Sehelai demi sehelai rambutku dilurutkannya. Memang mengasyikkan. Sampai aku rasa nak terlena.

“Aaa… Ada ke kelemumurnya?” Soalku perlahan dan teragak-agak.

“Aaa… Tak ade!”

Farriel bagai tersentap. Tangannya beralih dari kepalaku. Aku bangun. Duduk semula ke tempat asalku tadi; di hujung sebelah kanan sofa. Tapi bila tengok Farriel pandang aku lain macam aje, aku terus bangun.

“Aaa… Nak tengok Hana kejap!”

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik. Lain kali aje la tengok cite tu. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak. Burr…! Minta-minta Hana bagi aku tido bilik dia malam ni…


*** Kipas-susah-mati ad+iz, sori lambat entry part 12 nih… demam punya fasal. ni pun tak berapa okey lagi. Harap2 korang tak bosan la menunggu…

21 comments:

misz nana said...

Ingatkan lepas 'peristiwa tu' dorang bebaik..
X jugak rupanya..

Hamba Allah said...

ouh,
still the best.
cpt smbg.

Anonymous said...

cepatla sambung....
tak sabar nak tunggu ending nie...

Bulanhijau said...

heheheheh
da ad bau-bau cinta ni
sambung lagi2

plum blossom said...

writer it's ok... yg penting kesihatan miss eury kita nie...
take care and don't forget to take ur medicine k! get well soon! bout this entry, really superb! keep ur good job! no matter what, always support ur masterpiece eury!

Anonymous said...

salam...
hehe cite ni still best la,
em xsbor asenye nak tunggu smbungn die...eury asenye cite ni nk tmt sampai part vape ar??

Daniera said...

get well soob miss eury!!!

keSENGALan teserlah.. said...

huaaa..
ske2..
ske bangat,,,
da ade munge2 chenta nieh..
huhu..smbung2..

LdyNisa said...

hehehe
makin best
so sweet arr dierowg nieh
malu tp mahu
haha

Anonymous said...

sian miss ..
x ok lagi ke demamnya ??
wah best best ..
ary x kisah nak tunggu sesuatu yang dah jelas nyata besh ..

-ary zaidi-

tzaraz said...

...gadoh2 gak lagi diorang nie ek...ingatkan dah kissing2 tu dah baik la...tak jugak...

eury...get well soon. Aku setia tunggu next N3 (walaupun rasanya cam setiap saat aku singgah sini..haha)..

azzakiah said...

semoge cepat sembuh..

wlupun x bek sangat tapi da banyak ok nye dari sblm ni...
tapi tu la penyeri idup diorg..
gadoh2 sayang..
comel je..

MaY_LiN said...

hahaha..
nk manje2 dakizni..
cumilla tu

lilygreeny said...

mmg sy kipas-susah-mati Ad+Iz ni..
but i think ur health is more
important.. dear miss eury, plzz
take care of ur self.. get well
soon...jgn lupe mkn ubat...

Psl Ad+Iz ni... ok sgt... byk lg
episode nyer ker??? hopefully
happy ending la cite ni yer....
suke sgt ngn Ad... Angau ngn Iz...
adoiii i love this story...

Lots of Love From Lily
to Our miss Eury k???

Anonymous said...

yippie..akhirnye penantian aku berbaloi..hehe..time kasih eury..

anyway,jage ur health first ok..
pastu,baru leh pulun buat ad+iz..
so sweet..

tetibe rase nak kawin..hehe
gatal bangat aku nih..hihihi

Anonymous said...

wpun demam, cite ttp besh..
comey la plk diorg pny
reaksi pas jadi camtu...
bile iz nak cakap yg dia syg ad?
huhuhu...tak sabar nak tunggu...
cepat la smbg...
cepat la smbg...
cepat la smbg...

~lizarazu~

cat_cute said...

best la...ske sgt!!cpt la smbg cte nie...

Anonymous said...

besh nye......
n soooooo swwweeet.....
hope blh bagi lg paz ni.....

Anonymous said...

WAK......CEPATLAH SAMBUNG....DAH TAK SABAR TAHAP DEWA NI...PLIS.....MINTA2 LOR IDEA TU DATANG MENCURAH EK

Anonymous said...

bez nye.......
lalalala........

Anonymous said...

owh tiidddaaaakkkkkkk.....
bile la ending cite ni...x saba tahap gaban dh ni.....
bile ler bleh dpt novel ni????nak wat collection....

Followers