Tuesday, September 1, 2009

Saat Cinta Bicara Part 2


“Rizz…” Panggil Kirana lembut di hujung talian.

Ibriz menukar posisi telefon bimbitnya. Sambil itu, tangan kanannya mengosok-gosok telinga kanan yang sudah merah dan panas, bahana terlalu lama bergayut di talian.

“Rizz… Dengar tak apa yang Kira cakap ni?” Suara Kirana kedengaran sedikit membentak walaupun tidak begitu ketara nadanya.

Ibriz pejam mata serapat mungkin. Sebenarnya dia sudah terlalu letih. Yang ada dalam benaknya hanya perkataan tidur kerana itu yang diperlukan oleh tubuh badannya kala itu. Dia sudah terlalu letih dihentak dek bas di sepanjang perjalanan dari kampungnya siang tadi. Kebelakangan ini kesihatan ibunya sering memaksa dia berulang-alik ke kampung. Terkadang, tergerak juga hatinya untuk menetap di kampung halaman sahaja. Namun bila memikirkan pekerjaan yang baru didapatinya, dia membatalkan sahaja niatnya itu. Mana mungkin dia mendapat pekerjaan bergaji empat angka di kampung sedangkan dia perlu bekerja untuk menyara keluarganya serta menyelesaikan hutang-piutang yang dah lama tertunggak.

“Saya tak minta lebih-lebih… Saya cuma harap awak dapat datang ke hari konvokesyen saya dan jumpa dengan mak ayah saya. Itu aje!”

Itu aje?

Kirana Ayuni bercakap seolah-olah permintaannya sebentar tadi adalah satu permintaan yang biasa, yang tidak membawa sebarang implikasi yang serius ke atas kelangsungan hidupnya. Sedangkan Ibriz menganggap permintaan Kirana itu adalah suatu permintaan di luar rancangan hidupnnya dalam masa lima tahun akan datang ini. Bertemu dengan ibu bapa seorang gadis di salah satu hari terpenting dalam kehidupan seorang gadis… Bukankah itu salah satu ‘hint’ kepada ibu bapa tersebut bahawa hati anak gadis mereka sudah dimiliki oleh sang jejaka. Dan sang jejaka itu mahu mempunyai hubungan yang lebih serius dengan anak gadis mereka. Atau akukah yang terlebih paranoid?

Tidak! Aku tak mahu ‘terperangkap’ dalam percaturan hidup yang sedang diaturkan oleh gadis itu.

“Saya tak bersedia lagi la, Kira! Maybe some other time…” Pinta Ibriz. Ada ketegasan dalam kata-katanya itu.

“Rizz… Tak ada agenda tersembunyi, okey? Trust me! Saya cuma nak temukan awak dengan parents saya aje… Nothing more, or less! Please…”

“Nanti kalau mereka ingat saya ni…”

“Apa salahnya kalau mereka anggap awak ni kekasih saya? Kita dah lama kenal. Ke sana sini berdua. Lagipun, kita memang pasangan kekasih, kan?” Potong Kirana.

Ibriz hela nafas panjang. Kerenah gadis di hujung talian itu adakalanya menyentap terus ketenteraman dalam dirinya. Kirana Ayuni… Dia mengenali Kirana Ayuni ketika dia berada di tahun akhir diplomanya di UiTM. Kirana pula pada ketika itu baru sahaja mendaftar di universiti tersebut. Pada pandangan pertamanya, dia merasakan bahawa Kirana adalah seorang gadis yang menarik. Dia bijak, cantik, punya personaliti menarik, anak orang berada… Pendek kata Kirana hampir tiada cacat-celanya bagi dia.

Bermula dengan desakan hidup yang menghimpit diri, dan secara kebetulan Kirana ada di situ untuknya. Dia menjadi semakin rapat dengan Kirana. Dan apa yang berlaku selepas itu terlalu pantas untuk dirinya. Sedar-sedar dia sudah pun berada di tahun akhir ijazahnya. Dan dia sudah terlalu lambat untuk menghentikan semua itu. Kini dia hanya boleh berusaha untuk membetulkan keadaan agar balik ke asalnya.

“Rizz… Susah sangat ke permintaan saya? Okey! Just come to my convocation day. I won’t ask for anything else. Tak jumpa mak ayah saya pun tak ape. Please…” Rayu Kirana.

Dek kerana janjinya pada Kirana, maka dia berlegar-legar di tapak ekspo itu sementara menantikan gadis itu selesai digraduasi. Berjalan tanpa arah. Sekadar menghabiskan masa paginya. Menelek satu persatu barangan yang menarik minat dan berbasa-basi dengan para penjual.

“Yang ni berapa?”

“Apa beza antara ni dengan yang itu?”

“Brand mana yang lagi elok?”

Antara soalan-soal Ibriz pada si penjual barangan. Selesai bersoal-jawab, berpuas hati dengan penerangan mereka, dia beralih ke booth lain pula. Ketika dia sedang leka melihat deretan accessories computer dan laptop, dia terus tergamam tatkala terpandangkan akan sesuatu yang mencuri seluruh tumpuannya saat itu.

Dari celah-celah jaring-jaring besi yang menjadi tempat menggantung accessories, sekaligus menjadi pemisah antara booth, dia terlihat akan seorang gadis yang begitu asyik tersenyum sambil menelek bear-bear yang ada di booth sebelah. Tingkah gadis berkebaya pendek berwarna kuning hijau itu membuatkan dirinya ‘terpisah’ terus dari dunia realiti. Dia seakan-akan hanyut dalam alunan rambut lurus melepasi bahu gadis itu. Matanya yang bulat dan bundar. Alis matanya yang lentik. Hidungnya yang mancung. Dan senyuman yang diukirkan…

Ahh… Mengapa aku begitu mengkagumi keindahan makhluk ciptaan Tuhan yang satu ini? Walhal dunia ini punya ramai lagi gadis yang cantik, malah lebih cantik dan hebat darinya…

Tanpa sedar, perbuatannya itu terlihat dek si gadis secara tidak sengaja. Dan mereka terus terpaku memandang ke arah satu sama lain.

@~~~@~~~@~~~@~~~

Dunia terhenti saat aku bertentangan mata dengannya. Okey… Memang dunia tak berhenti berputar pada paksinya cuma aku yang terasa duniaku terhenti pada saat ini. Aku tak tahu, aku tak pasti apa yang ada pada dirinya. Yang pastinya, renungan lelaki itu membuatkan jantungku mahu berhenti dan adakalanya berdenyut lebih pantas dari biasa.

Aku jadi tak keruan diperhatikan sebegitu. Aku tak mahu diperlakukan sebegitu kerana aku tidak selesa berada dalam keadaan sebegitu. Terasa seakan tikus putih dalam makmal ujikaji. Aku tak mengenali dirinya. Apatah lagi mengetahui status dirinya. Buatnya dia ‘kepunyaan’ orang, macam mana? Entah-entah dia suami orang, tunangan orang ataupun kekasih orang. Sapa tahu? Dan kebetulan gadis itu terlihat adegan pandang-pandang jeling-jeling antara aku dan lelaki ni, tak ke mencari nahas namanya?

Menyedari ketidakwajaran tindakan kami, perlahan-lahan aku ‘menarik diri’ dari pertandingan lawan mata itu. Beg-beg plastik berisi barangan yang kubeli sebentar tadi, aku heret keluar dari booth tersebut. Mataku melilau mencari booth yang menjual bunga segar. Aku mahu segera beredar dari tapak ekspo itu kerana aku seakan-akan terlihat sepasang anak mata lelaki itu ke mana sahaja aku pergi saat ini. Dia mengekori akukah?

Kealpaan aku mengawal kekalutan diri menyebabkan aku berlanggar bahu dengan seorang gadis. Habis berterabur barang-barang yang kujinjing. Mulut gadis yang kuanggarkan berusia 13 ke 16 tahun itu bising memarahiku. Namun tiada sebarang perkataan yang khusus terlahir dari bibirnya. Jelas padaku, gadis yang memakai blaus dan jeans itu sebenarnya bisu.

Barang yang sedia terlambak atas tar jalan, aku biarkan begitu. Aku gerakkan kedua-dua belah tangan. Mengisyaratkan perkataan maaf mengikut pergerakan isyarat tangan Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Sekiranya gadis ini menuntut di sekolah khas atau mengikuti program-program untuk komuniti OKU sepertinya, sudah pasti dia akan faham dengan bahasa isyarat yang aku lakukan. Keadaan kami mencuri tumpuan beberapa orang pengunjung tapak ekspo yang lalu-lalang. Namun seorang pun tidak berminat untuk ikut campur hal antara kami. Sekadar memandang dan berlalu pergi bila dilihatnya kami masih berada dalam keadaan rasional akal.

‘Saya minta maaf. Saya tak nampak awak tadi.’

Gadis itu tercengang. Aku mula panik bila memikirkan dia tidak memahami ‘kata-kata’ku. Mahu mengamuk gadis ini lagi akibat kegagalan komunikasi sebegini. Tapi bila dia melihat dia turut sibuk menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk berkomunikasi denganku, resahku segera pergi.

‘Tak sangka awak pun bisu dan pekak.’ Gadis itu kelihatan girang melihat aku yang difikirkannya bisu dan pekak. Berguna juga aku belajar bahasa isyarat nih!

Tapi… Ahh… Sudah! Takut kena ejek punya fasal, tak fasal-fasal aku kena cop sebagai orang pekak dan bisu pulak! Tak apa la… Untuk hari ni aje. Lagipun, bukannya aku jumpa dengan diorang lagi lepas ni.

‘Saya minta maaf.’

‘Tak apa. Salah saya juga. Tak tengok kiri kanan ketika berjalan. ’
Balasnya.

Seorang wanita berusia pertengahan 40-an muncul termengah-mengah antara kami. Mungkin ibu atau kakak si gadis bisu.

‘Kamu pergi mana? Puas mak cari.’ Kata perempuan itu serentak menggerakkan bahasa isyarat tangan pada anak gadisnya. Gadis itu cuma tersenyum manja. Melihat tigkah si anak, kemarahan si ibu serta-merta reda.

‘Saya jumpa kawan.’ Diluruskan jarinya ke arahku.

‘Dia pun pekak dan bisu seperti saya! Kami berlanggar tadi.’ Cerita gadis bisu itu pada ibunya. Si ibu berpaling padaku.

‘Maaf. Anak saya mungkin panik bila kami terpisah tadi.’ Kata perempuan itu padaku.

‘Tak apa. Memang salah saya juga.’ Balasku.

Si ibu dan si anak meminta diri tak lama kemudian. Setelah melihat mereka hilang ditelan ratusan manusia di situ, aku mengutip satu-persatu barang-barangku yang bertaburan. Tengah aku leka memasukkan t-shirt ke dalam plastiknya, seorang lelaki duduk mencangkung di sebelahku. Haruman Hugo Boss yang dipakainya menusuk deria bauku. Aku kalih ke kanan.

Lelaki tadi!

“Saya… tolong… awak…” Satu-satu perkataan itu disebutkan di hadapanku. Tangannya ligat memasukkan barangku ke dalam plastik sementara aku sudah menghentikan segala perbuatanku sebentar tadi.

Apa kena dengan aku ni? Asal nampak laki ni, mula la tak tentu arah. Bukannya aku tak pernah ada kawan lelaki. Bukannya aku tak pernah bercakap dengan lelaki. Bukannya aku tak pernah duduk serapat ini dengan lelaki. Habis, kenapa aku out-of-control sangat bila tengok laki ni? Kenapa tak boleh berlagak biasa macam masa aku dengan lelaki-lelaki lain? Rileks, rileks… Aku tarik nafas dalam-dalam… Kemudian aku lepaskan. Harapan untuk menenangkan diri cuma sekadar tinggal harapan. Jantungku tetap berdebak-berdebuk tiap kali mata lelaki itu ‘menjilat’ wajahku.

Selesai memasukkan barang, kami berdiri berhadapan. Dia hulur beg plastic sarat berisi barangku. Bukannya ucapan terima kasih aku lafazkan, sebaliknya aku rampas beg plastic itu dan terus sahaja meninggalkannya yang masih terpinga-pinga di situ. Entah mengapa, rasa bengang dan sebal yang merajai diri mendorong aku bertindak sedemikian padanya.

Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ni? Tak kan sebab seorang lelaki, hidup aku jadi huru-hara hari ni! Mana perginya Athia Huriya’ yang sentiasa cool dalam apa jua keadaan tu? Mana perginya Athia Huriya’ yang tak pernah gentar dengan sesiapapun walaupun dengan lecturer-pemusnah-gred A student? Mana?

Langkah kubuka besar-besar. Aku mahu segera pergi dari sini. Kurang sejam, majlis konvokesyen akan tamat. Aku perlu berada di sana. Di dewan besar sana. Bergambar, berbual, bergembira dan melakukan apa sahaja dengan ahli keluargaku. Kemudian, aku akan menjalani kehidupan aku sebagai anak dan pelajar semula seperti biasa. Dan aku akan lupakan apa yang jadi pada hari ini. Ya! Itu yang aku akan lakukan.

Aku singgah di booth terakhir yang menjual bunga. Enggan berlama-lamaan di situ lagi, aku segera menunjukkan bunga mawar merah yang dihiasi bear-bear kecil yang paling cantik di situ.

“Saya nak beli yang itu!” Dan secara kebetulan, seorang lelaki ala-ala crook turut berkenan dengan bunga tersebut. Bengis wajahnya bila menyedari aku juga berkehendakkan bunga yang cuma ada satu seumpamanya di situ.

“Saya yang minta dulu bunga tu!” Tegasnya.

Aku menepuk dada. Tanda akulah yang paling layak memiliki bunga itu.

“Saya dulu yang cakap nak beli bunga tu! Saya tak dengar pun awak booking atau cakap apa-apa!” Tempelaknya.

Aku keluarkan pen dan buku catatan.

Saya dulu yang sampai sini. Saya dulu yang jumpa dan cakap nak beli bunga tu. So, itu bunga saya! Tak percaya, tanya florist girl ni la!’ Cabarku dalam bentuk tulisan.

Telinga lelaki tu dah merah akibat marah. Gadis penjaga booth dah buntu dan keliru nak menyelesaikan perbalahan kami.

“Wei! Dah bisu tu, buat la cara bisu… Ada hati nak lawan cakap orang pulak. Aku bagi karang…”

Lelaki itu angkat tangan. Belum sempat tangannya singgah di pipiku, satu tangan sasa menangkap tangannya.

“Saya tak kan sesekali benarkan awak atau sesiapapun mengasari golongan kurang upaya, terutamanya gadis ni!” Dengan machonya ‘penyelamat’ itu menempelak lelaki crook tadi dengan sebaris kata-katanya.

Penyelamatku adalah… lelaki tadi… lagi…



*** Huhu... kucing Meme eury mati... sob3!

11 comments:

tzaraz said...

eury...err..takziah atas kematian kucing kesayangan..jgn sedih2 sngt..

cite nie..emm..masih terlalu awal..tapi starting eps 1&2 yg bess..pertemuan dah start...

hope next n3 tu very very soon tau..

Anonymous said...

saya malas nak baca citer ni sebab takut nanti saya frust cam citer ad+iz. hari2 saya tunggu, at last...

qyqa COMEL GILER said...

salam...
best!
sambung cepat ek..
ciannya kucing mati...
tak per jangan cdih ek...
chaiyok!!!

team85 said...

hahahhaahha....lawak la..sabo jer la...erm pasal kucing tu jgn sedey2 yer...leh carik kucing baru...

Anonymous said...

Eury...yg nie pn layan gak..
wlaupn baru permulaan dh rasa xsabar tunggu N3..

smbung cpt2 taw..

yg kucing 2 plk, Ek hmm...no comment...tp nk ajak nangis ssme pn bleh gak..huarhh!...

-manja.lara87-

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
da ade pertemuan..
huhu..tp si penyelamat bf kakak si bisu laaaa...
aduss...
smbung2..

MaY_LiN said...

ooo..jmp di booth bunga yea..
eury..kite da lm xbela kucing..
sume da hilang..uwaaa..

Anonymous said...

aloh!
cian kak eury...

best la cita nie...
gentlemen tol mamat tu.

plum blossom said...

takziah utk kucing eury...
tak sabar nak baca entry sterusny...
bila eh nak muncul watak AM tu...
sejak baca preview SCB ni dah jatuh cinta kat AM lah... hehehheheeh

p/s: eury cepat masukkan watak AM eh...

azzakiah said...

best..

farah amanina said...

makin best ... teruskan... x pa.. slow2... kalo x sihat... rest lah dulu.. nnt sakit x best lah.. pasal kucing tu.. ucapan takziah dari saya

Followers