Tuesday, January 25, 2011

~ Tanpa Tajuk ~



“Tunggu!”

Lengan yang ditarik kuat membuatkan aku terduduk semula.

“Sampai aku boleh terima hakikat sebenar...”

Lengan yang sakit aku usap perlahan.

“Sehingga aku boleh berdiri teguh tanpa dia di sisi...”

Aku pandang Farriel dengan kening yang terangkat.

“Boleh tak aku anggap kau sebagai dia?”

Aku tersentak. Huh?

Anggap aku sebagai dia?

Wajah Farriel aku pandang dalam kelam cahaya bulan. Matanya memandang kosong ke hadapan. Riak wajahnya tenang.

“Satu hari nanti, Senior akan kecewa... Bila Senior sedar yang aku bukan dia... Bila Senior mendapati yang aku tak boleh menjadi dia... Bila Senior gagal menipu diri sendiri lagi... Senior akan kecewa...”

Mana mungkin aku menjadi seseorang yang tidak aku kenali.

“Aku tahu!”

Pandangan kami bertemu. Kali ini aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Pandangan tidak sekosong tadi. Sayu, sedih. Pedih. Itu yang tergambar di matanya.

“Aku berharap aku sudah cukup kuat masa tu...”

Lampu terpasang. Terang benderang sehingga aku sukar untuk membuka mata.

Telefon Farriel berdering. Suara teruja pemanggil hampir jelas kedengaran di telingaku.

“Trimas!” Hanya sepatah kata diucapkan olehnya sebelum panggilan dimatikan.

Aku bangun dari sisinya. Bergerak ke pintu dalam keadaan bingung. Terlalu banyak yang aku fikirkan sehingga otakku enggan mencerna sebarang maklumat yang diterima. Mungkin aku patut lupakan sahaja apa yang aku dengar malam ini. Mungkin situasi aneh yang kami alami malam ni menyebabkan Farriel berperangai aneh? Orang aneh sepertinya memang sukar dijangka!

“AD!”

Langkahku terhenti. Kepala aku paling ke sisi.

“Aku tak bergurau...”

Dan aku tahu ayatnya akan berakhir di situ sahaja bila mana pandangannya melekat pada langit malam tanpa bintang.

Aku bermimpi, kan? Kali ini mimpi indah atau mimpi ngeri?

Langkah kuatur satu persatu. Sebelum sempat aku berfikir, aku mendapati aku sudah berlari menuju ke asrama.
*** Scene ni just pop-up kat kepala eury... :)) Sebarang soalan berkenaan'nya' akan dijawab dgn perkataan 'mungkin'... :))

7 comments:

zura asyfar said...

sis : ni bukan ad ngn iz ke? nk buat cite ms dia alam sekolah dulu-dulu plak ke? ape2 pn, kite suke :)

MaY_LiN said...

aik..
adakah ni smbgn nya..

eury said...

salam...
zura,btl ini ksh ad & iz ms zmn sek.
may_lin, x berani nk ckp...mungkin?
:))

affif haji mazlan said...

plis2!! buat sekuel utk ad+iz. best sgt kot citer tu. buat ad+iz saga pulak. triologi ke, buat smbungan smpai 5-6 buku. haha

Wild Cherry said...

WC sokong kalau buat sekuel AD+IZ...

aesha~ said...

k.eury,besnya kalau ada sambungannya..
xpuas hati fmily tiri dia xkena tgkap polis or jadi apa2 yg dahsyat2..
haha~

anyway,kalau ada smbungannya,saya lagi suka! <3
:D

Anonymous said...

yey ! akk nak buat sekual die ke?
waaa ... tak sbar nih ! novel akk novel pertama sy beli ngn duit sdri taw ! haha.
congrat kak !

Followers