Monday, July 6, 2009

ad+iz Part 14


“Syhh… Your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much… Lebih banyak dari apa yang boleh awak bayangkan…”

Aku tergamam. Sunyi seketika alam di sekelilingku. Ihsan cintakan aku? Lawak ape nih?

Dan bila Ihsan cuba merapati dan merangkul tubuhku, aku pantas menepis tangannya. Air mata di pipi sudah berhenti dengan sendirinya. Yang di pipi sudah habis ku kesat dengan tapak tangan. Aku segera menjarakkan kedudukan kami bila Ihsan cuba merangkulku sekali lagi. Jarak yang cukup untuk Ihsan tidak berbuat apa-apa di luar kewarasan fikirannya.

“Ihsan, banyak mana pun awak cintakan saya tapi tolong hormat status yang saya sandang sekarang!” Kataku tegas. Terkulat-kulat Ihsan mendengar. Ada riak kecewa di wajah kacaknya. Namun aku tidak peduli. Aku masih isteri Farriel, walaupun aku tak pasti sehingga bila gelaran akan aku pegang.

“Saya cintakan awak…” Ulangnya lagi.

“Maaf. Saya tak cintakan awak. Saya anggap awak macam kawan aje. Paling tidak pun sebagai abang…” Tegasku. Aku sudah masuk ke perkarangan rumah. Kini, pagar rumah menjadi pemisah kami.

“Wow! That’s hurt… Tapi itu lebih baik dari menipu, kan?” Ihsan tersenyum tawar. Cahaya di matanya sudah pudar. Tidak seperti ketika mula-mula dia meluahkan rasa hatinya. Namun, sinar harapan di matanya masih menyala.

“Saya isteri Farriel.” Aku harap kenyataan itu akan memberi jawapan atas luahan hatinya tadi.

“Saya akan tunggu sehingga dia lepaskan awak.”


Dan sekarang Ihsan mendoakan aku dan Farriel berpisah pulak?

“Saya tak cintakan awak!” Akuiku jujur.

“Saya akan tunggu sampai awak jatuh cinta pada saya!” Bersungguh Ihsan menegaskan pendiriannya.

“Kalo saya tak jatuh cinta pada awak sampai bila-bila?” Dugaku.

Riak kecewa semakin ketara di wajah Ihsan. Aku jadi belas melihatnya. Sungguh, jika aku punya kuasa untuk mengalihkan rasa cinta, sudah tentu aku akan mengalihkan rasa cintaku pada Ihsan. Tapi aku cuma insan biasa. Dan cintaku sudah dibawa pergi oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi.

“Saya percaya kalo saya ikhlas mencintai dan menyayangi awak, saya akan memperolehi cinta awak suatu hari nanti. Dan saya akan tunggu sampai hari itu tiba…” Perlahan kata-kata itu dilafazkannya. Namun ada harapan, keazaman dan keyakinan tersemat dalam kata-katanya.

“Ihsan…” Tak mampu aku mengungkapkan sebarang kata-kata lagi. Rasa bersalah dan simpati mula merajai hati.

“Jangan rasa bersalah. Dan jangan sesekali rasa bersimpati. Saya tak kan paksa awak untuk mencintai saya. Sebab saya nak awak ikhlas mencintai saya…”

Aku terdiam. Cuma mampu memandang ke arah Ihsan. Kejamkah aku menolak cintanya?

“Saya balik dulu…”

Seketika kemudian Ihsan berlalu pergi. Aku masih termangu-mangu dengan apa yang berlaku.

@~@~@~@~

Farriel masih memandu. Sekejap tadi dia dah berpusing-pusing di pusat bandar. Bosan dengan kesibukan yang tak pernah berakhir, dihalakan pula kereta ke pinggir bandar. Kepalanya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku pada dirinya kebelakangan ini.

Kepulangan Marina yang pada sangkaannya akan melenyapkan segala kerunsingan dan kekeliruan dalam hidupnya. Kehadiran Marina yang pada perkiraannya akan menyemarakkan lagi rasa cinta antara mereka berdua. Namun sebaliknya yang berlaku. Dia sering berasa kehilangan di celah-celah momen-momen indah bersama Marina. Seperti ada yang tidak lengkap. Seperti makanan yang kurang rencah perisanya. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu. Yang pasti, AD selalu berada dalam ingatannya, walaupun ketika dia bersama Marina.

Apa yang dilihatnya petang tadi benar-benar membuatkan dirinya kecewa. Egonya calar. Sangkanya AD juga punya perasaan yang sama sepertinya. Sangkanya AD menyayangi dan menyintainya sepenuh hati. Sangkanya AD setia kepadanya.

Rupanya dia silap dalam membuat pertimbangan. AD juga punya kehidupannya sendiri. AD juga berhak punya kekasih hati; yang menepati citarasanya, yang sentiasa ada untuk dirinya, yang menyayanginya sepenuh hati. Lelaki pilihan hatinya adalah Ihsan, abang sepupunya sendiri. Ihsan, lelaki yang selalu ada untuk isterinya, terutama sewaktu isterinya dalam kesusahan.

Farriel mula menyalahkan diri sendiri. Dia sepatutnya tau yang Ihsan dan AD saling menyintai. Justeru itu mereka tampak serasi bersama. Mereka saling memahami. Tidak seperti dirinya dan AD yang sering bertelagah walaupun dalam hal sekecil hama. Dia juga kesal kerana hampir-hampir melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui; mereka tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, dan pihak kedua tidak boleh masuk campur dalam urusan hati pihak pertama.

Di akhir perjalanan tanpa arah itu, Farriel memasang tekad. Dia harus meneruskan hidupnya. AD berpijak di bumi yang nyata. AD sedar bahawa perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Maka, AD telah memilih Ihsan sebagai pengganti dirinya. Justeru itu, dia juga akan meneruskan kehidupannya. Dia harus buktikan bahawa dia juga mampu hidup bahagia… tanpa AD…

@~@~@~@~

Bunyi loceng dari luar pintu apartmen membingitkan telinga sehingga memaksa Marina menekup kedua-dua belah telinganya dengan bantal. Malangnya usahanya tidak membuahkan hasil. Marina mula hilang sabar.

“My God! Orang giler mana yang datang malam-malam buta ni?” Jeritnya kuat. Bergema kamar tidonya seketika.

Tertekan dengan perangai giler tetamu tak diundang itu, Marina segera turun dari katil. Gaun tido satin dicapainya. Dipakainya agar penampilannya nampak sopan walaupun gaun itu sekadar mampu menutupi singlet tali halus dan seluar pendek yang dipakainya. Loceng yang ditekan bertalu-talu membuatkan Marina berkejar ke pintu.

“Kejap!” Jeritnya dari dalam. Selak pintu ditarik ke tepi. Tombol pintu dipulas. Dan demi dia terpandangkan wajah di hadapannya, dia terkejut.

“My God! Farriel?”

Tercengang-cengang Marina melihat wajah kekasih hatinya yang kelihatan tak terurus dan keletihan. Dirapikan rambut Farriel yang kusut-masai. Kemudian, diusap-usapnya ubun-ubun Farriel. Cuba menenangkan Farriel yang mengah. Cuba memberi semangat kepada Farriel yang kelihatan seperti sudah disedut keseluruhan semangatnya. Selebihnya, dia cuba menyakinkan diri sendiri bahawa Farriel yang berdiri di hadapannya kini. Yang menekan loceng apartmennya berkali-kali sewaktu malam sudah merangkak ke pagi. Sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh seorang Tengku Farriel Izumi.

“Farriel, are you okey? Kenapa ni? You nampak exhausted sangat and… terrible… awful…”

Farriel masih tetap begitu. Tetap berdiri sambil menundukkan kepala. Memandang sesuatu yang entah apa. Sebelah tangannya ditopangkan ke dinding, menahan berat badan. Marina panik.

“Farriel…”

Farriel mengangkat wajah kali ini. Memandang tepat ke arah Marina. Namun bukan wajah Marina yang terbias di retina mata dan di minda. Wajah AD dan Ihsan dalam keadaan ‘mesra’ itu yang tergambar.

Tenaga yang masih bersisa, dikumpulkan. Wajah Marina yang beriak terkejut, pelik dan penuh tanda tanya dipandang setepat-tepatnya.

“Marina…” Panggilnya antara dengar dan tidak.

“Yes…” Marina menunggu sambungan kata-kata dari mulut Farriel.

“Will you… marry… me…?” Tergagap-gagap Farriel menuturkan lamaran itu.

Membulat anak mata Marina. Kedua-dua belah tapak tangan ditekup ke mulut. Menutup mulut yang terbuka luas dek terkejut. Seketika kemudian pecah tawa gembira di mulutnya.

“Oh, my God! Farriel! You are proposing me, aren’t you?” Soalnya dalam nada teruja.

“Yes…” Wajah Farriel masih tetap begitu. Tak beriak.

“Yes! Yes! The answer is yes, Farriel! I agree to be your wife!”

Terlompat-lompat Marina menuturkan jawapan terhadap lamaran Farriel itu. Lamaran yang telah lama ditunggunya semenjak menjejakkan kaki kembali ke Malaysia. Lamaran yang tidak disangka-sangkanya akan dibuat oleh Farriel pada pukul 2 pagi!

“I gembira sangat! Finally… I janji, I akan jadi isteri yang paling baik untuk you. And I will be loving you forever!”

Marina pantas meluru ke arah Farriel. Dipeluknya Farriel erat-erat. Dan Farriel hanya berdiri kaku di situ. Tanpa emosi.

@~@~@~@~

“Sayang! Cantiknya cincin ni! I nak cincin ni jadi cincin kawin kita, boleh?”

Cincin emas putih bertatah berlian yang sudah tersarung di jari manis, ditunjukkan kepada Farriel. Farriel tersenyum cuma. Sebentar tadi, Marina berkenan dengan cincin emas bermata satu. Kemudian cincin yang tertanam beberapa biji berlian. Pada pandangannya, semua cincin sama sahaja. Cuma sekadar cincin bagi mengikat sesebuah perhubungan. Namun terlintas di fikirannya, bagaiman agaknya rupa bentuk cincin perkahwinannya bersama AD. Dia tidak pernah perasan akan rupa bentuk cincin tersebut di jari manis AD. Emaskah? Emas putihkah?

“Farriel, you ni kenapa? Asyik termenung aje. Ada masalah ke?”

Cincin di jari manis sudah dikembalikan kepada gadis di kaunter. Tumpuannya kini pada Farriel yang berwajah keliru. Farriel mengukir senyuman.

“Tak ade ape-ape la. I okey aje…”

“Okey you kata! Jasad you aje yang ada dengan I, tapi fikiran you entah melayang ke mana.”

Marina berpaling ke arah bertentangan. Memeluk tubuh. Menandakan konfrontasi sudah bermula. Farriel tarik nafas panjang. Bahu Marina dipegang dan dipusingkannya agar mengadap ke arah dirinya.

“Marina, I’m sorry okey… You tau kan, I sekarang sibuk dengan projek kat JB tu. Terpaksa ulang-alik. So, I betul-betul letih.”

“Tapi kita kan tengah wat preparation untuk wedding kita. Banyak lagi yang kita tak wat. Dewan, pelamin, baju lagi…” Rungut Marina.

“Ya. I tau. Kita bukan nak kawin esok pun… Paling cepat pun, tiga bulan dari sekarang. Kita wat slow-slow okey…”

“I tak tau kenapa. Tapi I dapat rasakan yang I sorang aje beria-ria wat preparation. You macam… rilek aje!”

“Iye la… I bersungguh la ni!” Farriel pura-pura sibuk menelek cincin yang ada di situ.

“Ye la sangat tu! Kalo you bersungguh, bila wakil papa dan mama you nak masuk meminang I?”

Farriel tergamam. Masuk meminang? Wakil dari papa mama? Maksudnya, aku kena cakap dengan diorang yang aku nak kawin lagi satu? Atau bagitau aku nak bercerai dengan AD? Berterus-terang yang AD tu isteri kontrak aku aje, dan Marina la kekasih hatiku yang sebenar? Tak pernah dia terfikir semua itu. Perkara ini lagi rumit dari apa yang dia bayangkan.

“Ler, I ingat you ni wanita moden. Tak pakai lagi dah upacara merisik meminang ni semua. Nak kena wat benda-benda tu juga ke?”

“Mesti la… I nak majlis bertunang dan kawin yang grand. Ada lot of roses, ada kereta kuda, ada macam-macam la… Biar terbeliak sket mata sedara-sedara I tu! Dan I dengan bangganya akan memperkenalkan you sebagai tunang dan bakal suami I. Mesti diorang jealous dengan I sebab dapat pikat lelaki hensem, kaya macam you… Keturanan tengku lagi!”

Mata Marina dah menala ke mana. Membayangkan majlis pertunangan dan perkahwinan impiannya.

“Fasal tunang kawin tu kita cakap lain kali aje la ek…” Kata-kata Farriel melenyapkan terus angan-angan Marina.

“Kalo you asyik tangguh nak cakap fasal benda ni, asyik tangguh nak bawa I jumpa mama papa you, sampai bila-bila pun kita tak akan kawin sayang…!” Bentak Marina.

“Rileks… Bila tiba masanya, I akan bawa you jumpa diorang okey! Seriously…” Janji Farriel. Hakikatnya, dia sendiri tak tau macam mana nak ‘mengadap dan menjawab’ soalan seisi keluarganya kalo hal ini diutarakan kelak.

“Serius?! Serius ape-ke-benda kalo asyik bertangguh macam tu?! Dah la…!” Marina tarik muka 14.

Farriel senyum segaris. Marina kalo merajuk boleh berhari-hari lamanya, kalo tak kena cara memujuk. Kalo AD… AD lagi yang aku ingat! Kenapa susah sangat nak lupakan AD walaupun sehari? Macam mana la keadaan AD sekarang… Sejak Marina balik, jarang-jarang benar dia bersua muka dengan AD, walaupun mereka serumah. Dia keluar rumah, AD tengah sibuk kat dapur atau mandi. Masa dia balik rumah, biasanya AD dah tido.

Ahh…Wat ape aku nak sibuk-sibuk fasal AD. Dia kan dah ada Ihsan, playboy US yang dah jinak tu. Biar Ihsan aje la yang menjaganya. Tapi, tergamak ke aku nak lepaskan AD pada Ihsan yang aku tahu tahap ke-playboy-annya tu? Pompuan sebaik AD tu, kalo boleh biar la dapat kat lelaki yang baik-baik.

Bahu terasa ditepuk. Kuat. Sampai lenguh bahu dibuatnya.

“Tengok tu! You berangan lagi! Dah la!”

Terkedek-kedek Marina meninggalkan Farriel di kemas emas itu. Ahh… Aku mengelamun lagi! Menyedari kesilapan diri, Farriel pantas mengejar Marina yang semakin menjauh. Dipautnya bahu Marina. Marina menepis. Dicubanya lagi memaut bahu Marina. Kali ini disertakan dengan ayat-ayat cinta… Hati Marina mula cair. Terus hilang rajuknya. Mereka terus berdampingan ke butik pengantin berhampiran.

@~@~@~@~

“Isk, nenda ingat benar tempatnya! Sepatutnya kat tingkat ni, Rianna…” Rungut Nenda Nerrisa. Aku meninjau-ninjau ke sekitar aras tiga shopping complex itu. Mencari butik pakaian pengantin yang diceritakan oleh nenda sebentar tadi, semasa kami jalan perjalanan ke sini. Tak ada pun… Aku balik ke tempat nenda berdiri.

“Tak ada pun nenda. Mungkin kita salah level kot!” Telahku sendiri.

Wajah nenda nampak muram. Mungkin kesal kerana gagal mengingati lokasi butik rakannya, sehingga menyebabkan kami terpaksa berpusing di sekitar aras ni beberapa kali. Aku pimpin nenda ke bangku yang ada di situ. Kesian nenda… Dalam keadaan bertongkat macam tu, digagahkan juga kaki menapak dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain semata-mata nak mencari baju pengantin terbaik untukku. Bila aku sarankan dia naik kerusi roda, dia menolak. Katanya dia nak exercise. Lagipun ada tangga bergerak dan lif. Tak la sesusah mana pun, katanya.

“Nenda duduk sini kejap, ek… Adry nak pergi beli air untuk nenda. Nenda nak minum air ape? Nak makan ape-ape?” Soalku prihatin.

“Nenda tak nak makan. Kamu beli air aje untuk nenda. Air ape pun nenda tak kisah.”

Mendengar jawapannya, aku terus bergegas ke kiosk berhampiran. Buntu memikirkan air ape untuk nenda, akhirnya aku membeli jus untuk nenda dan diriku sendiri. Dan ketika itulah aku terperasan akan sepasang kekasih yang begitu asyik memilih pakaian pengantin di salah sebuah kedai di situ. Jus carrot yang aku sedut terasa seperti pasir. Cuma deria rasa pahit sahaja yang berfungsi ketika itu. Farriel kelihatan begitu mesra dengan gadis berwajah Pan-Asian itu. Tak perlu berteka-teki kerana aku sudah tau, itulah Marina Irriani. Gadis yang dikejar oleh Farriel di KLIA kira-kira tujuh bulan lalu. Gadis yang membuatkan lena Farriel tidak panjang. Gadis yang membuatkan tubuh Farriel kalis air. Gadis yang membuatkan Farriel mengambil tindakan drastik untuk mengahwiniku.

Aku segera mengalihkan pandangan. Enggan menyaksikan lagi kemesraan mereka berdua. Air mata yang bertakung di birai mata, aku kesat sepantas mungkin. Gusar akan dilihat oleh nenda. Dengan senyuman yang dibuat-buat, aku menapak kembali ke bangku yang diduduki oleh nenda. Dan tubuh yang semakin longlai cepat sahaja aku labuhkan ke bangku; bersebelahan dengan nenda.

“Kenapa muka kamu pucat sangat ni, Rianna?” Jus yang aku hulurkan, diletakkan di tepi bangku. Tubuhku diusapnya penuh kasih sayang.

Aku tarik nafas. Dalam-dalam. Sebelum ku lepaskannya. Senyum ku ukir buat nenda.

“Tak ada ape-ape, nenda. Tiba-tiba Adry lapar pulak! Kita berhenti makan dulu la nenda…”

“Kalo macam tu, jom kita pergi makan dulu! Lepas makan nanti baru kita cari butik tu. Kita mesti cari baju tu hari ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Majlis kamu tu lagi dua minggu. Banyak benda lagi yang tak ada.” Katanya sewaktu melangkah.

Aku berasa lega bila kami mula beredar dari situ. Takut juga kalo-kalo nenda ternampak Farriel dengan Marina. Jenuh mulut aku menjawab soalannya nanti. Sebelum bergerak ke food court, sempat aku membuang pandang pada Farriel yang sakan berpelukan dengan Marina. Ada rasa pedih menjalar hingga ke ulu hati.

@~@~@~@~

“Baru balik ke?” Tegurku saat Farriel melangkah masuk ke dalam rumah malam itu. Jelas, Farriel kaget melihat aku masih duduk berjaga di sofa ruang tamu sedangkan jam sudah menginjak ke jam 2 pagi.

“Hmm…” Jawabnya malas. Tali leher sudah dilonggarkan. Cuma menanti untuk dileraikan dari batang leher.

“Kenapa? Ada hal penting nak dibincangkan ke?” Soalnya acuh tak acuh. Aku kira, aku sudah dibuang terus dari kamus hidupnya kerana dia langsung tak punya kesudian untuk berbicara denganku, apatah lagi memandang wajahku. Dari tadi dia lebih suka memandang hujung neck tie, hujung lengan kemeja atau apa sahaja asalkan bukan diriku.

“Ko tau kan yang majlis resepsi kita lagi dua minggu…”

“Ingat! Tiap-tiap hari nenda dengan mama cakap fasal benda tu. Mustahil aku tak ingat!” Balasnya kasar. Terguris hatiku mendengar nada suaranya yang semakin tinggi.

Sunyi mengisi segenap ruang.

“Kalo tak ada ape-ape, aku naik dulu…”

Farriel mula menapak ke tangga.

“Tadi aku nampak ko dengan Marina kat butik pengantin…”

Kaku langkah Farriel di situ.

“Jadi?” Soalnya garang. Dikerlingnya aku dengan ekor mata.

“Aku cuma nak ingatkan ko supaya tak terlalu ‘expose’kan diri bila dengan Marina. Nyaris nak kantoi dengan nenda tadi…”

“Jaga hal masing-masing cukup la… Yang ko sibuk fasal aku dengan Marina, apa hal?” Farriel mula bengang.

“Bukan aku nak sibuk! Tapi kalo nenda nampak tadi, aku yang kena bersoal-jawab dengan dia! Ko faham-faham aje la kan nenda tu macam mana!” Suaraku mula meninggi.

“Ooo… Ko risau fasal aku dengan Marina. Abis, ko dengan Ihsan tu ape ke hal? Bercengkerama kat depan pintu pagar rumah, tak pe pulak? Tak takut kantoi dengan nenda?” Balas Farriel sinis.

Terkejut aku mendengar kata-kata Farriel. Farriel nampak ke?

“Aku dengan Ihsan…” Tergagap-gagap aku cuba menjelaskan keadaan sebenar sebelum dipotong oleh Farriel.

“Aku tak kisah kalo ko dengan Ihsan nak bercinta ke, nak bercengkerama ke… Yang penting bagi aku, ko jaga nama dan maruah aku selagi ko masih bergelar ISTERI aku! Faham?”

Mencerlang mata Farriel memandangku. Dan dia terus berlalu ke tingkat atas.

…selagi ko masih bergelar isteri aku… selagi ko masih bergelar isteri aku…

Selagi bila Farriel? Selagi bila aku boleh bergelar isteri ko? Air mata mengalir laju menuruni pipi. Namun, cepat-cepat aku hentikan tangisan itu. Aku tak mahu menangis lagi. Menangis tak menyelesaikan apa-apa masalah! Menangis cuma menampakkan kelemahan diriku sendiri. Aku tak nak menangis lagi!

@~@~@~@~

Sunyi. Kosong. Tiada Farriel. Tiada lagi suaranya menjerit, membebel. Tiada lagi bayangnya. Tiada lagi aura kehadirannya di mana-mana. Semuanya tiada.

Sejak malam kami bergaduh tu, Farriel jarang-jarang balik ke rumah. Terfikir juga aku yang dia ada rumah lain. Tapi tak pernah pulak aku tau. Tak kan Farriel bermalam di rumah Marina? Tak mungkin! Tak mungkin sedangkal itu ilmu agama Farriel.

Entah apa yang merasuk minda. Entah apa yang mendorong tubuh badanku. Gerak langkah kaki terus aje menghala ke master bedroom. Menceroboh masuk ke bilik Farriel. Aku pandang sekeliling bilik itu. Masih seperti dulu. Bezanya, dulu Farriel selalu ada di meja kerjanya. Menyudahkan kerja-kerja pejabat yang bertimbun. Sekarang, tidak lagi…

Katil yang berselerak aku rapikan. Buku-buku yang elok tersusun, aku susun semula. Laptop di atas mejanya aku buka dan hidupkan. Koleksi lagu-lagu Melayunya, aku mainkan. Lagu-lagu yang aku paksa dia download di internet. Macam nak perang dunia ketiga waktu tu. Mengingatkan saat-saat itu membuatkan aku tersenyum sendirian.

Kemudian aku melangkah ke almari bajunya. Aku buka almari itu. Kemeja dan pakaian-pakaian Farriel tersusun rapi di situ. Tak pasti apa yang aku cari. Sekadar ingin merasakan kehadirannya di situ. Aku lurut satu persatu bajunya. Bila sampai giliran kemeja biru mudanya, aku tanggalkan baju itu dari penyangkutnya. Aku bawa ke hidung. Cuba menghidu bau badan Farriel yang masih bersisa. Seketika rinduku lerai.

Aku melangkah pula ke balkoni. Menengadah ke langit malam. Tiada bulan. Tiada bintang walaupun sebutir. Langit kelihatan mendung malam ni. Ruang bilik dilatari muzik dari laptop. Lagu Merinduimu dari D’Masiv mula bergema. Satu-persatu bait-bait lirik lagu memasuki ruang pendengaranku.

Saat aku tertawa di atas semua….

“Yang warna merah ni sayur ape?”

Sayur ape? Aku cuma wat sayur campur aje; kubis, kacang buncis, lobak, brokoli. Aku mencari ‘sayur merah’ yang dimaksudkan di pinggan makan Farriel.

“Itu cil…”

Belum sempat aku menegah, Farriel terus masukkan sayur merah ke dalam mulut. Dikunyahnya. Seketika kemudian mukanya bertukar menjadi merah padam.

“… li…” Aku menyambung kata.

Air dalam gelas diminumnya dengan rakus. Air di gelasku juga turut menjadi mangsanya.. Tak cukup tu, air masak dalam jug diteguknya juga.

“Pedas!” Ujarnya seraya menjelir-jelirkan lidah.

Dan kami sama-sama tertawa riang melihat gelagat masing-masing. Farriel dengan muka kepedasannya dan aku dengan riak mukaku yang kengerian melihat reaksinya.

Saat aku menangisi kesedihanku…

“Sudah la tu…” Pujuk Farriel.

Farriel duduk di sebelahku. Kotak tisu dihulurkan padaku. Aku tarik beberapa helai buat mengesat air mata dan hingus.

“Semalam baru aje dia dengan aku… Tup-tup hari ni dia dah mati kena langgar… Sedih la aku…” Aku menangis se’round’ lagi. Farriel hanya mampu mengeleng.

“Kucing aje, AD… Kucing jiran pulak tu… Rileks la…” Belakang badanku diurutnya perlahan. Cuba meredakan kesedihan hatiku.

Aku ingin engkau selalu ada….
Aku ingin engkau aku kenang…

Satu kucupan hinggap di belakang leher.

“No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really…” Suara garau itu singgah di cuping telinga.

Tangan Farriel melingkari pinggangku.

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu…

“Ko nak wat ape?”

“Nanti aku cium, baru ko tau…”

“Ci…um…?”

“Hmm… Cium! Macam ni…”

Bibir Farriel mendarat kemas di bibirku.

Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

Kemeja Farriel aku ramas dan bawa lagi ke hidung. Mencari lagi aura kehadirannya di situ. Tanpa sedar air mataku mengalir.

Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

Farriel menjenguk ke bawah. Menghayati pemandangan dari tingkat 10 di bilik hotelnya. Kenderaan masih bertali arus. Suasana di sekitar masih hingar-bingar. Namun kepalanya sunyi sahaja. Kepala ditala ke langit. Cuba mencari sang purnama dan bintang. Hampa. Tiada satu pun yang kelihatan. Dan ingatan pada AD menjelma…

Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

@~@~@~@~

Tangan dah mula menggendang stereng kereta. Deretan kenderaan atas jalan dan cuaca panas mula meletihkan dirinya. Jam di tangan dipandang sekilas. Lambat lagi. Masih ada 2 jam sebelum temujanji dengan En. Shiroka dari Jepun. Lampu isyarat masih berwarna merah. Ah… Bosannya!

Tie tanpa corak terasa seperti menjerut batang leher. Pantas dilonggarkannya. Handphone yang berbunyi dipandang sekilas. Handfree Farriel lekatkan ke telinga. Butang hijau ditekan. Lampu isyarat bertukar warna. Serentak itu pedal minyak ditekan.

“Hello…”

“En. Farriel… Saya Erin… Adry… Adry… Dia sakit!” Suara cemas Erin menerpa di telinga.

Buntang mata Farriel mendengarnya. Hampir terbabas keretanya ke tepi.

“Korang kat mana sekarang?”

“Kampus…”

“Tunggu sampai saya datang!” Arahnya pada Erin.

“Okey…” Balas Erin.

Panggilan dimatikan. Melilau mata mencari tanda U-turn di sisi jalan. Pusingan U segera dibuat. Pedal minyak ditekan lagi. AD… Ko okey ke? Butang telefon ditekan.

“Hello, Sheila… Batalkan semua meeting dan appointment saya!”

“Tapi, tengku… Mr. Shiroka…”

“I said all, Sheila!”

Panggilan dimatikan. Handphone yang berkali-kali berbunyi tidak dihiraukan. Cuma ada satu dalam fikirannya. AD…

Sesampainya di kampus, Farriel terus berlari ke foyer fakulti. Melilau matanya mencari kelibat AD atau Erin. Tiada. Dia mula bertanyakan beberapa pelajar di situ.

“Adrianna? Erin dengan sorang lelaki dah bawa dia ke klinik rasanya…” Jawab sorang pelajar pompuan yang tadinya elok berdiskusi dengan rakan-rakannya.

Dan dari penerangan yang diberikan, dia tau sapa lelaki yang dimaksudkan. Ihsan…

@~@~@~@~

Melintas aje Ihsan depan biliknya, Farriel bingkas bangun dari kerusinya. Bilik Ihsan dijejaki. Tanpa ketukan, tanpa izin, tanpa salam, meluru dia masuk dan…

“Aril?”

Bukk….! Penumbuk sulung dihadiahkan pada Ihsan. Ihsan yang tadinya elok berdiri, terperosok di kaki kerusi. Ihsan mengaduh kesakitan. Darah di tepi bibir dikesatnya.

“Woi! Apa hal ko ni?” Soal Ihsan berang.

“Itu untuk ko yang ganggu isteri aku!”

Ihsan bangkit. Mengepal buku lima sebelum melepaskan tumbukan. Tepat mengenai pipi Farriel. Farriel terduduk di sofa.

“Itu khas untuk suami tak berperasaan macam ko!”

Farriel bangun. Pipi yang mula bertukar warna dirabanya. Gigi diketap.

“AD tu isteri aku. Jangan nak lebih-lebih dengan dia!”

“Isteri? Sapa isteri ko? Mana isteri ko? Isteri sendiri demam pun ko tak amik peduli!”

“Adrianna Mayesa tu isteri aku!” Farriel menunding jari ke diri sendiri. Ihsan ketawa mengejek.

“Isteri konon! Betul ke Adry tu isteri ko? Abis, kenapa ko layan dia macam sampah? Bila ko nak, ko datang. Bila ko tak nak, ko buang. Suami ape ko ni?” Tempelak Ihsan. Ditujah-tujah dada Farriel. Farriel menepis kasar jari Ihsan.

“Macam mana aku layan dia, itu hal aku. Ko tak usah amik peduli! Itu bukan urusan ko pun!”

“Ya! Itu urusan aku!” Bantah Ihsan.

“Sejak bila?”

“Sejak aku mula kenal cinta. Sejak aku mula jatuh cinta pada Adrianna Mayesa Ismail al-Hussein!”

Farriel terpempan mendengar pengakuan Ihsan. Kini dia tidak perlu berteka-teki lagi. Ihsan dengan rela hati sudah mengakui rasa hatinya.

“AD isteri aku…”

“Ya! Aku tau. Aku akan tunggu sampai ko ‘lepaskan’ dia!”

“Aku tak kan lepaskan dia!”

“Ko dah ada Marina. Dia tu kan buah hati ko! Now she’s back. Go and marry her. Jangan seksa Adry semata-mata demi ego ko. Dia manusia macam ko, macam aku. Dia juga ada perasaan! Lepaskan Adry!”

Farriel mengeleng kepala beberapa kali. Tidak percaya dengan permintaan yang dibuat oleh Ihsan. Melepaskan AD? Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikirannya.

“Jangan ganggu AD lagi. Kalo sekali kali aku nampak ko wat tak senonoh dengan dia… Next time, aku tak tau apa yang aku akan wat pada ko!”

Farriel bergegas keluar dari bilik itu.

@~@~@~@~

Pintu bilik AD dibuka oleh Farriel perlahan-lahan. AD yang nyenyak tido diperhatikan dari dekat. Nafas AD teratur menandakan tidonya lena. Wajah tenang AD direnungnya. Mukanya pucat berbanding biasa.

“Lepaskan Adry!”

Dia teringat semula kata-kata Ihsan siang tadi. Hatinya berbolak-balik. Separuh hati mengejek perbuatan diri; mencintai dan melamar Marina tetapi tetap mahu AD di sisi. Separuh hati lagi menyokong perbuatannya itu atas dasar putik cinta yang baru bercambah. Dia mula terkeliru.

Dia tidak mahu menjadi manusia kejam dan mementingkan diri. AD sudah ada pilihan hati, mengapa harus disekat kebahagiaannya. Perjanjian yang dibuat sebelum ini juga ada menyebut bahawa kontrak perkahwinan mereka akan terbatal sekiranya salah seorang sudah memiliki kekasih dan ingin komitmen yang lebih serius bersama pasangan.

Aku ingin engkau selalu ada….
Aku ingin engkau aku kenang…

Melepaskan AD… Serasanya itu sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada ketika ini.

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu…

Farriel meletakkan tapak tangan di dahi AD. Cuba menganggarkan suhu badan AD. Seketika kemudian dia menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan suhu badan AD yang normal.

Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

Ubun-ubun AD diusap perlahan. Rasa hangat itu menjalar di segenap tubuhnya. Ada satu perasaan halus menusuk terus ke hati dan jantungnya. Rasa dan perasaan yang hanya dapat dirasai bila bersama dengan seorang Adrianna Mayesa…

Ubun-ubun terasa diusap. Sapa? Kepala masih sekilo rasa beratnya, tidak ku hiraukan. Mata kubuka perlahan-lahan. Dalam samar cahaya, aku terlihat Farriel. Mimpikah aku?

“Iz… Izumi?” Panggilku.

“Syhh… Sorry wat ko terjaga. Just checking on you. Tido la balik…” Bisiknya perlahan. Selimut ditarik hingga ke paras dadaku.

“Iz…” Panggilku lagi. msih keliru antara mimpi dan realiti.

“I’m here… Syhh… Tido okey…”

Mata ku pejamkan semula. Jari-jemari Farriel tetap di situ. Membelai dan mengelus-ngelus rambutku. Rasa mengantuk kembali bertamu. Sebelum aku lena dibuai mimpi, dahiku terasa dikucup.

Aku harap sangat ini bukan mimpi… Jika mimpi, aku mahu terus tido... Tolong jangan kejutkan aku... Kerana aku ingin terus bermimpi... Kerana aku tak ingin keluar dari rasa ini… Rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi… Rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bergelar suami… Sungguh… Aku tidak mahu keluar dan rasa indah ini…


*** TQ utk support2 dr semua supporters. Komen2 anda mmg membantu & memberi semangat pd sy…

*** Dua tiga hari ni keadaan sekeliling sy hectic sket. Makanya saya terlewat utk n3 part 14… 20 jari kaki tgn sy susun utk kelewatan sy itu & penantian tak jemu-jemu kipas-susah-mati ad+iz…

*** Sy dh try upload lagu Merinduimu dr D'Masiv kat sini tp ada probs ler plak. so kalo korang nak lbih feeling, korang dgr la sendiri lagu tu kat mn2 ek... sowi bebanyak...

51 comments:

Anonymous said...

yeay~~
1st komen!!! :)
waaa...hepy gile bile tgk ad+iz 14 da kuar...da bape kali bukak b4 ni...huhu
waaa.aa..xsuke ihsan~~ sebok jek la de tu!!! matrina pon gedixxx~~

ad&iz...bersatulahhh~~

MaY_LiN said...

bast..
tamola dorang pisah.....

Anonymous said...

betul...betul....betul...
takmo la diorg berpisah..
huhu..
cepat la slesaikan mslh diorg..
sambg la cepat..

Anonymous said...

betul...betul....betul...
takmo la diorg berpisah..
huhu..
cepat la slesaikan mslh diorg..
sambg la cepat..

~lizarazu~

tzaraz said...

huuwaaaaa....aku nangis lagi nih...
sedih gila laaa...

eury...baca n3 pagi nie betul2 buat mood aku down...dah lah isnin lak tu...tahniah buat kau...berjaya memporak-perandakan feelings aku..terasa cam aku lak yg jadik ad...

alom said...

akhirnya..trubat gak rindu alom kt citer ni huhu..
tq ya..n nk lg:P
plz...
all d best k

Anonymous said...

cpt la smbg...x sbr nak bce..

Anonymous said...

ala.. cian kat Ad...
yg Iz tu dah suke kat Ad tp x nk ngaku...
klw blh jgn le dia org bpsh...

Anonymous said...

jgn la cerai, nak n3 15 lak, hihihi

nursya said...

aloh cian kat AD..
smpai ati Iz wat camtu kat dia...
huhuhu....
semoga dorg hapi2 lak pas nie...

Anonymous said...

ala..tamau la dorang berpisah...cepat2 la uruskan kisah dorang ni..tak suke ihsan...cbok je..

Anonymous said...

setuju ngn yg lain...
nk ad ngn izumi gak...
smbung lagi ek...
all d best!!

Bulanhijau said...

adeh~
sdey~

tp nak lg2
hehehe

carramba~ said...

wusyyhh mantap2
smooth je cite u ni
mmg i ternanti2
tp n3 u slalu pjg2
n thats make me satisfy
x sesia i'm waiting n waiting
hope dpt baca ad+iz till d end
thanks ya for da n3 ;)

Anonymous said...

mmg lagu 2 best pun sesuai sensgt dgn cite

ha-ra said...

huhuhu..
ari2 bkk blog nk cek n3 bru...
akhir nye ade gak..hehehhe
bla la nk cnfes nie??
yg si izumi pon xkn xtaw lgi marina 2 bkn nk sgt kt dia...
adoi...
skit ati tol la...
smbg la cpt miss eury oi...

Anonymous said...

waaa...sedihnya..tp best..xsabar nk baca n3 seterusnya..sian nya ad n izumi..

azzakiah said...

argh siyes aku da nak meleleh air mata ni bace n3 kali ni..
huhu..
ceyh,cam dapat selami hati n perasaan adry...
huhu.. sakitnye mencintai seseorang tapi org tu x taw kte cintekan die.. :(

janganlah izumi ceraikan adry..
wat la konon2 adry merajok n bawa diri then izumi pi kejar..
huhu... sedeyh sangat ni!!

cepat2 sambung taw..
best!

farah said...

wahhhhhh
best best
cepat2 la sambung ye
x sabar nk tunggu next part ni

Hamba Allah said...

best giler..
cpt-cpt postkan n3 baru.
xsabasaba nak bace
(:

Anonymous said...

nk lg..best la..ngada tui marina tu..baru rncg nk tung tp dh beragan cm mt jenin..menyampah aku

Daniera said...

heh..ihsan koya.sesuke jer suh izumi let go ad. cm la ad nk die.

writer, nk entry bru. huhu

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
sgtla sedey..
ihsan,,jgn la kaco bini orng..
huhu..xmo la ad n izumi berpisah..
kalo berpisah sementara oke..
hehe..ad g luar negara ke..ekot nenda..
time tuh la izumi g kejar,.
n time tuh gak,,ihsan n marina taw yg ad n izumi saling mencintai..
huhu.
nk ad ngn izumi gak..
smbung2..

nadrysha_cute said...

cepat ar sambong...x saba nak tau ending cite....ishk..ishk...sadisnya....

Sha said...

beshhhhh...
nk lagi..
nk izumi+adry..
nk epy ending..
xnk sad ending =)

Anonymous said...

sejujurnya...
nak nangis bila baca..
sayu sgt2.
dgn iringan lgu merindui plak!
tunggu air mata meleleh ja lg.
Ad rindu giler kat iz..
should be perfect couple..

Anonymous said...

he3...dah dengar dah lagu tu...memang mendayu...
But miss eury,i beg u...
cepatkan sikit ye n3...
tapi jgn la stress cuma tak sabar nak baca..
u memang bes...
memang menyentuh perasaan
wa....kipas-susah-mati..
ad+iz
QIQA

Hafia Hana said...

ho..h.o...ho

nk lg!

iz jgn la lepaskan AD

nnt dh tak sweet dh...

iz jgn truskan dengan marina!both of u xkn bhagia!

Darthzcy said...

yeyeye...
btul kate anda2 sume di atas..
besh+ sedey seh cite kali ni!
cik eury, next entry pehlizz...

nbm5471 said...

not bad...
apekah kesudahan kisah ini??
bagaimanakah endingnya?
anda mau ianya berakhir dengan kesedihan atau kegembiraan...?

kuasa menulis hanya ada di tangan eury...sama2 lah kita nantikan part seterusnya....
=======================

"Hmm...Cium! Macam ni..." Asyik 'terkonang-konang' jer ayat nih. Rasa mcm aku plak jadi iz...hmm sape agaknya bleh jad ad??? eury tolong jadi ad jap boleh? HeHeHe...

Lariii......

Jangan mare....

-NBM5471-

Anonymous said...

best sgt

sgt2 best best best cepat sambung n3 15 best giler...giler pun tak best cam ni..... hope pas ni de adegan romantik izumi untuk ad

Anonymous said...

hah noooo iz no, dont let her go

R'anS said...

hahaha.. i love iz n ad.. seyes aku x nak si ihsan or marina.. for god sake plz tolong jgn pisahkan iz n ad.. please..

Anonymous said...

pandai la u wat citer ni..
I tergelak2 walaupun tgh sedih..sbb u wat si AD nangis kucing jiran mati..u mmg berbakat r..

melompat2 I td nmpk u dh update..walhal I nk gi exam..

good job..tahniah..

Anonymous said...

dah 2 hari kt bace cite nie dr bab1 till 14... penat mmg penat, tp best ar cite nie... huhu, suke... lagu merindukanmu mmg feeling abis ar... hahahahaha... suke nyer kt dgn cite nie, mcm kt plak yg jatuh cinta dgn iz... hehe... sambung cpt ek, walaupon kt tak der mase, tp kt ader kan mase gak bace cite nie... hehe... TC, BYE...

Atiqah Erlina said...

tlg la bg ihsan sdar yg iz 2 mmg minat kat istri dia..marina mcm mgacau ja umh tgga org..xcited plak dia nak kawen.harap marina pun sdar yg iz dh ada org len dlm idup dia...xsbr nak tggu sambungan...

I'm N0t S!NgLe said...

Bes lah....smbung lg tau...

Anonymous said...

yes..ada smbungan, dh lama tggu.
best nyerrrr....
x sabr nak tau next story mcm mana.
cerita yg sngat best smpai boleh buat kiter ketawa n menangis..

eury..teruskan usaha
go..go..caiyok!

lilygreeny said...

Salam utk Sis Eury....
as usual Kipas-Susah-Mati Ad+Iz
juz nk ckp TAHNIAH....
ko punye N3 ni mmg touching..
ku gembira bile dak opis bg taw
ko dah update...tp biase r Isnin..
siyes this N3 mmg best..
ku xnk suggest aper2 4 nxt N3....
juz go with the flow...
ku harap yg terbaik je utk cite ni
Keep It Up Sis Eury.....
Can't Wait to read ur next N3.....

Anonymous said...

salam..
best n3 ni..
xsbr nk tggu next n3..
ble iz nk ngaku ni?
cptla kak eury..

Anonymous said...

aduh syahdu btui
air mata ni ngalir la plak ..
merinduimu ..

-aryzaidi-

cik Aswar said...

aaaaaaaa.... suka3!!! cepat sambung eah.. :)
nak jugak lagu merinduimu.. adoiiii

Anonymous said...

menarik...nak lg...izumi xtau g prasaan sbenar ad...huhu...cpt ar upload dh ketar nak tau..hehehe
-adil-

Anonymous said...

penatnya baca n3 ni........
sesak nafas......
hope dorang tak bepisah..

Anonymous said...

hai eury..wow story awk makin best lah..
one thing for sure i like bout u.. u are very multi lah..dlm satu episode byk story awk masukkan..i like it very much..that creative of u..
hopefully awk cepat2 lah update to sambungan story ni ekk..
i like it very much ur story ekk..
anyway chayo chayo....hehe

by
shikshik

Bukan Nama Sebenar said...

Kenangan di sudut hatiku
Misteri berbagai warna
Sewaktu bertentang mata
Kini bersemadi di jiwa

Senyuman sepertimu
Mungkin tiada pengganti
Oh kekasih impianku
Datanglah dalam mimpiku

Mungkinkah dapat ku temui
Dirimu sekali lagi
Mungkinkah dapat ku tatapi
Wajahmu sayangku

Mungkinkah sayang

jgn mare....

Anonymous said...

biler nak sambung lagi ni... hari2 aku jenguk, tak sambung lagi

Anonymous said...

hari hari buka, tapi takde n3 baru. dah banyak kali baca dah part 14 ni. paling tak suka masa iz propose marina tu...tak suka, tak suka, tak suka.......

Tun Teja said...

Assalammualaikum... Saya jumpa blog ni 4 hari lalu menerusi blog koleksi novel dan cerpen. Ternyata blog ini memenuhi cita rasa saya. Novel dan cerpen dalam ni best sangat.

Tak sabarnya saya nak tunggu sambungan AD+Iz. Kalaulah AD+IZ ni sambungan dia cepat-cepat macam Cinta Kau Dan Aku kan best? Ops, jangan tension pula writer. Ini saranan bukan paksaan :)

Best sangat AD+IZ ni. Harap-harap cerita ni panjang lagilah. Janganlah habis sebelum bab 20. Banyak lagi yang boleh diceritakan misalnya, tentang keluarga AD dan Ah Long tu. Macam mana rahsia kahwin kontrak diketahui oleh keluarga Tengku Faris, Tindakan Marina seterusnya, Ihsan pula macam mana? Ada persoalan yang belum terjawab. Kenapa Tengku Munirah, (kalau tak silap) yang asyik menangis je pada malam AD diperkenalkan kepada kerabat. Harap, penulis tak marah. Ini cadangan saya naif, kalau-kalau dapat dijadikan panduan. Maaf kalau penulis tidak suka.

Saya suka juga dengan kehadiran Tengku Ihsan ni dan Marina ni walaupun menyampah sangat dengan si gedik ni. Mereka nilah akan menjadi pengukur dan petunjuk teguhnya cinta antara AD dan Izumi ni. :)

Harap-harap, writer akan kirimkan entri terbarunya dalam masa terdekat ni. Tak tahulah berapa kali sehari saya buka blog ni nak tengok kalau-kalau ada sambungan AD+IZ ni.

Apapun, tahniah, writer. Satu penulisan yang bagus. Novel yang paling best pernah saya baca setakat ni. (Wah! Dah jadi kipas susah mati ni) Hihihi.

Anonymous said...

napew si iz tu bodoh????????
aku x nak dorg pisah.... napew x ada wat novel je kang kompem meletop

nad said...

adoi eury.....
bile nak kuar kan bab 15????
x saba nak tau dah ni...
dari 1st day bab 14 kuar, lani ari2 bukak nak tau bab 15 dh kuar o blom...
x saba sgt nih....
cepat......

Followers