Saturday, April 6, 2013

The Cold World 18


~ Maid From Haven ~

Nama aku Harumi. Seorang angel yang tidak berkebolehan di Haven. Baru-baru ini aku telah mengakibatkan seseorang yang rapat denganku, Riku, menjadi mangsa kemarahan seluruh Dewa-Dewi di Haven. Siapa sangka, Riku kawan aku itu sebenarnya adalah anak kepada mantan Raja Utama di Haven.

Kawan? Aku tak pasti sama ada status kami masih dikira kawan lagi atau tidak memandangkan kami pernah berci...

Hurm...

Ok…! Bercium...

Tindakan tu membuatkan dunia Haven 'bergegar' seketika memandangkan kami telah melanggar satu peraturan utama Haven; semua penduduk Haven dilarang sama sekali untuk bercinta. Pelik, kan? Untuk orang yang menimbulkan rasa cinta pada manusia, kami langsung tidak diberi peluang untuk mengenali dan merasai apa itu cinta. Tapi buat masa ini itulah peraturan yang terpaksa kami ikut.

Apabila di Istana Kristal, Riku yang selama ini aku anggap sebagai pelindung menjadi pengecut yang sanggup buat apa sahaja termasuk menipu untuk melepaskan diri dari hukuman. Ditipu, dihina, dan akhirnya aku dihukum untuk turun ke Bumi.

Tapi...

Seperti orang bodoh...

Walaupun dah diperlakukan sebegitu oleh Riku...

Aku masih sayang pada Riku...

Sayang sangat...

Banyak... Banyak yang boleh dikategorikan sebagai cinta...

Okey... Tutup cerita sedih. Balik pada kisah aku di Bumi. Aku tak datang Bumi untuk makan angin. Aku datang untuk melunaskan tugasan yang diberikan oleh Dewa Dai. Dan tugasan yang diberikan dalam bentuk teka-teki. Tak payah berteka-teki atau mengagak. Memang betul la tu Dewa Dai sengaja nak kenakan aku. Dia dah tahu aku ni angel paling lemah dan bodoh, lagi la nak bagi teka-teki teka-tekuk menguji IQ segala macam kat aku.

SENGAL!

Apa tugasan tu?

"Melihat yang tidak wujud. Memberi yang tidak dimiliki."

Umum, kan?

Sebab tu aku gelar Dewa Dai tu SENGAL!!

Klu?

Tak ada klu langsung!

Biasanya kalau aku ada masalah, tak tahu macam mana nak buat sesuatu tugasan, aku akan mengadu pada...

Aku gigit bibir bawah.

...Riku...

Okey. Apapun aku sudah di sini. Bumi. Kalaupun Riku layan aku macam sampah, tapi dia dapat susah dan hilang kepercayaan dari para Dewa-Dewi disebabkan aku. Jadi aku harus bertanggungjawab, kan? Sebab nama aku terbabit sama. Asalkan aku dapat selesaikan teka-teki tu, dapat laksanakannya, Riku akan selamat dan kembali jadi anggota Sidang Meja Utama. Itu janji Dewa Dai sebelum aku 'dilepaskan' ke Bumi. Dan itu yang aku akan lakukan sekarang.

Sekarang?

Aku dongak ke atas. Melihat langit malam dari siling yang berlubang.

Dari sini ke Haven...

Dari Haven ke sini...

Berapa jauh??

Akankah aku kembali ke tempat asalku?

Aku tersenyum nipis. Enggan menjawab soalan yang berlegar di fikiran.

Siling putih tu... Aku jatuh dari situ. Kerana aku dah buat siling rumah berlubang maka tuan rumah suruh aku bekerja dengan dia. Dia adalah lelaki berserabai dalam rumah yang berserabut.

Lepas dia masuk dalam bilik kat tingkat atas tadi, dia tak keluar-keluar lagi. Tidur ke? Pelik rasanya bila ada orang lain selain aku tidur. Di Haven hanya ada aku aje yang tidur.

Kan?

Rimas dengan keadaan rumah, aku mula mengemas. Susun buku, kertas yang berselerak di lantai. Barang-barang hiasan yang jatuh aku naikkan semula ke almari. Barangan yang pecah aku kumpulkan di satu tempat. Melihat keadaan kemas, aku menarik nafas sambil tersenyum. Barulah serupa rumah orang.

Dia biarkan aku cenggini aje?  Memang tuan rumah yang dingin. Bercakap fasal dingin, berapa sebenarnya suhu kat Bumi ni? Aku peluk tubuh. Sejuk giler. Sampai tubuh menggigil. Gigi bergelatuk.

Di kerusi aku luruskan tangan. Kepala aku letakkan pada lengan. Malam. Aku sepatutnya tidur, kan? Riku paling marah kalau aku tak cukup tidur. Sebab kalau aku mengantuk, aku akan jadi lagi cemerkap berbanding hari-hari lain. Contohnya aku tersadung kaki sendiri bila berjalan.

Ahh... Riku lagi!

Tapi... Aku memang tak boleh tidur. Bumi sangat sejuk. Tuan rumah tak bernama tu dingin. Aku mula memikirkan teka-teki Dewa Dai.

Macam mana nak lihat benda yang tak wujud? Macam mana nak beri benda yang tiada? Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Dewa Dai?

"Aaarrrggggghhh...!"

Sesaat kemudian...

"Woi! Diam la!"

"Woi! Ape hal menjerit?"

"Belum siang lagi kot!"

"Diam la! Orang nak tdo pun tak senang!"

Aku angkat kepala. Suara siapa? Dari mana? Aku bangun. Mencari di siap ruang rumah. Tak ada sesiapa pun kat sini. Hantu?

Sepasang tapak kaki menghampiriku. Dia. Dan dia sedang bercekak pinggang.

"Apa kau buat?" Soal lelaki serabut tadi. Nampaknya rambut dia bertambah serabut bila tidurnya diganggu. Matanya sembab tercengil memandangku.

"Aku dengar suara..."

"...suara orang marah kau sebab kau menjerit pukul 3 pagi. Kau ni ada masalah nak bezakan waktu siang dan malam ke?"

"Suara tu datang dari mana ek?" Tanpa menghiraukan kata-kata lelaki tu, aku bertanya lagi. Dengan muka bengang, jari telunjuk dihalakan ke bawah. Aku pandang lantai. Mana ada orang? Ingat aku buta?

"Kan aku dah kata jangan bersuara. Walaupun muka kau..." Dia tak meneruskan kata, hanya menatap wajahku. Lama.

"..Kau memang pelupa, kan."

Aku membuka mulut. Dia menaikkan jari telunjuknya.

"Jangan!"

Aku kembali menutup mulut. Apa masalah dia dengan suara aku??

"Jom!"

Tangan sejuknya mencengkam pergelangan tanganku dan menarik aku. Separuh hati, aku mengikut langkahnya.

12 anak tangga kami panjat. Di sepanjang koridor tingkat dua jantungku berdegup kencang. Tertanya-tanya apa yang ingin dilakukan olehnya terhadapku.

Pintu bilik di sebelah biliknya dibuka. Dan tubuhku ditolak masuk ke dalam bilik. Lampu dibuka. Silau mataku dengan sinar terang lampu.

"Ni bilik kau."

Whoosh...

Angin dingin bertiup mengenai tubuhku, berlegar-legar di sekitar bilik yang kosong tanpa perabot, menerbangkan helaian kertas di lantai sebelum hilang jejaknya.

Nak tidur macam mana? Soalan dalam kepala aku tanyakan dengan pandangan mata.

"Oleh kerana kau tinghal sini atas tiket penghutang, bukan sebagai tetamu ke kawan aku, jadi ikut kau la nak tidur macam mana pun."

Aku muncungkan mulut. Lantai. Siling. Dinding. Tingkap. Tu aje yang ada di sini. O ya... Kertas-kertas...

"Cuba untuk tidur. Jangan bersuara. Esok aku akan terangkan tugas kau. Selamat malam!"

Pintu ditutup semula.

Senyap.

Sunyi.

Sejuk.

Aku duduk di tengah bilik. Memandang keadaan sekeliling. Nampaknya aku akan tinggal kat sini sampai aku selesaikan misi aku. Esok aku akan tahu apa yang harus aku lakukan untuk membayar balik harga siling rumah yang aku dah rosakkan. Bagus juga. Sekurang-kurangnya aku ada tempat berteduh sebelum aku benar-benar faham macam mana selok-belok hidup di Bumi ni.

"Kau perlu tidur. Tidur buat kau kembali bertenaga. Menambah tenaga dalam badan." Suara Riku terdengar-dengar di telinga. Aku tidak ingat bila agaknya Riku menuturkan ayat itu. Yang pasti aku tidak dapat untuk mematuhi arahannya buat masa ni.

Tak ada nyanyian Riku untuk mendodoikan aku tidur....

Tak ada kelopak bunga Ran yang empuk, membalutiku dari kedinginan dan mengeluarkan bau wangi untuk menemani nyenyakku...

Yang ada hanya malam pekat yang dingin...

Bilik luas yang kosong...

Dan aku...

Hmm... Nampaknya aku kena berlatih untuk tidak bersuara mulai sekarang...

Dan aku terus berfikir kehidupan yang bakal aku tempuhi di Bumi sehingga langit malam yang hitam pekat berubah ke warna biru.

@~@~@~@~

Lesu.

Itu yang dijeritkan oleh tubuhku dengan caranya tersendiri. Badan rasa malas aje nak bergerak. Nak melangkah pun...

"Hoi, kura-kura! Berjalan ke merangkak?!"

Mata kuyu membulat bila dijerit di tepi telinga. Langkah aku percepatkan. Berdiri di sebelahnya, dia masih membebel. Laki ni banyak mulut... Pot pet pot pet…

"Semua ni, aku akan serahkan pada kau." Ujarnya dengan tangan di awangan. Menunjuk setiap sudut rumah. Aku angkat kening.

"Kemas, sapu, susun, lap, bersihkan... Segala-galanya di bawah tanggungjawab kau."

Aku membuka mulut. Ingin membantah. Namun dia terlebih dahulu mengangkat tapak tangannya. Menghentikan aku dari bersuara.

"Jangan lupa, kau dah buat siling aku berlubang. Macam mana kalau hujan turun atau salji? Tak pun hujan batu atau hujan asid? Kau rasa apa akan jadi pada rumah aku ni?"

Aku geleng kepala. Hujan. Salji. Aku tak pernah dengar. Haven tak ada semua tu.

"Tak dapat bayangkan, kan? So, jangan banyak mulut."

Bila masa pulak aku bercakap? Kan kau dah bisukan aku?

Papp!

Aku pandang bawah. Apa ni?

"Sapu lantai. Tugas kau yang pertama."

"Sapu?"

Lelaki itu mengetap gigi.

Ops...! Tercakap pulak!

"Yela, sapu. Kau nampak kan rumah aku ni dah macam kapal pecah."

Aku pandang sekeliling. Bukan malam tadi aku dah kemaskan ke? Dengan mata curiga, aku merenung wajah lelaki tu dalam-dalam.

"Jadi Mya... Ni penyapu. Aku nak kau sapu dan kemas... Ah... Kau buat la apa yang patut."

Penyapu. Aku sebut dalam hati. Penyapu. Sapu.

Mata aku kerdipkan beberapa kali. Batang penyapu aku hentakkan ke lantai. Dia tak jadi melangkah.

"Apa lagi?"

Batang penyapu aku hentakkan ke lantai lagi.

"Kau tak nak buat?"

Aku geleng. Dia berkerut

"Kau.. Tak.. Tahu... Menyapu KE??!"

Aku kelip mata.dan mengangguk. Aku angel okey! Angel tak menyapu kat Haven. Yang buat kerja-kerja tu semua fa... Fairy..

"Ish... Aku ingatkan kau ni orang kampung sebab macam blur semacam aje... Tapi... Tak kan la sampai menyampu pun tak reti? Ish, pelik benar pulak."

Aku buat muka bodoh. Elok juga kalau dia tak bagi aku bercakap. Kalau aku bercakap takut juga terlepas cakap lak siapa aku yang sebenarnya.

"Huh? Meh sini aku ajar kau menyapu.

Dan beberapa jam seterusnya aku diajar membuat kerja-kerja rumah. Dan aku sedar sesuatu rumah ni terlalu besar untuk lelaki yang tinggal seorang diri.

“Sini! Sini ada habuk lagi!”

Lelaki itu berdiri di atas kerusi. Menunding jari ke arah bahagian atas almari. Lelaki ni  cerewet. Mungkin juga seorang pembersih. Tapi…  sebenarnya dah berapa lama dia ni tak kemas rumas. Tak pernah aku bayangkan betapa letihnya aku mengemas rumahnya. Rumah kecil aku di atas pokok dulu Riku suruh fairy yang kemaskan. Jadi aku memang la tak ada pengalaman kemas-mengemas ni.

Ah… Riku lagi!

Ingatan kuat aku terhadap dia memang mengganggu. Tapi bunyi yang aku dengar sejak tadi lagi mengganggu. Aku menyucuk perut lelaki itu dengan bulu ayam.

“Apa?”

Sambil menghentakkan kaki, aku halakan telunjuk ke benda di atas meja.

“Ahh… Telefon tu? Biarkan aje benda tu berbunyi.”

Aku cucuk lagi tubuhnya dengan hujung bulu ayam. Muka lelaki itu berkerut menahan sakit.

“Aargghh…! Kau ni nak membunuh aku ke apa?”

Enggan menghiraukanku, dia kembali meneliti helaian kertas dan buku di atas almari hiasan. Banyak betul buku dan kertas kat rumah ni, fikirku.

Oleh kerana telingaku sudah tidak tahan dengan bunyi bingit yang dihasilkan oleh bunyi telefon ciptaan manusia itu, kali ini aku memilih untuk memukul tubuhnya dengan hujung bulu ayam. Lelaki itu bagaikan menari di atas kerusi sebelum melompat turun dan menjauhiku.

“Okey! Okey! susah betul berkomunikasi dengan orang bisu yang becok ni.”

Becok?

“Kau boleh bercakap…”

Senyumanku mula mekar di bibir.

“…tapi hanya dengan aku…”

Bibir kembali ke tempat asal. Okey la, dari tak dapat langsung…

“Dan dalam keadaan berbisik.”

Terkebil-kebil aku memandangnya.

“Cakap perlahan-lahan.”

Aku buka mulut. Dia buat muka panik.

“Telefon tu berbunyi lagi…” Aku menggunakan nada suara terendah yang kumiliki. Lelaki itu menarik nafas lega. Kemudian mengangguk kecil.

“Betul. Berbisik macam tu.”

“Kau tak nak buat sesuatu ke dengan telefon tu?” Sedaya-upaya aku kawal emosiku. Secara asasnya, emosi membuatkan suara kita punya variasi nada.

“Tsk… Tak! Aku tak rasa aku patut bercakap dengan sesiapa sekarang. Terutamanya Urasaki.” Wayar terlekat pada telefon dicabut.

Urasaki?

“Aku nak naik mandi.”

Dan dia terus naik ke biliknya.

TING TONG!

Tu bunyi apa pulak?

Aku mencari punca bunyi bising yang baru itu. Memang mengganggu!

Telinga aku lekapkan ke telefon. Bukan. Almari. Bukan. Meja. Bukan. Kerusi. Bukan. Lantai. Bukan. Dinding. Bukan. Pintu.

Ya! Bunyi tu datang dari balik pintu.

Aku hulurkan tangan ke tombol.

Tit. Tit. Tit. Tit. Tit.

EH...?

Praaakk…

Tombol pintu dipulas.

Daun pintu ditolak ke dalam.

Aku melangkah setapak ke belakang.

Sepasang tangan muncul dari balik pintu dan panas menangkap tanganku.

“Gotcha!!”

9 comments:

yanadi said...

wah akhirnyer...lme giler tgu....

eija said...

kn..lama giler tgu n3 nie..igat xnk sbug lg..

BieLa NaBiLaH said...

akhirnyer !!!

http://misszbiela.blogspot.com/
sudi2 la follow

Kiki Wafa said...

Wah.... Best ler...bila nk smbung ni cik eury..

Violet Sofia said...

Euryyy... bila nak hapdet The Cold World ni...? huhu... windu da kat Haru... hehe...

salmi fasliena said...

sambung please...teruja ni nak baca citer ni sampi habis...

salmi fasliena said...

sambung please...teruja ni nak baca citer ni sampi habis...

Seo Ninja said...

your article is this very helpful thanks for sharing................:)

Vimax
Vimax Canada
Vimax Asli
Vimax Original
Obat Kuat Viagra
Viagra
Alat Pembesar Penis
Pembesar Penis
Obat Kuat
Obat Pembesar Penis
Obat Penyubur Sperma
Obat Perangsang Wanita
Sex Toys Pria
Sex Toys Wanita

sweet memories said...


Give thanks for a little and you will find a lot.hd wallpapers

Followers