Wednesday, December 18, 2013

The Cold World 19

Di Haven, dewa junior atau lebih muda usianya biasanya tidak dipanggil dengan gelaran Dewa atau Dewi dipangkal namanya.

"Kau habiskan banyak masa di sini sekarang, Riku."

Riku segera menutup buku tebal di hadapannya. Dewa Chiyo melangkah masuk.

"Ada sesuatu yang kau cari? Sesuatu untuk menentang peraturan baru Dewa Dai, mungkin? Aku boleh membantu jika kau mahu."

Riku membetulkan duduknya dan berlagak tenang.

"Peraturan tentang penghapusan angel yang tidak kompeten akan dibatalkan tak lama lagi. Beberapa arahan baru juga akan dibuatkan untuk mengembalikan kegemilangan Haven pada masa akan datang. Saya hanya perlu bahas dan yakinkan sidang Dewa-Dewi. Dan mereka akan setuju."

"Adakah itu yang kau nampak dalam bayangan masa depan.?" Soal Dewa Chiyo curiga.

Riku memandang tepat ke mata Dewa Chiyo dan mula memperlihatkan bayangan masa depan yang dilihatnya.

"Aah... Bagus sekali isi perbahasan kau. Tapi Dewa Dai pasti kecewa kerana dia yang mengusulkan peraturan itu. Jadi, boleh aku tahu apa yang kau cari di sini?"

"Tak ada apa-apa. Sekadar menghabiskan masa lapang."

Dewa Chiyo tersengih. Tidak percaya. Dia berjalan ke tengah bilik.

"Malam-malam macam ni biasanya kau sibuk menguruskan dia, kan? Kerana dia berbeza dengan yang lain, maka dia agak degil dan susah untuk tidur. Selalu menyalahkan masa tidurnya yang panjang atas keterbelakangannya. Sangat istimewa.."

Riku menjeling.

"Jangan bercakap tentang dia lagi. Si dungu yang bercita-cita tinggi seperti dia tidak layak disebut. Saya gembira dia dah tak ada di sini lagi."

"Oh, begitu ke? Aku sangkakan kau ambil berat tentang dia. Maafkan aku."

"Mengarut!"

Dewa Chiyo melurut tali-tali halus Tirai Masa yang lutsinar. Dia menunggu namun tiada respon yang diterimanya.

"Pelik, kan? Tirai Masa seperti sudah tidak berfungsi lagi sejak kebelakangan ini. Bila kali terakhir dia bercakap dengan kau, Riku?"

"Beberapa bulan lepas?"

"Apa katanya?"

"Zaman Kegelapan. Takdir yang harus saya akui. Benda-benda macam tu."

"Nampaknya dia sendiri tidak boleh meramalkan dengan tepat apa yang berlaku selepas itu." Jelas kelihatan riak gusar di wajah Dewa Chiyo.

"Mungkin."

"Kebelakangan ni aku tiba-tiba teringat pada sebuah buku yang ada di sini." Riku tidak jadi membaca. Dewa Chiyo yang sedang melarikan jari-jemarinya pada deretan buku di atas diperhatikan.

"Buku berkenaan teori gila tentang perkaitan Dewa-Dewi, angel, manusia, Haven dan Bumi. Ditulis oleh seorang dewa yang diisytiharkan gila. Entah kenapa secara tiba-tiba aku teringin untuk membaca semula buku tu. Malangnya buku tu tak aku temui."

Riku memandang Dewa Chiyo tanpa riak. Hanya sekadar menunggu apa yang cuba disampaikan oleh Dewa Chiyo walaupun dia sebenarnya boleh 'melihat' apa yang akan ditanyakan oleh dewa tersebut.

"Kau ada jumpa buku tu?"

"Maaf, saya tak pernah jumpa tu."

"Ah, malang sekali. Aku berharap sangat dapat membaca buku tu dalam masa terdekat ni. Kadang-kadang dalam keadaan tertekan dan menyedihkan, di saat semua harapan semakin hilang, buku sebegitu, walaupun langsung masuk akal, terasa berbaloi untuk dibaca. Walaupun sekadar memberi harapan palsu dan khayalan yang tidak tercapai dek akal tetapi dapat menggembirakan kita. Walaupun ia hanyalah sekadar 'pelarian emosi'."

Riku mengunci mulut dan mula tunduk membaca.

"Ah, nampaknya aku mengganggu pembacaan kau. Aku keluar dulu."

@-@-@-@-

"Macam mana Riku?"

Dewa Chiyo menyilangkan kaki.

"Masih dalam keadaan menafikan."

Dewi Iva mengangguk. Tidak tahu sama ada dia harus bersedih ataupun gembira.

"Hubungan Riku dengan bondanya?" Giliran Dewa Chiyo pula bertanya.

"Agak dingin. Tapi itu lebih baik dari tak bercakap langsung, kan?" Jawab Dewi Iva.

Dewa Chiyo menghulurkan tangan kanannya. Jari telunjuk digerakkan ke arah rak buku yang menjunjung tingginya. Sebuah buku tebal bergerak keluar, terbang dan mendarat di tangannya. Dia mula membaca. Dewi Iva resah di kerusinya. Ada sesuatu yang ingin diketahuinya namun dia takut untuk bertanya.

"Katakan..." Ujar Dewa Chiyo tanpa mengangkat wajahnya. Dia menyebak helaian buku. Ada sesuatu yang perlu dipastikan.

Dewi Iva menundukkan kepalanya. Masih rasa serba-salah untuk membuka mulut.

"Aku kenal kau sejak kecil. Boleh dikatakan tiada rahsia antara kita. Dan aku harap keadaan itu kekal untuk selamanya. Hidup di dalam pembohongan sangat sukar. Aku tahu hakikat itu. Maka aku tak mahu kau berahsia dengan aku. Sekurang-kurangnya di hadapan aku, tolong la jadi Iva yang aku kenal."

Dewi Iva bermain-main dengan jari-jemarinya yang runcing.

"Kau ada nampak apa-apa?"

"Ada."

 Wajah Dewi Iva cerah. Wajah Dewa Chiyo dipandang dengan mata yang bersinar.

"Tapi hanya perkara yang tak ingin kau ketahui." Wajah Dewi Iva kembali muram.

"Riku terlalu berhati-hati apabila bersama aku sekarang. Dia dah berjaya mengawal ramalannya malah mencipta tembok untuk menyekat kuasa aku."

Dewi Iva mengeluh.

"Aku pasti dia mendapat melihat banyak kemungkinan sekarang. Haven sudah mula bergolak di satu tempat yang kita tidak ketahui dalam diam. Dan di Bumi, macam-macam yang dah terjadi kesan kepincangan pentadbiran Haven dan juga kerakusan manusia itu sendiri."

"Chiyo, bolehkah Riku melihat masa depan seseorang di Bumi dari sini?"

Dewa Chiyo menggelengkan kepalanya.

"Aku tak pasti. Riku dah terlalu lama hidup di luar istana. Dalam masa itu mungkin kuasanya sudah berkembang hingga ke tahap itu. Kita sendiri tahu yang kuasa kita akan bertambah baik dari sehari ke sehari, bergantung pada kebijaksanaan kita mendorong, menggunakannya. Jadi kemungkinan itu sentiasa ada."

Dewi Iva bangun. Dari jendela dia memerhatikan pemandangan di luar istana.

"Kenapa? Kau rindukan dia?" Tebak Dewa Chiyo.

"Kalau aku katakan ya..."

"Kau biarkan dia ke Bumi, malah kau 'paksa' dia lupakan segala yang pernah dia ada di sini dan sekarang kau kata kau rindukan dia. Dua situasi yang amat berbeza dan mengelirukan, Iva."

"Aku tak ada pilihan. Dunia kita tak beri kita banyak pilihan."

Dewa Chiyo menutup buku.

"Satu yang perlu kau ingat, Iva. Untuk angel yang bernama Harumi itu, Riku sanggup lakukan apa sahaja walaupun nyawanya menjadi ganti atau Haven menjadi taruhannya. Kerana Harumi yang lemah itu bergantung hidup pada Riku saat semua dewa menyalahkan, meminggirkan Riku atas kesilapannya. Untuk Harumi, dia harus jadi kuat. Untuk Harumi dia harus tabah. Untuk memastikan satu angel kecil dan lemah itu terus hidup, Riku bangkit dari kesedihannya dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Berusaha menjadi pelindung terbaik buat Harumi. Jadi, bertenang. Riku sedang menjaganya dengan baik."

Dewi Iva mengeluh.

"Aku tak tahu aku patut gembira atau bersedih setelah mendengar apa yang kau katakan."

Sepuluh jari Dewa Chiyo bertaut. Wajah Dewi Iva direnung.

"Itu bukan masalahnya sekarang."

"Maksud kau kita sekarang ada masalah?"

"Satu daripada koleksi buku di bilik Tirai Masa dah hilang."

"Tentu ada dewa atau dewi yang lupa untuk pulangkan buku tu. Ah, tak payah kau risau. Kebanyakan buku di situ sudah terlalu tua. Malah ada yang menggunakan bahasa kuno yang sukar kita fahami."

"Tapi kau juga harus ingat Iva, tidak ramai yang tahu kod kombinasi masuk ke bilik itu. Rasanya alasan itu cukup dijadikan sebab untuk aku bimbang."

Dewi Iva terdiam. Mengakui dalam diam.

"Kau pernah dengar tentang Dewa Kisa? Dewa yang dikatakan gila dan taksub tentang hal-hal mitos di luar kebiasaan Haven?"

"Dia yang pernah menjadi pengajar di akademi beratus ribu tahun dahulu dan akhirnya dihukum mati akibat mengganggu ketenteraman di Haven, kan?"

"Ya. Untuk mereka yang hidup di zamannya, kajian dan penemuan Dewa Kisa itu terlalu jauh terkehadapan. Maka mereka menganggapnya tidak masuk akal."

"Hanya teori. Ayat merepek dan langsung tidak boleh dibuktikan."

"Atau tidak ada yang berjaya membuktikannya?"

Dewi Iva berkerut.

"Apa yang cuba kau sampaikan, Dewa Chiyo?"

"Buku yang tertulis segala teori gilanya itu yang hilang."

"Dan?"

"Dan aku syak Riku yang mengambilnya."

Dewi Iva ternganga.

"Jangan cakap..."

"Riku keras hati, Iva. Dan dia boleh melihat masa depan. Aku tak tahu apa yang cuba dilakukannya. Tidak boleh melihat ramalan, aku sekarang tak ubah seperti orang buta."

Dewi Iva berpeluk tubuh. Cuba menenangkan dirinya yang sudah mula menggigil. Dewa Chiyo menadah kedua-dua belah tapak tangannya.

"Kau rasa tak, Iva? Haven semakin hilang keseimbangannya..."

Dewi Iva menganguk.

"Memikirkannya sahaja dah buat aku takut."

Dewi Iva mengangkat hujung gaunnya yang labuh.

"Aku patut tenangkan Dai sekarang."

"Fakta di mana kau membenci Dai dengan segenap hati kau dan fakta yang kau selalu berdamping dengannya setiap saat agak sukar untuk aku hadam. Kau menang suka menyeksa diri kau je?"

"Aku buat apa yang perlu untuk kebahgiaan semua. Dai patut ditenangkan. Kita tentu tak mahu lihat Dai mengamuk, kan?" Sinis jawapan yang keluar dari mulut Dewi Iva.

"Ya."

Dewi Iva terbang keluar dari bilik sepantas kilat. Dewa Chiyo hanya mampu memandang kosong ke hadapan.

"Macam mana dengan kebahagiaan kau? Dan aku...?"


13 comments:

Kiki Wafa said...

Tq cik eury, akhirnya de smbgan ;)

eija said...

oit lamanya cite nie tgantung.. thx sbb xlupa..

apa perancagan riku?? dia ke yg ambil buku 2..

Misz N said...

eury,

contact saya please. nak discuss pasal cerita fantasy.

thanks

Misz N said...

missynovelle@gmail.com

Farah Ryfa said...

Dah xde smbungan ke ?

tzaraz said...

eury...

lisanna said...

Cik Eury bile nk menyambung.. dh lama ni... xsabar nk membacanya ^_^

Novel Mcdp said...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: "EUCRALIPSE" yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.

Seo Ninja said...

your article is this very helpful thanks for sharing................:)

lisanna said...

Selamat Tahun Baru 2016

lisanna said...

Bila mahu sambung cerita ini, sudah tergantung terlalu lama

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Dewi

kokogepeng200@gmail.com said...


toko lelaki
viagra asli
obat kuat cialis
semenax asli

Followers